Anda di halaman 1dari 6

PENGERTIAN ISTINJA

Dari segi Bahasa: Terputus


Dari segi Istilah: Membersihkan qubul atau dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan
menggunakan bahan yang tertentu.
PENGERTIAN WUDHU
Dari segi Bahasa: Nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi Syara’: Membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang
dimulakan dengan niat iaitu membasuh muka, kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya
membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
PENGERTIAN MANDI
Dari segi Bahasa: Mengalirkan air kepada sesuatu.
Dari segi Syara’: Mengalirkan air ke seluruh badan disertai dengan niat.
PENGERTIAN TAYAMMUM
Dari segi Syara’: Menyapu muka dan kedua belah tangan hingga ke siku dengan debu tanah yang suci
dengan syarat-syarat dan niat yang tertentu.
 Bertayammum adalah suatu Rukhsah (kemudahan) yang diberikan oleh Allah Subahanahu Wa
Ta’ala kepada umat islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang
daripada berwudhu’ atau mandi disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit.
PERBEZAAN TAYAMMUM DAN SERTU
TAYAMMUM? Perbuatan menyapukan debu tanah yang suci pada muka dan dua tangan sebagai ganti
wudhu kerana tiada air / berlakunya halangan menggunakan air, misalnya sakit.
APA FUNGSINYA? Sebagai ganti kepada wudhu / mandi hadats bagi mengharuskan seseorang
melakukan ibadat (eg. Sembahyang, tawaf, menyentuh mushaf dll).
SERTU / MENYERTU? Menyucikan mana2 bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan
khinzir) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali.
CARA MENYUCIKAN TEMPAT YG TERKENA NAJIS MUGHALLAZAH MENURUT MAZHAB ASY-SYAFI’E ?
 Membasuh dengan air sebanyak 7 kali
 6 kali basuhan dengan air mutlak
 1 kali dengan air bercampur dengan tanah
APA ITU TATRIB DALAM KITAB FIQAH? Mencampur air dengan tanah untuk dibasuhkan pada tempat
yang terkena najis.
PENGERTIAN SEMBAHYANG
Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan Takbiratul Ihram dan disudahi dengan
Salam menurut syarat-syarat yang tertentu.
PENGERTIAN SEMBAHYANG BERJEMAAH
Sembahyang yang dilakukan secara beramai-ramai sekurang-kurangnya 2 orang iaitu seorang imam dan
seorang ma’mum.
i. MAKSUD MUFARAKAH: Berniat keluar dariipada sembahyang berjemaah dan menyelesaikannya
sendiri.
ii. MAKSUD UMMI: Orang yang cacat bacaannya.
iii. MAKSUD QARI: Orang yang baik bacaannya.
iv. MAKSUD MUAFIQ: Ma’mum yang bersama-sama imam dari mula mengangkat takbiratul ihram
atau ia sempat membaca Fatihah beserta imam pada rakaat pertama.
v. MAKSUD MASBUK: Ma’mum yang terlambat solat berjemaah setelah satu rakaat atau lebih.
vi. MAKSUD DUDUK IFTIRASY: Duduk diantara dua sujud.
vii. MAKSUD DUDUK TAWARRUK: Duduk tahiyat akhir.
PENGERTIAN SEMBAHYANG JUMA’AT
Sembahyang dua rakaat yang dilakukan berjemaah dalam waktu Zohor pada hari Jumaat sebagai ganti
sembahyang Zohor.
i. MAKSUD ORANG YANG BERMASTAUTIN
: Orang yang tinggal tetap di tempat didirikan sembahyang Jumaat.
ii. MAKSUD ORANG YANG BERMUKIM
: Orang yang tinggal di sesuatu tempat buat sementara waktu.
iii. MAKSUD ORANG YANG BERMUSAFIR
: Orang yang di dalam perjalanan atau belayar yang jauh.
PENGERTIAN SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT
Sembahyang yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah
berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
PENGERTIAN SEMBAHYANG SUNAT RAWATIB
Sembahyang sunat yang dilakukan sebelum dan sesudah sembahyang Fardhu.
i. MAKSUD SUNAT MUAKKAD
: Sunat yang sangat dituntut melakukannya kerana ibadah ini sentiasa dilakukan dan diamalkan
oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.
ii. MAKSUD SUNAT GHAIRU MUAKKAD
: Sunat yang tidak dituntut melakukannya kerana ibadah ini jarang dilakukan oleh Rasulullah
Shallallahu Alaihi Wasallam.
PENGERTIAN SEMBAHYANG SUNAT HAJAT
Sembahyang yang dilakukan apabila memohon sesuatu dihajati atau dkehendaki sama ada untuk dirinya
atau orang lain, baik dalam urusan keduniaan atau keugamaaan.
PENGERTIAN PUASA
Menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit
fajar sadiq hingga masuk matahari dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.
PENGERTIAN PERGAULAN
Dalam Bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti
bercampur.
Dalam Kamus Dewan pergaulan diertikan sebagai bercampur, berkenalan berbaik-baik, berkawan,
bersahabat dan bercampur dengan orang lain.
Maksud pergaulan (ikhtilat) ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang
sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan
di antara seseorang dengan lain. Ertinya ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan
khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.
PENGERTIAN TAAT KEPADA IBU BAPA
Taat dari segi Bahasa: Mahu menerima, mengikut atau melaksanakan.
Dari Segi Istilah: menerima dan melaksanakan semua yang diperintahkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan meninggalkan semua yang dilarangNya.
Taat kepada ibu bapa ialah menghormati dan melakukan pekerjaan yang disukai mereka dan pekerjaan
yang dilakukan itu jangablah bersalahan dengan kehendak yang di suruh oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Melakukan pekerjaan yang disukai oleh kedua ibu bapa memang menjadi tanggungjawab
besarbagi seseorang anak. Besarnya jasa ibu bapa memang tidak dapat dinilai sama sekali.
Ahli sunnah Wal Jama’ah (page 8)
1) Ajaran sesat (page 14)
 Pengertian
 Ciri-ciri Ajaran sesat
 Sebab timbul
 Kesan dan Ancaman
 Ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
2) Wahabi (page 17)
 Latar Belakang
 Penyelewengan
3) Syi’ah
 Latar Belakang
 Penyelewengan
4) Islam Liberal
 Latar Belakang
 Penyelewengan
5) Istinja
 Pengertian
 Dalil
 Hukum
 Rukun
 Alat-alat yang digunakan untuk beristinja
 Syarat beristinja dengan benda kesat
 Bahan/benda yang dilarang untuk beristinja
 Hikmah beristinja
6) Wudhu
 Pengertian
 Syarat Sah Wudhu
 Rukun wudhu
 Sunat2 wudhu
 Perkara membatalkan wudhu
 Kepentingan wudhu
 Perkara yang diharamkan ke atas orang yang tiada wudhu
7) Mandi
 Pengertian
 Bahagian Mandi
 Mandi-mandi sunat
 Sebab yang mewajibkan mandi
 Rukun mandi
 Lafaz niat
 Perkara-perkara sunat ketika mandi wajib
 Hikmah mandi wajib
 Kesan meninggalkan mandi wajib
 Perkara yang diharamkan bagi orang yang berhadats besar
8) Tayammum
 Pengertian
 Rukun
 Syarat
 Sunat Tayammum
 Kepentingan
 Perkara yang membatalkan
 Perbezaan di antara tayammum dan sertu:
 Maksud tayammum? Apa fungsinya?
 Maksud sertu
 Maksud tatrib
9) Sembahyang (page 42)
 Pengertian
 Hukum
 Syarat: 1) Syarat WAJIB 2) Syarat SAH
 Rukun sembahyang (page 53)
 Perkara yang wajib dalam niat sembahyang fardhu (page 54)
 Bahagian Rukun sembahyang (page 64)
 Perkara yang membatalkan sembahyang (page 65)
 Kelebihan sembahyang
 Kesan Meninggalkan sembahyang
10) Sembahyang Berjemaah (page 74 - 91)
 Pengertian (page 74)
 Hukum (page 74)
 Syarat SAH Sembahyang Berjemaah (page 75 – 91)
11) Sembahyang Juma’at (page 92 - 103)
 Pengertian (page 92)
 Hukum (page 92)
 Syarat WAJIB (page 93)
 Syarat SAH (page 94 – 98)
 Sunat- sunat Juma’at (page 98 – 99)
 Isu-isu Permasalahan (page 100 – 103)
12) Sembahyang Sunat Taubat (page 104 – 106)
 Pengertian
 Antara Syarat-syarat
 Waktu & Bilangan rakaat
 Lafaz Niat
 Kaifiat
13) Sembahyang Sunat Rawatib (page 107 - 109)
 Pengertian
 Bahagian (2)
 Lafaz Niat
 Khaifiat
14) Sembahyang Sunat Hajat (page 110)
 Pengertian
 Waktu & Bilangan Rakaat
 Lafaz Niat
 Khaifiat
15) Puasa (page 112 - 129)
 Pengertian
 Hukum (5)
 Dalil Kewajipan
 Syarat WAJIB (page 113)
 Syarat SAH (page 113 – 117)
 Rukun Puasa (page 117)
 Perkara yang membatalkan puasa (page 117 -120)
 Orang yang diharuskan berbuka puasa
 Hikmah Puasa
 Isu Permasalahan
16) Pergaulan Dalam Islam (page 130 – 137)
 Pengertian
 Hukum
 Dalil
 Keadaan-keadaan yang membolehkan pergaulan
 Batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan
 Batas-batas pergaulan dengan keluarga
 Adab pergaulan lelaki dan perempuan
 Implikasi pergaulan bebas terhadap individu, keluarga, masyarakat,dan Negara
17) Keberkatan hidup - Taat kepada IbuBapa (page 138 - 142)
 Maksud
 Dalil
 Kenapa mesti taat?
 Derhaka terhadap kedua ibu bapa
 Hikmah
 Tanggungjawab anak setelah mereka meninggal dunia

Anda mungkin juga menyukai