Anda di halaman 1dari 6

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Rabu, 22 Januari 2020

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
INDEKS HARGA PENGGUNA MALAYSIA DISEMBER 2019
RINGKASAN PENEMUAN

Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.0 peratus pada Disember 2019 kepada 122.3 berbanding 121.1 pada bulan yang sama
tahun sebelumnya. Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks Pelbagai Barangan & Perkhidmatan
(2.4%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.7%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (1.7%),
Pendidikan (1.7%), Komunikasi (1.5%), Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (1.4%) dan Kesihatan (1.4%).
(Carta 1)

Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.2 peratus berbanding November 2019. Peningkatan ini disokong terutamanya oleh
Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.5%) dan Restoran & Hotel (0.2%).

Sementara itu, IHP bagi suku tahun keempat 2019 meningkat 1.0 peratus kepada 122.1 berbanding 120.9 pada suku tahun yang
sama tahun sebelumnya. Bagi perbandingan suku tahunan, IHP meningkat 0.3 peratus berbanding suku tahun ketiga 2019.

IHP bagi tahun 2019 mencatatkan peningkatan 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Carta 1: Indeks Harga Pengguna (2010=100): Perubahan Peratus mengikut Kumpulan Utama, Malaysia, Disember
2019/Disember 2018
Indeks Subkumpulan Makanan dan Minuman bukan Alkohol

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol meningkat 1.7 peratus pada Disember 2019 berbanding tempoh masa
yang sama pada tahun sebelumnya. Kenaikan ini didorong oleh kenaikan subkumpulan Sayur-sayuran (5.7%), Ikan &
Makanan Laut (2.5%), Keluaran Makanan yang tidak dikelaskan di mana-mana (1.8%) dan Buah-buahan (1.4%).

Antara indeks barangan yang menunjukkan kenaikan harga di kebanyakan negeri adalah Bawang Kecil (30.7%), Bawang Putih
(25.3%), Bawang Besar (21.7%) dan Timun (19.7%).

Indeks Makanan di Luar Rumah meningkat 2.5 peratus pada Disember 2019 berbanding Disember 2018. Kenaikan harga bagi
Nasi Berlauk, Makanan Berasaskan Mee dan Ayam Goreng telah menyumbang kepada kenaikan indeks bagi subkumpulan ini
. (Jadual 1)

Jadual 1: Indeks Harga Pengguna (2010=100): Perubahan Peratus Tahunan


Subkumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol, Malaysia, Disember 2019/Disember 2018
Indeks Harga Pengguna Mengikut Negeri

Tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.5%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.4%) dan Johor
(1.1%) menunjukkan kenaikan melepasi paras IHP nasional 1.0 peratus pada Disember 2019 berbanding bulan yang sama tahun
sebelumnya.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol. Peningkatan tertinggi
dicatatkan oleh Johor (2.5%) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.1%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan
Putrajaya (2.1%) iaitu melebihi paras nasional 1.7 peratus bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol pada Disember
2019. (Carta 2)

Carta 2: Indeks Harga Pengguna (2010=100): Perubahan Peratus Tahunan bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan
Alkohol mengikut Negeri, Disember 2019/Disember 2018
Indeks Teras

Indeks teras meningkat 1.4 peratus pada Disember 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Antara kumpulan utama
yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.4%), Perumahan,
Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (2.1%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.8%), Pendidikan (1.7%), Komunikasi
(1.5%), Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (1.4%) dan Kesihatan (1.4%).

Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan
perkhidmatan harga dikawal. (Jadual 2)

Jadual 2: Indeks Harga Pengguna (2010=100): Perubahan Peratus Indeks Keseluruhan, Indeks Pelarasan Musim dan
Indeks Teras mengikut Kumpulan Utama, Malaysia, Disember 2019/Disember 2018

Lampiran 1: Harga Purata Item Terpilih di Malaysia, Disember 2019 (RM)

Dikeluarkan Oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN


KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
DrUzir_Mahidin Dr_Uzir

22 Januari 2020
Pegawai dihubungi:

Mohd Yusrizal bin Ab. Razak


Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : yusrizal.razak[at]dosm.gov.my

Anda mungkin juga menyukai