Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PERTANDINGAN VIDEO TVPSS

RASIONAL

Pertandingan menghasilkan video bertemakan aktiviti sekolah merupakan salah satu program untuk
mencari bakat-bakat baru dalam bidang ICT di kalangan pelajar. Di samping itu, melalui pertandingan ini
para pelajar dapat mempelajari cara untuk menghasilkan video menggunakan ‘software’ terkini atau yang
telah mereka pelajari. Kemahiran dalam menyusun bahan digital juga dapat dilihat dan digilap melalui
pertandingan ini. Pertandingan ini dijalankan secara berpasangan. Peserta akan bekerjasama untuk
menghasilkan video aktiviti sekolah yang terbaik.

OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan video yang kreatif.


2.2 Melatih pelajar menggunakan alatan ict.
2.3 Memupuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan
2.3 Pelajar dapat mempelajari ilmu baru dalam ict

SASARAN

Pelajar tingkatan 1,2 dan 4

JADUAL PELAKSANAAN

Pertandingan akan berlangsung selama lima fasa iaitu setiap dua bulan .

Fasa 1 : Februari – Mac


Fasa 2 : April –Mei
Fasa 3 : Jun – Julai
Fasa 4 : Ogos – September
Fasa 5 : Oktober – November

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Hamper Pemenang Kumpulan
Tempat Pertama RM 60.00
Tempat Kedua RM 50.00
Tempat Ketiga RM 40.00
Saguhati 1 RM 30.00
Saguhati 2 RM 30.00

Jumlah RM 210.00

Jumlah keseluruhan anggaran perbelanjaan pertandingan video : RM 160 x 5 (fasa) = RM 1050.00


SUMBER KEWANGAN

PCG Pusat Sumber Sekolah

PENUTUP

Semoga dengan adanya pertandingan ini para pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru dari segi teknikal
dan penggunaan ICT. Semoga dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan
kreativiti para pelajar.

Disemak oleh,
Disediakan oleh,

……………………….. ………………………………
Adawiyyah binti Adam Zulkifli bin Ab Ghani
Guru Perpustakaan dan Media PK Pentadbiran
SMK Sultan Ismail II SMK Sultan Ismail II
24000 Kemaman 24000 Kemaman

DiluluskanOleh Catatan Tindakan

Anda mungkin juga menyukai