Anda di halaman 1dari 2

Setiap orang mempunyai azam.

Azam penting bagi


membulatkan tekad agar kita sentiasa berusaha untuk
membaiki diri. Apakah azam saya pada tahun 2022?
Azam saya pada tahun ini adalah untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh. Hal ini dikatakan demikian
kerana pada tahun yang lepas, saya tidak mencapai
keputusan ujian yang saya berharap. Saya mesti
berusaha pada tahun ini untuk ujian pentaksiran
tingkatan 3 dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Oleh itu, pada tahun ini, saya akan belajar dengan
bersungguh-sungguh dan siapkan semua kerja rumah
pada masa yang tertentu.
Selain itu, azam yang lain ialah membuang tabiat
yang buruk. Contohnya, mempunyai nada yang buruk.
Semasa saya bercakap, nada saya sering menggangu
perasaan rakan. Nada saya menggaduhkan saya dan ialah
satu masalah. Saya juga ingin membuang tabiat
sombong saya. Saya takut kecewa rakan saya. Dengan ini,
saya akan membuang semua tabiat buruk saya pada
tahun ini.
Sementara itu, saya juga ingin meningkatkan
kecermelangan dalam mata pelajaran Bahasa Cina.
Walaupun Bahasa Cina ialah Bahasa ibunda saya, saya
tidak pandai dalam Bahasa Cina. Saya mesti berusaha
dalam mata pelajaran Bahasa Cina dan meningkatkan
tahap saya.
Konklusinya, saya akan berusaha memenuhi
azam saya ini. Dengan berbiat demikian, tahun 2022
akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai