Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN 2 (KUMPULAN)
TAJUK : TEORI INSTITUSI

GMGA 2023
DASAR AWAM

: AMSYAR SYAFIQ BIN AMIR LAMJA 275948


NAMA AHLI / : HILDA BINTI SAGULU 275991
NO. MATRIK : MOHAMAD HANIFIZAM BIN SAID 276413
KUMPULAN : K (KAMPUS KOTA KINABALU)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. MOHAMED FAJIL BIN ABDUL BATAU


TEORI INSTITUSI – AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

1988 (AKTA 342)

Berdasarkan beberapa teori yang terdapat pada dasar awam di Malaysia, Teori

Institusi merupakan salah satu dasar awam yang secara umumnya berkisar terhadap

kehidupan masyarakat yang berada di Malaysia sama ada berstatus warganegara atau pun

bukan warganegara. Teori Institusi ini juga berasaskan model politik (deskriptif) yang mana

kajian mengenai bidang kuasa sesebuah kerajaan yang memerintah. Menurut Thomas R. Dye

(1978:20) dasar awam yang termasuk dalam Sains Politik ini merupakan satu disiplin ilmu

yang secara umumnya mengkaji tentang institusi-institusi kerajaan seperti parlimen, kongres,

presiden, perdana Menteri, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, parti-parti politik dan

sebagainya termasuklah kegiatan individu atau kelompok yang diarahkan oleh institusi-

institusi kerajaan. Teori Insititusi yang ingin dikupas lanjut adalah mengenai Akta Pencegahan

Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana amat sinonim dan berhubung

kait dengan isu semasa yang melanda dunia termasuk Malaysia iaitu pandemik Covid-19.

Coronavirus Disease atau pun Covid-19 menular ke Malaysia seawal tahun 2020.

Namun ketika itu, peraturan atau pun undang-undang khas bagi mencegah penularan Covid-

19 ini tidak tersedia melainkan mengguna pakai Akta 342 sedia ada. Akta Pencegahan Dan

Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 pertama kalinya telah dperkenankan oleh Yang

DiPertuan Agong pada 13 Ogos 1988 seterusnya tarikh penyiarannya telah diwartakan pada

8 September 1988. Akta ini digubal bertujuan untuk meminda dan menyatukan undang-

undang yang berhubung dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit khasnya

di Malaysia. Setelah melalui beberapa proses penggubalan bermula dari peringkat Menteri

merangka dasar, menyediakan Rang Undang-undang kepada peguam, tiga (3) kali

perbahasan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan diteliti dengan lebih terperinci oleh

jawatankuasa, maka Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong memperkenankan Akta

342 ini sebagai undang-undang yang termaktub dan diterima pakai di Malaysia. Kali terakhir

Akta 342 ini dipinda adalah pada 1 Disember 2016 melalui P.U. (A) 298/2016 sebelum

1
berlakunya pandemik Covid-19 lagi. Namun, setelah semakin hari semakin teruk bilangan kes

jangkitan sebelum adanya vaksin terhasil, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui

menterinya telah membuat beberapa pindaan terutamanya dari segi kawalan, pencegahan,

penguatkuasaan dan tindakan kerajaan terhadap rakyat.

Teori Institusi di Malaysia memperlihatkan kemampuan untuk membentuk sebarang

tingkah laku individu dan kelompok dalam masyarakat. Selaras dengan pendekatan Thomas

R. Dye (1972), Teori Institusi adalah polisi kepada institusi kerajaan dalam menentukan,

melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan, program, rancangan dan projek kepada

masyarakat dengan kuasa atau autoriti sepenuhnya. Setelah dasar awam tertentu mendapat

pengesahan, kerajaan mempunyai kuasa yang sah dalam melaksanakan hukuman kepada

sesiapa yang melanggar peraturan yang dicipta. Selain itu, hanya dasar kerajaan sahaja yang

akan meliputi seluruh lapisan masyarakat walau pun persatuan bukan kerajaan atau

perniagaan mempunyai dasar tersendiri, seterusnya mampu menguasai sepenuhnya dan

membuatkan masyarakat patuh setiap undang-undang yang digubal.

Jika dilihat kepada kemampuan institusi kerajaan dalam membentuk sahsiah dan

mendisiplinkan masyarakat, terdapat contoh yang boleh dilihat seperti Pusat Koreksional di

bawah Jabatan Penjara Malaysia dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di

bawah seliaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Setiap tahanan atau pelatih yang dimasukkan

ke sana disediakan program pemulihan termasuk kerohanian dan kemahiran. Tujuan utama

adalah bukan menghukum tetapi memberi kesedaran secara dalaman tetapi dalam bentuk

yang bertepatan dengan kehendak atau matlamat pusat tahanan tersebut. Namun semua itu

memerlukan sokongan penuh daripada masyarakat dalam membantu pelaksanaan undang-

undang, hukuman dan kesedaran menyeluruh. Umum kita ketahui, sehingga kini negara

Malaysia masih bergelut dengan mengawal penularan pandemik Covid-19 tetapi bakal

memasuki ke peringkat endemik jika memenuhi indikator yang dirancang dengan baik oleh

kerajaan. Pelbagai peraturan seperti SOP merentas ke negeri lain, penetapan Pelan

Pemulihan Negara, kawalan kuarantin dan sebagainya bagi membendung penularan seiring

2
dengan Akta 342 yang digunakan. Bermulanya peningkatan kes jangkitan Covid-19 di

Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat beberapa

pindaan kepada dasar awam sedia ada iaitu pematuhan kepada Akta Pencegahan Dan

Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang menjurus kepada tindakan

pengawalan dan pemulihan.

Selaras dengan penguatkuasaan yang diamanahkan kepada Kementerian Kesihatan

Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi, setiap

pergerakan individu atau pun berkumpulan dipantau rapi oleh agensi kerajaan yang dilantik.

Ini bagi mengawal dan mengelak terjadinya perhimpunan dan mencegah penyakit tersebut

merebak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan pantas. Kerajaan juga mewajibkan

kepada rakyat untuk mendaftar aplikasi MySejahtera di telefon pintar masing-masing yang

bertujuan mengesan pergerakan dan membuat analisis jika jangkitan berlaku. Dengan adanya

Akta 342 ini, agensi terlibat boleh menggunakan kuasa yang diberi bagi melakukan

penguatkuasaan selain memberi kompaun atau denda mengikut nilai yang ditetapkan.

Penggubalan akta ini sebenarnya lebih kepada memberi kesedaran di samping membuatkan

masyarakat lebih berdisiplin dalam mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan

Malaysia. Kita sedar trend bilangan kes jangkitan adakalanya tidak menentu kerana terdapat

beberapa faktor yang Kerajaan Malaysia sukar untuk elakkan tetapi masih dipantau dan

dikuatkuasakan dengan tegas. Contohnya penutupan sektor ekonomi tidak boleh terlalu lama

kerana menjejaskan sumber pendapatan peniaga individu, syarikat kecil atau besar.

Keberkesanan sesuatu peraturan itu sebenarnya terletak pada sokongan dan kemampuan

rakyat untuk mematuhinya. Jika rakyat sendiri tidak patuh, undang-undang yang digubal tidak

mencerminkan kekuasaan kerajaan sebaliknya hanya sebagai garis panduan umum. Setiap

perkara yang diputuskan di peringkat Dewan Negara akan dibahaskan bagi menilai setiap

kesan jangka pendek atau panjang. Namun harus diingat kerajaan berkuasa dan mampu

memonopoli sepenuhnya masyarakat dan berupaya mengenakan paksaan terhadap rakyat

(Dye, 1978:20).

3
Sejak tahun lalu, kerajaan telah mengutip pendapatan kompaun hasil pelanggaran

SOP sebanyak RM72.72 juta. Punca kuasa peraturan ini dapat dilihat pada Perkara 25 - iaitu

pegawai awam yang diberi kuasa boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta 342

yang bernilai tidak lebih RM1000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Ini menunjukkan

masih ramai rakyat tidak kira peringkat golongan dengan mudah melakukan pelanggaran

SOP yang ditetapkan ketika berada di tempat awam, dan ini juga membuktikan pelaksanaan

agensi diberi kuasa hasil dari undang-undang yang digubal untuk mengenakan tindakan

kompaun. Ini adalah antara kesan penguatkuasaan undang-undang yang diterima rakyat jika

tidak mematuhi peraturan tersebut.

Kesimpulannya, teori institusi mengenai Akta 324 ini jelas membuatkan majoriti rakyat

Malaysia berpuas hati terhadap penggubalan dasar, pelaksanaan, dan kesan tindakan

undang-undang. Setiap undang-undang yang digubal kerajaan bukanlah semata-mata untuk

mengekang atau menindas rakyat tetapi lebih kepada menjaga kebajikan supaya kehidupan

rakyat lebih selesa, aman, tenteram dan hidup lebih bersatu padu. Selain itu, undang-undang

digubal adalah mengikut proses perundangan yang tepat dan tidak boleh dipinda sesuka hati

kecuali setelah mendapat kelulusan badan perundangan. Semua ini wajib kita sebagai rakyat

untuk mematuhi undang-undang demi membentuk dengan baik perjalanan pentadbiran

negara yang ditadbir oleh kerajaan memerintah.

4
RUJUKAN

Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit 1988. https://covid-19.moh.gov.my/faqsop/akta-342

Rafidah Mat Ruzki. (14 Disember 2021) Berita Harian Online. Pindaan Akta 342 Demi

Kesinambungan Penguatkuasaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/899102/pindaan-akta-342-demi-
kesinambungan-penguatkuasaan

Rafidah Mat Ruzki. (14 Disember 2021) Berita Harian Online. RUU Pindaan Akta 342 Bawa

5 Peruntukan Baharu, 5 Pindaan.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/899028/ruu-pindaan-akta-342-
bawa-5-peruntukan-baharu-5-pindaan

Astro Awani. (28 Disember 2020) Denda RM1,000 Tidak Boleh Dinaikkan, Akta 342 masih

Belum Dipinda – Ismail Sabri https://www.astroawani.com/berita-malaysia/denda-


rm1000-tidak-boleh-dinaikkan-akta-342-masih-belum-dipinda-ismail-sabri-275064

5
PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN 3(KUMPULAN) - CADANGAN DASAR


TAJUK : CADANGAN MENANGANI BENCANA ALAM (BANJIR)

GMGA 2023
DASAR AWAM

: HILDA BINTI SAGULU 275991


NAMA AHLI / : AMSYAR SYAFIQ BIN AMIR LAMJA 275948
NO. MATRIK : MOHAMAD HANIFIZAM BIN SAID 276413
KUMPULAN : K (KAMPUS KOTA KINABALU)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. MOHAMED FAJIL BIN ABDUL BATA

6
BIL.1 Sabtu
15 Januari 2021
TAJUK: CADANGAN MENANGANI BENCANA ALAM (BANJIR)

Ahli Kumpulan
Hilda binti Sagulu – 275991
Amsyar Syafiq Bin Amir Lamja – 275948
Mohamad Hanifizam Bin Said - 276413

1. Hilda binti Sagulu [P174, Penampang] akan mencadangkan:-


Bahawa Dewan ini perlu mengambil tindakan yang drastik bagi menangani masalah banjir
yang berlaku pada 18 Disember 2021 dimana terdapat 210 lokasi yang melibatkan
enam(6) buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Berikutan bencana ini, terdapat 83 jalan persekutuan dan 126 jalan negeri yang telah
terjejas ekoran daripada banjir kilat, tanah runtuh, jalan mendap serta jambatan rosak.
Melalui laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak RTM pada 25 Disember 2021, sebanyak
47 mangsa korban akibat bencana banjir dan turut melibatkan kehilangan sekurang-
kurangnya 5 mangsa yang telah direkodkan. Bagaimanapun, statistik mencatatkan
bilangan mangsa yang terlibat banjir dengan jumlah tertinggi adalah Negeri Pahang iaitu
seramai 29,108 orang, Selangor (23,702), Kelantan (974), Kuala Lumpur (230), dan
Melaka sebanyak 38 orang.
Justeru itu, adalah dicadangkan agar kerajaan perlu mempertingkatkan lagi inovasi bagi
pelan pembangunan yang dirancang terutamanya darisegi eleman mitigasi banjir yang
sememangnya seringkali terjadi setiap tahun. Seharusnya, kerajaan perlu mengambil
inisiatif dan sanggup belajar cara menangani bencana alam khususnya banjir dari negara
luar misalnya Negara Jepun. Tidak dinafikan, sememangnya Negara Jepun merupakan
sebuah negara yang mempunyai sifat geografi yang unik dan ini menyebabkan Negara
Jepun seringkali mendepani bencana alam seperti gempa bumi, taufan dan Tsunami.
Namun demikian, Jepun telah berjaya mengambil langkah dan membuat persediaan
lengkap serta rapi untuk mengatasi bencana alam serkiranya berlaku. Oleh itu, kerajaan
boleh mengaplikasikan cara kerja Negara Jepun iaitu dengan mewujudkan serta
melancarkan Sistem Aplikasi Amaran Kecemasan Bencana melalui telefon pintar . Sistem
ini berfungsi sebagai amaran ketika berlakunya gempa bumi, tsunami dan banjir. Selain
itu, kerajaan perlu memperbaiki sistem tembatan banjir bagi mengawal paras air sungai

7
daripada melimpah memasuki di pusat bandar. Disamping itu, kerajaan boleh mengambil
contoh dimana Negara Jepun telah mewujudkan Sistem Pengurusan Anti Banjir yang
diiktraf bertaraf dunia dengan kos perbelanjaan berjumlah $3.5 bilion dan pembinaan akan
siap menjelang Tahun 2044. Oleh yang demikian, kerajaan perlu sentiasa peka akan
keperluan khusus sekiranya bencana berlaku. Ini termasuklah mempertingkatkan lagi
kaedah keperluan keselamatan contohnya menyediakan helikopter khusus sekiranya
terdapat pengangkutan darat yang terputus, menambahbaik SOP berkaitan dengan
penyelamatan agar gerak kerja dapat dilakukan dengan segera, mengurangkan birokrasi
memberi arahan diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, serta mengenalpasti dan
menambahkan pusat pemindahan sementara kepada mangsa yang terlibat.
Kesimpulanya, parlimen seharusnya meneliti semula undang-undang yang sedia ada
khususnya berkaitan dengan alam sekitar, penjagaan sungai serta perancangan
pembangunan bandar dan desa agar dapat memulihkan dan memelihara untuk
kesejahteraan rakyat di Malaysia.

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

Anda mungkin juga menyukai