Doa Sempena Mesyuarat Agung Pibg
Doa Sempena Mesyuarat Agung Pibg
Ya Allah Ya Karim
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.Kami berkumpul untuk mengisi
keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
SK Betau kali ke-17.
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini, demi kebaikan anak-anak kami.
Berkatilah usaha-usaha kami.Mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami, sekolah ini akan menjadi
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan para pelajar yang berjaya di
dunia mahupun di akhirat.
Perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah hubungan antara kami, lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara pihak pentadbir,
guru-guru dan ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.