Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BEKOK

DEFINISI TERMINOLOGI FIZIK TINGKATAN 5

BAB TERMINOLOGI DEFINISI

1. GELOMBANG 1. Gelombang Gelombang dihasilkan oleh ayunan suatu jasad


melalui lintasan tetap secara berulang alik pada satu
titik tetap

2. Muka gelombang Satu garisan dimana semua titik diatas garisan itu
bergetar dalam fasa yang sama dan mempunyai jarak
yang sama dari sumber gelombang

3. Sefasa Titik-titik pada fasa yang sama jika titik-titik bergetar


pada arah dan sesaran yang sama

4. Gelombang melintang Jenis gelombang yang mana zarah-zarah mediumnya


bergetar pada arah berserenjang dengan arah
perambatan gelombang

5. Gelombang membujur Jenis gelombang yang mana zarah-zarah mediumnya


bergetar pada arah selari dengan arah perambatan
gelombang

6. Amplitud,A Sesaran maksimum dari kedudukan keseimbangan

7. Tempoh,T Masa yang diambil untuk membuat satu ayunan


lengkap

9. Frekuensi,f Bilangan ayunan lengkap dalam satu saat

10. Panjang Jarak antara dua titik berturutan pada fasa yang sama
gelombang,λ
11. Pelembapan Pengurangan amplitud suatu sistem bergetar
disebabkan kehilangan tenaga dalam bentuk tenaga
haba disebabkan rintangan udara

12. Pelembapan luaran Kehilangan tenaga untuk mangatasi daya rintangan /


daya geseran

13. Pelembapan Kehilangan tenaga disebakan regangan dan


dalaman mampatan molekul-molekul dalam sistem

14. Frekuensi asli Frekuensi suatu sistem yang berayun bebas

15. Resonans Suatu sistem dipaksa berayun pada frekuensi aslinya


dan akan berayun dengan amplitud maksimum

16. Pantulan gelombang Fenomena gelombang apabila gelombang berlanggar


dengan halangan yang keras

17. Gelombang tuju Gelombang yang menuju ke satu pemantul

18. Gelombang pantulan Gelombang yang dipantul balik dari permukaan


pemantul

19. Hukum pantulan Sudut tuju,i sama dengan sudut pantulan,r

21. Pembiasan Perubahan arah dan panjang gelombang disebakan


gelombang air perubahan laju gelombang semasa merambat dari
kawasan air cetek ke kawasan air dalam

22. Pembelawan Fenomena penyebaran gelombang apabila melalui


gelombang celah atau halangan kecil

23. Prinsip superposisi Apabila dua atau lebih gelombang bertindih pada satu
titik sesaran gelombang paduan sama dengan jumlah
sesaran bagi setiap komponen gelombang itu

24. Superposisi Superposisi atau pertindihan dua gelombang dari dua


sumber koheren (mempunyai amplitud, frekuensi dan
fasa yang sama)

25. Interferens membina Berlaku apabila dua puncak atau dua lembangan
bersuperposisi/bertindih menghasilkan amplitud
paduan maksimum

26. Interferens Berlaku apabila satu puncak dan satu lembangan


memusnah bersuperposisi/bertindih menghasilkan amplitud
paduan sifar

27. Antinod Titik-titik dimana interferens membina berlaku

28. Nod Titik-titik dimana interferens memusnah berlaku.

29. Gelombang Gelombang yang mempunyai komponen medan


elektromangnet magnet dan medan elektrik yang berserenjang antara
satu sama lain.

30. Gelombang bunyi Gelombang membujur yang memerlukan medium


untuk perambatannya .(dihasilkan oleh objek
bergetar )

31. Kelangsingan Ketinggian not bunyi

32. Sonar( Sound Satu sistem menggunakan gelombang bunyi ultrasonik


Navigation and Ranging) untuk mengukur kedalaman laut berasaskan gema

33. Spektrum Satu siri susunan gelombang elektromagnet mengikut


gelombang julat frekuensi atau panjang gelombang
elektromagnet

2. ELEKTRIK 1. Litar Suatu lintasan tertutup yang mana cas boleh mengalir
2. Arus Kadar pengaliran cas

3. Litar sesiri Litar yang mana komponen elektiknya disambung


hujung ke hujung dan arus mempunyai laluan tunggal

4. Medan elektrik Kawasan di sekeliling satu cas dimana sebarang cas


yang lain yang memasuki kawasan ini akan
mengelami satu daya elektrik

5. Garis medan elektrik Anak panah mewakili medan elektrik yang


menunjukkan laluan yang akan diambil oleh satu cas
positif (disebabkan oleh daya elektrik yang bertindak
ke atasnya oleh cas yang lain)

6. Beza keupayaan,V Kerja yang dilakukan untuk menggerakkan satu unit


cas (1 coulomb) dari satu titik ke titik yang lain

7. Hukum Ohm Arus yang mengalir melalui satu konduktor elektrik


adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan
yang merentasi konduktor

8. Litar selari Litar dimana komponen elktriknya disusun sebelah


menyebelah

9. Rintangan,R Nisbah beza keupayaan yang merentasi satu


konduktor kepada arus yang mengalir melaluinya

10. Superkonduktor Bahan yang mempunyai rintangan sifar apabila


disejukkan dibawah suhu genting

11. Sifar mutlak Suhu 0 K ,suhu terendah yang dapat dicapai

12. Perintang berkesan Perintang tunggal yang memberi kesan yang sama
bila menggantikan gabungan dua atau lebih perintang
13. Litar gabungan Satu litar mengandungi gabungan perintang
disambung secara sesiri dan selari

14. Daya gerak elektrik Jumlah kerja yang dilakukan untuk menggerakkan 1
coulomb cas mengelilingi satu litar yang lengkap/beza
keupayaan merentasi satu sel dalam litar terbuka

15. Rintangan dalam,r Rintangan dalam suatu sel disebabkan elektrolit dalam
sel

16. Beza keupayaan Beza keupayaan merintasi sel kering atau sumber
terminal elektrik dalam litar tertutup
17. Tenaga elektrik Tenaga yang dibekalkan oleh sumber elektrik seperti
sel atau bateri apabila arus mengalir melalui litar
tertutup. / Tenaga yang dipindahkan oleh peralatan
elektrik

18. Kuasa Kadar pemindahan tenaga elektrik

19. Kadar voltan Voltan yang sesuai untuk menegendalikan alat

20. Kadar kuasa Kuasa yang digunakan apabila satu alat elektrik
berfungsi dengan voltan yang sesuai

21. Mentol 12V, 24J Mentol akan membebaskan 24J tenaga cahaya dan
haba sesaat apabila voltan 12V dikenakan
merentasinya.

22. Arah arus Arah dimana cas positif akan bergerak (dari terminal
positif ke negatif)

3. KEELEKTRO 1. Elektromagnet Magnet sementara yang terdiri daripada satu solenoid


yang dililtkan pada satu teras besi lembut
MAGNETAN
2. Medan magnet Kawasn dimana satu bahan mengalami daya magnet

3. Peraturan skru Arah paku sama dengan arah pengaliran arus maka
Maxwell arah maka arah putaran skru merupakan arah medan
magnet.

4. Peraturan Tangan kanan menggenggam satu daya pembawa


genggaman tangan arus maka ibu jari menunjukkan arah arus dan jari-jari
kanan yang lain menunujuk arah medan magnet.

5.Peraturan genggaman Tangan kanan menggenggam solenoid maka ibu jari


tangan kanan (solenoid) menunjuk kutub utara manakala jari yang lain
menunjuk arah arus .
6. Medan lastik Medan paduan hasil pertindihan medan magnet kekal
dan medan magnet pada konduktor pembawa arus

7. Geganti Satu suis dimana satu litar menggunakan arus kecil


elektromagnet mengawal pasang dan padam satu litar lain
menggunakan arus besar

8. Pemutus litar Suis automatik yang memutuskan sambungan bekalan


kuasa jika berlaku pengaliran arus yang terlalu besar

9. Daya lastik Dayt a paduan terhasil apabila dua medan magnet


bertindih (dari magnet kekal dan konduktor pembawa
arus).

10. Komutator Satu alat yang membolehkan penukaran arah


pengaliran arus dalam gegelung setiap separuh
putaran untuk memastikan gegelung berputar pada
satu arah

11. Medan magnet Medan magnet dengan garis-garis medan magnet


jejarian menghala kedalam atau keluar dari satu pusat bulatan

12. Aruhan Proses penghasilan arsu elektrik mrelalui perubahan


elektromagnet fluks magnet

13. Hukum Faraday Magnitud daya gerak elektrik aruhan adalah berkadar
langsung dengan kadar perubahan fluks

14. Hukum Lenz Arus aruhan yang mengalir adalah dalam satu arah
yang menentang perubahan yang menghasilkannya

15. Peraturan tangan Jika jari telunjuk dihalakan kearah medan magnet dan
kanan Fleming ibu jari kea rah gerakan maka jari tengah
menunujukkan arah pengaliran arus aruhan

16. Peraturan tangan kiri Jika jari tengah menunujuk arah arus dan jari telunjuk
Fleming menunujuk arah medan magnet maka ibu jari
menunujuk arah daya

17. Penjana arus Terdiri daripada satu gegelung yang berputar dalam
medan magnet / Alat yang menghasilkan arus
menggunakan kesan aruhan electromagnet

18. Arus ulang alikj Arus yang berubah magnitude dan arahnya setiap
separuh putaranThe current that changes in
magnitude and direction after every half rotation.

19. Voltan punca min Nilai voltan malar yang menghasilkan kesan
kuasa dua pemanasan yang sama pada satu perintang jika ia
menggantikan arus ulang-alik itu.
20. . Arus punca min Nilai arus malar yang menghasilkan kesan pemanasan
kuasa dua. yang sama pada satu perintang jika ia menggantikan
arus ulang-alik itu.

21. Transformer Alat yang digunakan untuk menaikkan dan


menurunkan voltan arus ulang-alik.

22. Gegelung primer Gegelung yang disambungkan pada bekalan kuasa


yang voltannya perlu dinaikkan atau diturunkan

23. Gegelung sekunder Gegelung yang disambungkan pada alat elektrik atau
perintang

24. Transformer unggul Transformer yang mempunyai nilai kecekapan seratus


peratus (100%)
25. Arus pusar Arus dalam teras besi yang dihasilkan oleh perubahan
fluks magnet dalam teras besi

26. Gelung tertutup Gelung sekunder dililitkan di atas gegelung primer


transformer atau berdekatan dengan gegelung primer

27. Kebocoran fluks Fluks magnet yang dihasilkan oleh gegelung primer
magnet tidak merangkai gegelung sekunder menyebabkan
kehilangan kuasa elektrik

28. Sel fotovolta Terdiri daripada bahan semikonduktor seperti silikon


yang boleh menukar tenaga cahaya kepada tenaga
elektrik

29. Rangkaian grid Satu jaringan kabel elektrik yang menyambungkan


nasional stesen-stesen jana kuasa elektrik kepada pengguna
tenaga elektrik

4. ELEKTRONIK 1. Pancaran termion Proses pembebasan elektron dari permukaan logam


yang panas

2. Sinar katod Alur elektron yang bergerak laju .

3. Osiloskop sinar katod Sebuah alat pengujian dan pengukuran digunakan


dalam kajian elektrik dan elektronik

4. Konduktor Bahan yang membenarkan arus mengalir melaluinya


dengan mudah dan mempunyai rintangan yang rendah

5. Penebat Bahan yang tidak mengkonduksi arus elektrik

6. Semikonduktor Bahan yang memepunyai rintangan antara konduktor


dan penebat

7. Pendopan Proses menambahkan sejumlah kecil bendasing ke


dalam semikonduktor untuk meningkatkan konduktiviti
8. Semikonduktor jenis-p Semikonduktor yang dihasilkan apabila atom unsur
dengan tiga elektron pada petala paling luar (atom
trivalen) ditambah kepada silikon

9. Atom penerima Atom trivalent yang menerima sebarang elektron


bebas untuk mengisi lohong (boron, indium, gallium).

10. Semikonduktor jenis- Semikonduktor yang dihasilkan apabila atom unsur


n dengan lima elektron pada petala paling luar(atom
pentavalen) ditambah kepada silikon menghasilkan
satu elektron bebas sebagai pembawa cas .

11. Atom penderma Atom yang membekalkan elektron bebas .Contohnya


arsenik, fosforus dan antimoni.

12. Diod semikondur Alat yang dapat menukarkan arus ulang alik kepada
arus terus(rectifier).

13. Lapisan susutan Bahagian cantuman semikonduktor jenis-p dan jenis-n

14. Voltan simpang Beza keupayaan yang bertindak dari semikonduktor


jenis-n ke jenis-p (menghalang pembawa cas
merentasi simpang)

15. Pincang ke depan Arus mengalir dari anod ke katod apabila anod diod
disambungkan kepada terminal positif sel .

16. Rektifikasi Proses penukaran arus ulang alik kepada arus terus

17. Pincang songsang Arus dihalang oleh diod apabila anod diod disambung
ke terminal negatif sel

18. Rektifikasi Proses rektifikasi menggunakan sebuah diod untuk


gelombang separuh membenarkan arus mengalir dalam separuh kitaran.

19. Rektifikasi Proses rektifikasi menggunakan 4 diod (rectifier


gelombang penuh. tetimbang) untuk membenarkan arus mengalir dalam
satu kitaran lengkap pada arah yang sama.

20. Kapasitor Komponen elektrik yang boleh menyimpan cas.

21. n-p-n transistor Terdiri daripada satu lapisan semikonduktor jenis-p


yang terletak antara dua lapisan semikonduktor jenis-
n.

22. Perintang peka Perintang yang mana rintangannya berkurang apabila


cahaya (LDR) diletakkan dalam keadaan cerah.

23. Termistor Perintang yang rintangannya berkurang apabila suhu


persekitaran bertambah.

24. Litar bersepadu Merupakan satu cip silikon yang mengandungi semua
komponen elekronik digabungkan di dalamnya.
25. Get logik Peranti elektonik yang mempunyai satu atau lebih
input tetapi hanya satu output.

26. Jadual kebenaran Menujukkan semua gabungan output yang mungkin


bagi semua input yang mungkin pada satu get logik.

27. Get TAK Satu get yang mana output sentiasa bertentangan
dengan input.

28. Get TAKATAU Get ATAU diikuti oleh get TAK.

5. RADIOAKTIVITI 1. Nukleus Terdiri daripada proton and neutron.


2. Nombor Nukleon Jumlah bilangan proton dan neutron dalam satu atom.

3. Nombor proton ,Z Bilangan proton dalam atom.

4. Jisim kritikal Jisim minimum bahan pembelahan untuk tindak balas


berantai berlaku.

5. Nuklid Sebarang jenis atom bagi satu unsur.

6. Isotop Satu unsur dengan nombor proton yang sama tetapi


nombor nucleon yang berbeza/bilangan proton yang
sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

7. Keradioaktifan Penguraian spontan bagi satu nucleus yang tidak


stabil untuk membentuk nucleus yang lebih stabil
dengan pembebasan zarah bertenaga tinggi atau
foton.

8. Sinaran latar Radiasi paras rendah yang mana sumbernya ialah


belakang bahan radioaktif semulajadi yang hadir dalam tanah
dan batuan serta sinaran kosmik.

9. Pereputan Alfa Nukleus induk radioaktif kehilangan dua proton dan


dua neutron. (zarah alfa ialah nucleus helium)

10. Pereputan Beta Satu neutron terurai kepada satu proton (kekal dalam
nukleus) dan satu electron ( dibebaskan daripada
nucleus pada halaju tinggi)

11. Zarah beta elektron

12. Rawak Mustahil untuk meramalkan atom manakah yang akan


mereput pada sebarang masa.Setiap atom
mempunyai kebarangkalian yang sama untuk mereput.

13. Separuh hayat Masa yang diambil untuk separuh daripada atom
dalam satu sampel mereput.
Masa yang diambil untuk bilangan atom radioaktif
berkurang menjadi separuh daripada bilanagan atom
yang asal.
Msa yang diambil untuk aktiviti atom radioaktif menjadi
separuh daripada aktiviti yang asal.

14. Aktiviti Purata bilangan reputan per unit masa.

15. Pembelahan nuklear Proses pembelahan satu nucleus berjisim besar untuk
menjadi 2 atau lebih nucleus berjisim ringan disertai
dengan pembebasan beberapa neutron.

16. Tindakbalas berantai Pembelahan berterusan disebabkan neutron yang


dihasilkan daripada pembelahan nucleus.
17. Pelakuran nuklear Proses di mana dua atau lebih nucleus kecil dan
ringan bergabung membentuk nucleus yang lebih
besar dan berat.

18. Reaktor nuklear Reaktor yang menghasilkan tenaga yang amat banyak
melalui pelakuran nuklear.

19. Sisa radioaktif Isotop yang tinggal daripada pereputan radioaktif.

Prepared by: KHAIRUL’IZZAH ABDULLAH


SCIENCE AND MATHS DEPARTMENT
SMKB

Anda mungkin juga menyukai