Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU Oleh: CIKGU AZMI

Karangan Perbualan / Dialog


Soalan : Tulis perbualan anda dengan rakan anda tentang rancangan semasa cuti
sekolah.

Alim : Hai, Sam. Apa khabar ?


Sam : Khabar baik, Alim. Kamu dari mana ?
Alim : Saya dari kedai runcit tadi kerana ibu saya menyuruh saya membeli
sos cili.
Sam : Adakah kamu ada masa lapang untuk berbual-bual seketika.?
Alim : Ya, Sam. Awak nak berkongsi cerita apa?
Sam : Bukan cerita tetapi rancangan semasa cuti sekolah ini.
Alim : Oh, saya dan keluarga saya akan pergi ke Tasik Kenyir bersama-
sama
keluarga pakcik saya.
Sam : Wah, seronoknya dapat menaiki bot ke Tasik Kenyir.
Alim : Ya lah. Ini kali pertama saya mengunjungi Tasik Kenyir. Selama ini
saya hanya membaca dan mendengar cerita mereka yang pernah ke
Tasik Kenyir.
Sam : Saya belum pernah ke sana tetapi mungkin akan datang saya hendak
mengajak ibu bapa saya ke Tasik Kenyir.
Alim : Kamu asyik bertanya tentang rancangan cuti sekolah saya tetapi apa
pula rancangan kamu?
Sam : Saya dan keluarga akan pulang ke Ipoh kerana pakcik saya akan
melangsungkan perkahwinan.
Alim : Bagaimana majlis perkahwinan itu akan dilangsungkan ?
Sam : Pakcik saya mengekalkan adat resam perkahwinan masyarakat Cina
yang sudah diwarisi sejak zaman-berzaman.
Alim : Adat resam kita hendaklah dipelihara supaya tidak hilang ditelan
zaman bak kata peribahasa tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panas.
Sam : Saya setuju dengan pendapat kamu. Eh, saya hendak pulang ke
rumah
kerana ibu bapa saya sudah menunggu saya untuk makan bersama-
sama.
Alim : Baiklah, Sam. Nanti ada masa lapang kita berbual-bual lagi.
Sam : Ok, jumpa lagi.

LATIHAN
Soalan : Tulis perbualan anda dengan rakan anda tentang rancangan semasa cuti
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai