Anda di halaman 1dari 2

SYARAT PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

(LAGU BEBAS)

1.0 PENYERTAAN
1.1 Pertandingan ini terbuka kepada kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di Malaysia
yang berumur dari 10 - 12 tahun.
1.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja.
1.3 Setiap peserta perlu menyanyi sebuah lagu pilihan masing-masing sahaja.
1.4 Peserta yang sudah mempunyai album tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
1.5 Semua keputusan semasa pertandingan adalah muktamad.

2.0 JENIS LAGU


2.1 Setiap peserta diwajibkan mempersembahkan sebuah lagu bebas mengikut pilihan
peserta.
2.2 Pemilihan lagu dan lirik hendaklah bersesuaian, tidak menyentuh sensitiviti individu,
kaum dan agama, tidak mempunyai nilai-nilai yang negatif, dan selaras dengan
etika pendidikan.
2.3 Peserta tidak dibenarkan melihat / merujuk lirik dalam apa jua bentuk.

3.0 MUZIK IRINGAN


3.1 Setiap peserta akan mempersembahkan sebuah lagu sahaja.
3.2 Muzik iringan adalah melalui Minus One atau CD tanpa suara mengikut format
WMA yang dibawa sendiri oleh peserta dan juga digalakkan membuat backup di
pendrive.

4.0 PAKAIAN
4.1 Pakaian peserta mestilah bersesuaian dengan pilihan lagu dan tidak mencolok
mata.

5.0 MASA
5.1 Setiap persembahan nyanyian tidak boleh melebihi 6 minit.

6.0 PEMARKAHAN

I. Pic (ketepatan suara) : 30 markah.


II. Ton (mutu suara) : 30 markah
III. Dinamik (ansur kuat / perlahan) : 10 markah.
IV. Tempo (ketepatan mengikut rentak) : 10 markah.
V. Attack / Release (mula dan akhir rangkai lagu) : 10 markah.
VI. Sebutan (suara dan senikata jelas) : 5 markah.
VII. Keterampilan (keyakinan, kostum dan penguasaan pentas) : 5 markah.

KESELURUHAN
: 100 markah

Anda mungkin juga menyukai