Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA CADANGAN :

PROGRAM SEMBELIHAN DAN REWANG

“PENGORBANAN MEMATERI UKHWAH SEJATI”

ANJURAN :
UNIT PENGURUSAN HAL EHWAL
MURID BERSAMA
KELAS KAFA MENENGAH SRA JALAN KEBUN

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAFIZ ASHROF BIN MUSA
(PENYELARAS PROGRAM)

1
1. PENGENALAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pengorbanan pada kaca mata islam merupakan satu sifat yang mulia yang mana
rela susah demi memartabatkan syiar dan syariat islam. Pengorbanan juga melambangkan
ketulinan dan kekuatan dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri seorang hamba
kepada Allah dan meraih redhaNya S.W.T. Sifat pengorbanan merangkumi beberapa
aspek seperti masa, tenaga dan harta.

2. RASIONAL

Pada tahap pendidikan sekolah menengah, program ini perlu dilaksanakan untuk :

1. Menanam dan membudayakan sifat-sifat pengorbanan seperti bantu membantu


dan bekerjasama supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat.
2. Memperkukuhkan hubungan persahabatan dikalangan pelajar demi mencapai
kejayaan dalam pelajaran secara holistik.

3. MATLAMAT

Program ini dirancang dengan matlamat untuk :


1. Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.
2. Menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

4. OBJEKTIF

Program ini dirancang dan disusun bagi mencapai objektif berikut :

1) Menambah pengetahuan ilmu sembelihan secara teori serta memberi


pengalaman sembelihan secara praktikal.
2) Menanam semangat bantu membantu dan bekerjasama dalam diri seorang pelajar.
3) Membina dan merapatkan hubungan persahabatan sesama pelajar serta
hubungan pelajar dan guru.

5. PERINCIAN PROGRAM

5.1. NAMA PROGRAM

 PROGRAM SEMBELIHAN DAN REWANG

2
5.2. TEMA

 “PENGORBANAN MEMATERI UKHWAH SEJATI”

5.3. SASARAN PESERTA

 Tingkatan satu : 18 Orang


 Tingkatan dua : 14 Orang
 Tingkatan tiga : 13 Orang
 Tingkatan empat : 10 Orang
Jumlah peserta seramai 55 orang
murid

5.4. HARI DAN TARIKH

 Isnin ( 13 Februari 2023)

5.5. TEMPAT

 Bangunan Blok C, SRA JALAN KEBUN

6. JAWATAN KUASA INDUK :

JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat :
Yahya Bin Mohamed
(Guru Besar SRA Jalan Kebun)

Pengerusi :
Noor Farah Binti Moksin
(GPK Hal Ehwal Murid SRA Jalan Kebun)

Naib Pengerusi :
Noorkhasni Binti Mat Buang
(GPK Tadbir dan Kurikulum SRA Jalan Kebun)

Setiausaha :
Muhafiz Ashrof bin Musa
(Penyelaras Program)

Bendahari :

3
Aniza Binti Abdul Razak

4
7. JAWATAN KUASA PELAKSANA

UNIT / AJK BIDANG TUGAS

- Menempah sarapan guru dan pelajar


Masakan, Persiapan & Logistik : - Menyediakan ruangan menyembelih, rewang,
memasak dan makan.
Nur Azleyfah Binti Jaafar - Menyenaraikan dan menyediakan bahan-
Arbiah Binti Sujud bahan masakan dan minuman.
Siti Hafizah Binti Mohd Zajuli - Menyenarakan peralatan rewang, memasak
dan jamuan.

Logistik :
- Memastikan barang keperluan sentiasa
Siti Asmah Binti Alias
mencukupi
Zalifah Binti Mashor

Kebersihan :
- Memastikan tempat program bersih dan
Fatina Nadhrah Binti Mohd Zaid selamat ketika sebelum, semasa dan selepas
Khairun Najah Binti Mohd Arif program.

Multimedia :
- Menempah banner
- Mengambil gambar dan video
Alif Syahmi Bin Mohamad Suzaini
Pengisian :
- Menyediakan binatang sembelihan dan alat
sembelih
Fadzli Hashimy Bin Hashim

5
8. TENTATIF

KHAMIS (13/2/2023)

7.30am Kehadiran Pelajar dan Guru /

Pendaftaran 8.00am Taklimat / Teori Sembelihan

9.00am Praktikal Sembelihan

9.30am Rehat / Sarapan

10.00am Solat Dhuha

10.30am Mula Rewang

 Memotong / Meracik / Mengisar


 Menumis / Memasak /

Menanak 1.30pm Doa Selamat / Jamuan / Solat

Zuhur 3.00pm Gotong Royong

5.00pm Solat asar

5.30pm Bersurai

6
9. ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN
BIL PERKARA KOS / UNIT (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)
UNIT MASAKAN & PERSIAPAN
1. Sarapan 3.00 70 210.00
Bahan – bahan ayam masak
merah :

- Cili Kisar (2 Kg)


- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Halia
- Rempah 3 sekawan
2. 140.00 1 140.00
- Sos Cili (2 Kg)
- Sos Tiram (1 botol)
- Garam
- Gula (1kg)
- Daun Bawang
- Kunyit
- Gula melaka
- Minyak (5 Kg)
Bahan-bahan nasi tomato :

- Beras/Beras Basmathi (10 Kg)


- Majerin (1Tin Kecil)
- Bawang Merah (3 Kg)
- Bawang Putih (5 Labu)
- Halia
- Cili Hijau
- Tomato
- Tomato Puri (4 Tin)
- Susu Sejat (4 Tin)
- Daun Bawang
3. 350.00 1 350.00
- Daun Ketumbar
- Bawang goreng
- Rempah-ratus
• Kulit Kayu Manis :
• Bunga Lawang
• Buah Pelaga
• Cengkih
• Daun Salam kering
- Daun Pandan
- Kiub Pati Ayam (1 kotak)
- Garam
- Gula

7
Acar jelatah :

- Nanas (3 biji)
- Timun (13 biji)
4. - Cili Merah 70.00 1 70.00
- Lobak Merah
- Garam
- Gula
- Cuka
Minuman

- Teh
5 1.00 70 70.00
- Susu pekat
- Sirap
- Gula
JUMLAH 840.00
LOGISTIK
1. Pinggan plastik 15.00 1 15.00
2. Cawan plastik 15.00 1 15.00
3. Gas masak 50.00 1 50.00
JUMLAH 80.00
KEBERSIHAN
1. Plastik sampah 10.00 2 20.00
2. Sabun 15.00 1 15.00
3. Tisu 10.00 1 10.00
JUMLAH 45.00
MULTIMEDIA
1. Banner 100.00 1 100.00
JUMLAH 100.00
PENGISIAN
1. Binatang sembelihan (ayam) *Sumbangan 12 0
JUMLAH 0
JUMLAH KESELURUHAN RM 1065.00

8
10. IMPAK PELAKSANAAN PROGRAM

Program kali ini akan menjadi pencetus dan rujukan bagi program sembelihan
serta jamuan pada masa akan datang. Saya optimis bahawa program ini serta segala
perancangannya merupakan sebuah inisiatif dan usaha yang sangat baik demi
mencapai objektif yang juga sangat baik untuk warga Sekolah Rendah Agama Jalan
Kebun khususnya terhadap pelajar kelas kafa menengah. Ilmu fardhu kifayah adalah
ilmu yang mesti diambil peduli oleh pelajar sekolah agama. Semangat bantu
membantu dan bekerjasama merupakan sifat yang mesti ada sebagai seorang hamba
yang beragama islam. Justeru, adalah amat elok jika amalan ini dibudayakan dengan
baik dengan menjadikan program ini sebagai pencetusnya.

11. PENUTUP

Konklusinya, program ini dirancang atas dasar kesedaran untuk menyemai nilai
murni dan ilmu sebagai bekalan hidup yang lebih mencabar dengan objektif yang
rasional. Adalah diharapkan program ini mendapat keizinan dan kelulusan untuk
direalisasikan demi mencapai objektifnya serta memberi manfaat kepada peserta.
Kami akan berusaha menggembleng tenaga untuk menyelaraskan program-program
yang membina untuk mencapai objektif program yang digariskan. Segala perhatian
dan kerjasama kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

9
12. MAKLUMAT PENGESAHAN

i. Disediakan oleh :

…………………………….
(Muhafiz Ashrof Bin Musa)
Setiausaha Program

ii. Disemak oleh :

………………….………..
(Noor Farah Binti Moksin)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun

iii. Disahkan oleh :

……………………….
(Yahya Bin Mohamed)
Guru Besar,
Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun

1
0

Anda mungkin juga menyukai