Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A

[10 markah]
Arahan: Jawab semua soalan, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu
jawapan yang terbaik bagi setiap soalan dan hitamkan/bulatkan jawapan tersebut.

1. Antara berikut yang manakah merupakan perhiasan diri wanita bagi masyarakat Melayu?
A Dokoh
B Gelang Kaki
C Cucuk Sanggul
D Gerunchung Kaki

2. Gambar di bawah merupakan karya artis tempatan. Siapakah pelukis karya tersebut?

A Haron Mokhtar
B Dzulkifli Buyong
C Raja Shahriman
D Ibrahim Hussein

3. Manakah antara berikut media catan yang sesuai dihasilkan pada permukaan kanvas.
I Cat akrilik
II Cat minyak
III Cat air
IV Fresko

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4. Apakah kelebihan Seni Arca berbanding Seni Halus yang lain?


A Mudah dihasilkan
B Mudah diperbanyakkan
C Karya seni tiga dimensi
D Karya seni di dalam galeri

5. Antara berikut pilih proses paling awal dalam menghasilkan reka bentuk landskap.
A Menentukan jenis bahan
B Menghasilkan pelan landskap
C Menentukan tema dan fungsi landskap
D Menghasilkan modul reka bentuk landskap

1
6. Ilustrasi di bawah menunjukkan lukisan perspektif ruang dalaman. Apakah jenis lukisan
perspektif tersebut?

A Perspektif tiga titik lenyap


B Perspektif dua titik lenyap
C Perspektif satu titik lenyap
D Perspektif ruang terhad

7. Mengapakah ciri-ciri ergonomik penting dalam menghasilkan barangan reka bentuk


industri.
A Menentukan kos pengeluaran produk
B Menentukan kesesuaian bahan dengan produk
C Memastikan harga produk mampu untuk dibeli
D Memastikan keselamatan dan keselesaan penguna

8. Mengapakah alat mempulur sangat penting dalam penghasilan Kraf Tekat?


A Aksesori tambahan tekat
B Alat melilit benang emas
C Meregangkan kain dasar baldu
D Sebagai acuan motif untuk tekat

9. Pilih antara berikut kelarai kraf anyaman yang dikenali sebagai Kelarai Buntut Siput.

A B C D

10. Jika anda berbakat dalam menggabungkan pelbagai jenis huruf hingga menghasilkan
watak manusia atau binatang, ia tergolong dalam ________________.

A Figura Taip
B Konotasi Taip
C Onomatopoeia
D Personifikasi Taip

2
Bahagian B
[15 markah]
Arahan: Jawab semua soalan. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Pilih jawapan yang betul dari pilihan jawapan yang diberi.

a. Catan era 1960-an di Malaysia dipengaruhi oleh aliran (realisme/


ekspresionisme)
b. Era 1980-an memperlihatkan karya seni berkonsepkan (islam/barat)
c. Dzulkifli Buyong menghasilkan karya Lukisan menggunakan media
(pastel/pensil)
d. Karya seni kontemporari mula meneroka teknik lukisan (teknikal/
digital)
(4 markah)

2. Berdasarkan maklumat dibawah, isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan.

Media Baharu Media Campuran

Teknik Hibrid Teknik Lukisan Digital

a. Merupakan seni pascamerdeka dan dihasilkan


menggunakan teknologi moden seperti illustrator,
Photoshop dan sebagainya.
b. Gabungan media kering dan media basah seperti
gabungan pensel warna dan warna air
c. Menggunakan campuran alat, bahan dan teknik
untuk menghasilkan karya lukisan seperti berus,
gunting dan pisau.
d. Penggunaan teknologi elektronik seperti komputer
yang mempunyai perisian tertentu untuk
menghasilkan karya.
(4 markah)

3. Isi tempat kosong berdasarkan jawapan dibawah.

camera obscura kanta Imej terbalik mata


Bilik atau ruang
iris pinhole pengatup
gelap

a. Perkataan kamera dipercayai berasal daripada bahasa Latin, iaitu_________________


yang bermaksud ______________. Nama tersebut menerangkan bagaimana paparan

3
imej yang terpancar pada satu ruang yang gelap melalui lubang cahaya, iaitu proses yang
menjadi konsep asas kepada penghasilan kamera moden.

b. Fungsi kamera mempunyai banyak persamaan dengan fungsi _______________


manusia. _______________ yang terhasil daripada kanta mata kita dihantar melalui
saraf optik ke otak lalu, diterjemah menjadi imej yang betul.

c. Manakala jumlah cahaya yang masuk melalui ______________ dikawal melalui


_________________(shutter) pada kamera adalah hampir sama seperti fungsi
_________________ atau anak mata kita.

Bahagian C
[25 markah]
Arahan: Lukis semula gambar di bawah pada kertas lukisan yang disediakan. Hasilkan
lukisan anda dengan mengaplikasikan teknik lorekan serta penggunaan nilai garisan cerah
dan gelap.

Arah Cahaya

Anda mungkin juga menyukai