Anda di halaman 1dari 3

24/10/2020

Sahabat,

Kau lahir kosong,

Dan akan pergi juga dengan tidak membawa apa-apa.

Kedamaian hadir bukan dengan mengumpul dan mendapatkan sesuatu di luar,

Tetapi dengan membebaskan dan melepaskan hal-hal yang tidak penting

yang kau simpan di dalam hati sepanjang perjalanan pulang ini.

Kedamaian hadir ketika hati hanya ada kasih sayang,

syukur dan kemaafan yang terindah.

Kredit : Diyana Tahir

3/11/2020

1. anak

2. keluarga

3. makan

4. deko

5. kerja

6. facebook

7. lagu 90an

8. nyanyi

9. hadis

10. jumpa org Berjaya

11. gajet

12. tudung

13. jalan2

14. pewangi

15. emas
16. vco

17. jaga makan

18. masak simple

19. jam tangan

20. puisi

21. sedekah

Hargailah sesiapa sahaja di sisi kita.

Kerana kita tidak tahu, siapa di antara mereka, yang Dia kirimkan untuk menjadi ‘malaikat’di saat kita
sangat memerlukan.

27/11/2020

Mungkin ramai yang belum pernah rasa macam mana saya rasa. Ada satu ketika, bilamana saya tidak
dapat membantu insan-insan tersayang disekeliling saya yang memerlukan. Mana tidaknya,
menjenguk ke ruang-ruang akaun yang hanya ada beberapa ketul yang tak berganjak nilainya.

Hati jadi nak marah pun ada kat diri sendiri. Borosnya awak ni wahai Nurjehan.. masa senang dulu
tak beringat, sikit pun tak disimpan ya. Menyesal dah tak berguna.

Apa yang boleh saya lakukan ketika itu, adalah AZAM. Berazam untuk tidak membocorkan lagi
kesemua yang ada. Pastikan, wajibkan menyimpan 10-30% apa sahaja pendapatan yang ada.

Di sinilah bermula segalanya. Macam tanam pokok durian, berapa ramai yang sanggup tanam dan
tunggu hasilnya? Hasil lumayan, tentu ambil masa yang lama untuk merasanya. Semuanya perlu ada
pengorbanan, kesabaran dan keyakinan. Pasti, hasil yang akan dituai nanti tidak akan
mengecewakan.

Siapa yang dapat menilai kenikmatan rasa buah durian, pasti juga mampu menilai kenikmatan
memiliki emas. Durian umpama emas, dan emas umpama durian. Susah dimiliki, enak dinikmati.

Begitulah.
Sering bercerita dengan mereka yang lebih senior, mereka akan mula buat pinjaman bank bila anak
nak masuk belajar, bila anak nak kahwin.. perlu renovate rumah, belanja sana sini.

Hati saya kata TIDAK. Saya tak mahu buat pinjaman untuk perkara yang habisnya dalam masa satu
hari, tapi kesannya perlu tanggung 5-10 tahun kemudiannya.

Saya mesti menyimpan. Cari jalan untuk bebas hutang, dan mula menyimpan semampu yang boleh.
Sedikit dulu tak apa, dari tak ada apa-apa. Janji, kena mula.

Dengan simpanan Rm100 hari ini, saya pasti akan mampu tersenyum tenang ketika waktunya tiba
nanti.

Saya selalu ingat pesanan ini, berusahalah seperti kau akan hidup 1000 tahun lagi, tapi beribadatlah
seperti kau akan mati esok hari.

Begitulah.
Nurjehan Abdul Rahman
Priority Dealer
Public Gold

Anda mungkin juga menyukai