Anda di halaman 1dari 5

KHUTBAH JUM‘AT

TAJUK : BERSAMA MENGIMARAHKAN MASJID


TARIKH: 17 SEPTEMBER 2021 / 10 SAFAR 1443

َ َّ ُ َ
: ‫ٱلۡحمد ِلل ِه الۡقا ِئ ِل‬

(At-taubah ayat 18)


َ َ َ َ َ َ َُ َ ُ ‫َ َُ َ آ َ َ آ‬
ۡ‫ َوأشۡ َه ُد أ آن ُم َح آم ًدا َعبۡ ُد ُهو‬،‫يك ل ُۡهو‬‫أشۡهد أن َّل ِإل ـۡه ِإَّل هللا وحۡد ۡهو َّل ش ِر‬
َ ََ ََ َ َ َ ‫ََ ُ ُُ آ‬
‫ص ِل َو َس ِلمۡ َعلى َس ِي ِدنا ُم َح آم ٍد َو َعلى ِآل ِه وأصۡح ِاب ِ ۡهﮮۡومن ت ِبعهم‬
ُ َ َ َ ‫الل ُه آم‬ .‫ورسول ۡهو‬
َ.‫بإحۡ َسان إ َلى َي ۡوم الدين‬
ِ ِ ِ ٍ ِِ
َ‫َ َ َ ُ ُ آ آ َ َ ُ ُّ ُ ن‬ َُ ‫َ َ آ‬ ُ ‫آ‬ َ َ َ َ ُ َ ‫َآ‬
. ‫ وَّل تموتن ِإَّل وۡأنتم مسۡ ِلمو‬،‫ ِاتقوا هللا حق تقا ِت ِ ۡهﮮ‬،‫ فيا ِعباد هللا‬،‫أما بعۡد‬

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,


Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-
Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Bersamalah kita menjaga diri,
keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang membawa
musibah. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
”BERSAMA MENGIMARAHKAN MASJID”

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,
Masjid ialah institusi yang amat penting bagi pembangunan masyarakat
umat Islam. Peranannya meliputi semua aspek kehidupan seperti sahsiah
atau keperibadian, sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Semasa
penghijrahan Rasulullah  ke Madinah, institusi pertama yang didirikan
oleh baginda ialah masjid. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya
institusi masjid ini dalam penyebaran agama Islam ketika itu. Firman Allah
 dalam surah An-Nur ayat 36:

36. Maksudnya: Allah memerintahkan supaya rumah-Nya iaitu masjid

disucikan daripada perbuatan dan percakapan yang kotor dan sia-


sia. Di dalam masjid, nama Allah hendaklah disebut dan disucikan
dengan perbuatan zikir dan solat pada waktu pagi dan petang.

Sensitiviti umat Islam terhadap institusi masjid amat tinggi, tambahan lagi
ketika negara dilanda wabak penyakit COVID-19. Boleh dikatakan seluruh
masjid di negara ini telah mengehadkan jumlah jemaah yang hadir untuk
solat lima waktu. Jumlah tersebut bergantung pada keputusan yang
dibuat oleh pihak berkuasa di negeri masing-masing. Walaupun
penetapan bilangan jemaah yang dibenarkan untuk memenuhi dewan
solat berubah dari masa ke masa berdasarkan kuota, semangat
pengunjung yang setia pada rumah Allah  sentiasa tinggi. Namun, apa
yang menyedihkan kita ialah sikap segelintir jemaah yang menganggap
solat di masjid itu hanya pada hari Jumaat sahaja. Bukankah dalam sehari
semalam kita ada lima waktu solat? Alangkah eloknya jika jemaah juga

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


istiqamah memenuhkan saf di masjid untuk solat subuh, zuhur, asar,
maghrib dan isyak.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Masjid rumah Allah yang begitu istimewa. Disebabkan keistimewaan ini,
maka pengunjung masjid hendaklah mematuhi adab ketika memasuki
masjid dan ketika berada di dalamnya. Antara adab yang utama
membetulkan niat hadir ke masjid semata-mata kerana Allah . Elakkan
niat seperti ingin menunjuk-nunjuk, mencari aib dan kesalahan orang lain
dan sebagainya. Orang yang ke masjid juga dituntut memaki pakaian
yang bersih serta menutup aurat dengan sempurna. Mulut juga hendaklah
dibersihkan dengan cara menggosok gigi atau bersugi. Elakkan memakan
makanan yang boleh mengeluarkan bau yang kurang enak yang boleh
mengganggu jemaah lain.
Walaupun masjid menyediakan tempat berwuduk namun jemaah
amat digalakkan berwuduk di rumah kemudian pergi ke masjid dalam
keadaan wuduk yang lengkap. Sampai di masjid, jangan pula terus duduk.
Sebaliknya solatlah dua rakaat tahiyat al-masjid sebagai tanda
penghormatan untuk rumah Allah . Ketika berada di dalam masjid,
berniatlah iktikaf supaya keberadaan kita di dalam masjid sentiasa
mendapat pahala. Masa yang ada elok digunakan untuk membaca al-
Quran, berzikir atau melakukan muhasabah diri. Kenangkan dosa lampau
yang banyak serta kekerdilan kita sewaktu berhadapan dengan Allah 
pada hari yang tidak ada manfaat padanya harta atau anak-pinak
melainkan orang yang datang bertemu Allah  dengan hati yang
sejahtera.

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


Datanglah awal ke masjid khususnya pada hari Jumaat. Sabda
Rasulullah :
ْ‫ َو َمن‬،‫ َف َك َأ َّن َما َق َّر َب َب َد َن ًة‬،‫اح‬ َ ‫الج َن َابة ُث َّم َر‬َ ‫الج ُم َع ۡة ُغ ْس َل‬ ُ ‫اغ َت َس َل َي ْو َم‬
ْ
‫َم ِن‬
ِ ِ
َ َّ َ َّ َ َ ْ َ َ ً َ َ َ َ َّ َ َ َّ َ َ َ َ َّ َ َّ َ ‫َر‬
،‫ ومن راح ِفي الساع ِة الث ِالث ِة‬،‫ فكأنما قرب بقرة‬،‫اح ِفي الساع ِة الثا ِني ِة‬
َ‫ َف َك َأ َّن َما َق َّرب‬،‫الراب َۡعة‬
َّ َ َّ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ً ْ َ َ َّ َ َ َّ َ َ َ
ِ ِ ‫ ومن راح ِفي الساع ِة‬، ‫فكأنما قرب كبشا أقر‬ ‫ن‬
َ َ َ ً َ َ َّ َ َ َ َ َ ‫الس‬ َ ‫ َو َم ْن َر‬،‫اج ًة‬
َ ‫َد َج‬
‫ ف ِإذا خ َر َج‬،‫ فكأن َما ق َّر َب َب ْيضة‬،‫اع ِة الخ ِام َس ِة‬ َّ ‫اح في‬
ِ
ْ َ ُ َ ْ َ ُ َ َ َ ََ َ ُ َ
‫الذك َۡر‬ ‫ن‬
ِ ‫اإلمام حضر ِت املال ِئكة يست ِمعو‬ ِ
Maksudnya: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti)
mandi janabah atau mandi menghilangkan hadas besar lalu
segera pergi ke masjid, ganjarannya seperti dia
mengorbankan seekor unta. Sesiapa yang pergi lewat sedikit,
ganjarannya seperti dia mengorbankan seekor lembu. Sesiapa
yang pergi agak lewat, ganjarannya seperti dia meng orbankan
seekor kambing biri-biri jantan yang bertanduk. Sesiapa yang
pergi terlalu lewat, ganjarannya seperti dia mengorbankan
seekor ayam. Sesiapa yang pergi terlampau lew at,
ganjarannya seperti dia mengorbankan sebiji telur. Apabila
imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat
turut hadir untuk mendengar khutbah.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Analogi atau perbandingan yang dimaksudkan dalam hadis ini


menjelaskan peringkat-peringkat kehadiran kita masjid. Ada orang yang
sangat prihatin dengan persiapan untuk ke masjid maka dia dapat datang
awal. Namun ada juga golongan yang kurang mengambil berat

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


menyebabkan dia datang ke masjid semata-mata untuk solat dan bukan
mendengar khutbah. Rebutlah peluang seperti mengorbankan seekor
unta kerana ganjarannya besar di sisi Allah .

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita memperbanyakkan
syukur kepada Allah  atas nikmat dan keizinan-Nya kerana kita telah
diberikan peluang untuk menunaikan ibadah di rumah Allah  ini, di
samping kita berusaha untuk menjaga adab dan menjaga hak orang lain.
Semoga Allah menerima amal soleh kita seterusnya diampunkan dosa
oleh-Nya.

‫الذك ِر‬ َ ‫ َو َن َف َعني َوإ َّي ُاكم ب َما فيه م َن اۡل َي‬،‫هللا لي َو َل ُكم ۡفي ال ُقر َءان ال َعظيم‬ ُ ‫َبا َر َك‬
ِ ‫ات و‬ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ َ َ
ُ ُ َ ُ َّ َ ُ ُ َّ ُ َ َ َ ُ َ ََ
‫ أقو ُل قو ِلي َهذا‬،‫يم‬ ‫ َوتق َّب َل ِم ِني و ِمنكم ِتالوته ِإنه هو الس ِميع الع ِل‬،‫ال َح ِك ِيم‬
َ ُ َ َ ُ َ َ ُ َ َ ُ ۤ َ َ ُ ََ َ َ َ ُ َ ََ
،‫ات‬ ِ ‫ واملؤ ِم ِنين واملؤ ِمن‬،‫ات‬ ِ ‫ و ِلسا ِۡئ ِر املس ِل ِمين واملس ِلم‬،‫وأستغ ِفر هللا الع ِظيم ِلي ولكم‬
َ ۤ َّ َ َ
ۡ ‫ين َو َيا ن َجاة التا ِئ ِب‬
‫ين‬ َ ‫َفاس َتغف ُرو ُه َف َيا َفو َز املُس َتغفر‬
ِ ِ ِ

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬

Anda mungkin juga menyukai