Anda di halaman 1dari 6

HBE3043

BE102

Programme
Assignment Cover

Section :
Name (s) & ID Number (s) :

Course
Code :

Code :
NUR AINI BINTI ZULKEFLI (KBJ210810794)

Course and Course Code : ASAS PENYELIDIKAN DALAM


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (HBE3043)

Lecturer : DR MAZENI ISMAIL Section :3

Programme and Programme Code : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (BE102)

Assignment No. / Title :ULASAN JURNAL Extension & Late


submission:
Allowed /
Disallowed
Assignment type: Submission Date:
Individual/Group

ASSIGNMENT SLIP
Penalties:
1. 10% of the original mark will be deducted for every one week
period after the submission date
2. No work will be accepted after two weeks of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to
extenuating circumstances you may be eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week

Declaration: I/we the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these
regulations on plagiarism and cheating. I/we confirm that this piece of work is my/our own. I/we
consent to appropriate storage of our work for checking to ensure that there is no plagiarism/
academic cheating.

Signature (s): ______________________________ _________________________________

Full Name ( ) ( )
NUR AINI BINTI

KBJ210810794

Signature (s): ______________________________ _________________________________


ZULKEFLI

Full Name ( ) ( )

Signature (s): ______________________________ _________________________________

Full Name ( ) ( )
Signature (s) :

This section may be used for feedback or other information


Name (s) :

ID No (s) :

Date : ________

1
PENERAPAN KEMAHIRAN SOSIAL TERHADAP KANAK-KANAK
MELALUI AKTIVITI MAIN PERANAN

1.0 PENGENALAN

BUTIRAN JURNAL
Jurnal ini ditulis atau dikaji oleh Nur Diyanah Hasan dan Syaza Hazwani Zaini. Jurnal ini diterbitkan
pada 23 Febuari 2021 yang bertajuk Penerapan Kemahiran Sosial Terhadap Kanak-Kanak Melalui
Aktiviti Main Peranan. Di dalam jurnal ini penulis menulis hal berkaitan dengan perkembangan sosial
kepada kanak-kanak. Perkembangan sosial merupakan proses mental dan tingkah laku yang
mendorong seseorang untuk menyesuaikan diri. Ini dapat membantu kanak-kanak menjalinkan
hubungan persahabatan, belajar bekerjasama, saling membantu, sabar, berkomunikasi positif dan
belajar mendengar arahan. Kanak-kanak juga dapat memupuk kemahiran sosial mereka ketika
bermain. Ini kerana ketika bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan persekitaran dan juga
bersama rakan-rakan yang lain.

DEMOGRAFI KAJIAN
Kaedah main peranan ialah aktiviti dalam bimbingan kelompok untuk memecahkan masalah
sosial melalui teknik main peranan. Kanak-kanak yang selalu bermain menggunakan teknik bermain
drama yang melibatkan interaksi sosial akan lebih mudah memahami sesuatu perkara dan akan
membantu kanak-kanak untuk lebih pandai bergaul dengan orang lain contohnya guru atau kanak-
kanak yang lain. Dengan menggunakan kaedah ini juga, kanak-kanak berkesempatan untuk
meluahkan perasaan mereka dan mengembangkan imaginasi mereka melalui permainan atau watak
yang mereka mainkan. Kaedah ini merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak dan akan mewujudkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka
dalam sesuatu pengajaran. Kaedah ini juga akan dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari
segi fizikal, emosi, bahasa dan sosial.

OBJEKTIF KAJIAN
Menurut penulis, kajian ini adalah untuk mencapai dua objektif iaitu objektif pertama adalah mengenal
pasti amalan pelaksanaan aktiviti main peranan terhadap perkembangan kemahiran sosial kanak-
kanak berumur 4 tahun. Dalam kajian ini kanak-kanak dapat bekerjasama, berkomunikasi, berkongsi
peralatan dengan rakan semasa aktiviti dan menunjukkan kebolehan menyertai sesuatu aktiviti.
Seterusnya adalah guru dapat mempelajari strategi pembelajaran yang baru dan berkesan. Ini kerana
aktiviti main peranan ini boleh dijadikan sebagai aktiviti pembelajaran dengan kanka-kanak yang
diletakkan dalam jadual kelas. Teknik yang menyeronokkan ini dapat membantu perkembangan
menyeluruh kanak-kanak.
2
2.0 METODOLOGI KAJIAN

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN


Faktor pemilihan lokasi kajian iaitu tadika atau taska yang mempunyai kelas 4 tahun yang
menggunakan konsep bermain sambil belajar dan mempunyai kanak-kanak minama 5 orang.
Merujuk kepada penulis, penulis telah memilih di Melaka sebagai lokasi kajian. Pengkaji telah
melawat beberapa tadika dan hanya satu tadika ini sahaja yang memenuhi kriteria tadika yang telah
ditetapkan menggunakan konsep “playschool”.

Dalam kajian ini, seramai tiga puluh orang kanak-kanak dan seramai empat orang kanak-
kanak sahaja yang dipilih untuk dikaji. Kanak-kanak yang dipilih adalah kanak-kanak yang pertama
kali memasuki tadika, sukar bergaul dengan rakan-rakan dan sukar berkongsi alat permainan dengan
rakan-rakan. Tiga orang guru tadika dipilih menjadi sampel bagi mendapatkan persepsi mereka
kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Pemilihan guru tadika ini sebagai sampel iaitu guru yang
berpengalaman yang menjadi guru tadika lebih dari setahun dan mempunyai pengetahuan tentang
pengurusan dan pendidikan awal kanak-kanak.

REKABENTUK KAJIAN
Menurut penulis, kajian ini berbentuk kaedah temu bual, pemerhatian senarai semak dan rekod
anekdot. Pengkaji menggunakan pemerhatian senarai semak semasa aktiviti main peranan
dijalankan. Kaedah temu bual pula, pengkaji dapat mengetahui persepsi guru-guru tentang teknik
main peranan ini terhadap perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak. Rekod anekdot pula dapat
membantu pengkaji mendapatkan data dengan lebih terperinci.

INSTRUMEN KAJIAN
Instrument kajian ini adalah daripada temu bual separa berstruktur. Kaedah ini adalah untuk
mengumpul maklumat daripada guru-guru mengenai persepsi mereka tentang aktiviti main peranan
dalam perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak. Seterusnya menggunakan kaedah
pemerhatian senarai semak. Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk memerhati perkembangan
kemahuran sosial kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti main peranan. Senarai semak inni telah
diubahsuai mengikut standard pembelajaran yang diambil daripada Kukurikulum Sepadu Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). Selain itu, rekod anekdot juga digunakan sebagai alat pengumpulan data.
Tingkah laku kanak-kanak dicatatkan mengikut perubahan tingkah laku sosial kanak-kanak. Rekod
ini membantu pengkaji mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kemahiran sosial kanak-kanak
semasa aktiviti main peranan dijalankan.

3
3.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan hasil data yang dikumpul, didapati berlaku penerapan kemahiran sosoial terhadap
kanak-kanak berumur 4 tahun. Item bekerjasama menunjukkan peningkatan yang baik. Ini kerana
adanya penglibatan guru dalam aktiviti main peranan ini dapat mengubah dan menerapkan nilai
bekerjasama. Kajian ini turut mendapati teknik main peranan ini dapat meningkatkan kemahiran
bekerjasama kanak-kanak kepada yang lebih baik. Seterusnya item berkomunikasi. Item ini adalah
item yang tertinggi yang diperoleh sampel sepanjang kajian ini dijalankan. Ternyata melalui aktiviti
main peranan ini kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi mula menunjukkan perubahan
yang baik bergaul bersama rakan. Kanak-kanak cenderung meniru perilaku yang ditunjukkan oleh
rakan sebaya. Ini menjadi pendorong kejayaan kanak-kanak membaiki kemahiran komunikasi
mereka menjadi lebih baik. Seterusnya adalah, item persahabatan yang dapat menggalakkan sampel
menjalinkan persahabatan dengan lebih baik. Main peranan membantu meningkatkan kemahiran
kognitif dan interaksi sosial kanak-kanak dan dapat mempertingkatkan dan memperbaiki interaksi
kanak-kanak bersama rakan dan guru. Ini jelas menunjukkan melalui aktiviti main peranan dapat
membaiki interaksi sosial dan persahabatan kanak-kanak.

Item seterusnya adalah item berkongsi alatan dengan rakan semasa aktiviti. Tindakan guru
adalah dengan mengadakan rundingan agar mereka berkongsi peralatan permainan bersama.
Perilaku negatif kanak-kanak dapat diubah kepada perilaku positif. Penglibatan guru menjadikan
mereka lebih mudah berkongsi peralatan dan arahan yang disampaikan guru. Menerusi teknik main
peranan, murid dapat mengikuti kelas dengan penuh minat, bahkan segala arahan guru dapat
dipatuhi dengan baik. Yang terakhir adalah item menunjukkan kebolehan menyertai sesuatu aktiviti.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan menunjukkan perkembangan yang baik.
Walaupun masih memerlukan bimbingan guru, namun perkembangan yang ditonjolkan amat
membanggakan.

Kesimpulannya, aktiviti main peranan ini memberi kesan yang positif dalam perkembangan
kemahiran sosial kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Melalui aktiviti ini banyak kemahiran sosial
yang dapat dipelajari dan diterapkan dalam diri kanak-kanak. Aktiviti main peranan ini juga
memberikan kesan dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Guru juga memainkan peranan
yang penting dalam memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar. Sokongan dan dorongan
guru dapat memberi kesan kepada peningkatan kemahiran sosial kanak-kanak. Berdasarkan hasil
kajian ini, jelas aktiviti main peranan ini dapat membantu kanak-kanak menjalinkan persahabatan
dengan lebih baik, mendidik untuk bekerjasama, menggalakkan komunikasi, berkongsi alat
permainan dan menunjukkan kebolehan menyertai sesuatu aktiviti. Terdapat juga aspek lain yang
dicapai kanak-kanak iaitu bertolak-ansur. Kajian ini mendatangkan manfaat kepada pelbagai pihak

4
terutamanya kanak-kanak kerana kanak-kanak yang pasif dapat dorongan dan bimbingan untuk aktif.
Guru juga dapat pendedahan tentang kepentingan aktiviti main peranan terhadap perkembangan
sosial kanak-kanak. Dengan melalui aktiviti main peranan dapat memberi idea kepada guru untuk
terus melaksanakan aktiviti main peranan ini di masa akan datang.

5
RUJUKAN DAN LAMPIRAN

NUR DAYANA HASAN, S. H. (2021). PENERAPAN KEMAHIRAN SOSIAL TERHADAP KANAK-


KANAK MELALUI AKTIVITI MAIN PERANAN. JURNAL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KEBANGSAAN , 25-40.

Anda mungkin juga menyukai