Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT NO.

KERTAS KERJA KARNIVAL AKADEMIK BIDANG


BAHASA TAHUN 2022
(PERTANDINGAN KUIZ PERIBAHASA TEKA SILANG
KATA BAHASA MELAYU MENENGAH ATAS)

ANJURAN: PANITIA BAHASA MELAYU SMK KAPIT NO. 2

CADANGAN TARIKH : 29 OGOS 2022 - 1 SEPTEMBER 2022


CADANGAN MASA : 7.30 PAGI - 9.30 PAGI
CADANGAN TEMPAT : RUANG LEGAR, BLOK A SMK KAPIT
NO. 2
1.0 PENGENALAN

Dasar pendidikan kebangsaan telah dimuktamadkan dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai mata
pelajaran teras selaras dengan Akta 152 Perlembagaan Malaysia, iaitu Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi. Selaras dengan ini, adalah menjadi tanggungjawab semua warganegara Malaysia
memainkan peranan dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sama ada
dalam urusan rasmi ataupun tidak rasmi. Sehubungan dengan ini, sekolah yang berperanan sebagai
sebuah institusi dalam melahirkan generasi masa depan . Negara harus memainkan peranan
penting terutamanya dalam merealisasi dan memantapkan pengunaan Bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar dan dalam masa yang sama menanam minat dan sayang akan bahasa Melayu yang kaya
dengan nilai seni dan budaya yang tidak kita sedari. Berdasarkan kesedaran ini, Panitia Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2 akan menganjurkan Karnival Akademik Bahasa Melayu
untuk memenuhi hasrat dan aspirasi tersebut.

2.0 MATLAMAT
2.1 Karnival Akademik Bahasa Melayu bertujuan membimbing dan meningkatkan pengetahuan
tentang aspek bahasa serta menekankan aspek menghormati, kesantunan dan kesopanan
yang akan menjadikan warga SMKK2 warga yang berbudaya dan bertamadun.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek dalam kalangan murid dan guru.
3.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan penggunaan Bahasa Melayu dalam diri murid
dan guru.
3.3 Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk menguasai Bahasa Melayu.
3.4 Melahirkan murid yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan
semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.

4.0 CADANGAN TARIKH PERLAKSANAAN


Tarikh : 29 Ogos 2022 - 1 September 2022

5.0 KATERGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini terbuka kepada murid tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No.2.
Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:
1. Kategori Tingkatan 4: Hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga setiap kelas
serta 3 hadiah bagi pemenang terpantas menjawab kuiz peribahasa.
2. Kategori Tingkatan 5: Hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga setiap kelas
serta 3 hadiah bagi pemenang terpantas menjawab kuiz peribahasa.
7.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
7.1 Pertandingan ini disertai oleh murid secara individu.
7.2 Murid hendaklah menjawab soalan mengikut masa yang telah ditetapkan.
7.2 Murid dilarang sama sekali meniru atau menyalin jawapan peserta lain. Penyertaan akan
terbatal jika anda didapati melakukan perbuatan tersebut.
7.5 Maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan kelas hendaklah ditulis dengan
lengkap.
7.6 Murid hendaklah menghantar jawapan pada waktu yang telah ditetapkan.

8.0 HAKIM
8.1 Hakim akan dipilih dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu SMK Kapit No. 2.

9.0 PENUTUP
Program ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa yang ditetapkan. Selain
itu, program ini diharap dapat merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha
melahirkan individu yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Melalui
program ini juga diharap objektif penganjur dapat dicapai melalui kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

….………………………………. ….……………………………………
SHANTIE BINTI MOHAMAD CATHERINE DAMI ANAK MANI
Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
Smk Kapit No.2. SMK Kapit No. 2.

Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

….…………………………………. ….…………………………….
SIDEK BIN PAWI AZAMAN BIN HAILEE
Penolong Kanan Kurikulum, Pengetua,
SMK Kapit No.2. SMK Kapit No.2.

Anda mungkin juga menyukai