Anda di halaman 1dari 22

GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGF1013
EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM
KUMPULAN : K

DISEDIAKAN UNTUK :
Dr. Nelson Lajuni

TAJUK:
INDUSTRI MAKANAN HALAL SEJUK BEKU DAN KONFEKSIONERI

Disediakan Oleh :

Nama : Noor Hidayah Binti Mustapha No Matrik : 290765


Nama : Aluis Amu Anak Entigal No Matrik : 290564
Nama : Sitti Zainab Binti Jefri No Matrik : 290727
Nama : Joey Cleothus Jeffery No Matrik : 290791
Nama : Ita Syazwani Binti Mohd Zeh No Matrik : 290596
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN ………………………………………………………….2

2.0 OBJEKTIF SYARIKAT …………………………………………………3-4

3.0 RANCANGAN PENGURUSAN ………………………………………...5-8

4.0 STRATEGI PENGURUSAN …………………………………………….9

5.0 RINGKASAN SKOP PERNIAGAAN …………………………………..10-11

6.0 ANALISI FAKTOR DALAMAN/LUARAN…………………………….11-12

7.0 BELANJAWAN PEMASARAN…………………………………………..12-16

8.0 STRATEGI PEMASARAN ……………………………………………….16-18

9.0 PENYATA KEWANGAN …………………………………………………19

10. KESIMPULAN………………………………………………………………20

11. RUJUKAN …………………………………………………………………...21


GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

1.0 PENGENALAN

Industri makanan sejuk-beku halal merupakan bidang yang semakin


berkembang khususnya di Malaysia. Produk makanan yang berasaskan konfeksioneri
dan makanan sejuk beku ini semakin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan
gaya hidup yang memerlukan makanan yang cepat, ringkas dan pada masa yang sama
masih mengekalkan khasiat makanan.
Pembangunan produk halal masa kini seringkali mendapat persaingan sengit
memandangkan potensi ganjarannya yang begitu besar serta mendapat sambutan
hangat di peringkat dunia. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pengkaji industri
makanan halal tempatan, telah menunjukkan bahawa pasaran produk halal Malaysia
menjadi penyumbang yang agak besar kepada pasaran produk halal dunia di mana ia
mencatatkan perolehan sebanyak RM304 bilion (US$ 80 bilion) setahun dan angka itu
di jangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, cabaran serta persaingan global
dalam industri produk halal memang sengit memandangkan potensi ganjarannya yang
begitu besar. Keadaan semasa ekonomi Malaysia sejak kebelakangan ini
menunjukkan terdapat peningkatan dan perkembangan yang agak menggalakkan
dalam kebanyakan sektor yang ada.
Perkembangan dalam sektor industri makanan telah membuka satu lagi
peluang baru dalam menghasilkan dan membekalkan produk halal melalui Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) yang mana mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran
tempatan dan dunia terutamanya kepada umat Islam.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

2.0 OBJEKTIF SYARIKAT

2.3.1 Mencipta peluang perniagaan dalam industri makanan halal sejuk beku
kepada para usahawan khasnya bumiputera.
2.3.2 Membangunkan satu konsep perniagaan rangkaian makanan halal
sejuk beku yang yang dikenali di pasaran dunia.
2.3.3 Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai
jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan
pelanggan yang maksimum.
2.3.4 Konsisten dalam menangani masalah tempahan dan pembelian bekalan
agar penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada pelanggan
dengan segera.
2.3.5 Berinovasi di dalam penghasilan produk untuk mendapatkan
keuntungan yang maksimum.

2.1 VISI

Untuk menjadi sebuah organisasi dan syarikat yang terulung, dinamik serta
berdaya saing menerusi pakatan berpasukan yang teguh dan mantap serta syarikat
yang terbaik di Malaysia dan luar negara dalam industri makanan sejuk beku halal.

2.2 MISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan fleksibel bagi


mencapai tahap kepuasan pengguna seratus peratus.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

2.4 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Perniagaan : SAJUK FROZEN FOODS ENT.


Alamat Berdaftar : Lot 1709, Lorong Im 14/8, Bandar Mahkota
88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Alamat Perniagaan : Lot 1709, Lorong Im 14/8, Bandar Mahkota
88000 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon : 09-1732134
No. Daftar Perniagaan : PW006730-KS
Tarikh pendaftaran : 20 OGOS 2012
Aktiviti Perniagaan : Produk Makanan Halal Sejuk Beku
Bentuk Perniagaan : Enterprise
Modal Permulaan : RM 50,000
Bank berurusan : AMBANK
Pemilikan : Pemilikan Tunggal (100% Bumiputera )
Nama Pemilik : Aluis Amu Anak Entigal
Email : sajukfrozenfood@gmail.com
Website : https://sajukffrozen.blogspot.com
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

3.0 RANCANGAN PENGURUSAN

3.1 Struktur Organisasi Syarikat


GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

3.2 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

3.2.1 Pemilik / Pengurus

 Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan kewangan


syarikat dari semua aspek.
 Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.
 Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.
 Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.

3.2.2 Bahagian Pemasaran/ jualan

 Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran.


 Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di
lingkungan kawasan sasaran.
 Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas
pengguna terhadap kualiti produk.
 Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk
diperkenalkan kepada pelanggan.
 Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat
dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.
 Memastikan susun atur barang-barang jualan dikedai sentiasa mencukupi
dan memenuhi kehendak pelanggan apabila diminta.

3.2.3 Bahagian Pengeluaran

 Terdiri daripada pekerja sambilan yang diselia oleh penyelia.


 Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan pengeluaran
kesemua produk adalah mengikut jadual yang ditetapkan.
 Memastikan kualiti produk sentiasa dalam kawalan dan berada pada
tahap yang terbaik.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

 Memastikan kesemua peralatan dan kelengkapan sentiasa diselenggara


dengan baik dan selamat digunakan.
 Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.

3.2.4 Bahagian Kewangan

 Memastikan semua dokumen perakaunan adalah lengkap dan tersusun.


 Merekod dan menyediakan penyata kewangan perniagaan setiap bulan.
 Mencari sumber dana untuk operasi perniagaan dan mengenalpasti
peluang-peluang pelaburan yang menguntungkan.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

3.3 SUSUN ATUR PREMIS NIAGA

Front
Rear
Baker's
workbench
Baker's
workbench

Convection
oven

Display
counter 10' - 0"

Mixer

Frozen
food showcase

Cash Flip-up counter


machine (Staff entrance) Induction
oven

10' - 0"

Rajah 3.3 Susun Atur Premis Di Dalam Syarikat


GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

4.0 STRATEGI PENGURUSAN

Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang


kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan dinamik dapat
memastikan syarikat sentiasa dapat mengekalkan dan memperbaiki prestasi ke arah
yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di sini
meliputi:

4.1 Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan


( teamwork ).
4.2 Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja meliputi
aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk .
4.3 Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut diberi
perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat bulanan di mana
perbincangan antara pihak pengurusan dan pekerja diadakan bagi mengatasi
dan memperbaiki segala kelemahan.
4.4 Membuat analisis prestasi syarikat pada setiap akhir tahun dan berusaha untuk
mendapatkan taraf pensijilan ISO dan sebagainya.
4.5 Memberi imbuhan kepada pekerja sebagai dorongan untuk mempertingkatkan
kualiti perkhidmatan.
4.6 Menerapkan budaya dan etika kerja yang baik dan mengamalkan nilai murni.
4.7 Penyelidikan dan Pembangunan ( R& D ) akan menjadi fokus dari semasa ke
semasa oleh pihak pengurusan. Memastikan supaya peruntukan untuk
pembiayaan sentiasa ada dan mencukupi untuk tujuan ini.
4.8 Harga yang yang ditawarkan mengikut pasaran dan berpatutan, memberi
perkhidmatan yang berkualiti dan mempamerkan kos perkhidmatan dengan
jelas dan terang.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

5.0RINGKASAN SKOP PERNIAGAAN

Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan


makanan halal sejuk beku sebagai jualan utama di premis perniagaan. Menyediakan
tempahan untuk kawasan dalam lingkungan 25km meliputi kawasan perumahan,
sekolah, universiti, kolej, pejabat / syarikat, café dan restoran serta kedai stesen
minyak. Senarai produk disenaraikan seperti di bawah:

Rajah 5.0 : Memaparkan jenis-jenis produk yang sedia ada dan bakal dipasarkan dipasaran
luar negara
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

Manakala perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah seperti:

5.1 Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari jadi dan
perkahwinan
5.2 Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk kepada
pelanggan.
5.3 Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu.
5.4 Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat.

6.0 ANALISIS FAKTOR LUARAN/DALAMAN

Berdasarkan kepada analisa serta kajian pasaran yang telah dibuat


perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang maju.
Makanan barat kini telah menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Memandangkan
kepada ekonomi negara yang berkembang secara positif turut menyumbang kepada
potensi perkembangan permintaan makanan ini. Taraf hidup rakyat telah meningkat
dan golongan menengah dan atasan telah bertambah ini meningkatkan lagi kuasa beli
rakyat.
Kalau dilihat dari aspek itu perniagaan bakeri mempunyai potensi yang cukup
besar untuk berkembang disekitar 40% hingga 60% setahun. Oleh kerana perniagaan
ini masih berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini mempunyai potensi
yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan dimasa hadapan.
Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang
diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga,
kebersihan, kelancaran bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi
memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi
penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuas hati dan seterusnya
akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan perniagaan ini akan
mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa
dipastikan pada tahap yang tinggi.
Tambahan pula perniagaan ini dapat membekalkan produk yang berkualiti
yang akan menarik minat pelanggan untuk mengunjungi Desire Frozen Food Ent.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

Walaupun akan ada persaingan tetapi kami yakin dengan produk yang ada akan
menjadi pilihan pelanggan kepada citarasa yang disediakan dan perniagaan ini akan
berkembang dengan pesat dan meluas dapat masa 3 tahun.
Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana
dikelilingi oleh kawasan perumahan, kawasan sekolah, kawasan industri dan bandar.
Memandangkan ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut menyumbang
kepada potensi perkembangan permintaan perkhidmatan perniagaan ini.

7.0 BELANJAWAN PEMASARAN

7.1 Butir-butir yang terkandung di dalam perbelanjaan mengurus GMGF


Frozen Foods Ent adalah seperti berikut:

Bil Jenis perbelanjaan Tahun I Tahun 2 Tahun 3


(RM) (RM) (RM)

Gaji & elaun Pengurus 19,980.00 19,980.00 20,979.00

1 Gaji Pekerja 24,600.00 24,600.00 25,830.00

2 KWSP & Socso 5,520.00 5,796.00 6,085.80

3 Sewa lot perniagaan 24,000.00 24,000.00 24,000.00

4 Utiliti 26,200.00 26,200.00 26,200.00

5 Alatulis & belanja 1,200.00 1,800.00 1,890.00


pejabat 4,800.00 4,800.00 5,040.00
6
Perjalanan & 2,200.00 2,200.00 2,200.00
7
pengangkutan
8 2,000.00 2,000.00 2,000.00
Senggaraan kedai &
9 mesin

Iklan & promosi

Jumlah setahun 110,500.00 111,376.00 114,224.80

Purata sebulan 9,208.00 9,281.33 9,518.73


GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

Aset tetap dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti
berikut:

Perkara Unit Nilai (RM)

a) Mesin pengadun (mixer) 1 1,500.00


b) Oven kecil 1 1,000.00
c) Peralatan membuat doh dan pastri 1 500.00
d) Peralatan komputer 1 2,000.00

Jumlah 5,000.00

Sungguhpun SAJUK Frozen Food Enterprise menjalankan operasinya


mengeluarkan produk secarakecil-kecilan dengan beberapa peralatan dan
kelengkapan asas yang sedia ada, namun pertambahan beberapa peralatan yang
sesuai dan khusus amat diperlukan untuk memasarkan produk ke luar negara.
Kelengkapan dimaksudkan seperti jadual di bawah:

Bil Perkara Jumlah (RM)

1 Belanja Permulaan

- Lesen PBT / ROB 500.00

- Deposit & sewa premis 9,000.00

- Pembungkusan 3,000.00

- Insuran kilang 5,000.00

- Iklan & promosi 1,000.00


GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

2 Aset Tetap

- Struktur kedai 15,000.00

- Pendawaian 3,000.00

- Oven 3,000.00

- Mixer 2,000.00

- Cash machine 500.00

- Working table 1,000.00

- Trolley 1,000.00

- Chiller / freezer 20,500.00

- Tray 500.00

- Induction stove 1,000.00

- Perabut 4,000.00

3 Modal Pusingan

- Bahan mentah 8,000.00

- Petty cash 2,000.00

Jumlah 80,000.00

7.1 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun

Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang


meliputi bahan mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan makanan sejuk-
beku .Dianggarkan penambahan peruntukan perbelanjaan untuk pembuatan naik
sebanyak 5% setahun berlaku sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz
pasaran atau kenaikan harga bahan mentah. Ini ditunjukkan di dalam senarai seperti di
bawah:
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

Anggaran Tahun I Tahun II Tahun III


Bahan sebulan (RM) (+5%)(RM) (+10%)
(RM) (RM)

Tepung gandum 900.00 10,800.00 11,340.00 11,880.00

Gula 450.00 5,400.00 5,670.00 5,940.00

Mentega / majerin 1,500.00 18,000.00 18,900.00 19,800.00

Bread softener 450.00 5,400.00 5,670.00 5,940.00

Yis 450.00 5,400.00 5,670.00 5,940.00

Telor 270.00 3,240.00 3,402.00 3,564.00

Bread improver 166.00 1,992.00 2,091.60 2,191.20

Ovelate 50.00 600.00 630.00 660.00

Baking powder 50.00 600.00 630.00 660.00

Daging 210.00 2,520.00 2,646.00 2,772.00

Ayam 166.00 1,992.00 2,091.60 2,191.20

Udang 240.00 2,880.00 3,024.00 3,168.00

Sardin 90.00 1,080.00 1,134.00 1,188.00

Sayur-sayuran 150.00 1,800.00 1,890.00 1,980.00

Lain-lain bahan 1,459.00 17,508.00 18,383.40 19,258.80

Jumlah 6601.00 79,212.00 83,172.60 87,133.20

Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi
mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam
keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik. Namun
demikian, apabila pusat penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-bahan tidak
menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dan dapat menjimatkan kos
perbelanjaan.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

7.2 Anggaran Kos Pengeluaran dan Keuntungan Kasar

Butiran anggaran kos pengeluaran dan keuntungan kasar seperti di bawah:

Kos Nilai (RM)

Jualan 321,000.00
Kos bahan langsung 79,212.00
Kos buruh langsung 24,600.00
Kos pembungkusan 3,000.00
Kos tak langsung (overhead) 49,700.00
Jumlah kos
- 156,512.00

Margin kasar / keuntungan kasar RM164,488.00

8.0 STRATEGI PEMASARAN


8.1 Promosi
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Sajuk Frozen food Enterprise
bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran antarabangsa adalah:

a) Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan


dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan
sebagainya.
b) Memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar
seperti syarikat-syarikat luar negara untuk mendapatkan kontrak
membekal secara berkekalan.
c) Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-
kawasan strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti
stesen komuter, bas dan sebagainya.
d) Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah
mempromosi pelancaran / pembukaan kiosk.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

e) Mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang


berpotensi.
f) Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepaada para
pekerja sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi
tanda niaga yang baik kepada pelanggan.
g) Selain itu kami juga akan mengadakan promosi setiap bulan
dengan memberi ganjaran kepada pelanggan kami seperti potongan
harga, baucer dan hadiah misteri.
h) Membuat promosi di kawasan sekolah dan pengajian tinggi dengan
menyertai hari terbuka atau hari konvokesyen di tempat-tempat
terbabit.
i) Melalui laman web:
http://sajukfrozen.blogspot.com

8.2 STRATEGI OPERASI / OPERASI

Perkhidmatan Dan Harga Yang Ditawarkan Syarikat menyediakan pelbagai


jenis produk makanan sejuk-beku dan konfeksioneri. Senarai produk disenaraikan
seperti di bawah:

Jenis produk Kuantiti Harga


(@unit) (RM)

1.0 SEJUK-BEKU

1.1 Karipap

1.1.1 Karipap Daging 10 4.00

1.1.2 Karipap Sardin 10 4.00

1.1.3 Karipap Sayur 10 4.00

1.1.4 Karipap Ayam 10 4.00

1.1.5 Karipap Kentang 10 4.00

1.2 Samosa
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

1.2.1 Samosa Sayur 10 4.00

1.2.2 Samosa Daging 10 4.00

1.2.3 Samosa Ayam 10 4.00

1.2.4 Samosa Mini 10 4.00

1.2.5 Samosa Sambal Bilis 10 4.00

1.2.6 Samosa Sambal Udang 10 4.00

1.3 Pizza Dough

1.3.1 Pizza Daging 1/80g 3.00

1.3.2 Pizza Sayuran 1/100g 3.50

1.3.3 Pizza Seafood 1/80g 4.00

1.3.4 Mini Pizza 1/60g 1.80

Kemudahan Asas

Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan


sederhana tinggi. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi,
bekalan elektrik dan air telah lama lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik terletak
tidak jauh dari pusat bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa pusat
pengajian tinggi, kolej-kolej dan pejabat-pejabat awam dan swasta. Walaupun ruang
kedai yang terhad ia masih dapat mempamerkan produk dengan baik dan memberikan
keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung.

Strategi Pengeluaran
Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak syarikat adalah seperti:
a) Penyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat
penghantaran terus kepada pelanggan.
b) Menguruskan majlis keraian / harijadi untuk 50 orang.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

c) Menyediakan perkhidmatan membuat hamper kepada individu dan


syarikat.
d) Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk
minum petang, forum dan sebagainya.
e) Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet.
f) Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen dan sentiasa
mempertingkatkan lagi merujuk kepada maklum balas pelanggan.

9.0 PENYATA KEWANGAN

Penyata Pendapatan Bagi Tahun Akhir 31 Disember 2012

RM RM
HASIL
-Hasil perkhidmatan RM 217,440.40

PERBELANJAAN
-Kad perniagaan RM200.00
-Pengangkutan RM4,800.00
-Risalah RM450.00
-Gaji pengurus RM19,800.00
-Gaji pekerja RM24,600.00
-Sewa lot perniagaan RM24,000.00
-Pendaftaran perniagaan RM1,300.00
-Lesen perniagaan RM1,000.00
-Susut nilai – papan tanda perniagaan RM2,400.00
- alatan pejabat RM600.00
- perabot RM1,000.00
- kelengkapan RM4,000.00

-Belanja Bahan Mentah RM 59,955.40


Jumlah RM144,105.40
Untung bersih RM 73 335.00
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

10. KESIMPULAN

Perniagaan ini mempunyai potensi untuk berkembang dipasaran antarabangsa


dan mencapai kemajuan kerana tidak ramai usahawan bumiputera yang berani
mencuba dan menceburi bidang perniagaan ini. Malah, perniagaan ini tidak
memerlukan modal yang agak besar untuk dijalankan di Malaysia mahupun luar
negara. Disamping itu, ia tidak perlu menggabungkan pekerja yang terlalu ramai.
Oleh yang demikian, perniagaan ini dapat membantu peniaga untuk
menyediakan laporan kewangan perniagaan mereka dengan lengkap serta lebih
terampil. Berdasarkan kepada unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, SAJUK
Frozen Food Enterprise amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan
memberikan pulangan yang lumayan.
Ujuran dan anggaran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas
pembiayaan agak konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di
peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru dilancarkan untuk pasaran
antarbangsa. Kajian dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi
membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai
sasaran keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu syarikat SAJUK Frozen Food
Enterprise amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju dan mampu
berkembang di masa hadapan di Malaysia mahupun pasaran luar negara.
Walaubagaimanapun, berdasarkan permintaan yang tinggi oleh pasaran
tempatan dan antarabangsa serta pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak yang
terlibat sejak ahkir-akhir ini, ianya menjadikan produk halal ini berpotensi untuk
dimajukan pada masa akan datang.
Oleh itu, campurtangan oleh pihak yang terlibat secara menyeluruh serta
kesedaran oleh pengusaha dan masyarakat adalah amat perlu bagi memastikan
pengeluaran produk halal ini akan menjadi salah satu sumber ekonomi yang mampu
memberi sumbangan yang besar kepada umat Islam khususnya di Malaysia dan dalam
masa yang sama mampu menjana pertumbuhan kepada ekonomi negara.
GMGF1013 - TK - KUMPULAN K

11. RUJUKAN

Noorhaslinda, K.(2008, September).Prospek Masa Depan Produk Halal Di


Terengganu Serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Penduduk Setempat.
Retrieved from https://www.ukm.my/ekonis/wp-c
ontent/uploads/2021/02/Prospek-Masa-Depan-Produk-Halal-Di-Terengganu-
Serta-Implikasinya-Terhadap-Pembangunan-Penduduk-Setempat.pdf

Mioraz, (2018, 19 March). Visi, Misi Dan Objektif. Retrived from


https://defreezefood.wordpress.com/2018/03/19/visi-misi-dan-objektif/

Mohd, S.(2020).RANCANGAN PERNIAGAAN DESIRE FROZEN FOODS ENT.


Retrived fromhttps://pdfslide.net/documents/rancangan-perniagaan-ict.html

Anda mungkin juga menyukai