Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

SEMPENA HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2022


ANJURAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING

SMK MAK MANDIN


1228, TINGKAT MAK MANDIN 2, KAWASAN PERINDUSTRIAN MAK MANDIN,
13400 BUTTERWORTH, PULAU PINANG.

2. PENGENALAN
Hari kemerdekaan yang disambut setiap tahun memainkan peranan penting dalam
membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Bersempena dengan itu,
Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke 65 Tahun 2022 akan disambut dan
dilaksanakan mulai 15 Ogos 2022 hingga 16 September 2022. Bagi menjayakannya,
beberapa aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tempoh Sambutan
Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-58, Tahun 2022 yang akan melibatkan semua murid,
iaitu dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5. Semoga aktiviti yang dilaksanakan
akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin
untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru
SMK Mak Mandin.

OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Memupuk semangat dan perasaan patriotisme.


2.2 Melahirkan jatidiri yang tinggi di kalangan warga sekolah dari segi fizikal,
emosi, rohani dan jasmani.
2.3 Memupuk hubungan baik dan mengekalkan semangat perpaduan.
2.4 Meningkatkan kefahaman tentang erti kemerdekaan di kalangan warga sekolah.

2. KUMPULAN SASARAN
• Semua murid SMK Mak Mandin

3. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


3.1 Sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah
3.2 Hebahan tentang Pertandingan Menghias Kelas Bulan Kemerdekaan melalui
brosur yang diedarkan untuk setiap kelas.
3.3 Para guru dan pelajar mula menghias kelas mengikut tempoh yang ditetapkan
bersamaan 12 Sep – 30 Sep 2022.
3.4 Mengikut kretiviti dan keunikan tersendiri.
3.5 Para panel hakim akan menilai markah pada minggu akhir bulan Hari Malaysia
berdasarkan borang pemarkahan yang telah disediakan.
3.6 Hadiah akan diberikan pemenang mengikut setiap darjah 1 pemenang pada
perhimpunan minggu berikutnya setelah penilaian dilaksanakan.

4. JAWATANKUASA KERJA
Penaung : Yang Dipertua PIBG
Pengerusi: Cik Noor Mazwin Binti Idris (Pengetua )
Naib Pengerusi: Cik Noraini Binti Puteh (PK HEM )
Setiausaha: Pn. Yap Seok Ye
AJK: Pegawai Polis Seranta
Guru Kaunseling
Semua Guru Penasihat Badan Beruniform

5. IMPLIKASI KEWANGAN
Unit Bimbingan & Kaunseling (PCG)

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI Bahan KUANTITI JUMLAH(RM)


1 Pertanding Kebersihan dan Piala Plastik 2 x RM45 90
Keceriaan Kelas
2 Pertandingan Kuiz Piala Plastik 3 x RM6 18
3 Pertandingan mewarna Piala Plastik 6 x RM6 36

JUMLAH KESELURUHAN RM

6. PENUTUP
Adalah diharapkan agar Pertandingan Menghias Kelas Bulan Kemerdekaan 2022,
SMK Mak Mandin ini dapat memupuk semangat cintakan negara terhadap para
pelajar khususnya, disamping dapat menggalakkan para pelajar untuk bersama-sama
sentiasa mejaga dan peka dengan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain itu,
diharap juga impak dari pertandingan menghias kelas ini akan kekal dan berterusan
sehingga hujung tahun, dan di mana saja para pelajar berada.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________ .................................
Yap Seok Ye Noor Mazwin Binti Idris
(Guru Bimbingan & Kaunseling ) (Pengetua)
SMK MAK MANDIN. SMK MAK MANDIN
KERTAS CADANGAN PROGRAM MINGGU PPDa TAHUN 2022
ANJURAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH


Meluluskan Kertas Cadangan Program Minggu PPDa Peringkat
Sekolah

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Minggu PPDa


Peringkat Sekolah

Ulasan :

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

________________________________
(NOOR MAZWIN BINTI IDRIS)
Pengetua Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai