Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum,

Kehadapan yang saya hormati Prof Madya Dr Fazilah Idris,

Dukacita saya Ummu Soleha Bt Jamaludin ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat lagi
meneruskan pengajian sarjana saya dan berhasrat untuk menarik diri dari pengajian. Hal ini kerana
saya telah hilang minat dan semangat untuk meneruskan pengajian sarjana saya dan terdapat
beberapa isu peribadi yang berat untuk saya kongsikan.

Keputusan ini di ambil setelah sekian lama saya memikirkannya dan hasil perbincangan bersama
keluarga saya. Berat hati saya memutuskan untuk menarik diri pengajian, namun demi kelansungan
hidup dan kesihatan diri mental dan fizikal saya merasakan ini yang terbaik untuk diri saya.

Saya memohon maaf di atas ketidak wajaran saya mengambil keputusan tanpa berbincang dahulu
dengan Dr sebagai penyelia saya dan juga kerana tidak menjalankan amanah yang di berikan dengan
sempurna.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr kerana telah banyak bersabar dan memberi
tunjuk ajar kepada saya. Saya juga berterima kasih kepada Dr kerana tidak putus-putus memberikan
kata semangat kepada saya.Dr merupakan penyelia yang sangat baik dan saya berasa amat
beruntung sepanjang berada di bawah seliaan Dr. Segala baik budi Dr yang telah Dr berikan pada
saya tidak akan saya lupakan. Saya berasa sangat berat hati dan memohon maaf atas tindakan saya
yang tidak bertanggujawab ini dan memberikan kesusahan kepada Dr dan juga kumpulan projek
FRGS.

Saya berharap Prof Madya Dr Fazilah Idris dapat memberikan sokongan atas penarikan diri saya dari
pengajian.

Yang ikhlas,

(UMMU SOLEHA BT JAMALUDIN)

Anda mungkin juga menyukai