Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

‫ﷲ �اﻟﺮ ْﲪ ِـﻦ �اﻟﺮ ِﺣ ْ ِﲓ‬ ِ ‫� ِْﺴ ِﻢ‬


ْ َ ‫ﴍ ِف ْا ��ﻧْ ِب َيﺎ ِء َواﻟْ ُﻤ ْﺮ َﺳ ِﻠ ْ َﲔ َو�َ َﲆ َء ِ ِا� َو‬
.‫ﲱ ِﺒ ِﻪ �أ ْ َﲨ ِﻌ ْ َﲔ‬ َ ْ ‫اﻟﺴ َﻼ ُم �َ َﲆ �أ‬ � ‫َاﻟْ َﺤ ْﻤﺪُ ِِ� َر ِ ّب اﻟْ َﻌﺎﻟَ ِﻤ ْ َﲔ َو‬
� ‫اﻟﺼ َﻼ ُة َو‬
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami di atas
nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai
dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (NAMA PASANGAN PENGANTIN)

‫َالﻠ�ﻬُ �ﻢ َ� َر ِﺣ ْ ُﲓ َ� َود ُْو ُد َ� َذااﻟْ ُﺠ ْﻮ ِد َو ْاﻟ َﻜ َﺮ ِم‬


Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua
mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan
solehah. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia
dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah pada setiap masa.

‫ﻤـﻮ ِات َوا �� ْر ِض‬ � ‫َالﻠ�ﻬُ �ﻢ َ� ﺑ َ ِﺪﯾْ َﻊ‬


َ ‫اﻟﺴ‬
Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar peliharakanlah kami dari
malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk Manusia Yang Berniat Serong serta jauhilah kami
dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat
diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa
peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang. Ya Allah, kami memohon rahmat-Mu agar
dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian
yang hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.

ِّ ‫َالﻠ�ﻬُ �ﻢ �أ ِﻟ ّ ْﻒ ﺑ َ ْ َﲔ ْاﻟ َﻌ ُﺮ ْو َﺳ ْ ِﲔ َ َ� �آﻟ � ْﻔ َﺖ ﺑ َ ْ َﲔ اﻟْ َﻤﺎ ِء َو‬


،‫ َوﺑ َ ْ َﲔ ا ْ� َﺮا ِﻫ ْ َﲓ َوﻫَﺎ َﺟ َﺮ َو َﺳ َﺎرﻩ‬،‫اﻟﻄ ْ ِﲔ َو ﺑ َ ْ َﲔ آ ٓ َد َم َو َﺣ �ﻮاء‬

َ�‫ َوﺑ َ ْ َﲔ َﺳ� ِ ّﯿ ِﺪ‬،‫ َوﺑ َ ْ َﲔ ُﺳﻠَ ْﯿ َﻤ َﺎن َوﺑَﻠْ ِﻘيْﺲ‬،‫ َوﺑ َ ْ َﲔ ُﻣ ْﻮ َﳻ َو َﺻ ُﻔ ْﻮ َرﻩ‬،‫ َوﺑ َ ْ َﲔ �أﯾ � ْﻮ َب َو َر ْ َﲪ َﺔ‬،‫َوﺑ َ ْ َﲔ ﯾ ُ ْﻮ ُﺳ َﻒ َو ُزﻟَ ْﯿ�َﺔ‬
.‫اﲪ ْ َﲔ‬ ِ ِ ‫ﷲ �َﻠَ ْ ِﳱ �ﻦ �أ ْ َﲨ ِﻌ ْ َﲔ ِ� َﺮ ْ َﲪ ِﺘ َﻚ َ� �أ ْر َﺣ َﻢ �اﻟﺮ‬
ِ ‫ُﻣ َﺤ �ﻤ ٍﺪ َﺻ �ﲆ ﷲ ُ �َﻠَ ْﯿ ِﻪ َو َﺳ � َﲅ َو َز ْو َ�ﺎ ِﺗ ِﻪ اﻟْ ُﻤ َﻄﻬ َ�ﺮ ِات ِرﺿْ َﻮ ُان‬
‫َالﻠ�ﻬُ �ﻢ ا ْﺟ َﻌ ْﻞ َ ْﲨ َﻌﻨَﺎ ﻫ ََﺬا َ ْﲨ ًﻌﺎ َﻣ ْﺮ ُﺣ ْﻮ ًﻣﺎ َوﺗَ َﻔ �ﺮﻗَنَﺎ ِﻣ ْﻦ ﺑ َ ْﻌ ِﺪ ِﻩ ﺗَ َﻔ �ﺮﻗًﺎ َﻣ ْﻌ ُﺼ ْﻮ ًﻣﺎ َو َﻻ َ ْﲡ َﻌ ْﻞ ِﻓ ْيﻨَﺎ َو َﻻ َﻣ َﻌﻨَﺎ َﺷ ِﻘي�ﺎ‬
‫َو َﻻ َﻣ ْﺤ ُﺮ ْو ًﻣﺎ‬

‫َ� �أ ْﻛ َﺮ َم ْا �� ْﻛ َﺮ ِﻣ ْ َﲔ‪.‬‬
‫‪Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas‬‬
‫‪ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.‬‬

‫َ}رﺑ�ﻨَﺎ َءا ِﺗﻨَﺎ ِﰱ ا�� ﻧْ َﯿﺎ َﺣ َﺴ�ﻨَ ًﺔ َو ِﰱ ْا� ٓ ِﺧ َﺮ ِة َﺣ َﺴ�ﻨَ ًﺔ َو ِﻗنَﺎ �َ َﺬ َاب اﻟﻨ� ِﺎر{ َو َﺻ �ﲆ ﷲ ُ �َﲆ َﺳ� ِ ّﯿ ِﺪ�َ ُﻣ َﺤ �ﻤ ٍﺪ َو�َ َﲆ‬
‫َء ِ ِا� َو َ ْ‬
‫ﲱ ِﺒ ِﻪ �أ ْ َﲨ ِﻌ ْ َﲔ َواﻟْ َﺤ ْﻤﺪُ ِِ� َر ِ ّب اﻟْ َﻌﺎﻟَ ِﻤ ْ َﲔ‪.‬‬

Anda mungkin juga menyukai