Anda di halaman 1dari 22

IDEA KEPADA PROSES

PROSES PENCIPTAAN KARYA

MOHD FARADI
PUSAT PENGAJIAN BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
PREMISE
Premise merupakan pesan yang ingin disampaikan atau sesuatu yang
menentukan arah cerita (Lutters, 2004)
Premis = Ruang sekeliling cerita yang tidak akan melepasi sepadan (Adman
Salleh)
Premis = Inti cerita dalam penceritaan (Zakaria Arifin)
James N. Frey, “of what happens to the characters as a result of the actions
of a story.”
“pancingan yang menarik” dari sebuah cerita.
LOGLINE
Logline merupakan idea yang tercetus daripada pemikiran seseorang digarap menjadi logline.

Logline merupakan pesan yang ingin disampaikan atau sesuatu yang menentukan arah cerita.

Logline juga dikenali sebagai inti cerita dalam penceritaan merumuskan keseluruhan cerita.
Logline yang ditulis haruslah mempunyai inti cerita, ringkasan cerita dan menimbulkan
persoalan yang menarik sebagai daya tarikan (selling point).

Logline yang diberi haruslah berpotensi dikembangkan untuk membentuk sebuah sinopsis.

Kebiasaannya, logline ditulis dalam tiga hingga empat baris tidak melebihi 50 patah perkataan.
CONTOH LOGLINE

LOGLINE 1: BIBIK-BIBIKKU (20 LOGLINE 2: ADA HANTU MALAM RAYA


Ep TV3) (TV3)
Pn Tiny (30) dan En Kimi (30)
pasangan suami isteri yg 3 orang sahabat yang dalam perjalanan
mengalami masalah mencari balik ke kampung pada malam raya.
bibik. Setiap bibik di rumahnya Kereta mereka rosak. Muncul seorang
mempunyai masalah tersendiri. nenek misteri bersama seorang gadis
Hinggalah mereka mendapat cantik. Perwatakan mereka agak misteri.
bibik terakhir (Bik Solehah)yang Mereka dibawa ke rumah nenek itu dan
betul-betul baik, jujur dan berlaku beberapa kejadian misteri.
bertanggungjawab. Adakah Siapakah nenek dan gadis itu?
masalah mereka berakhir?
CONTOH 3: GEROBOK RAYA (TV3)

Tiya mahukan sebuah gerobok


yang baru. Dia hilang beberapa
hari sebelum hari raya. Sepanjang
10 tahun kehilangannya. Ibunya
menjahit baju raya untuknya .
Ibunya yakin tiya akan pulang
ANALISIS LOGLINE/PREMIS: ‘PINTU MERAH’

➢ Sepasang suami isteri mati di dalam sebuah bilik pada tarikh 31 Disember 2015. Pembunuh
mengecat warna merah di pintu bilik dan mengurung mayat. Pembunuh juga meninggalkan tulisan
tarikh 31/12/2015 sebagai tanda. Azri menyewa banglo buruk di sebuah kampung berjiran dengan
Aliya. Sejak berada di banglo itu, Azri sering didatangi individu misteri yang mahu membunuhnya.
Lebih mengejutkan lagi, dia juga terima ugutan apabila pintu rumahnya dicat merah seolah-olah
sama dengan kes pembunuhan pada 31 Disember 2015 yg lepas.

PREMIS/LOGLINE AKAN MEMBENTUK PERSOALAN

• Siapakah yg membunuh pasangan suami isteri itu?


• Kenapa si pembunuh memilih tarikh 31/12/2015?
• Apakah rahsia disebalik tarikh tersebut?
• Kenapa pula pembunuh mahu menjadikan Azri mangsa seterusnya?
• Apakah kaitan Azri dengan kes pembunuhan yang lepas?
Persoalan yang terbentuk daripada premis/Logline
akan membentuk sinopsis skrip lakon layar

1. Bagaimana cerita itu dimulakan?


2. Bagaimana pengakhiran cerita?
3. Apakah misi watak?
4. Di manakah konflik?
ANALISIS LOGLINE/PREMISE: BAHTERA YANG TERHAMPAR

Sebuah kapal membawa jongkong emas tenggelam di lautan.Sekumpulan


penjenayah mahu mencari harta itu tetapi pihak berkuasa cuba bertindak
menghalang.

• premis yang hanya sebuah ringkasan cerita yang mengandungi keseluruhan cerita.
• Daripada premis itu akan membentuk sinopsis cerita dan pengakhiran cerita. Premis akan
membentuk persoalan seperti;

Bagaimana cerita itu dimulakan?


Kemungkinan cerita itu dimulakan dengan tragedi ribut di lautan yang menenggelamkan sebuah
kapal. Mungkin situasi ini menjadi 10 minit pertama cerita tersebut.
• Bagaimana pengakhiran cerita?
Mungkin pengakhiran cerita ini misi penjenayah itu gagal mendapatkan harta itu. Mungkin
juga harta itu menjadi milik pihak berkuasa.

• Apakah misi watak?


Mungkin terbahagi kepada dua misi iaitu misi pihak yang baik dan pihak yang jahat. Misi pihak
yang jahat seperti penjenayah mungkin mereka mahu mendapatkan harta emas itu manakala
misi pihak berkuasa mahu menumpaskan penjenayah dan menyelamatkan harta itu.

• Dimanakah konflik?
Konflik terjadi apabila kapal itu tenggelam dilanda ribut. Ia dinamakan konflik cerita. Konflik
watak pula antara watak penjenayah yang mahukan harta itu dan watak pihak berkuasa yang
mahu menyelamatkan harta itu.
LATIHAN
• Bina 1 logline/premise berdasarkan mana-mana filem/drama
yang anda pernah tonton
• KATA KUNCI:
-ringkas/padat
-ada persoalan
-tidak melebih 4 baris
-tidak melebihi 40 saat (jika ditutur)
STRUKTUR LINEAR PLOT LAKON LAYAR
a) Set Up (Act 1) = Permulaan
• Set Up adalah permulaan sebuah lakon layar.
• Act adalah babak.
• Act 1 merupakan istilah kepada babak 1.
• Durasi Act 1 adalah lebih pendek daripada Act 2.
• Plot Point #1 anggaran sekitar minit ke 25 hingga 27.
• Plot Point #1 bermaksud satu insiden besar yang akan menggerakkan cerita ke hadapan. Insiden
tersebut berbentuk kejadian atau konflik yang akan menolak cerita ke hadapan, membuatkan penonton
ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.
• Jika sesebuah filem itu berdurasi 120 minit, maka Act 1 adalah 30 minit iaitu anggaran pada minit
pertama hingga minit ke 30.
• Pada Act 1, harus diperkenalkan watak utama dalam cerita.
• Pengenalan kepada konflik juga diterangkan dalam Act 1 bagi menunjukkan situasi naratif cerita.
• 10 minit pertama juga sebagai pembukaan cerita amat penting dalam Act 1. Di sinilah terletaknya
kreativiti penulis melakar,menggarap dan membentuk cerita.
• Pada Act 1 juga penting untuk anda memberitahu penonton tentang cerita anda ini mengisahkan tentang
apa.
b) Confrontation (Act 2) = Pertengahan
• Confrontation atau konfrontasi terletak pada Act 2 iaitu pada pertengahan cerita selepas Plot Point #1 pada Act
1. Konfrontasi merupakan babak paling penting dalam lakon layar kerana disinilah perkembangan
cerita,konflik dan watak berlaku. Jika telemovie itu berdurasi 120 minit, maka Act 2 adalah sebanyak 60 minit
iaitu anggaran pada minit 31 ke minit 90. Durasi Act 2 adalah dua kali ganda daripada Act 1 atau Act 3.

• Pada Act 2 ini, Plot Point #1 sudah mula berkembang. Di sinilah terletaknya jalinan mainplot menggerakkan
cerita disokong subplot .

• Jika pada Act 1 segala cerita dan konflik telah di set up, pada Act 2 ini segala-galanya dikembangkan sedikit
demi sedikit.

• Paling penting, di sini juga terletak Plot Point #2. Kebiasaannya, Plot Point #2 terletak sebelum minit ke 90
iaitu sebelum melepasi garis sempadan ke Act 3. Plot Point #2 dianggarkan sekitar minit ke 80 hingga 90.

• Kebiasaannya juga, di sinilah berlaku kejutan apabila watak-watak protagonist dalam proses menemukan cara
untuk menyelesaikan konflik. Sebaliknya, watak antagonist pula menemukan kebuntuan dan kecelaruan yang
sangat besar. Plot Point #2 membawa cerita ke penamat iaitu ke Act 3
c) Resolution (Act 3) = Pengakhiran
• Resolution atau juga resolusi adalah decending action iaitu kesinambungan daripada
Plot Point #2.
• Perbezaan Plot Point #1 dan Plot Point #2 adalah perkembangannya yang meningkat
dan menjunam.
• Plot Point #1 adalah titik plot awal memperkenalkan konflik besar yang akan
menggerakkan cerita ke Plot Point 2.
• Plot Point 2 adalah perkembangan konflik paling besar yang menuju kepada peleraian
cerita. Jika telemovie itu berdurasi 120 minit, maka Act 3 adalah sebanyak 30 minit
iaitu anggaran pada minit ke 91 hingga ke minit 120. Durasi Act 3 bersamaan dengan
Act 1.
• Pada Act 3 ini, segala persoalan harus diselesaikan terutamanya yang membabitkan
watak utama.
• Di sinilah terletaknya kreativiti penulis mengakhirkan cerita dengan dengan penuh
berkesan lain daripada yang lain atau klise sama seperti yang sedia ada
Petunjuk Adegan
SITUASI DAN TEMPAT

EXT.
• Skrip ini menunjukkan lokasinya adalah di kawasan ‘luar’. ‘EXT’ adalah ringkasan bagi
‘exterior’. Jika lokasinya adalah di dalam rumah, pejabat, kedai dan lain-lain, ia akan ditulis
menggunakan ringkasan ‘INT’ bagi penggunaan ‘interior’.
• Dari sudut teknikal, ia mampu membantu ‘pengarah sinematografi’ mewujudkan suasana yang
sesuai dengan babak yang dikehendaki oleh sutradara.

LOKASI

TEPI SUNGAI
• Setiap watak yang beraksi sudah tentu berlatar belakangkan sebuah tempat seperti di
rumah, jalanraya, atas pokok dan sebagainya.
• CONTOH: Dalam skrip lokasinya adalah di tepi sungai dalam hutan yang mempunyai pokok-
pokok besar.
LATAR MASA

PAGI
• Bagi sesebuah adegan, masa menunjukkan berlakunya sesuatu situasi itu contohnya seperti
malam, petang, tengahari atau senja.
• Masa dalam contoh skrip menunjukkan masa bagi situasi itu berlakunya pada waktu pagi.

CERITA, ARAHAN AKSI DAN KERJA KAMERA.

CTH: Perlihatkan pemandangan di sungai yang tenang di pinggir hutan. Sang kancil datang ke tebing sungai dan berdiri di
atas akar pokok besar yang menjalar ke arah air sungai. Sang kancil membawa bersamanya segulung kertas berikat kain
berwarna kuning.

• Animasi akan digerakkan oleh juruanimasi dan pembantu juruanimasi mengikut arahan pengarah animasi
bagi menghidupkan cerita. Setiap gerakan watak animasi itu pula dibuat berpandukan rekaletak babak.
Rekaletak babak pula dihasilkan merujuk kepada papan cerita.
• Dengan membaca perenggan arahan yang ditulis penulis skrip, juga akan dapat membantu gerakan kamera
yang diperlukan mengikut gerak dan aksi watak. Ia berfungsi secara tiga dalam satu iaitu membaca adegan
cerita, memberi arahan aksi watak dan mencadangkan gerakan asas kerja kamera.
NAMA WATAK:
SANG KANCIL:
• Nama watak akan ditaip di tengah-tengah dengan jarak selang 'dua' atau 'empat' baris dari kolum
'arahan cerita’.
• Nama watak pula mesti di taip dengan menggunakan huruf besar.

DIALOG

• Wahai buaya-buaya sungai sekalian. Dengar sini semua! Aku datang dengan membawa
perkhabaran baik dari Istana Segumpal.

• Dialog akan di taip selang dua baris dari jarak NAMA WATAK dan di tulis dalam huruf kecil,
kecuali huruf bagi permulaan dialog, nama tempat, nama orang, huruf selepas noktah, tanda
seruan dan sebagainya.
Cth: SANG KANCIL:

Wahai buaya-buaya sungai sekalian. Dengar sini semua! Aku datang dengan membawa
perkhabaran baik dari Istana Segumpal.
ARAHAN KHUSUS WATAK
Cth:
DENGAN MIMIK MUKA YANG BERSAHAJA SANG KANCIL MEMBUKA SEGULUNG KERTAS
BERIKAT KAIN BERWARNA KUNING DI TANGANNYA DENGAN TENANG. LIMA EKOR
BUAYA BERWARNA KELABU, BIRU, MERAH, UNGGU DAN MERAH JAMBU TIMBUL DARI
PERMUKAAN AIR YANG TENANG DENGAN MENUNJUKKAN KEPALANYA.

• Arahan khusus watak berbeza dengan arahan kamera, aksi watak atau arahan cerita untuk
kefahaman pembaca skrip (pelakon watak).
• Di dalam penulisan skrip, arahan ini dibuat khusus bagi watak sahaja untuk beraksi. Arahan
ini ditaip di tengah-tengah, juga dengan menggunakan huruf besar kesemuanya.
• Arahan ini juga bertindak sebagai panduan untuk membimbing aksi watak.
TEKNIK MEMBINA PLOT

a) Teknik Kestabilan Main Plot dan Sub Plot


Membina plot lakon layar haruslah menggabungkan main plot (plot utama) dan sub pengakhiran cerita.
Kembali kepada asal, cerita siapa? Siapa yang membawa cerita tersebut? plot dalam satu garisan dalam
permulaan cerita menuju ke pengakhiran

b) Teknik Permulaan Dan Pengakhiran


10 minit pertama sebagai ‘kunci’ kepada cerita. Kebanykan filem yang bagus, permulaan 10 minit pertama
cerita merupakan seseuatu yang sangat menarik penuh kejutan. Dalam sebuah lakon layar terutamanya
sebuah filem, permulaan 10 minit pertama cerita sangat penting. Maksudnya, 10 minit pertama cerita jika
membosankan, penonton akan keluar panggung dan merasakan rugi menghabiskan wangnya untuk
membeli tiket wayang.
c) Teknik Gelombang
Setiap 10 minit, ada kejutan yang berlaku. Kejutan yang berlaku tidak semestinya
dalam bentuk tragedi, kemalangan dan sebagainya. Kejutan yang berlaku pada setiap
titik gelombang boleh terjadi melalui unsur suspen atau inseden yang diketengahkan
dalam cerita bergantung kepada genre cerita.

10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120


Mula Pertengahan Tamat
d) Teknik Penyusunan Scene
Mewujudkan apa-apa scene (babak), bukan sekadar suka-suka. Harus dijelaskan mengapa scene itu wujud?
kenapa scene itu wujud? Untuk apa diwujudkan?Sesebuah cerita yang menarik, penyampaian sesuatu isu
haruslah melalui struktur suasana babak yang menarik. Sesebuah cerita yang lemah terjadi apabila pembaziran
scene dilakukan.

CONTOH 1 : Menceritakan isu yang sama dalam banyak scene

SCENE 1 : Azam kehilangan wang akibat dompetnya jatuh dan hilang


SCENE 2 : Azam memberitahu isterinya dompetnya hilang
SCENE 3 : Azam memberitahu kawan-kawannya dompetnya hilang
SCENE 4 : Isteri Azam memberitahu rakannya, dompet suaminya hilang

Kesemua scene di atas memaparkan isu yang sama iaitu dompet yang hilang. Sesebuah lakun layar yang baik, sesuatu isu disampaikan dalam
bentuk yang padat, dan tidak diulang banyak kali.

CONTOH 2 : Melewah-lewah atau melambat-lambatkan cerita

SCENE 1 : latar di jalan raya, Azam memandu kereta


SCENE 2 : latar di halaman rumah, kereta dipandu Azam tiba. Azam keluar
daripada kereta membuka pintu kereta
SCENE 3 : latar di hadapan rumah, Azam membuka kasut kemudian membuka
pintu rumah dan masuk ke dalam rumah
SCENE 4 : latar di bilik, Azam memberitahu isterinya dia dibuang kerja.

Isu penting yang mahu disampaikan hanyalah pada SCENE 4 iaitu ‘Azam dibuang kerja’. Scene 1 hingga 3 sebenarnya tidak berguna dan
boleh digugurkan. Kecuali, pada setiap scene 1 hinngga 3 itu mempunyai makna tersirat yang akan berkesinambungan pada scene
berikutnya.
e) Teknik Waktu Dalam Scene

• Dalam sesebuah cerita, waktu memainkan peranan dalam memaparkan keadaan atau situasi.
Waktu siang dan malam dalam sebuah skrip lakon layar penting bagi menunjukkan suasana
cerita yang stabil.

• Kecuali, sememangnya cerita anda bercorak road movie yang berkisarkan perjalanan pada
waktu malam sahaja maka sudah tentulah scene malam bilangannya banyak.

f) Teknik Graf Dalam Scene


• Setiap scene mempunyai graf seperti tangga.
• Graf-graf yang meningkat itu adalah graf emosi watak yang bermula.
• Perkembangan watak bukan sahaja melalui aksi, tetapi emosi yang dilepaskan perlahan-lahan.

Anda mungkin juga menyukai