Anda di halaman 1dari 14

STEPS

ON
HOW TO
START
WORKING
ONBOARD
SHIP
By: Hr
INTRODUCTION

Pertama sekali. eBook ini percuma. Saya tulis buku ni sebab banyak
kawan-kawan selalu tanya “macam mana nak kerja kapal?” dan saya
kena cerita panjang lebar, kadang-kadang macam riak pun ada. Believe
me. Segala yang saya tulis dalam ni adalah dari pengalaman. Lain
orang, lain pengalaman, jadi kalau ada yang membangkang, ataupun
nak tambah, hormati mereka. Ambil yang elok, buang yang keruh. Itu
sahaja, terima kasih.
JENIS-JENIS KAPAL
Sebelum apa-apa, kita kenal-kenal dulu dengan jenis-jenis kapal. Sebab, lain kapal memerlukan
lain Modular Course. Okey, pasal modular course ni saya cerita kemudian. Sekarang, kita tengok
dulu jenis-jenis kapal. Biasanya, atuk, nenek, jiran, member akan sebut kerja offshore. “Abang
kerja offshore ke” “Macam mana nak kerja offshore” “Eh cane aku nak kerja macam kau eh”,
dan macam-macam soalan. Sebenarnya, term “offshore” tu tak tepat. Term offshore tu lebih
sesuai untuk pekerja pelantar minyak (platform), bukan untuk kami yang kerja kapal. Okey, kita
mulakan dengan jenis kapal.

Container Ship (Kontrak 6 bulan)


Container ship ni kapal yang membawa container dari satu Pelabuhan ke Pelabuhan yang lain.
Biasanya, Pelabuhan untuk kapal container ni tak jauh dari bandar. Jadi sementara kapal tengah
dekat port loading cargo, bolehlah turun darat, pusing-pusing bandar. Itu pun kalau Captain bagi.
Haa satu lagi, kita takkan tahu eh apa ada dalam container tu, dan jangan berangan nak buka lah.
Bulk Carrier (Kontrak 6 bulan)
Kapal Bulk Carrier ni ialah kapal yang membawa cargo pukal. Contohnya, bawa gula, gandum,
arang, simen dan sebagainya. Senang cerita dia bawak cargo dalam kuantiti yang banyak lah.
Takkan nak angkut pakai kapal terbang kan barang-barang macam ni. Tak terangkat nanti kapal
terbang tu. Nampak tak tengah kapal tu ada petak-petak? Dalam tu la cargo tu dibawa. Kita
panggil petak tu “Cargo Hold”

Tanker Ship (Kontrak 6 bulan)


Kapal Tanker ni fungsi dia untuk bawa minyak. Hampir semua jenis minyak lah dia bawa.
LNG Ship (Kontrak 6 bulan)
LNG ni maksud dia Liquified Nitrogen Gas, iaitu… google lah sendiri. Yang bola-bola atas tu
la tempat cargo dia.

LPG Ship (Kontrak 6 bulan)


Kapal LPG ni lebih kurang macam Tanker juga. Cuma yang membezakan dia, jenis minyak yang
dibawa. LPG ni membawa bahan yang mudah terbakar iaitu butane, propane, butadiene,
propylene, dan juga anhydrous ammonia. Haa apa semua tu? Call semula cikgu kimia dekat
sekolah dulu, tanya dia. Sapa suruh dulu tidur dalam kelas.
Passenger Ship (Kontrak 6 bulan)
Yang ni biasa orang panggil kapal Cruise. Untuk jenis ni, saya tak tahu apa requirement dia,
sebab saya tiada kawan naik kapal jenis macam ni. Cuma yang saya pernah dengar, dia ambik
pekerja mahir sahaja. Jadi, pergi belayar kapal jenis lain dulu, dah power, baru minta kerja
dengan dia. Haa gitu.

Offshore Vessel (Kontrak 3/4 bulan)


Offshore vessels ada banyak jenis. Berpuluh-puluh jenis. Kapal offshore ni biasanya akan buat
job berkenaan dengan oil and gas. Contohnya supply barang ke platform, korek minyak, buat
platform baru, buat pipeline dasar laut dan sebagainya. Kita kesana kesini je, tapi tugas kita jaga
kapal je. Contractor yang akan buat semua kerja tu. Walaupun kapal offshore ni banyak jenis,
tapi jangan risau, semua kapal memerlukan modular course yang sama.
HIERARKI ATAS KAPAL
Atas kapal, kita ada dua department iaitu Deck Department dan Engine Department. Sila pilih
baik-baik, sebab sekali kita dah bermula, no turning back. Kita tak boleh tukar department
macam tukar kerja dekat kedai makan, kejap buat air, kejap cuci pinggan. Contohnya, kita mula
kerja kapal sebagai budak deck. Lepas dua kontrak, kita rasa bosan, nak tukar jadi budak engine.
Boleh memang boleh, cuma kita kena start dari kosong semula. Fresh dari bawah. Jadi tak
berbaloi. Sila tentukan awal-awal.

Kalau perasan, saya ada tulis 180 hari dengan 1000 hari. Apa tu? Tu la tempoh kita kena belayar
untuk naik rank. Yang bawah sekali tu ialah pangkat permulaan. SEMUA ORANG YANG
SEKARANG NI BELAYAR, BERMULA DARI PANGKAT TU. TIADA SATU ORANG
PON ADA SHORTCUT. TIADA!!!! Walaupun ada degree in automotive ke, sijil welding ke,
experience jadi pilot 20 tahun ke, bapak budak ke, bini kau artis ke, nak start kerja kapal, dari
situ kau akan mula. Tiada yang special. KECUALI, KAU BERMULA DARI AKADEMI LAUT
MALAYSIA (ALAM). Tetapi kalau kau dari situ, takda la pulak kau tanya aku macam mana nak
naik kapal kan hahaha.
TUGAS DAN SKOP KERJA
Ok, tadi aku ada sebut budak deck dan budak engine. Apa beza dia? Apa kerja dia? So kita
sembang pasal ni Sekarang.

DECK DEPARTMENT
• Geng-geng deck ni lebih kepada kecantikan kapal.
• Kerja dia banyak mengecat body kapal untuk mengelakkan karat dari air laut
• Kalau masuk Pelabuhan, tali dari kapal yang akan ikat ke darat tu, budak deck akan
uruskan.
• Senang cerita, budak deck ni memang banyak main bawah matahari. Jadi kalau sayang
kulit, tak payah lah.

ENGINE DEPARTMENT

• Geng-geng engine ni jarang Nampak matahari, sebab kita kerja dalam body kapal
• Kita lah yang akan uruskan semua machinery atas kapal tu.
• Maksud uruskan tu, maksudnya semua. Dari start stop, maintenance, kecantikan, tambah
minyak. kalau yang dah jem, bukak, service bagi elok. Senang cerita, geng engine room
ni macam pomen lah atas kapal tu, semua benda kena buat, kena modified.
• Jadi untuk join geng engine ni, pertama sekali kena minat dengan machine, tak geli main
minyak.
• Senang cerita, kalau tangan gatal bila kena minyak, jangan join.
WAKTU KERJA
Untuk waktu kerja, atas kapal ni ada dua jenis waktu kerja iaitu DUTY dan DAYWORK. Apa
maksud dia?

DUTY
• Duty ni kalau dekat darat, orang panggil shift la. Biasanya, shift tukar 6jam sekali.
• Contohnya, shift 6-12, iaitu masuk kerja 6 pagi, habis 12 tengah hari, rehat. Masuk pulak
6 petang, habis 12 tengah malam.
• Begitu la juga dengan shift 12-6
• Tetapi, ada juga kapal yang buat duty 4 jam, iaitu 4-8, 8-12, 12-4.
• Semua tu bergantung kepada company anda.
• Biasa yang duty ni yang mahir (orang lama)

DAYWORK

• Daywork ni Senang cerita office hour.


• Waktu kerja daywork ni 8 pagi hingga 5 petang SAHAJA. Tengah hari ada rehat jam 12
sampai 2 petang.
• Biasanya, orang baru akan masuk daywork, sebab semua orang boleh monitor kerja dia.
• Malam rehat bosku, tenang-tenang main game.
RATE GAJI
Mesti ni yang korang semua nantikan kan. Haa sila terima hakikat, ini semua benar belaka, tiada
dusta. Tapi sila maklum, yang saya tulis ni kebanyakannya company Malaysia. Company luar,
lain pula rate dia.

• ORDINARY SEAMAN/ WIPER: RM500.00 – RM1200.00 TIDAK TERMASUK


BONUS
• ABLE BODIED/ OILER: RM1800.00 – RM4500.00 TIDAK TERMASUK BONUS
• Rate gaji ni saya cerita gaji common untuk company MALAYSIA DAN SINGAPORE,
saya pernah jumpa Oiler gaji RM8500 sebulan, tapi company luar negara la.
• Kalau dah rasa confident dengan skill kita, boleh je main dengan company luar.
• Kita sebagai pelaut, bebas untuk bekerja dengan company luar, cuma pandai-pandai cari
lubang job la. Kita tak terikat untuk kerja dengan company Malaysia sahaja.
• Cuma, biasa orang kita selesa kerja dengan orang-orang kita sahaja, itu yang jarang
dengar orang kita kerja dengan company luar negara (USA, France, Dubai dan
sebagainya)
MODULAR COURSE
Modular course ni ialah semua dokumen yang kena ada sebelum kita naik kapal. WAJIB. Kalau
dah naik kapal, ada yang tak complete, memang balik la jawabnya. Maksudnya, kena ambil siap-
siap, baru lah mencari company. Lain kapal nak pakai lain course. Jadi, survey dulu la nak naik
kapal jenis apa, dan nak jadi budak deck ke budak engine. Then, baru pergi ambil modular
course apa semua ni.

ENGINE CREW
DECK CREW

Jadi seperti anda lihat, lain kapal memerlukan lain course. Jadi saya akan sertakan harga
(anggaran) untuk setiap course ni, dan dimana nak ambil, serta link. Jadi, survey2 la sendiri.
1. BASIC TRAINING (BT) – RM1325
-Pelita Akademi:
https://www.pelitaakademi.com/contact-us/
+60 12-329 9501 – En. Mahyudin

2. SHIP SECURITY AWARENESS (SSA)


-Pelita Akademi:
https://www.pelitaakademi.com/contact-us/
+60 12-329 9501 – En. Mahyudin

3. DESIGNATED SHIP DUTIES (DSD)


-Pelita Akademi:
https://www.pelitaakademi.com/contact-us/
+60 12-329 9501 – En. Mahyudin

4. BASIC OIL&CHEMICAL TANKER (BOCT) – RM1000


-Pelita Akademi:
https://www.pelitaakademi.com/contact-us/
+60 12-329 9501 – En. Mahyudin

5. BASIC OFFSHORE SAFETY INDUCTION AND EMERGENCY TRAINING (BOSIET) – RM1980


-SEQU Offshore:
http://www.sequoffshoresafety.com/contact-sequ/
+60 12 9309 188 - Ezkandar

6. PASSPORT
-Imigresen

7. SEAMAN CARD – RM50


-Office Jabatan Laut
https://www.marine.gov.my/jlm/hubungi-kami

8. DISCHARGE BOOK – RM80


-Office Jabatan Laut
https://www.marine.gov.my/jlm/hubungi-kami

9. MEDICAL MARINE – RM150


-Klinik Panel Jabatan Laut
https://www.marine.gov.my/jlm/admin/assets/uploads/images/contents/20210107115330-856e8-pengamal-perubatan-
yang-diluluskan-07012021.pdf

10. MEDICAL PETRONAS – RM350


-Klinik Panel Petronas
https://kberkat.com.my/petronas-approved-medical-examiner-list/

11. BTLGT
-Akademi Laut Malaysia
https://www.alam.edu.my/courses/stcw-modular-courses/
+60 12-959 0484 – Mrs. Holly Chee

12. RIGGING SLINGING


-SEQU Offshore:
http://www.sequoffshoresafety.com/contact-sequ/
+60 12 9309 188 - Ezkandar
LINK KE GROUP PELAUT MALAYSIA. SILA JOIN, SANGAT BERMANFAAT.

• https://www.facebook.com/groups/111619738910812/?ref=share
• https://www.facebook.com/groups/402198376486555/?ref=share
• Last sekali kalau betul berminat, chat aku balik, nanti aku add dalam telegram
Pelaut Malaysia

Anda mungkin juga menyukai