Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

WEBINAR ZERO TO HERO SIRI 4 : KNOWLEDGE AND MASTERY OF ENGLISH


AS OUR SECOND FUTURE WITH MADAM AZILA

28 Mei 2022
Platform : Google Meet/ Facebook Live
10:00 Pagi -11:30 Pagi
BIL PERKARA PELAKSANA
PENGUMUMAN/ PRE-ANNOUNCING
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sebelum kita memulakan program, saya akan memaklumkan
serba sedikit berkaitan dengan perjalanan program.

Kita akan mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan


diusuli dengan lagu Ibu Kandung Suluh Budiman.

Seterusnya, diikuti dengan sesi bacaan doa disusuli dengan


ucapan aluan tetamu VIP diteruskan dengan sesi webinar dan
sesi soal jawab bersama penonton di facebook live.

Selesai soal jawab bersama penonton, kita akan mengadakan


sesi bergambar kemudian bersurai.

Terima kasih.

1. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

SELAMAT DATANG KE WEBINAR ZERO TO HERO


SIRI 4: KNOWLEDGE AND MASTERY OF ENGLISH AS
OUR SECOND FUTURE WITH MADAM AZILA

Sebelum program dimulakan,

DISINI TERDAPAT SEDIKIT PENGUMUMAN:

i. Tuan/Puan diminta untuk mematikan mic anda


semasa pengumuman dan ucapan sedang
berlangsung.
ii. Tuan/Puan juga diminta untuk meletakkan dan
memastikan telefon bimbit masing-masing dalam
keadaan mod senyap.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang

diberikan..

KETIBAAN/ARRIVAL

Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan dan Dif-Dif


kehormat.

Para hadirin sekalian, sebelum kita memulakan majlis,


ayuhlah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan
lagu Ibu Kandung Suluh Budiman.

(LAGU NEGARAKU & IBU KANDUNG SULUH


BUDIMAN)

BACAAN DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput


saudara ABDUL AZIM BIN ABDUL AZIZ untuk
memimpin bacaan doa.

(BACAAN DOA)

Terima kasih saudara ABDUL AZIM BIN ABDUL AZIZ


atas bacaan doa sebentar tadi.
SALUTASI

Bismillahhirahmanirrahim…

Yang Berusaha, Puan Norly Binti Jamil, Penasihat


Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,

Yang Berusaha, Puan Azila Binti Alias selaku Panel


Jemputan

Saudara Abdul Azim Bin Abdul Aziz yang Dipertua


Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi sidang
2021/2022

Saudari Nurul Izzah Binti Mohd Zuhairi, Pengarah Program


Webinar Zero to Hero Siri 4: Knowledge and Mastery of
English as Second Future with Madam Azila

Para pensyarah, barisan ahli jawatankuasa pelaksana,


mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris
serta hadiran yang dihormati sekalian,

SELAMAT DATANG KE WEBINAR ZERO TO HERO


SIRI 4 : KNOWLEDGE AND MASTERY OF ENGLISH
AS OUR SECOND FUTURE WITH MADAM AZILA

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan


izin serta limpah rahmat-Nya, kita diberi kesempatan untuk
bersama-sama berkumpul dalam majlis pada pagi ini.

Terlebih dahulu, pihak majlis ingin mengucapkan selamat


datang sekali lagi kepada semua mahasiswa/mahasiswi
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

WEBINAR

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


moderator kita iaitu NURUL AIN BINTI SOFIAN untuk
meneruskan majlis ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


(WEBINAR)

Terima kasih moderator kita NURUL AIN BINTI SOFIAN

PENUTUP

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis sekali lagi dengan penuh takzim menzahirkan ucapan


terima kasih kepada barisan tetamu kehormat serta
jawatankuasa pelaksana dan terima kasih juga kepada para
peserta, hadirin dan hadirat atas kesudian memeriahkan lagi
“Webinar Zero To Hero 4 : Knowledge and Mastery of
English as Second Future with Madam Azila”

Para hadirin dijemput untuk membuka webcam anda untuk


sesi bergambar.

(SESI BERGAMBAR)

Dengan berakhirnya sesi bergambar tadi maka “Webinar Zero


To Hero 4 : Knowledge and Mastery of English as Second
Future with Madam Azila” bakal melabuhkan tirai.

Para tetamu dan hadirin diminta untuk mengisi Link


Kehadiran di ruangan chat bagi mendapatkan mata MyCat
atau MyChamp. Program ini mempunyai kata kunci. Kata
kuncinya adalah VOCABULARY. Saya ulang agi,
vacobulary.

Ejaannya V O C A B U L A R Y.

Dengan itu, kami akhiri program ini dengan wabillahi taufiq


wal hidayah, assalamualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh, terima kasih dan semoga berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai