Anda di halaman 1dari 23

1

PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR


NO. PERKARA MUKA SURAT
1 Pendahuluan 2
2 Objektif buku panduan pengurusan diri pelajar 2
3 Organisasi pentadbiran pengurusan asrama 2
4 Peraturan kelas akademik 3
4.1 Pakaian
5 Peraturan kelas persediaan 6-7
5.1 Pakaian
5.2 Peraturan Am
6 Peraturan keluar ke bandar 9
7 Pulang bermalam 10
7.1 Jenis-jenis pulang bermalam
7.2 Pulang bermalam wajib
7.3 Pulang bermalam pilihan
7.4 Pulang bermalam kecemasan
7.5 Pulang bermalam kebenran khas
7.6 Peraturan Am

8 Peraturan dan tatatertib di asrama 11-14


8.1 Pakaian
8.1 Pakain di larang
8.3 Penempatan pelajar
8.4 Kebersihan
8.5 Bilik pelajar
8.6 Bilik air
8.7 Bilik utiliti
8.8 Tong sanitari
8.9 Rak kasut

9 Peraturan riadah 16
10 Peraturan di dewan makan 17
11 Peraturan penggunaan bilik sakit 17
12 Peraturan penggunaan telefon pintar 18
13 Peraturan tambahan(non-Muslim) 19

2
1.0 PENDAHULUAN
Pengurusan diri merupakan elemen penting dalam kehidupan seorang pelajar. Pengurusan diri yang baik
mencerminkan keperibadian yang tinggi melalui penampilan dan tingkah laku pelajar. Penampilan yang
cemerlang dapat meningkatkan imej bukan sahaja diri pelajar itu sendiri malah turut meningkatkan imej
MARA dan MRSM Bentong.

2.0 OBJEKTIF
 Mewujudkan satu suasana yang selesa, tenteram, tidak terancam dan kasih sayang di kalangan
pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang.
 Membina dan menyuburkan keterampilan sahsiah dan kepimpinan pelajar di asrama.
 Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di asrama.
 Memastikan peraturan asrama dipatuhi.
 Memupuk nilai-nilai murni dikalangan pelajar.

3.0 ORGANISASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENGETUA

TIMBALAN PENGETUA
PEMBANGUNAN PELAJAR(TPPP)

KETUA GURU ASRAMA PEN.PEG.TADBIR


(KANAN)

GURU ASRAMA PEMB.TADBIR KANAN


(ASRAMA)

PELAJAR PEMB.TADBIR
(ASRAMA)

3
4.0 PERATURAN KELAS AKADEMIK

4.1 PEMAKAIAN

KOD PAKAIAN MENGIKUT TEMPAT DAN KEADAAN SILA RUJUK LAMPIRAN 1

LELAKI
 Tali leher maktab sahaja yang dibenarkan.
 Wajib dipakai semasa kelas akademik,
perhimpunan dan majlis yang dirasakan
perlu.
 Baju hendaklah disisikan ke dalam seluar.
 Pemakaian tag nama adalah wajib.
 Lengan baju hendaklah dibutangkan dan
tidak dibenarkan dilipat.

 Kasut hendaklah daripada jenis kulit atau


PVC hitam.
 Warna stoking adalah hitam dan tidak.
berbelang-belang atau berwarna warni.
 Stoking hendaklah menutupi buku lali.

4
TIDAK DI BENARKAN

 Songkok mestilah berwarna hitam.


 Wajib dipakai semasa hari Jumaat bersama
kod pakaian baju kebangsaan.
 Wajib berpakaian lengkap bersampin.
 Kopiah atau selain songkok boleh dipakai
ketika menunaikan solat.

 Paras kaki seluar hendaklah melepasi buku


lali dan ukur lilit seluar mestilah di antara
35cm hingga 45cm.
 Jenis kain BUKAN PVC, Corduroy, Denim
atau kulit.

TIDAK DIBENARKAN
 Terlalu longgar, ketat, slim fit, baggy dan
singkat sehingga menampakkan stoking.
 Potongan jeans tidak di benarkan.

 Hendaklah daripada jenis KULIT atau PVC


 Lebar tali pinggang di antara 2.5 cm hingga
3.0 cm

5
TIDAK DIBENARKAN
 Berkepala besar
 Berwarna-warni
 Mempunyai lambang yang tidak sesuai

PANDUAN POTONGAN RAMBUT PELAJAR


LELAKI
(1 : 2 : 4)
 Rambut mestilah sentiasa pendek, tidak
tebal dan tidak mencecah kolar baju tidak
melebihi 1 inci.
 Rambut di bahagian depan tidak menutup
dahi.
 Rambut di bahagian tepi tidak menyentuh
telinga dan kolar baju.
 Rambut mestilah bersih dan disikat.
 Membotakkan kepala TIDAK
DIBENARKAN.
 Mewarnakan rambut TIDAK DIBENARKAN.
 Stail rambut yang keterlaluan seperti punk,
RAMBUT trojan, skin head, bross dan lain-lain TIDAK
DIBENARKAN.
 Menyimpan jambul melebihi aras kening dan
ekor rambut TIDAK DIBENARKAN.
 Menggunakan gel, pengeras rambut atau
minyak rambut yang berbau tengik TIDAK
DIBENARKAN.
 Menyimpan misai, jambang dan janggut
TIDAK DIBENARKAN.

PEREMPUAN
 Tudung dan anak tudung putih sahaja di
benarkan pada waktu akademik.
 Bahagian hadapan dan belakang tudung
haruslah berbentuk segi serta dijahit di
bahagian hadapan.
 Menutup bahagian dada.
 Tidak jarang dan tidak bercorak.

6
 Kasut berwarna hitam dariipada jenis PVC
atau Getah/canvas sahaja.
 Bersarung dan bukan jenis selipar atau
sandal.
 Kasut bertumit tinggi tidak di benarkan.
 Stoking hendaklah berwarna hitam.
 Stokin tidak berbelang atau berwarna-
warni.

TIDAK DIBENARKAN

TIDAK DIBENARKAN

4.2 PERATURAN AM

 Pada hari persekolahan (hari Isnin, Rabu dan Jumaat) semua pelajar hendaklah berada di tapak
roll call asrama pada jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi, manakala pada hari Selasa dan Khamis,
pelajar hendaklah berada di tapak roll call akademik pada waktu yang sama.
 Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik termasuk waktu rehat.

5.0 PERATURAN KELAS PERSEDIAAN (PREP)

5.1 PAKAIAN

LELAKI
 Baju kameja berlengan panjang atau
pendek dibenarkan.
 Baju T berkolar di benarkan.
 Baju hendaklah disisipkan di dalam seluar.
 Baju hendaklah bersih dan kemas.
 Dilarang membawa baju yang berjenama
dan mahal.

7
TIDAK DIBENARKAN

 Memakai sandal yang menutupi bahagian


kaki.

PEREMPUAN
 Tudung hitam sahaja yang dibenarkan
untuk dipakai di luar waktu akademik.
 Pelajar hanya dibenarkan memakai baju
kurung sahaja di luar waktu akademik.
 Pelajar bukan Islam digalakkan memakai
baju kurung dan dibenarkan memakai
blaus berlengan dan skirt melebihi paras
lutut.
 Baju dan kain hendaklah longgar dan tidak
menampakkan susuk badan.

 Memakai ballet shoes/ sandal dan


berstoking.

ATAU

5.2 PERATURAN AM
Pelajar WAJIB hadir pada waktu kelas persediaan (prep).

 Kelas persediaan adalah di Blok Akademik.


 Pelajar DILARANG mengganggu suasana belajar di kawasan Blok Akademik semasa kelas
persediaan berjalan.
 Elakkan pembaziran tenaga elektrik ketika anda prep di tempat yang disediakan.
 Gunakan lampu dan kipas mengikut bilangan yang berpatutan. Matikan suis elektrik apabila tidak
digunakan.
 Pelajar DILARANG menggunakan bahan-bahan bukan akademik semasa kelas persediaan
sedang berjalan seperti komik.
8
 Peralatan seperti telefon pintar, Ipad,Tablet dan sebarang peralatan IT yang lain DIBENARKAN
bagi tujuan berkaitan akademik.
 Pelajar DIBENARKAN untuk menggunakan earphone untuk mendengar muzik.
 Para pelajar TIDAK DIBENARKAN berada di kawasan asrama pada waktu kelas persediaan.
 Aktiviti-aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang jenis perjumpaan TIDAK DIBENARKAN
diadakan pada waktu kelas persediaan kecuali mendapat kebenaran daripada Timbalan Pengetua
Pembangunan Pelajar (TPPP) semasa waktu pejabat atau Ketua Guru Asrama di luar waktu
pejabat.
 Pelajar yang sakit hendaklah berada di bilik sakit dengan kebenaran daripada Timbalan Pengetua
Pembangunan Pelajar (TPPP) semasa waktu pejabat atau Ketua Guru Asrama/ Guru Asrama di
luar waktu pejabat.
 Pelajar muslimah yang datang haid dan pelajar non-Muslim dikehendaki berada di Dewan Selera
semasa waktu Solat Maghrib.
 Jadual kelas sila rujuk LAMPIRAN 2
 Pelajar hadir ke kelas persediana selepas waktu maghrib setiap malam kecuali malam Jumaat
kerana memberi laluan bacaan yasin

6.0 PERATURAN KELUAR KE BANDAR


 Pelajar dibenarkan keluar ke Bandar Bentong mengikut Jadual Outing (lelaki/perempuan) yang
telah ditetapkan oleh pihak maktab.
 Masa outing adalah pada hari Ahad jam 2.00 hingga 6.00 petang (tertakluk kepada perubahan jika
melibatkan cuti am).
 Pelajar perlu mendapatkan tandatangan Guru Asrama bertugas pada buku keluar maktab (buku
outing).
 Pelajar yang keluar tanpa Ibu bapa/ waris/ penjaga DIWAJIBKAN menggunakan pengangkutan
(bas) yang telah disediakan.
 Pelajar perlu berpakaian kod pakaian KP03 rujuk LAMPIRAN 1.
 Pelajar dibenarkan keluar ke bandar bersama dengan ibu bapa/ waris/ penjaga pada hari Ahad
dari jam 10.30 pagi hingga 4.00 petang.
 Ibu bapa/ waris/ penjaga perlu menunjukkan kad pelawat kepada Pengawal Keselamatan dan Guru
Asrama bertugas untuk mengesahkan pengenalan diri ibu bapa/ waris/ penjaga pelajar.
 Para pelajar hendaklah mematuhi giliran keluar ke bandar sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
pihak pentadbiran asrama.
 Buku keluar maktab hendaklah dilengkapkan dan ditandatangani oleh guru asrama sebelum
diserahkan di pondok pengawal.
 Para pelajar hendaklah memakai baju kod KP03 seperti yang dikehendaki dalam peraturan
mengenai pakaian.
 Para pelajar dikehendaki keluar dalam kumpulan, berdua atau lebih dan daripada jantina yang
sama.
 Pelajar dilarang mengunjungi tempat tempat seperti di bawah:
 Pusat-pusat permainan hiburan yang memiliki alat permainan ‘billiard’, mesin ‘pin-ball’,
‘video games’, dan seumpamanya.
 Semua kelab malam, bar, disko, pusat karaoke dan seumpamanya.
 Semua tempat pelacuran atau seumpamanya.
 Pelajar-pelajar mestilah menunjukkan kelakuan yang baik semasa berada di luar kawasan maktab
untuk menjamin keselamatan diri sendiri dan menjaga nama maktab.

9
7.0 PULANG BERMALAM

7.1 JENIS-JENIS PULANG BERMALAM


 Terdapat 4 jenis pulang bermalam iaitu:
 Pulang bermalam wajib;
 Pulang bermalam pilihan;
 Pulang bermalam kecemasan; dan
 Pulang bermalam kebenaran khas.

7.2 PULANG BERMALAM WAJIB


 Pulang bermalam wajib merupakan pulang bermalam yang telah dijadualkan oleh pihak maktab.
 Pelajar DIWAJIBKAN untuk pulang bermalam dan ibu bapa tidak perlu membuat permohonan
pulang daripada pihak maktab. Berikut ialah contoh pulang bermalam wajib iaitu:
 Cuti pertengahan semester;
 Cuti semester; dan
 Cuti sempena perayaan. (Tertakluk kepada perayaan tertentu).
7.3 PULANG BERMALAM PILIHAN
 Pulang bermalam pilihan merupakan pulang bermalam yang telah dijadualkan oleh pihak maktab.
 Pelajar TIDAK DIWAJIBKAN untuk pulang bermalam.
 Pelajar tidak dibenarkan pulang ke rumah rakan.
 Ibu bapa perlu membuat permohonan pulang daripada pihak maktab melalui link yang disediakan.
 Dengan adanya permohonan dan kebenaran daripada ibu bapa, maka pihak maktab akan
membenarkan para pelajar untuk pulang bermalam.
 Berikut merupakan tatacara permohonan pulang bermalam pilihan:
 Ibu bapa memberikan kebenaran untuk pelajar pulang bermalam pilihan dengan mengisi
borang atas talian melalui link yang di sediakan.
 Pembantu Tadbir Asrama akan merekod dan menyerahkan borang pulang bermalam
pilihan untuk kelulusan Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar(TPPP).
 Pelajar perlu membawa Buku Keluar Maktab untuk mendapatkan tandatangan Guru
Asrama.

7.4 PULANG BERMALAM KECEMASAN


 Pulang bermalam kecemasan (PBK) merupakan pulang bermalam yang dipohon oleh ibu bapa
atas sebab-sebab kecemasan seperti:
 kematian;
 ahli keluarga sakit tenat;
 dan lain-lain urusan yang dirasakan sesuai.
 Untuk permohonan PBK, ibu bapa/ penjaga perlu menghubungi Timbalan Pengetua Pembangunan
Pelajar (TPPP)/ Ketua Guru Asrama.
 Ibu bapa atau waris diminta untuk membawa pelajar pulang. Pihak Maktab tidak menyediakan
perkhidmatan menghantar pelajar pulang.

7.5 PULANG BERMALAM KEBENARAN KHAS


 Pulang bermalam kebenaran khas merupakan pulang bermalam yang dipohon oleh ibu bapa/
penjaga pada waktu yang tidak ditetapkan sebagai pulang bermalam pilihan atas sebab-sebab
tertentu.
 Kelulusan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak MRSM.

7.6 PERATURAN AM.


 Ibu bapa perlu membuat permohonan awal dan mengelakkan membuat permohonan pada saat-
saat terakhir (kecuali kes KECEMASAN sahaja).
 Tempoh permohonan perlulah lebih awal daripada tarikh pulang bermalam. Kegagalan mematuhi
akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
 Keselamatan perjalanan pelajar-pelajar yang pulang ke kampung bersendirian atas permintaan ibu
bapa/ penjaga adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa/ penjaga sendiri.
10
 Pelajar mesti membawa Buku Keluar Maktab untuk ditandatangani oleh ketua Guru Asrama/ Guru
Asrama pada setiap kali ingin pulang.
 Kad keluar maktab yang telah siap diisi dan ditandatangani oleh Ketua Guru Asrama/ Guru Asrama
hendaklah diserahkan kepada Pengawal keselamatan sebelum balik kampung.
 Pelajar-pelajar hendaklah kembali ke maktab selewat-lewatnya pada pukul 6.00 petang pada hari
terakhir cuti.
 Ibu bapa/ Penjaga/ Wakil hendaklah datang mengambil pelajar di maktab. Pelajar tidak dibenarkan
balik sendiri kecuali langkah-langkah keselamatan telah disempurnakan dan mendapat keizinan
daripada ibu bapa/ penjaga.
 Ibu bapa dan pelajar perlu berurusan sendiri jika pulang bermalam menggunakan perkhidmatan
bas luar.

8.0 PERATURAN DAN TATATERTIB DI ASRAMA

8.1 PAKAIAN

 Pakaian T berkolar atau tidak berkolar, atau baju


sukan dibenarkan untuk dipakai.

 Jaket dan baju yang mempunyai imej dan perkataan


tidak sesuai TIDAK DIBENARKAN untuk dipakai di
asrama.

8.2 PAKAIAN LARANGAN

 Pada bila-bila masa di dalam kawasan maktab, pelajar dilarang memakai/ memiliki/ menyimpan
pakaian seperti berikut:
 Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai mencolok mata atau pakaian yang
mendedahkan aurat mengikut tafsiran Islam atau pakaian ketat yang memperlihatkan raut
anggota atau tubuh badan pemakainya, atau pakaian yang ditafsirkan sebagai seksi/
berfesyen keterlaluan atau bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan moral masyarakat.
 Baju atau pakaian yang ada gambar orang atau kumpulan seperti penyanyi, pemimpin, ahli
sukan dan sebagainya atau gambar-gambar lucah atau gambar-gambar yang
bertentangan dengan akidah Islam atau bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya
bangsa dan Negara.
 Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan atau lakaran lucah, ganas atau
bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya bangsa dan negara.
 Semua jenis jeans dan cotton slacks.
11
 Tali pinggang berkepala besar, rugged, berwarna-warni dengan tulisan atau lakaran atau
reka bentuk binatang, lucah, ganas dan sebagainya.
 Telekung mini (tudung bulat labuh) untuk pelajar perempuan.
 Tidak memakai baju, memakai baju menampakkan pusat, berkemban, memakai tuala
mandi sahaja dan berkaki ayam.
 Memakai sebarang jenis pakaian yang dianggap tidak sesuai/ tidak wajar dipakai oleh
pelajar sekolah.
 Memakai baju T tidak berkolar.
 Memakai baju yang menyerupai tentera, polis, atau agensi-agensi keselamatan lain
(kecuali semasa sesi kokurikulum).
 Memakai pakaian yang selekeh, kotor, koyak, berbau busuk atau bertampal.
 Berpakaian separuh bogel, iaitu tidak memakai baju, berkemban atau memakai tuala
mandi sahaja.
 Berkaki ayam dan tidak memakai alas kaki/ kasut kecuali dalam bilik mandi/ asrama atau
tempat-tempat yang dilarang memakai kasut.

8.3 PENEMPATAN PELAJAR

 Para pelajar yang telah ditempatkan di tempat yang disediakan pada hari pendaftaran tidak
dibenarkan berpindah ke tempat lain tanpa kebenaran Ketua Guru Asrama atau Timbalan
Pengetua (TPPP).
 Semasa penyerahan alatan kepada pelajar pada hari pendaftaran, setiap alatan tersebut
hendaklah diperiksa dan ditandakan dalam senarai borang penyerahan alatan oleh pelajar.
Sebarang kerosakan pada alatan tersebut setelah pemeriksaan semula akan dibiayai kos
pembaikan/ perolehan oleh pelajar.
 Segala kerosakan asrama dan alat kelengkapan lain yang disebabkan oleh pelajar akan dikenakan
bayaran ganti rugi. Jika tidak diketahui pelajar yang merosakkannya, semua pelajar di dalam
asrama berkenaan mesti bertanggungjawab menggantikannya atau membayar ganti rugi. Pelajar
hendaklah menyusun dan mengemaskan bilik dan tempat tidur sebelum keluar ke kawasan
akademik pada setiap masa.
 Para pelajar hendaklah bekerjasama menjaga kebersihan tempat tinggal, bilik tidur, surau, bilik air
dan kawasan persekitaran asrama. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam bekas sampah
yang disediakan.
 Para pelajar dilarang sama sekali membawa balik ke asrama makanan atau peralatan dapur.
Hanya makanan kering sahaja dibenarkan dibawa balik ke asrama.
 Para pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki barang-barang berbahaya seperti pisau,
cangkul, racun, asid, mancis, pemetik api dan sebagainya di asrama.
 Barang berharga seperti emas, permata dan seumpamanya tidak dibenarkan.
 Pelajar-pelajar diharamkan memiliki atau menyimpan atau mengedar rokok atau merokok. Pelajar
juga diharamkan memiliki/ menyalahgunakan dadah serta menyimpan/ meminum minuman keras.
 Sebarang bahan lucah diharamkan dibawa ke asrama/ maktab.
 Pelajar lelaki tidak dibenarkan ke kawasan asrama perempuan atau sebaliknya.
 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising yang keterlaluan di dalam asrama.
 Pelajar hendaklah memastikan semua suis elektrik seperti lampu dan kipas dimatikan sebelum
meninggalkan asrama.
 Pelajar tidak dibenarkan membawa peralatan untuk memasak sama ada menggunakan elektrik
atau gas.
 Para pelajar yang sakit mestilah berehat di bilik sakit dan tidak dibenarkan berada di asrama
sehingga dibenarkan oleh Pengetua/ Timbalan Pengetua TPPP/ Ketua Guru Asrama/ Guru
Asrama.
 Semasa cuti semester/t amat pengajian, semua almari dan bilik asrama hendaklah dibersihkan
dan dikosongkan.
 Jimatkanlah penggunaan air di asrama. Paip-paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas
digunakan.
12
 Semua pelajar mesti berada di asrama masing-masing pada pukul 11.00 malam sehingga waktu
subuh.
 Para pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja-pekerja di asrama.
 Susunan alat kelengkapan seperti katil, tilam, almari dan alatan lain tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pengetua, Timbalan Pengetua TPPP,Ketua Guru Asrama dan Guru Asrama di blok
masing-masing.

8.4 KEBERSIHAN

 Bilik mestilah kemas dan sentiasa bersih.


 ‘Locker tag’ mesti dilekatkan pada lokar/ pintu masuk kiub.
 Barang-barang seperti buku dan alatan lain hendaklah disusun dengan kemas.
 Sampah sarap hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
 Gambar dan poster yang dibenarkan oleh pihak maktab sahaja yang boleh ditampal di dinding
dengan menggunakan “blue tack”.
 Cadar dan sarung bantal maktab hendaklah sentiasa dipasang dengan kemas.
 Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil.
 Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan dalam almari.
 Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di luar asrama.
 Barang-barang seperti beg dan kotak kasut tidak dibenarkan diletakkan di atas almari.
 Dilarang meletakkan buku, kain basahan dan baju di tingkap-tingkap asrama pada sebarang waktu.
 Kasut hendaklah disimpan ditempat yang disediakan.
 Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering.
 Pakaian yang jatuh hendaklah diambil segera.
 Pakaian yang terbiar atau tidak diambil akan dibuang.

ISNIN – SABTU

 Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar yang bertugas harian iaitu:
 Mengosongkan tong sampah;
 Membersihkan tandas;
 Mengemas bilik utiliti;
 Membersihkan kawasan sekitar asrama; dan
 Menyidai semula pakaian yang jatuh dari ampaian.

 Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh semua pelajar.
 Mengemas katil, tilam dan loker;
 Membawa keluar baldi yang diisi dengan pakaian kotor ke kawasan yang dikhaskan;
 Memastikan tiada pakaian/ peralatan yang digantung;
 Menyusun kasut di rak kasut yang disediakan;
 Menyapu lantai serta memastikan tiada sebarang peralatan di atas lantai; dan
 Lain-lain tugas yang dirasakan sesuai dari masa ke masa.

 Pemeriksaan kekemasan dan kebersihan asrama dilakukan oleh pihak JPA pada jam 7.00 pagi.
Mana-mana pelajar yang gagal mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan perlu dipanggil
oleh pihak JPA untuk mengemas semula.

13
AHAD

 Gotong-royong dijalankan meliputi perkara-perkara berikut:


 Membersihkan kipas & lampu;
 Membersihkan tingkap;
 Mengemop lantai;
 Membuang sawang dan sarang labah-labah;
 Membersihkan longkang;
 Membersihkan kawasan sekitar asrama;
 Membersihkan tandas;
 Mengemas bilik utiliti;
 Mengosongkan tong sampah;
 Mengemas katil, tilam dan lokar;
 Mengemas dan membersihkan kawasan ampaian baju;
 Mengemaskan rak kasut; dan
 Lain-lain tugas yang dirasakan sesuai dari masa ke semasa.

 Taklimat gotong-royong akan diberikan oleh pihak Guru Asrama bertugas pada jam 7.00 pagi.
 Pemeriksaan kekemasan dan kebersihan asrama dilakukan oleh pihak JPA dan Guru Asrama pada
jam 7.00 pagi.
 Semua pelajar dikehendaki berdiri di tepi katil masing-masing semasa pemeriksaan kebersihan
oleh pihak JPA. Mana-mana pelajar yang gagal mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan
perlu diarahkan untuk mengemas semula.

8.5 BILIK PELAJAR

 Ada identiti pelajar pada setiap bilik.


 Sifar sampah, habuk & sarang labah-labah.
 Tingkap bilik berkilat & tiada sebarang alatan/ barangan diletakkan di tingkap.
 Buku-buku/ peralatan disusun kemas.
 Dinding ceria & tidak dibenarkan menampal poster atau gambar yang tidak berkenaan.
 Tiada tuala mandi pelajar bergantungan dalam bilik/ cube pada masa sesi persekolahan
berlangsung.
 Pastikan Terdapat petunjuk pengecaman suis kipas & lampu.
 Kipas & lampu tidak berfungsi hendaklah dilaporkan.
 Semua peralatan elektrik hendaklah disambungkan hanya pada plug yang disediakan sahaja
 Kipas dan lampu hendaklah bersih (tiada habuk & sarang labah-labah).
 Katil perlu berkeadaan selamat digunakan, tersusun, seragam dan bercadar maktab.
 Cadar & bantal bersih dan kemas disusun dan seragam.
 Selimut perlulah dilipat dengan elok di hujung katil.
 Ada ditampal kad identiti pelajar pada setiap almari pelajar.
 Almari berkeadaan baik dan boleh dikunci.
 Pakaian yang berlipat perlu disusun dengan kemas,tersusn rapi dan tiada pakaian kotor/ berbau
busuk di dalam almari.

8.6 BILIK AIR


 Lantai/ mangkuk tandas/ sinki hendaklah bersih.
 Jika ada saluran air tersumbat yang menyebabkan air bertakung,sila lapor kepada guru asrama.
 Pintu tandas berada dalam keadaan baik.
 Peralatan mandi & membasuh pakaian diletakkan di suatu tempat khas & disusun kemas.

14
8.7 BILIK UTILITI
 Alat elektrik disusun kemas dan suis alatan/ plug dicabut selepas digunakan.
 Bilik berkeadaan bersih & ceria.
 Tiada peralatan ‘personal’ di bilik utiliti.
 Dinding bersih & tiada sarang labah-labah.

8.8 TONG SANITARI


 Tong sanitari digunakan dengan betul.
 Tong sanitari tersusun kemas & berlabel.
 Semua tuala wanita mestilah dibuang ke dalam tong sanitari yang di sediakan.

8.9 RAK KASUT

 Rak kasut tidak dialihkan.


 Kasut yang tidak digunakan hendaklah di simpan di tempat lain.
 Rak kasut disusun kemas.
 Kasut-kasut disusun kemas pada rak kasut.

8.10 BILIK PELAJAR

 Ada carta organisasi asrama ditampal (nama ketua asrama, timbalan, bendahari, setiausaha &
lain-lain).
 Jadual bertugas membersih tandas oleh pelajar hendaklah ditampal di dinding luar bilik air.
 Jadual berugas membersih bilik utiliti oleh pelajar hendaklah ditampal di dinding bilik utiliti.
 Ada jadual bertugas kebersihan asrama (kipas, lampu, tingkap & lain-lain).

8.11 PERATURAN KESELAMATAN

 Sambungan elektrik adalah di larang sama sekali.


 Pastikan semua suis dimatikan dan tanggalkan palam (plug) dari soket setelah digunakan.
 Jangan menggunakan sebarang peralatan elektrik semasa kilat.
 Seterika elektrik boleh digunakan di bilik yang dikhaskan sahaja.
 Setiap peralatan elektrik yang hendak digunakan di asrama hendaklah didaftarkan terlebih dahulu.
 Jangan sekali-kali menggunakan alat elektrik yang telah rosak.
 Sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada Guru Asrama.
Jangan cuba membaiki sendiri.
 Jangan menyentuh sebarang alat elektrik yang sedang digunakan jika tangan anda basah.
 Apabila anda mendengar isyarat berlaku kebakaran atau terhidu bau asap, perkara pertama yang
mesti dilakukan adalah dengan menyelamatkan nyawa anda dan rakan anda.
 Segera memberi amaran kepada rakan asrama dengan menjerit.
 Keluar dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang berhampiran dengan anda (seperti dalam
pelan setiap aras).
 Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama menuju tempat berkumpul
 Setiap penghuni asrama mesti melalui “Fire Drill” sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.
 Penggunaan lingkaran ubat nyamuk,pelita dan lilin tidak dibenarkan.
 Setiap penghuni asrama seharusnya tahu menggunakan alat pemadam api semasa berlaku
kebakaran. Penyalahgunaan alat pemadam api akan dikenakan tindakan atau denda.
 Jika berlaku kecemasan sila hubungi Ketua Guru Asrama/ Guru Asrama/ Pengawal Keselamatan
dengan segera.
 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan sendiri (wang tunai) lebih dari RM 20.00.Pelajar digalakkan
menggunakan e-wallet atau e-banking untuk urusan setiap pembayaran.
15
 Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan di bank atau dengan penasihat homeroom yang
berkenaan.
 Semua kad ATM mesti disimpan di tempat yang selamat. Pelajar digalakkan menyimpan kad ATM
dengan penasihat homeroom.
 Jika ingin mengeluarkan wang dengan kad ATM, bolehlah meminta bantuan penasihat homeroom.
 Menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan kehilangan kad ATM dengan segera kepada
penasihat homeroom atau Guru Asrama.

9.0 PERATURAN RIADAH

9.1 PAKAIAN

LELAKI/ PEREMPUAN
 Baju T tidak berkolar hanya di benarkan untuk aktiviti riadah
dan di dalam asrama sahaja.

 Seluar track bottom dibenarkan.

 Kasut yang sesuai dipakai ketika beriadah bersama stoking.

16
9.2 PERATURAN RIADAH

 Pelajar dikehendaki berada di tempat yang sesuai untuk tujuan riadah.


 Dilarang bermain di dalam asrama atau tempat-tempat yang kurang sesuai seperti kelas.
 Pelajar di kehendaki naik ke asrama untuk mempersiapkan diri ke surau sebelum pukul
6.30 petang.

10.0 TATATERTIB DI DEWAN SELERA

 Beratur semasa mengambil makanan. Dilarang memotong barisan.


 Sistem tempahan (booking) tidak dibenarkan.
 Sentiasa menjaga kebersihan dewan selera. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di tempat
yang disediakan.
 Kerusi hendaklah disusun semula selepas digunakan.
 Pakaian di dewan selera mestilah mengikut peraturan pemakaian seperti yang ditetapkan dalam
peraturan pakaian.
 Pelajar-pelajar dilarang membawa keluar makanan, barang-barang atau alatan dari dewan selera.
 Tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kawasan dalam kaunter agihan makanan.
 Pelajar mestilah mematuhi waktu makan seperti dalam jadual harian/ mingguan kehidupan
asrama.

11.0 PERATURAN DI BILIK SAKIT

 Pelajar yang sakit hendaklah melapor diri kepada Guru Asrama/ Pembantu Tadbir Asrama dan
mengambil surat kebenaran untuk ke hospital di pejabat.
 Pelajar yang sakit tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu-waktu persekolahan.
 Pelajar yang hendak keluar dari bilik ini wajib memberitahu Pembantu Tadbir Asrama jika waktu
persekolahan dan kepada Guru Asrama jika selepas waktu persekolahan.
 Kebersihan dan kekemasan bilik ini hendaklah sentiasa dijaga.
 Jangka masa tinggal di bilik rawatan tertakluk kepada keperluan dan jenis penyakit.
 Pelajar yang mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua dan Timbalan Pengetua untuk
berehat di bilik sakit akan dikecualikan daripada menghadiri kelas formal.
 Penyakit yang menghidap berjangkit dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat pengesahan
dan rawatan daripada doktor atau mendapat kebenaran Pengetua/ Timbalan Pengetua atau Ketua
Guru Asrama.
 Waktu penggunaan bilik sakit pada hari persekolahan lelaki dan perempuan: Jam 8.00 pagi hingga
3.30 petang.
 (Selepas Jam 3.30 petang, pelajar hendaklah mendapat kelulusan Ketua Guru Asrama/ Guru
Asrama).
 Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik sakit selepas jam 10.30 malam.
 Jadual kenderaan (van) ke hospital rujuk lampiran 3:
 Van akan bergerak mengikut waktu yang telah ditetapkan dalam jadual di atas. Pelajar perlu hadir
lebih awal di kaunter pejabat untuk mengisi borang.

17
12.0 PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR

PEMILIKAN TELEFON BIMBIT


 Hanya satu telefon pintar sahaja yang dibenarkan.
 Perlu mendaftar di link nak.la/infopelajar
 Pihak Maktab tidak bertanggungjawab atas kehilangan dan kerosakan telefon pintar anda.

KAEDAH PENGGUNAAN
 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar sewaktu sesi akademik, kelas persediaan,
program rasmi maktab dan program kerohanian kecuali dengan kebenaran guru.
 Penggunaan telefon pintar hanya di dalam kawasan asrama sahaja dan dengan kebenaran sahaja.
 Kandungan dalam telefon pintar pelajar akan di kawal selia oleh guru apabila perlu.

PENYALAHGUNAAN
 Penggunaan telefon perlulah selari dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.
 Kesalahan penggunaan telefon bimbit adalah seperti berikut :
 Menghantar/ menyimpan/ melayari/ memiliki/ menjual/ mengedar/ membeli/ bahan
berunsur porno/ lucah dan seumpamanya.
 Menganggu pelajar lain (gangguan seksual).
 Membuat ancaman, ugutan, memfitnah dan menghasut.
 Memburukkan mana-mana pelajar/ kakitangan MRSM.
 Sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan imej MARA

 Tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi mana-mana peraturan
yang telah ditetapkan.
 Sebarang penyalahgunaan akan diambil tindakan tertakluk kepada Buku Peraturan Pengurusan
Disiplin Maktab 2008.

RAMPASAN/SIMPANAN/PEMULANGAN
 Sekiranya perkara yang berlaku sepertimana yang ditakrifkan mengikut kaedah penggunaan dan
penyalahgunaan, tindakan rampasan boleh dilakukan oleh pihak maktab.
 Setiap barang rampasan perlu direkod dan dilabelkan berdasarkan nama pelajar, no.maktab,
kelas, tarikh rampasan, homeroom dan penasihat serta nama pelapor.
 Satu salinan pengesahan rampasan perlu diberikan kepada pelajar dan dikemukakan semasa
membuat tuntutan.
 Barang rampasan hendaklah disimpan di pejabat pentadbiran bawah penyeliaan Timbalan
Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) dan mempunyai peti keselamatan yang berkunci setiap
masa.
 Setiap pemulangan barang rampasan akan dikawal selia oleh Timbalan Pengetua Pembangunan
Pelajar (TPPP) dengan kerjasama Unit Pengurusan Asrama.
 Pemulangan hanya akan diberikan kepada pemilik asal melalui penjaga yang sah.

KEHILANGAN/ KEROSAKAN/ KESELAMATAN


 Pihak maktab tidak dipertanggungjawabkan atau/ dan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang
kehilangan, kerosakan dan keselamatan barang rampasan sekiranya langkah-langkah yang perlu
telah diambil.
 Ibu bapa/ Penjaga tidak boleh menuntut ganti rugi atau/ dan mendakwa pihak maktab di mahkamah
atas sebarang kehilangan dan kerosakan barang rampasan sekiranya langkah-langkah yang perlu
telah diambil untuk mengelakkannya berlaku atau berlaku bencana atau kebakaran di tempat
penyimpanan.

18
13.0 PERATURAN TAMBAHAN(NON MUSLIM)

 Segala jenis aktiviti keagamaan tidak dibenarkan di lakukan secara terbuka di kawasan maktab.
 Sebarang bentuk lambang keagamaan tidak dibenarkan dipamerkan di kawasan maktab.
 Segala jenis makanan yang tidak halal tidak dibenarkan di bawa ke maktab.
 Sebarang amalan keagamaan pada hujung minggu yang boleh menghalang pelajar daripada
menyertai aktiviti maktab perlu dimaklumkan kepada Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar
(TPPP).
 Pelajar bukan Islam boleh menghadiri upacara keagamaan di luar Maktab, tetapi pihak maktab
tidak menyediakan kemudahan seperti pengangkutan dan sebagainya. Perlu uruskan sendiri.

19
LAMPIRAN 1 KOD PAKAIAN PELAJAR

KOD PAKAIAN
BIL. AKTIVITI
PUTERA DAN PUTERI
Hari Akademik
1  Isnin KP01/KP06

Hari Akademik
2  Selasa KP02

Hari Akademik -Mengikut badan Unifom


3  Rabu -Baju MPP Selain BWP dan
LDP
Hari Akademik
4  Khamis KP04

Hari Akademik
5  Jumaat KP07

6 Perhimpunan Rasmi KP01/KP06


Kelas Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
7 Baju Warna Ungu Maktab
(Praktikal)
8 Sukan & Permainan KP05
9 Keluar Bandar/Pulang Bermalam/Kembali ke Maktab KP01/KP04
10 Berkelah di luar KP05
11 Kerja luar mengikut guru (Fieldwork) KP01/KP04
12 Lawatan Rasmi KP01/KP04
13 Lawatan Tidak Rasmi KP01/KP04
14 Solat Jumaat KP07
15 Majlis/Jamuan Rasmi KP01
16 Mengikuti pertandingan di luar KP01/KP04
17 Mengikuti pertandingan sukan di luar KP05
18 Program Khidmat Masyarakat KP01 / KP04

20
PAKAIAN KOD PAKAIAN
KP01

KP02

KP03

21
KP04

KP05

KP06

22
KP07

LAMPIRAN 2 JADUAL PERGERAKKAN PELAJAR


HARI PETANG MALAM
Isnin (Perhimpunan)
Selasa (Homeroom)
Rabu Kokurikulum) *8.00 mlm – 10.00 mlm
Khamis (Kokurikulum)
Jumaat 3.00-4.30 ptg Tiada
Sabtu 8.30 pg – 12.30 tgh Tiada
Ahad tiada *8.00 mlm – 10.00 mlm

LAMPIRAN 3 JADUAL PERGERAKKAN VAN KE KLINIK

BIL. HARI MASA


1 8.30 Pagi
Isnin - Jumaat
2 3.00 Petang

23

Anda mungkin juga menyukai