Anda di halaman 1dari 1

FORMAT PENGENALAN KARANGAN EKSPOSITORI

Terangkan konteks

Definisi istilah/kata
kunci soalan

Nyatakan
pendirian

 Terangkan konteks – menerangkan topik (contoh: teknologi) secara umum (describe about
the topic in general, give a short overview)
- Contoh: Teknologi digunakan oleh hampir setiap manusia di muka bumi ini. Tidak kira
tua atau muda, teknologi dimanfaatkan dalam kehidupan seharian kita.

 Definisi – terangkan makna kata atau frasa kunci dalam soalan (boleh gunakan makna dalam
kamus atau berikan makna berdasarkan pemahaman kamu sendiri)

 Nyatakan pendirian – menyatakan pandangan kamu tentang soalan ini

Contoh Pengenalan – Soalan ‘Bincangkan’

Kewujudan teknologi di dunia ini telah mengubah kehidupan manusia dari pelbagai aspek. Teknologi
dipercayai memudahkan urusan manusia. Namun begitu, penggunaannya yang tidak terkawal juga
boleh meninggalkan kesan yang negatif(Konteks). Teknologi merujuk kepada peranti-peranti
eletronik seperti telefon bimbit, komputer riba dan internet. Teknologi boleh digunakan untuk
mendapatkan dan menyebarkan informasi kepada khalayak ramai. Sikap ambil peduli pula merujuk
kepada sifat dan perbuatan manusia yang mengambil berat tentang perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling mereka (Definisi). Jika tidak dikawal dan digunakan dengan tujuan yang baik, teknologi
boleh melahirkan masyarakat yang bersikap tidak ambil peduli (Pandangan: Setuju). Pada masa yang
sama, penggunaan yang baik turut dapat melahirkan masyarakat penyayang yang mengambil berat
tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka (Pandangan: Tidak setuju). (Pendirian)

Anda mungkin juga menyukai