Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 3

Puan Siti telah pergi membeli sayur-sayuran di sebuah pasar. Sebaik sahaja sampai di rumah
Puan Siti menyimpan sebahagian sayur-sayuran yang telah dibeli dalam peti sejuk manakala
sebahagian lagi untuk dimasak makan tengahari. Setelah selesai membersihkan halaman
rumah beliau ke dapur untuk menyiapkan makan tengahari. Puan Siti mendapati sayuran yang
diletakkan di atas meja telah layu manakala sayuran di dalam peti ais masih lagi segar

Sayur diletak dalam peti ais sayur diletakkan di atas meja

Berdasarkan pemerhatian situasi di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk
mengkaji situasi tersebut.

Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan eksperimen yang lengkap dan
mengolah data dalam set komunikasi yang sesuai dan menjawab soalan berikut:
laporan amali hendaklah mengandungi
(a) penyataan masalah (KIP1)
(b) tujuan (KIP2)
(c)hipotesis (KIP3)
(d) pembolehubah (KIP4)
(e)radas dan bahan (KIP5)
(f)prosedur (KIP6&KIP7)
(g) pemerhatian (K3P1 & K3P2)
(h) mentafsir data (K4P1a, k4P1b, k4P1c, k4P1d)
(i) membuat kesimpulan (K4P3)

Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut


1. Nyatakan inferens bagi pemerhatian dalam eksperimen ini. (K4P2a)
2. Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh
ubah bergerakbalas (K4P2b)
3. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi kadar tindak
balas (K4P2c)
4. Pada pendapat anda, terangkan mengapa sayuran yang disimpan di dalam peti ais
lebih segar ?
5. Berdasarkan graf suhu melawan  1/masa, apakah yang dapat diperhatikan pada tanda ‘X’
apabila suhu natrium tiosulfat meningkat (k5p3)
6. Adakah data yang anda peroleh sah? Berikan alasan anda. (K5P3)

7.Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini. (k4P3)

Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik
dan nilai murni akan dinilai.

Anda mungkin juga menyukai