Anda di halaman 1dari 2

Bismillah, Dengan nama tuhan yang mempertemu dan yang memisah.

Semoga
dirimu senantiasa dalam keadaan yang baik saja. Semoga limpah karuniaNya
memayungi di setiap hembus nafasmu. Semoga sedikit tulisan di lembaran ini dapat
mengukir senyuman di wajah indahmu.

Hari berganti hari, kini kau sudah menginjak umur baru lagi. Pasti rasanya
seperti baru semalam bersuka ria tanpa memikirkan apa-apa, hari ini sudah sejuta
macam perkara di pelupuk kepala. Dewasa semakim tumbuh dalam diri kita.
Tanggungjawab juga semakin berat di pundak kita. Tidak kira tanggungjawab sebagai
hamba, anak teman, mahupun apa jua. Aku harapkan kau dapat lakukan yang terbaik
untuk semuanya.

Syahirah,

Dalam tidak sedar, sebegini akrab kita hari ini. Tidak pernah terlintas di kepala
akan ada seseorang yang akan membuatku rasa nyaman sebegini rupa. Rasa yang
hadir bila lama tidak bercerita, sungguh berat sekali rasa itu. Kejujuran dalam
pertemanan kita, begitu indah tak mampu ku kata.

Syahirah,

Aku harap kau sentiasa ceria tak kira di mana dan apa jua yang kau kerjakan.
Apalah guna jika ada harta namun tidak ada bahagia di jiwa. Hiduplah dengan dirimu
sendiri tanpa hirau akan orang lain. Bergantung harap pada tuhan bukannya ciptaan.
Aku tahu suatu hari nanti kau akan berjaya. Saat itu segala penat lelah yang kau lalui
akan kau syukuri kerana telah kau hadapi, bukannya lari.

Tidak banyak yang ingin aku kata, namun sepanjang kita berkenalan aku sangat
gembira kau sudi berteman denganku. Terima kasih tidak terhingga. Semoga tuhan
aturkan kesempatan buat kita bertemu di saat dan tempat yang terbaik menurut
ketentuanNya. Hadiah yang ada di sini tidaklah mewah, namun aku cuba sebaik yang
mampu. Semoga kau gembira dengan apa adanya.

Akhir kata,
Jaga diri sentiasa, semoga kita bersama di syurga.

Anda mungkin juga menyukai