Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

AKTIVITI RIADAH MENDAKI BUKIT

TARIKH :
15 OKTOBER 2017 (AHAD 7 PAGI)

TEMPAT :
KOTA DAMANSARA COMMUNITY FOREST
(KDCF)

ANJURAN :

BIRO REMAJA
SURAU AL-UKHWAH, SUBANG BESTARI, SEKSYEN U5
DENGAN KERJASAMA KELAB NOVAHUNGGA
1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti mendaki bukit ini akan dijalankan di Kota Damansara Community Forest (KDCF).
Sasaran kami bagi program ini ialah remaja berumur 9-15 tahun. Program ini akan
dijalankan dengan kerjasama ahli kelab Novahungga yang berpengalaman dalam aktiviti
mendaki gunung dan larian jarak jauh. Program ini bertujuan untuk menyemai tentang
gaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental yang sememangnya amat dituntut di dalam
islam. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada remaja
tentang kebesaran Allah melalui keindahan alam ciptaanya.

2.0 OBJEKTIF
Antara objektif utama program ini dianjurkan adalah seperti berikut :
2.1 Mewujudkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan menghargai keindahan alam
semulajadi
2.2 Mendidik remaja tentang gaya hidup sihat dari segi fizikal dan mental selaras
dengan kehendak Islam.
2.3 Melahirkan remaja yang mampu berdikari serta mewujudkan semangat kerjasama
antara satu sama lain dan kerja berpasukan.

3.0 MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM

Tarikh Program : 15 oktober 2017


(Ahad 7 pagi)
Tempat : Kota Damansara Community Forest (KDCF)
Bilangan peserta : 15 orang remaja
15 AJK Surau dan Ahli kelab Novahungga
4.0 ATURCARA PROGRAM
15 OKTOBER 2017 (AHAD 7.00AM-12.15PM)

7.00 PAGI - Berkumpul di Surau Al Ukhwah


7.15 PAGI - Sarapan ringan (Air kotak dan roti)
7.30 PAGI - Bertolak ke KDCF
7.45 PAGI - Mula mendaki
10.00 PAGI - Sampai di puncak
- Sarapan
- Tazkirah ringkas
10.45 PAGI - Turun ke kaki bukit
12.00 TGH - Bertolak pulang ke Surau Al Ukhwah
12.15 TGH - Bersurai

5.0 TENTATIF PERBELANJAAN


Peserta : Percuma
Surau Al-Ukhwah : RM 500.00

BIL PERKARA JUMLAH

1. Makanan dan minuman RM 12.00 x 30 360.00

RM 140.00
2. Logistik 140.00

JUMLAH RM 500

6.0 PENUTUP
Kejayaan penganjuran program ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama yang
diberikan oleh semua pihak. Oleh yang demikian adalah diharapkan agar semua pihak dapat
memberi kerjasama sewajarnya agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan baik.

Anda mungkin juga menyukai