Anda di halaman 1dari 68

NADI BESTARI

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN EMPAT
KSSM

© HJH NIK ZULINA BT NIK TAIB


(Guru Cemerlang Pendidikan Islam)
Tel : 013-9861383
Email : nikzulina88@yahoo.com
Blog : PAI BEST. Blogspot.com

HARGA : RM12 (Semenanjung) RM14 (Sabah & Sarawak)

© HAK CIPTA TERPELIHARA


Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada
secara elektronik, fotokopi, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada penulis

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 1


Prakata _________________________________________

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia


Hidayah dan InayahNya penyusun telah berjaya menyusun buku nota NADI BESTARI
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN EMPAT KSSM (SUKATAN BARU) iaitu sebuah buku
yang mengandungi nota-nota rujukan dan panduan untuk memudahkan pelajar
memahami matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat KSSM (Sukatan Baru).
Penulis mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan buku ini kerana penulis
perlu memahami sukatan baru Pendidikan Islam Tingkatan Empat KSSM terlebih
dahulu sebelum mula menyusun tajuk-tajuk dan isi kandungannya dengan rapi dan
bermaklumat.

Buku nota rujukan NADI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN EMPAT


KSSM (SUKATAN BARU) ini amat bersesuaian kepada pelajar Tingkatan Empat dan
juga guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar supaya mudah memahami ,
mengajar dan mengaplikasikan isi kandungan sukatan baru Pendidikan Islam KSSM
Tingkatan Empat yang baru bermula tahun 2020 dalam peperiksaan yang bakal
ditempuhi.

Akhir sekali penyusun berharap agar buku rujukan NADI BESTARI


PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN EMPAT KSSM (SUKATAN BARU) ini dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pelajar tingkatan 4. Para guru Pendidikan
Islam juga digalakkan memiliki buku ini supaya mudah untuk menyampaikan
maklumat dalam proses Pdp dalam kelas. Segala kekurangan yang terdapat dalam
buku ini mohon mendapat teguran yang membina daripada pembaca.
Sekian, terima kasih.

Penyusun,

Nik Zulina bt. Nik Taib


Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab
Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu,
Kelantan.
1 OGOS 2020

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 2


Isi Kandungan

BAB / TAJUK M/S


BIDANG AL QURAN 5
1. Surah Al An’am : 162-163 6
2. Surah Al Kahfi HAFAZ 7
Unit 1 : Ayat 101-106 7-8
Unit 2 : Ayat 107-110 8
3. Hukum Tajwid 9-11
4. Larangan Rasuah (Surah Al Baqarah : 188) 11-12
5. Memahami Sunnatullah (Surah Al ‘Imran : 137-139) 12-14
6. Larangan Mempersendakan Agama (Surah Al An’am : 70) 15-16
7. Dakwah Pemaju Kemajuan (Surah Fussilat : 33) 17
BIDANG HADIS 18
8. Hindari Dosa-dosa Besar 19-21
9. Kemuliaan Berdikari 21-22
BIDANG AQIDAH 23
10. Allah SWT Maha Pembalas dan Maha Perkasa 24
Unit 1 : Al Muntaqim 24
Unit 2 : Ar Jabbar 24
11. Perkara yang Membatalkan Iman 25-26
12. Hindari Ajaran Sesat 27-28
BIDANG FEQAH 29
13. Haji dan Umrah 30-35
14. Sembelihan 35-37
15. Korban dan Akikah 37 3
Unit 1 : Korban 37-38
Unit 2 : Akikah 39-40
16. Muamalat Islam 40
Unit 1 : Konsep Muamalat Islam 40-42
Unit 2 : Jenis Akad dalam Muamalat Islam 43-44
17. Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunnah Gerhana 44
Unit 1 : Solat Sunat Duha 44-45
Unit 2 : Solat Sunat Gerhana 45-46
BIDANG SIRAH DAN TAMADUN ISLAM 47
18. Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin 48-50
19. Kerajaan Umayyah 50-53
20. Kerajaan Abbasiyah 53-56
21. Keunggulan Tokoh Empat Mazhab 57-60
BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH 61
22. Bersikap Benar Menjauhkan Kemunafikan 62-63
23. Khauf dan Roja 63-64
24. Adab Terhadap Orang Sakit dan Kurang Upaya 65
Unit 1 : Adab Terhadap Orang Sakit 65
Unit 2 : Adab Terhadap Orang Kurang Upaya 65-66
25. Wasatiyyah Menjamin Kecemerlangan Umat 66-68

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 3


SENARAI SEMAK TUGAS HAFAZAN

NAMA :
TINGKATAN :

BIL SURAH DAN AYAT TARIKH TT GURU

1 Surah Al An’am : 162 - 163

2
2 2Surah Al Kahfi : 101 - 105

3 Surah Al Kahfi : 106 - 110

Kaedah Memudahkan Hafazan

1. Bacalah ayat pertama 20 kali


2. Bacalah ayat kedua 20 kali
3. Bacalah ayat ketiga 20 kali
4. Bacalah ayat keempat 20 kali
5. Kemudian membaca 4 ayat di atas dari awal hingga akhir menggabungkannya
sebanyak 20 kali.
6. Bacalah ayat ke 1 hingga ayat ke 4 sebanyak 20 kali untuk memantapkan
hafalannya.
7. Demikian seterusnya hingga selesai seluruh ayat.

Semoga Berjaya…InsyaAllah

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 4


Bidang Al Quran

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 5


TAJUK 1 : SURAH AL AN’AM: 162-163
(BIDANG AL QURAN)

1. Hafaz Surah Al An’am ayat 162-163

ُ ‫يك لَّ ُهۥ َّوب َّذَٰل َِّك أُم ِۡر‬


‫ت‬
َّ َّ َّ َّ َّ َٰ َّ ۡ َّ َّ َّ َّ َّ َّ َّ ۡ َّ َّ ُ ُ َّ َّ َّ َّ ۡ ُ
ِ ِ‫ لا شر‬٢٦١‫ب ٱلعل ِمين‬
ِ ‫قل إِن صلات ِي ونسكِي ومحياي وممات ِي ِلِل ِ ر‬
َّ َّ
َّ ‫َّوأنَّا ۠ أ َّو ُل ٱل ۡ ُم ۡسل ِ ِم‬
٢٦١‫ين‬

MAKSUD AYAT PETIKAN AYAT


ُ َّ َّ ۡ ُ
Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku ‫قل إِن َّصلات ِي َّون ُسكِي‬
Hidupku dan matiku ‫اي َّو َّم َّمات ِي‬ َّ ‫َّو َّم ۡح َّي‬
Hanyalah untuk Allah, Tuhan yang mentadbir ٢٦١‫ين‬ َّ ‫لِلِ َّرب ۡٱل َّعَٰلَّ ِم‬ َّ
ِ
sekalian alam.
ِ
َّ َّ َّ َّ
Tiadalah sekutu bagiNya, ‫لا ش ِريك ل ُهۥ‬
Dan dengan yang demikian sahaja aku ‫ت‬ ُ ‫َّوب َّذَٰل َِّك أُم ِۡر‬
diperintahkan ِ
ۡ ُ َّ ۠ َّ
Dan aku ialah orang Islam yang awal pertama َّ ‫َّوأنَّا أ َّول ٱل ُم ۡسل ِ ِم‬
٢٦١‫ين‬
berserah diri kepada Allah SWT.

2. Intisari ayat.
 Solat ialah tunggak kepada segala amalan seseorang muslim.
 Segala ibadah yang dilakukan perlu mengikut syariat Nabi Muhammad SAW.
 Kehidupan di dunia perlu dipenuhi dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan
Rasulullah SAW supaya bahagia di dunia dan di akhirat.
 Menyerahkan segala urusan kehidupan dan sesudah kematian kepada Allah SWT.
 Keikhlasan ialah faktor utama segala ibadah diterima oleh Allah SWT.
 Umat Islam wajib menjauhi syirik kerana syirik merupakan larangan Allah SWT.
 Umat Islam wajib memohon hanya kepada Allah SWT kerana Dia ialah Tuhan sekalian
alam.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 6


TAJUK 2 : SURAH AL KAHFI: 101 - 110
(BIDANG AL-QURAN)

UNIT 1

1. Hafaz Surah Al Kahfi ayat 101 hingga 106.

ْ ٓ ُ َّ َّ َّ َّ َّ َّ َّ َّ ً ۡ َّ َّ ُ َّ ۡ َّ َّ ْ ُ َّ َّ ۡ َّ ٓ ۡ َّ ۡ َّ َّ َّ َّ
‫ أفحسِب ٱلذِين كفروا‬٢٠٢‫ت أع ُي ُن ُه ۡم ف ِي غ َِّطا ٍء عن ذِك ِري وَكنوا لا يست ِطيعون سمعا‬ ‫ٱلذِين كان‬
ُ ۡ
َّ ُ ۡ َّ ۡ ُ ٗ ُ َّ َٰ َّ َّ َّ َّ َّ َّ ۡ َّ ۡ ٓ َّ َّ ٓ َّ ۡ ٓ ُ َّ َّ ْ
َّ ‫خ ُذوا ع‬ َّ َّ َّ
‫ قل هل ننب ِ ُئكم‬٢٠١‫ين ن ُزلا‬ ‫وِن أول ِياء َۚ إِنا أعتدنا جهنم ل ِلكفِ ِر‬ ِ ‫د‬ ‫ِن‬ ‫م‬ ‫ِي‬ ‫د‬ ‫ا‬ ‫ِب‬ ِ ‫أن يت‬
َّ
َّ َّ ُ َٰ َّ َّ ۡ َّ َّ َّ َّ ۡ
ۡ َّ
٢٠١‫ح َّس ُبون أن ُه ۡم يُ ۡحس ُِنون ُصن ًعا‬ ۡ َّ‫ٱلد ۡن َّيا َّو ُه ۡم ي‬ ِ ‫ِين َّضل َّس ۡع ُي ُه ۡم ف ِي ٱلحيوة‬ َّ ‫ ٱلذ‬٢٠١‫ين أ ۡع َّمَٰلًا‬ َّ ‫ٱلأ ۡخ َّسر‬
ِ ِ‫ب‬
ۡ َّ
َّ ُ ُ َّ َّ ۡ ُ ُ َّ ۡ ۡ َّ َّ َّ ٓ َّ َّ ۡ َّ َّ ْ ُ َّ َّ َّ َّ َّ َّٓ ْ ُ
ِ‫يم ل ُه ۡم يَّ ۡو َّم ٱلقِ َّيَٰ َّمة‬ ِ‫ت رب ِ ِهم ول ِقائِهِۦ فحبِطت أعمَٰلهم فلا نق‬ ِ َٰ ‫بَّٔٔاي‬ ِ ‫وا‬ ‫ر‬ ‫ف‬ ‫ك‬ ‫ِين‬ ‫ذ‬ ‫ٱل‬ ‫ك‬ ِ ‫لئ‬
َٰ ‫أو‬
ُ َّ ْ ُ َّ َّ ْ َّ َّ َّ ُ ُٓ َّ َّ ٗ
٢٠٦‫ ذَٰل ِك َّج َّزاؤه ۡم َّج َّهن ُم ب ِ َّما كف ُروا َّوٱتخذ ٓوا َّءايَٰتِي َّو ُر ُسل ِي ه ُز ًوا‬٢٠١‫َّو ۡزنا‬

MAKSUD AYAT PETIKAN AYAT


َّ ٓ ۡ َّ ۡ َّ َّ َّ َّ
Orang yang matanya telah tertutup ‫ت أع ُي ُن ُه ۡم ف ِي غ َِّطا ٍء عن‬ ‫ٱلذِين كان‬
daripada melihat tanda-tanda yang
ْ
َّ ُ َّ ۡ َّ َّ ُ َّ َّ ۡ
membawa kepada mengingatiKu dan ٢٠٢ ‫يعون َّس ۡم ًعا‬ ‫ذِك ِري وَكنوا لا يست ِط‬
mereka pula tidak dapat mendengar sama
sekali.
ْ ُ َّ َّ َّ ْ ٓ ُ َّ َّ َّ َّ َّ َّ َّ َّ
Maka adakah orang kafir menyangka ‫خذوا‬ ِ ‫أفحسِب ٱلذِين كفروا أن يت‬
َّ ۡ َّ ۡ َّ ٓ َّ َّ ٓ َّ ۡ َّ ٓ ُ
bahawa mereka mengambil hamba-
‫وِن أول ِياء َۚ إِنا أعتدنا‬ َّ
hambaKu sebagai makhluk yang disembah
ِ ‫عِبادِي مِن د‬
selain Aku, dapat menolong mereka? ٗ ُ َّ َٰ َّ ۡ َّ َّ َّ َّ
Sesunguhnya Kami telah sediakan Neraka ٢٠١‫ين ن ُزلا‬ ِ‫جهنم ل ِلكفِر‬
Jahannam bagi orang kafir itu sebagai
tempat tetamu.
ً ۡ َّ َّ َّ ۡ َّ ۡ ُ َّ ُ ۡ َّ ۡ ُ
Katakanlah, “Mahukah Kami khabarkan ٢٠١‫ين أع َّمَٰلا‬ ‫قل هل ننب ِ ُئكم بِٱلأخس ِر‬
kepada kamu akan orang yang rugi
amalan-amalan perbuatannya?”
Orang yang sia-sia usahanya dalam ُۡ
‫ح َّي َٰوة ِ ٱلدن َّيا‬ َّ ‫ٱلَّذ‬
َّ ۡ‫ِين َّض َّل َّس ۡع ُي ُه ۡم ف ِي ٱل‬
َّ َّ َّ
kehidupan dunia ini sedang mereka
ۡ َّ ُ
menyangka bahawa mereka sentiasa ٢٠١‫َّوه ۡم يَّ ۡح َّس ُبون أن ُه ۡم يُ ۡحس ُِنون ُصن ًعا‬
betul pada apa yang dilakukan oleh
mereka?
َّ ْ ُ َّ َّ َّ َّ َّ َّٓ ْ ُ
Merekakah orang yang ingkar akan ayat- ‫ت َّرب ِ ِه ۡم‬
ِ َٰ ‫َّاي‬ ٔ ٔ ‫ب‬ ِ ‫لئِك ٱلذِين كفروا‬ َٰ ‫أو‬
ayat Tuhan mereka dan pertemuan َّ
َّ ُ ُ َّ َّ ۡ ُ ُ َّ ۡ ۡ َّ َّ َّ ٓ َّ َّ
denganNya, maka gugurlah amal-amal ‫يم ل ُه ۡم‬ ِ‫ول ِقائِهِۦ فحبِطت أعمَٰلهم فلا نق‬
mereka, maka Kami tidak akan
ٗ ۡ
memberikan timbangan untuk menilai ٢٠١‫يَّ ۡو َّم ٱلقِ َّيَٰ َّمةِ َّو ۡزنا‬
amal mereka, pada hari kiamat kelak.
ْ ُ َّ َّ َّ ُ َّ َّ َّ ۡ ُ ُ ٓ َّ َّ َّ َٰ َّ
Demikianlah, balasan mereka ialah ‫ذل ِك جزاؤهم جهنم بِما كفروا‬
Neraka Jahannam, disebabkan mereka
ُ َّ ْ ُ َّ َّ
ingkar dan mereka menjadikan ayat- ٢٠٦‫َّوٱتخذ ٓوا َّءايَٰتِي َّو ُر ُسل ِي ه ُز ًوا‬
ayatKu dan rasul
rasulKu sebagai ejek-ejekkannya.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 7


2. Intisari ayat 101 hingga 106 Surah Al Kahfi
 Orang yang telah tertutup pintu hatinya tidak akan dapat melihat tanda-tanda
kekuasaan Allah SWT.
 Allah SWT menyediakan neraka jahanam bagi sesiapa sahaja yang mensyirikanNya.
 Orang yang mempersendakan ayat Allah swt dan menghina para RasulNya ialah
golongan yang rugi.
 Orang yang ingkar perintah Allah SWT akan ditolak amal kebaikkannya pada hari
kiamat kelak.

INFO PINTAS
Abu Ad Darda’ RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda sesiapa
yang menghafal 10 ayat terakhir Surah Al Kahfi, maka dia akan terhindar
daripada fitnah dajjal. Riwayat Muslim

UNIT 2

1. Hafaz Surah Al Kahfi ayat 107 – 110.

َّ َّ َّ َٰ َّ ً ُ َّ ۡ ُ َٰ َّ َّ ۡ ُ َّ ۡ َّ َّ َٰ َّ َٰ َّ ْ ُ َّ َّ ْ ُ َّ َّ َّ َّ َّ
‫ِيها لا‬ ‫ خلِدِين ف‬٢٠١ ‫ت ٱلفِ ۡرد ۡو ِس ن ُزلا‬ ‫ت كانت لهم جن‬ ِ ‫إِن ٱلذِين ءامنوا وع ِملوا ٱلصل ِح‬
َّ َّ َّ
ُ َٰ ‫نف َّد كل َِّم‬ َّ َّ َّ ۡ َّ َّ َّ َّ َٰ َّ َّ ٗ َّ ُ ۡ َّ ۡ َّ َّ ۡ َّ ُ
ۡ َّ ٗ ۡ َّ َّ ُ ۡ
‫ت‬ ‫ح ُر ق ۡبل أن ت‬ ‫ت ر ِّب لنفِد ٱلب‬ ِ ‫ قل لو كان ٱلبحر مِدادا ل ِكل ِم‬٢٠١ ‫َّيبغون عن َّها ح َِّولا‬
ٞ َّ ُ َّ ٓ َّ َّ َّ َّ ُ ۡ ُ ُ ۡ ٞ َّ َّ ۠ َّ َّ ٓ َّ َّ ۡ ُ ٗ ۡ ۡ َّ َّ َّ
‫ َّوَٰحِد‬ٞ‫وح َٰٓي إِل َّي أن َّما إِل َٰ ُهك ۡم إِلَٰه‬ ‫ قل إِنما أنا بشر مِثلكم ي‬٢٠١ ‫ج ۡئ َّنا ب ِ ِمثلِهِۦ َّم َّددا‬
ِ ‫ر ِّب ولو‬
َّ َّ‫ادة ِ َّربهِۦٓ أ‬
٢٢٠ ‫ح َّ َۢدا‬
َّ َّ ۡ ۡ ُ َّ َّ ٗ َٰ َّ ٗ َّ َّ ۡ َّ ۡ َّ ۡ َّ ٓ َّ ْ َّ َّ
‫ف َّمن كان يَّ ۡر ُجوا ل ِقا َّء َّربِهِۦ فليعمل عملا صل ِحا ولا يشرِك بِعِب‬
َّ
ِ

MAKSUD AYAT PETIKAN AYAT


َّ َّ ْ ُ َّ ْ ُ َّ َّ ‫إ َّن ٱلَّذ‬
Sesungguhnya orang yang beriman dan ‫ت‬ِ َٰ‫ِين َّءامنوا َّوع ِملوا ٱلصَٰل ِح‬ ِ
beramal soleh, disediakan bagi mereka
ً ُ ُ ۡ َّ ۡ ۡ ُ َّ َّ ۡ ُ َّ ۡ َّ َّ
syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat ٢٠١ ‫كانت لهم جنَٰت ٱلفِردو ِس نزلا‬
tinggal.
ٗ ۡ َّ َّ ُ َّ َّ َّ َٰ َّ
Mereka kekal di dalamnya, dan tidak ٢٠١ ‫ِيها لا َّي ۡبغون عن َّها ح َِّولا‬ ‫خلِدِين ف‬
ingin berpindah daripadanya.

َّ َّ ٗ َّ ۡ ۡ َّ َّ َّ ُ
Katakanlah “Kalau semua jenis lautan ‫ت َّر ِّب‬ ِ َٰ ‫قل ل ۡو كان ٱل َّبح ُر مِدادا ل ِكل ِم‬
menjadi tinta untuk menulis kalimah-
َّ ُ َّ َّ َّ َّ َّ َّ َّ ۡ َّ ُ ۡ َّ ۡ َّ َّ َّ
kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis َٰ
‫لنفِد ٱلبحر قبل أن تنفد كل ِمت ر ِّب‬
ۡ َّ َّ
kering lautan itu sebelum habis kalimah-
ٗ ۡ
kalimah Tuhanku, walaupun Kami ٢٠١ ‫ج ۡئ َّنا ب ِ ِمثلِهِۦ َّم َّددا‬
ِ ‫ولو‬
tambahan lagi dengan lautan yang
sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

َّ َّ ُ ۡ ُ ُ ۡ ٞ َّ َّ ۠ َّ َّ ٓ َّ َّ ۡ ُ
Katakanlah, “Sesungguhnya Aku ‫وح َٰٓي إِل َّي‬‫قل إِنما أنا بشر مِثلكم ي‬
hanyalah seorang manusia seperti kamu,
ْ ُ ۡ َّ َّ َّ َّ َّ ٞ َّ ٞ َٰ َّ ۡ ُ ُ َٰ َّ ٓ َّ َّ َّ
di wahyukan kepada aku bahawa Tuhan ‫أنما إِلهكم إِله وَٰحِد فمن كان يرجوا‬
kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka
sesiapa yang berharap akan akan
bertemu Tuhannya, hendaklah ia
mengerjakan amal yang soleh dan

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 8


َّ َّ ٗ َّ ۡ ۡ َّ ٓ َّ
janganlah ia mempersekutukan sesiapa ‫ل ِقا َّء َّربِهِۦ فل َّي ۡع َّمل ع َّملا صَٰل ِٗحا َّولا‬
pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. َّ َّ ۡ ۡ
٢٢٠ ‫يُش ِرك بِعِ َّبادة ِ َّربِهِۦٓ أ َّح َّ َۢدا‬

2. Intisari ayat.
 Allah SWT akan mengurniakan syurga Firdaus kepada orang yang beramal soleh.
 Orang yang beramal soleh akan kekal di dalam syurga Firdaus.
 Kehebatan dan keluasan ilmu Allah SWT tiada tandingannya.
 Para rasul dilantik dalam kalangan manusia yang diberikan wahyu untuk
disampaikan kepada umatnya.
 Orang yang rindu untuk bertemu dengan Tuhannya akan sentiasa beramal soleh
serta menjauhi perbuatan syirik

TAJUK 3
HUKUM TAJWID : HUKUM MAD SILAH, MAD LAZIM DAN QALQALAH
(BIDANG AL QURAN)

1. Maksud Hukum Mad Silah ialah mad yang terdapat selepas huruf ha dhomir (‫ )ـه‬yang
berbaris kasrah (‫ )ـــِــ‬atau berbaris dhummah (‫)ـــُــ‬.

2. Mad Lazim ialah huruf mad bertemu dengan huruf yang bertanda sukun ketika bacaan
secara wasil atau waqaf. Cara bacaan 6 harakat.

3. Qalqalah ialah bunyi lantunan ketika menyebut huruf-huruf qalqalah.


Huruf qalqalah iaitu :‫ د‬، ‫ ج‬، ‫ ب‬، ‫ ط‬،‫ق‬
INFO PANTAS
Ha dhamir ialah ganti nama dalam bahasa yang bermaksud “Nya”.

Fawatihu Suwar ialah potongan ayat yang terdapat pada pembukaan s urah.
Idgham ialah di masukkan bunyi huruf pertama kepada huruf yang kedua.

4. Penerangan Huruf Mad Silah.

HUKUM JENIS MAKSUD CONTOH CARA BACA

Apabila ha dhamir (‫ )ــه‬terletak ‫ب إِلَى فِ ْر َع ْو َن‬


ْ ‫ا ْذ َه‬
2 harakat
MAD
SILAH
di antara dua huruf berbaris ‫إِنَّهو طَغَّى‬
bertemu dengan huruf hija’iah
ْ َ‫إِلَى قَ ْوِم ِه> غ‬
QASIRAH
MAD selain huruf (‫ )ء‬pada dua ‫ضبَ َن‬
SILAH
kalimah berlainan

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 9


MAD Apabila ha dhamir (‫ )ــه‬terletak 4 atau 5
SILAH
‫و‬ ‫سب أَن لَّ ْم يَ َره‬َ ‫أَيَ ْح‬ harakat
di antara dua huruf berbaris ‫َحد‬
TAWILAH
َ‫أ‬
bertemu dengan huruf (‫ )ء‬pada ِِ
‫سُ ْم‬َ ‫ا ْشتَ َرْوا به> أَنف‬
dua kalimah berlainan.

5. Penerangan Huruf Mad Lazim


HUKUM JENIS MAKSUD CONTOH CARA
BACA
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
Huruf mad bertemu dengan
‫َءالْ ئَ َن َوقَ ْد كنتم بِه‬ 6 harakat
KALIMI
Huruf mad huruf bertanda sukun yang ‫ت‬
َ ‫ص ْي‬
َ ‫َءالْ ئَ َن َوقَ ْد َع‬
bertemu tidak bersyaddah dalam satu
dengan huruf kalimah dan tidak di baca
bertanda secara idgham.
Mad Lazim Kalimi Musaqqal ‫ين‬ ِ َّ َ‫وال‬ 6 harakat
sukun dalam
satu kalimah Huruf mad bertemu dengan َ ‫ٱلض ال‬ َ
huruf bertanda sukun yang ‫ال‬
َ َ‫َو َحا َّجهو قَ ْومهو ق‬
bersyaddah dalam satu
kalimah dan di baca secara ‫أَت َح ُّجونِى فِى ٱللَّ ِه‬
MAD idgham.
LAZIM HARFI
Huruf mad
Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
Huruf mad yang terdapat
‫ان ِذى‬ ِ ‫ص وٱلْقرء‬
َْ َ
6 harakat

yang pada Fawatihu Suwar ِ


‫الذ ْك ِر‬
terdapat bertemu huruf yang bertanda
pada sukun yang tidak di baca ‫ع سق‬
Fawatihu secara idgham.
Suwar
bertemu Mad Lazim Harfi Musaqqal 6 harakat
huruf yang Huruf mad yang terdapat
‫ال م‬
bertanda pada Fawatihu Suwar
sukun yang bertemu huruf yang bertanda
ejaannya sukun yang dibaca secara
‫طس م‬
menjadi idgham.
hukum mad
asli.

6. Penerangan Qalqalah

HUKUM JENIS MAKSUD CONTOH CARA BACA

Huruf qalqalah yang Bunyi lantunan


QALQALAH berbaris sukun pada ‫ك فَالَ تَنسَى‬ َ ‫َسن ْق ِرئ‬ yang rendah
SUGHRA pertengahan kalimah ketika menyebut
atau pada hujung ‫ص َّد ْق َعلَْي نَا‬
َ َ‫َوت‬ huruf qalqalah
kalimah ketika bacaan yang berbaris
secara wasal. sukun.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 10


QALQALAH Huruf qalqalah yang Bunyi lantunan
QALQALAH berbaris sukun atau ‫ثَ َم نِ َى ِح َجج‬ yang kuat ketika
KUBRA sukun yang menyebut huruf
mendatang berada ‫َولَ ْم يولَ ْد‬ qalqalah ketika
pada hujung kalimah wakaf.
ketika bacaan secara
wakaf.

QALQALAH Huruf qalqalah yang Bunyi lantunan


AKHBAR berbaris syaddah ‫ال فِى‬
َ ‫َوالَ ِج َد‬ yang lebih kuat
pada hujung kalimah ketika menyebut
ketika bacaan secara ‫ْح ِج‬
َ ‫ٱل‬ huruf qalqalah
wakaf.
‫ق ِل ٱللَّه يَ ُْ ِدى‬ ketika wakaf.

‫ْح ِق‬ ِ
َ ‫لل‬

TAJUK 4 : LARANGAN RASUAH


SURAH AL BAQARAH : 188
(BIDANG AL QURAN)

1. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 188


َّ ۡ ۡ َّ َّ ٗ َّ ْ ُ ُ ۡ َّ ِ َّ ُ ۡ َّ ٓ َّ ْ ُ ۡ ُ َّ ۡ ُ ُ َّ َّ ْ ُ ُ ۡ َّ َّ
‫اس بِٱلإِث ِم َّوأنتُ ۡم‬
ِ ‫كلوا ف ِريقا م ِۡن أ ۡم َّو َٰ ِل ٱلن‬ ‫َّولا تأكل ٓوا أ ۡم َّوَٰلكم بَّ ۡي َّنكم بِٱل َّبَٰ ِط ِل وتدلوا بِها إِلي ٱلحكام ل ِتأ‬
َّ َّ َّ
٢١١ ‫ت ۡعل ُمون‬

MAKSUD AYAT PETIKAN AYAT


ُ َّ َٰ َّ ۡ َّ ْ ٓ ُ ُ ۡ َّ َّ َّ
Dan janganlah kamu makan (atau ‫ولا تأكلوا أمولكم‬
mengambil) harta orang lain
ۡ ُ
Antara kamu dengan jalan yang salah ‫بَّ ۡي َّنكم بِٱل َّبَٰ ِط ِل‬
َّ ُ ۡ َّ ٓ َّ ْ ُ ۡ ُ َّ
Dan jangan pula kamu memberi rasuah ِ ‫حك‬
‫ام‬ ‫وتدلوا بِها إِلي ٱل‬
kepada para hakim
ۡ ۡ َّ َّ ٗ َّ ْ ُ ُ ۡ َّ
Kerana hendak makan (atau mengambil) ِ ‫كلوا ف ِريقا م ِۡن أ ۡم َّو َٰ ِل ٱلن‬
‫اس بِٱلإِث ِم‬ ‫ل ِتأ‬
sebahagian daripada harta manusia
dengan dosa
َّ َّ َّ ُ َّ َّ
Sedangkan kamu mengetahui salahnya ٢١١ ‫نت ۡم ت ۡعل ُمون‬ ‫وأ‬

2. Larangan Allah SWT terhadap manusia yang mengambil harta orang lain secara haram
berdasarkan ayat iaitu
 Rasuah
 Riba
 Judi
 Mencuri
 Merompak
 Menipu
 Salah guna kuasa.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 11


3. Rasuah ialah sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran
dan membenarkan kepalsuan.

INFO PANTAS
Memalsukan kebenaran ialah memberikan rasuah kepada seseorang agar
menyimpan rahsia supaya kebenaran tidak dibongkarkan.

Membenarkan kepalsuan ialah memberikan rasuah untuk meluluskan sesuatu


projek sehingga menutup peluang orang lain yang lebih layak.

4. Empat bentuk kesalahan rasuah.


 Menipu atau menerima rasuah.
 Menawarkan atau memberikan rasuah.
 Menyalahgunakan kedudukan atau jawatan untuk kepentingan tertentu.
 Mengemukakan tuntutan palsu.

5. Kesan perbuatan rasuah


 Allah SWT dan RasulNya melaknat pemberi dan penerima rasuah.
 Menjadikan individu hilang harga diri kerana perbuatan itu berdosa.
 Melumpuhkan ekonomi negara akibat daripada kos pengurusan yang meningkat.
 Meningkatkan kes jenayah dalam masyarakat kerana sifat mementingkan diri
sendiri.

6. Pengajaran ayat.
Sebagai umat Islam, kita hendaklah:
 Mencari rezeki yang halal agar tidak menyalahi syariat Islam.
 Menjauhkan diri daripada memberi rasuah suapaya kita tidak menzalimi diri dan
masyarakat.
 Mengelakkan diri daripada melakukan sumpah palsu untuk mendapatkan
kepentingan tertentu.

TAJUK 5 : MEMAHAMI SUNNATULLAH


SURAH AL ‘IMRAN: 137 – 139
(BIDANG AL QURAN)

1. Firman Allah SWT dalam Surah Al ‘Imran ayat 137 – 139

َّ ٞ َّ َّ َّ َّ ۡ ُ َّ َّ َّ َّ َّ ْ ُ َّ َّ ۡ ْ ُ َّ ٞ َّ ُ ۡ ُ ۡ َّ ۡ َّ‫قَّ ۡد َّخل‬
ِ ‫ هَٰذا َّب َّيان ل ِلن‬٢١١‫ين‬
‫اس‬ ‫ۡرض فٱنظ ُروا ك ۡيف كان عَٰق َِّبة ٱل ُمك ِذ ِب‬ ِ ‫يروا ف ِي ٱلأ‬ ِ‫ت مِن قبل ِكم سنن فس‬
٢١١‫ِين‬َّ ‫نتم ُم ۡؤ ِمن‬ُ ‫نت ُم ۡٱلأَّ ۡعلَّ ۡو َّن إن ُك‬
ُ َّ‫ َّولَّا تَّه ُنوا ْ َّولَّا تَّ ۡح َّزنُوا ْ َّوأ‬٢١١‫ِين‬
َّ ‫ ل ِۡل ُم َّتق‬ٞ‫َّو ُه ٗدى َّو َّم ۡوع َِّظة‬
ِ ِ

MAKSUD AYAT PETIKAN AYAT


Sesungguhnya telah berlaku sebelum ُ َّ ۡ َّ‫قَّ ۡد َّخل‬
‫ن‬ٞ ‫ت مِن ق ۡبل ِك ۡم ُس َّن‬
kamu sunnah-sunnah (peraturan dan
ketetapan Allah)
َّ ۡ ْ ُ َّ
Maka mengembaralah kamu di muka ِ ‫ِيروا ف ِي ٱلأ‬
‫ۡرض‬ ‫فس‬
bumi

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 12


ُ َّ َّ َّ َّ َّ ْ ُ َّ
Kemudian, perhatikanlah bagaimana ‫فٱنظ ُروا ك ۡيف كان عَٰقِ َّبة‬
kesudahan golongan pendusta
َّ ‫ك ِذب‬َّ ُ ۡ
٢١١‫ين‬ ِ ‫ٱلم‬
َّ ٞ َّ َّ
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada ‫اس‬ ِ ‫هَٰذا َّب َّيان ل ِلن‬
seluruh umat manusia.
Dan petunjuk serta pengajaran bagi ٢١١‫ين‬ َّ ِ‫ ل ِۡل ُمتَّق‬ٞ‫َّو ُه ٗدى َّو َّم ۡوع َِّظة‬
orang yang (hendak) bertakwa.
ْ ُ َّ ۡ َّ َّ َّ ْ ُ َّ َّ َّ
Dan janganlah kamu berasa lemah, dan ‫ولا ت ِهنوا ولا تحزنوا‬
janganlah kamu berduka cita,
Padahal kamulah orang yang tertinggi َّ ‫نتم ُم ۡؤ ِمن‬
٢١١‫ِين‬ ُ ‫نت ُم ۡٱلأَّ ۡعلَّ ۡو َّن إن ُك‬ ُ َّ‫َّوأ‬
(darjatnya) jika kamu orang yang
ِ
beriman.

2. Sebab turun ayat 139.

Ibnu Abbas RA berkata: Ketika para sahabat Nabi SAW mengalami kekalahan dalam
Perang Uhud, lalu Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah janganlah engkau biarkan mereka
menewaskan kami, Ya Allah tiada daya melainkan kekuatanMu, Ya Allah tiada lagi yang akan
menyembahMu kecuali kumpulan kami ini, maka bantulah kami”. Lalu turunlah ayat ini.

INFO PANTAS
Perang Uhud berlaku pada tahun ke-3 Hijrah/625 Masihi antara tentera Islam dengan
kaum kafir quraisy. Peperangan ini dinamakan Perang Uhud kerana berlaku di Bukit
Uhud.

3. Maksud Sunnatullah
Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada
siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.

4. Konsep Sunnatullah
 Bersifat tetap dan kekal dengan izin Allah SWT.
 Merangkumi semua makhluk.
 Berasaskan konsep sebab, musabab dan akibat. Contohnya kejadian awan dan
hujan berlaku melalui proses penyejatan dan kondensasi.

5. Kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah umat terdahulu.

5.1. Dapat mengenalpasti sebab kejayaan umat terdahulu.

CONTOH SEBAB KEJAYAAN AKIBAT


Kaum Nabi Yusuf Meyimpan bekalan semasa Selamat menghadapi
AS musim menuai atas kemarau panjang
nasihat Nabi Yusuf AS. selama 7 tahun.
Thalut dan Mempunyai kelebihan ilmu Dapat menewaskan
tenteranya pengetahuan dan tubuh tentera Khalut yang
yang kuat. ramai.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 13


5.2. Dapat mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu.

CONTOH SEBAB KEMUSNAHAN AKIBAT


Kaum Tsamud Bersifat angkuh dan Dibinasakan dengan
(umat Nabi menuduh Nabi Saleh petir dan gempa bumi
Saleh AS) pendusta. yang dasyat.
Kaum Lut (umat Ingkar perintah Allah SWT Dibinasakan dengan
Nabi Lut AS) dengan mengamalkan bumi diterbalikkan.
homoseks.

5.3. Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang teguh pada akidah
yang benar dan berakhlak mulia.

6. Kesan memahami Sunnatullah


 Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan dan kehendak
Allah SWT yang Maha Bijaksana.
 Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan.
 Menerima ketetapan Allah SWT dengan bersikap positif dalam setiap keadaan.
 Mengkaji dan menyelidiki kejadian alam untuk pembangunan dan kemajuan umat
Islam.
 Membentuk jati diri dan semangat jihad yang tinggi dalam berdepan dengan
cabaran kehidupan.

INFO PANTAS

Fenomena yang berlaku di muka bumi adalah sebagai satu bentuk pendidikan
dan peringatan kepada manusia agar kembali kepada landasan dan matlamat
hidup yang sebenar berteraskan syariat Islam.

7. Pengajaran ayat.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah:


 Meyakini bahawa Allah SWT telah mengatur kehidupan manusia bersesuaian dengan
peraturan dan ketetapanNya.
 Mengembara di muka bumi supaya dapat mengetahui dan menyelidiki Sunnatullah
 Mengkaji dan menyelidiki sejarah umat terdahulu agar menjadi pendoman dalam
kehidupan.
 Meyakini bahawa Al-Quran ialah petunjuk ke arah kebenaran bagi orang yang
beriman dan bertakwa.
 Menjauhi sikap lemah dan mudah berputus asa ketika menerima ujian dalam hidup
 Menjaga keimanan agar beroleh kedudukan yang tinggi sisi Allah SWT.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 14


TAJUK 6 : LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA
SURAH AL AN’AM: 70
(BIDANG AL-QURAN)

1. Firman Allah SWT dalam Surah Al An’am ayat 70


َّ َّ ۡ َّ َّ َّ َّ َۢ ُ ۡ َّ َّ َّ ۡ ُ َّ ٓ ۡ َّ َّ َّ ۡ ُ ُ َٰ َّ َّ ۡ ُ ُ ۡ َّ َّ َّ ٗ ۡ َّ َّ ٗ َّ ۡ ُ َّ ْ ُ َّ َّ َّ َّ َّ َّ
‫ت ل ۡي َّس ل َّها‬ ‫وذرِ ٱلذِين ٱتخذوا دِينهم لعِبا ولهوا وغرتهم ٱلحيوة ٱلدنيا َۚ وذكِر بِهِۦ أن تبسل نفس بِما كسب‬
ٞ ‫ِين ُأبۡسِلُوا ْ ب َّما َّك َّس ُبوا ل ُه ۡم َّش َّر‬
َّ ْ َّ َّٓ ْ ُ ٓ َّ ۡ ۡ َّ ۡ ُ َّ ۡ َّ َّ ُ ۡ ۡ َّ
َّ ‫ك ٱلَّذ‬ ٞ ‫ل َّولَّا َّشف‬ ٞ ‫ٱلِلِ َّو‬ َّ ُ
‫اب‬ ِ ِ ‫لئ‬
َٰ ‫ِيع ِإَون تعدِل كل عد ٖل لا يؤخذ مِنها أو‬ ِ ‫ون‬
ِ ‫مِن د‬
َّ ُ ۡ ْ ُ َّ ُ ‫اب أَّل‬
١٠‫ِيم َۢ ب ِ َّما كانوا يَّكف ُرون‬ ٌ ‫م ِۡن َّح ِميم َّو َّع َّذ‬
ٖ

MAKSUD AYAT PETIKAN AYAT


َّ َّ َّ ْ ُ َّ َّ َّ َّ َّ َّ
Dan tinggalkanlah orang yang menjadikan ‫ِين ُه ۡم لعِ ٗبا َّول ۡه ٗوا‬ ‫وذرِ ٱلذِين ٱتخذوا د‬
agama mereka sebagai permainan dan
gurauan
ۡ ُ ُ َّ ۡ ُ ُ ۡ َّ َّ َّ
Serta mereka telah ditipu oleh kehidupan
َۚ ‫ح َّي َٰوة ٱلدن َّيا‬ ‫وغرتهم ٱل‬
dunia

Ingatlah (mereka) dengan Al-Quran itu ۡ‫س ب َّما َّك َّس َّبت‬
َۢ ُ ‫َّو َّذك ِۡر بهِۦٓ أَّن تُبۡ َّس َّل َّن ۡف‬
agar diri masing-masing tidak terjerumus ِ ِ
(kedalam neraka) disebabkan apa-apa
yang telah diusahakannya.
Tidak ada baginya pelindung dan tidak ٞ ‫ل َّولَّا َّشف‬
‫يع‬ ِ
َّ
ٞ ‫ٱلِلِ َّو‬ ‫ون‬
ُ
‫د‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫ا‬‫ه‬َّ َّ ‫لَّ ۡي َّس ل‬
juga pemberi syafaat selain Allah SWT ِ ِ
ٓ َّ ۡ ۡ َّ ۡ ُ َّ ۡ َّ َّ ُ ۡ ۡ َّ
Jika dia hendak menebus (dirinya) dengan ‫ِإَون تعدِل كل عد ٖل لا يؤخذ مِنها‬
segala jenis tebusan, (pasti) tidak akan
diterima daripadanya.
ْ ُ َّ َّ َّ ْ ُ ۡ ُ َّ َّ َّ َّٓ ْ ُ
Mereka itulah orang yang dihancurkan ‫لئِك ٱلذِين أبسِلوا بِما كسبوا‬
َٰ ‫أو‬
oleh Allah SWT disebabkan apa-apa yang
telah diusahakan oleh mereka
َّ ٌ َّ َّ َّ َّ ۡ ٞ َّ َّ ۡ ُ َّ
Bagi mereka disediakan minuman ‫ِيم َۢ ب ِ َّما‬
ُ ‫اب أل‬ ‫يم وعذ‬ ٖ ‫لهم شراب مِن ح ِم‬
daripada air panas yang mengelegak dan
َّ ُ ۡ ْ ُ َّ
azab yang pedih kerana mereka kafur ١٠‫كانوا يَّكف ُرون‬
(ketika hidupnya)

2. Bentuk perbuatan mempersendakan Islam


 Berasa bangga mempersendakan nama Allah SWT.
 Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah SAW.
 Menghina golongan ulamak dan orang soleh.
 Mentafsir Al-Quran mengikut hawa nafsu dan logik akal semata-mata.
 Menyanjung perbuatan maksiat.
 Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 15


3. Cara menjaga kesucian Islam
 Memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan di semua lapisan
masyarakat.
 Mencontohi keperibadian mulia Rasulullah SAW.
 Meningkatkan kualiti ibadat fardhu dan sunat demi menjamin keutuhan akidah.
 Meninggalkan segala perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam.
 Mengamalkan tuntutan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan.
 Penguatkuasaan undang-undang dengan mengenakan hukuman dan denda yang
berat kepada pesalah.

4. Kesan mempersendakan Islam


 Boleh membatalkan iman.
 Tidak dipandang oleh Allah SWT di akhirat.
 Tidak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

5. Pengajaran ayat
Sebagai umat Islam, kita hendaklah:
 Menjauhkan diri daripada golongan yang mempersendakan agama demi menjaga
kesucian Islam.
 Menyedari bahawa perbuatan menjadikan agama sebagai alat permainan dan
gurauan ialah sebahagian daripada tipu daya dunia.
 Sentiasa memberikan peringatan kepada orang yang mempersendakan agama
berpandukan ajaran Al-Quran dan As Sunnah.
 Meyakini bahawa Allah SWT tidak akan memberikan perlindungan dan syafaat
kepada orang yang mempersendakan agama.
 Menyedari perbuatan mempersendakan agama akan di azab oleh Allah SWT dengan
seksaan api neraka

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 16


TAJUK 7 : DAKWAH PEMAJU KEMAJUAN
SURAH FUSSILAT: 33
(BIDANG AL QURAN)

1. Firman Allah SWT dalam Surah Fussilat ayat 33.

َّ ‫َّو َّم ۡن أ َّ ۡح َّس ُن قَّ ۡو ٗلا م َِّمن َّد َّعا ٓ إلَّي ٱ َّلِلِ َّو َّع ِم َّل َّصَٰل ِٗحا َّوقَّ َّال إنَّن ِي م َِّن ٱل ۡ ُم ۡسل ِ ِم‬
١١ ‫ين‬ ِ ِ

MAKSUD AYAT PETIKAN AYAT


ٗ ۡ َّ ُ َّ ۡ َّ ۡ َّ َّ
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya ‫ومن أحسن قولا‬
َّ َّ ٓ َّ َّ َّ
Daripada orang yang menyeru manusia kepada ِ ‫مِمن دعا إِلي ٱلِل‬
Allah
َّ َّ َّ
Dan beramal soleh ‫َّوع ِمل صَٰل ِٗحا‬
Dan berkata sesungguhnya aku daripada َّ ‫َّوقَّ َّال إنَّن ِي م َِّن ٱل ۡ ُم ۡسل ِ ِم‬
١١‫ين‬
kalangan orang Islam.
ِ

INFO
Muqri’ (pakar rujuk tilawah Al-Quran) dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW ialah:
- Abdullah bin Mas’ud ra - Salim Maula Abi Huzaifah ra
- Ubai bin Kaab ra - Muaz bin Jabbal ra

2. Maksud Dakwah ialah menyeru supaya melakukan perkara yang diperintah oleh Allah
SWT dan meninggalkan larangannya.

3. Di antara tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam ayat

3.1. Berdakwah
 Mengajak dan menyeru manusia supaya takut kepada Allah SWT dengan pendekatan
terbaik.

3.2. Beramal Soleh


 Amalan soleh ialah perbuatan baik yang dilakukan mengikut panduan Al-Quran dan
As Sunnah dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
 Contoh amalan soleh ialah ibadat khusus seperti solat dan ibadat umum seperti
berakhlak mulia.

3.3. Menjadikan Islam sebagai cara hidup


 Setiap muslim di tuntut supaya menjadikan Islam sebagai cara hidup, iaitu
melaksanakan ajaran Islam dalam semua bidang kehidupan.

4. Pengajaran ayat
Sebagai umat Islam, kita hendaklah:
 Berdakwah kerana dakwah ialah sunnah Rasulullah SAW.
 Beramal soleh supaya menjadi contoh kepada orang lain.
 Menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 17


Bidang Hadis

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 18


BAB 8 : HINDARI DOSA-DOSA BESAR
(BIDANG HADIS)

1. Sabda Rasulullah SAW:

َ َ‫َع ْن أَبِي ُهَريْ َرةَ رضي الله عنه َع ِن النَّبِ ِي صلى الله عليه وسلم ق‬
:‫ال‬
،‫س الَّتِي َحَّرَم اللهُ إِالَّ بِالْ َح ِق‬ ِ ‫الله و‬
ِ ‫الس ْحُر َوقَتْل النَّ ْف‬ ِ ِ ِ َ َ‫الله! وما ه َّن؟ ق‬ ِ ‫ول‬ ِ ‫السبع الْموبَِق‬ ِ
ُ َ ‫ الش ْرُك ب‬:‫ال‬ ُ ََ َ ‫ يَا َر ُس‬:‫ قَالُوا‬.‫ات‬ ُ َ ْ َّ ‫اجتَن ُبوا‬ ْ
ِ ِ ِ ِ ِ
.‫صنَات الْ ُم ْؤمنَات الْغَافالَت‬ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ف الْ ُم ْح‬
ُ ‫ َوقَ ْذ‬،‫الز ْحف‬ َّ ‫ َوالت ََّولي يَ ْوَم‬،‫َوأَ ْك ُل َمال الْيَتيم‬
)‫(متفق عليه‬
MAKSUD HADIS PETIKAN HADIS
Jauhilah 7 perkara yang merosakkan ِ ‫السبع الْموبَِق‬
‫ات‬ ِ
ُ َ ْ َّ ‫اجتَن ُبوا‬ ْ
Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW apakah ‫الله! َوَما ُه َّن؟‬ِ ‫ول‬ َ ‫ يَا َر ُس‬:‫قَالُوا‬
perkara itu?
Baginda bersabda: Syirik kepada Allah SWT dan ِ ‫الله و‬
‫الس ْح ُر‬ ِ ِ ِ َ َ‫ق‬
sihir َ ‫ الش ْرُك ب‬:‫ال‬
Dan membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ،‫س الَّتِي َحَّرَم اللهُ إِالَّ بِالْ َح ِق‬ ِ ‫َوقَ ْتل النَّ ْف‬
ُ
SWT kecuali dengan kebenaran,
Dan makan riba dan makan harta anak yatim, ،‫َوأَ ْك ُل َم ِال الْيَتِي ِم‬
Dan lari daripada medan perang, ،‫ف‬ َّ ‫َوالت ََّولِي يَ ْوَم‬
ِ ‫الز ْح‬
Dan membuat tuduhan berzina terhadap wanita ِ َ‫ات الْغَافِال‬
.‫ت‬ ِ َ‫ات الْمؤِمن‬ ِ َ‫ف الْمحصن‬
yang beriman yang suci dan terpelihara ُْ َ ْ ُ ُ ‫َوقَ ْذ‬
(daripada maksiat).

INFO PANTAS
Maksud Al Mubiqat ialah Al Muhlikat, iaitu perkara yang membinasakan atau
merosakkan.

2. Tujuh dosa besar yang terdapat dalam hadis.


 Syirik kepada Allah SWT.
 Sihir.
 Membunuh.
 Makan riba.
 Makan harta anak yatim.
 Lari daripada medan perang.
 Menuduh perempuan yang beriman dan suci berzina.

3. Huraian tentang TUJUH DOSA BESAR.

3.1. SYIRIK

DOSA BESAR MAKSUD CONTOH KESAN


Menyekutukan 1. Menyembah berhala. Merosak
JALI (NYATA) Allah SWT dengan 2. Meyakini Nabi Isa sebagai anak kan
sesuatu pada zat, Allah akidah.
sifat dan 3. Meyakini alam dikuasai selain
perbuatan. Allah SWT.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 19


DOSA BESAR MAKSUD CONTOH KESAN
Melakukan sesuatu 1. Melakukan solat kerana Merosak
KHAFI amalan bukan mengharapkan pujian manusia. kan
(SEMBUNYI) bertujuan kerana 2. Berasa hebat dengan amalan pahala
Allah SWT. sendiri. amalan.
3. Sombong dengan kelebihan
duniawi yang dilakukan.

3.2 SIHIR

MAKSUD CONTOH KESAN


Perbuatan yang 1. Santau 1. Mengakibatkan kesakitan tubuh
memudaratkan orang lain 2. Pukau badan.
dengan bantuan jin. 3. Minyak 2. Mencetus pergaduhan.
pengasih 3. Memporak-perandakan rumah
4. Pelaris tangga.
4. Menyebabkan kematian.

3.3 MEMBUNUH

MAKSUD CONTOH KESAN


Perbuatan 1. Menembak dengan senjata api. 1. Menyusahkan keluarga
menghilangkan 2. Menikam dengan pisau. mangsa.
nyawa 3. Meletakkan racun dalam 2. Kehidupan masyarakat
seseorang. makanan atau minuman. berpecah-belah

3.4 MAKAN RIBA

MAKSUD CONTOH KESAN


Pertambahan bayaran 1. Hutang yang menetapkan 1. Berlaku penindasan
dalam urusan faedah bayaran dengan 2. Melumpuhkan ekonomi
pertukaran barang dan peratusan tertentu. umat Islam.
hutang piutang.

3.5. MAKAN HARTA ANAK YATIM

MAKSUD CONTOH KESAN


Menggunakan harta 1. Membelanjakannya untuk 1. Mengakibatkan
anak yatim dengan kegunaan peribadi pemegang penindasan.
cara yang tidak amanah secara berlebih- 2. Menjejaskan hubungan
dibenarkan oleh lebihan. kekeluargaan.
syarak. 2. Menyalahgunakan harta anak
yatim.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 20


3.6. LARI DARI MEDAN PERANG

MAKSUD CONTOH KESAN


Meninggalkan 1. Melarikan diri daripada pasukan 1. Keselamatan umat
medan peperangan yang sedang bertempur Islam dan negara akan
dalam menghadapi menghadapi serangan musuh. terancam.
musuh. 2. Enggan mempertahankan 2.Negara terdedah kepada
Negara apabila diarahkan. penjajahan dan campur
tangan asing.

3.7. MENUDUH PEREMPUAN YANG BERIMAN DAN SUCI BERZINA

MAKSUD CONTOH KESAN


Menuduh wanita Islam yang baik 1. Percakapan atau 1. Menjatuhkan maruah.
melakukan zina tanpa membawa pertuduhan yang 2. Mencetus
saksi. jelas. perbalahan.

4. Pengajaran hadis.
Kita hendaklah:
 Sentiasa memelihara diri daripada perbuatan syirik kerana syirik merosakkan
akidah.
 Menghindarkan diri daripada perbuatan membunuh kerana ianya melanggar hak
asasi manusia.
 Bersikap amanah dalam mengurus harta anak yatim untuk memelihara hak orang
lain.
 Mempertahankan keamanan Negara supaya Islam dapat ditegakkan.
 Menghindarkan diri daripada menuduh orang berzina tanpa bukti supaya maruah
umat Islam terpelihara.

INFO PANTAS
Maksud Al Ghaafilat ialah orang yang bersih hati dan pemikirannya daripada
lintasan dan niat untuk melakukan perzinaan dan sentiasa memelihara diri daripada
terjebak ke dalam maksiat.

TAJUK 9 : KEMULIAAN BERDIKARI


(BIDANG KEFAHAMAN HADIS)

1. Sabda Rasulullah SAW (Hadis Riwayat Bukhari):

‫َح ُد ُك ْم ُح ْزَمةً َعلَى ظَ ْه ِرهِ ََْي ر لَهُ ِم ْن أَ ْن‬


َ‫بأ‬
ِ َ َ‫َع ْن أَبِي ُهَريْ َرةَ رضي الله عنه َع ِن النَّبِ ِي صلى الله عليه وسلم ق‬
َ ‫ ََلَ ْن يَ ْحتَط‬:‫ال‬
.ُ‫َح ًدا فَيُ ْع ِطيَهُ أ َْو يَ ْمنَ َعه‬
َ ‫يَ ْسأ ََل أ‬
)‫(رواية البخاري‬

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 21


MAKSUD HADIS PETIKAN HADIS
Jika seseorang daripada kamu menggumpul kayu api ‫َح ُد ُك ْم ُح ْزَمةً َعلَى ظَ ْه ِرِه‬ ِ
dan menanggungnya di atas belakangnya (untuk َ‫بأ‬َ ‫ََلَ ْن يَ ْحتَط‬
dijual)
ِ
َ ‫ََْي ر لَهُ م ْن أَ ْن يَ ْسأ ََل أ‬
Pasti lebih baik daripada dia meminta-minta kepada ‫َح ًدا‬
seseorang
Lalu orang itu memberi kepadanya atau menolaknya. .ُ‫فَيُ ْع ِطيَهُ أ َْو يَ ْمنَ َعه‬

2. Maksud BERDIKARI ialah berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuan orang
lain.

3. Konsep berdikari ialah :


 Menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah SWT seperti kekuatan tubuh
badan dan kecerdikan akal untuk perkara yang bermanfaat.
 Membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain demi memelihara maruah diri.
 Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan.
 Berazam dengan hemah yang tinggi untuk meningkatkan kualiti diri, masyarakat dan
negara.
 Berusaha bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan.

4. Kelebihan berdikari
 Agama - Menjadikan Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin berusaha.
 Ekonomi – Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal.
 Pendidikan – Melahirkan modal insan yang berpakaran tinggi melalui penerokaan
ilmu dan kemahiran.
 Kemasyarakatan – Memperkasakan daya saing masyarakat untuk mempertingkat
taraf kehidupan.

5. Antara pekerjaan para nabi dan rasulullah SAW untuk menyara kehidupan keluarga.
 Nabi Adam – Petani.
 Nabi Idris – Tukang jahit.
 Nabi Musa – Penternak kambing.
 Nabi Daud – Tukang besi.
 Nabi Zakaria – Tukang kayu.
 Nabi Muhammad – Pengembala kambing, peniaga

6. Pengajaran hadis
Sebagai umat Islam, kita hendaklah:
 Memandang mulia kepada pekerjaan yang halal walaupun hasilnya sedikit.
 Menghindari perbuatan meninta-minta dan bergantung pada orang lain demi
memelihara kemuliaan dan maruah diri.
 Mencari ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik.
 Membantu orang yang memerlukan pertolongan mengikut keupayaan agar hidup
dihormati.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 22


Bidang Aqidah

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 23


TAJUK 10: ALLAH SWT MAHA PEMBALAS DAN MAHA PERKASA
(BIDANG AQIDAH)

UNIT 1: AL MUNTAQIM

1. Maksud Al Muntaqim ialah nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha
Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.

2. Dalil naqli nama Allah SWT Al Muntaqim

 Allah SWT berfirman dalam Surah Az-Zukhruf Ayat 41),


َ َ ‫ك فَإنَا م ِۡن ُهم ُم‬
١٤ ‫نت ِق ُمون‬
َ َ ََ َۡ َ َ
ِ ِ ‫فإِما نذهبن ب‬
Ertinya : Maka kalaulah Kami wafatkan engkau, sesungguhnya Kami tetap akan menyiksa
mereka.

3. Kefahaman mengenai nama Allah SWT Al Muntaqim


 Allah SWT memberikan pembalasan dengan siksaan neraka terhadap orang yang
menolak peringatan Al-Quran.
 Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa Ad-Dukhan, iaitu kaum quraisy ditimpa
dengan kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutupi mereka kerana mereka
menolak dakwah Rasulullah SAW.
 Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang agamaNya
setelah diutuskan Rasulullah SAW dan diberi keterangan yang jelas.

UNIT 2: AL JABBAR

1. Maksud Al Jabbar ialah nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang
Maha Berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehendakNya.

2. Dalil naqli nama Allah SWT Al Jabbar

 Allah SWT berfirman dalam Surah Al Hasyr Ayat 23:


َ َ َ َ َٰ َ ۡ ُ ُ َ َ ُ ۡ ُ َ َ ۡ ُ َ ۡ ُ ۡ َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ۡ ُ َٰ َ َ
‫وس ٱلسلم ٱلمؤمِن ٱلمهي ِمن ٱلعزِيز ٱلجبار ٱلمتكبِر سبحن ٱلل ِ عما‬ ُ ‫لل ٱلَذِي لَا ٓ إ َل َٰ َه إلَا ُه َو ٱل ۡ َمل ُِك ٱلۡ ُق ُد‬
ُ َ ‫ُه َو ٱ‬
ِ ِ
َ ُ ۡ
٣٢ ‫يُشرِكون‬
Ertinya : Dialah Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia. Yang menguasai (seluruh alam), yang
Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Maha Melimpahkan keamanan, yang Maha Memelihara
keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Berkuasa, yang memiliki segala keagungan.
Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan.

3. Penerangan tentang nama Allah SWT bersifat Al Jabbar


 Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam. Semua makhluk berada dalam
pemerintahan-Nya
 Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatan-Nya. Setiap perbuatan Allah SWT
mengandungi hikmah yang tersembunyi.
 Manusia wajib bersifat merendah diri kerana Allah SWT akan mencampakkan makhluk-
Nya yang bersikap takbur dan bongkak ke dalam Neraka Jahannam.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 24


TAJUK 11 : PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
(BIDANG AQIDAH)

1. Iman boleh terbatal melalui iktiqad, perkataan dan perbuatan.

1.2. BATAL IMAN MELALUI IKTIQAD BESERTA CONTOH

Batal iman melalui iktiqad bermaksud tidak percaya atau ragu-ragu dengan perkara yang
berkaitan dengan ketuhanan, kenabian, ghaib dan syariah.
Contoh iktikad yang membatalkan iman
‫ األُلُو ِهيَّة‬- Ketuhanan
 Mengingkari kewujudan Allah SWT sebagai pencipta.
 Mengingkari sifat kesempurnaan Allah SWT seperti Allah Maha Mendengar dan
Maha Melihat.
 Menyifatkan Allah SWT dengan sifat yang tidak layak bagi Allah SWT.
 Meyakini kewujudan kuasa lain yang memerintah alam.

‫ النُّبُ َّوة‬- Kenabian


 Mengingkari kenabian dan kerasulan salah seorang atau semua nabi dan rasul.
 Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul dan nabi terakhir.

‫ الغَ ْيبِيَّات‬- Ghaib


 Mengingkari hari kiamat atau peristiwa yang berlaku di Mahsyar dan pembalasan
syurga dan neraka.
 Mengingkari kewujudan alam barzakh atau azab kubur.
 Mengingkari kewujudan malaikat dan jin.

Syariah
 Mengingkari rukun Islam atau satu daripadanya.
 Mengingkari hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT seperti mengingkari
pengharaman zina atau menghalalkan liwat dan musahaqah.
 Beriktikad bahawa undang-undang syariah berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah
ialah undang-undang yang lapuk dan tidak sesuai yang di amalkan.

1.3. BATAL IMAN MELALUI PERATAAN BESERTA CONTOH

Batal iman melalui perkataan bermaksud mengandungi pengakuan kufur atau penafian
akidah Islam atau mempersendakan hukum-hukum Islam.

Contoh perkataan yang boleh membatalkan iman

1. Pengakuan yang mengandungi kufur


 “Saya tidak lagi beragama Islam”.
 “Al-Quran sudah tidak sesuai lagi di amalkan”.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 25


2. Penafian akidah Islam
 “Saya tidak percaya adanya malaikat Rakib dan Atid”.
 “Rasulullah SAW pun buat dosa”.

3. Persendaan hukum-hukum Islam


 “Zaman sekarang tidak perlu menutup aurat lagi”.
 “Bilal itu telah menyalak seperti anjing”.

1.4. BATAL IMAN MELALUI PERBUATAN BESERTA CONTOH

Batal iman melalui perbuatan maksudnya melakukan perbuatan atau amalan yang jelas
menunjukkan kekufuran.

Contoh batal iman melalui perbuatan


 Sujud kepada berhala atau makhluk dengan sengaja.
 Meletakkan peralatan agama lain dan memberikan penghormatan kepadanya.
 Melakukan upacara ibadat agama lain.
 Mengoyak mashaf Al-Quran atau meletakkan ayat suci Al-Quran, hadis-hadis nabi,
nama-nama Allah SWT, rasul, malaikat dan buku agama di tempat yang tidak sesuai
dengan tujuan menghina atau merendah-rendahkannya.

2. Syarat terbatal iman


 Mengetahui perkara yang dilakukan membawa diri kepada kufur.
 Mengingkari perkara asas dalam Islam seperti perkara yang berkaitan dengan
rukun Iman dan rukun Islam.
 Melakukan perkara yang jelas membawa diri kepada kufur.
 Melakukan sesuatu perkara dengan sengaja dan pilihan sendiri tanpa sebarang
paksaan.

3. Kesan melakukan perkara yang membatalkan iman


 Rosak segala amalan soleh dan ibadat yang dilakukan.
 Tidak diampunkan dosanya oleh Allah SWT sekiranya tidak bertaubat dan kembali
kepada Islam.
 Diharamkan memasuki syurga, sebaliknya akan kekal di dalam neraka.
 Hilang hak terhadap harta pusaka yang ditinggalkan oleh keluarga muslim.

4. Cara menjauhi perkara yang membatalkan iman


 Ilmu – Mendalami ilmu akidah Islam supaya dapat mendalami batas-batas iman dan
kufur.
 Sahabat – Bersahabat dengan orang soleh yang dapat membimbing diri kepada
kebaikkan.
 Amal – Melakukan amalan soleh yang boleh mengukuhkan keimanan dan keyakinan
kepada Allah SWT dan rasul.
 Kaji – Memastikan sesuatu kepercayaan dan amalan berdasarkan Al-Quran dan Al-
Sunnah.
 Doa – Berdoa dan memohon petunjuk Allah SWT agar sentiasa istiqamah di atas
agama Islam.
 Taubat – Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah SWT atas
dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 26


TAJUK 12 : HINDARI AJARAN SESAT
(BIDANG AQIDAH)

1. Maksud ajaran sesat ialah ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan
hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan As Sunnah.

2. Ciri ajaran sesat :

Aspek Al-Quran dan Hadis


 Memahami dan mentafsir Al-Quran dengan logik akal semata-mata tanpa mengikut
disiplin ilmi yang betul.
 Meyakini bahawa terdapat Al-Quran lain yang tersembunyi.
 Hanya berpegang teguh dengan Al-Quran dan menolak hadis sebagai sumber hukum
Islam.

Aspek Akidah
 Mengaku menjadi nabi atau rasul.
 Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam Mahdi.
 Mendakwa gurunya dapat menebus dosa.
 Memuja makhluk untuk mendapat sesuatu kelebihan
 Mempercayai semua agama benar dan menuju ke syurga.
 Menolak alam ghaib seperti roh, malaikat dan jin.

Aspek Ibadah
 Menolak kewajipan ibadah fardhu.
 Beribadah dengan hanya berzikir bagi mengantikan solat.
 Menunaikan ibadah haji di tempat yang dianggap suci selain Mekah Al Mukaramah.
 Menghalalkan perzinaan atas nama nikah.

Aspek Akhlak
 Mengejek, merendah-rendahkan dan mempersendakan sahabat nabi Muhammad SAW.
 Bersikap taksub dengan ajaran guru sehingga menganggap hanya kumpulannya yang
benar.
 Memperkecilkan amalan masyarakat berdasarkan sunnah Rasulullah SAW sebaliknya
berbangga dengan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam

INFO PANTAS
Liberalisme agama ialah aliran pemikiran yang menyeru kepada kebebasan dan
keterbukaan dalam mentafsir agama.

Pluralisme Agama ialah aliran yang menganggap semua agama sama dan membawa
kebaikan.

3. Akibat buruk melakukan ajaran sesat :

Agama
 Melemahkan iman dan merosakkan akidah.
 Menjatuhkan imej umat Islam.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 27


Ekonomi
 Melahirkan individu yang pasif dan malas.
 Membelanjakan wang pada perkara yang tidak berfaedah.

Politik
 Mengugat kestabilan politik akibat tindakan keganasan.
 Mewujudkan suasana politik yang tidak harmoni akibat taksub kepada pemimpin
kumpulan.

Kemasyarakatan
 Membentuk individu masyarakat yang bersikap agresif dan kasar.
 Memutuskan hubungan silaturrahim dan persaudaraan Islam.

4. Cara menjauhi ajaran sesat


 Ilmu - Mempelajari akidah yang sebenar berdasarkan manhaj ahli sunnah wal jamaah.
 Sahabat - Menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang yang dicurigai ilmu dan
amalannya.
 Amal - Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar mengikut panduan Al-Quran
dan As Sunnah.
 Kaji - Mencari maklumat daripada sumber yang sahih supaya tidak terpengaruh dengan
ajaran sesat.
 Doa - Berdoa memohon petunjuk agar sentiasa berada di jalan yang benar.
 Taubat - Bertaubat kepada Allah SWT atas keterlanjuran mengikuti dan beramal dengan
ajaran sesat.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 28


Bidang Feqah

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 29


TAJUK 13 : HAJI DAN UMRAH
(BIDANG FEQAH)

1. Maksud Haji dan Umrah

Haji:
 Dari segi bahasa ialah tujuan dan maksud.
 Dari segi istilah ialah mengunjungi Baitullah Al Haram pada bulan-bulan haji untuk
mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.

Umrah:
 Dari segi bahasa ialah ziarah.
 Dari segi istilah ialah mengunjungi Baitullah Al Haram pada bila-bila masa untuk
mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.

2. Hukum Haji dan Umrah


 Wajib sekali seumur hidup bagi setiap individu yang mukallaf dan berkemampuan.

3. Dalil naqli Haji dan Umrah


 Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah Ayat 196.
َ َ ۡ َ َ ۡ ُّ َ َ
ِ‫جْ َْوٱل ُّع ۡم َرْةْ ِلْه‬
ْ ‫وأت ِمواْْٱلح‬
Ertinya : Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.

INFO PANTAS
Ibadat haji telah di syariatkan pada tahun kelima Hijrah. Bulan-bulan haji:
 Syawal.
 Zulkaedah.
 1 hingga 13 Zulhijjah.

4. Syarat wajib Haji dan Umrah


 Islam – Tidak wajib kepada orang kafir
 Baligh – Cukup umur dan tidak wajib kepada kanak-kanak.
 Berakal – Waras dan tidak wajib kepada orang yang gila.
 Merdeka – Tidak wajib kepada hamba.
 Berkemampuan – Mampu dari segi kesihatan, kewangan dan keselamatan.

INFO PANTAS
Ciri- ciri Individu berkemampuan
 Cukup perbelanjaan untuk mengerjakan haji dan umrah pergi dan balik.
 Cukup keperluan nafkah asas bagi orang yang di bawah tanggungannya.
 Ada kenderaan pergi dan balik.
 Aman perjalanan pergi dan balik.
 Sihat tubuh badan.

Syarat khusus bagi perempuan untuk mengerjakan haji atau umrah


 Mendapat keizinan suami atau walinya.
 Ditemani oleh suami atau mahram atau kumpulan perempuan yang boleh
dipercayai.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 30


8. Rukun Haji dan Umrah

NO HAJI UMRAH HURAIAN


1. Niat Niat Lafaz Niat Haji:
mengerjakan mengerjakan ‫ن ََويْتُ ْال َح َّج َوأَح َْر ْمتُ بِ ِه ِللَّ ِه تَعَالَى‬
haji. umrah. Maksud: Sahaja aku mengerjakan haji dan aku
berihram dengannya kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Umrah:


‫ن ََويْتُ ْالعُ ْم َرة َ َوأَح َْر ْمتُ ِب َها ِللَّ ِه ت َ َعالَى‬
Maksud: Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku
berihram dengannya kerana Allah Taala.
2. Waktu di Arafah Tiada waktu Waktu pada ibadat haji:
di Arafah Berada di Arafah walaupun seketika bermula dari
masuk waktu Zohor 9 Zulhijjah hingga sebelum
masuk waktu Subuh pada 10 Zulhijjah.
3. Tawaf di Kaabah Mengelilingi kaabah 7 pusingan bermula di
penjuru Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut
yang sama menurut syarat-syarat tertentu.
4. Sa’ie Berjalan ulang alik sebanyak 7 kali bermula di
Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah menurut
syarat-syarat tertentu.
5. Bergunting atau bercukur Bergunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut
rambut dan sunat bercukur rambut bagi lelaki.
6. Tertib pada Tertib pada Melakukan perbuatan mengikut urutan.
kebanyakan semua rukun
rukun

INFO PANTAS
Tahallul Menurut Syarak
 Perkataan tahallul bermaksud membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa ihram.
 Tahallul bagi umrah ialah para Jemaah bercukur atau bergunting selepas selesai melaksanakan sa’ie.
 Tahallul bagi haji terbahagi kepada dua:
i. Tahallul Awal boleh dilaksanakan oleh Jemaah haji apabila telah melaksanakan dua
daripada tiga perkara berikut:
a. Melontar jamrah kubra.
b. Tawaf dan sa’ie.
c. Bercukur atau bergunting.
ii. Tahallul Thani boleh dilakukan setelah menyempurnakan tiga perkara tersebut.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 31


9. Perkara wajib Haji dan Umrah

NO HAJI UMRAH HURAIAN

1. Niat ihram di Miqat Berniat ihram di Miqat ialah ketentuan tempat


atau masa untuk berniat ihram, haji atau umrah.
Jenis-jenis Miqat
Miqat Zamani Lima Tempat untuk Miqat bagi penduduk luar
 Ketentuan masa bagi Mekah iaitu:
seseorang untuk berniat i. Dari arah Madinah - Zulhulaifah (Bir Ali)
ihram haji bermula dari 1 ii. Dari arah Iraq - Zatu Irqin
Syawal hingga masuk iii. Dari Malaysia dan Asia Tenggara - Qarnul
waktu Subuh pada 10 Manazil
Zulhijjah. iv. Dari arah Yaman - Yalamlam
Miqat Makani v. Dari arah Mesir dan Tunisia - Juhfah
 Ketentuan tempat atau
sempadan tempat untuk
berniat ihram.
2. Bermalam di Tiada Berada di Muzdalifah selepas tengah malam 10
Muzdalifah Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar.
3. Melontar 7 anak Tiada Masa untuk melontar bermula selepas tengah
batu di Jamrah malam 10 Zulhijjah.
Kubra
4. Bermalam di Tiada Berada di Mina pada malam-malam hari tasyrik
Mina (11 hingga 13 Zulhijjah)
5. Melontar 7 anak Tiada Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah
batu ketiga-tiga Kubra pada hari tasyrik. Masuk waktu melontar
jamrah. adalah selepas azan Subuh sehingga terbenam
matahari 13 Zulhijjah.
6. Menjauhi larangan ihram 1. Kecantikan
i. Menyapu minyak rambut.
ii. Mencabut bulu atau rambut.
iii. Memotong kuku
2. Wangi-wangian
i. Berwangi-wangian sama ada pada
pakaian, badan atau menghidunya.
3. Pakaian
i. Memakai pakaian berjahit atau bercantum
bagi lelaki.
ii. Menutup kepala bagi lelaki.
iii. Menutup muka bagi perempuan.
iv. Memakai sarung tangan
4. Alam sekitar
i. Memburu binatang buruan.
ii. Memotong atau merosakkan tumbuhan.
5. Hubungan seksual
i. Berkahwin, mengahwinkan atau wakil
untuk menerima nikah.
ii. Melakukan perbuatan meransang
syahwat.
iii. Persetubuhan suami isteri.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 32


10. Amalan sunat Haji dan Umrah

NO HAJI UMRAH HURAIAN


1. Mandi sunat ihram Dilakukan sebelum memakai pakaian ihram:
Lafaz mandi sunat ihram
‫اْل ْحَرِام لِلَّ ِه تَ َعالَى‬
ِْ ‫ت غُسل ُسن َِّة‬
َ ْ ُ ْ‫نَ َوي‬
Maksud: Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah
SWT.
2. Solat sunat ihram Selepas selesai memakai pakaian ihram dengan
sempurna, disunatkan melakukan solat sunat ihram.
Lafaz solat sunat ihram
‫اْل ْحَرِام َرْك َعتَ ْي ِن لِلَّ ِه تَ َعالَى‬
ِْ َ‫صلِي ُسنَّة‬
َ‫أ‬
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat
kerana Allah SWT.
3. Talbiah Memperbanyak talbiah selepas berihram.
4. Mengutip Tiada Mengutip 7 anak batu di Muzdalifah pada 9 Zulhijjah
anak batu untuk melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah.
diMuzdalifah

5. Solat sunat selepas Lafaz Solat Sunat tawaf


melakukan tawaf. ‫اف َرْك َعتَ ْي ِن لِلَّ ِه تَ َعالَى‬
ِ ‫أصلِي سنَّةَ الطَّو‬
َ ُ َ
Maksud: Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana
Allah SWT.
Sunat dilakukan di belakang Makam Ibrahim.

11. Perbandingan Haji dan Umrah

PERBANDINGAN ASPEK HAJI UMRAH


Rukun 1. Larangan ihram
2. Mempunyai Miqat Makan
PERSAMAAN Perkara 1. Tawaf Ifadhah
Wajib 2. Sa’ie
3. Bercukur
Waktu Dikerjakan pada bulan Pada bila-bila masa
haji sahaja. sepanjang tahun.
PERBEZAAN Rukun Wajib wukuf. Tiada wukuf.
Perkara 1. Melontar 7 anak batu 1. Tiada melontar 7 anak
Wajib pada ketiga-tiga batu pada ketiga-tiga
jamrah. jamrah.
2. Bermalam di 2. Tiada bermalam di
Muzdalifah. Muzdalifah.
3. Bermalam di Mina. 3. Tiada bermalam di Mina.
4. Melontar 7 anak batu 4. Melontar 7 anak batu di
di Jamrah Kubra. Jamrah Kubra.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 33


12. Jenis Haji
 Ifrad – Mengerjakan haji dahulu, kemudian mengerjakan umrah pada tahun yang
sama.
 Tamattuk – Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji, kemudian mengerjakan
haji pada tahun yang sama.
 Qiran – Berniat mengerjakan haji dan umrah secara serentak.

13. Garis masa Haji Tamattuk


 6 Zulhijjah - Berihram umrah.
- Melaksanakan umrah.
 8 Zulhijjah - Berniat ihram haji di Masjidil Haram.
- Meninggalkan larangan ihram haji.
 9 Zulhijjah - Wukuf di Arafah.
 10 Zulhijjah - Bermalam di Muzdalifah.
- Melontar Jamrah Kubra.
- Bercukur
- Tawaf Ifadhah
- Sa’ie
 11 Zulhijjah - Meluntar di ketiga-tiga jamrah.
- Bermalam di Mina.
 12 Zulhijjah - Melontar di ketiga-tiga jamrah.
- Bermalam di Mina.

INFO PANTAS
Tawaf widak’ dilaksanakan di Mekah, sebelum balik ke tanah air.

14. Kaifiat perlaksanaan Haji Tamattu


 Niat Ihram.
 Wukuf di Arafah.
 Bermalam di Muzdalifah.
 Lontar jamrah. Bermalam di Mina.
 Tawaf di Mekah 13 / 14 Zulhijjah.
 Sa’ie di Mekah.
 Bergunting.
 Tertib.

15. Hikmah Haji dan Umrah

Rohani
 Menghapuskan dosa dan meraih ganjaran syurga kerana pengorbanan harta dan
tenaga dalam melakukan perintah Allah SWT.
 Menzahirkan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah SWT bagi mencapai
kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT.

Sosial
 Saling mengenali sesama umat Islam walaupun berbeza bangsa dan Negara.

Politik
 Menzahirkan kekuatan umat Islam.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 34


Dakwah
 Menyemarakkan perkembangan dakwah Islam keseluruh alam.

Ekonomi
 Meningkatkan taraf hidup umat Islam dengan menabung dalam tabung haji supaya
dana umat Islam meningkat.
 Meningkatkan dana umat Islam dan mewujudkan sumber pendapatan baharu.

TAJUK 14 : SEMBELIHAN
(BIDANG FEQAH)

1. Maksud sembelihan dan hukumnya.

MAKSUD Bahasa - Memotong.


Istilah - Menyembelih binatang yang halal di makan dagingnya
dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik.
HUKUM Wajib (supaya halal di makan dagingnya)

2. Dalil naqli sembelihan.

 Rafiq bin Khadij meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda setiap yang
ditumpahkan darahnya dengan menyebut nama Allah maka makanlah.

3. Rukun sembelihan
 Penyembelih
 Binatang sembelihan
 Alat sembelihan

4. Syarat sah sembelihan

Penyembelih
 Beragama Islam atau ahli kitab.
- Halal sembelihan ahli kitab kerana niat sembelihan mereka adalah kerana Allah.
- Sembelihan kanak-kanak dan perempuan adalah sah dan halal.

 Melakukan pemyembelihan hanya kerana Allah SWT.


- Sembelihan yang bukan kerana Allah SWT adalah haram dan tidak sah di makan.
Contohnya sembelihan untuk membuat persembahan kepada kubur keramat.

Binatang sembelihan
 Masih mempunyai Hayat Mustaqirroh.
- Jika binatang yang disembelih hampir mati, binatang tersebut tidak halal dimakan.

 Putus urat halkum dan marik dengan segera dan sekali sembelihan.
- Urat halkum ialah saluran pernafasan dan urat marik ialah saluran makanan.
- Apabila kedua-dua urat tersebut diputuskan dengan segera, binatang akan mati
dengan cepat.

Alat sembelihan
 Alatan yang boleh melukakan binatang sembelihan kecuali kuku, gigi dan tulang.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 35


INFO PANTAS

Hayat Mustaqirroh ialah haiwan yang mampu bergerak dengan bertenaga.


Antara tandanya termasuklah binatang tersebut meronta-ronta dengan kuat setelah
di sembelih.

5. Perkara sunat dan makruh sembelihan

PERKARA
SEMBELIHAN SUNAT MAKRUH
1. Penyembelih menajamkan pisau. 1. Menyembelih
- Disunatkan menajamkan pisau berpandukan dihadapan
hadis riwayat Abu Yakla, iaitu kamu hendaklah binatang lain.
menajamkan pisau dan menenangkan haiwan
Penyembelih sembelihan. 2. Menyembelih
2. Menyembelih pada waktu siang. pada waktu
- Disunatkan penyembelihan dilakukan pada malam.
waktu siang kerana ditakuti berlaku kesilapan
ketika penyembelihan. 3. Tidak
3. Menghadap kiblat. menghadap kiblat.
- Disunatkan penyembelih dan binatang
sembelihan menghadap arah kiblat kerana 4. Tidak membaca
kiblat ialah tempat mulia bagi umat Islam. bismillah.
4. Membaca Bismillah.
- Disunatkan penyembelih membaca bismillah
ketika permulaan menyembelih.

Binatang - Membaringkan binatang sembelihan pada Menyeksa


Sembelihan rusuk kiri. binatang.

Alat Sembelihan - Alatan yang tajam seperti pisau. Menggunakan


pisau yang tumpul.

INFO PANTAS
Janin yang mati selepas ibunya disembelih atau mati dalam perut atau lahir dalam
keadaan bukan Hayat Mustaqirroh, halal di makan dagingnya.

Contoh menyeksa binatang sembelihan tanpa sebab


 Memenggal leher.
 Mematahkan kaki
 Mengheret kaki binatang ke tempat sembelihan.
 Menajamkan pisau sembelihan di hadapan binatang.

Penggunaan water stunner dalam proses penyembelihan ayam adalah harus

Penggunaan electrical stunning dalam penyembelihan lembu adalah harus.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 36


9. Hikmah sembelihan dari sudut syarak dan sains.
 Membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram supaya ibadah
diterima.
 Menghindarkan diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang kerana toksin dan
bakteria yang terdapat dalam darah binatang telah dikeluarkan.
 Mempercepatkan proses kematian binatang yang disembelih.

TAJUK 15 : KORBAN DAN AKIKAH


(BIDANG FEQAH)

UNIT 1: KORBAN

1. Berikan maksud, hukum, dalil naqli serta binatang yang disyariatkan korban.

Menyembelih binatang ternakan pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari


MAKSUD tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
HUKUM Sunat muakad dan wajib jika bernazar.
DALIL Allah SWT berfirman dalam Surah Al Kawthar 108: Ayat 2, bermaksud
NAQLI Tunaikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah keranaNya.
BINATANG 1. Unta.
YANG 2. Biri-biri.
DISYARIATKA 3. Kambing.
N KORBAN 4. Lembu.
5. Kerbau.

INFO PANTAS
Ibadah korban di syariatkan pada tahun kedua hijrah sebagai mengingati pengorbanan
Nabi Ibrahim AS dan anaknya anaknya Nabi Ismail AS.

2. Syarat sah korban

Berniat Korban
 Berniat korban ketika binatang di sembelih.

Masa Perlaksanaan
 Selepas solat Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari
tasyrik, iaitu pada 13 Zulhijjah.

Cukup Umur
 Unta: 5 tahun dan ke atas.
 Lembu atau kerbau: 2 tahun dan ke atas.
 Kambing: 2 tahun dan ke atas.
 Biri-biri: 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6 bulan.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 37


Sifat Binatang Ternakan
 Bebas daripada penyakit dan kecacatan contohnya, cacat yang teruk pada satu
matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

3. Perkara sunat korban


 Orang yang berkorban disunatkan tidak bercukur dan memotong kukunya pada
permulaan bulan Zulhijjah sehingga selesai korban.
 Melakukan penyembelihan korban dengan sendiri dan tidak mewakilkan kepada
orang lain jika mampu.
 Melaksanakan segala sunat sembelihan seperti menghadap arah kiblat dan alat
sembelihan yang tajam.
 Membaca “ Bismillah Allahuakbar” dan berselawat ke atas Rasulullah SAW ketika
menyembelih.
 Berdoa semasa hendak menyembelih:
‫ فَتَقَبَّ ْل ِم ِني‬،‫اَللَّه َُّم َه َذا ِمنْ َك َوال َ ْي َك‬
Ertinya : Ya Allah, binatang ini daripadaMu dan ِ kembali kepadaMu, terimalah korbanku.
4. Tempoh masa perlaksanaan korban.
 1 Zulhijjah – Orang berkorban makruh bercukur dan memotong kuku.
 Korban tidak sah dilakukan sebelum 10 Zulhijjah.
 10 Zulhijjah – Waktu penyembelihan yang afdal bermula selepas naik matahari
selepas solat sunat Aidil Adha dan dua khutbah.
 11 – 13 Zulhijjah – Sunat perlaksanaan korban.
 14 Zulhijjah – Korban tidak sah dilakukan selepas terbenam matahari 13 Zulhijjah.

INFO PANTAS : Apa-apa sahaja bahagian daging korban tidak


dibenarkan untuk diberikan kepada tukang sembelih
sebagai upah.

5. Pembahagian daging korban.


 ⅓ Dihadiahkan kepada sahabat handai termasuklah orang kaya atau jiran-jiran.
 ⅓ Dimakan oleh pihak yang berkorban dan anggota keluarganya.
 ⅓ Disedekahkan kepada fakir dan miskin.

INFO PANTAS

 Wajib semua daging korban bagi korban nazar disedekahkan kepada fakir
dan miskin.
 Orang yang berkorban haram menjual daging korban, termasuk kulit,
lemak, susu, kaki, kepala dan bulu binatang korban.

6. Hikmah korban
 Mengagongkan syiar Islam yang merupakan tanda takwa bagi mendekatkan diri
kepada Allah
 Menghayati semangat pengorbanan agong yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim
AS supaya ianya dapat menaikkan semangat jihad.
 Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam kerana solat sunat Aidil Adha
menghimpunkan seluruh umat Islam.
 Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat supaya rezeki yang sentiasa
diberkati.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 38


UNIT 2: AKIKAH

1. Berikan maksud, hukum, dalil naqli serta binatang yang disyariatkan akikah.

MAKSUD Binatang ternakan yang disembelih sempena kelahiran bayi.

HUKUM Sunat muakad dan wajib jika bernazar.

DALIL Daripada Samurah bin Jundub meriwayatkan bahawa Rasulullah


NAQLI SAW bersabda: Setiap anak tergadai dengan akikahnya, maka
pada hari ke tujuh disembelih haiwan, diberi nama, dan dicukur
rambutnya.

BINATANG YANG 1. Unta.


DISYARIATKAN 2. Biri-biri.
AKIKAH 3. Kambing.
4. Lembu.
5. Kerbau.

INFO PANTAS
Perkataan tergadai dalam hadis bermaksud anak tersebut tidak dapat memberi
syafaat kepada kedua-dua ibu dan bapanya pada hari kiamat nanti jika ibu bapanya
tidak melakukan akikah untuk anak tersebut.

2. Syarat sah akikah

2.1. Berniat Akikah : Berniat akikah ketika binatang di sembelih.

2.2. Masa Perlaksanaan : Setelah bayi dilahirkan.

2.3. Cukup Umur


 Unta: 5 tahun dan ke atas.
 Lembu atau kerbau: 2 tahun dan ke atas.
 Kambing: 2 tahun dan ke atas.
 Biri-biri: 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6 bulan.

2.4. Sifat Binatang Ternakan


 Bebas daripada penyakit dan kecacatan contohnya, cacat yang teruk pada satu
matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

3. Perkara sunat akikah


 Berdoa semasa hendak meyembelih:
... ٌ‫ك َع ِقي َقة‬ َ ‫ اَللَّ ُه َّم َه َذا ِمْن‬،‫بِ ْس ِم اللَّ ِه َواللَّهُ أَ ْكبَ ُر‬
َ ‫ك َوإِلَْي‬
Maksudnya: Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini
daripadaMu dan kembali kepadaMu, ini akikah….(sebut nama anak)
 Menyembelih ketika matahari sedang naik.
 Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 39


 Tidak dipatah-patahkan tulang binatang semasa memotong daging kecuali mengikat
sendi-sendinya.
 Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan.
 Memberikan nama yang baik kepada bayi.
 Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambut bayi yang telah di cukur.

4. Tempoh perlaksanaan akikah


 Sunat – Setelah sempurna kelahiran sehingga bayi itu baligh.
 Sunat Muakad – Pada hari ketujuh kelahiran bayi.

5. Pembahagian daging akikah


 Sunat dimasak dengan masakan yang manis
 Disedekahkan daging yang sudah di masak.
 Masakan itu afdal disedekahkan kepada orang miskin.
 Masakan itu juga sunat dimakan oleh orang yang berakikah.

6. Hikmah akikah
 Menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaan cahaya mata.
 Menghebahkan berita kelahiran supaya tidak timbul prasangka.
 Menyuburkan sifat pemurah dan menjauhi sifat bakhil.

TAJUK 16 : MUAMALAT ISLAM


(BIDANG FEQAH)

UNIT 1: KONSEP MUAMALAT ISLAM

1. Maksud, hukum dan dalil muamalat Islam.

MAKSUD Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual
beli, sewaan, simpanan dan sebagainya.
HUKUM Harus
DALIL NAQLI Allah SWT berfirman dalam Surah Al Baqarah,2: Ayat 275 bermaksud
pada hal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan
riba.

2. Matlamat pensyariatan muamalat dalam Islam.


 Menunjukkan keadilan Allah SWT dalam mengatur urusan kehidupan manusia.
 Mengiktiraf pemilikan harta melalui akad yang sah.
 Segala urusan dalam muamalat Islam bertepatan dengan matlamat syariah Islam.
 Menjaga kepentingan penjual dan pembeli serta penyewa dan pemilik.
 Mendapat keredhaan Allah SWT kerana melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya dalam urusan harian.

3. Kepentingan memahami dan mengamalkan muamalat Islam.


 Dituntut dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam Surah An Nisa, 4: Ayat 29
bermaksud Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta benda
sesama kamu dengan jalan yang salah (batil), kecuali dengan perniagaan yang
dilakukan secara saling meredhai antara kamu.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 40


 Allah mengancam orang yang tidak beramal dengan muamalat Islam.

 Contoh keprihatinan nabi dan sahabat dalam menjaga muamalat Islam. Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya bahawa
Rasulullah SAW lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda
memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena
sesuatu yang basah. Baginda bertanya: " Apa semuanya ini wahai tuan punya
makanan?" Orang itu menjawab: terkena hujan, wahai Rasulullah". Baginda
bersabda: "Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat
melihatnya? Sesiapa yang menipu, maka dia bukan daripada golonganku.

* Penafian menjadi umat Rasulullah SAW bermaksud perbuatan tersebut


Menyalahi sunnah Rasulullah SAW dan petunjuk baginda.

INFO PANTAS : Al Batil adalah mana-mana transaksi yang menyalahi


syarak.

5. Perbandingan antara muamalat Islam dengan Konvensional.

MUAMALAT ISLAM KONVENSIONAL


Bersumberkan dalil Al-Quran dan As Bersumberkan teori dan pemikiran
Sunnah. manusia semata-mata.
Mengharamkan riba. Mengamalkan riba.
Bebas dari unsur judi dan gharar. Mengandungi unsur judi dan gharar.
Berteraskan keimanan kepada Allah SWT. Berteraskan keuntungan dan
kekayaan.

INFO PANTAS
Riba dalam muamalat Islam terbahagi kepada dua
bahagian:
 Riba Al Diwan (riba hutang)
 Riba Al Buyuk (riba jual beli).

Ulama Mazhab Syafie membahagikan riba kepada tiga


iaitu:
 Riba Fadhl
 Riba An Nasiah
 Riba Al Yadi

6. Unsur yang diharamkan dalam muamalat Islam


1. Riba - Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang. Contoh:
Aiman berhutang daripada Ilham sebanyak RM100.00 dengan syarat Aiman mesti
membayar RM110.00.

2. Gharar - Kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak.
Contoh: Menjual burung liar di udara.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 41


3. Judi - Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga. Contoh:
Mempertaruhkan wang dalam sesuatu perlumbaan.

4. Dharar - Setiap perkara yang membawa kerosakan. Contoh: Melakukan transaksi


barang terlarang seperti senjata api kepada kanak-kanak.

7. Maksud akad dalam muamalat Islam


Bahasa : Ikatan, simpulan
Istilah : Ijab dan qabul dalam urusan perniagaan dan kewangan.

8. Rukun akad
- Pihak yang berakad : Penjual dan pembeli
- Sesuatu yang di akadkan : Harga dan barang
- Sighah : Ijab dan qabul

9. Syarat-syarat akad dalam muamalat Islam


Pihak yang berakad
 Penjual dan pembeli mestilah baligh, berakal, mampu memelihara dan mengurus
hartanya.
 Melibatkan dua pihak dan bebas membuat pilihan.

Perkara yang di akadkan


 Mestilah wujud ketika akad berlaku.
 Barang atau perkhidmatan yang di akadkan adalah halal.
 Dapat diserahkan ketika akad.

Sighah
 Lafaz ijab dan lafaz qabul adalah sepadan. Contoh: Ali melafazkan ijab dan berkata:
"Saya beli sehelai baju ini dengan harga RM100.00". Dan Ahmad berkata: "Ya", iaitu
tanda setuju menerima tawaran tersebut.
 Lafaz ijab dan lafaz qabul tidak di ikat dengan syarat tertentu. Contoh: Abdullah
menyatakan "Saya jual basikal ini kepada awak dengan harga RM1000.00 apabila
saya menyambung pelajaran ke luar negara".
 Lafaz ijab dan lafaz qabul dalam satu pertemuan.

INFO PANTAS
Hukum skim cepat kaya ialah haram, kerana mengandungi unsur-unsur judi, riba dan
gharar. Umat Islam di larang terlibat dengan skim ini.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 42


UNIT 2: JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM

Maksud, jenis akad beserta contoh dalam muamalat Islam

JENIS AKAD MAKSUD CONTOH


Jual beli
Sesuatu akad pertukaran barang Membeli makanan dengan kantin
dengan barang dengan sekolah dengan duit.
persetujuan penjual dan pembeli.
PERTUKARAN
Sewaan
Akad bagi menyerahkan sesuatu Sewaan rumah.
yang bermanfaat yang boleh
diberikan secara sewa dengan
pembayaran tertentu
Hibah
Memberikan sesuatu secara Memberi sebuah rumah kepada
percuma dengan rela hati kepada anak.
orang lain ketika pemberi masih
hidup.
Qardhu
Memberikan hutang wang kepada Memberikan pinjaman wang
orang lain tanpa sebarang RM100 untuk kegunaan peribadi.
imbuhan (faedah) dan perlu
memberi kembali dengan jumlah
yang sama.
Wakaf
Mewakafkan harta yang dapat Mewakafkan rumah untuk pusat
diambil manfaatnya serta kekal penjagaan anak-anak yatim.
KEBAJIKAN fizikalnya, untuk penggunaan yang
baik serta bertujuan mendapat
keredhaan Allah.
Wadiah
Memberikan sesuatu barang Simpanan wang
kepada orang lain agar dapat di
simpan dan dipelihara seperti yang
sepatutnya.
Musyarakah
Akad yang menetapkan sesuatu Perkongsian untuk menubuhkan
harta atau perniagaan yang syarikat perniagaan.
dikongsi bersama oleh dua orang
atau lebih.
PERKONGSIAN Mudhorabah
Akad yang dilakukan oleh pemodal Pemodal memberikan RM10K
dengan menyerahkan modalnya kepada pengusaha untuk
kepada pengusaha agar dapat perniagaan dan daripada
diniagakan dan keuntungan keuntungan dipersetujui 60%
dibahagikan antara mereka. untuk pengusaha dan 40% untuk
pemodal.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 43


Wakalah Irsyad mewakilkan Syafiq untuk
Mewakilkan pekerjaan tertentu menjual sebuah rumahnya dan
AGEN yang boleh dikerjakan kepada Syafiq akan di bayar imbuhan
orang lain. yang dipersetujui.

Kafalah Muhammad menjadi penjamin


Jaminan yang diberikan oleh kepada Ahmad yang membuat
penjamin kepada orang yang pembiayaan daripada sebuah
dijamin atas sesuatu transaksi. bank.
JAMINAN Rahnu Maimunah mengadaikan gelang
Mengadaikan sesuatu barang emas kepada bank bagi
sebagai jaminan terhadap hutang. mendapatkan pinjaman daripada
bank.

TAJUK 17
SOLAT SUNAT DHUHA DAN SOLAT SUNAT GERHANA
(BIDANG FEQAH)

UNIT 1: SOLAT SUNAT DHUHA

1. Maksud dan hukum solat sunat dhuha.

MAKSUD Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas
syuruk hingga sebelum gelincir matahari.
HUKUM Sunat Muakad

INFO
Waktu dhuha adalah selepas 28 minit waktu syuruk sehingga masuk waktu
zohor.

2. Dalil naqli solat sunat dhuha.


 Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda
kekasihku Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak
akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku, berpuasa 3 hari setiap bulan
(hijrah), mengerjakan 2 rakaat solat dhuha dan mengerjakan solat witir sebelum
tidur.

3. Kaifiat menunaikan solat sunat dhuha

Lafaz niat:
NIAT ‫ُّحى َرْك َعتَ ْي ِّن لِّلَّ ِّه تَ َعالَى‬ ِّ ‫أ‬
َ ‫صلي ُسنَّةَ الض‬َ
Maksudnya : Sahaja aku solat dhuha 2 rakaat kerana Allah SWT.

BILANGAN RAKAAT 2, 4, 6 atau 8 rakaat

CARA Di galakkan secara bersendirian


PERLAKSANAAN

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 44


Rakaat Pertama Rakaat Kedua
BACAAN DALAM Surah Al-Fatihah
SOLAT
Surah Ash-Shams atau surah Surah Ad-Dhuha atau surah
lain lain

Menyempurnakan rukun-rukun yang lain sehingga memberi salam

4. Hikmah menunaikan solat sunat dhuha


 Mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi meraih kasih sayang daripada Allah SWT.
 Membuktikan ketaatan kepada Allah SWT setiap masa.
 Mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah SWT.

UNIT 2: SOLAT SUNAT GERHANA

1. Maksud dan hukum solat sunat gerhana

MAKSUD Solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana
bulan dengan cara-cara yang tertentu

HUKUM Sunat Muakad

2. Dalil solat sunat gerhana.

Al Mughirah bin Syu’bah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud


“Sesungguhnya matahari dan bulan ialah tanda kekuasaan Allah, tidak terjadi gerhana
matahari dan bulan kerana kematian seseorang ataupun kehidupannya. Apabila kamu
melihat gerhana, maka berdoalah dan dirikan solat hingga gerhana tersebut berlalu.”

INFO PANTAS
Tarikh pensyariatan:
 Solat sunat gerhana matahari pada tahun kedua hijrah.
 Solat sunat gerhana bulan pada tahun kelima hijrah.
Antara amalan yang dianjurkan ketika gerhana termasuklah:
 Solat sunat gerhana.
 Memperbanyakkan istighfar.
 Berdoa.
 Bertakbir.
 Bersedekah.

3. Hikmah menunaikan solat sunat gerhana.


 Menginsafi kekuasaan Allah SWT terhadap penciptaan alam semesta agar sentiasa
bersyukur di atas nikmat yang diberikan.
 Memohon keampunan kepada Allah SWT terhadap segala dosa yang dilakukan sama
ada sengaja atau tidak sengaja.
 Memberikan peringatan supaya manusia tidak melakukan kerosakkan dan
kemungkaran.
 Memandu manusia mentauhidkan Allah SWT kerana meninggalkan amalan khurafat
semasa gerhana.
 Mendapat ganjaran pahala melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT kerana
mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 45


4. Kaifiat menunaikan solat sunat gerhana.

Gerhana Bulan
.‫وما لِلَّ ِه تَ َعالَى‬ ِ ِ ِ َّ ‫أ‬
َ ‫ُصلى ُسنَّةَ الْ ُخ ُسوف َرْك َعتَي ِن إ َم ًام‬
ً ‫مأْ ُم‬/‫ا‬
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat
NIAT menjadi imam/makmun kerana Allah SWT.
Gerhana Matahari
.‫وما لِلَّ ِه تَ َعالَى‬ ِ ِ ِ َّ ‫أ‬
َ ‫ُصلى ُسنَّةَ الْ ُك ُسوف َرْك َعتَي ِن إ َم ًام‬
ً ‫مأْ ُم‬/‫ا‬
Maksudnya: Sahaja aku solat gerhana matahari dua rakaat menjadi
imam/makmun kerana Allah SWT.

BILANGAN 2 rakaat
RAKAAT

WAKTU Dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan.

CARA Digalakkan secara berjemaah


PERLAKSANAAN
Rakaat Pertama Rakaat kedua
BACAAN DALAM
SOLAT Surah Al-Fatihah dan surah lain.
Sebaik-baiknya memanjangkan Sebaik-baiknya memanjangkan
RUKUK PERTAMA kadar rukuk seperti kadar kadar rukuk seperti kadar
panjang bacaan surah pada panjang bacaan surah pada
rakaat pertama. rakaat kedua.

QIAM Surah Al-Fatihah dan surah lain.


Sebaik-baiknya panjang rukuk Sebaik-baiknya panjang rukuk
RUKUK KEDUA seperti kadar panjang bacaan seperti kadar panjang bacaan
pada rakaat pertama untuk kali pada rakaat kedua untuk kali
kedua. kedua.

Menyempurnakan rukun-rukun yang lain sehingga memberi salam.

Selepas solat, sunat dibacakan khutbah. Dilakukan 2 kali mengikut rukun-rukun dan
syarat-syarat khutbah Jumaat.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 46


Bidang Sirah
& Tamadun Islam

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 47


TAJUK 18 : KERAJAAN KHULAFA AR RASYIDIN
(BIDANG SIRAH DAN TAMADUN ISLAM)

1. Ciri kepimpinan Khulafa Ar Rasyidin

Saidina Abu Bakar As Siddiq


 Tegas – Tegas memerangi golongan murtad, nabi palsu, dan golongan enggan bayar
zakat.
 Berpandangan jauh – Mengarahkan Zaid bin Thabit mengetuai usaha menghimpun
tulisan ayat Al-Quran yang terdapat pada kepingan-kepingan batu, tulang, pelepah
tamar, dan kulit haiwan.
 Setia dengan arahan Rasulullah SAW – Meneruskan tindakan Rasulullah SAW untuk
menghantar Usamah Bin Zaid sebagai panglima angkatan tentera Islam kepada
kerajaan Ghassan kerana telah membunuh utusan Rasulullah SAW.
 Mengamalkan Syura –Mengambil kira para sahabat dlm menentukan strategi
perang menentang Rome – guna strategi pembahagian 4 pasukan tentera hingga
berjaya menawan Syam.

Saidina Umar Bin Al Khattab


 Tegas – Menggantikan kepimpinan Khalid Bin Al Walid sebagai panglima angkatan
tentera Islam dengan Abu Ubaidah bin Jarrah semasa Perang Yamamah.
 Berfikiran terbuka – Bersedia ditegur Rasulullah SAW dan menerima pendapat
daripada sahabatnya Saidina Abu Bakar As Siddiq tentang pembebasan tawanan
Perang Badar kerana menghormati keputusan mesyuarat.
 Adil – Memastikkan kebajikan rakyat terpelihara dengan meninjau sendiri keadaan
rakyatnya termasuk menyamar sebagai rakyat biasa.
 Cekap – Menubuhkan Majlis Syura dan jabatan baharu serta mengemas kini
Baitulmal bagi melicinkan pentadbiran Negara. Beliau juga membahagikan wilayah
Islam kepada beberapa bahagian pentadbiran di bawah kuasa seorang gabenor
yang cekap seperti Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amru ibnu Al As.

Saidina Uthman bin Affan


 Berpandangan jauh – Menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan Al-Quran yang
diketuai oleh Zaid Bin Thabit menggunakan lahjah arab quraisy yang dikenali
sebagai Mashaf Uthmani demi memelihara kesucian Al-Quran.
 Berfikiran terbuka – Melonggarkan syarat pengunaan harta Baitulmal dan
membenarkan sahabat keluar dari Kota Madinah.
 Prihatin – Menyumbangkan harta dan kekayaannya untuk pertahanan Negara dan
membesarkan Masjid Nabawi untuk keperluan dan keselesaan umat Islam.
 Inovatif – Menubuhkan angkatan tentera laut Islam sehingga berjaya meluaskan
empayar Islam khususnya di Syam dan di Mesir.

Saidina Ali Bin Abi Talib

 Tegas – Memecat beberapa gabenor yang dilantik oleh Khalifah Uthman seperti
Muawiyah Bin Abi Sufyan dan Abu Musa Al Asy’ari untuk meredakan kemarahan puak
pemberontak.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 48


 Berpandangan jauh – Menangguhkan hukuman Qasas terhadap pembunuh Khalifah
Uthman bin Affan kerana keadaan negara yang masih huru-hara dan dikuasai oleh puak
pemberontak.

 Berilmu – Memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang sehingga dilantik sebagai
hakim di Yaman.

 Berani
– Menyertai hampir semua perang seperti Perang Badar dan Khaibar serta berada di
barisan depan.
- Sanggup menerima jawatan khalifah walaupun mengetahui bebanan yang bakal
dihadapi.

2. Pencapaian pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin.

Agama
 Khalifah Abu Bakar As Siddiq
– Berjaya memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan
membayar zakat.
 Khalifah Umar Bin Al Khattab
– Menyebarkan dakwah Islam sehingga tersebar di wilayah Mesir, Parsi dan Rome.

Politik
 Khalifah Abu Bakas As Siddiq – Pembukaan wilayah baru di sebahagian wilayah Iraq
dan Sham.
 Khalifah Umar bin Khattab – menubuhkan Majlis Syura, jabatan tentera, jabatan polis,
jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara.
 Khalifah Uthman bin Affan – berjaya mematahkan pemberontakan dan penolakan serta
meluaskan kuasa wilayah Islam hingga ke Rome, Mesir dan Afrika Utara serta
menawan pula Cyprus.

Ekonomi
 Khalifah Omar bin Al Khattab – Memperkenalkan pelbagai cukai baharu seperti Jizyah
dan Kharaj.
 Memajukan sistem pengairan dan saliran melalui pembinaan Terusan Amirul Mukminin
di Mesir dan Empangan Abu Musa di Basrah.
 Mengemas kini institusi Baitulmal dan meneroka tanah baharu untuk memperbanyak
hasil pertanian.
 Khalifah Ali bin Abi Talib – meneruskan kutipan jizyah yang dikenakan terhadap
golongan zimmi.

Sosial
 Khalifah Omar bin Al Khattab – Mengasaskan takwim Islam sebagai asas pengiraan
tahun Hijrah.
 Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah untuk menjaga kebajikan rakyat.
 Membina kemudahan awam seperti tali air untuk kemudahan pertanian.

Ketenteraan
 Khalifah Omar bin Al Khattab – Meneruskan pembebasan negeri di wilayah Iraq.
 Membuka Baitul Maqdis, Palestin dan Mesir.
 Khalifah Uthman bin Affan – Menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama
bagi tujuan keselamatan dan peluasan kuasa.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 49


Pendidikan
 Khalifah Abu Bakar As Siddiq – Mengumpul dan menulis semula naskah Al-Quran
susulan 70 orang penghafaz Al-Quran syahid dalam peperangan Yamamah.
 Khalifah Omar bin Al Khattab – Menubuhkan sekolah iaitu Al Kuttab dikhususkan untuk
kanak-kanak.
 Khalifah Uthman bin Affan – Menyelaraskan bacaan qiraah dan penulisan mashaf Al-
Quran menggunakan bahasa quraisy dengan nama Mashaf Uthmani.

3. Iktibar pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin


Sebagai umat Islam kita hendaklah:
 Mencontohi kepimpinan khalifah dengan mengutamakan kesejahteraan agama, rakyat
dan negara.
 Mengiatkan usaha dakwah agar kebenaran Islam dapat disebarkan.
 Mengukuhkan perpaduan umat Islam dengan memelihara hak antara satu sama lain.
 Menyumbang kepakaran untuk pembangunan dan kemajuan negara.
 Mengamalkan akhlak yang terpuji agar menjadi contoh teladan yang baik

TAJUK 19 : KERAJAAN UMAYYAH


(BIDANG SIRAH DAN TAMADUN ISLAM)

1. Sejarah Kerajaan Umayyah

Asal Pertubuhan Bersempena nama Umayyah Bin Abdul Syams Bin Abdul Manaf,
iaitu salah sorang daripada pemimpin keturunan Quraisy.
Pengasas Muawiyah bin Abi Sufian.
Tempoh Tahun 41 Hijrah hingga 132 Hijrah.
Memerintah
Keluasan Kerajaan Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah.
Bilangan Khalifah 14 orang khalifah.
Khalifah yang 1. Muawiyah bin Abi Sufian
Terkenal 2. Abdul Malik bin Marwan
3. Al Walid bin Abdul Malik
4. Umar bin Abdul Aziz
Khalifah Pertama Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Terakhir Marwan Bin Muhammad
Pusat Di Damsyik, Syiria.
Pemerintahan

INFO
Pemerintahan kerajaan Umayyah terdiri daripada dua tahap:
 Tahap pertama berpusat di Damsyik (41H-132H) menggunakan gelaran khalifah.
 Tahap Kedua berpusat di Qordoza (138H-422H) menggunakan gelaran amir dan
khalifah.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 50


2. Senarai Khalifah Kerajaan Umaiyyah yang terkenal.

Muawiyah Bin Abi Sufian (Khalifah Pertama)


 Memerintah 19 tahun 3 bulan (41H-60H).
 Menjadikan Damsyik sebagai pusat pemerintahan Islam yang terkenal.
 Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda (Dewan Al Barid).
 Memperkenalkan cap mohor rasmi Kerajaan Umayyah (Dewan Al Khatim).
 Menubuhkan jabatan setiausaha (Dewan Ar Rasail), jabatan cukai dan jabatan urusan
awam.
 Memperkasakan Armada Laut.

Abdul Malik bin Marwan (Khalifah Kelima)


 Memerintah 21 tahun (65H-86H).
 Menetapkan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran Negara.
 Mencetak mata wang Dinar Islam pertama bertulisan arab dan berteks Al-Quran.
 Menaik taraf perkhidmatan pos dan sistem pengangkutan awam.
 Menubuhkan Dewan Al Jundi untuk mengurus pertahanan Negara.
 Mengarahkan pembinaan Qubbatu Sokhroh di Baitul Maqdis.

Al Walid bin Abdul Malik (Khalifah Keenam)


 Memerintah 9 tahun 7 bulan (86H-96H).
 Pembukaan wilayah baharu Islam seperti Andalus dan India.
 Memperbaik dan mencantikkan seni bina Masjid Al Nabawi.
 Membina banyak masjid baharu spt Masjid Umawi di Damsyik yang bercirikan seni
bina Islam.
 Memberikan perhatian kepada rakyat berkeperluan khas seperti warga emas dan
orang buta dengan menubuhkan jabatan khas.
 Mengalakkan pembinaan bangunan baharu bercirikan seni bina Islam.
 Memperbaik jalan raya menuju ke Hijaz bagi memudahkan jemaah haji ke Baitullah
Al Haram.

Umar Bin Abdul Aziz (Khalifah Kelapan)


 Memerintah 2 tahun 5 bulan (99H-101H).
 Mengecualikan bayaran cukai Jizyah terhadap Kafir Zimmi sehingga ramai yang
memeluk Islam.
 Mengeluarkan arahan rasmi kepada Ibnu Syihab Az Zuhri untuk membukukan hadis
Rasulullah.
 Membina rumah transit untuk para pedagang.
 Menaiktaraf infrastruktur untuk kemudahan rakyat seperti hospital, jambatan,
perigi, jalan raya dan sistem pengangkutan awam.
 Mengasaskan dewan penasihat yang dianggotai para ulama untuk menasihati
khalifah.

3. Faktor kegemilangan Kerajaan Umayyah

Agama
 Khalifah Umar bin Abdul Aziz menyemarakkan aktiviti keilmuan seperti pengajian
Al-Quran dan pembukuan hadis.
 Khalifah Al Walid bin Abdul Malik telah menaik taraf dan membina institusi masjid
seperti Masjid Nabawi untuk merancakkan aktiviti keagamaan.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 51


Politik
 Pemilihan Damsyik yang strategik sebagai pusat pemerintahan oleh Khalifah
Muawiyah bin Abi Sufian telah berjaya mengukuhkan pentadbiran negara.
 Pelantikan gabenor berwibawa berjaya menghapuskan pemberontakan puak
khawarij dan syiah.
 Berjaya meluaskan wilayah Islam di Rome, China, India, Afrika Utara dan Eropah.

Ekonomi
 Pengurusan Baitul Mal yang cekap sehingga hasil pendapatan negara melebihi
keperluan contohnya pada zaman Khalifah Al Walid bin Abdul Malik.
 Kerajaan berjaya memanfaatkan hasil daripada pertanian dan perdagangan untuk
membangunkan negara.

Pendidikan
 Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
 Galakan daripada khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz agar
rakyat menguasai pelbagai ilmu naqli seperti Al-Quran, Tasir, Hadis dan Nahu.

Ketenteraan
 Pasukan tentera yang berdisiplin dan bersemangat jihad mempertahankan agama
dan negara.
 Kemudahan pengkalan tentera dan kapal perang dilengkapi dengan alatan perang
yang canggih.
 Adaptasi strategi perang dengan meniru corak gerak daripada Parsi dalam
ketenteraan.

Sosial
 Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan
dan penyediaan kemudahan asas seperti masjid, jalan raya dan hospital.
 Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat.
 Mewujudkan suasana perpaduan dan harmoni dalam masyarakat.

4. Faktor kemerosotan Kerajaan Umaiyyah

Politik
 Sistem lantikan khalifah secara menerokai menimbulkan perebutan kuasa dan
persaingan dalam kalangan anggota keluarga.
 Pemberontakan oleh puak syiah dan Khawarij serta golongan yang tidak berpuas
hati dengan penubuhan Kerajaan Umayyah.

Sosial
 Sikap taksub antara kabilah arab utara dan selatan sehingga mencetuskan
perpecahan dan gerakan sulit untuk menumbangkan kerajaan.
 Sikap diskriminasi sebahagian khalifah terhadap golongan Mawali seperti bangsa
Parsi dan Barbar dalam pemilihan jawatan gabenor.

Akhlak
 Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros dalam perbelanjaan hingga
menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.
 Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana cenderung kepada hiburan dan
kekejaman.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 52


INFO PANTAS
Mawali ialah orang bukan arab yang memeluk agama Islam dan memiliki
keistimewaan yang sama dengan orang arab muslim tetapi dikehendaki membayar
cukai tambahan.

5. Iktibar daripada Kerajaan Umayyah.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah:


 Memartabatkan ajaran Al-Quran dan As Sunnah dalam hal kepimpinan agar Islam dapat
ditegakkan.
 Mencontohi sifat mulia yang ada pada khalifah Islam seperti zuhud, tegas, berilmu dan
bijaksana.
 Menjaga hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat agar hidup harmoni.
 Menjaga kebajikkan sesama rakan agar mengeratkan kasih sayang.
 Memliki semangat jihad yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.
 Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada
umat Islam.

INFO PANTAS
Empat peringkat jihad adalah
1. Jihad memperbaiki diri.
2. Jihad melawan syaitan.
3. Jihad melawan kafir harbi dan munafik.
4. Jihad menghapuskan kezaliman dan
kemungkaran.

TAJUK 20 : KERAJAAN ABBASIYAH


(BIDANG SIRAH DAN TAMADUN ISLAM)

1. Sejarah Kerajaan Abbasiyah

Asal Pertubuhan Sempena nama bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbasi b
Abdul Mutalib.
Pengasas Abu Abbasi Abdullah bin Muhammad bin Ali As Suffah.
Tempoh Selama 524 tahun - bermula tahun 132 Hijrah hingga 656 Hijrah.
Memerintah
Keluasan Kerajaan Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah.
Bilangan Khalifah 37 orang khalifah.
Khalifah yang 1. Abu Abbasi Abdullah bin Muhammad bin Ali As Suffah.
Terkenal 2. Abi Jafar Abdullah Muhammad bin Ali Al Mansur
3. Harun Ar Rasyid bin Muhammad Al Mahdi bin Al Mansur Al
Abbasi
4. Al Makmun bin Harun Ar Rasyid bin Muhammad Al Mahdi
Khalifah Terawal Abu Abbasi Abdullah bin Muhammad bin Ali As Suffah.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 53


Khalifah Terakhir Abu Ismail Muhammad Al Mustaksim bin Harun Ar Rasyid.
Pusat Baghdad, Iraq
Pemerintahan

2. Khalifah Kerajaan Abbasiyah yang terkenal.

Abu Abbasi Abdullah bin Muhammad bin Ali As Suffah (Khalifah Pertama).
 Memerintah 4 tahun 9 bulan (132H – 136H).
 Mengasaskan Kerajaan Abbasiyah.
 Mengembalikan keamanan dengan mematahkan serangan luar dari Parsi dan
Byzantin.
 Menstabilkan keamanan negara dengan mematahkan pemberontakan oleh syiah
dan khawarij.

Abu Jaafar Abdullah Muhammad bin Ali Al Mansur (Khalifah Kedua).


 Memerintah 22 Tahun (136H – 158H)
 Memindahkan pusat pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad.
 Menaik taraf sistem cukai.
 Membina sistem pengairan dan saliran.
 Membina Masjid As Syarqiah sebagai pusat aktiviti dakwah.
 Membina hospital di Baghdad.
 Memperkukuhkan kekuasaan terhadap wilayah Byzantin.

Harun Ar Rasyid bin Muhammad Al Mahdi bin Al Mansur Al Abbasi (Khalifah Kelima)
 Memerintah 23 tahun (170H – 192H).
 Memperkemas sistem percukaian Islam berpandukan Kitab Al Kharaj.
 Mewujudkan jawatan ketua hakim Negara (Qadhi Al Qudhah).
 Membina Baitul Hikmah (Perpustakaan Agong).
 Menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan perdagangan, keilmuan dan
kebudayaan.
 Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian.
 Menubuhkan Majlis Al Munazoroh sebagai pusat penyelidikan ilmu agama.

Abu Jaafar Abdullah Al Makmun Bin Harun Ar Rasyid (Khalifah ketujuh).


 Memerintah 20 tahun (198H – 218H).
 Mempergiat usaha penterjemahan karya asing seperti Yunani dan Rome ke dalam
Bahasa Arab.
 Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara.
 Membinan balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu.
 Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.

INFO PANTAS
Baitul Hikmah ialah perpustakaan terulung yang menempatkan terjemahan pelbagai
karya asing seperti Bahasa Yunani, Parsi, China dan India ke dalam Bahasa Arab.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 54


3. Faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah.

Agama
 Galakan khalifah memberikan peruntukan khas melalui Baitul Mal untuk para ulama
menjalankan aktiviti dakwah.
 Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu
Bahasa, Sains, Kejuruteraan dan Perubatan berjaya memartabatkan tamadun Islam.
 Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana khalifah sebagai pusat
pengajian ilmu Islam dan penyebaran dakwah.

Politik
 Kebijaksanaan khalifah Abu Jaafar Al Mansur menjadikan Baghdad sebagai pusat
pentadbiran negara.
 Pemberontakan dan perbalahan daripada golongan syiah di Baghdad dan golongan
Utara dan Selatan Syria berjaya dihapuskan.
 Kestabilan politik kerajaan Abbasiyah mendorong khalifah memajukan negara.

Ekonomi
 Layanan yang adil daripada khalifah dengan menghapuskan penindasan dan
perhambaan.
 Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan
masyarakat.
 Orang bukan Islam khususnya orang Parsi diberikan peluang memegang jawatan
utama dalam pentadbiran negara seperti jawatan perdana menteri.

Ketenteraan
 Strategi peperangan yang mantap seperti strategi Al Karadis telah berjaya
mengalahkan serangan musuh.
 Inovasi peralatan perang yang moden dan canggih seperti Manjanik, Dabbabah dan
Barud.
 Keprihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera melalui pemberian gaji dan
bonus.
 Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti Parsi dan
Turki berjaya mengukuhkan kekuatan pasukan.

Pendidikan
 Aktiviti penterjemahan bahasa asing ke dalam Bahasa Arab mengalakkan
penguasaan dan kemahiran pelbagai disiplin ilmu.
 Perkembang pelbagai bidang ilmu berjaya melahirkan ramai sarjana dan ilmuan
Islam seperti Ibnu Sina, Jabir Al Hayyan dan Al Idrisi.
 Galakkan khalifah spt Al Makmun dengan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar
cemerlang.
 Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana khalifah, perpustakaan dan
pusat pengajian yang berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu.

4. Faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah.

Politik
 Campur tangan pegawai berbangsa Parsi dan Turki dalam pemerintahan.
 Perebutan kuasa antara khalifah seperti Al Muntasir dan Al Muktazi menyebabkan
institusi khalifah menjadi semakin lemah.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 55


 Perpecahan wilayah hingga memberi peluang kepada pembentukan kerajaan kecil
seperti Saljuk dan Buwaih.

Sosial
 Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah.
 Pemberontakan dalam kalangan puak syiah dan khuwarij sehingga menganggu
ketenteraman awam.

Ekonomi
 Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku menyebabkan pedagang luar tidak
datang ke Baghdad. Akibatnya dana Baitul Mal merosot.
 Sektor pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak dapat dibaiki krn masalah
kewangan.

Ketenteraan
 Pertahanan ketenteraan yang lemah memudahkan serangan dari pihak musuh
seperti orang Georgia dan Armenia.
 Serangan daripada tentera Mongul (Halagu Khan) telah meruntuhkan kekuatan
Kerajaan Abbasiyah.

5. Iktibar daripada pemerintahan Kerajaan Abassiyah.


Sebagai umat Islam, kita hendaklah:
 Memilih pemimpin berwibawa menerajui kepimpinan supaya urusan pentadbiran
lancar.
 Mencontohi dan mempraktikkan ciri kepimpinan Islam dlm pentadbiran agar jadi
contoh terbaik.
 Memanfaatkan sumber yang ada dengan bijak agar mampu bersaing diperingkat
global.
 Memiliki perasaan cinta akan negara dengan meningkatkan amalan patriotisme
dalam diri.
 Mengeratkan perpaduan antara kaum agar keharmonian terpelihara.
 Memperbanyakkan penerokaan ilmu agar kegemilangan tamadun Islam terus
terjamin.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 56


TAJUK 21 : KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHAB
(BIDANG SIRAH DAN TAMADUN ISLAM)

1. Riwayat hidup tokoh empat mazhab

 IMAM ABU HANIFAH

NAMA An Nukman bin Thabit Al Kufi


PENUH

TARIKH 80 hijrah di Kufah


LAHIR

TARIKH 150 Hijrah


WAFAT

KUNIYAH Abu Hanifah


1. Sangat memuliakan ilmu pengetahuan.
KEPERIBADI 2. Kuat beribadat seperti sentiasa melakukan qiamulail,
AN berpuasa sunat dan selalu khatam Al-Quran
3. Seorang yang pemurah dan penyayang.
4. Tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan
kedudukan.

ANTARA 1. Hammad bin Abi Sulaiman


GURU YANG 2. Ato’ bin Yasar
TERSOHOR 3. Amru bin Dinar

TOKOH- 1. Abu Al Hasan Al Karkhi


TOKOH 2. ‘Ala’uddin Al Kasani
MAZHAB 3. Ibnu Abidin
HANAFI 4. Muhammad As Sarkhasi
5. Jamaluddin Az Zaila’ie

INFO PANTAS
Kesungguhan Imam Abu Hanifah dalam menuntut ilmu ialah mendalami ilmu
feqah kerana berpendapat ilmu feqah memerlukan kemahiran dan
pertimbangan akal yang mendalam dalam menguasai sesuatu hukum dengan
baik.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 57


 IMAM MALIK

NAMA Malik bin Anas Al Madani


PENUH

TARIKH 93 Hijrah di Madinah


LAHIR

TARIKH 179 Hijrah


WAFAT

KUNIYAH Abu Abdullah

KEPERIBADI 1. Mencintai Rasulullah SAW sehingga tidak sanggup


AN menunggang kuda dalam kota madinah kerana menghormati
jasad Rasulullah SAW yang dimakamkan di sana.
2. Menghormati dan mencintai ilmu dengan berpegang teguh
pada prinsip “murid mencari guru”
3. Memuliakan majlis pengajian hadis Rasulullah SAW dengan
memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
4. Sanggup berkorban harta demi menuntut ilmu.

ANTARA 1. Nafi’ Al Madani


GURU YANG 2. Muhammad bin Syihab Az Zuhri
TERSOHOR 3. Yahya bin Said Al Ansari

TOKOH- 1. Ibnu Rusyd


TOKOH 2. Al Imam Al Qurtubi
MAZHAB 3. Abu Bakar Ibnu Al Arabi
MALIKI 4. Ibnu Abdul Bar
5. As Syeikh Ad Dusuki

INFO PANTAS
Kesungguhan Imam Malik dalam menuntut ilmu ialah sanggup berpanas terik
dan menahan kesejukan demi menuntut ilmu kerana berpegang pada prinsip
iaitu “Seseorang itu tidak akan sampai kepada apa-apa yang dihajati daripada
imunya sehingga dia benar-benar sanggup berkorban dalam apa-apa jua
keadaan”.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 58


 IMAM AS SYAFIE

NAMA Muhammad bin Idris As Syafie


PENUH

TARIKH 150 hijrah di Ghazzah


LAHIR

TARIKH 240 Hijrah


WAFAT

KUNIYAH Abu Abdullah

KEPERIBADI 1. Sanggup tinggal bersama-sama dengan kaum arab badwi


AN demi menguasai bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan
arab.
2. Sanggup bermusafir jauh demi kecintaannya terhadap ilmu.
3. Berani menegakkan kebenaran ketika difitnah oleh puak
syiah dan ketika berdepan dengan khalifah Harun Ar
Rasyid.
4. Sangat pemurah kepada fakir miskin walaupun hidupnya
sederhana.
5. Tinggi sifat waraq dan kuat beribadah.

ANTARA 1. Imam Malik bin Anas


GURU YANG 2. Sufyan bin Uyainah
TERSOHOR 3. Muslim Khalid Al Zanji

TOKOH- 1. Abu Ma’ali Al Juayni


TOKOH 2. Abu Hamid Al Ghazali
MAZHAB 3. Abu Ishak As Syairazi
SYAFIE 4. Yahya bin Syarfu An Nawawi
5. Ibnu Hajar Al Haithami

INFO PANTAS
Kesungguhan Imam Syafie dalam menuntut ilmu ialah sanggup bermusafir
jauh, sanggup berguru dengan ramai tokoh ilmuan yang terkemuka sehingga
ke Madinah, Baghdad dan Mesir dalam masa yang lama semata-mata kerana
kecintaan terhadap ilmu.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 59


 IMAM AHMAD BIN HANBAL

NAMA Ahmad bin Muhammad bin Hanbal


PENUH

TARIKH 164 hijrah di Baghdad


LAHIR

TARIKH 241 Hijrah


WAFAT

KUNIYAH Abu Abdullah

KEPERIBADI 1. Sentiasa menuntut ilmu walaupun tlh mendapat gelaran imam


AN masyhur.
2. Memiliki sifat pemaaf yang sangat tinggi.
3. Banyak membaca dan menghafaz Al-Quran sejak usia 9 tahun.
4. Kuat beribadat
5. Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan akidah.

ANTARA 1. Imam As Syafie


GURU YANG 2. Abu Yusuf Al Qadhi
TERSOHOR 3. Hammad bin Khalid

TOKOH- 1. Ibnu Qudamah Al Maqdisi


TOKOH 2. Abdul Halim Ibnu Taimiyyah
MAZHAB 3. Ibnu Qayyim Al Juziyyah
HANBALI 4. Al Qadhi Abu Ya’la Al Farra’
5. Abu Bakar Ghulam Al Hilal

INFO PANTAS
Kesungguhan Imam Ahmad dalam menuntut ilmu ialah beliau sanggup dipukul
dan diseksa dalam penjara semasa pemerintahan Khalifah Al Makmun kerana
bertegas dan pegang teguh mempertahankan pendiriannya tentang “Al-Quran
Bukan Makhluk”.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 60


Bidang Akhlak
Islamiyyah

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 61


TAJUK 22 : BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKAN
(BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH)

1. Maksud bersikap benar.


Istilah – tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan.

2. Dalil naqli tentang bersikap benar.


 Allah SWT berfirman dalam Surah Al Ahzab, 33: Ayat 70 yang bermaksud “Wahai
orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah yang benar.’

3. Hukum bersikap benar adalah wajib.

4. Tuntutan bersikap benar


 Benar dalam tutur kata.
o Tidak berbohong apabila berkata-kata dalam sesuatu keadaan.
o Memelihara diri daripada mengeluarkan lafaz yang jelas berdosa dan
mengelirukan.
 Benar dalam niat dan kemahuan.
o Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
o Berniat untuk membuat kebaikkan semata-mata.
 Benar dalam keazaman dan cita-cita.
o Bertekad mencapai apa-apa yang di cita-citakan.
o Tindakan yang dilakukan seiring dengan keazaman untuk mencapai
matlamat.
 Benar dalam menepati janji.
o Berjanji dengan apa-apa yang mampu ditunaikan.
o Menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan.
o Melaksanakannya tepat dengan sesuatu yang telah dijanjikan.
 Benar dalam tugas.
o Melakukan tugasan tanpa mengharapkan balasan.
o Melakukan tugasan dengan cara yang terbaik.

5. Contoh Rasulullah SAW bersikap benar


 Rasulullah SAW menyampaikan wahyu Allah SWT kepada umat manusia dengan
bersifat benar. Baginda tidak menokok tambah ayat yang disampaikan. Ajaran Islam
yang disebarkan bukan mengikut kehendak peribadi baginda kerana setiap tutur
katanya berdasarkan wahyu Allah SWT.
 Rasulullah SAW pernah bergurau namun baginda sentiasa bersikap benar walaupun
sedang bergurau. Hassan RA menceritakan tentang kisah perempuan tua datang
berjumpa Rasulullah SAW supaya baginda mendoakannya masuk ke dalam syurga.
Lalu baginda memberitahunya bahawa orang tua tidak akan masuk ke dalam
syurga. Wanita tua itu terus berlalu pergi sambil menangis. Lalu Rasulullah SAW
bersabda, “kamu beritahulah kepadanya bahawa sesungguhnya dia tidak akan
masuk syurga dalam keadaan tua. Riwayat Tirmizi.

6. Hikmah bersikap benar.


 Terpelihara daripada sifat munafik yang dijanji oleh Allah SWT.
 Menenangkan hati kerana tidak melakukan dosa.
 Saling bekerjasama kerana wujud perasaan saling mempercayai.
 Menjadi contoh teladan kepada orang lain kerana maruahnya dipandang tinggi.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 62


INFO PANTAS
Bersikap benar penting supaya kita dapat menjauhkan diri daripada sifat munafiq.
3 tanda sifat orang munafiq ialah:
 Apabila berkata-kata dia akan berdusta.
 Apabila berjanji dia akan mungkiri janji.
 Apabila diberi kepercayaan dia akan mengkhianati.

TAJUK 23 : KHAUF DAN ROJA


(BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH)

1. Maksud Khauf dan Roja

KHAUF Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi segala
laranganNya.

ROJA Mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala


perintahNya.

2. Dalil naqli Khauf


 Allah SWT berfirman dalam Surah Al ‘Imran 3: Ayat 175 yang bermaksud : “Maka jangan
lah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu memang orang
yang beriman.”

3. Dalil naqli Roja


 Allah SWT berfirman dalam Surah As Sajdah 32: Ayat 16 yang bermaksud : “Mereka
menjauhkan diri dari tempat tidur dan sentiasa berdoa kepada tuhan mereka dengan
perasaan takut serta penuh harap dan mereka mendermakan sebahagian daripada apa
yang kami rezekikan kepada mereka.”

INFO PANTAS
Cara mendapatkan Khauf.
 Bergaul dengan ulamak dan para solihin.
 Sentiasa mengambil ikhtibar daripada kisah kaum terdahulu.
 Sentiasa bertaubat.
 Sentiasa mengingati mati.
Cara mendapatkan Roja.
 Bermujahadah menentang hawa nafsu.
 Melaksanakan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan istiqamah.
 Tidak berputus asa dengan merayu dan merintih kepada Allah SWT.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 63


4. Contoh Khauf dan Roja yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Contoh 1
 Rasulullah SAW mendirikan solat sunat gerhana matahari dengan khusyuk. Pada
sujud terakhirnya, baginda menangis kerana berasa takut Allah SWT menurunkan
azab. Lalu Rasulullah SAW merintih dengan bersabda: “Wahai Tuhanku, bukankah
engkau telah berjanji kepadaku untuk tidak mengazab mereka pada ketika aku ada
bersama-sama mereka? Tuhanku bukankah engkau telah berjanji kepadaku untuk
tidak mengazab mereka apabila mereka memohon ampun? Sekarang kami sedang
memohon ampun kepadaMu”.

Contoh 2
 Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menziarahi seorang lelaki yang
sedang terlantar. Rasulullah SAW bertanya tentang perasaannya pada ketika itu.
Lelaki itu memberitahu baginda bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah
SWT dan berasa sangat takut akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Lalu
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak berhimpun kedua-duanya dalam hati seseorang
hamba Allah pada ketika itu melainkan Allah SWT memberikan apa yang diharapkan
dan menyelematkannya daripada apa-apa yang ditakutinya”.

5. Konsep Khauf dan Roja yang seimbang.


 Rasa takut kepada Allah SWT hendaklah diiringi dengan tindakan yang selari dengan
syarak.
 Seseorang yang mengharapkan reda Allah hendaklah melakukan ibadat dan
menjauhi maksiat.
 Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk sesorang itu mendekatkan diri
kepada Allah SWT.
 Perasaan khauf terhadap balasan neraka akan menjadi benteng daripada
melakukan maksiat.
 Perasaan roja mendorong seseorang berlumba melakukan ibadat tanpa putus asa
terhadap rahmat Allah SWT.
 Khauf dan roja hendaklah berpaksikan husnuzon kepada Allah SWT.

6. Hikmah Khauf dan Roja.


 Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan.
 Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan kerana yakin
Allah SWT melihat dan menilai setiap perbuatannya.
 Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan Allah kerana takut akan
kemurkaanNya.
 Melahirkan insan yang sentiasa melakukan kebaikan supaya mendapat kemanisan
iman.
 Melahirkan insan yang sentiasa bertawakal kepada Allah stlh berusaha
bersungguh-sungguh.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 64


TAJUK 24 : ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN KURANG UPAYA
(BIDANG AKHLAK ISLAMIYAH)

UNIT 1: ADAB TERHADAP ORANG SAKIT

1. Dalil naqli adab terhadap orang sakit.


Abu Musa As Sha’ari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud
ziarahilah orang yang sakit, berikan makanan kepada orang yang lapar dan bebaskanlah
tawanan.

2. Adab terhadap orang sakit.

Ibadat
 Mendoakan kesihatan mereka.
 Membantu mereka yang ingin melakukan ibadat.

Emosi
 Memberikan semangat dan motivasi agar mereka sabar dan redha.
 Tidak melakukan sesuatu yang boleh menganggu ketenteraman mereka dengan
bunyi bising dan tempoh ziarah yang lama.

Fizikal
 Memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa bersih.
 Menyediakan keperluan dan kemudahan asas untuk pesakit.

3. Hikmah beradab kepada orang sakit.


 Mengembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menempuh ujian Allah SWT.
 Mengeratkan ukhwah sesama anggota masyarakat agar hidup diberkati Allah SWT.
 Melahirkan keinsafan kerana diberi nikmat kesihatan setelah melihat penderitaan
pesakit.

UNIT 2: ADAB TERHADAP ORANG KURANG UPAYA

1. Maksud orang kurang upaya ialah seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk
melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat dari segi fizikal, mental, intelektual atau
pancaindera sejak lahir atau selepasnya.

2. Dalil naqli adab terhadap orang kurang upaya.


Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, bermaksud seorang
wanita yang mempunyai kekurangan pada akalnya berkata: “Wahai Rasulullah, saya
memerlukan pertolonganmu dalam sesuatu urusan”. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai ibu,
bagaimana caranya untuk aku membantumu”. Lalu Rasulullah meluangkan masanya
sehingga wanita itu dapat menyelesaikan urusannya.

3. Adab terhadap orang kurang upaya.


Ibadat
 Menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadat dengan selesa.
 Membantu mereka dengan memberikan tunjuk ajar mengenai urusan ibadat.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 65


Emosi
 Memberikan layanan dengan penuh kasih dan sayang terhadap mereka.
 Tidak mengejek dan menghina mereka.
Fizikal
 Memastikan kemudahan asas yang disediakan untuk mereka tidak di salahgunakan.
 Menyediakan ruang dan memberikan peluang kepada mereka sesuai dengan
keperluan mereka.

4. Hikmah beradab terhadap orang kurang upaya.


 Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya kerana mendapat
perhatian dan keistimewaan.
 Memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat agar perpaduan
dapat diwujudkan.
 Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal dan mental yang sempurna.
 Memudahkan orang kurang upaya melakukan urusan harian.

TAJUK 25 : WASATIYYAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT


(BIDANG AKHLAK ISLAMIYYAH)

1. Maksud dan dalil Wasatiyyah

Wasatiyyah ialah pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap
tindakan.
Dalilnya : Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, lakulanlah
dengan bersederhana. Dan ketahuilah bahawa perbuatan kamu tidak akan menyebabkan
kamu masuk syurga. Amalan yang paling di sukai Allah SWT ialah yang berterusan
walaupun sedikit.

2. Empat prinsip wasatiyyah

2.1. KESEDERHANAAN

MAKSUD ASPEK DALIL

Melakukan 1. Menunaikan tugas dengan Firman Allah SWT dalam


sesuatu dengan sempurna dan penuh Surah Al Furqan, 25: 67
sempurna, tidak bertanggungjawab. bermaksud dan mereka
melampui batas 2. Memenuhi syarat menunaikan apabila membelanjakan
dan mematuhi tugas, mematuhi arahan dan hartanya, tiadalah melampui
syarat. prosedur dalam menjalankan batas dan tiada bakhil kedekut;
amanah. dan perbelanjaan mereka
3. Melaksanakan tugas sebagai adalah betul sederhana.
hamba Allah SWT dan khalifah di
muka bumi.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 66


2.2. KESEIMBANGAN

MAKSUD ASPEK DALIL

Memenuhi 1. Rohani Allah SWT bersabda


keperluan - Melaksanakan ibadat fardhu dan sunat dalam Surah Al
rohani, dengan istiqamah. Baqarah,2: Ayat 201
jasmani dan - Menghayati Al-Quran dan berzikir dengan bermaksud dan antara
akal secara bersungguh-sungguh. mereka pula ade yang
sempurna - Melakukan ibadat dengan ikhlas. (berdoa dengan)
dalam semua berkata. “Wahai Tuhan
keadaan. 2. Jasmani Kami, berilah kami
- Mengambil makanan yang baik dan kebaikkan dunia dan
seimbang untuk kesihatan tubuh badan. kebaikkan di akhirat.
- Berehat setelah penat bekerja supaya Dan peliharalah kami
badan kembali cergas dan bertenaga. daripada azab api
- Memenuhi keperluan biologi dan fitrah neraka”.
manusia.

3. Akal
- Menjauhi barang larangan yang boleh
merosakkan akal seperti dadah dan arak.
- Menggunakan akal untuk meningkatkan
ilmu.
- Menggunakan akal untuk memajukan diri,
masyarakat dan membangunkan negara.

2.3. KEADILAN

MAKSUD ASPEK DALIL


Meletakkan 1. Menunaikan hak Firman Allah SWT dalam Surah Al Maidah,
sesuatu sesuai kepada mereka yang 5: 8 bermaksud Wahai orang yang
dengan berhak menerimanya. beriman hendaklah kamu semua semtiasa
suasana, masa menjadi orang yang menegakkan keadilan
dan tempat. 2. Mengambil kerana Allah SWT lagi menerangkan
pendekatan kebenaran: dan janganlah kebencian
pertengahan dan kamu kepada sesuatu kaum itu
seimbang secara mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.
hikmah antara dua Berlaku adillah kerana ia lebih hampir
perkara yang kepada takwa…
ekstrem.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 67


2.4. KECEMERLANGAN

MAKSUD ASPEK DALIL


Pendekatan 1. Melakukan kebaikan seperti Allah SWT bersabda
yang terbaik memakmurkan bumi, membangunkan dalam Surah Al ‘Imran,
dalam negara dan membasmi kemiskinan. 3: Ayat 110 bermaksud
melakukan kamu (wahai umat
kebaikkan dan 2. Mencegah diri daripada melakukan Muhammad) ialah umat
mencegah kezaliman, kefasiqan dan kekejaman. paling baik yang
kemungkaran dilahirkan bagi umat
serta 3. Menggunakan kekayaan di dunia manusia, (kerana kamu
berkeyakinan untuk mendapatkan keredhaan Allah menyuruh agar
teguh kepada SWT. melakukan kebaikan dan
Allah SWT. mencegah kemungkaran
4. Melakukan semua tugas dan serta kamu beriman
pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah kepada Allah
SWT.

INFO PANTAS
Ummatan Wasatan mengabungkan unsur jasad dan rohani tanpa mengabaikan
mana-mana aspek. Mereka termasuklah:
 Umat yang terplih dan adil.
 Umat terbaik dan pertengahan dalam semua perkara, tidak melampui batas
serta tidak lalai.
 Tidak berlebihan dalam urusan agama dan spiritual semata-mata seperti
golongan nasrani.
 Tidak mementingkan material semata-mata seperti yahudi dan musyrik.

3. Hikmah melaksanakan prinsip Wasatiyyah


 Syiar Islam dapat di tegakkan dengan menyempurnakan akhlak dan nilai-nilai murni.
 Pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dapat diwujudkan kerana adanya
kestabilan politik.
 Ekonomi masyarakat yang stabil dapat dijana kerana tiada berlaku pembaziran.
 Tahap pendidikan masyarakat dapat di tingkatkan mengikut keperluan negara.
 Masyarakat yang aman damai dan bersatu padu dapat dibangunkan dengan
melaksanakan prinsip keadilan.

Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn 4 KSSM 68

Anda mungkin juga menyukai