Anda di halaman 1dari 3

Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
langkah-langkah pengurusan sampah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pengurusan sampah amat penting dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Langkah-
langkah yang disusun dalam mengendalikan isu ini dapat mewujudkan persekitaran negara yang bersih di
samping dapat menggambarkan nilai-nilai yang diamalkan oleh anggota masyarakat. Salah satu langkah
yang telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini ialah proses kitar semula. Kitar semula merupakan
salah satu daripada proses yang penting dalam hierarki pengurusan sampah. Namun begitu, kitar semula
sahaja tidak mencukupi untuk menangani isu pengurusan sampah kerana peratusan sampah yang
dihasilkan semakin bertambah dari sehari ke sehari. Setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan
masing-masing seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, mengoptimumkan penggunaan sesuatu
barangan dan penggunaan semula barangan tersebut.

Program-program kesedaran alam sekitar perlu disuburkan dalam sesebuah masyarakat. Program
ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan bukannya seperti hangat-hangat tahi ayam. Ketelusan,
keberkesanan dan kejayaan program kesedaran alam sekitar dan kejayaannya bergantung pada semua
pihak. Setiap anggota masyarakat perlu mengubah tabiat membeli barangan, terutamanya pada musim
perayaan. Pembelian barangan baharu mungkin diperlukan namun begitu barangan lama yang difikirkan
sudah tidak berguna mungkin dapat dijual sebagai barangan terpakai atau diberikan wajah baharu.
Keadaan ini dapat menjimatkan kos pelupusan sampah.

Kempen pembelian barangan tanpa menggunakan beg plastik yang dilancarkan merupakan salah
satu langkah alternatif bijak untuk menangani isu pengurusan sampah. Kaedah ini secara tidak langsung
dapat mengurangkan penggunaan beg plastik. Kita juga digalakkan membawa bekas sendiri apabila
membeli makanan bagi mengurangkan penggunaan polistirena yang sukar dilupuskan. Kesimpulannya,
usaha yang lebih giat perlu dilakukan sebelum nasi menjadi bubur supaya alam sekitar yang bersih dapat
dinikmati oleh generasi pada masa hadapan.

Ringkasan

- 1 perenggan sahaja
- 80-100 patah perkataan
- Sekurang-kurangnya 5 isi ( 1 isi = 2 markah, 5 isi= 10 markah)
- Guna penanda wacana ( Antara, seterusnya, selain itu, selanjutnya, Di samping itu, tambahan
pula, Akhir sekali)
- Markah Bahasa= 5 markah ( Guna penanda wacana & ayat sendiri)
- Jumlah markah= 15 markah

Antara langkah pengurusan sampah ialah proses kitar semula. Seterusnya, anggota masyarakat
perlu mengurangkan penggunaan beg plastik, mengoptimumkan penggunaan sesuatu barangan dan
penggunaan semula barangan tersebut. Selain itu, program-program kesedaran alam sekitar perlu
disuburkan dalam sesebuah masyarakat. Di samping itu, barangan lama yang difikirkan sudah tidak
berguna mungkin dapat dijual sebagai barangan terpakai atau diberikan wajah baharu. Selanjutnya,
kempen pembelian barangan tanpa menggunakan beg plastik perlu dilancarkan. Akhir sekali, kita
digalakkan membawa bekas sendiri apabila membeli makanan bagi mengurangkan penggunaan
polistirena yang sukar dilupuskan.
(84 patah perkataan)
Antara langkah pengurusan sampah ialah proses kitar semula. Seterusnya, masyarakat perlu
mengurangkan penggunaan beg plastik, mengoptimumkan penggunaan sesuatu barangan dan penggunaan
semula barangan tersebut. Selain itu, program-program kesedaran alam sekitar perlu disuburkan dalam
sesebuah masyarakat. Selanjutnya, barangan lama yang difikirkan sudah tidak berguna mungkin dapat
dijual sebagai barangan terpakai atau diberikan wajah baharu. Di samping itu, kerajaan perlu
melancarkan kempen pembelian barangan tanpa menggunakan beg plastik. Akhir sekali, kita digalakkan
membawa bekas sendiri apabila membeli makanan bagi mengurangkan penggunaan polistirena yang
sukar dilupuskan.
(82 patah perkataan)

Antara langkah pengurusan sampah ialah proses kitar semula. Seterusnya, anggota masyarakat perlu
memainkan peranan masing-masing seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, mengoptimumkan
penggunaan sesuatu barangan dan penggunaan semula barangan tersebut. Selain itu, pihak kerajaan perlu
menganjurkan program-program kesedaran alam sekitar. Selanjutnya, barangan lama yang difikirkan
sudah tidak berguna mungkin dapat dijual sebagai barangan terpakai atau diberikan wajah baharu. Di
samping itu, kerajaan patut menganjurkan kempen pembelian barangan tanpa menggunakan beg plastik.
Akhir sekali, kita juga digalakkan membawa bekas sendiri apabila membeli makanan bagi mengurangkan
penggunaan polistirena yang sukar dilupuskan.
(89 patah perkataan)
Antara langkah pengurusan sampah ialah proses kitar semula. Seterusnya, kita harus mengurangkan
penggunaan beg plastik, mengoptimumkan penggunaan sesuatu barangan dan penggunaan semula
barangan tersebut. Selanjutnya, program-program kesedaran alam sekitar perlu disuburkan dalam
sesebuah masyarakat. Di samping itu, barangan lama yang difikirkan sudah tidak berguna mungkin dapat
dijual sebagai barangan terpakai atau diberikan wajah baharu. Selain itu, kerajaan patut melancarkan
kempen pembelian barangan tanpa menggunakan beg plastik. Akhir sekali, kita digalakkan membawa
bekas sendiri apabila membeli makanan bagi mengurangkan penggunaan polistirena yang sukar
dilupuskan.
(83 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai