Anda di halaman 1dari 10

LEM/TEK/61Sem.

1
LEM/SPP/12
02 SEPTEMBER
11 Julai2009
2016

PANDUAN DEMONSTRASI
PERALATAN SINARAN DAN
PAMERAN RADAS
PENYINARAN

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Batu 24, Jalan Dengkil
43800 Dengkil
Selangor

Tel: 03-8922 5888


Faks: 03-8922 3685
Laman web: http://www.aelb.gov.my
KANDUNGAN

Mukasurat
___________________________________________________________________

A. TUJUAN 2

B. LATARBELAKANG 2

C. SKOP 3

D. TAKRIFAN 3

E. LARANGAN 4

F. SYARAT DEMONSTRASI PERALATAN SINARAN 4

G. SYARAT PAMERAN RADAS PENYINARAN 6

um Pameran Radas Penyinaran

H. SYARAT UMUM DEMONSTRASI PERALATAN SINARAN 7


DAN PAMERAN RADAS PENYINARAN

I. PERLAKSANAAN 7

1
A. TUJUAN

1. Tujuan panduan ini adalah untuk memaklumkan semua pemegang lesen


mengenai syarat yang perlu dipatuhi untuk mengadakan demonstrasi peralatan
sinaran dan pameran radas penyinaran.

B. LATARBELAKANG

2. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sering menerima permohonan


untuk mengadakan demonstrasi/ pameran peralatan sinaran dari berbagai jenis dan
model tetapi peralatan sinaran tersebut belum dilesenkan lagi. Berdasarkan
justifikasi bahawa demonstrasi/ pameran peralatan sinaran bersifat sementara,
bertujuan promosi untuk mendapatkan pembeli, sebelum ini AELB memberi
kelonggaran bersyarat kepada bukan pemegang lesen untuk mengadakan
demostrasi/ pameran bagi peralatan sinaran tersebut .

3. Walau bagaimanapun, mengambil kira peruntukan Akta Perlesenan Tenaga


Atom 1984 (Akta 304) di bawah Para (b) Sub-seksyen 12(1) bahawa tiada seorang
pun boleh berurusan dengan, memiliki atau melupus apa-apa bahan radioaktif,
bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran tanpa suatu lesen yang sah
yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga) di bawah Sub-
seksyen 16(5) Akta 304, maka semua individu atau syarikat yang ingin mengadakan
demonstrasi/ pameran peralatan sinaran hendaklah mempunyai lesen yang sah
daripada Lembaga tanpa pengecualian. Menurut Peraturan-peraturan Perlindungan
Sinaran (Perlesenan) 1986 pula, mana-mana orang yang ingin berurusan dengan
bahan radioaktif hendaklah mempunyai Lesen Kelas A yang dikeluarkan di bawah
Akta 304 dan hendaklah mempunyai Lesen Kelas C jika berurusan dengan radas
penyinaran.

4. Aktiviti demonstrasi/ pameran perlu dikawal kerana ia memungkinkan


dedahan sinaran mengion kepada orang awam dan pekerja sinaran. Tambahan
pula, pada kebiasaannya aktiviti demonstrasi/ pameran tersebut dilakukan di tempat
terbuka seperti ruang pameran, kompleks membeli belah atau premis bakal pembeli.
2
C. SKOP

5. Skop dokumen ini terhad sebagai panduan bagi demonstrasi peralatan


sinaran dan pameran radas penyinaran.

6. Dokumen ini adalah tertakluk kepada pindaan dan arahan yang dikeluarkan
oleh AELB dari semasa ke semasa.

D. TAKRIFAN

Dalam panduan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain-

“Berurusan” ertinya berhubungan dengan mana-mana bahan radioaktif, bahan


nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran, ertinya apa-apa aktiviti yang
melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran
yang sedemikian itu yang dimiliki, dikilang, diperdagang, dikeluar, diproses, dibeli,
dipunyai, diguna, diangkut, dipindah, dikendali, dijual, distor, diimport atau dieksport;

“Peralatan sinaran” ertinya sumber sinaran (radas atau bahan yang berupaya
mengeluarkan sinaran mengion) dan perkakasan lain yang perlu untuk
melengkapkan peralatan tersebut;

“Demonstrasi” ertinya pengendalian dengan maksud menunjukkan cara


penggunaan atau kegunaan peralatan sinaran yang dipromosikan yang melibatkan
pengeluaran atau penghasilan sinaran mengion;

“Pameran” ertinya peragaan yang diadakan dengan maksud menunjukkan cara


penggunaan atau kegunaan radas penyinaran yang dipromosikan tanpa melibatkan
pengeluaran atau penghasilan sinaran mengion; dan

"Seorang yang kompeten" ertinya seseorang individu yang menurut kuasa


perakuan oleh mana-mana pihak berkuasa, atau yang menurut kuasa kelayakan

3
akademik dan pengalamannya, diiktiraf dengan sewajarnya oleh Lembaga sebagai
mempunyai kepakaran dalam suatu bidang pengkususan yang berkaitan.

E. LARANGAN

7. AELB boleh melarang demonstrasi/ pameran daripada diadakan jika


mendapati ianya tidak sesuai atau jika AELB tidak yakin bahawa perlindungan
sinaran terhadap orang awam dapat diberikan sepenuhnya semasa demonstrasi/
pameran tersebut diadakan.

F. SYARAT DEMONSTRASI PERALATAN SINARAN

8. Sebelum Demonstrasi

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen sebelum
demonstrasi peralatan sinaran dilakukan:
a) memastikan peralatan sinaran yang akan didemonstrasikan telah
dilesen oleh Lembaga di bawah Lesen Kelas A (bagi bahan radioaktif)
atau C (bagi radas penyinaran);
b) memastikan lambang sinaran diletakkan pada sawar di lokasi
demonstrasi dijalankan;
c) memastikan bahawa paras sinaran luar hendaklah tidak melebihi 0.5
µSv/jam di luar sawar yang didirikan;
d) memastikan keselamatan dan sekuriti berhubung dengan
pengendalian peralatan sinaran diambil sebelum demonstrasi
peralatan sinaran dilakukan;
Contoh langkah keselamatan
i. menyediakan alat pengesan sinaran untuk pengawasan
kawasan.
ii. menyediakan alat pemonitoran personal.
Contoh langkah sekuriti
i. menyediakan pengawasan kawalan sekuriti (CCTV, pengawal
dan lain-lain).
4
ii. menyediakan sawar, kunci keselamatan dan lain-lain.
iii. menyediakan prosedur kawalan kemasukan (buku log, pas
masuk dan lain-lain).
e) memastikan peralatan sinaran yang didemonstrasikan dikendalikan
oleh seorang yang kompeten yang mempunyai pengetahuan bagi
pengendalian peralatan sinaran dan berpengetahuan dalam bidang
perlindungan sinaran.

9. Semasa Demonstrasi

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen semasa
demonstrasi peralatan sinaran dilakukan:
a) memastikan sawar pada jarak yang bersesuaian dari peralatan sinaran
tersebut dan orang awam tidak dibenarkan berada dalam kawasan
tersebut semasa demonstrasi dijalankan;
b) memastikan bahawa paras sinaran luar hendaklah tidak melebihi 0.5
µSv/jam di luar sawar.
c) memastikan lambang sinaran dipamerkan mengikut saiz yang sesuai,
jelas dan mudah dibaca; dan
d) memastikan peralatan sinaran yang didemonstrasikan dikendalikan
oleh seorang yang kompeten yang mempunyai pengetahuan bagi
pengendalian peralatan sinaran dan berpengetahuan dalam bidang
perlindungan sinaran.

10. Selepas Demonstrasi

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen selepas
demonstrasi peralatan sinaran dilakukan:
a) memastikan semasa bahan radioaktif atau bekasnya tidak dipamerkan,
ianya disimpan dalam bilik stor berkunci (kecuali jika tidak praktikal
untuk menanggalkannya daripada kawasan pameran) yang mana di
luar bilik tersebut dilekatkan notis yang sesuai saiznya dan mudah
dibaca dan yang mengandungi amaran sinaran; dan
5
b) peralatan sinaran yang telah selesai didemonstrasikan, hendaklah
dikembalikan ke premis syarikat sesudah demonstrasi selesai. Jika
hendak dieksport kembali, prosedur eksport hendaklah dipatuhi.

G. SYARAT PAMERAN RADAS PENYINARAN

11. Sebelum Pameran

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen sebelum
pameran radas penyinaran dilakukan:
a) memastikan radas penyinaran yang akan dipamer telah dilesen oleh
Lembaga di bawah Lesen Kelas C;
b) memastikan kawalan keselamatan fizikal ke atas radas penyinaran
yang terlibat;

12. Semasa Pameran

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen semasa
pameran radas penyinaran dilakukan:
a) memastikan radas penyinaran yang dipamerkan diawasi oleh seorang
yang kompeten yang mempunyai pengetahuan bagi pengendalian
radas penyinaran dan berpengetahuan dalam bidang perlindungan
sinaran.

13. Selepas Pameran

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen selepas
pameran radas penyinaran dilakukan:
a) radas penyinaran yang telah selesai dipamerkan, hendaklah
dikembalikan ke premis syarikat sesudah pameran selesai. Jika
hendak dieksport kembali, prosedur eksport hendaklah dipatuhi.

6
H. SYARAT UMUM DEMONSTRASI PERALATAN SINARAN DAN PAMERAN
RADAS PENYINARAN

14. Berikut adalah syarat umum demonstrasi peralatan sinaran dan pameran
radas penyinaran yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen:

a) Tidak dibenarkan mengubahsuai peralatan sinaran;


b) Memastikan sekuriti punca radioaktif terpelihara sepanjang tempoh
aktiviti dijalankan.
c) Jika terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai atau
menyangka yang peralatan sinaran telah hilang atau dicuri, pemegang
lesen hendaklah;
i. melaporkan kejadian tersebut dalam tempoh 24 jam kepada
pihak polis dan AELB; dan
ii. mengambil semua langkah yang praktikal bagi tujuan untuk
mendapatkan kembali peralatan sinaran tersebut.

I. PERLAKSANAAN

15. Panduan ini terpakai serta merta pada tarikh ia dikeluarkan. Semua
pemegang lesen yang berurusan dengan demonstrasi peralatan sinaran dan
pameran radas penyinaran hendaklah mematuhi syarat yang dinyatakan.

16. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai panduan ini, pemegang


lesen boleh berhubung dengan AELB menggunakan alamat di bawah:

Pengarah
Bahagian Dasar dan Hubungan Luar
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil
Selangor
Tel. : 0389225888 Faks: 03-89223685
Email: pbs@aelb.gov.my
7
RUJUKAN

a) Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)


b) Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran( Perlesenan) 1986 [P.U. (A) 149]
c) Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran(Pengangkutan) 1989 [P.U. (A)
456]
d) Peraturan-peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran
Keselamatan Asas) 2010 [P.U. (A) 46]
e) Code of Conduct Safety and Security of Radioactive Sources, IAEA
f) IAEA-TECDOC-1344 - Categorization of Radioactive Sources
g) IAEA-TECDOC-1355 - Security of Radioactive Sources

8
REKOD PEMBANGUNAN DOKUMEN

Panduan demonstrasi dan pameran peralatan sinaran (LEM/TEK/61) telah


dibangunkan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Sinaran di bawah
Jawatankuasa Kecil Keselamatan (JKK) yang telah dibentuk secara tetap pada
Mesyuarat Lembaga Ke-62 (Bil 03/2008). Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:

i. Pn. Monalija Kostor (Pengerusi) - Bahagian Dasar Kod dan Standard


ii. Pn. Nuriati Nurdin - Bahagian Perlesenan
iii. Cik Gan Pek Yen - Bahagian Penguatkuasaan
iv. Pn. Suhana Jalil - Bahagian Perlesenan
v. Pn. Noraini Razali - Bahagian Perlesenan
vi. En. Azman Jaafar - Bahagian Perlesenan
vii. En. Mohd Firdaus Md. Shah - Bahagian Dasar Kod dan Standard
viii. En. Faeizal Ali (Pendraf) - Bahagian Dasar Kod dan Standard

Bil. Tarikh Dokumen Tanggungjawab


1. 8 Julai 2011 LEM/TEK/61 Jawatankuasa Kerja Keselamatan
Sinaran
2. 24 Februari LEM/TEK/61Pin.1 Seksyen Dasar dan Perundangan,
2014 Bahagian Dasar, Kod dan Standard
3. 11 Julai 2016 LEM/TEK/61Sem.1 Seksyen Dasar dan Perundangan,
Bahagian Dasar dan Hubungan
Luar

Anda mungkin juga menyukai