Anda di halaman 1dari 74

A06101

PENDIDIKAN ISLAM

NAMA PELAJAR :
PROGRAM
NAMA PENSYARAH
PERKARA MUKA SURAT

AL-QURAN 2

AYAT KEFAHAMAN SURAH IBRAHIM AYAT 35-41 3

AYAT HAFAZAN SURAH IBRAHIM AYAT 40-41 8

HADITH 10

HADITH KEFAHAMAN TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT


NAUNGAN ALLAH DI AKHIRAT
11

AKIDAH 15

TUJUAN MANUSIA DICIPTA 16

RUKUN ISLAM 16

RUKUN IMAN 17

PENGERTIAN IMAN 18

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN 20

FEKAH 22

TAKRIFAN HUKUM 23

TAHARAH 23

WUDHUK 26

MANDI WAJIB 28

SOLAT 29

SOLAT JAMAK DAN QASAR 40

SOLAT KETIKA SAKIT 42

PUASA 43
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

SEMBELIHAN 44

KORBAN DAN AKIKAH 45

TOKOH 48

-RASYIDIN 49

KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ 50

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB 52

AKHLAK 54

PENGERTIAN AKHLAK 55

ADAB BERCAKAP BENAR 56

SIFAT MALU 58

BAHAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN 60

ARAHAN TUGASAN PORTFOLIO 61

RUBRIK PENTAKSIRAN PORTFOLIO 62

BORANG PEMARKAHAN FOLIO 63

ARAHAN TUGASAN PEMBENTANGAN SLAID 64

RUBRIK PENTAKSIRAN PEMBENTANGAN SLAID 65

BORANG PEMARKAHAN PEMBENTANGAN SLAID 67

ARAHAN TUGASAN AMALI WUDHUK 68

RUBRIK PENTAKSIRAN AMALI WUDHUK 69

BORANG PEMARKAHAN AMALI WUDHUK 71

SUMBER RUJUKAN 72

1
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

ayat
kefahaman

2
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

AYAT KEFAHAMAN
SURAH IBRAHIM AYAT 35-41.

Dan ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan


yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah

Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat dalam kalangan umat
manusia, oleh itu sesiapa yang mengikutku maka ia adalah dari golonganku, dan
siapa yang menderhaka kepadaku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihani.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian zuriat


keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya,
di sisi rumah Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, supaya
mereka mendirikan solat, oleh itu jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik
kepada mereka dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari pelbagai jenis buah-
buahan dan tanam-tanaman, semoga mereka bersyukur.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan
dan apa yang kami zahirkan, dan tiada sesuatu pun di langit dan di bumi yang
tersembunyi dari Allah SWT.

3
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua,
Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar doa permohonan.

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Wahai Tuan kami, berilah ampun bagi ku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang
yang beriman, pada masa berlakunya Hari Perhitungan kelak.

4
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

INTISARI AYAT 35-41 SURAH IBRAHIM


1. Perbuatan menyembah berhala adalah perbuatan yang hina dan tercela.
2. Allah SWT adalah tuhan yang Maha Esa.
3. Allah SWT tidak mempunyai sekutu.

KEPENTINGAN MEMELIHARA SOLAT

1. Solat Merupakan Amalan Pertama Yang Akan Dihisab Pada Hari Kiamat
Kelak.
Jika solat kita sempurna, berbahagialah kita di sana. Jika tidak sempurna, kita
akan menerima balasan yang setimpal. Solat juga dapat menutup kekurangan kita
pada amalan-amalan yang lain.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula


sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika
sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia,
dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya
terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah,
adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk

Demikianlah keadaan amal- (Riwayat at-Tirmidzi)

2. Asas Syiar Islam.


Hubungan makhluk dengan Khaliqnya ditentukan oleh sembahyang kerana
sembahyang merupakan syiar Islam yang utama dan satu-satunya ibadah yang
dapat menghampirkan seseorang hamba kepada Allah SWT. Terdapat hadis
mengatakan bahawa keislaman dan keimanan seseorang itu ditentukan oleh
ibadah sembahyang. Jika mereka tidak sembahyang bererti telah hapus tanda-
tanda keislaman dan keimanan mereka. Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:
. (Riwayat Ahmad dan
Muslim)

3. Solat Juga Akan Menghapuskan Dosa-Dosa Kita Yang Terdahulu.


Sabda Rasulullah yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk
waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang
baik, melakukan solat dengan sebaik-
sembahyang itu merupakan kafarah (memadamkan) dosa-dosanya yang telah
lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar (Hadith Riwayat Muslim)

5
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

4. Dapat Mencegah Kita Daripada Perbuatan Yang Mungkar.


Solat dapat menghapus dosa-dosa yang lalu selagi mana kita tidak melakukan
dosa besar. Dengan menunaikan solat, ia dapat menghalang kita daripada
melakukan perbuatan yang mungkar.
5. Mendapat Ketenangan Jiwa.
6. Dikasihi Allah dan Rasul.
7. Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
8. Melahirkan sikap berdisiplin, amanah dan bertanggungjawab.

TUNTUTAN MEMOHON RAHMAT DAN KEAMPUNAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN


KEDUA IBU BAPA

1. Kita sebagai manusia yang beriman, kadang kala terlanjur, tersalah, tersilap
sehingga tidak sedar telah melakukan kesalahan dan dosa. Oleh itu, ingatlah,
janganlah sesekali berputus asa dari rahmat Allah & mohonlah keampunan dari
Allah. Allah Maha Pengampun, sebesar mana dosa kita, dan sebanyak mana dosa
kita, Allah akan mengampunkan jua dosa kita.

2. Kita hendaklah sentiasa memohon rahmat dari Allah. Rahmat ialah kasih sayang,
kurniaan, anugerah dan apa jua yang terbaik dari Allah. Orang yang dibawah
rahmat Allah akan sentiasa berasa tenang, gembira, lapang dan sentiasa merasa
cukup.

KELEBIHAN ISTIGHFAR
1. Memperoleh keampunan dari Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan.
2. Menyenangkan hati dari segala kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa
maksiat yang dilakukan.
3. Mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada
permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah SWT dan
untuk mencapai keredhaanNya.

PENGAJARAN AYAT 40 DAN 41 SURAH IBRAHIM


1. Kita hendaklah istiqamah dalam menunaikan ibadah kepada Allah Taala.
2. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan doa dalam kehidupan seharian agar dapat
melahirkan generasi yang hampir dengan Allah SWT.
3. Kita hendaklah yakin bahawa solat boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar.
4. Kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan kedua ibu bapa supaya hidup
kita sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.

6
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA

1.

kedua orang tuaku dan

2. Surah Nuh ayat 28.

28. "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi
sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi
sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman);
dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"

3. Surah Al-

24. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan
dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

7
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

ayat
hafazan

8
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

SURAH IBRAHIM AYAT 40-41.

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

9
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

hadis
kefahaman

10
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI AKHIRAT

TERJEMAHAN HADIS
Daripada Abu Hurairah RA berkata, daripada Rasulullah bersabda: Tujuh golongan
manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang
tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; Pemimpin yang
adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah, orang yang hatinya
sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana
kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang
dipujuk oleh perempuan yang berkedudukan dan cantik untuk melakukan maksiat
dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah, orang yang
bersedekah secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi
oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan
keadaan bersendirian, lalu menitis air matanya .
(Riwayat Bukhari)

TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

i Pemimpin yang adil.

ii Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah SWT.

iii Lelaki yang hatinya sentiasa tergantung (terpaut) dengan masjid.

iv Dua orang yang saling kasih mengasihi, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah
SWT.

v Seseorang lelaki yang menolak ajakan wanita untuk melakukan maksiat.

vi Seorang yang bersedakah dan tidak menghebahkannya.

vii Seeorang yang mengingati Allah SWT hingga mengalirkan air mata.

11
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

i Pemimpin yang adil. Pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawab


mengikut syariat Islam.

Pemimpin yang adil merujuk kepada ketua atau pengurus yang diberi
amanah menerajui sesuatu organisasi dengan adil dan bertanggungjawab.
Begitu juga dengan diri kita yang menjadi ketua kepada anggota sendiri
yang perlu dijaga daripada terlibat denagn maksiat.
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya atau haknya.
Contoh: pengawas sekolah, seorang ketua kelas, bendahari kelas dan
sebagainya perlu adil dan amanah dalam menjalankan tugas. Manakala diri
kita pula perlu memastikan mata, tangan, kaki, hati dan anggota lain
sentiasa melaksanakan perintah dan menghindarkan larangan Allah SWT.

ii Pemuda yang sentiasa Pemuda yang rajin beribadah pada setiap masa.
beribadah kepada Allah
SWT.

Pemuda yang sentiasa beribadah merujuk kepada pemuda yang sentiasa


melaksanakan amalan kerana Allah SWT samada ibadah khusus atau
umum.
Contoh ibadah khusus: solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Contoh ibadah umum: berniaga, bekerja dan lain-lain.
Sesuatu amalan harian juga boleh menjadi ibadah sekiranya kita
meletakkan niat kerana Allah dan dilakukan mengikut syariat yang
ditetapkan, seperti contoh, beriadah untuk kesihatan dengan pakaian yang
menutup aurat.

iii Lelaki yang hatinya sentiasa Seseorang yang suka, seronok dan rindu
tergantung (terpaut) dengan untuk ke masjid atau surau.
masjid.

Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid merujuk kepada seseorang yang
sentiasa mengimarahkan masjid dengan amalan-amalan seperti solat
berjamaah, menghadiri kuliah agama, menjaga kebersihan kawasan masjid
dan lain-lain.

12
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

iv Dua lelaki orang yang saling Mereka berkasih sayang berlandaskan adab-
kasih mengasihi, bertemu dan adab Islam, ikhlas kerana Allah dan
berpisah hanya kerana Allah mengelakkan diri terjerumus ke arah maksiat.
SWT.

Dua orang yang saling kasih mengasihi, bertemu dan berpisah hanya kerana
Allah SWT merujuk kepada dua orang sahabat yang saling berkasih sayang
dan bersahabat ikhlas hanya kerana Allah SWT dan bukan kerana kedudukan,
warna kulit dan tujuan yang lain.
Kasih sayang ini juga bukan atas desakan nafsu dan amarah syahwat yang
boleh menjerumus diri kita ke lembah maksiat.
Kita juga perlu menjaga adab-adab pergaulan dan bersahabat dalam
menjalinkan silaturrahmi ini.
Contoh adab pergaulan: sentiasa menjaga rahsia rakan, bersopan santun
mengeluarkan kata-kata dan lain-lain.

v Seseorang lelaki yang Seseorang yang diajak oleh seseorang untuk


menolak ajakan wanita melakukan maksiat seperti zina, tetapi ditolak dengan
untuk melakukan
maksiat.

Seseorang lelaki yang menolak ajakan wanita untuk melakukan maksiat


merujuk kepada seseorang individu yang menolak sebarang ajakan ke arah
maksiat kerana takut kepada Allah SWT dan menyedari akan azab yang bakal
diterima di akhirat kelak.
Kita perlu memantapkan keimanan agar ia menjadi benteng daripada gejala
maksiat dan dosa.

vi Seseorang yang Harta yang dikeluarkan dengan hati yang benar-benar


bersedekah dan tidak ikhlas kerana Allah SWT dan tidak menghebahnya
menghebahkanya seumpama, tangan kiri yang tidak mengetahui apa
yang dilakukan tangan kanan.

Seseorang yang bersedekah dan tidak menghebahkanya merujuk kepada


seseorang individu yang tidak menghebah-hebah sebarang bentuk pemberian,
sedekah atau derma bagi mengelakkan perasaan riak dan menunjuk-nunjuk.
Oleh itu kita perlu menyembunyikan sebarang bentuk pemberian daripada
diketahui umum seperti memanggil wartawan untuk menghebahkan derma dan
sebagainya.
13
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

vii Seseorang yang mengingati Seseorang yang mengalirkan air matanya


Allah SWT hingga kerana taqwa kepada Allah atau menginsafi
mengalirkan air mata. perbuatan lalu.

Seseorang yang mengingati Allah SWT hingga mengalirkan air mata merujuk
kepada seseorang individu yang merasakan kebesaran dan keagungan Allah
SWT sehingga mewujudkan rasa gerun dan mengharap kepadaNya.
Keadaan ini dapat memastikan diri kita sentiasa bertaqarrub dan bergantung
kepada Allah SWT dan menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara
yang ditegah oelh Allah SWT.

CIRI-CIRI GOLONGAN YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH.


i. Membaca dan mengamalkan zikir-zikir selepas solat.
ii. Sentiasa solat berjemaah di masjid.
iii. Memilih sahabat yang membawa kepada ke arah kebaikan.
iv. Menghindarkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada perbuatan
zina seperti menonton filem lucah dan melayari laman lucah dan menjaga batas
pergaulan.
v. Melatih diri menjadi pemimpin yang adil amanah dan bertanggungjawab.

PENGAJARAN HADIS.
i. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menjadi sebahagian daripada
7 golongan seperti dalam hadis.
ii. Kita hendaklah berdoa dengan memohon naungan dan perlindungan Allah
SWT di padang mahsyar nanti.
iii. Kita hendaklah mengamalkan segala suruhan dan menjauhkan larangan Allah
SWT supaya mendapat perlindungan di dunia dan di akhirat.

14
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

akidah

15
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

TUJUAN MANUSIA DIHIDUPKAN DI MUKA BUMI.


Allah SWT menjadikan manusia di muka bumi bertujuan:
1. Menjadi Khalifah Di Muka Bumi. (Surah Al-Baqarah: 30).

Maksudnya Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;


"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya
(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan
memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui
akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

2. Beribadah Kepada Allah (Surah Az-Dzariyat: 56)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu .

3. Mengajak Kepada Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran (Surah Ali Imran:


104).

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru


(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-

RUKUN ISLAM.
i. Mengucap kalimah syahadah
ii. Menunaikan solat
iii. Menunaikan zakat
iv. Berpuasa di bulan ramadhan
v. Menunaikan haji di Baitullah bagi yang berkemampuan

Kelima-lima perkara ini dinamakan sebagai Rukun Islam.

16
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

RUKUN IMAN.
i. Beriman Kepada Allah SWT
Wajib mempercayai keesaan Allah SWT yang memiliki sifat kesempurnaan
berdasarkan dalil naqli dan aqli.

ii. Beriman kepada Malaikat


Wajib mempercayai bahawa malaikat sebagai makhluk Allah SWT yang dicipta
daripada cahaya, tidak berjantina tidak makan dan minum. Nama-nama
Malaikat yang wajib diketahui adalah Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir,
Raqib, Atid, Malik, Ridwan.

iii. Beriman kepada Kitab


Wajib mempercayai bahawa Allah SWT menurunkan kitab-kitab kepada Rasul-
Nya yang mengandungi ajaran yang benar. Kitab-kitab tersebut ialah Zabur,
Taurat, Injil dan al-Quran.

iv. Beriman kepada Rasul


Wajib mempercayai bahawa Rasul diutus oleh Allah SWT untuk menerima
wahyu. Nama 25 Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail,

sa, Muhammad

v. Beriman kepada Hari Kiamat


Wajib mempercayai bahawa akan berlaku kehancuran pada alam ini. Manusia
akan dibangkitkan semula daripada kubur dan dihimpunkan di Padang
Mahsyar.

vi.
Wajib mempercayai bahawa Allah SWT yang mengatur dan menentukan
segala yang berlaku di alam ini.

AKIBAT TIDAK MEYAKINI RUKUN IMAN

i. Iman akan terbatal.


ii. Mudah untuk melakukan dosa.
iii. Dimurkai oleh Allah.
iv. Kekal di dalam azab neraka.
v. Tidak menghormati orang lain.

17
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENGERTIAN IMAN.

Iman bermaksud mengakui, mengiktiraf dan membenarkan sesutu tanpa


mendustakan atau menidakkanya. Iman dari segi istilah pula ialah membenarkan
dengan hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan.

KESEMPURNAAN IMAN MELALUI HATI, LISAN DAN PERBUATAN.

-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka


itulah sebaik-

i. Tidak sempurna iman seseorang yang hanya berikrar dengan lisan dan beramal
soleh tanpa membenarkan dengan hati. Mereka ini dianggap munafik.

ii. Tidak sempurna iman seseorang yang hanya membenarkan di dalam hati tanpa
disertai ikrar dengan lisan dan beramal soleh. Mereka ini dikira kafir seperti ahli kitab
dan firaun.

iii. Tidak sempurna iman seseorang yang hanya membenarkan dalam hati semata-mata
tanpa perlakukan amal soleh. Mereka dikira sebagai `asi dan fasik.

Membenarkan dengan hati iaitu mengakui keesaan Allah SWT sebagai tuhan sekalian
makhluk. Mengakui Allah SWT adalah pencita kepada sekelian alam.

CIRI-CIRI MANUSIA YANG BERTAMBAH KEIMANANNYA:

Mengenali dan mengetahui tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad

Sentiasa dalam keadaan melakukan ibadah sama ada yang wajib mahupun
yang sunat.

KESAN IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG

Kesan iman bertambah:

i. Amal ibadah seseorang semakin bertambah.


ii. Akhlak berubah kepada lebih baik.
iii. Takut melakukan perkara keji dan kemungkaran.

18
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Kesan iman berkurang:

i. Berasa malas melakukan perintah Allah SWT.


ii. Cenderung untuk melakukan perkara keji dan mungkar.
iii. Sukar untuk mendengar nasihat agama dan kebaikan.

PENGERTIAN KEMANISAN IMAN


Berasa gembira dalam melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demi
mendapat keredhaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan Allah dan rasulNya
lebih daripada segalanya.

Hadis Anas (Hallawatul Iman) muttafaq `alaih. Maksudnya: Tiga perkara, sesiapa
yang melakukan akan dapat memperoleh kemanisan iman. Kecintaan kepada Allah
dan rasulnya melebihi segalanya, mengasihi manusia kerana Allah, benci kepada
kekufuran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekufuran sebagaimana mereka
benci dicampakkan ke dalam api neraka .
CARA-CARA MENCAPAI KEMANISAN IMAN.

1. Sentiasa melaksanakan perintah Allah SWT.


2. Sentiasa berhati-hati dalam percakapan yang dikeluarkan.
3. Mengamalkan akhlak mahmudah.
4. Benci akan kekufuran.
5. Mempunyai rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya melebihi segalanya.

19
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN DAN AKIBATNYA.


(a) Syirik Menyekutukan Allah, dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan. Ia
berlaku melalui pemujaan, penyembahan, permintaan, perlindungan dan kepatuhan
kepada sesuatu selain Allah. Kesan kepada perbuatan syirik antaranya:

Batalnya iman seseorang.


Rosak akidah.

(b) Kufur Tidak percaya kepada Allah SWT serta mengingkari ajaran yang
disampaikan oleh Nabi . Orang yang melakukan perbuatan digelar kafir. Kesan
kepada perbuatan kufur antaranya:

Terkeluar dari agama Islam.


Tidak mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat.

(c) Riddah Berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar
daripada agama Islam dihukum murtad. Ia boleh berlaku melalui iktikad, perbuatan
dan percakapan. Kesan riddah antaranya:

Dijatuhkan hukuman bunuh.


Hubungan suami isteri terpisah.

(d) Khurafat Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai


hubungan dengan Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep
tauhid dan syariat Islam. Kesan melakukan perbuatan khurafat antaranya:

Menyebabkan syirik kepada Allah SWT.


Berlaku pembaziran dari segi masa, wang ringgit dan tenaga.

(e) Sihir Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk
ghaib iaitu syaitan atau jin bertujuan memudharat atau mengelirukan manusia. Kesan
seandainya seseorang manusia melakukan perbuatan sihir antaranya:

Merosakkan akidah mereka yang melakukan sihir.


Menimbulkan fitnah dalam kalangan masyarakat.

(f) Munafiq Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada
Allah SWT. Kesan kepada perbuatan ini antaranya:

Hilang rasa percaya dalam kalangan masyarakat.


Hubungan erat dalam msyarakat akan runtuh.

20
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

AKIBAT TERBATAL IMAN

i. Segala amalan menjadi sia-sia, tertolak dan terhapus pahala amalan terdahulu.
ii. Terbatal ikatan perkahwinan.
iii. Tidak layak menerima perwarisan.
iv. Haram dikebumikan di tanah perkuburan Islam.
v. Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.

USAHA-USAHA MEMELIHARA DIRI DARI PERKARA-PERKARA YANG


MEMBATALKAN IMAN

i. Berdoa kepada Allah agar terpelihara daripada perkara-perkara membatalkan


iman.
ii. Berwaspada dalam pergaulan seharian dari golongan yang bertujuan
memesongkan akidah.
iii. Mentaati segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.

21
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

fekah

22
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

TAKRIF HUKUM

Wajib Diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan. Balasan dosa


diberikan sekiranya tidak melakukannya.
Contoh: solat fardhu, puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan zakat.
Sunat Diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan. Tiada balasan dosa
sekiranya ditinggalkan.
Contoh: solat sunat, puasa pada hari isnin dan khamis dan bersedekah.
Haram Balasan dosa diberikan andai melakukannya. Ganjaran pahala bagi
sesiapa yang meninggalkannya.
Contoh: berzina, minum arak dan berjudi.
Makruh Tiada balasan dosa andai melakukannya. Ganjaran pahala bagi
sesiapa yang meninggalkannya.
Contoh: makan daging kuda, kerap mandi semasa berpuasa dan berlebihan
.
Harus Tiada balasan dosa atau pun ganjaran pahala bagi sesiapa yang
melakukannya atau meninggalkannya.
Contoh: makan, minum dan berehat.

TAHARAH (KONSEP BERSUCI)


Membersihkan badan, pakaian dan tempat sembahyang dari segala kekotoran, najis
dan dari sebarang hadas.
JENIS-JENIS HADAS
i. Hadas kecil

ii. Hadas besar

PENGERTIAN HADAS KECIL


Berbagai pengertian hadas kecil diberikan, secara ringkasnya disenaraikan setiap
pandangan mengenainya di bawah ini:
i. Hadas yang hanya menyebabkan wajib wuduk.

ii. Hadas membatalkan wuduk.

iii. Hadas memerlukan kita mengangkatnya dengan mengambil wuduk.

PENGERTIAN HADAS BESAR


Hadas yang mewajibkan seseorang itu untuk mandi wajib.

23
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

JENIS-JENIS AIR

kemampuannya menghilangkan hadas.


1. Air Mutlak.

Air mutlak ialah air yang bersih sifatnya dan boleh digunakan untuk kegunaan
biasa, membersihkan yang lain dan sah digunakan untuk bersuci. Dalam erti kata
lain, air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan. Contoh air mutlak ialah air
hujan, air laut, air sungai, air telaga, air mata air, air salji dan air embun.

2. Air Mustakmal.

Air yang telah digunakan. Air yang bersih untuk kegunaan biasa tetapi tidak boleh
digunakan untuk bersuci. Dalam erti kata lain, air mustakmal ialah air yang telah
digunakan untuk bersuci.

3. Air Mutanajis.
Air yang bercampur dengan najis. Air ini tidak bersih dan memudaratkan untuk
kegunaan biasa dan tidak sah digunakan untuk bersuci.
4. Air Musyammas.

Air di dalam bekas besi yang terdedah kepada cahaya matahari. Air ini bersih
yang boleh digunakan untuk kegunaan biasa dan bersuci, tetapi hukumnya adalah
makruh.

Sukatan Dua Kolah


Dua Kolah ataupun dalam istilah arabnya, qullah ( ) ialah 500 kati Baghdad,
bersamaan 192.857 kg atau 1 ¼ hasta padu.
Sebenarnya sukatan ata
dua qullah bersifat taqribi bukan tahdidi atau tepat. Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-
Fiqh al-Islami wa Adillatuh menyebut nilainya seperti berikut:
i. Dari segi timbangan iaitu 446 3/7 kati Mesir, 81 kati Syam (1 kati Syam
bersamaan 2.5 kg. justeru, 2 qullah bersamaah 195.113 kg).

ii. Dari segi sukatan 10 tin (ada pendapat mengatakan 15 tin atau 270 liter).

iii. Dari segi ukuran 1 ¼ hasta segi empat panjang, lebar dan dalam
berdasarkan hasta sederhana. Bagi bekas bulat pula seperti telaga 2 hasta

ialah 2 ½ hasta dalam dan 1 hasta lebar.

24
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PEMBAHAGIAN NAJIS
1. Najis Mukhaffafah.

Najis Mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang masih belum
berumur 2 tahun yang tidak makan apa-apa kecuali susu ibunya sahaja.

2. Najis Mughallazah.

Najis mughallazah ialah najis berat iaitu najis babi dan anjing. Segala perkara
yang ada hubungan dengan kedua-duanya adalah najis.

3. Najis Mutawassitah.

Najis mutawassitah atau najis pertengahan selain daripada najis mukhaffafah


dan mughallazah.

ALAT BERSUCI
1. Air mutlak

Air yang suci lagi menyucikan, seperti: Air Hujan, Air Laut, Air Perigi, Air Embun,
Air Mata Air, Air Salji dan Air Perigi/Telaga.
2. Benda kesat seperti batu, tisu, daun kering dan daun kering.

3. Tanah atau debu tanah yang suci.

25
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

BAB WUDUK
Perkataan wuduk dari segi bahasa ialah elok dan berseri. Menurut syarak pula ialah
membersihkan anggota wuduk dengan menggunakan air untuk menghilangkan hadas
kecil disertakan dengan niat. Air yang digunakan untuk berwuduk ialah air mutlak. Bagi
orang yang ingin menunaikan solat, wajiblah ke atasnya untuk berwuduk terlebih
dahulu. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 6:

Maksudnya: -orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan


solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah

RUKUN WUDUK
1. Niat

Ini kerana wuduk adalah ibadat dan niat akan membezakan di antara ibadat dan adat.
Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan
Muslim:

Maksudnya:
seseorang itu (berdasarkan) kepada apa yang dia niatkan.

Ini bermakna sesuatu ibadat itu tidak akan sah dan tidak akan diambil kira oleh syarak
melainkan apabila ia diniatkan dan seseorang mukallaf tidak akan dapat pahala
kecuali dia mengikhlaskan niatnya. Waktu niat ialah ketika membasuh bahagian yang
pertama daripada muka kerana itu adalah permulaan wuduk.
2. Membasuh Seluruh Muka Kerana Firman Allah S.W.T Yang Bermaksud: Maka
Basuhlah Muka Kamu.

Sempadan muka ialah dari segi memanjang bermula daripada tumbuh rambut
(bahagian atas) hingga bahagian paling bawah dagu dan dari segi lebarnya bermula
dari telinga hingga ke telinga. Wajib dibasuh kesemua yang ada pada muka iaitu bulu
kening, misai dan janggut.
3. Membasuh Kedua Tangan Hingga Ke Siku Kerana Firman Allah Taala Yang
Bermaksud: Dan Basuhlah Tangan-Tangan Kamu Hingga Ke Siku.

26
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Siku adalah termasuk di antara anggota yang mesti dibasuh. Wajib meratakan
basuhan ke semua bulu dan juga kulit. Sekiranya di bawah kuku terdapat kotoran atau
terdapat cincin yang boleh menghalang daripada sampai air, maka wuduk tersebut
Seorang lelaki
telah berwuduk dan meninggalkan satu tempat pada kuku kakinya. Perbuatannya
dilihat oleh Rasulullah lalu baginda bersabda; Kembalilah dan perbaiki wuduk kamu.

Hadis di atas menunjukkan bahawa tidak sah wuduk apabila anggota yang wajib
dibasuh tidak dibasuh walaupun satu bahagian yang kecil.

4. Menyapu Sebahagian Daripada Kepala Walaupun Sehelai Rambut Selama Ia

Kepala-

5. Membasuh Kedua-Dua Kaki Hingga Ke Buku Lali Kerana Firman Allah Taala
-
Buku lali ialah tulang yang timbul (berbonggol) daripada setiap belah kaki yang
merupakan pemisah (sendi) antara kaki dan betis. Kedua buku lali adalah termasuk
dalam anggota yang mesti dibasuh.
Wajib meratakan basuhan kedua-dua kaki dan tidak boleh tertinggal sedikitpun
walaupun satu tempat di kuku atau bawah kuku sebagaimana kedua-dua tangan yang
telah lalu.
6. Tertib Dalam Melakukan Rukun-Rukun Yang Telah Disebutkan.
Ini berdasarkan ayat yang menyebut tentang fardhu wuduk secara tertib dan juga
perbuatan Rasulullah . Baginda tidak berwuduk melainkan secara tertib
sebagaimana susunan yang disebut oleh Al-Quran.
PERKARA-PERKARA HARAM BAGI ORANG YANG TIADA WUDHUK ATAU
BERHADAS KECIL
1. Solat.

2. Tawaf di Kaabah.

3. Menyentuh dan membawa Al-Quran.

27
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

MANDI WAJIB.
Dari sudut bahasa mengalirkan air ke atas apa sahaja benda. Dari sudut syarak
mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu.
SEBAB MANDI WAJIB
1. Bersetubuh (berjimak).

2. Keluar mani.

3. Mati.

4. Haid.

5. Nifas.

6. Wiladah.

RUKUN MANDI WAJIB


1. Niat.

2. Menghilangkan najis.

3. Meratakan air ke seluruh anggota badan, kulit dan rambut.

PERKARA HARAM KETIKA HADAS BESAR


1. Solat.

2. Tawaf.

3. Menyentuh Al-Quran.

4. Membaca Al-Quran.

5. Beriktikaf di masjid.

28
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

BAB SOLAT
Dalam bahasa arab, solat (sembahyang) digunakan dengan makna berdoa untuk
kebaikan. Firman Allah Taala:

Dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman
jiwa bagi mereka. (At-taubah:103)

Dari segi istilah fuqahak solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-


perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.
RUKUN SOLAT

Rukun ialah bahagian yang paling asasi daripada sesuatu benda seperti dinding yang
merupakan salah satu bahagian asasi bilik. Oleh itu, bahagian asasi solat ialah rukun-
rukunnya seperti rukuk, sujud dan seumpamanya. Solat tidak berlaku dan tidak sah
kecuali semua bahagian asasi solat telah sempurna dan dilakukan dengan tertib
sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang diambil daripada Jibril a.s.
Kesimpulannya, solat mempunyai 13 rukun.
1. Niat

Niat ialah qasad melakukan sesuatu yang disertai di awal perbuatannya. Tempatnya
adalah di hati. Niat solat mesti disertakan ketika takbiratul ihram. Ini bermaksud ketika
melafazkan takbiratul ihram, hatinya dalam keadaan sedar dan tertumpu kepada
qasad untuk melakukan solat disamping ingat akan jenis dan fardhu solat yang
hendak dilaksanakan.
2. Berdiri Betul Bagi Yang Berkuasa
Seseorang di anggap berdiri betul apabila dia berada dalam keadaan tegak. Sekiranya
dia membongkok sekadar tapak tangannya boleh menyentuh lututnya tanpa keuzuran
maka batal solatnya. Ini kerana rukun berdiri sudah tidak ada lagi di dalam solatnya
itu.
Sekiranya orang yang bersolat itu hanya mampu berdiri pada beberapa bahagian
sahaja di dalam solat dan tidak mampu pada bahagian lain, maka dia hendaklah
berdiri ketika melakukan bahagian yang mampu sahaja dilakukan dalam keadaan
berdiri dan duduk pada bahgian yang tidak mampu untuk dilakukan secara berdiri,

29
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

3. Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram mestilah dengan lafaz . Walaubagaimanapun, tidak mengapa


sekiranya ada penambahan yang tidak mengubah nama Allah seperti menyebut
. Sekiranya ditambah kalimah yang bukan sifat Allah Taala seperti atau
mengubah susunan lafaz tersebut seperti . Maka takbir tersebut tidak sah.
Dalilnya ialah kemestian mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah . Baginda
sentiasa bertakbir menggunakan lafaz-lafaz tersebut ketika takbiratul ihram.

Syarat-Syarat Takbiratul Ihram

Bagi memastikan takbiratul ihram itu sah, maka disyaratkan supaya melakukan
beberapa perkara berikut:
i- Ketika melafazkannya hendaklah berada dalam keadaan berdiri. Tidak sah takbir
tersebut sekiranya dia melafazkannya ketika hendak berdiri menunaikan solat.
ii- Melafazkannya ketika menghadap ke arah kiblat.
iii- Takbiratul ihram mestilah dengan bahasa arab. Namun begitu sekiranya
seseorang itu tidak mampu menyebutnya dalam bahasa tersebut dan tidak mampu
untuk mempelajarinya pada masa itu, maka bolehlah diterjemahkan kepada mana-
mana bahasa yang dikehendakinya yang mempunyai maksud yang sama dengan
takbiratul ihram tersebut. Walaubagaimanapun, dia tetap wajib mempelajari lafaz
takbiratul ihram dengan bahasa arab apabila dia mampu untuk berbuat demikian.
iv- Dia hendaklah mendengar kesemua huruf yang dilafazkan sekiranya
pendengarannya itu dalam keadaan normal.
v- Hendaklah disertakan dengan niat ketika melafazkan takbiratul ihram.

4. Membaca Surah Al-Fatihah.

Fatihah merupakan rukun bagi setiap rakaat semua jenis solat. Dalilnya ialah hadis
yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah bersabda:

Syarat-Syarat Sah Bacaan Fatihah.


i- Pembaca mestilah mendengar bacaannya itu sekiranya dia mempunyai
pendengaran yang normal.
ii- Bacaannya mestilah secara tertib (mengikut susunan ayat yang terdapat dalam
al-Quran) sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah di samping
meraikan makhraj (tempat keluar) huruf dan menzahirkan bacaan yang
bertashdid (bersabdu).

30
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

iii- Hendaklah dia melafazkan satu-satu kalimah itu dengan lafaz yang tidak
mengubah maknanya. Sekiranya dia melafazkannya dengan suatu lafaz yang
tidak mempengaruhi kesahihan, maka Fatihahnya tidak batal.
iv- Hendaklah dibaca dalam bahasa arab dan tidak sah dibaca terjemahannya
kerana terjemahan itu bukan al-Quran.
v- Bacaannya mestilah dibaca dan disempurnakannya ketika dalam keadaan
berdiri. Sekiranya dia rukuk dalam keadaan Fatihahnya belum sempurna, maka
bacaan Fatihahnya itu batal dan wajib diulanginya semula.

Rukuk dari segi syarak ialah seorang yang bersolat membongkokkan badannya
dengan kadar kedua-dua tapak tangannya sampai di kedua-dua lututnya. Ini adalah
sekurang-kurangnya ukuran rukuk. Manakala yang paling sempurna ialah dia
membongkokkan badannya sehingga belakang badannya sama rata keadaan
menghala ke hadapan.

mengucap satu tasbih Subhanallah. Ini adalah sekurang-

Iktidal ialah berdiri yang memisahkan antara rukuk dan sujud. Dalilnya ialah Imam
Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha bahawa dia telah menyebut sifat solat
Rasulullah dengan katanya: Apabila Rasulullah mengangkat kepalanya daripada
rukuk, Baginda tidak sujud sehinggalah Baginda berdiri tegak.

Syarat-Syarat Sah Iktidal Ialah:

i- Tidak qasad (niat) selain daripada ibadat ketika bangun daripada rukuk.
ii- Hendaklah berada dalam keadaan
iii- Hendaklah tidak terlalu lama ketika berdiri (iktidal) seperti lebih daripada masa
membaca Fatihah. Ini kerana ia merupakan rukun yang pendek yang tidak
diharuskan untuk dipanjangkan masa berdirinya.

7. Sujud Dua Kali Dalam Setiap Rakaat Serta


Maksud sujud dari segi syarak ialah sentuhan dahi orang yang sembahyang ke tempat
sujudnya. Sabda Rasulullah kepada lelaki yang tidak sempurna solatnya dengan
tujuan mengajarnya cara solat yang sempurna:

31
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

kemudian sujud hingga kamu suju

Syarat-Syarat Sujud:
i- Terbuka dahi (tidak berlapik / tidak tertutup) ketika meletakkannya ke tempat sujud.
ii- Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota sebagaimana yang telah dihitung
oleh Nabi dalam sabdanya: Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang
(anggota): di atas dahi sambil mengisyaratkan dengan tangannya ke arah
hidungnya, kedua-dua tangan (tapaknya), kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-

iii- Hendaklah terangkat bahagian paling bawah (punggung) melebihi bahagian yang
paling atas (kepala) sekadar yang termampu kerana mengikut perbuatan
Rasulullah .
iv- Hendaklah tidak sujud di atas pakaian yang bersambung dengannya yang mana
pakaian tersebut akan bergerak dengan pergerakannya.
v- Hendaklah tidak berniat lain selain daripada sujud seperti takut dan
seumpamanya.
vi- Hendaklah ditekan dahi ke lantai (tempat sujud) dengan tekanan yang nyata.
Sekiranya di tempat sujudnya ada kapas atau seumpamanya, nescaya kapas
tersebut akan tertekan dan nyata kesan sujud di atasnya.
vii-

Sujud yang sempurna ialah mengucapkan takbir ketika turun untuk sujud dengan
meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu kemudian kedua-dua tangan, kemudian
dahi dan hidung. Kedua-dua tangan diletakkan bertentangan dengan kepala bahu
sambil jarinya dirapatkan, tidak digegnggam dan diarahkan kepada kiblat. Patut
diceraikan (dijauhkan) dari kedua-dua peha dan kedua-dua siku diangkat dari lantai
dan juga direnggangkan dari kedua-dua pinggang sambil mengucapkan:
sebanyak tiga kali.

Ia wajib dilakukan pada setiap rakaat solat. Dalilnya ialah sabda Rasulullah dalam
sebuah hadis yang bermaksud:
duduk dengan tenang (toma ninah) .

Syarat-Syarat Sah Duduk Antara Dua Sujud Ialah:


i- Hendaklah berniat melakukan ibadat ketika duduk dan bukan kerana selainnya
seperti takut dan seumpamanya.
32
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

ii- Tidak duduk dalam tempoh yang terlalu lama, melebihi daripada masa sekurang-
kurangnya tasyahhud.
iii- -kurangnya sekadar dengan mengucap
tasbih.
iv- Bacaan ketika duduk antara sujud ialah:

tinggikanlah darjatku,

9. Duduk Tahiyyat Akhir.


Maksudnya ialah duduk yang berlaku di akhir rakaat solat iaitu akan diberi salam
selepas daripadanya.

10. Membaca Tasyahhud Pada Duduk Tahiyyat Akhir.


Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ketika membaca tasyahhud
iaitu:
i. Hendaklah dia mendengar bacaannya sendiri jika pendengarannya normal.
ii. Membaca secara berturut-turut / bersambung-sambung. Sekiranya antara satu
ayat diselangi dengan diam yang panjang atau zikir lain, batal bacaan
tasyahhudnya dan wajib diulangi semula.
iii. Membaca dalam keadaan duduk kecuali jika keuzuran maka harus membacanya
dalam mana-mana keadaan yang boleh dilakukan.
iv. Membaca dengan menggunakan dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu
membaca dengannya, maka boleh diterjemahkan ke mana-mana bahasa yang dia
kehendaki. Walaubagaimanapun, dia tetap diwajibkan mempelajari bacaan
dengan bahasa Arab tersebut.
v. Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika
membacanya. Sekiranya berubah makhraj atau tidak mengambil berat dengan
bacaan syaddah atau salah faham menyebut kalimah sehingga mengubah
maknanya, maka batal bacaan tasyahhud dan wajib diulangi bacaannya semula.
vi. Dibaca mengikut susunan sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah .

33
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

11. Bacaan Selawat Ke Atas Nabi Selepas Tasyahhud Akhir.


Selawat ini diucapkan selepas sempurna lafaz tasyahhud sebagaimana yang telah
disebut dan sebelum memberi salam. Dalilnya ialah firman Allah Taala dalam surah
Al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya:
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad ); wahai orang-orang yang
beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan

Syarat-Syarat Berselawat:

i- Hendaklah dibaca sehingga dia mendengarnya sendiri jika pendengarannya


normal.
ii- Hendaklah dengan lafaz Muhammad atau dengan lafaz nabi atau rasul. Sekiranya
dibaca dengan lafaz ahmad sebagai contoh, maka ia tidak memadai (tidak sah).
iii- Membaca dengan menggunakan dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu
membaca dengannya, maka boleh diterjemahkan ke mana-mana bahasa yang dia
kehendaki. Walaubagaimanapun, dia tetap diwajibkan mempelajari bacaan
dengan bahasa Arab tersebut.
iv- Selawat tersebut hendaklah dibaca dengan tertib (sebagaimana yang tersusun)
dan dibaca selepas tasyahhud. Tidak sah sekiranya bacaan selawat mendahukui
bacaan tasyahhud.

12. Salam Yang Pertama.

Iaitu orang yang bersolat berkata: ketika berpaling ke arah


kanannya. Dalilnya ialah sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: Permulaannya
Sekurang-kurangnya lafaz
34
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

salam ialah sebanyak satu kali dan yang lebih sempurna ialah
sebanyak dua kali iaitu sekali ke kanan dan sekali ke kiri.

13. Tertib.
Iaitu dimulakan dengan niat, takbiratul ihram, kemudian fatihah, kemudian rukuk,
kemudian iktidal, sujud dan seterusnya. Sekiranya sesetengah rukun solat ini
didahulukan tidak sebagaimana yang disyarakkan, maka batal solatnya jika sengaja
dilakukan. Sekiranya dilakukan secara tidak sengaja, maka solatnya batal bermula
awal rukun yang dilakukan bukan pada tempatnya. Oleh itu, dia wajib mengulanginya
semula semua rukun tersebut (rukun-rukun yang batal).

SYARAT SAH SOLAT.


1. Bersuci
Bersuci merupakan syarat sah solat yang pertama. Dalam perbincangan yang lalu, ia
telah dibincangkan dan bersuci ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang mesti
disempurnakan supaya solat itu menjadi sah. Bahagian bersuci adalah seperti berikut:
i- Suci tubuh badan daripada hadas.
Orang yang berhadas sama ada hadas besar seperti berjunub atau kecil (tidak
berwuduk), solat yang didirikannya adalah tidak sah. Rasulullah bersabda dalam
hadis:

Tidak diterima mana-mana solat yang didirikan dalam keadaan tidak bersuci.

ii- Suci tubuh badan daripada najis.


Selain dari suci daripada hadas, tubuh badan juga wajib suci daripada najis. Oleh
yang demikian, kita hendaklah menyucikan tubuh badan kita daripada najis kerana
ianya akan memberi kesan kepada solat kita. Dalam sebuah hadis, Baginda
menceritakan tentang dua orang yang diazab dalam kuburnya. Rasulullah bersabda
yang bermaksud:

iii- Suci pakaian daripada najis.


Bersuci daripada najis tidak memadai pada tubuh badan sahaja, bahkan pakaian
yang dipakai untuk solat juga wajib suci daripada semua jenis najis. Dalilnya ialah
firman Allah Taala dalam surah Al-Muddathir ayat 4:

Dan pakaian kamu, hendaklah kamu sucikan.


35
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

iv- Suci tempat daripada najis.


Maksud tempat disini ialah kawasan yang digunakan untuk solat iaitu tempat yang
disentuh dan diletakkan anggota ketika solat bermula dari kawasan kaki hingga ke
tempat sujud. Oleh itu, tidak mengapa (tidak batal solat) jika tempat yang tidak
diletakkan atau disentuh oleh anggota ketika solat berada dalam keadaan bernajis
seperti dalam kawasan yang setentang dengan dada ketika rukuk dan sujud. Dalilnya
ialah perintah Rasulullah supaya dicurahkan air ke tempat air kencing Badwi yang
kencing dalam masjid.

2. Mengetahui Masuk Waktu Solat.


Anda telah mengetahui bahawa setiap solat fardhu mempunyai waktu tertentu yang
mesti dipelihara. Walaubagaimanapun, tidak memadai bagi orang yang ingin
mendirikan solat dengan hanya berada dalam waktu tanpa mengatahui dia berada
dalam waktu solat yang ingin dilakukan. Dia hendaklah terlebih dahulu mengetahui
perkara tersebut terlebih dahulu sebelum mendirikan solat. Oleh itu, tidak sah solat
seseorang yang tidak mengetahui masuk waktunya sekalipun ternyata selepas itu,
solat yang didirikan kebetulan dengan waktunya. Bagi hukum orang yang solat di luar
waktunya, maka solat yang didirikan batal dan wajib diulanginya semula.

3. Menutup Aurat.
Menutup aurat merupakan syarat sah solat yang ketiga. Maksud aurat ialah semua
perkara yang wajib ditutup dan haram melihatnya. Bagi lelaki, auratnya ialah antara
pusat hingga lutut manakala bagi perempuan pula ialah seluruh tubuh kecuali muka
dan tapak tangan. Oleh yang demikian, bahagian-bahagian tersebut hendaklah
ditutup ketika solat supaya solat yang didirikan hukumnya adalah sah. Firman Allah
Taala dalam surah Al-
Maksud di sini ialah memakai pakaian ketika solat.

4. Menghadap Kiblat.
Maksud kiblat ialah b
Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 150:

Maksudnya:
Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah
36
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-
orang yang zalim diantara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan
takutlah kepada-Ku (saja). Dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya
kamu mendapat petunjuk.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Solat seseorang itu akan menjadi batal atau tidak sah apabila seseorang yang solat
melakukan salah satu daripada perkara berikut:
1. Bercakap Dengan Sengaja.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Muawiyah bin Hakim Al-Sulami r.a: Nabi
menegurnya setelah dia mendoakan kebaikan untuk orang yang bersin ketika solat,
dengan sabdanya:
sesuatupun daripada percakapan manusia, sesungguhnya ia hanyalah untuk tasbih,
takbir dan bacaan Al-
Percakapan yang dikira membatalkan solat ialah percakapan yang terdiri daripada
dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Selain itu sekiranya
percakapan itu terdiri daripada satu huruf yang difahami maknanya, solat tersebut
akan menjadi batal.

Sekiranya dia bercakap kerana terlupa bahwa dia dalam keadaan bersolat atau dia
jahil berhubung dengan pengharamannya disebabkan baru mengenali Islam, maka
dia dimaafkan dengan syarat percakapan itu sekejap yang tidak melebihi enam
perkataan.
2. Perbuatan/Pergerakan Yang Banyak.
Maksudnya ialah perbuatan yang berlawanan dengan perbuatan solat dengan syarat
perbuatan tersebut banyak dan berturut-turut. Ini kerana ia berlawanan dengan
peraturan solat itu sendiri.

Ukuran/had yang dikatakan banyak itu ialah tiga pergerakan atau lebih. Ukuran yang
dikatakan berturut-turut itu ialah berdasarkan uruf atau pandangan umum. Sekiranya
pergerakannya sebanyak tiga kali atau lebih dan uruf menganggapnya berturut-turut
maka solatnya batal.
3. Baju Atau Badan Terkena Najis.
Maksud terkena najis ialah najis tersebut mengenai atau menimpa sedikit dari baju
atau badan orang yang solat. Kemudian dia tidak membuangnya dengan segera.
Ketika itu, solatnya menjadi batal kerana ia adalah hadas yang berlawanan dengan
syarat sah solat iaitu badan dan pakaian yang suci daripada najis.
Sekiranya najis mengenainya melalui tiupan angin atau seumpamanya dan dia boleh
membuangnya dengan segera kerana najis tersebut kering, maka solatnya tidak batal.

37
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

4. Aurat Terbuka.
Sekiranya aurat tersebut didedahkan dengan sengaja, maka solatnya batal secara
mutlak. Tetapi jika auratnya terbuka tanpa sengaja, maka solatnya tidak batal
sekiranya dia segera menutupnya dan batal sekiranya dia tidak menutupnya dengan
segera.

5. Makan Dan Minum.


Ini kerana kedua-duanya berlawanan dengan keadaan dan peraturan solat. Kadar
makanan dan minuman yang membatalkan solat bagi yang sengaja ialah mana-mana
kadar sekalipun, walaupun sedikit. Manakala bagi yang tidak sengaja maka
disyaratkan makanan itu adalah banyak menurut pandangan umum.

keseluruhannya itu sampai kadar sebiji kacang. Sekiranya terdapat saki baki makanan
di celah-celah giginya lalu dia tertelan bersama air liurnya tanpa sengaja, maka
solatnya tidak batal.
Sekiranya pada mulutnya ada gula dan ia cair serta mengalir sedikit ke dalam
mulutnya, lalu dia menelannya maka ia termasuk dalam makanan yang membatalkan
solat.
6. Berhadas Sebelum Salam Yang Pertama.

Keadaan ini tidak ada perbezaan sama ada secara sengaja atau terlupa kerana
hilangnya syarat sah solat iaitu suci daripada hadas sebelum sempurna rukun-
rukunya. Sekiranya dia berhadas selepas salam yang pertama dan sebelum salam
yang kedua, maka solatnya telah sempurna dan sah.
7. Berdehem, Ketawa, Menangis Dan Mengerang Sakit.
Semua perkara tersebut membatalkan solat jika jelas dari setiap perbuatan tersebut
dua huruf. Ukuran sama ada batal atau tidak solat daripada perbuatan di atas ialah
apabila jelas daripadanya dua huruf, sekalipun tidak difahami.
Semua ini berkaitan dengan perbuatan yang sengaja dilakukan. Sekiranya tidak
disengajakan seperti batuk dengan tiba-tiba maka solatnya tidak batal. Manakala
senyum pula, ia tidak membatalkan solat.
8. Mengubah Niat.

Maksudnya ialah orang yang sedang solat berazam untuk berhenti bersolat atau dia
mengaitkan berhenti melakukan solat dengan sesuatu perkara seperti kedatangan
seseorang atau seumpamanya, maka solat tersebut batal.

38
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

9. Membelakangkan Kiblat.
Ini kerana menghadap kiblat adalah syarat utama dan asasi dalam solat. Solat tetap
batal sama ada perbuatan tersebut berlaku dengan sengaja atau dia dipusingkan oleh
seseorang secara paksaan. Walaubagaimanapun, perbuatan yang sengaja akan
membatalkan terus solatnya. Bagi keadaan yang dipaksa, solat tersebut tidak batal
kecuali dia berpaling daripada kiblat dalam satu jangka masa yang lama. Sekiranya
dia kembali berpusing ke kiblat dengan segera, maka solatnya tidak batal.

39
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

SOLAT JAMAK DAN QASAR


Makna Musafir dari sudut Bahasa ialah orang yang dalam perjalanan. Musafir dari
sudut istilah pula seseorang yang keluar dari kawasan tempat tinggalnya dalam suatu
perjalanan dengan jarak dua marhalah (90km).
Maksud Solat Jamak ialah menghimpunkan dua waktu solat fardhu dengan
melakukannya dalam satu waktu.
Maksud Solat Qasar ialah memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua
rakaat. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat zuhur, asar dan maghrib.

SYARAT SOLAT JAMAK DAN QASAR.


1. Perjalanan dua marhalah.

2. Perjalanan bukan tujuan maksiat.

3. Berniat ketika takbiratul ihram.

4. Tidak mengikut imam solat penuh.

5. Tiada niat untuk menetap.

6. Kedua-dua solat dilakukan berturut-turut.

7. Berada dalam perjalanan ketika melakukan solat.

SOLAT YANG BOLEH DIJAMAK DAN QASAR.

1. Solat zuhur dan asar dalam waktu zuhur.

2. Solat zuhur dan asar dalam waktu asar.

3. Solat maghrib dan isyak dalam waktu maghrib.

4. Solar maghrib dan isyak dalam waktu isyak.

LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK DAN QASAR

1. Solat Zuhur Dan Asar Dalam Waktu Zuhur.

40
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Maksudnya: Zuhur dua rakaat secara qasar serta


dijamakkan solat fardhu A

Maksudnya: Asar dua rakaat secara qasar serta


dijamakkan solat fardhu Zuhur

2. Solat Maghrib Dan Isyak Dalam Waktu Maghrib.

Maksudnya: Maghrib tiga rakaat serta


dijamakkan solat fardhu Isyak

Maksudnya: Isyak dua rakaat secara qasar serta


dijamakkan solat fardhu Maghrib

3. Solat Asar Dan Zuhur Dalam Waktu Asar.

Maksudnya: Asar dua rakaat secara qasar serta


dijamakkan solat fardhu Zuhur

Maksudnya: Zuhur dua rakaat secara qasar serta


dijamakkan solat fardhu A

4. Solat Isyak dan Maghrib Dalam Waktu Isyak.

Maksudnya: Isyak dua rakaat secara qasar serta


dijamakkan solat fardhu Maghrib

Maksudnya: Maghrib tiga rakaat serta


dijamakkan solat fardhu Isyak
41
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

SOLAT KETIKA SAKIT

42
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PUASA

Puasa dari sudut bahasa ialah menahan daripada sesuatu sama ada kata-kata
ataupun makanan. Puasa dari sudut syarak ialah menahan diri daripada perkara yang
membatalkan puasa bermula dari waktu subuh sehingga waktu maghrib dengan niat
dan syarat-syarat yang tertentu.

RUKUN PUASA

1. Niat.
2. Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.

JENIS-JENIS PUASA

1. Puasa wajib.
2. Puasa sunat.

PERKARA MEMBATALKAN PUASA

1. Makan dan minum dengan sengaja.


2. -Jauf (rongga) melalui liang yang terbuka.
3. Muntah dengan sengaja.
4. Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani.
5. Al-
6. Haid dan Nifas.
7. Gila dan murtad.

PUASA SUNAT.

1. Puasa Isnin dan Khamis.


2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
3. Puasa Hari Putih iaitu Hari Putih -Ayyam al-
bahasa Arab, ialah tiga hari berturut-turut yang jatuh pada setiap 13, 14 dan 15
hari dalam bulan Islam.
4. Puasa Sunat pada 9 Zulhijah atau dikenali sebagai Puasa Hari Arafah.
5. Puasa Sunat Bulan Rejab dan Syaaban.
6. Puasa Sunat pada 10 Muharam atau dikenali sebagai Puasa Hari Asyura.

43
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

SEMBELIHAN

MAKSUD SEMBELIHAN

Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memotong urat
halkum dan marik dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya.

RUKUN SEMBELIHAN DAN SYARAT SAH

BIL RUKUN SYARAT

1 Penyembelih. Islam.
Tidak dalam ihram haji/umrah.
2 Binatang yang disembelih. Halal dimakan.
Mati dengan sekali sembelihan.
Putus urat halkum dam marik.
3 Alat sembelihan. Benda yang tajam kecuali tulang, gigi,
rambut, kuku dan tali.

SYARAT SAH SEMBELIHAN

Niat sembelih kerana Allah.


Memutuskan urat halkum dan urat merih.
Menggunakan alat-alat sembelihan tajam selain tulang, gigi, rambut.
Menyembelih binatang yang halal dimakan dan masih hidup.
Binatang yang disembelih mati dengan sekali sembelihan.
Disembelih orang Islam atau ahli kitab.
Tidak dilakukan semasa berada dalam ihram haji atau umrah.

PERKARA SUNAT DALAM SEMBELIHAN


Menyebut nama Allah.
Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat
kanan dan kiri.
Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.
Menghadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat.
Menyembelih di siang hari.

PERKARA MAKRUH DALAM SEMBELIHAN


Menggunakan alat yang tumpul.
Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih.
44
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang.


Tidak membaca basmalah.

KEPENTINGAN / HIKMAH SEMBELIHAN


Mematikan binatang dengan cara cepat dan selamat.
Mengeluarkan semua darah dengan cepat dan berpenyakit.
Memastikan daging yang bersih dan bermutu.
Membezakan daging halal dan haram.

KORBAN DAN AKIKAH

PENGERTIAN KORBAN

dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah
SWT.

PENGERTIAN AKIKAH

Menyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang
baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah

HUKUM KORBAN DAN AKIKAH

Sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.

SYARAT SAH KORBAN DAN AKIKAH

Melakukan sembelihan pada waktu korban.


Sembelihan oleh orang Islam.
Mengorbankan binatang yang sihat dan tidak cacat.
Niat korban kerana Allah.
Binatang ternakan halal dimakan.
Mengorbankan binatang yang cukup umur:
biri2 atau kibas berumur 1 tahun atau lebih.
kambing, sapi, lembu, kerbau berumur 2 tahun atau lebih.
unta berumur 5 tahun atau lebih.

45
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

SUNAT-SUNAT KORBAN DAN AKIKAH

Membaca basmalah atau bertakbir.


Menghadap binatang ke arah kiblat.
Memilih binatang yang gemuk.
Menyembelih sendiri bagi lelaki.

PENGAGIHAN DAGING KORBAN DAN AKIKAH

a) Daging Korban.
Daging hendaklah dibahagikan kepada orang Islam terutamanya fakir
miskin setempat.
Sebahagiannya boleh dimakan oleh orang yang berkorban.
Daging korban haram diberikan pada orang kafir.
Cara Pengagihan Daging Korban Yang Sebaik-Baiknya:

1/3 disedekah kepada fakir miskin.


1/3 untuk orang ramai.
1/3 dimakan oleh orang yang berkorban.
b) Daging Akikah
Tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin, sunat dimasak manis
dan dibuat jamuan.
Sunat tidak mematah-matahkan tulang akikah.

Mengingati dan menghayati Tanda bersyukur kepada Allah


pengorbanan yang dilakukan diatas kurniaan zuriat.
oleh Nabi Ibrahim a.s dan Menghebahkan kepada
anaknya Nabi Ismail a.s. masyarakat tentang anugerah
Memberi peluang kepada HIKMAH yang dikurniakan oleh Allah.
fakir miskin bersama-sama KORBAN Mengeratkan silaturrahim.
menikmati daging korban. /AKIKAH Menggalakkan amalan
Menimbulkan rasa bersedekah.
kesyukuran atas nikmat Allah. Mendekatkan bayi yang baru
Memupuk sifat ikhlas dan dilahirkan dengan penghayatan
menambah ketakwaan Islam.
kepada Allah

46
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Selepas naik matahari pada hari Bila-bila masa selepas


raya korban (selepas solat sunat kelahiran sehingga kanak-
Idul Adha) pada 10 Zulhijjah kanak baligh
sehingga terbenam matahari pada
13 Zulhijjah Masa yang paling afdal ialah
hari ketujuh kelahiran
Masa yang paling afdal ialah MASA /
pada hari raya Adha WAKTU
sebelum gelincir matahari

Ulama` Syafie mengatakan


korban yang dilakukan
sebelum solat Idul Adha
adalah tidak sah

AMALAN SIFAT IHSAN SEMASA MENYEMBELIH


Beri minum dahulu
Baringkan di tempat rata
Guna pisau tajam
Sembelih dengan cepat dan baik
Tidak menyeksa / mengheret dengan kasar
Elak menyembelihnya di hadapan haiwan lain
Tidak menyembelih binatang bunting /menyusukan anak
Tidak melapahnya sebelum ia benar-benar mati
Tidak menyeksanya
Guna alat yang sesuai
Guna alat yang mempercepatkan matinya.

47
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

tokoh

48
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

-RASYIDIN.
K -Rasyidin adalah kerajaan yang dipimpin oleh 4 orang sahabat
Nabi Muhammad yang meneruskan kesinambungan pemerintahan Nabi Muhammad
yang berpusat di Madinah selepas kewafatan Baginda . Kerajaan Khulafa al-
Rasyidin bermula dengan Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab,
Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Mereka menggunakan gelaran
khalifah yang bermaksud orang yang memegang jawatan ketua negara Islam.
-Rasyidin berpusat di Madinah dan berkuasa selama lebih kurang
29 tahun iaitu bermula pada tahun 11H-41H.

DASAR PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN.


i. Undang-undang dan Perlembagaan negara berdasarkan al-Quran dan Hadis.
ii. Khalifah berkuasa dalam membuat keputusan. Walaubagaimanapun, ijtihad
khalifah perlu dirujuk kepada Ahli Majlis Syura.
iii. Pemimpin bertanggungjawab untuk menegakkan kebenaran dan memerintah
dengan adil.
iv. Khalifah merupakan ketua Negara.

v. Khalifah tidak mendapat hak keistimewaan mengatasi undang-undang.


vi. Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan.
vii. Pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab membangun dan
memejukan Negara.
viii. Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat Allah dan
Rasulnya.
ix. Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut
saluran yang betul.

49
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

RIWAYAT HIDUP KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ.

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Qahafah bin Amir bin Amru bin Kaab bin Saad
bin Taim bin Murrah bi Kaab bin Luay bin Ghalib. Nasab beliau bertemu dengan nasab
Rasulullah pada datuk keenam iaitu Muurah bin Kaab. Beliau dilahirkan pada tahun
572M, 2 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad . Khalifah Abu Bakar lahir di
Makkah dan berketurunan Bani Taim, Quraisy serta merupakan orang yang terawal
memeluk Islam. Beliau digelar al-
Beliau memegang jawatan
khalifah selama 2 tahun sehingga tahun ke 13 Hijrah. Beliau wafat pada 23 Jamadil
Akhir tahun 13 Hijrah dan dimaqamkan bersebelahan dengan Maqam Nabi
Muhammad di Madinah.

KEPERIBADIAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ.

i- Beliau cenderung untuk menolak amalan-amalan buruk yang sering diamalkan


oleh masyarakat jahiliyyah sejak dari usia muda lagi.
ii- Mempunyai peribadi dan akhlak yabg berbeza sekali dengan kebanyakan Arab
Jahiliyah.
iii- Beliau suka membantu orang lain, lemah lembut dalam percakapan, sopan
santun dalam perbuatan, jujur dalam setiap tidakan dan lain-lain sifat terpuji.
iv- Hati Saidina Abu Bakar tidak cenderung kepada perkara-perkara yang zalim.
v- Beliau juga mempunyai ingatan yang kuat. Buktinya, Saidina Abu Bakar
mampu untuk mengingati salasilah keturunan Arab Quraisy serta mengetahui
berkenaan sejarah lampau bangsa Arab.
vi- Saidina Abu Bakar seorang yang suka menerima tetamu dan bersikap ramah
mesra terhadap semua tetamunya.
vii- Seorang sahabat yang sangat pemurah. Contohnya beliau membeli dan
memerdekakan setiap hamba yang diseksa seperti Bilal bin Rabah dan Amar
bin Yasir. Sifat pemurah ini telah mendapat pujian Rasulullah dengan sabda
baginda: a orang yang melebihi Abu Bakar

viii-Seorang yang berani. Keberanian beliau dapat dilihat ketika beliau selalu
membela Rasulullah yang cuba dibunuh oleh kaum baginda semasa di
Makkah.
ix- Seorang hartawan dan dermawan dan banyak membelanjakan hartanya ke
jalan Allah SWT.
x- Seorang yang cintakan kebenaran serta mempunyai semangat setiakawan
yang tinggi
xi- Seorang yang lembut hatinya dan mudah menangis terutama ketika membaca
Al-Quran.
50
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

KEGIGIHAN KHALIFAH ABU BAKAR DALAM MENUNTUT ILIMU.

Saidina Abu Bakar adalah sahabat yang paling kerap berada di sisi Rasulullah dan
merupakan orang yang terawal memeluk Islam. Beliau sering mendampingi
Rasulullah tidak mengira waktu. Beliau juga menjadi tempat Rasulullah
melakukan perbincangan dalam setiap masalah yang dihadapi. Saidina Abu Bakar
juga menjadi orang yang terawal mendapat ilmu daripada wahyu yang diturunkan
kepada Rasulullah . Oleh sebab itu, beliau adalah orang yang paling faham tentang
agama dari kalangan sahabat dan sentiasa menjadi rujukan kerana kefaqihannya.

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ KEPADA TAMADUN ISLAM.

i- Melibatkan diri dalam perang Badar Al-Kubra, Uhud, Khaibar, Khandaq,


Hunain, Taif dan Tabuk.
ii- Terlibat dengan perjanjian Hudaibiyah serta Fathhul Makkah.
iii- Meneruskan cita-cita Rasulullah menghantar pasukan Usamah bin Zaid
kesempadan negeri Syam untuk memerangi kerajaan Rom Timur (Byzantine).
iv- Memerangi golongan yang murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan
membayar zakat. Beliau membentuk 11 pasukan untuk memerangi golongan
ini di seluruh tanah Arab.
v- Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi.
vi- Mengarahkan Zaid bin Thabit untuk mengumpul tulisan-tulisan Al-Quran yang
tertulis pada batu, daun, kulit haiwan dan hafazan para Hafiz. Salinan ini
kemudian di semak oleh beliau sendiri bersama Saidina Umar, Saidina
Uthman, Saidina Ali dan Hafshah iaitu isteri Rasulullah .

IKTIBAR DARIPADA SEJARAH KHALIFAH ABU BAKAR.

i. Sentiasa mendampingi orang yang alim dalam menuntut ilmu.


ii. Mengamalkan sifat dermawan dan pemurah dengan sering menghulurkan
sedekah dan derma kepada mereka yang memerlukan.
iii. Mengamalkan sifat keberanian yang ada pada tempat yang betul.
iv. Sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam apa jua bidang yang diceburi
nanti.
v. Sentiasa berusaha untk membaca dan memahami Al-Quran.

51
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB


RIWAYAT HIDUP KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB.
Nama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rabah
bin Abdullah bin Qurth bin Razab bin Adi bin Kaab bin Luay bin Ghalib. Nasab Saidina
Umar bin al-Khattab bertemu dengan nasab Rasulullah pada Kaab bin Luay bin
Ghalib. Beliau dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad di Makkah.
memeluk Islam pada tahun keenam selepas
kerasulan Nabi Muhammad . Beliau digelar al-Faruq yang bermaksud orang yang
dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Beliau memegang jawatan
khalifah selama 10 tahun bermula selepas kewafatan Saidina Abu Bakar sehingga
tahun ke 23 Hijrah. Beliau wafat pada Akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika
berusia 63 -Farisi iaitu hamba kepada Al-
Mughirah bin Syukbah dan dimaqamkan berhampiran dengan Maqam Nabi
Muhammad dan Maqam Saidina Abu Bakar.

KEPERIBADIAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB.


i- Beliau adalah seorang berperwatakan keras, suka beradu kekuatan, berani,
tegas dan sangat cekap menunggang kuda

ii- Seorang sahabat yang sangat berani. Buktinya, beliau berhijrah pada waktu
siang dan secara terang-terangan.

iii- Saidina Umar juga mempunyai kecerdasan yang luar biasa sehingga banyak
pendapat beliau bertepatan dengan firman Allah SWT.

iv- Beliau juga merupakan seorang yang tidak pandai berpura-pura serta
berpengetahuan tinggi dan sangat menguasai ilmu agama.

v- Beliau seorang yang sentiasa berterus terang dalam menyatakan sesuatu


perkara.

KEGIGIHAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB DALAM MENUNTUT ILMU.


Saidina Umar al-Khattab sememangnya tergolong dalam kalangan sahabat yang bijak

zaman Jahiliyah lagi, Saidina Umar termasuk dalam kalangan orang yang pandai
membaca dan menulis. Sejak kecil lagi beliau sememangnya sudah mencintai ilmu
pengetahuan. Diriwayatkan bahawa, Saidina Umar telah belajar membaca dan
menulis daripada ayah Abu Sufyan iaitu Harb bin Umayyah.
Setelah memeluk Islam, beliau sering mendampingi Rasulullah dalam mempelajari
ilmu-ilmu Islam dan ilmu-ilmu tersebut mudah untuk dihadam akibat kecerdasan yang
dimilikinya. Beliau juga selalu menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh
52
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Rasulullah dengan tekun sekali dan akan duduk sehingga majlis tersebut selesai.
Saidina Umar juga sering bertanya kepada Rasulullah tentang perkara-perkara
yang tidak difahaminya. Beliau juga sering menyampaikan ilmu yang diterima kepada
orang lain.
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB KEPADA TAMADUN ISLAM.
i. Menubuhkan majlis Syura.
ii. Membahagikan jajahan Islam kepada beberapa wilayah dan ditadbir oleh
Gabenor.
iii. Menubuhkan jabatan tentera, polis, jabatan percukaian dan jabatan
perbendaharaan negara.
iv. Menubuhkan Baitul Mal serta memperkenalkan pelbagai jenis cukai seperti
Jizyah dan Kharaj.
v. Membina terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian.
vi. Menyusun semula pentadbiran negara-negara yang telah ditakluk oleh
kerajaan Islam pada zaman sebelum beliau menjadi khalifah.
vii. Membuat satu mekanisma baru berkaitan harta rampasan perang iaitu tanah-
tanah tidak termasuk dalam kategori harta rampasan perang.
viii. Mengisyhtiharkan kalendar mengikut tahun Hijrah.
ix. Memberi gaji kepada gabenor dan tentera yang berjuang.

x. Terlibat dengan perang Badar, Uhud, Bani Musthaliq, Tabuk dan Hunain serta
Pejanjian Hudaibiyah.

IKTIBAR DARIPADA SEJARAH KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB.


i. Menuntut ilmu walaupun dengan orang yang lebih muda dari kita.

ii. Sentiasa mendampingi golongan alim ulama yang benar dalam mencari ilmu.

iii. Menyampaikan ataupun berkongsi ilmu dengan orang lain supaya ilmu tersebut
dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

iv. Menjaga adab-adab ketika menuntut ilmu dan sentiasa memuliakan guru.

v. Sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menjadi orang yang memberi manfaat
kepada agama, bangsa dan negara.

53
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

akhlak

54
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENGERTIAN AKHLAK
Akhlak bermaksud budi pekerti, tingkahlaku, tabiat dan kelakuan seseorang. Manusia
yang beriman akan menonjolkan watak yang baik dan sesuai dengan masa dan
tempat mereka berada. Hal sebaliknya akan berlaku seandainya seseorang itu tidak
beriman atau mempunyai tahap keimanan yang sangat rendah.
Akhlak sangat terkait rapat dengan sifat yang tertanam di dalam jiwa yang mendorong
kepada sesuatu perbuatan. Akhlak terbahagi kepada dua iaitu akhlak mahmudah dan
akhlak mazmumah.

PERBEZAAN SIFAT MAHMUDAH DAN SIFAT MAZMUMAH

Sifat Mahmudah Sifat Mazmumah

Akhlak yang terpuji seperti ikhlas, sabar, Akhlak yang terkeji seperti pemarah,
syukur, khauf bakhil, pendendam, hasad dengki, tamak,
(mengharapkan redha Allah, adil, , cintakan
amanah dan tawaduk. dunia dan kemegahan.

BERUSAHA BERAMAL DENGAN SIFAT MAHMUDAH.


Kita perlu sentiasa beramal dengan sifat atau akhlak mahmudah. Ini kerana orang
yang berakhlak mahmudah akan mempunyai kelebihan antaranya:
i. Mendapat rahmat dari Allah SWT

ii. Sentiasa dalam keadaan yang tenang


iii. Disayangi oleh masyarakat
iv. Mempunyai timbangan amalan baik yang berat di akhirat kelak

55
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

BERCAKAP BENAR
Maksud bercakap benar ialah mengatakan sesuatu yang hak. Allah SWT berfirman di
dalam Surah At Taubah: 119

Maksud Ayat: -orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan


hendaklah kamu bersama orang-

Rasulullah . bersabda Sesungguhnya kebenaran adalah membawa kepada


kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang itu benar dan selalu
memilih kebenaran maka tercatatlah dia disisi Allah seorang yang benar (jujur).
Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan
dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang itu berdusta dan selalu
memilih dusta maka tercatatlah dia disisi Allah sebagai seorang pendusta (Riwayat
Bukhari)

CIRI-CIRI BERCAKAP BENAR.

i- Menyampaikan maklumat dengan berterus terang.


ii- Menyampaikan maklumat dengan betul dan tepat.

KELEBIHAN ORANG YANG BERCAKAP BENAR


i- Disayangi masyarakat.
ii- Mendapat kepercayaan orang lain.

KELEBIHAN ORANG YANG BERCAKAP BENAR MELALUI CONTOH DAN


CERITA
Orang yang bercakap benar mudah mendapat kepercayaan daripada orang lain.
Contoh cerita kelebihan bercakap benar:
Syeikh Abdul Kadir Jailani, sejak kecil ibunya mengajarnya agar bersikap jujur dan
berkata benar walaupun dalam keadaan terdesak kerana jika sikap ini diamalkan
insyaallah bantuan dan pertolongan Allah akan kita peroleh. Ketika berusia 18 tahun,
beliau telah memia izin ibunya ke Baghdad bagi menuntut ilmu agama.
Sebelum berangkat ibunya berpesan supaya tidak bercakap bohong. Ibunya
membekalkan wang sebanyak 40 dirham dan diletakkan di dalam pakaian Syeikh
Abdul Kadir. Beliau berangkat ke Baghdad bersama satu rombongan menuju ke
56
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Baghdad. Dalam perjalanannya Syeikh Abdul Kadir dan rombongan telah diserang
oleh 60 orang penyamun. Kesemua harta kafilah dirampas tetapi barang milik Syeikh
Abdul Kadir tidak diusik. Bagaimanapun salah seorang penyamun telah bertanya
kepadanya apa yang beliau miliki. Lalu Beliau berterus terang yang dia mempunyai
40 dirham dalam pakaiannya. Tanpa belas kasihan, penyamun itu memotong pakaian
Syeikh Abdul Kadir. Ketua penyamun bertanya mengapa kamu bercakap jujur kepada
kami. bu berpesan agar jangan sekali-kali bercakap bohong, apatahlagi aku hendak
ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Sekiranya aku berbohong, ilmu yang akan aku

Mendengar kejujuran dan penjelasan Syeikh Abdul Kadir, Ketua penyamun telah insaf
dan sedar akan dosa dan kezaliman yang telah dia dan kawan-kawanya lakukan, dan
telah memulangkan semua barang-barang yang telah dirampas dan berjanji tidak
akan menjadi penyamun lagi.

AKIBAT TIDAK BERCAKAP BENAR


i. Tidak mendapat kepercayaan daripada rakan atau masyarakat.

ii. Sukar untuk mendapat kerjasama apabila diperlukan.

iii. Menjatuhkan maruah diri kerana melakukan pembohongan.

iv. Terdorong untuk melakukan jenayah seperti mencuri, rasuah dan lain-lain.

57
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

SIFAT MALU
Malu menurut kamus dewan bahasa bermaksud segan, dan aib. Dari segi istilah pula
malu bermaksud rasa segan atau aib terhadap perlakuan buruk yang telah dilakukan.
Manusia yang beriman akan merasa malu terhadap keburukan, kesalahan atau
kesilapan yang dilakukan oleh dirinya sama ada terlindung atau di hadapan orang
ramai. Hal ini kerana orang yang mempunyai sifat malu sentiasa merasakan Allah
SWT memerhati setiap perbuatan yang dilakukannya.
Malu adalah sifat yang melengkapi akhlak umat Islam. Malu berasal dari perkataan
a Arab.
i. Menurut Fadlullah al Jailani, malu adalah perubahan yang menyelubungi
seseoran lantaran bimbang akan berlakunya perbuatan yang tercela.

ii.

JENIS SIFAT MALU YANG DITUNTUT SYARAK


i. Malu melakukan maksiat ataupun melanggar peraturan seperti menipu ibu
bapa, berjudi dan lain-lain.
ii. Malu melanggar perintah Allah SWT seperti tidak solat, tidak puasa.
iii. Malu terhadap diri sendiri. Malu kerana membiarkan diri berada dalam
keadaan kekurangan dan kehinaan.

SIFAT MALU YANG DILARANG.


i. Malu ketika belajar seperti malu untuk mengulangkaji pelajaran.
ii. Malu ketika mencari rezeki seperti malu untuk menceburi bidang pekerjaan
yang tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
iii. Malu ketika menghadapi darurat seperti malu bercakap dengan doktor ketika
kecemasan.
iv. Malu dalam melakukan perintah agama seperti malu mengalunkan azan.
v. Malu dalam melakukan kebaikan seperti malu bertanya.

KELEBIHAN ORANG YANG BERSIFAT MALU

i. Akan dihormati dan disayangi oleh Allah dan manusia


ii. Dapat menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat.
iii. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
iv. Maruah diri akan dapat dipelihara

58
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

SENTIASA MENGAMALKAN SIFAT MALU DALAM KEHIDUPAN

i. Sentiasa merasai muraqabah (pemerhatian) Allah SWT terhadap diri


ii. Merupakan ciri-ciri orang yang beriman.
iii. Sentiasa memelihara diri dari amalan yang menjatuhkan maruah diri

59
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

bahan
pentaksiran
berterusan

60
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN.
PENDIDIKAN ISLAM A06101.
TAHUN 1 SVM SEMESTER 1.

ARAHAN TUGASAN

JENIS TUGASAN : INDIVIDU - PORTFOLIO


TAJUK TUGASAN : TOKOH

1. Tulisan tangan dengan huruf cetak (tulisan yang boleh difahami).

2. Portfolio mestilah tidak kurang dari 5 muka surat tidak termasuk muka depan.

3. Portfolio mestilah mengandungi semua butiran di bawah.

4. Tarikh hantar tugasan sebelum atau selewat-

5. Sebarang kelewatan akan menyebabkan markah tugasan ditolak.

61
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN.
PENDIDIKAN ISLAM A06101.
TAHUN 1 SVM SEMESTER 1.

RUBRIK PEMARKAHAN PORTFOLIO.


BIL PROSES KERJA BUTIRAN MARKAH
1. Muka hadapan Perkara yang perlu ada pada muka hadapan
i. Nama dan logo Kolej Vokasional. 1 markah
ii. Tajuk Portfolio. 1 markah
iii. Nama pensyarah (ejaan yang betul). 1 markah
iv. Nama penuh pelajar. 1 markah
v. No. kad pengenalan. 1 markah
vi. Nama program. 1 markah
vii. Mata pelajaran dan Kod kursus. 1 markah
2. Senarai Perkara yang perlu ada pada senarai kandungan
kandungan i. Senarai tajuk.
ii. Muka surat 2 markah
2 markah
3. Penghargaan Ucapan terima kasih kepada pensyarah, ibu
bapa, rakan-rakan dan sesiapa yang terlibat 5 markah
dalam menghasilkan tugasan tersebut
4. Isi Portfolio Pelajar dikehendaki menulis perkara berikut
dengan lengkap:
i. Riwayat hidup. 5 markah
ii. Sifat dan keperibadian tokoh. 5 markah
iii. Kegigihan tokoh dalam menuntut ilmu. 5 markah
Sumbangan tokoh dalam tamadun Islam.
5 markah
5. Rumusan / iktibar Pelajar hendaklah menulis tiga iktibar dan
pengajaran yang boleh dicontohi 9 markah
6. Rujukan Merujuk sekurang-kurangnya 3 bahan rujukan
seperti laman web, buku dan majalah ilmiah. 6 markah
7. Komitmen pelajar Tugasan turut dinilai daripada aspek berikut:
i. Kekemasan dan kebersihan. 3 markah
ii. Kreatif dan menarik. 3 markah
iii. Ketepatan masa menghantar folio. 3 markah
JUMLAH MARKAH 60 markah
WAJARAN 30%

62
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN.
PENDIDIKAN ISLAM A06101.
TAHUN 1 SVM SEMESTER 1.

BORANG PEMARKAHAN PORTFOLIO.


NAMA :
NO. KAD PENGENALAN :
PROGRAM

BIL KRITERIA PENILAIAN SKOR SKOR CATATAN


MARKAH CALON
1. MUKA DEPAN.
i. Nama dan logo Kolej Vokasional. 1 markah
ii. Tajuk Portfolio. 1 markah
iii. Nama pensyarah (ejaan yang betul). 1 markah
iv. Nama penuh pelajar. 1 markah
v. No. kad pengenalan. 1 markah
vi. Nama program. 1 markah
vii. Mata pelajaran dan Kod kursus. 1 markah
2. ISI KANDUNGAN
i. Senarai tajuk. 2 markah
ii. Muka surat 2 markah
3. PENGHARGAAN. 5 markah
4. ISI PORTFOLIO.
i. Riwayat hidup. 5 markah
ii. Sifat dan keperibadian tokoh. 5 markah
iii. Kegigihan tokoh dalam menuntut ilmu. 5 markah
iv. Sumbangan tokoh dalam tamadun Islam. 5 markah
5. RUMUSAN / IKTIBAR. 9 markah
6. RUJUKAN. 6 markah
7. KOMITMEN PELAJAR.
i. Kekemasan dan kebersihan. 3 markah
ii. Kreatif dan menarik. 3 markah
iii. Ketepatan masa menghantar folio. 3 markah
MARKAH PENUH 60M
WAJARAN 30%

NAMA PENTAKSIR : _______________________________________________


TANDATANGAN : ____________________
TARIKH : ____________________

63
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN.
PENDIDIKAN ISLAM A06101.
TAHUN 1 SVM SEMESTER 1.

ARAHAN TUGASAN.
JENIS TUGASAN : BERKUMPULAN / INDIVIDU
TAJUK TUGASAN : PEMBENTANGAN SLAID.

1. Tugasan pembentangan slaid merupakan tugasan berkumpulan.


2. Pelajar dikehendaki untuk membina 1 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang
pelajar.
3. Membuat slaid pembentangan untuk satu sub tajuk berikut:
3.1 Menjelaskan korban dan akikah.
i. Maksud.
ii. Hukum.
iii. Kepentingan.
3.2 Menjelaskan waktu dan jenis binatang korban dan akikah.
3.3 Menjelaskan cara pengagihan daging korban dan akikah.

4. Membentang tajuk tersebut dengan maklumat-maklumat berikut:


i. Mukadimah
ii. Isi berkaitan.
iii. Rumusan.

5.
powerpoint yang telah dicetak bersama muka depan arahan dan diserahkan
sebelum pembentangan bermula. Slide pembentangan boleh dibantu dengan
video ringkas atau gambar yang bersesuaian.
6. Membuat pembentangan menggunakan bahasa rasmi dan menjaga etika
berpakaian serta adab komunikasi.
7.
8. Markah pembentangan akan dinilai secara individu walaupun ia berlangsung
secara berkumpulan.

64
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN.
PENDIDIKAN ISLAM A06101.
TAHUN 1 SVM SEMESTER 1.

RUBRIK PEMBENTANGAN SLAID.

BIL KRITERIA BAIK SEDERHANA LEMAH SKOR


15-11 10-5 4-0
1. Liputan Isi Keseluruhan isi Sebahagian Isi pembentangan
Kandungan pembentangan besar isi tidak menepati
menepati pembentangan kehendak tajuk
kehendak tajuk. menepati Isi pembentangan
Isi kehendak tajuk. tidak lengkap dan
15
pembentangan Isi kurang jelas
lengkap, dan pembentangan Membuat
huraian yang lengkap, dan rumusan
jelas dan sesuai. huraian yang tetapi kurang
Merumuskan isi jelas. tepat / tidak
dengan jelas Merumuskan isi membuat
dan tepat. dengan jelas rumusan

10-8 7-4 3-0 SKOR


2. Persembahan. Slaid menarik, Slaid menarik Slaid kurang
inovatif dan dan kreatif. menarik.
kreatif. Pembentangan Pembentangan
10
Pembentangan lancar, teratur kurang lancar
sangat lancar, dan dan kurang
teratur dan berkeyakinan berkeyakinan
berkeyakinan.

10-8 7-4 3-0 SKOR


3. Kerja Menunjukkan Menunjukkan Kurang memberi
berpasukan. komitmen yang komitmen yang komitmen.
sangat baik. baik. Semangat kerja
10
berpasukan yang
agak longgar.

65
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Semangat kerja Semangat kerja


berpasukan berpasukan
yang mantap. yang baik.

5-4 3-2 1-0 SKOR


4. Sahsiah. Memulai Memulai Memulai
pembentangan pembentangan pembentangan
dengan salam dengan salam dengan salam
dan puji-pujian dan puji-pujian sahaja.
kepada Allah kepada Allah. Memperkenalkan
dan selawat Memperkenalka ahli kumpulan.
atas nabi. n ahli kumpulan. Menggunakan
Memperkenalk Menggunakan bahasa yang 5
an ahli bahasa yang tidak formal /
kumpulan. bercampur bahasa pasar.
Menggunakan antara formal Tidak menjaga
bahasa yang dan tidak etika berpakaian
formal. formal. dan ketrampilan
Menjaga etika Menjaga etika diri.
berpakaian dan berpakaian dan
ketrampilan ketrampilan diri.
diri.

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 40


WAJARAN 30%

66
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN.
PENDIDIKAN ISLAM A06101.
TAHUN 1 SVM SEMESTER 1.

BORANG PEMARKAHAN PEMBENTANGAN SLAID (INDIVIDU).

NAMA PELAJAR : _________________________________________


NO. KAD PENGENALAN : _________________________________________
PROGRAM : _________________________________________

BIL. ASPEK YANG DINILAI MARKAH MARKAH


PENUH DIPEROLEH

1. Liputan isi kandungan. 15

2. Persembahan. 10
3. Kerja berpasukan. 10

4. Sahsiah. 5

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 40

WAJARAN 30

NAMA PENTAKSIR : ______________________________________________


TANDATANGAN : ____________________
TARIKH : ____________________

67
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN.
PENDIDIKAN ISLAM A06101.
TAHUN 1 SVM SEMESTER 1.

ARAHAN TUGASAN

JENIS TUGASAN : INDIVIDU


TAJUK TUGASAN : AMALI WUDHUK

Arahan:
Anda dikehendaki melaksanakan amali wuduk secara sempurna bagi semua rukun
wuduk dan perkara-perkara sunat wuduk berikut:

1. Membaca basmalah.
2. Membasuh kedua tangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke hidung.
5. Niat wuduk.
6. Membasuh muka.
7. Membasuh kedua tangan hingga ke siku.
8. Menyapu air ke kepala.
9. Menyapu kedua-dua telinga.
10. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.
11. Membaca doa selepas wuduk.

Pelaksanaan amali solat akan dilaksanakan bermula daripada


sehingga
Sebarang masalah boleh dikemukakan kepada pensyarah kursus masing-masing.

68
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN.
PENDIDIKAN ISLAM A06101.
TAHUN 1 SVM SEMESTER 1.

RUBRIK PENTAKSIRAN AMALI WUDHUK


BIL KRITERIA BAIK SEDERHANA LEMAH SKOR
1 Anggota wuduk dan 5-4 3-2 1-0
bacaan Basmalah Menyebut dan Menyebut dan Menyebut 1-2
menunjukkan empat mengenalpasti 3-4 anggota wuduk
anggota wuduk dengan anggota wuduk dengan betul 5
betul beserta bacaan dengan betul beserta beserta bacaan
Basmallah bacaan Basmallah Basmallah
2 Membasuh dua 5-4 3-2 1-0
tangan Murid dapat Murid dapat Murid dapat
menunjukkan cara menunjukkan cara menunjukkan cara 5
dengan betul dan dengan betul dan dengan bantuan
sempurna masih boleh diperbaiki guru

3 Berkumur-kumur 5-4 3-2 1-0


Murid dapat Murid dapat Murid dapat
menunjukkan cara menunjukkan cara menunjukkan cara 5
dengan betul dan dengan betul dan dengan bantuan
sempurna masih boleh diperbaiki guru.
4 Memasukkan air ke 5-4 3-2 1-0
hidung Murid dapat Murid dapat Murid dapat
menunjukkan cara menunjukkan cara menunjukkan cara 5
dengan betul dan dengan betul dan dengan bantuan
sempurna masih boleh diperbaiki guru
5 Niat wuduk 5-4 3-2 1-0
Membaca lafaz niat Tidak lancar Membaca lafaz
wuduk dengan lancar membaca niat wuduk niat wuduk 5
beserta maksud beserta maksud dengan bantuan
guru
6 Membasuh muka 5-4 3-2 1-0
Murid dapat Murid dapat Murid dapat
menunjukkan cara menunjukkan cara menunjukkan 5
dengan betul dan dengan betul dan cara dengan
sempurna masih boleh diperbaiki bantuan guru
7 5-4 3-2 1-0

69
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

Basuh dua tangan Murid dapat Murid dapat Murid dapat


hingga ke siku menunjukkan cara menunjukkan cara menunjukkan cara 5
dengan betul dan dengan betul dan dengan bantuan
sempurna guru
masih boleh diperbaiki

8 Menyapu air ke 5-4 3-2 1-0


kepala Murid dapat Murid dapat Murid dapat
menunjukkan cara menunjukkan cara menunjukkan cara 5
dengan betul dan dengan betul dan dengan bantuan
sempurna guru
masih boleh diperbaiki

9 Menyapu kedua- 5-4 3-2 1-0


dua belah telinga Murid dapat Murid dapat Murid dapat
menunjukkan cara menunjukkan cara menunjukkan cara 5
dengan betul dan dengan betul dan dengan bantuan
sempurna guru
masih boleh diperbaiki

10 Membasuh kedua- 5-4 3-2 1-0


dua belah kaki Murid dapat Murid dapat Murid dapat
hingga ke buku lali menunjukkan cara menunjukkan cara menunjukkan cara 5
dengan betul dan dengan betul dan dengan bantuan
sempurna guru
masih boleh diperbaiki

11 Bacaan doa 10-8 7-4 3-0


selepas wuduk Membaca doa selepas Tidak lancar Membaca doa
wuduk dengan lancar membaca doa selepas wuduk 10
dan betul selepas wuduk dan dengan bantuan
masih boleh diperbaiki guru
JUMLAH MARKAH PENUH 60
WAJARAN 40%

70
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

PENTAKSIRAN BERTERUSAN.
PENDIDIKAN ISLAM A06101.
TAHUN 1 SVM SEMESTER 1.

BORANG PEMARKAHAN INDIVIDU


AMALI WUDUK

NAMA
NO. KP
PROGRAM :
MARKAH MARKAH
BIL ASPEK YANG DINILAI PENUH DIPEROLEHI

1 Anggota wuduk dan bacaan Basmalah 5

2 Membasuh dua tangan 5


3 Berkumur-kumur 5

4 Memasukkan air ke hidung 5

5 Niat wuduk 5

6 Membasuh muka 5

7 Basuh dua tangan hingga ke siku 5

8 Menyapu air ke kepala 5


9 Menyapu kedua-dua belah telinga 5

10 Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali 5

11 Bacaan doa selepas wuduk 10


JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 60

WAJARAN 40%

NAMA PENTAKSIR
TANDATANGAN
TARIKH

71
A06101 PENDIDIKAN ISLAM

SUMBER RUJUKAN

1. Al-Quran.
2. Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif, (1975). Ensiklopedia
Solat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
3. Indahnya Hidup
Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
4. Hasanuddin Yusof, 2018. Sahabat Dijamin Syurga. Seremban: Times Offset
(M). Jilid 1.

5. Rijaluddin bin Yahya, Norafidah binti Abdullah, Wan Ali Akbar bin Wan
Abdullah, 2016. Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Fauziah Binti Haji Mohd Ramli, Aminah Binti Idris, (2006). Buku Teks
Pendidikan Islam Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji, (1998). Kitab
Fikah Mazhab Syafie Jilid 1 (terjemahan). Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sdn. Bhd.
8. Johar Seman, Rosmawati Muhamad, (2018). Nota dan Latihan Pendidikan
Islam SVM. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

72

Anda mungkin juga menyukai