Anda di halaman 1dari 31

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

MANUAL PENGGUNA
SISTEM MYSKUD
Permohonan Kebenaran Memasang dan
Mengendali Talian Paip Petroleum Darat
KAWALAN DOKUMEN

No. Versi Tarikh Versi Ringkasan Pindaan

1.0 3/11/2020 Tarikh permulaan dokumen.


MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

ISI KANDUNGAN

1 PENDAHULUAN ............................................................................................................ 4
2 KEPERLUAN ................................................................................................................. 5
3 PENGENALAN ............................................................................................................... 6
4 PRA SYARAT PERMOHONAN...................................................................................... 7
5 FUNGSI DAN LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN.................................................. 8
5.1 LOG MASUK ........................................................................................................... 8
5.2 PENYERAHAN PERMOHONAN KEBENARAN MEMASANG TALIAN PAIP
PETROLEUM DARAT ..................................................................................................... 10
5.3 PENYERAHAN PERMOHONAN KEBENARAN MENGENDALI TALIAN PAIP
PETROLEUM DARAT ..................................................................................................... 22

Halaman 3 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

1 PENDAHULUAN

Tujuan penyediaan Manual Pengguna ini adalah untuk membantu pengguna system memahami
proses kerja dan penggunaan bagi setiap modul di dalam sistem ini. Dokumentasi ini akan
menerangkan dengan terperinci bagaimana sistem ini berfungsi dan memberi gambaran kepada
pengguna bagaimana untuk menggunakan sistem tersebut. Manual ini merupakan bahan rujukan
atau panduan untuk menggunakan sistem MySKUD.

Halaman 4 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

2 KEPERLUAN

1. Desktop atau Komputer Riba yang disyorkan storan memori sekurang-kurangnya 2.0 GB.
2. Menggunakan pelayar internet versi terkini yang menyokong struktur halaman HTML5.
Seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Opera dan Safari.
3. Sila layari https://html5test.com/ untuk menyemak dan menguji tahap keserasian pelayar
anda dengan struktur HTML5.

Halaman 5 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

3 PENGENALAN

Modul ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan JKKP untuk menghantar
permohonan Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Petroleum Darat secara atas
talian. Terdapat dua (2) pilihan kategori permohonan di bawah modul ini iaitu:

i. Kebenaran Memasang Talian Paip Petroleum Darat


ii. Kebenaran Mengendali Talian Paip Petroleum Darat
Sebelum membuat permohonan, pemohon hendaklah terlebih dahulu membaca Garis Panduan
yang telah disediakan bagi memahami syarat-syarat, panduan pendaftaran pembekal, dokumen-
dokumen sokongan yang diperlukan dan bayaran yang dikenakan jika ada.

Manual ini akan menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat permohonan
Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Petroleum Darat secara atas talian melalui
Sistem MySKUD. Butiran syarikat di skrin-skrin dalam manual ini hanyalah contoh sahaja dan
mungkin tidak boleh digunapakai dalam permohonan tuan/puan.

Halaman 6 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

4 PRA SYARAT PERMOHONAN

Bil. Kategori Permohonan Pra Syarat


1. Kebenaran Memasang Talian Paip a. Kilang/Tempat Kerja pemohon
Petroleum Darat hendaklah berdaftar dengan JKKP;
b. Berdaftar sebagai Firma Yang
Kompeten FYK Kontraktor Petroleum
terlebih dahulu
2. Kebenaran Mengendali Talian Paip a. Kilang/Tempat Kerja pemohon
Petroleum Darat hendaklah berdaftar dengan JKKP;
b. Berdaftar sebagai Firma Yang
Kompeten FYK Kontraktor Petroleum
terlebih dahulu

Halaman 7 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

5 FUNGSI DAN LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN

5.1 LOG MASUK

Langkah 1

Pengguna hendaklah melayari laman web MyKKP di https://mykkp.dosh.gov.my untuk log


masuk ke dalam Sistem MySKUD.

Arahan:
1. Klik pada Log Masuk
2. Masukkan Login ID dan Kata Laluan
3. Klik butang Log Masuk untuk log masuk ke laman utama MyKKP

Halaman 8 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 2

Laman utama MyKKP akan dipaparkan. Sebelum ke langkah seterusnya, pengguna perlu
memastikan fungsi pop-up blocker di pelayar (browser) dinyah aktifkan.

Arahan:
1. Klik pada butang radio Perkhidmatan MySKUD
2. Tekan pada butang “Log Masuk ke MySKUD”

Langkah 3

Laman utama Sistem MySKUD seperti paparan dibawah akan dipaparkan.

Halaman 9 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

5.2 PENYERAHAN PERMOHONAN KEBENARAN MEMASANG TALIAN PAIP


PETROLEUM DARAT

Nota:
Sebelum membuat permohonan sila pastikan Kilang / Tempat Kerja pemohon telah berdaftar
dengan JKKP dan sudah membuat pengaktifan Tempat Kerja semasa di sistem MyKKP. Sila
rujuk manual Pengaktifan Tempat Kerja.

Langkah 1
Pengguna memilih Jenis Permohonan.

Arahan:
1. Pada Senarai Perkhidmatan Atas Talian Yang Disediakan dan klik pada pautan
Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Petroleum Darat.

Halaman 10 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 2
Pengguna memilih Kategori Permohonan yang ingin dipohon.

Arahan:
1. Pada Tab Kategori Permohonan pilih kategori Kebenaran Memasang Talian Paip
Petroleum Darat
2. Tekan butang Seterusnya untuk meneruskan permohonan.

Halaman 11 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 3
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemohon.
Arahan:

1. Klik butang radio Baru untuk permohonan baru, manakala Klik butang radio Tambahan
dan masukkan No. Kelulusan PTI/PTO Sedia Ada dan tekan butang “Semak”.

2. Nama Pemohon dan Alamat Pemohon tidak boleh dikemaskini kerana maklumat ini
adalah secara automatik berdasarkan Pengaktifan Tempat Kerja di sistem MyKKP atau
di Profil Pengguna MySKUD

3. Masukkan Maklumat butiran Pegawai Yang Boleh Dihubungi, No. Telefon dan Emel.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 12 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 4
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemilik dan
Maklumat Pengendali

Arahan:

1. Masukkan Butiran Maklumat Pemilik seperti Nama, Alamat dan Poskod Pemilik.

2. Klik butang “Sama Seperti Pemilik” untuk menggunakan Butiran Maklumat yang sama
untuk Maklumat Pengendali.

3. Sekiranya Maklumat Pengendali berlainan dengan Maklumat Pemilik, Masukkan


butiran seperti Nama, alamat dan poskod.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 13 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 5
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemansang

Arahan:

1. Masukkan maklumat Lokasi Pemasangan pada ruangan medan lokasi pemasangan,


poskod, Kemudian masukkan Kedudukan Pemasangan pada medan dari dan hingga.

2. Masukkan No. Firma Yang Kompeten pada medan yang disediakan dan nama
kontraktor petroleum akan dipaparkan pada medan Kontraktor Petroleum.

3. Masukkan Nama Pengurus Projek pada medan yang disediakan.

4. Masukkan Nama Projek pada medan yang disediakan.

5. Masukkan maklumat Kod Rekabentuk diruang Kod Rekabentuk dan klik ikon + untuk
menambah maklumat Kod Rekabentuk. Klik ikon  sekiranya ingin menghapuskan
maklumat.

6. Masukkan maklumat No. Lukisan Rekabentuk diruang No. Lukisan Rekabentuk dan klik
ikon + untuk menambah maklumat No. Lukisan Rekabentuk. Klik ikon  sekiranya ingin
menghapuskan maklumat.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 14 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 6
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemasang

Arahan:

1. Masukkan Skop Projek pada medan yang disediakan.

2. Masukkan Kod Rekabentuk pada medan yang disediakan.

3. Masukkan maklumat No. Pelan diruang No Pelan dan klik ikon + untuk menambah
maklumat No. Pelan. Klik ikon  sekiranya ingin menghapuskan maklumat

4. Di bahagian Senarai Peralatan Petroleum, Tekan ikon untuk memilih Kelulusan Dari,
Sekiranya pilihan Lain-lain, Masukkan No. Kelulusan, Jenis Alat dan Modal pada ruangan
yang disediakan, Tekan ikon untuk memilih Tarikh Kelulusan dan klik ikon + untuk
menambah maklumat Peralatan Petroleum, Klik ikon  sekiranya ingin menghapuskan
maklumat

5. Tekan ikon untuk melihat senarai dan memilih Badan Kuasa Memeriksa

6. Setelah selesai melengkapkan Butiran Permohonan, klik butang Seterusnya.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 15 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 7
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemasang

Arahan:

1. Masukkan No. WPS, Badan Kuasa Memeriksa dan Tarikh Kelulusan pada medan yang
disediakan.

2. Masukkan No. PQR, Badan Kuasa Memeriksa dan Tarikh Kelulusan pada medan yang
disediakan

3. klik ikon + untuk menambah maklumat No. WPS dan No. PQR, Klik ikon  sekiranya
ingin menghapuskan maklumat

4. Tekan ikon untuk melihat senarai dan memilih No. WPS.

5. Masukkan No. WQT, Badan Kuasa Memeriksa dan Tekan ikon untuk memilih Tarikh
Kelulusan, klik ikon + untuk menambah maklumat No. WQF, Klik ikon  sekiranya ingin
menghapuskan maklumat.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 16 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 8
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemasang

Arahan:

1. Masukkan No. Rujukan bagi setiap Jenis Prosedur Klik ikon + untuk menambah
maklumat Jenis Prosedur.

2. Masukkan butiran seperti medium, Jenis Talian Paip, Saiz Paip Nominal dan Kelas
Zon/Lokasi pada ruangan yang disediakan.

3. Masukkan Butiran berkaitan Ketebalan Dinding Paip Anggaran Panjang Paip, Tekanan
Rekabentuk,

4. Tekan ikon untuk memilih Jenis Ujian, Masukkan Tekanan Ujian dan Tempoh Masa
Ujian, klik ikon + untuk menambah maklumat Data Talian Paip, Klik ikon  sekiranya
ingin menghapuskan maklumat

5. Setelah selesai melengkapkan Butiran Permohonan, klik butang Seterusnya.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 17 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 9
Pengguna memuat naik Dokumen Sokongan permohonan.

Arahan:

1. Klik ikon dan pilih dokumen yang ingin dimuat naik.

2. Tunggu sehingga dokumen selesai dimuat naik. Dokumen yang berjaya dimuat naik akan
berwarna biru seperti contoh yang dipaparkan. Klik ikon x sekiranya pengguna ingin
menghapuskan dokumen yang dimuat naik.

3. Dokumen yang mempunyai ralat akan bewarna merah. Mesej ralat akan dipaparkan jika:

a. dokumen bertanda * tidak dimuat naik;

b. dokumen yang dimuatnaik bukan di dalam format PDF; atau

c. dokumen yang dimuatnaik disimpan dengan nama dokumen yang sama


(duplicate) .

4. Pengguna juga boleh memasukkan Catatan sekiranya perlu.

5. Setelah selesai memuat naik kesemua Dokumen Sokongan, klik butang Seterusnya.

Catatan: Semua dokumen bertanda * adalah Wajib untuk di muatnaik.

Halaman 18 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 10
Pengguna melengkapkan maklumat Perakuan permohonan.

Arahan:

1. Tandakan pada butang radio “Ada atau Tiada” bagi setiap Senarai Dokumen yang
diperlukan.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 19 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 11
Pengguna melengkapkan maklumat Perakuan permohonan.

Arahan:

1. Tandakan  pada checkbox Perakuan untuk bersetuju dengan perakuan yang


ditetapkan.

2. Klik butang Hantar untuk ke halaman seterusnya

Halaman 20 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 12
Tetingkap dialog Pemberitahuan akan dipaparkan.

Arahan:

1. Klik pada butang Hantar sekiranya bersetuju untuk menghantar permohonan


2. Klik pada butang Tutup untuk kembali ke borang permohonan.

Langkah 13
Slip Akuan Penerimaan Dokumen Permohonan akan dipaparkan dan emel makluman
permohonan berjaya akan dihantar ke e-mel.

Halaman 21 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

5.3 PENYERAHAN PERMOHONAN KEBENARAN MENGENDALI TALIAN PAIP


PETROLEUM DARAT

Nota:
Sebelum membuat permohonan sila pastikan Kilang / Tempat Kerja pemohon telah berdaftar
dengan JKKP dan sudah membuat pengaktifan Tempat Kerja semasa di sistem MyKKP. Sila
rujuk manual Pengaktifan Tempat Kerja.

Langkah 1
Pengguna memilih Jenis Permohonan.

Arahan:
1. Pada Senarai Perkhidmatan Atas Talian Yang Disediakan dan klik pada pautan
Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Petroleum Darat.

Halaman 22 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 2
Pengguna memilih Kategori Permohonan yang ingin dipohon.

Arahan:
1. Pada Tab Kategori Permohonan pilih kategori Kebenaran Mengendali Talian Paip
Petroleum Darat.
2. Tekan butang Seterusnya untuk meneruskan permohonan.

Halaman 23 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 3
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemohon.
Arahan:

1. Masukkan No. Kelulusan PTI (Sedia ada) pada medan yang disediakan dan tekan
butang “Semak”.

2. Nama Pemohon dan Alamat Pemohon tidak boleh dikemaskini kerana maklumat ini
adalah secara automatik berdasarkan Pengaktifan Tempat Kerja di sistem MyKKP atau
di Profil Pengguna MySKUD

3. Masukkan Maklumat butiran Pegawai Yang Boleh Dihubungi, No. Telefon dan Emel.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 24 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 4
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemilik dan
Maklumat Pengendali

Arahan:

1. Butiran Maklumat Pemilik seperti Nama, Alamat dan Poskod Pemilik dipaparkan
secara automatik berdasarkan No. Kelulusan PTI (Sedia Ada).

2. Tekan butang “Sama Seperti Pemilik” untuk menggunakan Butiran Maklumat yang sama
untuk Maklumat Pengendali.

3. Sekiranya Maklumat Pengendali berlainan dengan Maklumat Pemilik, Masukkan butiran


seperti Nama, alamat dan poskod.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 25 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 5
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemansang

Arahan:

1. Masukkan maklumat Lokasi Pemasangan pada ruangan medan lokasi pemasangan,


poskod,

2. Masukkan Kedudukan Pemasangan pada medan Dari dan Hingga.

3. Masukkan No. Firma Yang Kompeten pada medan yang disediakan dan nama
kontraktor petroleum akan dipaparkan pada medan Kontraktor Petroleum.

4. Masukkan Nama Pengurus Projek, Nama Projek dan Skop Projek pada medan yang
disediakan.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 26 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 6
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemasang

Arahan:

1. Masukkan Kod Rekabentuk pada medan yang disediakan.

2. Masukkan maklumat No. Pelan diruang No Pelan dan klik ikon + untuk menambah
maklumat Senarai No. Pelan (As – Build Drawing). Klik ikon  sekiranya ingin
menghapuskan maklumat.

3. Masukkan maklumat Senarai No. Rujukan Pelan Tindakan Kecemasan diruang No


Pelan dan klik ikon + untuk menambah maklumat Senarai No. Rujukan Pelan Tindakan
Kecemasan). Klik ikon  sekiranya ingin menghapuskan maklumat.

4. Masukkan maklumat Senarai Laporan Ujian Tanpa Musnah/ Release Note diruang No
Pelan dan klik ikon + untuk menambah maklumat Senarai Laporan Ujian Tanpa
Musnah/ Release Note. Klik ikon  sekiranya ingin menghapuskan maklumat.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 27 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 7
Pengguna mengunci masuk Butiran Permohonan di bahagian Maklumat Pemasang

Arahan:

1. Masukkan Butiran maklumat seperti Medium, Jenis Bahan Paip, Saiz Paip Nominal
(NPS), dan Kelas Zon /Lokasi.

2. Masukkan Ketebalan Dinding Paip (mm), Anggaran Panjang Paip (mm) dan Tekanan
Maksimum yang Dibenarkan dan klik ikon + untuk menambah maklumat Data Talian
Paip, Klik ikon  sekiranya ingin menghapuskan maklumat

3. Setelah selesai melengkapkan Butiran Permohonan, klik butang Seterusnya.

Catatan: Semua butiran bertanda * adalah Wajib untuk diisi.

Halaman 28 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 8
Pengguna memuat naik Dokumen Sokongan permohonan.

Arahan:

1. Klik ikon dan pilih dokumen yang ingin dimuat naik.

2. Tunggu sehingga dokumen selesai dimuat naik. Dokumen yang berjaya dimuat naik akan
berwarna biru seperti contoh yang dipaparkan. Klik ikon x sekiranya pengguna ingin
menghapuskan dokumen yang dimuat naik.

3. Dokumen yang mempunyai ralat akan bewarna merah. Mesej ralat akan dipaparkan jika:

a. dokumen bertanda * tidak dimuat naik;

b. dokumen yang dimuatnaik bukan di dalam format PDF; atau

c. dokumen yang dimuatnaik disimpan dengan nama dokumen yang sama


(duplicate) .

4. Pengguna juga boleh memasukkan Catatan sekiranya perlu.

5. Setelah selesai memuat naik kesemua Dokumen Sokongan, klik butang Seterusnya.

Catatan: Semua dokumen bertanda * adalah Wajib untuk di muatnaik.

Halaman 29 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 11
Pengguna melengkapkan maklumat Perakuan permohonan.

Arahan:

1. Tandakan pada butang radio “Ada atau Tiada” bagi setiap Senarai Dokumen yang
diperlukan.

2. Tandakan  pada checkbox Perakuan untuk bersetuju dengan perakuan yang


ditetapkan.

3. Klik butang Hantar untuk ke halaman seterusnya

Halaman 30 | 31
MySKUD
Manual Pengguna Kebenaran Memasang dan Mengendali Talian Paip Darat

Langkah 12
Tetingkap dialog Pemberitahuan akan dipaparkan.

Arahan:

1. Klik pada butang Hantar sekiranya bersetuju untuk menghantar permohonan


2. Klik pada butang Tutup untuk kembali ke borang permohonan.

Langkah 13
Slip Akuan Penerimaan Dokumen Permohonan akan dipaparkan dan emel makluman
permohonan berjaya akan dihantar ke e-mel.

Halaman 31 | 31

Anda mungkin juga menyukai