Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ

VOKASIONAL TANJUNG PIAI BAGI PROGRAM


TEKNOLOGI KIMPALAN KE KOLEJ
VOKASIONAL SHAH ALAM

PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN


KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PIAI
TARIKH : 04 OGOS 2022
HARI : KHAMIS
MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAHARI
1. PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutamanya
pihak pengurusan dan pensyarah program teknologi kimpalan Kolej Vokasional Tanjung Piai serta
pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah Kolej Vokasinal Shah Alam telah mengambil bahagian
serta memberikan sokongan penuh untuk menjayakan program lawatan penanda aras seperti di bawah.

Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA)

1 Pengarah – Tn Haji Yahya Bin Shafee


2 Timbalan Pengarah Sokongan Akedemik – Pn. Norhazah Binti Mungawan
3 Ketua Jaminan Kualiti – En Nazri Bin Maat
4 Ketua Jabatan Teknik Mekanikal dan Pembuatan – En. Zainal Bin Hussain
5 Ketua Program Teknologi Kimpalan - En. Rafie Bin Hassan
6 Setiausaha Program Kimpalan – Pn.Siti Dzakirah Binti Shariff
7 Tenaga Pengajar Kimpalan – En Mohamad Izuan Bin Khaleb

Kolej Vokasional Tanjung Piai (KVTPi)

1 Timbalan Pengarah Akedemik – En Rohaizi Bin Mokhtar


2 Ketua Jaminan Kualiti – En Abdul Rahman Bin Mohd Yassin
3 Setiusaha Akreditasi MQA/MBOT – En Mohamad Ridzuan Bin Sopah
4 Ketua Program Teknologi Kimpalan – En Salman Bin Hussin
5 Pensyarah Program Teknologi Kimpalan – Salleh Akhnas Bin Moahamad Tanur

Semoga hubungan yang telah dibina dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat
serta dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

2. PENGENALAN

Tujuan lawatan penanda aras adalah merupakan satu perkongsian pintar untuk mendapatkan informasi
yang berguna dan boleh dijadikan panduan serta rujukan. Seterusnya kerjasama ini diharapkan dapat
memenuhi keperluan akreditasi bagi program Diploma Teknologi Kimpalan. Pendedahan kekuatan
akademik dan ko-akademik yang dilaksanakan di Kolej Vokasinal Shah Alam terutama dalam bidang
pengurusan, rekabentuk serta pelaksanaan kurikulum akan memberi manfaat kepada Kolej Vokasional
Tanjung Piai.
Berikut merupakan objektif lawatan penanda aras:
1 Untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam proses OBE pensyarah- pensyarah
di dalam pengurusan kolej vokasional amnya dan Program Teknologi Kimpalan khasnya.
2 Untuk memberikan pendedahan kepada pensyarah tentang organisasi dan sejarah kolej serta
pengurusan kurikulum, hal ehwal pelajar dan ko-kurikulum.
3 Untuk mengadakan perbincangan dan membandingkan proses dari segi akademik, pengurusan
dan infrastruktur yang sedia ada sebagai penanda aras dalam membuat penambahbaikan yang
diperlukan oleh Kolej Vokasional.

Pasukan KVTPi mengenal pasti dan sedang menjalankan lima bidang tindakan yang berkaitan
dengan: Objektif Pendidikan Program (PEO), Hasil Pembelajaran (LO); Hasil Program (PO).

Penemuan utama dan hasil dari penanda aras ini ialah:

1. Kumpulan dari kedua-dua institusi mempunyai pemahaman yang lebih tinggi tentang
penandaarasan.
2. Meneliti konsep dan amalan penanda aras di Program Teknologi Pemesinan Industri dengan
merujuk kepada struktur program, Hasil Pembelajaran (LO), Hasil Program (PO),
Kemudahan Makmal dan lain-lain.
3. Mengenalpasti pendekatan yang berbeza untuk menanda aras dan menilai potensi manfaat
metodologi yang berbeza yang diterima pakai, memberi perhatian khusus kepada Program
Teknologi Kimpalan.
4. Melaksanakan penanda aras menumpukan kepada amalan mengenai pengajaran dan
pembelajaran.

3. PENGENALAN KVTPi – KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PIAI

Kolej Vokasional Tanjung Piai (KVTPI) merupakan sebuah sekolah yang berteraskan kemahiran dan

teknikal selari dengan Program Transformasi Pendidikan Vokasional tahun 2013. KVTPI mula dibina

pada tahun 2011 di kawasan seluas 30 ekar yang bertempat di Kampung Sungai Buntu, Penerok 82300

Kukup Pontian. Lokasi ini terletak lebih kurang 12 kilometer dari Bandar Pontian dan menghala ke

Kukup Pembinaan bangunan kolej siap sepenuhnya pada tahun 2016. KVTPI mula beroperasi pada Jun

2018 dengan bilangan guru seramai 16 orang dan pelajar seramai 25 orang. Kursus pertama yang dibuka

pada pengambilan tersebut ialah Kursus Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam. Pada tahun 2019,

Kolej Vokasional Tanjung Piai telah menawarkan dua lagi kursus iaitu Kursus Automatif dan Kursus
Teknologi Pemesinan Industri. Pembinaan KVTPi ini bertujuan agar dapat menampung kelompangan

pendidikan teknikal di daerah Pontian sekaligus membekalkan tenaga mahir dalam bidang kemahiran

dan teknikal kepadaindustri di Daerah Pontian.

KEMUDAHAN ASAS

Kolej Vokasional Tanjung Piai (KVTPi) mempunyai 15 blok bangunan iaitu satu blok pentadbiran, dua

blok bangunan akademik yang terdiri daripada 16 bilik kuliah, koperasi, SPBT, pusat sumber serta

makmal. KVTPi juga dilengkapi dengan 3 buah bengkel iaitu Amalan Bengkel Mesin, Bengkel

Automatif serta Bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam. Kemudahan asrama juga disediakan dengan

empat blok asrama yang boleh menampung seramai 500-700 orang pelajar. Kemudahan lain yang

terdapat di KVTPi adalah Dewan Besar, surau, kantin, padang dan padang-padang permainan.

4. PENGENALAN KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

Kolej Vokasional Shah Alam terletak di Jalan Batu Tiga, Shah Alam. Dibina pada 26 Jun 1989

dengan keluasan 32 ekar di bawah projek ADB III dan siap sepenuhnya pada bulan September 1992.

Kedudukannya adalah ditengah-tengah kawasan perindustrian.

Pengambilan pelajar pertama adalah pada bulan Mac 1993 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah

Vokasional Shah Alam. Pada tahun 1997, sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah

Teknik dengan memperkenalkan jurusan Pengajian Kejuruteraan Jentera selain dua kursus aliran

vokasional, kursus kemahiran dan kursus lanjutan masih terus dijalankan. Mulai tahun 2005, kursus

Pengaturcaraan Komputer telah ditawarkan di sekolah ini dengan kapasiti 20 orang pelajar bagi

tingkatan 4 dan 5.

Pada tahun 2010, sekolah ini telah ditukar semula kepadaSekolah Menengah Vokasional Shah Alam

dan menawarkan kursus tambahan iaitu Pengurusan Perniagaan dengan kapasiti 30 orang pelajar bagi

setiap kelas.Pada tahun 2012, berlaku lagi perubahan tetapi sekolah ini telah dinaik taraf menjadi

Kolej Vokasional Shah Alam. Sehingga tahun 2016, lima program telah ditawarkan untuk Diploma

Vokasional iaitu Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Maklumat

(Rangkaian Komputer), Sains Komputer (Pengaturcaraan) serta Pengurusan Perniagaan.


5. MAKMAL NDT TEKNOLOGI KIMPALAN KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

KV SHAH ALAM KV TANJUNG PIAI CADANGAN TINDAKAN

Terdapat beberapa jenis mesin Tiada Makmal NDT di Kv i) Mewujudkan makmal


dan alatan NDT/DT yang Tanjung Piai Sains Bahan di KVSA
terdapat di Makmal NDT Kv ii) Memperuntukkan
Shah Alam antaranya adalah, mesin-mesin
Bend test, Mesin UT,Mesin pengujian bahan.
Rt, sample contoh pengujian
kimpalan.

6. BENGKEL TEKNOLOGI KIMPALAN.

KV SHAH ALAM KV TANJUNG CADANGAN TINDAKAN


PIAI
 Bengkel KVSA  Bengkel KVTPi i) Perlaksanaan melabel
meletakan SOP meletakan SOP setiap Bay dan mesin di
penggunaan pada setiap penggunaan pada setiap setiap mesin kimpalan
mesin dalam bengkel mesin dalam bengkel ii) Cara- cara pengendalian
 Susun atur setiap Bay di  Susun atur setiap Bay di stror bahan mentah
bengkel KVSA teratur bengkel KVTPi tidak bengkel kimppalan
dan dilabel setiap nama teratur dan tidak dilabel KVTPi mesti diuruskan
pada setiap mesin setiap nama pada setiap oleh Ketua Bengkel
 Perletakkan nama Person In mesin dengan rapi.
Charge pada setiap kawan  Perletakkan nama Person In iii) Penyimpanan Stor
kerja di dalam bengkel Charge pada setiap kawan silinder akan
 Susunan Stor alatan yang kerja di dalam bengkel dipindahkan diluar
dilabel dan teratur dalam  Susunan Stor alatan yang banggunan.
stor di bengkel KVSA dilabel dan teratur dalam
 Cara-cara pengendalian stor stor di bengkel KVTPi
bahan mentah di KVSA di  Cara-cara pengendalian stor
uruskan oleh Ketua bengkel bahan mentah tidak di
dan dikawal dengan rapi uruskan dengan baik
oleh ketua bengkel.  Penyimpanan selindir gas
 Penyimpanan selindir gas KVTPi berada di dalam
berada di luar banggunan bengkel dan tidak dikunci
bengkel dan dikunci rapi. dengan rapi.

4. PERLAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)


KVSA KVTPi CADANGAN TINDAKAN

 Satu kumpulan diwakili  Satu kumpulan diwakili i) Perlaksanaan projek


oleh 3 hingga 1 orang oleh 3 hingga 1 orang tahun akhir antara
pelajar. pelajar. KVTPi dan KVSA
 Setiap kumpulan diberi  Setiap kumpulan diberi adalah sama. Maka
pilihan memilih penyelia pilihan memilih penyelia tiada cadangan
masing-masing. masing-masing. tindakan diberikan.
 Laporan PTA mewakili 5  Laporan PTA mewakili 5
bab iaitu Bab 1 bab iaitu Bab
(Pengenalan), Bab 2 1(Pengenalan), Bab 2
(Literatur), Bab 3 (Literatur), Bab 3
(Metodologi), Bab 4 (Metodologi), Bab 4
(Pengujian & Hasil) dan (Pengujian & Hasil) dan
Bab 5(kesimpulan). Bab 5(kesimpulan).
 Setiap kumpulan perlu  Setiap kumpulan perlu
membuat dua kali membuat dua kali
perbentangan iaitu perbentangan iaitu
peringkat dalaman dan peringkat dalaman
peringkat luaran (dinilai oleh ketua
Tajuk projek mewakili 25% Jabatan) dan peringkat
daripada modul- modul luaran oleh PPL.
yang dipelajari.  Tajuk projek mewakili
25% daripada modul- modul
yang dipelajari.

5. KESIMPULAN

Lawatan penanda aras adalah untuk membantu penambahbaikan kualiti dan amalan peningkatan diri
untuk kedua-dua pihak institusi. Antara penemuan utama lawatan penanda aras ini adalah dapat
membuat perbandingan antara fasiliti yang terdapat di KV Shah Alam dengan KV Tanjung Piai.
Perbandingan ini dapat membantu pihak KVTPi dalam meningkatkan lagi kemudahan dan prasarana
yang terdapat di bengkel sedia ada antaranya seperti mewujudkan Makmal NDT/DT, menaiktaraf
peyimpanan silinder gas bagi melancarkan proses pembelajaran dan pembelajaran sekaligus dapat
membantu pelajar mempersiapkan diri menjadi tenaga mahir pada masa akan datang.

6. LAMPIRAN
6.1 DELEGASI LAWATAN

6.2 DELEGASI LAWATAN

7. RUJUKAN
1. Laman web https://kvsa.moe.edu.my/kvsa2/index.php/en/

Anda mungkin juga menyukai