Anda di halaman 1dari 133

HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

KANDUNGAN
Kalam Presiden iv
Tirai Bicara Penyusun v
Kata Pengantar vii

BAHAGIAN PERTAMA
Siapakah sebenarnya Luqman Al Hakim 1
Pengenalan Luqman Al Hakim 1
Adakah Luqman Seorang Nabi Atau AL Hakim 3
Sebab Diturunkan Wasiat Luqman Al Hakim Di Dalam Al Quran 4
Antara Hikmah Terawal Luqman 4

BAHAGIAN KEDUA
Pengenalan Hikmah dan Kepentingannya 6
Pelbagai pengertian Hikmah 6
Penjelasan Al Quran tentang hakikat Hikmah 9
Kalimah Hikmah yang khusus kepada para Anbia’ 11
Kalimah hikmah yang tidak khusus kepada para Nabi 12
Bahana dan kesengsaraan hidup tanpa Hikmah 14
Cara-cara memberpolehi Hikmah 17

BAHAGIAN KETIGA
Keunikan Uslub Al Quran dan As Sunnah Dalam Konteks
Dakwah 20

BAHAGIAN KEEMPAT
Huraian Umum Berkaitan Wasiat Luqman 27
 Bersyukurlah kepada Allah 28
 Jangan mensyirikkan Allah 29
 Berhemah tinggi terhadap Ibu dan Bapa 32
 Menjejaki perjuangan para Salafussaleh 34
 Zahir dan batin di dalam genggaman Allah 36
 Tunaikanlah Solat dan berdakwahlah 37
 Awasi sifat ego dan bersederhanalah 38
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
BAHAGIAN KELIMA
Huraian Terperinci Topik-topik Penting Dalam Wasiat
Luqman Al Hakim 42

AQIDAH
Bahaya Syirik dan Pendedahan Al Quran berkaitan ahli syirik.
 Tegahan mensyirikkan Allah 43
 Pendedahan Al Quran tentang ahli syirik 45
 Bentuk-bentuk syirik 52
 Martabat syirik 53
 Kalimah Tauhid 58
 Tuntutan kalimah “LailahaIllallah” 61

PengertIan dan Cara-cara Bersyukur


 Definisi Syukur 67
 Cara bersyukur kepada Allah SWT 67
 Cara bersyukur kepada manusia 73

Kesempurnaan Aqidah di Dalam Wasiat Luqman 75


 Bentuk-bentuk kecintaan terhadap Allah 78
 Sifat-sifat yang disukai Allah 79
 Sifat-sifat yang dibenci Allah 85

IBADAH
Falsafah Solat dan Kepentingannya 89
 Kepentingan menunaikan solat 89
 Faedah-faedah menunaikan solat 96

KEMURNIAN AKHLAK
Berbakti Kepada Ibubapa dan Persoalan Yang Berkaitan
Dengannya
 Pengertian akhlak 98
 Kepentingan berbakti kepada Ibubapa 100
 Pelbagai cara berbakti kepada dua Ibubapa 103
 Beberapa persoalan berkaitan berjasa kepada Ibubapa
 Nafkah 104
 Berbakti terhadap mereka selepas mereka meninggal
dunia 106
 Jihad 108
 Ibubapa yang tidak beragama Islam 108

1
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
 Ganjaran berbuat baik kepada Ibubapa 109
 Tegahan menderhaka kepada Ibubapa 110
 Ketulusan pengorbanan Ibubapa 111

DAKWAH
Cabaran Dakwah Dan Ciri-Ciri Pendakwah 113
 Sabar menghadapi dugaan 113
 Amar ma’ruf dan nahi mungkar 117
 Dakwah yang berhikmah 120
 Tahap-tahap dalam mencegah kemungkaran 121
 Hukum-hukum berkaitan menegah kemungkaran 123
 Doktor yang sakit merawat pesakit?? 124
 Kedudukan mereka yang bersikap berkecuali 125
 Tawadhu’ dan merendah diri 127
 Bolehkah kita mengesan virus takabbur 130

BAHAGIAN KEENAM
Pengajaran Dari Wasiat Luqman 133
 Pengajaran umum wasiat Luqman 133
 Pengajran khusus wasiat Luqman 138

BAHAGIAN KETUJUH
Wasiat Yang Terdapat Nas Yang Jelas Di Dalam Al Quran 140
Wasiat yang Tidak Termaktub Di Dalam Al Quran 142

BAHAGIAN KELAPAN
Penutup 153
 Rumusana penting berkaitan aspek-aspek utama Hikmah 153
 Hubungkait antara kemunian akhlak dan kemurahan
rezeki 155

BIBLIOGRAFI 161



2
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

KALAM PRESIDEN
Assalamualaikum wrt. wbt.
Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan
rahmatNya yang tiada batasan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
ahli keluarga, para sahabat serta para penerus perjuangan baginda dalam membawa risalah Islam
hingga ke hari kiamat.
Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang
menekankan betapa pentingnya pembacaan dan penulisan dalam menuntut dan menyampaikan
ilmu sepatutnya sama-sama kita hayati dan dijelmakan melalui tindakan dan kesungguhan kita
menghidupkan budaya membaca dan menulis.
Kedua-dua aspek ini (pembacaan dan penulisan) adalah dua perkara yang tidak
boleh dipisahkan. Masyarakat amat berhajat kepada bahan-bahan bacaan yang bermanfaat
sebagai rujukan ilmu dan pedoman dalam mencapai ketamadunan mental dan material. Ini
kerana, kedua-duanya adalah antara wasilah yang paling ampuh dalam membentuk dan
mencetak pemikiran masyarakat.
Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita selaku para da’ie yang terpikul di atas
pundak kita amanah untuk menyampaikan risalah Islam, menggiatkan dengan serancak mungkin
bidang penulisan dan penterjemahan dalam rangka membentuk masyarakat dengan acuan Islam.
Dalam masa yang sama menangkis serangan pemikiran yang dilakukan oleh penulis-penulis
barat yang bermatlamat memesongkan umat Islam daripada agama mereka.
Semoga usaha ini menjadi agenda utama kita sepanjang permukiman kita di gedung
ilmu ini sebagai satu hasil yang amat berharga untuk dibawa balik apabila kembali ke tanahair
bagi menyalurkan ilmu yang kita perolehi kepada masyarakat dan mudah-mudahan ia dikira
sebagai satu amalan soleh sebagai bekalan kita ke akhirat nanti.
Wassalam.

Haji Mohd Sabirin Hj Noordin


Presiden PMRAM 1999.

TIRAI BICARA PENYUSUN


‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadhrat
Ilahi, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga

3
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Baginda, para sahabat, tabi’ at-tabi’in dan seluruh kaum


muslimin se-hinggalah ke hari kiamat.
Terlalu berat rasanya hati, untuk menyusun buku berkaitan dengan wasiat Luqman
Al-Hakim ini, yang digali dari Al-Quran dan As-Sunnah, kitab-kitab tafsir, di samping
berpandukan kitab-kitab berbahasa Arab yang lain, dalam menghuraikan maksud tersirat di
sebalik wasiat tersebut. Manusia yang lemah ini tidak akan mampu menghurai dan menggarap
segala hakikat sekalipun dikerah segala tenaga dan diperah segala keringat. Namun
mengenangkan menyampai dan menyebarkan ilmu sebagai satu kewajiban digagahi jua diri yang
dhaif ini. Inilah satu persimpangan yang amat sukar untuk dilalui. Bila mengingatkan masyarakat
kita yang terlalu dahagakan petunjuk Ilahi dan santapan jiwa untuk menerangi kehidupan
mereka, usaha yang tak seberapa ini diteruskan jua.
Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim. Apakah ke-muliaan dan keistimewaan
yang ada padanya sehingga mendapat penghormatan nama beliau diabadikan di dalam Al-Quran
dan terdapatnya satu surah khusus yang dinamakan “surah Luqman”. Kemuliaan yang paling
agung ini juga dapat kita saksikan sendiri apabila Allah ‘Azza Wa Jalla memperincikan wasiat
beliau kepada anaknya. Wasiat inilah yang menjadi pedoman dan panduan kita dalam melayari
bahtera hidup ini: tanpa mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla, mendirikan sembahyang, berbakti
kepada kedua ibubapa, berakhak mulia, menyeru kebaikan dan menegah kemung-karan, bersabar
dalam menempuh sebarang cabaran dan tidak berlaku angkuh dan sombong. Inilah dia
kandungan wasiat Luqman kepada anaknya.
Al-Quran adalah perlembagaan suci yang mampu membimbing manusia ke jalan
yang lurus serta menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat. Setiap topik dan persoalan yang
dipaparkan dalam Al-Quran mengandungi mesej penting dan penuh bermakna, yang perlu
dihayati dan dipraktikkan bersama. Allah ‘Azza Wa Jalla tidak membiarkan hambanya terkapai-
kapai menentukan jalan hidupnya sendiri untuk mencari kebahgiaan abadi sepertimana yang
termaktub di dalam Al-Quran. Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Mengasihi hambanya dan Allah
‘Azza Wa Jalla menyediakan jalan jalan untuk menuju kebahagiaan tersebut. Inilah antara yang
terkandung di dalam wasiat ini. Wasiat Luqman ini juga memaparkan kaedah pendidikan dan
tarbiah yang paling unggul bagi sesiapa yang gigih mengkaji dan mengambil pengajaran
daripadanya.
Inilah antara intipati yang cuba kami ketengahkan sekadar daya upaya yang
dianugerahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Buku ini memaparkan persoalan akidah dan syirik
dengan panjang lebar, sesuai dengan kedudukannya sebagai wasiat yang paling penting dan
utama serta yang terawal diungkapkan oleh Luqman kepada anaknya. Hilanglah nilai dan harga
diri kalau hidup tanpa aqidah, ibarat bangkai bernyawa.
Mudah-mudahan santapan rohani yang disajikan ini men-datangkan manfaat
kepada penyusun sendiri dan kepada sidang pembaca sekelian. Sebelum mengakhiri kata-kata ini
setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr Fauzi yang sudi menghulurkan kata-kata
pendahuluan, serta sokongan dan galakan padu yang diberikan kepada kami dalam usaha
menyiapkan buku ini. Sebarang kesilapan atau kesalahan yang tidak tidak disedari dan tidak
terjangkau oleh penyusun amat dikesali.
Buat akhirnya, segala teguran dan saranan yang berguna dari kalangan cerdik
pandai dan golongan intelektual adalah dialu-alukan, agar segala kesilapan dan sebarang

4
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
kekaburan dapat diperjelas dan diperbetulkan. Seterusnya, sama-samalah kita berdoa kepada
Allah ‘Azza Wa Jalla untuk kejayaan hidup kita di dunia dan ahirat.

Salam Hormat Daripada Penyusun:


Ahmad Hasan B Mohd Nazam,(abumunzir@hotmail.com)
Fakulti Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir.
Mohd Nizam B Mohd Ali Al-Jempoli,(abuzar71@hotmail.com)
Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab
Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Alamat;
9, Al-Baramika Streets,
7th District, Nasr City,
Cairo, EGYPT
16 April 1999.

KATA PENGANTAR

Segala puji bagi Allah ‘Azza Wa Jalla tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
semoga terlimpah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, para sahabat, keluarga dan
kepada kaum Muslimin.
Setiap agama yang muncul adalah untuk mengembalikan manusia keharibaan Allah
‘Azza Wa Jalla yang Maha Kuasa dan juga kepada sistem Allah ‘Azza Wa Jalla yang Maha Esa.
Rasul-Rasul diutus untuk mempraktikkan sistem hidup yang mempunyai perbezaan dan
perincian pada syariatnya, tetapi ia tegak atas satu konsep yang sama dan menuju ke tujuan yang
utama dan sama yaitu memimpin dan menyelamatkan manusia dari menghambakan diri sesama
manusia kepada meng-hambakan diri kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Mengembalikan sifat
rububiyyah dan uluhiyyah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla Yang Maha Berkuasa.
Al-Quran menjelaskan hakikat ini semua, menghuraikan hakikat sistem hidup yang
tunggal, yang dapat menyampaikan manusia kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Syariat Islam yang
Maha Adil ini telah ditentukan untuk menjadi hukum dan sistem kehidupan, Nabi Muhammad
yang datang membawa Agama Islam tidak menghapuskan syariat syariat samawi yang benar
yang telah ada sebelumnya bahkan ia mengakui kebe-naran syariat itu dan mengaplikasikan serta
melindungi keutuhannya. Dialah yang bertanggungjawab mengatur sistem hidup manusia,
menyelamatkan mereka dari alam jahiliyyah kepada alam rabbaniyyah dan menyerahkan
kehidupan mereka kepada syariat Allah ‘Azza Wa Jalla sesuai dengan hari nurani mereka yang
taqwa kepada Allah ‘Azza Wa Jalla
Kisah nabi Syuaib yang terkandung di dalam Al-Quran mengenai kaumnya yang
tinggal di Madyan menjelaskan tentang syariat hidup yang praktis dan penentangan orang orang
Madyan terhadap seruannya, kerana mereka tidak mengetahui hakikat agama iaitu agama yang

5
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
menjadi sistem kehidupan bukan sekadar untuk mententeram kan hati nurani sahaja dan bukan
sekadar ibadah ritual di tempat tempat ibadah.
Agama Islam yang mencakupi segala sistem hidup yang unik ini tidak memberi
sebarang makna jika di ketepikan dari sistem hidup yang realiti. Sistem hidup manusia yang
asasi haruslah berlandaskan method konsep kepercayaan yang menafsirkan hakikat alam dan
hubungan alam dengan penciptaannya dan kedudukan manusia di alam. Hubungan ini semua
mencakupi hubungan dengan manusia, hubungan antara manusia dengan alam sekitar, hubungan
manusia dengan segala makhluk yang hidup dan hubungan manusia dengan manusia yang
diredhoi Allah ‘Azza Wa Jalla.
Agama Islam bertujuan untuk membebaskan manusia dari cengkaman jahiliyyah
dan segala sistem sistem yang ber-tentangan dengannya dan meningkatkan taraf kemanusiaan ke
alam rabbaniyyah. Inilah antara intipati sebenar yang terkandung di dalam wasiat Luqman yang
berkaitan tegahan daripada mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla, kerana mendewa-dewakan
segala sistem hidup yang bukan datang dari Allah ‘Azza Wa Jalla dan menyerahkan pengabdian
kepada yang selain darinya adalah antara bentuk syirik amat keji dan terkutuk. Pengabdian
manusia kepada Allah ‘Azza Wa Jalla secara tulus dan menyerahkan segala jiwa raga ke
pangkuannya Ilahi adalah bentuk kesyukuran yang paling syumul sepertimana yang terkandung
di dalam wasiat Luqman ini.
Buku yang berada di tangan pembaca ini, menghimpunkan segala wasiat Luqman
Al-Hakim yang mencakupi segenap aspek yang amat luas. Semuanya dihuraikan berpandukan
pandangan ulamak-ulamak agung. Mudahan-mudahan ia mendatang manfaat yang berguna
kepada kita semua.

Wassalam

Dr Fauzi Bin Ahmad.


Bekas Pensyarah Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (KUSZA)
Pensyarah UIAM,
PhD. Kesusasteraan (Bhgn Bahasa Arab).
Universiti Assiout, Mesir & Oxford Academy, England

BAHAGIAN PERTAMA

6
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

SIAPAKAH SEBENARNYA

LUQMAN AL–HAKIM

Pengenalan Luqman Al-Hakim


Siapakah sebenarnya Luqman Al-Hakim…? Al-Quranul Karim tidak menjelaskan
tentang biodata Luqman, sebaliknya sekadar memperincikan kata-kata hikmahnya yang begitu
murni dan amat bernilai. Seandainya biodata Luqman merupakan suatu perkara yang penting,
sudah tentu ia dipaparkan dalam Al-Quran. Meskipun demikian, tidak menjadi satu kesalahan,
jika dihimpunkan segala perbicaraan ulama mufassirin tentang topik ini.
Berdasarkan riwayat-riwayat yang ma`thur Luqman berasal dari Nobiy yang
terletak di Sudan, bahagian selatan Mesir. Beliau adalah seorang yang rendah, berkaki lebar dan
terdapat pecah-pecahan yang berbelah, berbibir tebal, hidungnya pesek dan berkulit hitam.
Ulama’ berselisih pendapat sama ada beliau seorang pengembala, tukang kayu, tukang jahit atau
pengutip kayu api. Ar-Ruba’i menjelaskan: Luqman adalah seorang hamba dan beliau telah
dibeli oleh seorang lelaki dari Bani Israel dengan harga 30 dinar setengah.
Ulama’ juga berselisih pendapat sama ada Luqman seorang hamba ataupun tidak.
Luqman pernah bertemu dengan Nabi Daud AS dan beliau juga merupakan seorang qodhi yang
mengeluarkan fatwa kepada Bani Israeil. Bilamana diutuskan Nabi Daud, Luqman tidak lagi
mengeluarkan fatwanya. Apabila ditanya kenapa beliau bersikap sedemikian, beliau menjawab:
‫أال أكتفي إذا كفيت‬
Maksudnya: Tidaklah aku perlu mencukupkanmu, se-dangkan engkau telah
dicukupkan.
(Bahr Al Muhid–Abu Haiyan)

Dalam tafsir Al-Muntakhab ada disebut bahawa terdapat nya dua orang Luqman
iaitu:
1) Luqman bin ‘Ad (sepertimana kenyataan Ibnu Ha-jar dalam Fathul Bariy) seorang
yang popular dan terkenal. Kisah teladannya banyak terdapat dalam buku-buku sastera.
2) Luqman Al-Hakim sepertimana yang diabadi kan dalam Al-Quran.
(Cetakan Majlis Al A`la Li As Syuun Al Islamiyyah: 213)

Ada riwayat yang mengatakan bahawa anak Luqman Al-Hakim tidak memeluk
agama Islam, justeru itu Baginda menyeru anaknya supaya mengesakan Allah ‘Azza Wa Jalla
tidak mensyirikkan-Nya. Luqman terus memberi nasihat se hinggalah anaknya memeluk agama
Islam. Demikian juga halnya dengan isteri Luqman.
Menurut Ibn Abi Dunya: Luqman berterusan memberi nasihat kepada anaknya
sehingga anaknya menghembus nafas nya yang terakhir.

7
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Ada juga riwayat yang mengatakan: Anak Luqman telahpun memeluk Islam,
tegahan syirik dalam wasiat sebagai ingatan dan berwaspada kerana kemungkinan ia akan
berlaku di kemudian hari.
(Ruh Al Ma`aniy: jil 7: ms 128)

Ibn Hisham menyebut: Suwaid bin As Shomit tiba di Mekah dan membawa
“Manuskrip yang mengandungi hikmah Luqman”, ia menunjukkannya kepada Rasulullah SAW.
Maka Rasulullah SAW pun bersabda:
،‫علي هو هدى ونور‬
ّ ‫إن هذا الكالم حسن والذي معي أفضل قرآن أنزله الله‬
‫ودعاه لإلسالم‬
Maksudnya: Ini adalah ungkapan yang menarik, tetapi apa yang ada padaku
adalah lebih baik, iaitu Al-Quran yang diturunkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla kepadaku. Ia
adalah petunjuk dan nur. Lalu Baginda menyerunya kepada agama Islam.

Diriwayatkan bahawa seorang yang berkulit hitam telah

datang kepada Saeid Ibn Musaiyab dan bertanya kepada beliau. Lalu beliau menjawab:
Janganlah bersedih lantaran kulitmu berwarna hitam. Sesungguhnya terdapat tiga orang (berkulit
hitam) berada dalam golongan manusia yang terbaik iaitu: Bilal, Muhajji’ hamba kepada Umar
Ibn Al-Khattab dan Luqman Al-Hakim.
(Tafsir Al Tobariy: jil 20: ms 26)

Adakah Luqman Seorang Nabi atau Al-Hakim (seorang yang


bijaksana)
Ibn `Atiyah meriwayatkan daripada Ibn Umar RA: Beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda Luqman bukanlah seorang nabi, tetapi beliau adalah seorang hamba
yang banyak berfikir, berkeyakinan tinggi, maka Allah ‘Azza Wa Jalla mengasihinya dan
menganugerahkannya hikmah. Ditawarkan kepadanya jawatan khalifah untuk melaksanakan
hukum yang benar. Luqman berkata: “Tuhanku! sekiranya Engkau memberi pilih kepadaku, aku
terima dengan rela dan aku meninggalkan ujian. Tetapi jika Engkau menfardhukan ke atasku,
maka aku dengar dan taat, sesungguhnya engkau akan memeliharaku.”
Ulama’ telah bersepakat mengatakan: Luqman adalah seorang yang bijaksana,
bukannya seorang nabi. Hanya Abu Haiyan sahaja yang telah meriwayatkan daripada ‘Akrimah
dan ash-Sya‘bi yang mengatakan: Luqman adalah seorang nabi.
Sebahagian ulama’ mengatakan, Luqman telah diberi pilihan antara kenabian
(nubuwwah) dan hikmah. Maka beliau memilih hikmah.
Salman Al-Farisiy menjelaskan: Luqman telah memilih ketaatan kepada Allah
‘Azza Wa Jalla daripada yang selainnya, dengan itu beliau menperolehi hikmah.
Ibn Al-Munir Al-Iskandarani dan Ibn Kathir tidak bersetuju dengan pendapat yang
mengatakan bahawa Luqman diberi pilihan antara kenabian (nubuwwah) dan hikmah.
(Ruh Al Ma`aniy: jil 1; hal: 83)

Ibn Katsir berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ tentang
kebijaksanaan Luqman ini: Luqman merupakan lelaki yang cekal dengan kebenaran, pendiam,

8
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
banyak bertafakkur, berpandangan jauh, tidak pernah tidur di siang hari, tidak pernah meludah,
tidak berkahak, tidak membuang air besar dan air kecil, tidak pernah mandi, tidak bermasam
muka dan tidak ketawa, tidak mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang akan
mengulanginya, pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun
kesemuanya menemui ajal, tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu. Beliau juga
mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar.
Inilah antara faktor yang melayakkan beliau memperolehi hikmah.
(Al-Bidayah Wa Al Nihayah: jil - 2: hal: 124)

Pendapat yang masyhur di kalangan para ulama` dan mufassirin mengatakan


Luqman adalah seorang yang soleh dan bukan seorang nabi. Allah ‘Azza Wa Jalla telah
menyebut nama Luqman di dalam Al-Quran dan mengangkat martabat nya. Terdapat athar-athar
yang membidas pendapat ini dengan mengatakan Luqman adalah seorang hamba Habsyi, dengan
itu beliau tidak layak menjadi nabi. Sepertimana yang telah diketahui,nabi ialah seorang yang
merdeka dari ka langan Bani Adam, menerima wahyu dan membawa syari’at, sama ada
diperintahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla agar menyampaikannya kepada seluruh umat manusia
ataupun tidak. Ayat Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa Luqman seorang yang bijaksana (Al-
hakim), bukannya seorang nabi.
(Wasoya Wa Mawai’z Li Luqman Al Hakim Fi Al Quran)

Sebab Diturunkan Wasiat Luqman Di dalam


Al-Quran
Nadhr Ibn Al-Harith telah membelanjakan hartanya kepada perkara-perkara hiburan
yang melalaikan. Beliau telah pergi ke Farsi untuk mendapatkan pelbagai kisah-kisah dongeng
dan humor. Kemudian ia menemui kaum Quraisy lalu menceritakan hikayat-hikayat tersebut
kepada mereka. Beliau berkata: “Sesungguhnya Muhammad menceritakan kepada kamu tentang
kaum A’d dan Thamud, dan aku menceritakan kepada kamu tentang Rustum, Isfindiyar dan
golongan bangsawan.” Kaum Quraisy menjadi asyik dengan cerita dongeng tersebut sehingga
tidak mahu mendengar Al-Quran.
(Asbab Al Nuzul Al Naisaburiy: 400, Kisah Al Quran: 294)

Antara Hikmah Terawal Yang Diungkapkan Oleh Luqman.


Ulama berselisih pendapat mengenai perkara ini. Di bawah ini dipaparkan antara
hikmah Luqman yang terawal.

Berkata Ibn Abi Nujaih: Tuan Luqman telah memerintahkannya agar menyembelih
seekor kambing dan membawa kepadanya bahagian yang terbaik dan bahagian yang terburuk.
Lantas beliau membawa lidah dan hati kambing. Tuan Luqman bertanya: Apakah ini? Luqman
menjawab: Tiada yang lebih baik daripada kedua-dua ini pada haiwan apabila kedua-duanya
baik, tiada yang lebih buruk dari kedua-kedua ini pada haiwan apabila kedua-dua ini buruk. Ini
bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:
‫ قلبه ولسانه‬:‫المرء بأصغريه‬
Maksudnya: Seseorang itu dinilai dengan dua perkara: hati dan lidahnya.

9
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Sebahagian ulama’ mengatakan, hikmah Luqman yang terawal ialah ungkapan:
“Duduk yang lama ketika menunaikan hajat besar dan kecil mewarisi buwasir, wap kotor akan
naik ke kepala dan merosakkan hati, dengan itu maka duduklah dengan tenang dan bangunlah
dengan tenang.”

Ad-Dhohak meriwayatkan daripada Ibn Abbas: Luqman tidak bercakap selama


setahun. Kemudian datang kepadanya anak para Nabi dan para hukamak, lantas mereka
berkata: “Bercakaplah.” Luqman pun menyahut: “Tiada kebaikan pada pertuturan, melainkan
dengan mengingati Allah ‘Azza Wa Jalla, tiada kebaikan pada diam melainkan dengan berfikir
tentang pengembalian.”
(Wasoya Wa Mawai’z Li Luqman Al-Hakim Fil Quran)

BAHAGIAN KEDUA

10
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

PENGENALAN HIKMAH DAN KEPENTINGANNYA

Pelbagai Pengertian Hikmah


Tersebut di dalam kitab-kitab tertentu yang menerangkan pengertian hikmah secara
ringkas iaitu:
 Mengetahui hakikat sesuatu.
 Mengetahui suatu yang paling afdhal dengan ilmu yang termulia.
(Lisan Al Arab: Jil 12: ms 14)

 Mengawal jiwa dan naluri ketika marah.


 Kalam yang dita’birkan berdasarkan pengalaman dan percubaan yang selari
dengan kebenaran.
(Nazorot Hawla Wasoya Luqman Al-Hakim)

Para ulama’ juga memberikan pelbagai tafsiran mengenai pengertian hikmah


antaranya:
Al-Imam Al-Qurtubiy menegaskan: Al-Hikmah ialah segala apa yang benar
berkaitan dengan i’tiqad, kefahaman dalam agama, amalan dan kebijaksanaan.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 7; ms 5141)

Ibn Abbas menafsirkan: Hikmah sebagai akal, kefahaman. Manakala Mujahid pula
berkata: Hikmah ialah akal, kefahaman dan perkataan yang tepat dan betul.
Hikmah sepertimana yang disebut di dalam tafsir Al-Manar ialah kefahaman yang
baik terhadap kitab Allah ‘Azza Wa Jalla dan mendalami segala hukum–hakamnya. Mengenali
segala maksud dan rahsia yang tersirat di sebalik hukum-hakam tersebut. Bukan setakat
memahami perkara zahir sahaja, bahkan mengetahui tujuan sebenar yang membawa kepada
kebaikan dunia dan akhirat. Kebahagian terhadap individu dan masyarakat pada sudut material
dan spritual. Apabila persoalan ini dapat digarap maka amalan praktikal dapat digerakkan
dengan cara yang paling jitu.
Sebahagian ahli falsafah mengibaratkan hikmah sebagai: “Berakhlak dengan
akhlak Allah ‘Azza Wa Jalla.” Maksudnya ialah berakhlak dengan nama-nama dan sifat-sifat
Allah ‘Azza Wa Jalla dengan kadar yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya.
(Al-Aql Wa Al Ilm Fi Al Quran)

Al-Imam Al-Fakhrur Raziy berkata: Ketahuilah bahawa hikmah tidak terkeluar


daripada dua konsep, iaitu pada teori dan praktikal. Ini kerana, kesempurnaan insan hanya
dengan dua perkara:
- Mengenali kebenaran (iaitu beriman dengannya)
- Mengetahui kebenaran untuk beramal.
Perkara pertama diasaskan pada aspek keilmuan dan pengetahuan yang bersesuaian.
Manakala perkara kedua diasaskan pada perlaksanaan, konsep keadilan dan mengikut hala tuju
yang tepat.

11
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Al-Imam Al-Fakhrur Raziy telah menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan
dengan hikmah pada sudut teori dan praktikal sepertimana berikut:
Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengisahkan tentang Nabi Ibrahim AS berkaitan
hikmah pada sudut teori dan praktikal dalam firman-Nya:
...‫رب هب لي حكما‬
Maksudnya: Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama.
(As Syuara`: 83)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori manakala sambungannya


dibawah menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.
‫وألحقني بالصالحين‬...
Maksudnya: Dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih.
(As-Syuara`: 83)
2. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyeru Nabi Musa AS dalam firman-Nya:
.....‫إنني أنا الله ال إله إال أنا‬
Maksudnya: Sesungguhnya Akulah Allah ‘Azza Wa Jalla; tiada Tuhan melainkan
Aku.
(Toha: 14)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat
seperti yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal:
‫فاعبدني‬...
Maksudnya: Oleh itu, sembahlah akan Daku.
(Toha: 14)

3. Allah ‘Azza Wa Jalla menjelaskan tentang Nabi Isa AS dalam firman-Nya:


… ‫إني عبد الله آتاني الكتاب وجعلني نبيا‬
Maksudnya: Ia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah ‘Azza Wa Jalla; Ia
telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
(Maryam: 30)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat yang
berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal:
‫وأوصاني بالصالة والزكاة ما دمت حيا‬...
Maksudnya: Dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat
selagi aku hidup.
(Maryam: 31)

4. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada Nabi Muhammad SAW:


.....‫فاعلم أنه ال إله إال الله‬
Maksudnya: Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai
Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ‘Azza
Wa Jalla.

12
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(Muhammad: 19)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungan ayat yang
berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.
‫واستغفر لذنبك‬...
Maksudnya: Dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau
lakukan.
(Muhammad: 19)

5. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada sekelian para anbiya’:


‫ينزل المالئكة بالروح من أمره على من يشاء من عباده أن أنذروا أنه ال إله‬
..‫إال انا‬
Maksudnya: Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintah-Nya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya kepada (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman
kepada Rasul-Rasul: Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan
melainkan Aku.
(An-Nahl: 2)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungannya pada
ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.
‫فاتقون‬....
Maksudnya : Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaKu.
(An-Nahl: 2) ( Tafsir Al-Raziy: Jil 7; ms 72)

Penjelasan Al-Quran Tentang Hakikat Hikmah


Allah ‘Azza Wa Jalla telah menafsirkan hikmah secara terperinci di dalam surah Al-
Isra’ Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫ذلك مما أوحى إليك من الحكمة‬
Maksudnya: Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah
diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu.
(Al-Isra’: 39)

Bermula dari ayat 32, sebelum ayat di atas, Allah ‘Azza Wa Jalla telah menjelaskan
dengan panjang lebar tentang hakikat hikmah sepertimana berikut:

 Mentauhidkan dan mengesakan Allah ‘Azza Wa Jalla dalam melakukan ibadat tanpa
menyekutukan-Nya dengan suatu yang lain dan tidak menggunakan sebarang
perantaraan.
 Melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa dan tidak menyakiti hati mereka bahkan
memuliakan mereka.
 Meyakini bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla mengetahui segala yang tersembunyi di hati dan ia
akan dihisab. Jika terdapat sebarang kesalahan diri ia tetap akan diampun.

13
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
 Menjalinkan hubungan ukhuwwah dengan baik. Meng-hulurkan bantuan kepada mereka
yang memerlukan. Tidak berbelanja sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan
maslahah dan keperluan.
 Tidak melakukan pembaziran kerana ia adalah sifat mereka yang tergolong dalam kerabat
syaitan. Syaitan berbisik di hati manusia agar melakukan fasad (kerosakan) dan
berbelanja pada perkara kebatilan.
 Mengungkapkan pertuturan yang baik dan indah walaupun ketika kekurangan harta, di
samping meletakkan harapan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla agar dibuka jalan rezeki.
 Tidak membelenggu tangan lantaran enggan mengorbankan harta pada perkara yang murni.
Dan tidak membelanjakannya secara berlebih-lebihan sehingga mengundang penyesalan
di kemudian hari.
 Mengimani bahawa Allah ‘Azza Wa berupaya meluaskan dan menyempitkan rezeki
sesiapa sahaja yang Ia kehendaki di kalangan hamba-Nya, berdasarkan sebab-musabab
yang tertentu.
 Tidak membunuh anak kerana takutkan kemiskinan, sedangkan rezeki adalah dalam
jaminan Allah ‘Azza Wa Jalla.
 Menghindariperkara-perkara yang mendekati zina dan membasmi faktor-faktor yang boleh
menyebabkan berlakunya penzinaan.
 Tidak melakukan pembunuhan melainkan ketika mana diizinkan syarak. Allah ‘Azza Wa
Jalla telah memberikan hak kepada wali untuk menuntut qisos dari pemerintah terhadap
pembunuh. Apabila dijatuhkan hukuman bunuh tidak boleh berlebihan dan melampau
seperti membunuh orang lain yang tidak terlibat dengan pembunuhan atau membunuh
dua orang, sedangkan orang yang dibunuh hanya seorang. Jika orang kedua terlibat jua
dalam pembunuhan tersebut ia hanya dikenakan qisos atau diyat.
 Membelanjakan harta anak yatim dengan cara yang terbaik agar dapat dikembangkan
sehinggalah ia mencapai umur baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan
sendiri). Setelah mencecah umur baligh maka diserahkan kembali hartanya untuk
diuruskan sendiri.
 Memelihara segala perjanjian kerana ia akan dihisab oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Sama ada
perjanjian Allah ‘Azza Wa Jalla dengan manusia atau sesama manusia.
 Menyempurnakan ukuran timbang. Persoalan yang me-nyentuh harta benda hendaklah
dipastikan secara adil. Perlu diraikan hak semua pihak dan lapisan.
 Membuat kenyataan dan menentukan pendirian pada suatu perkara, setelah mendapat
kepastian dan diyakini kesahihannya.
 Tidak bermegah, meninggi diri serta merasakan diri sempurna.
Segala celaan dan tegahan-tegahan yang disebut di atas adalah perkara yang
dimurkai oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesiapa yang melanggar batasan tersebut ia tersingkir dari
rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla dan tersisih dari keredhoan Allah ‘Azza Wa Jalla.

Kalimah Hikmah Yang Khusus Kepada Para Anbiya’

14
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Kalimah hikmah di dalam Al-Quran sebanyak 20 kali, antara lainnya apa yang
dikhususkan kepada para anbiya` dan rasul:
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

1) ‫وإذ أخذ الله ميثاق النبيين لمآ ءاتيتكم من كتاب وحكمة ثم‬
‫جاءكم رسول مصدق لما معكم لتؤمنن به ولتنصرنه‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Allah ‘Azza Wa Jalla mengambil perjanjian
setia dari Nabi-Nabi (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku
berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan
apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan
hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya.
(Ali Imran: 8)

2) ‫فقد آتينا آل إبراهيم الكتاب والحكمة وءاتيناهم ملكا عظيما‬


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah pun memberi kepada keluarga Ibrahim:
Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan
yang besar.
(An-Nisa`: 54)

3) ‫ويعلمه الكتاب والحكمة والتوراة واإلنجيل‬


Maksudnya: Dan Allah ‘Azza Wa Jalla akan mengajarnya ilmu menulis, dan
hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
(Ali Imran: 48)

4) ‫هو الذي بعث في األميين رسوال منهم يتلوا عليهم ءاياته‬


‫ويزيكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضالل مبين‬
Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab)
yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah ‘Azza Wa Jalla (yang membuktikan keesaan Allah
‘Azza Wa Jalla dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari i'tiqad yang sesat), serta
mengajarkan mereka kitab Allah ‘Azza Wa Jalla (Al-Quran) dan Hikmah (Pengetahuan yang
mendalam mengenai hukum-hukum syara'). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan
Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Juma`ah: 2)

`
Kalimah Hikmah Yang Tidak Khusus Kepada Para Anbiya
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:
1) ‫يؤتي الحكمة من يشآء ومن يؤت الحكمة فقد أوتي خيرا كثيرا‬
Maksudnya: Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang
berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan
sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.
(Al-Baqarah: 239)

15
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

2) ‫ولقد آتينا لقمان الحكمة أن اشكر لله‬


Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat
kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla
(akan segala nikmat-Nya kepadamu)
3)
‫واذكرن ما يتلى فى بيوتكن من ءايات الله والحكمة‬
Maksudnya: Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari
ayat-ayat Allah ‘Azza Wa Jalla (Al-Quran) dan hikmat pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah)
(Ahzab: 34)

4) ‫أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي‬


‫هى أحسن‬
Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang
engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.
(An-Nahl: 125)

Setelah kita meneliti segala ayat-ayat yang tersebut di atas, secara keseluruhan kita
dapat rumuskan pengertian hikmah seperti berikut:
 Wahyu yang diturunkan kepada para Anbiya’ Kata-kata yang yang diceduk daripada
alim ulama’ dan menjadi pengajaran untuk manusia
(Al-Bahrul Muhidh: jil 7; hal 186)
 Sunnah an-Nabawiah, kerana segala yang dibaca di rumah para isteri nabi adalah As-
Sunnah kecuali Al-Quran. Disebut di dalam hadis.
‫أآل إني أوتيت الكتاب ومثله الحق‬
Maksudnya: Tidakkah didatangkan kepada aku Kitab (Al Quran) dan seumpama
dengannya (Sunnah) adalah benar.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi) (Al-Wasoya Al-Kubra Ibn Taimiyyah : 6)

Hassan Ibn ‘Atiyyah berkata: Jibril AS turun kepada Nabi SAW dengan sunnah
sepertimana dia turun bersama Al-Quran dan m e n g a j a r k a n n y a . Imam asy-Syafi’e menyebut
bahawa As-Sunnah adalah hikmah sepertimana yang dimaksudkan oleh gurunya Imam Malik bin
Anas.
Hakikat hikmah dan ilmu ialah beramal, beribadah dan bersyukur kepada Allah
‘Azza Wa Jalla. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menafsirkan hikmah dengan kesyukuran. Firman
Allah ‘Azza Wa Jalla:

‫ولقد آتينا لقمان الحكمة أن اشكر لله‬


Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat
kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa
Jalla.
(Luqman: 12)

16
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Al-Imam ar-Raziy menegaskan: “Setiap orang yang mendapat taufiq untuk beramal
maka dia telah mendapat kebaikan melimpah luah dan itulah yang dimaksudkan dengan
hikmah”. Hikmah juga berperanan untuk membezakan antara ilham rabbani dan bisikan syaitan.
(Mawai`z Luqman Fi Al Quran)

Bahana Dan Kesengsaran Hidup Tanpa Hikmah


Hikmah boleh menjadi hiasan diri kepada sesiapa yang benar-benar memilikinya. Ia
hanya dapat diperolehi daripada Al-Quran dan As-Sunnah, bagi mereka yang gigih mengkaji dan
menimba khazanah ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut. Segala keterangan
telahpun nyata dan terbukti kebenarannya. Jelas terbentang di hadapan mata, sekiranya mereka
benar-benar inginkan hikmah, tetapi malangnya, masih ramai manusia yang gagal memperolehi
kebenaran ini.
Dewasa ini, pelbagai ideologi dan fahaman yang langsung tidak bersangkut-paut
dengan Islam semakin merebak ke negara-negara Islam dan menyerap ke dalam jiwa-jiwa umat
Islam, sama ada disedari ataupun tidak disedari. Sebenarnya mereka telah terpedaya ekoran
terlalu menurut kelazatan dunia dan nafsu. Inilah antara punca yang menyebabkan kehidupan
manusia tidak terarah.
Keadaan yang seumpama ini amat dicela oleh Allah ‘Azza Wa Jalla.
Kecenderungan kepada dunia dan nafsu secara berlebih-lebihan telah menyebabkan ramai
manusia menolak pelbagai keterangan dan hujjah kebenaran. Maka tercetuslah seribu satu
macam kepincangan di dalam masyarakat kita hari ini.
Akibatnya, ramai manusia tergelincir dari landasan sebenar dan mencetuskan
pertelingkahan serta perpecahan yang merugikan umat Islam. Orang-orang yang seumpama ini
sememangnya tidak mahu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, sebaliknya lebih
mengutamakan pendapat dan pandangan mereka. Mereka mendakwa bahawa mereka mampu
mengangkat martabat umat, bangsa dan negara tetapi mereka mengenepikan pusaka abadi
warisan Rasulullah SAW. Kononnya mereka mempunyai prinsip tersendiri tetapi ternyata itu
semua adalah dusta sama sekali.
Inilah antara fenomena kehidupan mereka yang membelakangkan Al-Quran dan
mencemari kejernihan hikmah. Mereka sentiasa dirundung duka, tidak tenteram dan dihantui
dengan pelbagai permasalahan yang mencengkam kehidupan mereka.
Inilah antara hakikat yang digambarkan oleh firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫ولو شئنا لرفعناه بها ولـكنه أخلد إلى األرض واتبع هواه فمثله كمثل الكلب‬
‫إن تحمل عليه يلهثـ أو تتركه يلهث ذلك مثل القوم الذين كذبوا بآياتنا‬
‫فاقصص القصص لعلهم يتفكرون سآء مثال القوم الذين كذبوا بآياتنا وأنفسهم‬
‫كانوا يظلمون‬
Maksudnya: Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan
pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati
cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah
seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-

17
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
mengah, dan jika engkau membiar kannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-
mengah.
(Al-A'raf: 176)

Sesungguhnya ayat-ayat Allah ‘Azza Wa Jalla mampu mengangkat martabat


manusia, sekiranya mereka mendapat taufiq untuk beramal dengannya. Malangnya,
mereka tidak mendapat taufiq, lantaran kecenderungan kepada dunia, terlalu
mementingkan keduniaan, terpedaya dengan kelazatan dunia, mengikut hawa nafsu,
tidak memikirkan tentang nikmat di hari akhirat, enggan mematuhi perintah Allah ‘Azza
Wa Jalla, dan tidak menghormati nikmat-Nya, iaitu meng-gunakannya pada jalan yang
tidak diredhoi Allah ‘Azza Wa Jalla.
(Tafsir Al-Munir: jil 9; hal 167)

Susur-galur kehidupan yang tidak terpimpin dan tersasar menjadikan mereka


lemah dan hina dalam menjalani program kehidupan. Allah ‘Azza Wa Jalla telah
mengumpamakan mereka ini seperti anjing yang sentiasa termengah-mengah. Mereka
beraksi di atas pentas dunia ini dalam keadaan yang tidak tenteram dan ceria sehingga
menyebabkan mereka tidak berupaya untuk bekerja secara aktif dan dinamis.
Demikianlah perumpamaan bagi mereka yang tidak mengambil manfaat
daripada nasihat dan petunjuk Ilahi. Tidak kira sama ada telah diberi peringatan kepada
mereka atau tidak, sama ada diberi tunjuk ajar atau pun tidak, mereka tetap berada dalam
keadaan yang tidak bahagia.
Fenomena ini menjadi lebih kritikal dan kronik apabila mereka menganggap
kecelakaan dan kesengsaraan yang menimpa mereka adalah berpunca daripada risalah
dakwah yang di bawa oleh para daei`. Mereka menuduh orang yang inginkan reformasi
dan memulihkan sistem kehidupan sebagai primitif atau sebagainya. Mereka lupa,
hakikatnya segala masalah yang berlaku adalah berpunca daripada keengganan mereka
sendiri untuk mengikut hidayah Allah ‘Azza Wa Jalla.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫قالوا إنا تطيرنا بكم لئن لم تنتهوا لنرجمنكم وليمسنكم منا عذاب‬
.‫أليم قالوا طائركم معكم أإن ذكرتم بل أنتم قوم مسرفون‬
Maksudnya: Penduduk sebuah bandar berkata: “Sesungguhnya kami
merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak
berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam
kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi
sakitnya Rasul-Rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan
(kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat
pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu
bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau.”
(Yasin: 18,19)

Risalah kebenaran diteruskan walaupun terpaksa melalui onak dan duri.


Golongan yang tidak nampak kebenaran berada dalam kekaburan dan terkapai-kapai
tidak ketahuan arah. Mereka tidak mampu berhujjah dengan para daei` yang membawa
kebenaran dan hikmah, lalu mereka mengancam dengan kekasaran dan kekerasan.

18
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(Tafsir Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2962)

Disenaraikan sebab-sebab yang menghalang seseorang daripada menerima


dan beramal dengan kebenaran iaitu:-
 Kurang mengenali kebenaran.
 Tiada kelayakan. Berkemungkinan seseorang itu telah mengenali kebenaran
tetapi terhalang kerana hatinya yang kotor. Ia dituntut agar membersihkan hati dan
menyucikan jiwanya.
 Wujudnya halangan iaitu sifat dengki dan takabbur. Iblis, Yahudi, Abdullah
bin Ubai, Abu Jahal dan seluruh orang musyrikin mengenali kebenaran tetapi
terhalang oleh sifat dengki dan rasa takabbur untuk beriman dengan kebenaran.
 Tamak kuasa. Inilah penyakit yang dialami oleh Firaun dan kaumnya.
 Pengaruh syahwat dan harta. Inilah antara faktor kaum kuffar Quraisy tidak
beriman.
 Pengaruh kekeluargaan. Takut disisih oleh keluarga.
 Kecederungan hati kepada tanah air. Kemungkinan jika mereka mengikut
kebenaran ia akan dibuang negeri.
 Dongengan yang mengatakan bahawa mengikut kebenaran merupakan celaan
terhadap keturunan mereka yang silam. Perkara inilah yang menyebabkan Abu Talib
dan kuncu-kuncunya tidak mahu beriman.
 Kebencian terhadap mereka yang terdahulu dalam mengikut kebenaran.
Keinginan untuk melawan dan memerangi orang yang mengikut jalan hidayat
menyebabkan ia menolak dan mengingkari segala kebenaran. Ia ingin bermusuhan
dengan mereka yang mendapat petunjuk sekalipun belum pernah tercetus di kalangan
mereka api permusuhan. Perkara inilah yang berlaku di kalangan Yahudi dan kaum
Al-Ansor. Yahudi memerangi kaum Ansor selepas mereka beriman sekalipun sebelum
itu mereka bersatu.
 Tradisi, adat dan pengaruh persekitaran. Apabila seseorang itu telah terbiasa
atau terdidik dalam suatu keadaan adalah menjadi suatu kepayahan kepada dirinya
untuk mengubah tabiat tersebut, walaupun ia telah mengetahui bahawa perkara itu
tidak betul.
(Miftah Dar Al-Sa`adah: jil 1; hal 199-120)

Cara-Cara Memperolehi Hikmah


Terdapat pelbagai cara untuk mencorakkan kehidupan dengan hikmah dan semua
orang boleh mendapatkannya.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

19
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫يؤتي الحكمة من يشاء ومن يؤت الحكمة فقد أوتي خيرا كثيرا وما يتذكر‬
‫إال أولوا االلباب‬
Maksudnya: Allah ‘Azza Wa Jalla memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang
berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan
sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.
Dan tiadalah yang dapat mengambil pangajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang
menggunakan akal fikirannya.
(Al-Baqarah: 269)

Al-Imam Ibn Qoiyim berkata: Apabila hati dihidupkan dengan tazakkur,


disuburkan pula dengan tafakkur dan dibersih dari kekotoran, nescaya ia akan dapat melihat
perkara-perkara menakjubkan dan diilhamkan hikmah kapadanya.
(Al-Fawaid: 128)

Tazakkur (mengingati) ialah proses mencerna semula perkara yang sudah sedia
dimaklumi agar ia benar-benar terpahat di hati dan tidak lenyap begitu sahaja. Manakala tafakkur
ialah proses untuk membanyakkan pengetahuan dan mendapatkan perkara yang belum diketahui.
(Ihya’ Ulum Al Din: jil 5; ms 7)
Hati terkadang lebih berpaut kepada dunia, wanita, harta dan pelbagai perhiasan
hidup. Hati yang lalai dan leka sebegini tidak mungkin akan memperolehi hikmah. Hikmah
hanya dapat diperolehi oleh hati yang banyak bertafakkur dengan nama-nama Allah ‘Azza Wa
Jalla, sifat-sifat Allah ‘Azza Wa Jalla dan kehebatan benda-benda yang dijadikan Allah ‘Azza
Wa Jalla.
Al-Iman Al-Ghazaliy ada menyebut: Ibn A’bbas mengatakan: Tafakkur pada
perkara yang baik menyebabkan seorang beramal dengannya. Menyesal di atas perkara kejahatan
menyebabkan seseorang itu meninggalkannya.
Diriwayatkan bahawa Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman dalam sebahagian kitab-
kitab-Nya: “Tidaklah Aku menerima semua percakapan seorang yang berhikmah, tetapi Aku
melihat terlebih dahulu kepada keinginan dan kecenderungannya. Sekiranya keinginan dan kecen
derungannya kepada-Ku, nescaya Aku jadikan keiginannya sebagai tafakkur dan percakapannya
sebagai puji-pujian kepada-Ku, sekalipun ia tidak bertutur.”
Al-Hassan berkata: Sesungguhnya ahli bijaksana sentiasa menyilih-gantikan antara
zikir dan berfikir, sehingga hati mereka menjadi subur, lantas mereka dapat bercakap dengan
perkara yang berhikmah.
(Ihya’ Ulum Al-Din: jil 5; ms 6)

Kita sepatutnya berlumba-lumba memburu hikmah tersebut dengan melaksanakan


kebenaran serta beramal dengannya, untuk memperolehi hikmah sepertimana yang dilukiskan
oleh Allah ‘Azza Wa Jalla di dalam kitab sucinya. Sesungguhnya terdapat tiga golongan manusia
sepertimana firman Allah ‘Azza Wa Jalla:-
‫ثم أورثنا الكتاب الذين اصطفينا من عبادنا فمنهم ظالم لنفسه ومنهم مقتصد‬
‫ومنهم سابق بالخيرات بإذن الله ذلك هو الفضل الكبير‬
Maksudnya: Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang
Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim

20
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada
yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam
berbuat kebajikan dengan izin Allah ‘Azza Wa Jalla. Yang demikian itu ialah limpah kurnia
yang besar (dari Allah ‘Azza Wa Jalla semata-mata).
(Fathir: 32)

Zalim terhadap diri sendiri: Melampaui batas dengan cuai dan leka dalam
melakukan kewajipan di samping melakukan perkara yang diharamkan.
Sederhana (muqtasid): Kejahatan dan kebaikan yang sama banyak. Melakukan
kewajipan dan meninggalkan perkara yang diharamkan, tetapi di waktu yang sama ia
meninggalkan beberapa perkara sunat di samping melakukan perkara yang dimakruhkan.
Mendahului orang lain: Banyak berbuat kebaikan dan perkara sunat, meninggalkan
perkara yang haram dan makruh serta perkara yang diharuskan. Golongan ketiga inilah yang
terbaik
(Tafsir Al-Munir: jil 22; hal 266, Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2984).

BAHAGIAN TIGA

KEUNIKAN USLUB AL-QURAN DAN


AS-SUNNAH DALAM KONTEKS DAKWAH

Wasiat Luqman dianggap sebagai role model yang paling ideal dalam uslub
dakwah. Kaum muslimin sekiranya benar-benar mempercayai bahawa Al-Quran adalah kitab
suci yang agung, diturunkan untuk memberi petunjuk, memancarkan Nur Ilahi ke dalam jiwa dan
hati sanubari orang mukmin serta sebagai penawar, membenarkan kitab-kitab samawi yang
terdahulu dan menjaganya dari diselewengkan, maka mereka akan mendalami kitab ini untuk

21
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
menambah kefahaman dan ilmu tentang uslub untuk menyeru manusia menuju kepada Allah
‘Azza Wa Jalla. Berikut ini disenaraikan sebahagian daripada uslub dakwah yang digunakan oleh
Al-Quran dan sunnah sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan.
Menyeru manusia agar mengkaji sejarah kewujudan mereka untuk dijadikan
pengajaran. Cuba kita perhatikan bagaimana umat terdahulu yang pernah menempa sejarah yang
gemilang dan ketinggian tamadun yang hebat, malangnya mereka mengingkari seruan para Rasul
setelah dibuktikan kebenaran ajaran yang dibawa dengan pelbagai mukjizat yang terang dan
nyata. Maka Allah ‘Azza Wa Jalla menghapuskan kaum ini dan diganti dengan kaum yang lain.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫أولم يسيروا في األرض فينظروا كيف كان عاقبة الذين من قبلهم كانوا أشد‬
‫منهم قوة وأثاروا األرض وعمروها أكثر مما عمرو ها وجائتهم رسلهم‬
‫بالبينات فما كان الله ليظلمهم ولكن كانوا أنفسهم يظلمون‬
Maksudnya: Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta
memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang
itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta
memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang
itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang
jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang
demikian, maka Allah ‘Azza Wa Jalla tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah
yang menganiaya diri sendiri.
(Ar-Rum: 9)

Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman lagi:


‫ولقد أهلكنا القرون من قبلكم لما ظلموا وجائتهم رسلهم بالبينات وما كانوا‬
‫ ثم جعلناكم خالئف في األرض من‬،‫ليؤمنوا كذالك نجزى القوم المجرمين‬
‫بعدهم لننظر كيف تعملون‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mem-binasakan umat-umat yang
terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka
Rasul-Rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman.
Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. Kemudian Kami jadikan kamu
(wahai umat Muhammad) Khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah
dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan
lakukan.
(Yunus: 13-14)

Menghilangkan kesamaran yang bertakhta di dalam lubuk hati manusia yang


mendorong kepada sifat ragu-ragu. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫قالوا إن أنتم إال بشر مثلنا تريدون أن تصدونا عما كان يعبد ءاباؤنا فأتونا‬
‫ قالت لهم رسلهم إن نحن إال بشر مثلكم ولكن الله يمن‬،‫بسلطان مبين‬
‫علي من يشاء من عباده وما كان لنآ أن نأتيكم بسلطان إال بإذن الله‬
Maksudnya: Rasul-Rasul mereka berkata kepada mereka: Kami ini tidak lain
hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah ‘Azza Wa Jalla melimpahkan kurnia-Nya

22
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kami tiadalah berkuasa
membawa kepada kamu sebarang bukti (mujizat) melainkan dengan izin Allah ‘Azza Wa Jalla.
(Ibrahim: 10-11)

Sebahagian manusia menolak fakta yang mengatakan bahawa para Rasul adalah
manusia biasa. Dengan itu, diturunkan ayat Al-Quran untuk memperbetulkan tasawwur sebegini.
Sepertimana kata-kata orang Quraisy yang termaktub di dalam Al- Quran. ‘Azza Wa Jalla
berfirman:
‫مال هذا الرسول يأكل الطعام ويمشي في األسواق‬
Maksudnya: Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum dan
berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?"
(Al-Furqan: 7)

Setelah itu, turun ayat Al-Quran yang berbunyi:-


‫ومآ أرسلنا قبلك من المرسلين إال إنهم ليأكلون الطعام ويمشون في‬
‫األسواق‬
Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai
Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar.
(Al-Furqan: 20)

Menggunakan kaedah “Targhib” (ransangan) dan “Tarhib” (ancaman). Para Rasul


yang diutuskan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla menceritakan tentang ganjaran syurga dan nikmat
Allah ‘Azza Wa Jalla yang melimpah-ruah bagi sesiapa yang mengikut jalan kebenaran.
Manakala balasan yang amat pedih yang tiada taranya bagi mereka yang ingkar dan kufur dari
seruan kebenaran. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫رسال مبشرين ومنذرين لئال يكون للناس على الله حجة بعد الرسل‬
Maksudnya: Rasul-Rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa
khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-
orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujjah
(atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah
mengutuskan Rasul-Rasul itu.
(An-Nisa`: 165)

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:


‫ولقد أرسلنا من قبلك رسال إلي قومهم فجاءوهم بالبينات فانتقمنا من الذي‬
‫أجرموا وكان حقا علينا نصر المؤمنين‬
Maksudnya: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai
Muhammad) Rasul-Rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya
keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku
salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong
orang-orang yang beriman.
(Ar-Rum: 47)

Mempelbagaikan uslub dakwah, sama ada dengan cara rahsia atau terang-terangan,
secara individu atau berkelompok. Berkaitan dengan dakwah nabi Nuh Allah ‘Azza Wa Jalla
telah berfirman:

23
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫قال رب إني دعوت قومي ليال ونهارا فلم يزدهم دعاءي إال فرارا‬
Maksudnya: (setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa' dengan berkata:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka
beriman); Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedahpun) selain daripada
menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran)."
(Nuh: 5)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫ثم إني أعلنت لهم وأسررت لهم إسرارا‬
Maksudnya: "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang; "Selain
dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus terang,
dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
(Nuh: 9)

Seseorang yang mengkaji sejarah akan mendapati bahawa dakwah berjalan


mengikut marhalah yang berperingkat-peringkat:-
Pada peringkat permulaannya, dakwah dijalankan secara individu dan
rahsia :
 Berdakwah kepada Khadijah, Abu Bakar, Ali dan Zaid.
 Berdakwah kepada keluarga.
Peringkat ke dua berdakwah secara terang-terangan:
 Berdakwah kepada masyarakat Arab di ‘Ukaz dan Thaif.
 Perjanjian Aqabah dan marhalahnya.
 Hijrah Rasulullah.
 Pertarungan berdarah
 Berdakwah keluar semenanjung Arab hingga membawa kepada kemenangan Islam

Memilih pendakwah benar-benar layak dan berwibawa untuk memberi kefahaman


dan tunjuk ajar kepada manusia:
‫روى الجماعة عن ابن عباس أن النبي صلي الله عليه و سلم لما بعث‬
‫ إنك تأتي قوما أهل كتاب فادعهم إلي شهادة أن ال‬:‫معاذا إلي اليمن قال‬
‫إله إال الله وأني رسول الله فإن هم أطاعوك لذلك فأعلمهم أن الله عز وجل‬
‫افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة‬
Maksudnya: Jama’ah meriwayatkan daripada Ibn Abbas Sesungguhnya Nabi SAW
ketika mengutus Mu’az ke Yaman maka Baginda bersabda: sesungguhnya engkau datang
kepada kaum dari kalangan Ahli Kitab; dan serulah mereka kepada syahadah “Lailahaillallah”
dan sesungguhnya aku pesuruh Allah ‘Azza Wa Jalla”. Maka sekiranya mereka mentaatimu
maka ajarkanlah mereka bahawa sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah memfardukan
sembahyang lima kali sehari semalam.

24
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Daripada hadis ini tersirat pengertian yang besar dan begitu bermakna antaranya
ialah:
1. Menyatakan bahawa dakwah Islamiyyah yang syumul ini ditujukan kepada seluruh
umat manusia jagat raya termasuk Yahudi dan Nasrani.
Pendakwah memulakan nasihat dan tunjuk ajar dengan perkara yang terpenting
kemudian diikuti yang kurang penting, berdasarkan tertib awlawiyyat (keutamaan).
2. Mengutarakan contoh-contoh yang lojik dan munasabah ketika berdakwah untuk
lebih menjelaskan makna-makna tersirat yang sukar difahami. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫وضرب الله مثال قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان‬
‫فكفرت بأنعم الله فأذاقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون‬
Maksudnya: Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah ‘Azza Wa
Jalla memberikan satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi
rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat
Allah ‘Azza Wa Jalla itu, maka Allah ‘Azza Wa Jalla merasakannya kelaparan dan ketakutan
yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
(An-Nahl: 112)

Ibn Kathir menjelaskan, contoh yang yang dimaksudkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla
di dalam ayat Al-Quran tersebut adalah ahli Mekah. Negeri ini sangat aman tenteram dan
menjadi tumpuan manusia di sekelilingnya tetapi malangnya mereka ingkar dan tidak mahu
mengikut dakwah nabi. Setelah itu Nabi Muhammad SAW mendoakan agar bala kemarau tujuh
tahun seperti di zaman Nabi Yusof menimpa mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa
memakan Al-`alhaz (sejenis tumbuh-tumbuhan) lantaran kemiskinan dan bumi yang gersang.
(Tafsir Ibn Kathir: jil 4; hal 527)

3. Menunai dan melayan permintaan mereka yang menjadi sasaran dakwah mengikut
keperluan semasa dan keutamaan. Apabila Rasulullah diminta memberi nasihat, Baginda
menunaikan permintaan mereka dengan bersabda:-
‫ال تغضب‬
Maksudnya: “Jangan marah”. Baginda mengulanginya beberapa kali.
(Riwayat Bukhariy daripada Abu Hurairah)

4. Memberi nasihat secara langsung mengikut keperluan dan keadaan semasa.


Rasulullah bersabda:
‫ال يمنع جار جاره أن يغرز خشبة في جداره‬
Maksudnya: Janganlah seseorang menegah jirannya daripada menanam kayu
berhampiran dinding rumahnya.
(Muttafaqqun `Alaih Abu Hurairah)

5. Menggunakan teknik soal-jawab ketika menyampaikan dakwah. Kaedah Ini digunakan untuk
memperindahkan lagi uslub dakwah dan meransang perasaan ingin tahu di kalangan pendengar
serta menjadi daya tarikan. Contohnya sepertimana sabda Rasulullah:

25
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫ من يا رسول الله ؟‬:‫ والله ال يؤمن" قيل‬، ‫ والله ال يؤمن‬، ‫"والله ال يؤمن‬
)‫ (متفق عليه‬.. ‫ الذي ال يأمن جاره بوائقه‬:‫قال‬
Maksudnya: Demi Allah ‘Azza Wa Jalla dia tidak beriman, demi Allah ‘Azza Wa
Jalla dia tidak beriman. Kemudian sahabat bertanya: Siapa Wahai Rasulullah? Maka
Rasulullah bersabda: Orang yang tidak mententeramkan jirannya disebabkan oleh kejahatannya
sendiri.
(Usul Dakwah Abdul Karim Zaidan, Kaifa Nadu` Ila Al Islam – Fathi Yakan)

6. Jalinan hubungan secara individu. Memilih individu tertentu yang dirasakan


berpotensi untuk didampingi dan dijadikan sasaran dakwah. Menjadikan diri sendiri sebagai
penyebab bagi hidayah kepada mereka.

Contohnya sabda Rasulullah SAW kepada Saidina Ali RA:-


)‫ (متفق عليه‬..‫فوالله ألن يهدي الله بك رجال واحدا خير لك من حمر النعم‬
Maksudnya: Demi Allah ‘‘Azza Wa Jalla sekiranya Allah ‘Azza Wa Jalla memberi
hidayat denganmu seorang lelaki adalah lebih baik daripada unta merah (jenis unta yang paling
baik).

7. Menggunakan teknik penceritaan dan kisah-kisah. Al-Quran menggunakan teknik ini


dengan menyebut hikayat-hikayat yang menarik sama ada secara terperinci atau secara umum.
Ini bertujuan untuk menggamit keinginan jiwa agar sama-sama mengkaji dan membuat rumusan.
Semuanya menzahirkan keunikan agama Islam. Inilah antara yang terkandung di dalam wasiat
Luqman yang murni ini. Dicipta oleh ‘Azza Wa Jalla sebagai cahaya untuk menerangi sesiapa
yang dikehendaki di kalangan hambanya dan inilah topik perbahasan kita yang sebenarnya.

Antara uslub dakwah yang lain lagi ialah melalui khutbah jumaat, khutbah hari
raya, nadwah, ceramah, buku-buku, surat khabar, kaset-kaset, siaran radio dan segala apa yang
boleh digunakan untuk maslahah dakwah.
(Mawai`z Luqman Fi Al Quran)

26
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BAHAGIAN EMPAT

HURAIAN UMUM BERKAITAN WASIAT LUQMAN


AL – HAKIM

Sebelum dipaparkan beberapa himpunan tafsir yang menarik dan mudah dalam
menafsirkan ayat wasiat Luqman, adalah elok sekali kita mengikuti sekilas pandang mutira
hikmah yang berharga daripada asy-Syahid Syed Qutb Rahimahullah:
Luqman meneruskan nasihat terhadap anaknya selepas melaksanakan tuntutan
menyemai benih aqidah iaitu:-
 Beriman kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan tidak menyekutukan-Nya
 Yakin dengan akhirat tanpa ada sedikit pun perasaan ragu-ragu
 Keyakinan yang penuh terhadap keadilan pembalasan
 Percaya bahawa tiada amalan yang terlepas-pandang walau sekecil mana sekalipun.
Langkah yang kedua pula ialah, menghadapkan diri kepada Allah ‘Azza Wa Jalla
melalui sembahyang dan menghadapkan diri kepada manusia dengan menyeru mereka kepada
Allah ‘Azza Wa Jalla. Bersabar di atas segala bebanan dakwah dan kepayahan yang pasti akan
dihadapi.
Inilah garis ibadat yang telah dirakamkan oleh Al-Quran: Mentauhidkan Allah
‘Azza Wa Jalla dan sentiasa takutkan-Nya. Sentiasa melihat apa yang ada di sisi Allah ‘Azza Wa
Jalla dan mempercayai tentang keadilan-Nya, di samping takutkan hukuman Allah ‘Azza Wa
Jalla. Kemudian beralih pula kepada dakwah terhadap manusia dengan memperbaiki keadaan
dan hal ehwal mereka, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sebelum
bertarung dengan segala kejahatan manusia tersebut kita terlebih dahulu perlulah
mempertingkatkan ibadah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan menghadapkan diri kepada-Nya
dengan sembahyang dan bersabar terhadap segala malapetaka serta ujian yang bakal menimpa
orang yang menyeru kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.
Antara cabaran dakwah tersebut ialah, berhadapan dengan manusia yang berjiwa
keras dan sesat, hati manusia yang berpaling dari kebenaran dan menyeleweng. Bersabar di atas
kesakitan yang menimpa angkara lidah dan tangan mereka yang engkar. Sanggup menghadapi

27
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
dugaan yang berkaitan dengan kebendaan dan perasaan ketika melaksanakan tanggungjawab
tersebut.
Ini semua adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Segala lorong-lorong keraguan akan lenyap setelah tersematnya keazaman dan perencanaan di
dalam lubuk hati.
Selanjutnya wasiat Luqman mengenengahkan tentang adab para da’ei yang
menyeru kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Berdakwah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla bukan
bermakna membolehkan kita meninggi diri di kalangan manusia dan menghina sesuka-hati
dengan alasan ingin memimpin mereka ke arah kebaikan. Lebih-lebih lagi, kalau serangan dan
cacian yang bukan bertujuan untuk menyeru kepada kebaikan, ia lebih dikeji dan tercela.
(Fi Zilal Al Quran: jil 5; ms 2790)

Sebelum ayat wasiat ini Allah ‘Azza Wa Jalla telah menerangkan kebatilan syirik
dan menjelaskan bahawa ahli syirik adalah zalim dan sesat. Rentetan daripada itu, di dalam ayat
wasiat ini, Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyebut apakah perkara yang membuktikan kesesatan
dan kezaliman mereka, berdasarkan tuntutan hikmah dan ilmu yang membimbing ke arah
mengakui keesaan Tuhan.
Sekalipun belum muncul nubuwwah, Luqman telah meneruskan usaha untuk
menjejaki prinsip tauhid, taat kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan iltizam dengan akhlak yang
mulia, walaupun masih belum diutuskan nabi ataupun rasul.
Ini menunjukkan bahawa mengikuti sunnah adalah suatu kemestian pada perkara
yang tidak dapat ditanggap oleh akal kerana ia sebagai bukti pengabdian kepada Allah ‘Azza Wa
Jalla. Lebih-lebih lagi pada perkara yang dapat ditanggapi oleh akal dan diketahui maksud
sebenar di sebalik perkara tersebut.
(Tafsir Al-Munir: jil 21; ms 144)

Bersyukurlah Kepada Allah ‘Azza Wa Jalla


Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫ولقد آتينا لقمان الحكمة أن اشكر لله ومن يشكر فإنما يشكر لنفسه ومن‬
‫كفر فإن الله‬
‫غني حميد‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat
kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) “Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa
Jalla (akan segala nikmat-Nya kepadamu)” Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu
hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah
menjadi hal kepada Allah ‘Azza Wa Jalla), kerana sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla Maha
Kaya, lagi Maha Terpuji.
(Luqman: 12)

Makna ayat di atas ialah: Sesungguhnya Kami (Allah ‘Azza Wa Jalla) telah
anugerahkan kepada Luqman akal, kefahaman, dan percakapan yang benar. Kami perintahkan
kepadanya agar bersyukur kepada Allah A`zawajalla di atas segala apa yang telah kami
anugerahkan kepadanya.

28
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(At-Tafsir Al-Wasit: jil 7; ms 87)

Sesiapa yang mensyukuri nikmat Allah pada hakikatnya dia bersyukur pada dirinya
sendiri. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫من عمل صالحا فلنفسه ومن أساء فعليها‬
Maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan
menimpa diirinya sendiri.
(Fussilat: 42)

Sesiapa yang ingkar dengan nikmat Tuhan dan melakukan dosa maka dialah yang
akan menanggung dosanya sendiri. Orang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain.
Kesyukuran bukanlah untuk kemanfaatan Tuhan dan Dia memang tidak berhajat kepada
kesyukuran hambanya. Allah ‘Azza Wa Jalla sentiasa mendapat pujian sama ada di langit
mahupun di bumi, sama ada dengan perbuatan ataupun perkataan, sekalipun tiada seorang pun
yang memuji-Nya. Inilah antara maksud tersirat berkaitan wasiat Luqman kepada anaknya yang
penuh hikmah.
(Mawaiz Luqman Fi Al Quran: 19)

Jangan Mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla


Luqman merupakan seorang bapa yang penyayang dan melaksanakan
tanggungjawab mendidik dan mentarbiyah anak.
Asy-Syahid Syed Qutb menyatakan: Ini adalah suatu nasihat yang tidak boleh
dipertikaikan lagi. Seorang ayah sudah pasti mahukan kebaikan kepada anaknya. Apa yang
terungkap adalah semata-mata nasihat. Luqman Al-Hakim menegah anaknya daripada syirik di
samping menjelaskan sebabnya; syirik adalah kezaliman yang amat besar. Untuk menguatkan
lagi perkara ini, Luqman telah mengulangi kalimah syirik sebanyak dua kali...
Inilah suatu hakikat yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW bersama kaum
Baginda. Misi dakwah Nabi Muhammad SAW telah diprotes. Ramai yang mempersoalkan
matlamat sebenar dakwah Rasulullah SAW. Mereka khuatir dan bimbang kemungkinan
berlakunya rampasan kuasa demi meninggikan dan melebihkan martabat diri Baginda mengatasi
orang lain.
Apa lagi tuduhan yang boleh dilemparkan kepada Luqman Al-Hakim ketikamana
beliau menyampaikan dakwah yang sama kepada anaknya? Nasihat seorang ayah kepada anak
yang tiada sebarang kesamaran, jauh sama sekali dari sebarang prasangka dan kepentingan.
Inilah hakikat silam yang berlaku ke atas lisan sesiapa sahaja yang Allah ‘Azza Wa
Jalla berikan hikmah. Matlamat sebenar yang diinginkan ialah semata-mata kebaikan, bukan
suatu yang lain. Inilah sentuhan kejiwaan yang kita inginkan.
(Fi Zilal Al Quran: jil 5; ms 2788)

Luqman mengajar anaknya dengan berkata:


‫وإذ قال لقمان البنه وهو يعظه يابني ال تشرك بالله إن الشرك لظلم عظيم‬

29
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Maksudnya: Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia
memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah
‘Azza Wa Jalla dengan sesuatu yang lain daripada-Nya dari segala jenis makhluk Allah ‘Azza
Wa Jalla. Sesungguhnya mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla merupakan perbuat an yang zalim
yang amat besar.
(Luqman: 13)

Al-Imam Al-Fakhruraziy menyatakan bahawa: Didatangkan huruf ‘ ‫( ’ عطف‬kata


sendi) iaitu " ‫ " و‬yang bermaksud “dan” pada awal ayat ini untuk menunjukkan kaitan makna
dengan ayat yang sebelumnya; maksud sebenar ayat ini ialah: “Sesungguhnya Kami (Allah
‘Azza Wa Jalla) telah memberikan Luqman hikmah, ketikamana Kami jadikannya bersyukur di
atas apa yang ada pada dirinya, dan ketikamana kami jadikannya menasihati orang lain.” Ini
kerana, martabat ketinggian seorang manusia terletak pada kesempurnaan diri dan keupayaannya
untuk menyempurna kan orang lain.
Luqman telah memulakan nasihatnya dengan perkara yang terpenting iaitu
“tegahan daripada syirik”. Syirik merupakan kezaliman kerana manusia menghumbankan dirinya
yang telah dimuliakan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla, ke kancah penyembahan terhadap suatu yang
langsung tiada harga dan nilai, ataupun kerana meletakkan penyembahan bukan pada tempatnya
iaitu bukan pada Allah ‘Azza Wa Jalla. Allah ‘Azza Wa Jalla menjelaskan tentang kemuliaan
insan ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-
anak Adam.”
(Al - Isra: 70)

Disifatkan zalim dengan amat besar kerana kezaliman seumpama ini bermakna
“meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya” dan sememangnya ia tidak wajar sama sekali
menjadi tempat baginya. Sebagai contoh: Siapa yang mengambil harta Zaid dan memberikannya
kepada Umar ia adalah zalim kerana ia telah meletakkan harta milik Zaid pada Umar. Tetapi ia
menjadi harus jika harta itu sememangnya milik Umar atau menjadi milik Umar dengan cara
penjualan atau pemberian. Adapun syirik bererti meletakkan ubudiyyah pada selain Allah ‘Azza
Wa Jalla. Sememangnya tidak harus sama sekali selain dari Allah ‘Azza Wa Jalla menjadi
ma`bud (sembahan).
(Mafatih Al Ghaib: jil 24; ms 526)

Rasulullah bersabda:
‫عن علقمة عن عبد الله قال لما نزلت الذين أمنوا ولم يلبسوا إيمانهم‬
‫بظلم شق ذلك على أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم وقالوا أينا لم‬
‫يلبس إيمانه بظلم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إنه ليس بذلك إال‬
‫تسمع لقول لقمان يابني ال تشرك بالله أن الشرك لظلم عظيم‬
Maksudnya: Daripada A’lqomah Ibn Abdillah berkata ketikamana turun ayat yang
bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan tiada bercampur keimanannya dengan
keaniayaan...”; para sahabat tidak berpuas hati lalu mereka bertanya kepada Rasulullah SAW:
Siapakah dikalangan kami yang tidak menzalimi imannya!! Lalu Baginda menjawab: “Bukanlah
dimaksudkan sedemikian tidakkah kamu mendengar pesanan Luqman: “Janganlah kamu
mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla
merupakan kezaliman yang amat besar.”

30
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Menurut Al-Hasan Al-Basriy, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: Wahai anak Adam!
Aku telah menjadikan kamu dan kamu menyembah selainku, kamu memohon kepada-Ku dan
engkau lari dari-Ku, engkau mengingati-Ku dan engkau melupakan Aku. Ini adalah suatu
perkara yang paling zalim di muka bumi. Kemudian Al-Hasan membacakan ayat yang
bermaksud: “Sesungguhnya mensyirikkan Allah merupakan perbuatan yang zalim yang amat
besar.”
(Luqman: 13) (Tafsir Al-Hassan Al-Basriy)
Sewajarnya, usaha diteruskan dan digandakan untuk mencapai tahap ketaatan yang
paling maksima, sekalipun terdapatnya kecuaian dan halangan dalam perjalanan untuk mencapai
hakikat tersebut.
Inilah wasiat terpenting dan paling berharga. Menghadapkan segala permasalahan
diri hanya kepada Allah ‘Azza Wa Jalla tanpa menyekutukan-Nya. Allah ‘Azza Wa Jalla
sahajalah yang dapat membantu dan menolong hamba-Nya. Allah ‘Azza Wa Jalla memelihara
dan menyembuhkan segalanya. Allah ‘Azza Wa Jalla berupaya mengendali dan mengatur setiap
perkara dan urusan. Allah ‘Azza Wa Jalla berkuasa untuk memuliakan dan menghina sesiapa
sahaja. Hanya ke hadhrat Ilahi, dipasrahkan segala pengabdian, bukan kepada makhluk. Tidak
menundukkan diri kepada manusia sebaliknya hanya tunduk kepada Allah ‘Azza Wa Jalla yang
Maha Esa. Jika semua ini dapat dilaksanakan maka lahirlah kehidupan yang aman dan
sejahtera.Berhemah Tinggi Terhadap Ibubapa

Berhemah Tinggi Terhadap Ibu Bapa


Kesejahteraan antara anak dan ibubapa dapat diwujudkan, apabila mereka
bersungguh-sungguh mengajar dan membimbing anak-anak serta menghindarinya dari jurang
kebinasaan. Apabila berlaku sebaliknya maka ibubapalah yang bertanggungjawab dan akan
didakwa di atas segala kepincangan seperti perbuatan syirik dan segala bentuk kemaksiatan.
Lantaran itu, disebut di dalam wasiat Luqman tentang bagaimana sikap anak kepada ibubapa,
sekiranya dia diperintahkan untuk melakukan perkara yang menyesatkan. Iaitulah ayat 14 dan 15
surah Luqman:-
‫ووصينا اإلنسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله في عامين أن اشكر لي ولوالديك إلي‬
‫المصير وإن جاهداك على أن تشرك بي ما ليس لك به علم فالتطعهما وصاحبهما في الدنيا معروفا‬
Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka
berdua mendesakkmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau dengan
fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka;
dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.
(Luqman: 15)

Ayat ini diturunkan bersempena kisah Sa`ad bin Abi Waqqos dalam surah
`Ankabut. Menurut riwayat at-Tirmiziy dalam menafsirkan ayat 8 surah Al-`Ankabut: Ayat ini
diturunkan kepada Sa`ad Ibn Abi Waqqos dan ibunya Hamnah bin Abi Sufyan. Beliau banyak
berbakti dengan ibunya. Pada suatu hari Hamnah berkata kepada anaknya Sa`ad bin Abi
Waqqos: Apakah ini agama baru yang kamu bawa??? Demi Allah ‘Azza Wa Jalla, aku tidak

31
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
akan makan dan tidak akan minum sehinggalah engkau kembali kepada agama asalmu, ataupun
biarkan aku mati sahaja. Ancaman ini adalah untuk selama-lamanya, sehingga mencapai tahap
manusia mendakwa Sa’ad dengan mengatakan: ‘Wahai pembunuh ibu’. Setelah peristiwa ini
Hamnah sehari semalam tidak makan dan tidak minum. Akhirnya Sa`ad datang kepada ibunya
seraya berkata: Wahai ibu! Seandainya pada dirimu seratus nyawa yang boleh diganti-ganti,
nescaya tidak akanku tinggalkan agamaku, makanlah sekiranya ibu mahu, jika tidak, biarkan
saja makanan itu. Kata-kata ini menyebabkan Hamnah terpaksa mengalah juga akhirnya.
Allah ‘Azza Wa Jalla telah mewasiatkan agar manusia berbuat baik terhadap kedua
ibubapanya. Ibu adalah lebih berhak mendapat kasih sayang yang lebih berbanding bapa.
Disebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Siapakah manusia yang lebih
berhak untuk kita berbuat kebajikan?” Baginda menjawab: “Ibumu.” Baginda mengulanginya
sebanyak tiga kali. Kemudian barulah baginda menyebut: “Bapamu.”
Ini kerana sifat tabi’e wanita adalah lemah. Di sudut yang lain, mereka juga
dianggap lemah kerana bebanan mengandung, melahirkan dan menyusukan anak dalam keadaan
yang amat menyeksakan. Selain dari itu, mereka juga lemah berdasarkan apa yang berlaku ke
atas diri mereka setiap bulan iaitu ketika datangnya haidh.
Dalam ayat yang lain Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫حملته أمه كرها ووضعته كرها وفصاله ثالثون شهرا‬
Maksudnya: Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah-payah dan
telah melahirkannya dengan menanggung susah-payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta
dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
(Al-Ahqaf: 15)

Allah ‘Azza Wa Jalla mewasiatkan agar mentaati-Nya dan juga kedua orang tua
kerana pada zahirnya merekalah yang mendidik dan melahirkan kita ke muka dunia ini. Namun
pada hakikatnya Allah ‘Azza Wa Jallalah yang mencipta dan mengatur segala urusan tersebut.
Sekiranya mereka mendesak untuk mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla dengan sesuatu yang lain
yang tidak diketahui dan tidak wujud pada hakikatnya, maka tidak perlu kita mentaati arahan
tersebut.
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
‫ال طاعة لمخلوق في معصية الخالق‬
Maksudnya: Sesungguhnya tiada ketaatan terhadap makhluk yang melibatkan
kederhakaan kepada Al-Khaliq (Allah ‘Azza Wa Jalla).
(Akhrajahu Ahmad)

Menurut Al-Imam Al-Qurtubiy: Tidak perlu mentaati ibubapa dalam perkara yang
melibatkan dosa besar dan perkara yang meninggalkan kefarduan, sebaliknya kita hanya wajib
mentaati mereka dalam perkara yang harus semata-mata. Manakala hukumnya menjadi sunat
ketika menunaikan perkara sunat dan fardhu kifayah.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 13; ms 60)

Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla mengingatkan kita supaya bergaul bersama


mereka dengan baik dalam perkara keduniaan, adapun dalam hal keagamaan yang menyangkut
soal akidah dan kepercayaan hanya dipasrahkan semata-mata kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

32
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Berbuat baik kepada ibubapa juga adalah lebih diutamakan berbanding berbuat baik kepada
orang lain.

Menjejaki Perjuangan Para Salafussoleh (Umat Terdahulu)


Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla menuntut agar:
‫واتبع سبيل من أناب إلي ثم إلي مرجعكم فأنبئكم بما كنتم تعملون‬
Maksudnya: Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku.
Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada
kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Luqman: 15)

Dalam konteks yang umum, ayat yang bermaksud, “Dan turutilah jalan orang-
orang yang rujuk kembali kepada-Ku” adalah wasiat kepada seluruh manusia. Ini bermakna:
“Turutilah jejak-langkah mereka yang kembali kepada-Ku” iaitu jalan para anbiya`, mukmin
yang soleh dan juga yang hampir kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Bergaullah dengan mereka.
Mereka ini memiliki segala kebaikan. Mengikuti jejak langkah iaitu dengan meninggalkan syirik,
mentauhidkan Allah ‘Azza Wa Jalla, ikhlas dalam ketaatan dan beramal soleh.
Arahan dalam wasiat ini juga menjelaskan bahawa ijma` ulama adalah sahih dan
boleh menjadi hujjah serta menjadi kewajipan kepada kita untuk mematuhinya.
(Tafsir Al-Munir: jil 21; ms 154)

Dalam konteks yang khusus, di antara “mereka yang kembali” adalah Saidina Abu
Bakar RA. Apabila beliau memeluk agama Islam; Sa`ad, Abdur Rahman Bin A`uf, Osman,
Talhah, Sa`ied dan Zubair datang menemuinya. Mereka bertanya: "Engkau telah beriman!"
Saidina Abu Bakar menjawab: "Ya!" Setelah itu turun ayat:
‫أمن هو قانت آناء الليل ساجدا وقائما يحذر اآلخرة ويرجو رحمة ربه‬
Maksudnya: (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan
ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta
mengharapkan rahmat Tuhannya
(Az-Zumar: 9)

Apabila para sahabat berkenaan mendengar ayat tersebut, mereka terus turut
beriman kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Kemudian Allah ‘Azza Wa Jalla menurunkan pula ayat
yang berikut kepada mereka:-
‫والذين اجتنبوا الطاغوت أن يعبدوها وأنابوا إلى الله لهم البشرى فبشر‬
‫عباد الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه أولئك الذين هداهم الله‬
‫وأولئك هم أولوا األباب‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau
memuja taghut, serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah ‘Azza Wa Jalla,
mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik dunia); oleh itu gembirakanlah
hamba-hamba-Ku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu
mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka

33
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
itulah orang-orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah ‘Azza Wa Jalla, dan mereka itulah
orang-orang yang berakal sempurna.
(Az Zumar: 17, 18) (Tafsir Al-Qurtubiy: jil 14; hal 67)

Zahir Dan Batin Dalam Genggaman Allah ‘Azza Wa Jalla


Luqman berpesan kepada anaknya:
‫يابني إنهآ إن تك مثقال حبة من خردل فتكن في صخرة أو في السماوات‬
‫أو في األرض يأت بها الله إن الله لطيف خبير‬
Maksudnya: Wahai anak-ku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara sekali pun
seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi,
sudah tetap akan di bawa oleh Allah ‘Azza Wa Jalla (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana
sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan
segala yang tersembunyi.
(Luqman: 16)

Luqman berkata: “Wahai anakku! Segala perbuatan yang jahat dan juga baik
sekalipun sebesar biji sawi yang tiada timbangan baginya, sama ada ia tersembunyi di dalam
batu ataupun berada di penjuru langit dan bumi tetap akan dihisab dan diberi ganjaran oleh Allah
dengan sempurna. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla mengetahui segala yang menjadi rahsia
dan tersembunyi dan juga yang terang. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla Maha Halus lagi
Maha Mengetahui”.
Di dalam ayat di atas terkandung kalimah “dibawa oleh Allah” Ayat ini adalah
lebih mendalam maksudnya berbanding ungkapan “Allah mengetahuinya”; kerana sesiapa yang
zahir sesuatu padanya, tetapi tidak berupaya untuk menzahirkannya kepada orang lain adalah
lebih rendah kedudukannya berbanding orang yang zahir padanya sesuatu dan ia mampu untuk
menzahirkannya kepada orang lain.
“Dibawa oleh Allah” bererti Allah menzahirkannya untuk penyaksian. “Allah Maha
Halus (pengetahuan-Nya)” bermakna Allah melaksanakan qudrat-Nya. “Maha Mengetahui”
bermakna Allah mengetahui setiap perkara yang tersirat.
(Mafatih Al Ghaib: jil 24; ms 509)

Menurut Al-Imam Al-Qurtubiy : Luqman ingin menegaskan kepada anaknya


tentang kekuasaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Ini kerana berat biji sawi tidak dapat diukur dengan
rasa dan timbangan. Sekiranya telah ditakdirkan rezeki seseorang meskipun sebesar biji sawi dan
tersembunyi di tempat yang sedemikian rupa, nescaya Allah ‘Azza Wa Jalla tetap akan
memberikannya. Tidak sewajarnya seorang itu bimbang dan gusar terhadap rezekinya sehingga
mengabaikan kewajipan dan tidak mengikut contoh tauladan mereka yang kembali kepada Allah
‘Azza Wa Jalla. Perkara ini juga bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW:
‫ال تكثر همك ما يقدر يكون وما ترزق يأتيك‬
Maksudnya: Janganlah engkau bersusah-hati (terhadap apa yang engkau
kehendaki pada urusan dunia dan akhirat), apa yang ditaqdirkan tetap akan berlaku dan apa
yang ditetapkan ganjaran untuk engkau tetap akan datang.
(Hadis ini disabdakan kepada Abdullah Ibn Mas`ud) (Tafsir Al-Qurtubiy: jil 7; ms 62)

34
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Berkaitan dengan pergolakan jiwa lantaran banyaknya dosa dan kesalahan yang
lampau, kita perlu kembali kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan mencari pentunjuk dan hidayat
untuk kembali ke pangkuan Ilahi. Disebut dalam hadis bersabda:
‫عن أبي سالم عن أبي أمامة قال قال رجل ما اإلثم يا رسول الله قال ما‬
‫حاك في صدرك فدعه قال فما اإليمان قال من ساءته سيئته وسرته حسنته‬
‫فهو مؤمن‬
Maksudnya: Daripada Abi Salam daripada Abi Umamah berkata: Seorang lelaki
bertanya: “Apakah itu dosa Wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW menjawab: “Apa yang
berbolak-balik di dadamu, maka hendaklah engkau tinggalkannya.” Bertanya lagi lelaki itu:
“Apakah pula iman?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang berduka lantaran kejahatan
yang dilakukannya dan berasa gembira sebab kebaikan yang telah dilakukannya, maka dia
adalah mukmin.”
(Rawahu At-Tabraniy dan Ahmad) (Majma` Al-Zawaid)

Dosa mendatangkan kesan negatif terhadap hati. Apabila terdapat bisikan hati yang
mendorong untuk meninggalkan suatu kebaikan atau melakukan kejahatan, maka Rasulullah
telah berpesan supaya jangan diikuti ajakan sebegini, agar tidak terpedaya dan tenggelam dengan
imaginasi dan khayalan sendiri.
Bertaqarrublah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan ukurlah dengan neraca taqwa,
pada setiap perbuatan lahiriah dan bisikan batiniah iaitu dengan menghayati dan merealisasikan
slogan “maiyatullah” (setia bersama Allah ‘Azza Wa Jalla).

Tunaikan Solat Dan Berdakwahlah...


Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫يابني أقم الصالة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على مآ أصابك إن‬
‫ذلك من عزم األمور‬
Maksudnya: Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat
kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas
segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-
perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman: 17)

Seterusnya Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya “Wahai anak kesayangan-


ku! Dirikanlah sembahyang kerana ia adalah tiang agama. Suruhlah manusia mengerjakan
kebaikan dan cegahlah kemungkaran. Serulah manusia kepada perkara yang boleh membentuk
diri mereka iaitu dengan menunaikan sembahyang dan juga perkara yang boleh membentuk
masyarakat dan persekitaran, iaitulah dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada
kemungkaran. Sekiranya kamu ditimpa musibah di dalam melaksanakan amanah tersebut dan
sememangnya musibah itu pasti akan menimpamu maka hendaklah kamu bersabar, kerana
kesabaran itu adalah sebahagian daripada nilai moral yang terpuji.”
Sememangnya manusia ketika di dunia ini, sentiasa terdedah kepada segala insiden
dan kematian dalam menjalankan amanah Allah ‘Azza Wa Jalla. Justeru itu, keteguhan azam

35
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
merupakan lorong untuk menuju kejayaan dunia dan akhirat. Tanpa keyakinan dan keazaman
yang tinggi seseorang tidak dapat merasa hakikat iman. Ini kerana penjelmaan iman adalah
menerusi keazaman dan keyakinan.

Awasi Sifat Ego Dan Bersederhanalah...


Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫وال تصعر خدك للناس وال تمش في األرض مرحا إن الله ال يحب كل مختال‬
‫فخور‬
Maksudnya: Jangalah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia
(kerana sombong), dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur, lagi
membanggakan diri.
(Luqman: 18)

Seterusnya Luqman mengingatkan anaknya, “Janganlah palingkan mukamu


daripada manusia lantaran kesombongan dan keegoanmu terhadap mereka, sebaliknya temuilah
mereka dengan wajah yang ceria dan berseri-seri tanpa ada rasa takabbur dan meninggi diri.
Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan yang angkuh kerana sifat tersebut
antara perkara yang menjadi kemurkaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa
Jalla tidak menyukai orang-orang yang sombong dan suka bermegah-megah. Bersederhanalah
pada setiap langkahmu. Janganlah menunjukkan sifat lemah dan tidak berdaya ketika berjalan
dan terkinja–kinja seperti orang nakal.”

As-So`ru (‫ ) الصعر‬adalah penyakit yang dihidapi oleh unta menyebabkan ia


memalingkan tengkoknya. Ia merupakan gambaran dan perumpamaan yang dilukiskan oleh Al-
Quran dalam tegahan "‫"وال تصعر‬. Ini adalah perumpamaan bagi seorang muslim yang menyeru
kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dalam keadaan berbangga, gerak-geri yang menggambarkan sifat
angkuh dan sombong. Memalingkan muka daripada manusia lain dalam keadaan takabbur dan
kagum dengan diri sendiri dan tidak prihatin dengan orang lain. Ini semua boleh menimbulkan
kemarahan manusia dan telah pun jelas membuktikan bahawa mereka ini mengidap penyakit.
(Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2790)

Luqman mengingatkan anaknya; firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫واقصد في مشيك‬
Maksudnya: Dan sederhanakanlah langkah perjalananmu.
(Luqman: 19)

Kesejahteraan dan keharmonian adalah pada kesederhanaan dalam setiap tindakan


dan perkataan. Maksud firman Allah ‘Azza Wa Jalla di atas ialah tidak tergopoh-gapah dan tidak
mencari jalan untuk bersifat bongkak. Langkah yang sederhana menuju kepada matlamat mulia,
tidak sambil-lewa dan sombong. Mengatur langkah menuju cita-cita dengan ceria dan progresif.
(Sedutan Dari Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2790)

Daripada Abi Hurairah Nabi SAW:


‫سرعة المشي تذهب بهاء المؤمن‬

36
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Maksudnya: Berjalan tegopoh-gapah menghilangkan haibah seorang mukmin.
(Riwayat Abu Naim).

Maksudnya ialah menjadi suatu yang menjelekkan pandangan orang.


(Ruh Al Ma`aniy: jil 7; ms 137)

Saidatina `Aishah menjelaskan kepada Saidina Umar Radiallalahu`anhuma bahawa:


‫كان إذا مشي أسرع في مشيته‬
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah apabila berjalan Baginda menyegerakan
langkah perjalanannya”. Maksudnya ialah langkah yang lebih cepat daripada orang yang lemah
dan tidak bermaya.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 14 ; hal 72)

Luqman meneruskan wasiatnya lagi; firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫واغضض من صوتك إن أنكر األصوات لصوت الحمير‬
Maksudnya: dan lunakkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah
suara keldai.
(Luqman: 18)

Allah ‘Azza Wa Jalla melarang kaum musyrikin meninggi-ninggikan suara. Mereka


sentiasa bermegah-megah dengan ketinggian suara. Oleh kerana setiap tuntutan atau tegahan
terhadap orang kafir dan musyrikin di dalam Al-Quran turut menjadi kewajipan kepada orang
Islam untuk diambil iktibar, maka kaum muslimin juga dituntut supaya merendahkan nada suara,
agar suara tersebut tidak menyebabkan orang lain jadi berserabut dan menyakitinya serta tidak
membingitkan telinga akibat kuatnya bunyi suara tersebut. Suara yang kuat boleh mengakibatkan
kerosakan pada gegendang telinga. Meninggi suara adalah tanda seseorang itu telah terpedaya,
hanya mementingkan diri dan tidak prihatin terhadap orang lain. Apa yang dimaksudkan dengan
sederhana di sini ialah tidak melantangkan suara hingga boleh menimbulkan kemarahan orang
lain dan tidak pula terlalu perlahan sehingga langsung tidak kedengaran Sebaik-baik perkara
ialah pertengahan. Sesiapa yang mengangkat suaranya tanpa ada sebab-musabab adalah
menyerupai keldai dan seburuk-buruk suara adalah teriakan keldai. Orang Arab
mengumpamakan keldai dengan sifat yang tercela dan kebodohan.
(Sedutan dari Ruh Al Ma`aniy: jil 7; ms139)

Menyederhanakan suara adalah melambangkan adab yang murni, kepercayaan diri


dan keyakinan pada perkara yang disuarakan. Berlidah tajam, bercakap kasar dan suka
menengking-nengking merupakan adab yang buruk dan keji. Pada kebiasaannya, orang yang
bersikap sedemikian ia meragui nilai perkara yang dituturkannya itu atau tidak menyakini
dengan nilai diri sendiri. Maka ia cuba menyembunyikan keraguan tersebut dengan ragam yang
sedemikian.
(Fi Zilal Al Quran: jil 5; ms 2790)

Dalam Sunnah Nabawiyyah juga terdapat arahan yang menunjukkan bahawa


perlunya menghindarkan diri dari suasana kebingitan:

37
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫ إذا‬:‫عن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‬
‫سمعتم صياح الديك فاسألوا الله من فضله وإذا سمعتم نهيق الحمير‬
‫فتعوذوا بالله من الشيطان فإنها رأت شيطانا‬
Maksudnya: Apabila kamu mendengar ayam berkokok maka pohonlah dari Allah
limpahan rahmat-Nya. Apabila kamu mendengar suara himar (keldai) maka mintalah
perlindungan daripada Allah agar dijauhi daripada syaitan, sesungguhnya ia melihat syaitan.
(Riwayat Jamaah melainkan Ibn Majah) (Tafsir Al-Munir: jil 21; ms 152)

Demikianlah, dilakarkan nilai-nilai moral yang terkandung di dalam method yang


unggul, memancarkan nur dan hidayah ke dalam jiwa manusia bagi mendapat taufiq kepada
amal yang praktikal. Wasiat silam yang bertepatan dengan nilai etika semasa. Wasiat Luqman
merupakan wasiat agama yang menggarap kemaslahatan individu, jamaah dan ummat
keseluruhannya pada setiap masa dan ketika.

BAHAGIAN KELIMA

HURAIAN TERPERINCI TOPIK


UTAMA DI DALAM WASIAT
LUQMAN
AL-HAKIM

38
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Inilah dia intipati perbahasan kita yang sebenar dalam membicarakan wasiat
Luqman al-Hakim. Di sini terdapat fasal-fasal yang amat penting untuk difahami oleh setiap
individu muslim, antaranya seperti berikut:

A) AQIDAH:
BAHAYA SYIRIK DAN PENDEDAHAN AL QURAN BERKAITAN AHLI
SYIRIK
PENGERTIAN SYUKUR DAN CARA-CARA BERSYUKUR
KESEMPURNAAN AQIDAH DALAM WASIAT LUQMAN

B) IBADAT:
FALSAFAH DAN KEPENTINGAN SOLAT

C) KEMURNIAN AKHLAK:
BERBAKTI KEPADA IBUBAPA DAN PERSOALAN YANG BERKAITAN
DENGANNYA

D) DAKWAH: CABARAN DAKWAH DAN CIRI-CIRI PENDAKWAH

A) AQIDAH

BAHAYA SYIRIK DAN PENDEDAHAN AL-QURAN


BERKAITAN AHLI SYIRIK

Tegahan Mensyirikkan Allah


Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫يا بني ال تشرك بالله إن الشرك لظلم عظيم‬
Maksudnya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang
besar.
(Luqman: 13)

39
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Sekadar penghambaan diri kepada Allah masih tidak memadai. Perlulah
dibebaskan diri dari sebarang bentuk syirik dan penyekutuan iaitu menyamakan makhluk dengan
‘al-Khaliq’ yang Maha. Esa, tiada suatupun yang menyamai dengan Allah. Justeru itu, Allah
memerintahkan supaya mentauhidkan-Nya beriringan dengan tegahan daripada syirik secara
serentak.
Contohnya Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
1) ‫واعبدواالله وال تشركوا به شيئا‬
Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan. Dia dengan sesuatu apa juga.
(An-Nisa`: 36)

Asy-Syahid Syed Qutb menjelaskan: Allah ‘Azza Wa Jalla menegah sebarang


bentuk kesesatan dan bibit-bibitnya sepertimana mereka yang menyembah sesuatu yang lain
selain daripada Allah, yang merangkumi segala unsur ciptaan atau rekaan, haiwan, manusia,
malaikat atau syaitan. Semuanya itu, termasuk di bawah pengertian kalimah “suatu” sepertimana
yang terkandung di dalam ayat, ketikamana penggunaannya dalam konteks yang berkaitan.
(Sedutan dari Fi Zilal Al Quran: jil 2; ms 660)

2) ‫فمن يكفر بالطاغوت ويؤمن بالله فقد استمسك بالعروة‬


‫الوثقى‬
Maksudnya: Sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak
akan putus.
(Al-Baqarah: 256)

3) ‫وقضى ربك أال تعبدوا إال إياه وبالوالدين إحسانا‬


Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan
melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa.
(Al-Isra`: 23)

4) ‫يأيها الناس اعبدوا ربكم الذي خلقكم والذين من قبلكم‬


‫ الذي جعل لكم األرض فراشا والسماء بناء وأنزل من السماء‬،‫لعلكم تتقون‬
‫مآء فأخرج به من الثمرات رزقا لكم فال تجعلوا لله أندادا وأنتم تعلمون‬
Maksudnya: Wahai sekalian manusia, beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi
orang-orang yang) bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan,
dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan
diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-
buahan yang memjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah,
sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(Al-Baqarah: 21-22)

40
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Kadang-kadang perintah Allah hanya terbatas pada tegahan dan berwaspada
daripada syirik. Contohnya; ketika mana Allah menyeru agar diperjelaskan kepada sekelian
manusia apa yang diharamkan dan dimulai dengan tegahan syirik:
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫قل تعالوا أتل ما حرم ربكم عليكم أال تشركوا به شيئا‬
Maksudnya: Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah
diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah
sesuatu pun.
(Al-An`am: 151) (At-Tafsir Al-Wasit: jil 3; ms 1354)
Syirik kepada Allah ‘Azza Wa Jalla –wal `iyazubillah merupakan dosa paling keji
dan kemusnahan yang boleh membinasakan diri individu dan ummah seluruhnya.

Pendedahan Al-Quran tentang ahli syirik


Al-Quran telah mengingatkan kita agar berwaspada pada ayat-ayat yang tidak
terhitung banyaknya dengan pelbagai uslub. Antaranya adalah seperti berikut:
Allah menjelaskan di dalam firman-Nya tentang kewu-judan sifat syirik ahli
Mekah, walaupun mereka mendakwa bahawa syirik dan kesesatan mereka itu adalah kehendak
Allah ‘Azza Wa Jalla.
(At-Tafsir Al-Wasit: jil 5; ms 614).

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫وقال الذين أشركوا لو شاء الله ما عبدنا من دونه من شيء نحن و ال ءاباؤنا‬
‫والحرمنا من دونه من شيء‬
Maksudnya: Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: Kalaulah Allah
menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, tidak kami dan
tidak juga datuk nenek kami; dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan
ketiadaan perintah-Nya.
(An-Nahl: 35)

Golongan musyrikin saling berbalah dengan tuhan-tuhan mereka di akhirat kelak.


Mereka ingin membuat dakwaan terhadap berhala-berhala yang pernah menjadi tuhan mereka di
hadapan Allah, lantas berhala tersebut menafikan tuduhan itu dengan mengatakan mereka telah
melakukan pendustaan. Mereka ghairah ingin membebaskan diri masing-masing. Allah ‘Azza
Wa Jalla berfirman:
‫وإذا رءا الذين أشركوا شركاءهم قالوا ربنا هؤالء شركآؤنا الذين كنا ندعوا‬
‫من دونك فألقوا إليهم القول إنكم لكاذبون‬
Maksudnya: Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan
benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: “Wahai tuhan kami,
inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagimu), yang kami sembah mereka dengan
meninggalkanmu,” Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang mereka puja itu menolak
dakwaan mereka dengan berkata: Sesungguhnya kamu adalah berdusta.

41
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(An-Nahl: 86)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla lagi:


‫ومن أضل ممن يدعوا من دون الله من ال يستجيب له إلي يوم القيامة وهم‬
‫عن دعائهم غافلون وإذا حشر الناس كانوا لهم أعداء وكانوا بعبادتهم‬
‫كافرين‬
Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah
sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang
pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang
mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan
mereka. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalnya pada hari akhirat),
menjadilah segala yang disembah itu musuh kepada orang-orang yang menyembahnya, dan
segala yang disembah itu juga tidak mengakui serta mendustakan penyembahan mereka
kepadanya.
(Al-Ahqaf: 5,6)

Tuhan golongan musyrikin tidak mampu menunaikan permintaan mereka Di hari


akhirat kelak golongan musyrikin baru menyedari bahawa selama ini mereka telah tertipu dan
ternyata tuhan yang mereka sembah tidak mampu memberi apa-apa kebaikan. Kemuliaan di
dunia dan akhirat tidak dapat dikecapi melainkan dari Allah ‘Azza Wa Jalla. Apa sahaja yang
selain dari Allah tidak berupaya untuk mendatang sebarang manfaat atau menolak
kemudhoratan. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla lagi:
‫واتخذوا من دونه ءالهة ال يخلقون شيئا وهم يخلقون وال يملكون ألنفسهم‬
‫ضرا وال نفعا وال يملكون موتا وال حياة وال نشورا‬
Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah
sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang
pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk makhluk yang
mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan
mereka.
(Al-Furqon: 3)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla lagi:


‫ويعبدون من دون الله ما ال يضرهم وال ينفعهم‬
Maksudnya: Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak
dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfa'at kepada
mereka.
(Yunus: 18)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla lagi:


‫واتخذوا من دون الله ءالهة ليكون لهم عزا كال سيكفرن بعبادتهم ويكونون‬
‫عليهم ضدا‬
Maksudnya: Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah
sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong

42
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka. Tidak sekali-kali, bahkan benda-benda
yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi
musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.
(Maryam: 81 & 82)

Allah tidak mengampunkan dosa syirik. Dosa perbuatan syirik terlalu keji dan hina
di sisi Allah sehingga Allah tidak mengampunkan dosa orang yang terjebak di dalam kancah ini.
Firaun musuh Allah ingin membuat pengakuan bahawa ia beriman di saat-saat ia
ditenggelamkan. Sedangkan waktu itu Allah tidak lagi menerima taubat lagi. Firman Allah
‘Azza Wa Jalla:
‫إن الله ال يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشآء‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari
itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya).
(An Nisa`: 48)

Orang musyrikin dan tuhan-tuhan mereka menjadi bahan bakaran neraka.


Abdullah Ibn Az-Zaba`riy telah cuba menimbulkan persoalan: “Adakah setiap apa yang
disembah (tuhan) selain daripada Allah bersama penyembahnya di dalam neraka, sedangkan
kami menyembah malaikat, kaum Yahudi menyembah U`zair, kaum Nasrani menyembah al-
Masih Isa Ibn Maryam.”

Setelah diberitahu kepada Rasulullah SAW berkaitan persoalan ini; Baginda


bersabda:
‫كل من أحب أن يعبد من دون الله فهو مع عبده فإنهم إنما يعبدون‬
‫الشيطان ومن أمرهم بعبادته‬
Maksudnya: Setiap siapa yang suka (rela) untuk disembah (menjadi tuhan) selain
daripada Allah, maka ia bersama mereka yang menyembahnya, sesungguhnya mereka itu
menyembah syaitan, siapakah yang telah memerintahkan mereka untuk menyembahnya!
(Ibn Kathir)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫ لو كان هؤالء‬،‫إنكم وما تعبدون من دون الله حصب جهنم أنتم لها واردون‬
‫ لهم فيها زفير وهم وفيها ال يسمعون‬،‫ءالهة ما وردوها وكل فيها خالدون‬
Maksudnya: Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah,
menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimpahkan ke dalam neraka Jahanam; kamu (sudah tetap)
akan memasukinya. Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah mereka
tidak masuk ke dalam neraka; dan (ketahuilah), semuanya (yang menyembah dan yang
disembah) akan kekal dalam neraka selama-lamanya. Mereka mendayu-dayu (kesa-kitan) di
dalam neraka, dan mereka pula di situ tidak dapat mendengar sesuatu apa pun.
(Al-Anbiya`: 98-100)

Tiada siapa yang dapat menyelamatkan mereka di dalam neraka dan tiada sebarang
syafaat untuk mereka

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

43
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫إنه من يشرك بالله فقد حرم الله عليه الجنة ومأواهم النار وما للظالمين‬
‫من أنصار‬
Maksudnya: Bahawasanya sesiapa yang memperse kutukan Allah dengan sesuatu
yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah
neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim.
(Al-Maidah: 72)
Syirik ahli kitab. Hakikat agama di sisi Allah adalah seperti firman-Nya:
‫اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله والمسيح ابن مريم ومآ أمروا‬
‫إال ليعبدوا إلها‬
‫واحدا آل إله إال هو سبحانه عما يشركون‬
Maksudnya: Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli mereka sebagai
pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibn Maryam,
padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
sekutukan.
(At-Taubah: 31)
Terdapat riwayat yang menjelaskan tentang ayat ini:
‫عن عدي بن حاتم قال صلى الله عليه وسلم أتيت النبي صلى الله عليه‬
‫وسلم وفي عنقي صليب من ذهب فقال صلى الله عليه وسلم ما هذا يا‬
‫ وسمعته يقرأ فى سورة براءة صلى الله عليه‬، ‫عدي اطرح عنك هذا الوثن‬
‫ فقلت ما عبدواهم يا رسول الله‬،‫ عما يشركون‬....‫وسلم اتخذوا أحبارهم‬
‫ أما إنهم لم يكونوا يعبدونهم ولكنهم كانوا إذا أحلوا لهم شيئا استحلوه‬:‫فقال‬
.‫وإذا حرموا شيئا حرموه‬
Daripada ‘Adiy Ibn Hatim beliau berkata: Aku datang kepada Rasulullah SAW dan
dileherku salib dari emas. Rasulullah SAW bersabda: “Buanglah daripada engkau ‘al-wathan
ini’ (tuhan selain dari Allah).” Kemudian aku mendengar Rasulullah membaca ayat: -
sepertimana ayat di atas -. Aku berkata: Mereka tidak menyembah mereka itu, wahai Rasulullah!
Maka Rasulullah SAW bersabda: Memanglah mereka tidak menyembahnya tetapi apabila
mereka itu menghalalkan sesuatu, mereka turut menghalalkannya, apabila mereka itu
mengharamkan sesuatu mereka turut mengharamkannya.
(Riwayat At-Tirmiziy)

Wajib membebaskan diri dari syirik dan juga ahli syirik secara total, untuk
merealisasikan ubudiyah yang hakiki. Tauhid dan syirik merupakan dua konsep yang berbeza
dan tidak mungkin akan bersatu. Adakalanya konsep jahiliyyah bercampur dan dikaburi dengan
konsep iman. Ia berlaku khususnya, pada kelompok yang telah mengenali aqidah kemudian
terpesong. Kelompok ini lebih derhaka dan durjana berbanding golongan yang langsung tidak
mengenali aqidah selama hayatnya Aqidah mereka telah tercemar dan aktiviti mereka
mengelirukan serta bercampur-baur antara yang baik dan yang rosak. Seorang daei` mungkin
terpedaya dengan cita-cita dan gagasannya sendiri apabila ia terdorong untuk mengiktiraf aspek

44
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
yang baik dan terpuji di samping membuat sedikit ubahsuai pada aspek fasid (tidak elok) dan
keji. Dorongan sebegini adalah suatu yang amat merbahaya. jahiliyyah tetap jahiliyyah dan Islam
tetap Islam dan jurang antara keduanya amat jauh.
Langkah pertama dalam merempuh ranjau ini ialah pembersihan diri seseorang
da’ei dari sebarang unsur jahiliyyah yang mencakupi: konsep, prinsip dan aktiviti; secara habis-
habisan.
Sekadar program tempelan tidak memadai, perlu dilakukan penyelesaian yang
menyeluruh, tidak hanya pada bahagian-bahagian yang tertentu dan mengabaikan langsung
bahagian-bahagian yang lain. Tiada titik pertemuan di pertengahan jalan (antara jahiliyyah dan
Islam), sekalipun jahiliyyah disarungkan dengan pakaian Islam.
Islam hanya terbangun atas prinsip ketegasan, berterus-terang, keberanian dan
kepastian....
(Fi Zilal Al Quran: jil 6; ms 3992)

Nas yang menjelaskan tentang perkara ini ialah:-


‫قل إنما هو إله واحد وإننى بريء مما تشركون‬
Maksudnya: Katakanlah lagi: Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa,
dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah 'Azza
wa Jalla.
(Al-An`am: 19)

‫قل يأيها الكافرون ال أعبد ما تعبدون وآل أنتم عبدون ما أعبد وآل أنا عابد‬
‫ما عبدتم وآل أنتم عابدون مآ أعبد لكم دينكم ولي دين‬
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir, Aku tidak
akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku
sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugama-ku.”
(Al-Kafirun: 1- 6)

Syirik adalah punca bagi kesengsaraan dan kerosakan serta sumber bagi segala
kesesatan dan kejahatan. Syirik adalah kezaliman yang tiada tolok bandingnya dan orang kafir
semuanya adalah zalim. Dosa yang paling besar tidak diampunkan Tuhan ialah orang yang mati
dalam keadaan syirik. Lembah kesyirikan adalah jurang kesesatan yang dalam dan syirik
merupakan dosa yang nyata. Allah telah menggambarkan, amalan orang musyrikin umpama
debu-debu yang bertebaran, menyesatkan dan segala amalannya dihapuskan oleh Allah. Kelak
kemurkaan, padah kerugian dan laknat Allah pasti akan menimpa mereka. Amalan mereka juga
umpama fatamorgana di padang pasir. Neraka jahanam telah tersedia untuk mereka ini dan
kesudahan hidup mereka ini amat menyayat hati sanubari kita. Syirik merupakan dosa besar
yang utama dan memberi kesan yang paling dahsyat untuk membinasakan ahlinya. Allah ‘Azza
Wa Jalla mencampakkan kerisauan gundah-gulana ke dalam hati orang–orang musyrikin
lantaran mensyirikkan Tuhan dengan sesuatu yang tiada sebarang kekuasaan. Cita-cita mereka
ingin mendapat syafaat pertolongan daripada berhala dan sekutu mereka menjadi hampa sama
sekali. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:

45
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫وبرزت الجحيم للغاوين وقيل لهم أين ما كنتم تعبدون من دون الله هل‬
‫ينصرونكم أو ينتصرون فكبكبوا فيها هم والغاوون وجنود إبليس أجمعون‬
‫قالوا وهم فيها يختصمون تالله إن كنا لفي ضالل مبين إذ نسويكم برب‬
‫العالمين ومآ أضلنآ إال المجرمون فما لنا من شافعين وال صديق حميم فلو‬
‫أن لنا كرة فنكون من المؤمنين‬
Maksudnya: Dan diperlihatkan neraka jelas kepada orang-orang yang sesat; Serta
dikatakan kepada mereka: Dimanakah benda-benda yang kamu sembah dahulu selain dari Allah
? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri? Lalu mereka dihumbankan
ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang
yang sesat bersama, termasuk juga bala-tentera iblis semuanya. Mereka berkata, sambil
bertengkar sesama sendiri dalam neraka: Demi Allah, sesungguhnya kami (semasa di dunia
dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata kerana kami menyamakan kamu dengan
Tuhan sekalian alam; dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan, dan tiadalah
juga sahabat karib yang bertimbang rasa. Maka alangkah baiknya kalau kami dapat kembali ke
dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman.
(As-Syuara`: 91-102)

Ibn Qoiyim telah menjelaskan: Syirik menjerumuskan manusia ke lembah


kemaksiatan yang mendatangkan natijah yang buruk di dunia dan akhirat, antaranya sepertimana
berikut:-
- kurang mendapat taufiq – rosak pemikiran - menyembunyikan kebenaran – hati
menjadi rosak binasa - bersifat pasif - suka membuang masa dengan kerja yang tidak
berfaedah - disisihkan oleh orang - syirik juga merupakan suatu penghinaan antara
hamba dan Tuhannya - menghalang doanya daripada dikabulkan - syirik
mengakibatkan keras hati - menghalang keberkatan rezeki dan umur - menghalang
diri dari memperolehi ilmu - diselubungi kehinaan - dicela oleh musuh - sempit dada
- diuji dengan mendapat rakan tidak baik - kebimbangan, kedukacitaan yang
berpanjangan - kesempitan hidup - kekusutan jiwa. Akhirnya ia dihumbankan ke
dalam api neraka yang menyemarak membaham mangsanya dan merasai azab yang
tidak terperi dan tiada berkesudahan.
(Al Fawaid-Ibn Qoiyim: 47)

Bentuk-bentuk syirik:
Ulama’ telah menggariskan pelbagai jenis syirik antaranya seperti berikut:

 Syirik Rububiyyah seperti ahli ta`thil asma was sifat iaitu mereka menafikan nama-nama
dan sifat-sifat Allah ‘Azza Wa Jalla.
 Syirik kaum Yahudi dengan dakwaan mereka bahawa Uzair adalah anak Allah.
 Syirik kaum Nasrani dengan dakwaan bahawa Isa anak tuhan dan Tuhan adalah tiga.
 Golongan Athies yang tidak percaya wujudnya tuhan, menyamakan tuhan dengan makhluk.
 Golongan ahli falsafah yang mendakwa dunia adalah qodim dan wujud semenjak azali.

46
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
 Menyembah bintang, bulan dan matahari semata-mata kerana ia memberi kesan tertentu
kepada alam.
 Menyembah unsur-unsur seperti api, air kegelapan dan cahaya kerana takut kepada kesan
bahaya yang tertentu.
 Mengaku diri menjadi tuhan, atau mendakwa diri berkuasa mengadakan sesuatu sedangkan
Allah sahaja yang berkuasa menjadikannya.
 Menggubal sistem hidup yang bercanggah dengan sistem Allah sedangkan ia ditegah oleh
Allah. Sesiapa yang meredhai perbuatan dan perkataan mereka adalah tergolong di dalam
syirik.
 Adanya aliran pemikiran yang mendakwa “Wihdatul Wujud” yakni alam dan tuhan adalah
hakikat yang satu.
 Syirik dari segi kecintaan (mahabbah). Meletakkan kecintaan terhadap sesuatu menyamai
atau menandingi kecintaan terhadap Allah ‘Azza Wa Jalla.
 Syirik dengan meletakkan pergantungan diri kepada yang lain selain daripada Allah.
 Syirik ahli sihir, tukang tilik dan ahli nujum dan sesiapa yang mempercayai mereka.
 Penggunaan tangkal dan jampi serapah yang tidak mengandungi nama Allah, ayat Al-
Quran dan doa yang ma`thur.
 Mempercayai benda tertentu boleh membawa sial dan kepercayaan karut.
 Melakukan penyembelihan untuk selain Allah
 Bernazar untuk selain daripada Allah.
 Bersumpah dengan nama selain daripada Allah.
 Menggunakan lafaz-lafaz yang menyamakan antara Allah dan makhluknya.
 Memuja dan mendewa-dewakan para solihin secara berlebihan dan meminta hajat daripada
mereka.
Syirik kecil seperti riya’. Hadis qudsi di dalam sahih muslim:-
‫الش ْر ِك َم ْن َع ِم َل َع َمال َأ ْش َر َك ِفي ْ ِه َم ِعي َغي ْ ِري‬ ُ ‫َأنَا َأ ْغنَي‬
ِ ‫الش َركَا َء َع ْن‬
‫تَ َركْتُ ُه َو ِش ْرك َُه‬
Maksudnya: Aku adalah bebas dari kalangan semua sekutu, siapa yang
mengerjakan suatu amalan dan ia mengadakan sekutu pada amalan tersebut yang selain
daripada Aku, nescaya Aku tinggalkan ia bersama sekutunya.
(Mawa`iz Luqman Fi Al-Quran, Nazarot Haula Wasaya Luqman, Haqiqotul Iman)

Martabat Syirik
Kebanyakkan manusia melakukan syirik dalam keadaan mereka sendiri tidak sedar.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫وما يؤمن أكثرهم بالله إال وهم مشركون‬
Maksudnya: Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka
tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

47
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(Yusof: 106)

Al-Imam al-Alusiy menafsirkan ayat di atas dengan menyebut: “Sesungguhnya


mereka ini adalah tergolong di kalangan orang yang mengakui keesaan Allah dan sifat-Nya yang
Maha Pencipta dan di waktu yang sama mereka juga melakukan pelbagai perkara-perkara yang
terlibat dalam penyekutuan terhadap Allah dalam bentuk apa jua sekalipun”.
(Ruh Al Ma`niy: jil 3; ms 67)

Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan bahawa ayat di atas turun kepada golongan yang
mengakui Allah sebagai pencipta mereka dan mencipta segala-galanya, tetapi pada masa yang
sama mereka menyembah tuhan yang selain daripada Allah dan berhala. Mereka ini juga
tergolong daripada golongan sepertimama yang di sebut oleh Allah di dalam Al-Quran:-
‫ولئن سألتهم من خلقهم ليقولن الله‬
Maksudnya: Dan demi sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka:
“Siapakah yang mencipta mereka?” Sudah tentu mereka menjawab: “Allah”.
(Az-Zukhruf: 87)

Kemudian mereka ini meletakkan sifat pada Allah dengan sifat yang tidak
selayaknya dan mengadakan sekutu bagi Allah. Mereka ini adalah ahli kitab yang melakukan
syirik di samping beriman kepada Allah. Mereka beriman dengan Allah tetapi mengkufuri Nabi
Muhammad SAW. Justeru itu, iman mereka tidak diterima oleh Allah. Mereka ini beriman
secara rambang tetapi melakukan syirik kepada Allah satu persatu secara terperinci. Antara lain,
ayat ini juga membawa pengertian bahawa mereka berdoa kepada Allah agar menyelamatkan
mereka dari kebinasaan, setelah Allah menyelamatkannya, mereka membuat alasan: “Jika tidak
kerana orang itu kita tidak akan selamat, jika tidak kerana anjing nescaya pencuri itu
menceroboh” Mereka menyandarkan nikmat Allah kepada individu tertentu dan juga
menyandarkan pemeliharaan kepada anjing anjing, bukan kepada Allah.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 9; ms 278)

Disebut dalam tafsir al-Qurtubiy: Para ulama telah menjelaskan terdapat tiga
martabat syirik, semuanya adalah haram iaitu:-
1. I`tiqod yang menyekutukan Allah pada tauhid ‘uluhiyyah’ (tidak mengakui bahawa
Allah ‘Azza Wa Jalla sahaja yang berhak untuk disembah tanpa sekutu). Inilah syirik
besar yang dilakukan oleh orang jahiliyyah. Inilah yang dimaksudkan daripada firman
Allah:
‫إن الله ال يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa
yang lain dari itu bagi sesiapa yang yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syari'at-
Nya).
(An- Nisa`: 48)

2. Kemudian diikuti pula dengan kepercayaan bahawa terdapat sekutu pada perbuatan
Allah ‘Azza Wa Jalla. Iaitulah, mereka yang mengatakan bahawa: “Sesuatu yang
wujud ini selain daripada Allah tiada kaitan dengan Allah (bersendirian) dalam
merubah atau mengadakan sesuatu perbuatan.”

48
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
3. Syirik pada ibadat iaitulah riya`, melakukan ibadat bukan kerana Allah tetapi kerana
selain-Nya.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 5; hal 187)

Fudhail ibn ‘Iyad menjelaskan: Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya`
dan beramal kerana manusia adalah syirik. Hakikat ikhlas ialah apabila Allah melenyapkan
syirik dan riya’ daripada manusia.

Menurut al-Junaid: Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba, hinggakan para
malaikat sendiri tidak mengetahui tentang ikhlas untuk dicatat; syaitan juga tidak mengetahui
tentang ikhlas sehingga ia boleh merosakkannya; dan demikian juga hawa nafsu, tidak
mengetahui perihal ikhlas sehingga ia boleh menggodanya.

Asy-Syahid Syed Qutb menerangkan ayat di atas dengan menjelaskan bahawa


syirik khofiy - ‫( خفى‬tersembunyi) meliputi perkara yang berikut:

 Pada konsep penilaian iaitu mengukur dan merumuskan apa sahaja yang ada di muka bumi
sama ada terhadap sesuatu peristiwa, benda atau individu menurut pegangan mereka
sendiri.
 Bergantung pada sebab-musabab, sedangkan qudrat Allah adalah sama dalam
mendatangkan kemanfaatan dan mencegah kemudhorotan.
 Menaruh kepercayaan kepada yang lain selain daripada kekuatan Allah.
 Meletakkan pergantungan pada hamba-hamba Allah; selain daripada Allah.
 Melakukan pengorbanan yang dicemari dengan keinginan untuk mendapat penghargaan
manusia.
 Berjihad untuk mendapat suatu manfaat atau menolak suatu kemudhorotan kerana selain
Allah.
 Syirik dalam peribadatan dengan mengharapkan sesuatu yang lain di samping
melakukannya kerana Allah.
(Fi Zilal Al Quran: jil 4; ms 2033)

Kerana itulah, Rasulullah SAW bersabda:


‫الشرك فيكم أخفي من دبيب النمل‬
Maksudnya: Syirik pada kamu lebih halus daripada semut yang merangkak.
(Rawahu al-Hafiz Abu Ya`li )

Untuk mengelakkan daripada syirik maka kita disarankan supaya membaca doa:
‫الله ّمَ إنَا ن َ ُع ْو ُذ ب َِك ِم ْن َأ ْن ن ُ ْش ِر َك ب َِك َشيًْئا ن َ ْعل َُم ُه َون َ ْستَ ْغ ِف ُر َك لِ َما ال ن َ ْعل َُمه‬
ُ
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan dengan-Mu
daripada mensyirikkan-Mu dengan sesuatu apa pun yang kami ketahui sendiri dan kami
memohon ampun dari-Mu apa yang tidak kami ketahui.
(Riwayat at-Tabraniy)
Sewajarnya kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam setiap aktiviti dan
gerakkerja kerana kemungkinan amalan yang disangkakan telah diqasodkan kepada Allah tetapi
pada hakikatnya ialah adalah untuk sekutu yang lain.

49
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Sabda Rasulullah SAW:


‫ سمعت رسول الله صلى الله عليه‬:‫عن أبي سعيد ابن أبي فضالة قال‬
:‫ إذا جمع الله األولين واآلخرين ليوم ال ريب فيه ينادي مناد‬:‫وسلم يقول‬
‫من كان أشرك في عمل عمله لله فليطلب ثوابه من عند غير الله فإن‬
‫الله أغني الشركاء عن الشرك‬
Maksudnya: Daripada Abi Said Ibn Abi Fudholah, berkata ia: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah menghimpunkan seklian makhluk yang terdahulu dan
terkemudian di hari yang tiada tiada keraguan padanya, akan diseru: Barang siapa yang telah
menyekutukan amalan yang dilakukannya kerana Allah, maka mintalah ganjarannya daripada
selain Allah, sesungguhnya Allah sekutu yang terkaya daripada sekutu yang lain.
(Riwayat Al-Imam Ahmad)

Asy-Syahid meneruskan penjelasannya dengan menerangkan berkenaan dengan


syirik jaliy (zahir) iaitu:-
Berhukum dengan yang lain selain daripada Allah dalam mana-mana urusan
kehidupan seperti berhukum berdasarkan perundangan yang direka sedangkan ia melibatkan
perkara nas yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
 Membuat ketetapan berdasarkan taqlid (tradisi) seperti mengadakan perayaan
yang tidak disyariatkan.
 Membuat ketetapan dalam soal pemakaian yang menyalahi perintah Allah,
menentukan bahagian mana yang perlu ditutup dan bahagian mana yang perlu
dibuka, sedangkan syariat telah menentukan batasan aurat.
Perkara-perkara yang sebegini telah menjangkau dari batasan dosa kepada syirik
apabila mereka akur dan membuat ketetapan berdasarkan kepada `uruf (adat kebiasaan) yang
telah mendominasi sesebuah masyarakat, sedangkan itu semua adalah hasil perbuatan manusia
sendiri. Dan juga meninggalkan segala arahan yang sudah jelas daripada Tuhan kepada hamba-
Nya. Perkara sebegini membawa kepada syirik kerana ia mengheret kita mengambil hukum
dengan yang lain selain daripada Allah. Ini merupakan suatu aspek yang sangat merbahaya. Kita
sedia maklum bahawa kerosakan aqidah yang sebegini tersebar di kalangan masyarakat dan tidak
hairanlah sekiranya ini menjadi wasiat yang utama Luqman kepada anaknya.
(Fi Zilal Al Quran: jil 4; ms 2033)

Di dalam sebuah hadis menyatakan:-


‫من مات اليشرك بالله شيئا دخل الجنة‬
Maksudnya: Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah berhak
untuk ke syurga.
Wasiat ini mengandungi garis panduan dan maksud yang mendalam. Semoga kita
menerimanya sebagai amaran daripada Al-Quran dan hadis nabi yang perlu diambil perhatian.
Para ulama telah memberi ingatan bahawa orang muslimin mesti mengambil pengajaran dan
iktibar daripadanya, berkaitan setiap perkara yang ditujukan kepada orang kafir di dalam Al-
Quran.

50
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Kalimah Tauhid
Ketika Luqman menasihati anaknya agar menjauhi syirik,
pada hakikatnya Luqman menghendaki agar anaknya hidup dalam keadaan mentauhidkan Allah,
dan membesarkan-Nya dalam rangka membentuk ummah rabaniah dengan menghayati kalimah
tauhid "‫"ال إله إال هللا‬

Hanya Allah sahaja yang selayaknya untuk dimuliakan dan disembah. Inilah yang
menjadi tanggungjawab para Nabi dan Rasul. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:
‫ولقد بعثنا في كل أمة رسوال أن عبد الله واجتنبوا الطاغوت‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap
umat seorang Rasul (dengan memerintahkannnya menyeru mereka): Hendaklah kamu
menyembah Allah dan jauhilah taghut.
(An-Nahl: 36)

Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:


‫ومآ أرسلنا من قبلك من رسول إال نوحي إليه أنه آل إله إال أنا فاعبدون‬
Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang
Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku.
(Al-Anbiya`: 25)

Setiap Rasul menyeru kaum mereka dengan kalimah:


‫اعبدوا الله ما لكم من إله غيره‬
Maksudnya: Wahai kaumku, Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada
Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya.
(Al-A’rof: 59,65,73,5 / Hud: 5,61,84 / Al Mukminun: 23,32)

Mentauhidkan Allah bermula dengan mengucap dua kalimah syahadah. Hadis suci
yang menyebut tentang topik ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin Somit:-

‫من شهد أن ال إله إال الله وحده ال شريك له وأن محمدا عبده ورسوله وأن‬
‫عيسى عبد الله ورسوله وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه والجنة حق‬
‫والنار حق أدخله الله الجنة علي ما كان من العمل‬
Maksudnya: Sesiapa yang bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang
disembah melainkan Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan sesungguhnya Nabi
Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, dan sesungguhnya Isa AS adalah hamba Allah dan
Rasul-Nya, dan kalimah Allah yang diutuskan kepada Maryam melalui Jibril, dan roh yang
dicampakkan dari-Nya, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar; nescaya Allah
memasukkan ia ke dalam syurga walau apa pun amalannya.

Pengarang kitab Al-Aqidah Al-Tahawiyah menyebut: Mentauhidkan Allah


merupakan ucapan pertama yang membawa seorang masuk ke dalam agama Islam dan ungkapan
terakhir yang diucapkan oleh manusia di saat hendak berpisah dari dunia ini. Demikianlah Al-

51
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Quran menyeru manusia agar menjelmakan tauhid kepada Allah melalui tingkah-laku serta tidak
mensyirikkan-Nya
(Syarh Al-Aqidah Al-Tahawiyah: 15)

Tingkah laku manusia akan sentiasa berada pada garis yang sebenar sekiranya
mereka berikrar menyatakan tauhid semata-mata kepada Allah tuhan sekelian alam, atau dalam
ertikata lain ketikamana ikrar benar-benar bertapak di hati. Dan sememangnya tauhid menjadi
hak Allah. Dengan tauhid yang sebenar barulah seorang hamba akan mendapat keredhaan dan
taufik daripada Allah untuk melakukan amalan soleh yang berkekalan.

Pengarang kitab Al-Aqidah Al-Tahawiyah menjelaskan lagi “Sesiapa yang


menyifatkan Allah dengan sifat kemanusiaan adalah kafir. Keimanan hanyalah satu dan orang-
orang yang beriman itu pada asalnya adalah sama, mereka lebih mulia antara satu dengan yang
lain melalui amalan kebaikan, ketaqwaan, menyanggahi hawa nafsu dan melazimi amalan yang
mulia”.
(Syarh Al-Aqidah Al-Tahawiyah: 16)
Tauhid adalah agama fitrah dan manusia itu sendiri pernah membuat pengakuan
dengan mengatakan:
‫ بلى‬:‫ألست بركم قالوا‬
Maksudnya: Tuhan bertanya: “Bukankah Aku tuhan kamu.” Mereka menjawab:
“Bahkan.”
Kalimah “La ilaha illallah” membawa pengertian kita mengosongkan diri dari tuhan
batil yang diada-adakan dan keimanan yang padu terhadap Tuhan pemilik sekalian alam serta
tidak menyekutukan-Nya. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫ذلك بأن الله هو الحق وأن ما يدعون من دونه الباطل وأن الله هوالعلي‬
‫الكبير‬
Maksudnya: Dialah sahaja Tuhan Yang sebenar-benarnya, dan bahawa segala
yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah
Dialah Yang Maha Tinggi keadaa-Nya, lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).
(Luqman: 30)

Pegangan tauhid hendaklah diperteguhkan. Setiap individu mestilah menilik


imannya, memperbaharui sumpah-setia kepada Allah dengan mengosong dan menghias hati serta
menyucikannya dari segala kotoran. Menyingkirkan duri-duri dan kepincangan di sekitarnya.
Sama ada yang bersangkut-paut dengan keadaan persekitaran, rakan-rakan, media massa,
pembacaan serta bisikan dan cumbu rayu syaitan. Sentiasa memperbaharui iman dengan mem
perbanyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, bertasbih, berzikir sehinggalah menjadikan mereka
ini berhak untuk mendapat do’a daripada Allah dan para malaikatnya.
Proses penjanaan iman adalah bertapak pada kalimah tauhid iaitu Lailahaillallah.
Bersabda Rasullulah SAW:
‫عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم جددوا إيمانكم‬
‫قيل يا رسول الله وكيف نجدد إيماننا قال أكثروا من قول ال إله إال الله‬

52
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah berkata ia: Bersabda Rasulullah SAW:
Perbaharuilah iman kamu. Dikatakan kepada Baginda: Bagaimanakah caranya untuk kami
memperbaharui iman kami? Baginda bersabda: Banyakkanlah menyebut ‫ال إله إال هللا‬.
(Riwayat Ahmad dan at-Tabraniy)
Kalimah ini begitu bermakna dan ia boleh mendorong seseorang untuk
membetulkan kefahamannya sehingga menjadikan keimanan mereka benar-benar tulus dan
beramal dengan segala yang telah disyariatkan, sama ada dengan kata-kata atau perbuatan.
Sekiranya seorang mukmin itu benar-benar beriman kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya
maka dia akan menikmati kelazatan iman yang sebenar, tergolong di kalangan orang mukmin
yang mengesakan Allah dan mendapat ganjaran baik berlipat-ganda daripada-Nya. Kita hidup
dalam keadaan dagang dan tiada siapa di samping kita yang boleh memberi sokongan dan
kekuatan serta nasihat untuk mentaati Allah kecuali segelintir sahaja. Mentauhidkan Allah boleh
mendatangkan kesejahteraan pada diri iaitu menikmati taufik daripada Allah, hidayah dan Nur
Ilahi. Inilah perkara yang paling utama dan sebagai tunggak bagi segala perkara. Apabila iman
telah sempurna dan jelas maka ia akan menjadi pendorong kepada seseorang untuk melakukan
kebaikan dan berlumba-lumba untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya. Menghindari dirinya
daripada perbuatan syirik, syubhah, perkara yang membinasakan dan segala dosa. Ini semua
boleh membebaskan hamba daripada menyembah selain daripada Allah dan inilah dia kebebasan
yang paling sempurna pada neraca Islam. Bebasnya akal fikiran daripada segala khurafat dan
thaghut yang menjadi tuhan bagi segelintir manusia. Ini semua akan membentuk peribadi muslim
yang tenang dan tenteram dalam mencintai Allah, Rasul dan orang beriman. Menikmati
kehidupan di bawah peliharaan Allah dan rahmat-Nya di dunia dan akhirat.

Tuntutan Kalimah Tauhid (Lailahaillallah)


Pengertian kalimah Lailahaillallah yang luas ini mencakupi segala tuntutan
kehidupan dan ia juga merangkumi segenap aspek. Berikut digariskan rumusan ringkas pelbagai
tuntutan dalam hidup seorang muslim yang berhubung rapat dengan kalimah ini, sepertimana
yang dinyatakan oleh Muhammad Qutb:

Tuntutan Keimanan.
Ia menyentuh perkara yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis:

‫قال وما اإليمان ؟ قال أن تؤمن بالله‬،‫هذا جبريل أتاكم يعلمك دينكم‬
‫ومالئكته‬
)‫(أخرجه أحمد‬ ..‫وكتبه ورسله واليوم اآلخر والقدر خيره وشره‬
Maksudnya: Inilah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kepada kamu
agama kamu. Berkata Jibril: Apakah iman? Rasulullah bersabda: Bahawa kamu beriman
dengan Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, Rasul-Rasulnya, hari akhirat dan takdir yang baik
dan buruk.
(Akhrajahu Ahmad)

Keimanan terhadap setiap elemen yang terkandung di dalam hadis ini mempunyai
peranan dalam memenuhi tuntutan Lailahaillallah.

53
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Tuntutan Ubudiyah
Setelah terbukti tiada Tuhan layak yang disembah melainkan Allah, maka memang
wajarlah segala bentuk pengabdian hanya ditujukan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan ia
merupakan perkara yang tabie dan boleh diterima akal.

Aqidah yang terpesong akan turut melibatkan ibadat juga turut terpesong Apabila
aqidah terpasak kukuh maka sudah semestinya bentuk ibadat yang dilakukan menjadi sejajar dan
seirama dengan tuntutan syara’.

Di dalam minhaj Rabbani setiap ibadat adalah untuk memenuhi tuntutan dunia dan
akhirat, sama ada dengan syiar ibadat yang khusus ataupun aktiviti hidup yang rutin. Di dalam
Islam tiada ibadat semata-mata untuk memenuhi tuntutan akhirat, sepertimana yang disangkakan
oleh sebahagian manusia. Agama ini diturunkan untuk mengislah kehidupan manusia dan
segenap bidang lain yang amat luas.

Tuntutan Perundangan
“La ilaha illah” bukan semata-mata aqidah bahkan ia bersangkut-paut dengan
semua risalah samawi yang lain dalam mengatur dan menjamin kesempurnaan hidup.

Permasalahan tashyrie’ (perundangan) adalah masalah yang berhubung secara


langsung dengan soal Uluhiyyah. Perkara ini berlandaskan kepada dua sebab:

Soal perundangan adalah hak Allah semata-mata kerana Dia-lah yang Maha
Pencipta.

Sifat Allah yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) , Maha Halus (Al-Latif), Maha
Mengenal (Al-Khabir), Maha Bijaksana (Al-Hakim) dan Maha Mengetahui (Al-A`lim).

Tuntutan Akhlak
Akhlak mempunyai kaitan dengan aqidah kerana Rasulullah SAW bersabda:
‫أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه خصلة منهن كانت فيه‬
‫خصلة‬
‫ إذا حدث كذب وعاهد غدر وعد أخلف وإذا خاصم‬:‫من النفاق حتى يدعها‬
‫فجر‬
Maksudnya: Empat perkara jika ada pada seseorang, ia adalah munafiq. Sesiapa
yang ada satu perkara darinya, maka bererti terdapat padanya satu unsur nifaq sehinggalah ia
meninggalkannya: Apabila ia bercakap ia berdusta, apabila diamanahkan ia mengkhianati,
apabila berjanji ia menyalahi, apabila bertelingkah ia berbecah-belah.
(Dikeluarkan Oleh Muslim)

Nifaq juga adalah suatu masalah yang bersangkutan dengan aqidah. Penipuan,
pengkhianatan, mungkir janji, berpecah-belah setelah berlaku pertelingkahan adalah
permasalahan akhlak...(Rasulullah SAW menjelaskan bahawa berlakunya kepincangan pada
masalah akhlak. membabitkan soal nifaq. Berlakunya nifaq bererti mencabul perjanjian dengan
Allah di bawah kalimah La ilaha illallah).

54
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Apabila kita merenung wasiat Luqman tentang, bagaimanakah seorang itu boleh
berbakti (mensyukuri) kepada ibu dan bapanya, tidak dapat tidak ia perlu kembali kepada kepada
perjanjian yang pernah termeterai dengan Allah ‘Azza Wa Jalla iaitu untuk “dengar” dan “taat”
kepada-Nya, selepas itu barulah terbentuknya setiap hubungan yang ditautkan dengan akhlak....

Tuntutan Pemikiran
Individu muslim mempunyai keunikan gagasan minda yang tersendiri dalam
membuat penilaian dan ukuran yang terpancar dari Al-Quran dan As-Sunnah. Seorang itu telah
mempertuhankan akalnya apabila ia lebih mengutamakannya dalam membuat pertimbangan
tersebut. Sedangkan penggantungan pada akal secara mutlak bercanggah dengan tuntutan Al-
Quran dan As-Sunnah.

Cakupan minda muslim tidak terbatas pada perkara maddiy (zahir) sahaja, bahkan
menjangkau jauh pada perkara ma’nawi. Ia menggarap segala yang dapat dilihat dan yang tidak
dapat dilihat. Perkara ini memberi kesan dalam hubungan antara individu. Hubungannya tidak
terjalin di atas landasan kebendaan semata-mata tetapi lebih meluas mencakupi perkara
“maknawi”.

Sikap terbuka dan rasional adalah suatu tuntutan, tetapi hendaklah dalam ruang
lingkup izzah (kemuliaan) yang didasarkan atas prinsip keimanan dan keistimewaan yang dibina
oleh prinsip Islam pada pemikiran mukmin.

Perkara yang diperlukan oleh manusia ialah ilmu yang mencerminkan keimanan
dan dunia yang berasaskan iman. Inilah prinsip Islam yang terkandung di sini dan sebagai
tuntutan Pemikiran bagi kalimah Lailahaillallah.

Tuntutan Membina Tamaddun Dan Peradaban


Banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini, antaranya ialah:
‫هو الذي جعل لكم األرض ذلوال فامشوا في مناكبها وكلوا من رزقه وإليه‬
‫النشور‬
Maksudnya: Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah; dan
(ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula;
(maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).
(Al-Mulk: 15)

Disebut dalam ayat di atas “dibangkitkan hidup semula” iaitu perkara yang
berhubung dengan hisab dan pembalasan di hari akhirat, manakala ayat: “maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah” adalah suatu
peringatan bahawa perlunya iltizam dengan minhaj Rabbani; iaitu akur dengan garis sempadan
halal dan haram, harus dan tidak harus, yang membawa erti iltizam dengan segala apa jua yang
datang dari Allah. Inilah dia tuntutan Lailahaillallah.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

55
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫وابتغ فيمآ آتاك الله الدار اآلخرة وال تنس نصيبك من الدنيا وأحسن كمآ‬
‫أحسن الله إليك وال تبغ الفساد في األرض إن الله ال يحب المفسدين‬
Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harga kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang
melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.
(Al-Qasas: 77)

Sentiasa mengingati akhirat dalam operasi mengeksploitasi segala khazanah alam,


merekacipta, memper indahkan alam buana disamping iltizam dengan segala prinsip agama yang
menjamin keselamatan insan di akhirat kelak. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat
merealisasikan matlamat hidup manusia dan membentuk tamaddun yang sebenar. Pem bangunan
adalah suatu perkara yang dituntut dan suatu kemestian, tetapi ia hendaklah dibina di atas minhaj
Rabbani.

Tuntutan ‘Seniman’ (Penyair, Penyajak Dan Lain-lain).


‫قل وروح القدس معك‬
Maksudnya: Ungkapkanlah! (Wahai Hassan ibn Thabit) Ruhul Quds (Jibril) ada
bersama kamu (membantumu).

Demikianlah arahan Rasulullah SAW kepada Hassan ibn Thabit RA ketikamana


beliau mengungkap syairnya. Jelas di sini bahawa Rasulullah telah menggalakkan bahkan
mendesak Hassan ibn Thabit meneruskan bacaan syairnya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa
ia merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Adalah menjadi suatu kewajipan kepada siapa yang berbakat dalam bidang seni
penyampaian agar menggunakan kesempatan ini untuk berdakwah melalui keseniannya yang
unik tersebut. Namun ia hanya fardhu kifayah. Apabila ia telah dilaksanakan oleh sebahagian
manusia maka gugurlah kefardhuannya ke atas sebahagian yang lain. Justeru itu kepada mereka
yang lain, yang memiliki bakat tersendiri, perlulah menumpukan perhatiannya kepada matlamat
dan objektif seninya sendiri.
Adalah menjadi fardhu ain kepada mereka yang memiliki bakat yang tersendiri
dalam bidang penyampaian dan pengungkapan, supaya iltizam dalam aktivitinya mengikut
landasan tatasusila Islam. Inilah tuntutan seniman bagi kalimah La ilaha illallah.

Seniman di zaman jahiliyyah melaungkan slogan “Seni untuk seni”. Seniman


muslim mengangkat kemuliaan manusia kepada kemuliaan yang selayaknya dengan martabat
insan itu sendiri. Pada hari ini para seniman tidak lagi menerima slogan tersebut, tetapi mereka
cuba melaungkan slogan “Seni untuk kehidupan”. Tetapi kehidupan bagaimanakah yang
dimaksudkan oleh mereka. Siapakah yang meletakkan ukuran dan menentukan prinsip pada
kehidupan?

Matlamat hakiki bagi ‘Seniman Islam’ ialah ubudiyyah kepada Allah dengan
ertikata yang luas, mencakupi peranan menta`mir muka bumi dengan minhaj rabbaniy.

56
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Secara umum media merupakan salah satu medan meluahkan bakat kesenian yang
mempunyai matlamat yang pelbagai, manakala media Islam mempunyai misi yang tersendiri.
Media Islam bukan keseluruhannya semata-mata nasihat dan pengajian agama, tetapi ia adalah
salah satu juzuk yang tidak terpisah dari berperanan untuk mengingatkan kita kepada Allah dan
hari akhirat.

Tujuan utama media Islam secara ringkas ialah:


 Memperkenalkan hakikat agama.
 Mendedahkan perancangan musuh Islam.
 Mengemukakan pandangan Islam terhadap isu-isu semasa.
 Mengingatkan manusia tentang misi kehidupan mereka yang sebenar.
Tiga tuntutan pertama iaitulah tuntutan iman, tuntutan ibadat dan tuntutan tasyrie’;
jika ia tidak wujud dalam diri seseorang maka ternafilah imannya. Tidak melaksanakan tuntutan-
tuntutan tersebut atau salah satu darinya, boleh membawa kepada syirik, sama ada: Syirik
i’tiqad, syirik ibadat dan syirik tasyrie’. Ketiga-tiganya adalah syirik besar yang tidak
diampunkan Tuhan, melainkan dengan kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.
Adapun tuntutan-tuntutan yang lain, kecuaian dalam melaksanakan tuntutan
tersebut atau langsung tidak melaksanakannya tidak membatalkan iman, tetapi menjadikan iman
seseorang itu tidak sempurna dan ia adalah berdosa.
(Ringkasan dari La ilaha illallah Aqidah Syariah Wa Minhaj Hayah: Muhammad Qutb: ms 43-
119)

PENGERTIAN DAN CARA – CARA BERSYUKUR


Definisi Syukur
Sahl Ibn Abdullah mendefinisikan syukur: Bermujahadah dalam melakukan
ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan, sama ada ketika bersendirian atau dalam keadaan
terang-terangan.

57
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Menurut al-Junaid: Syukur ialah perasaan hati bahawa tidak berlakunya syirik pada
nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla.

Menurut al-Imam an-Nasafi: Syukur ialah pengiktirafan diri bahawa ia lemah untuk
melaksanakan hakikat syukur. Syukur hati ialah makrifat, syukur lisan ialah memuji Allah,
syukur anggota ialah melakukan ketaatan. Pengiktirafan diri lemah dalam melakukan semua ini
adalah dalil yang menunjukkan penerimaan Allah terhadap amalan kita.
(Tafsir Al-Nasafiy: jil 2; ms 1332)

Cara–cara bersyukur kepada Allah


Antara nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla kepada hambanya ialah memberi taufik
kepada kita untuk mempersembahkan kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat-Nya.
Seterusnya barulah mereka berhak mendapat keredhaan Allah. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫إن تكفروا فإن الله غني عنكم وال يرضى لبعاده الكفر إن تشكروا يرضه لكم‬
Maksudnya: Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmat-
Nya itu, maka ketahuilah bahawa Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk
kesempurnaan-Nya); dan Ia tidak redhakan hamba-hamba-Nya berkenaan kufur; dan jika kamu
bersyukur, Ia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu.
(Az-Zumar: 7)
Syukur adalah ibadat hati, jasmani dan harta yang dipersembahkan semata-mata
untuk Allah ‘Azza Wa Jalla. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫فابتغوا عند الله الرزق واعبدوه واشكروا له إليه ترجعون‬
Maksudnya: Oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia serta
bersyukurlah kepada-Nya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan di-kembalikan.
(Al-Ankabut: 17)

Allah ‘Azza Wa Jalla telah memerintahkan para Rasul dan Nabi-Nabi agar
bersyukur, firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫اعملوا ءال داود شكرا وقليل من عبادي الشكور‬
Maksudnya: (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga
Daud untuk bersyukur, dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang
bersyukur.
(Saba`: 13)

Allah ‘Azza Wa Jalla juga telah memerintahkan seluruh hamba-Nya supaya


bersyukur. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

‫كلوا من رزق ربكم واشكروا له‬


Maksudnya: (Lalu dikatakan kepada mereka), “Makanlah dari rezeki pemberian
Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya."
(Saba`: 15)

Syukur merupakan ibadat yang dilakukan hanya kerana Allah Tuhan sekelian alam
dan tidak menyekutukan-Nya. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

58
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫أن اشكر لي‬


Maksudnya: Bersyukurlah kepada-Ku
(Saba`: 14)

Syukur hanya dipanjatkan kepada pemilik segala nikmat dan yang berkuasa ke
atasnya iaitulah Allah ‘Azza Wa Jalla satu-satunya Tuhan. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫وما بكم من نعمة فمن الله‬
Maksudnya: Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah.
(An-Nahl: 53)

Dengan bersyukur boleh melipat-gandakan lagi nikmat. Sebahagian salafussaleh


mengatakan: Sesiapa yang diberikan empat perkara tidak akan terhijab dari empat perkara lain:-
1. Siapa yang mendapat sesuatu lalu bersyukur tidak akan terhijab dari
bertambahnya rezeki. Perkara ini bertepatan dengan firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫إلن شكرتم ألزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi
sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada
kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku
amatlah keras.
(Ibrahim: 7)
2. Siapa yang diberikan hidayat untuk bertaubat maka ia tidak akan terhijab
dari dikabulkan permintaannya (penerimaan Tuhan). Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫وهو الذي يقبل التوبة عن عباده‬
Maksudnya: Dialah (Allah) yang menerima taubat dari hambanya.
(Syura: 25)
3. Siapa yang beristikharah tidak terhijab dari memperolehi pilihan yang
terbaik.

4. Siapa yang berbincang dan bermusyawarah tidak akan terhijab dari


kebenaran.

Dua hal di atas adalah didasarkan kepada sabda Baginda Rasulullah SAW:
‫ال خاب من استخار وال ندم من استشار‬
Maksudnya: Tiada rugi siapa yang beristikharah (memohon daripada Allah
petunjuk agar diberi pilih perkara terbaik di antara dua perkara yang baik) dan tidak menyesal
siapa yang bermusyawarah.
(Nazorot Hawla Wasoya Luqman Al-Hakim)
Allah ‘Azza Wa Jalla memerintahkan supaya mengabdikan diri dan bersyukur
kepada-Nya sepertimana yang tersebut di dalam firman-Nya yang bermaksud: Sembahlah Allah
sahaja dan bersyukurlah kepada-Nya.
(Al-Ankabut 17)

Al-Imam al-Alusi telah menyebut: Bersyukurlah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla di


atas segala nikmat-Nya dengan melakukan ibadah, untuk dijadikan wasilah bagi mencapai segala
permintaan, mereka berpaut dengan kesyukurannya melalui segala apa yang ada (nikmat–nikmat

59
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
yang telah dapat dikecapi) bagi mengundang nikmat Allah yang berlipat-ganda. Kita dapati di
sini Allah ‘Azza Wa Jalla memerintahkan manusia supaya beribadat serta mensyukuri segala
nikmatnya yang luas dan melimpah-ruah. Itu semua tidak akan terlaksana melainkan dengan
keimanan yang benar-benar mantap, ibadat yang ikhlas, redha dengan segala ketentuan Allah,
penyerahan diri kepada-Nya secara total.
(Tafsir Ruh Al Maa`niy: jil 20; hal 145)

Al-Imam ar-Rozi menyebut: ‫“ واشكروا لى‬wash kuruliy” maknanya gunakanlah


bantuan nikmat-Ku untuk mentaati-Ku.
(Al-Anmuzaj Al-Jalil: jil 1; ms 20)

Kaifiyat bersyukur seorang muslim ialah menzahirkan pengiktirafan dengan


keyakinan yang mendalam bahawa segala nikmat tersebut adalah semata-mata daripada Allah,
bukan selain daripada-Nya. Dari sini, tergambar suatu kewajipan dan kemestian bahawa
kesyukuran manusia kepada Allah ialah dengan:
 I`tiqod yang murni.
 Puji-pujian yang diletakkan hanya kepada Allah ‘Azza Wa Jalla yang sememangnya
berhak untuk mendapat pujian.
 Iltizam dengan syariat yang mulia secara menyeluruh.

Setiap amalan baik adalah tetap dihargai. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:-

‫إن هذا كان لكم جزاء وكان سعيكم مشكورا‬


Maksudnya: (Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian)
ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima
dan dihargai (oleh Allah).”
(Al-Insan: 22)

Dalam ayat ini Ibn Qoiyim telah menjelaskan: “Allah ‘Azza Wa Jalla telah
menghimpunkan dua perkara bagi orang mukmin iaitu:
 Penghargaan (syukur) di atas usaha orang mukminin.
 Penganugerahan ganjaran ke atas mereka.

Allah ‘Azza Wa Jalla berterima kasih kepada hamba-Nya sekiranya ia


memperelokkan amal ketaatannya. Mengampuninya bilamana ia kembali kepada Allah. Maka
Allah menghimpunkan pada diri mukmin yang soleh antara penghargaan dari Allah di atas ihsan
hamba-Nya dan keampunan-Nya lantaran kejelekan amalannya. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Menghargai (mensyukuri).
(‘Uddatu Al-Sabirin Wa Zakhiratu Al- Shakirin: 199).

Antara lain, tuntutan kesyukuran ialah menzahirkan, menghebah dan


memperkatakan tentang segala bentuk nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla yang kita dapat tanpa
bermegah-megah dan takabbur serta riya`. Sabda Rasulullah SAW:
‫عن جابر بن عبد الله قال قال النبي صلى الله عليه وسلم من أعطى‬
‫عطاء فوجد فليجزبه ومن لم يجد فليثن به فمن أثنى به فقد شكر ومن‬
‫كتمه فقد كفره‬

60
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Maksudnya: Daripada Jabir ibn Abdillah RA daripada Nabi SAW bahawa Baginda
bersabda: Sesiapa yang mendapat suatu pemberian hendaklah ia membalasinya. Siapa yang
tiada padanya sesuatu untuk dibalasi hendaklah ia mengucapkan penghargaan. Sesungguhnya
sesiapa yang menzahirkan penghargaannya ia telah mensyukuri dan sesiapa yang
menyembunyikannya ia telah mengkufurinya (tidak menghargai).
(Sunan Abi Daud) (At-Tafsir Al-Wasit: jil 10; ms 1950)
Rasulullah SAW telah menunjukkan salah satu contoh teladan bagaimana untuk
bersyukur. Rasulullah SAW sanggup meninggalkan Aishah sementara waktu untuk qiamullail
walaupun Baginda telah bersama dengan A`ishah berada di dalam satu selimut dan telah
bersentuhan kulit. Sebelum Rasulullah SAW bangun, Baginda meminta izin daripada A`ishah
terlebih dahulu. Lalu, Ai`shah mengizinkan Baginda, walaupun ia gemar untuk berdamping
dengan Rasulullah SAW yang dicintainya. Setelah itu, Baginda bangun untuk berwudhuk sambil
memperbanyakkan siraman air wudhuk. Kemudian Baginda bersembahyang sambil menangis
sehingga air mata Baginda mengalir ke dada. Rasulullah dalam keadaan demikian sehinggalah
Bilal datang memberitahu kepada Baginda bahawa waktu Subuh telah tiba. Kemudian Saidatina
`Aishah bertanya kepada Rasulullah SAW:-
‫يا رسول الله ما يبكيك وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر؟‬
Maksudnya: Wahai Rasulullah! Apakah yang menyebabkan engkau menangis,
sedangkan Allah telah mengampunkan dosa engkau yang dahulu dan akan datang. Lantas
Baginda Rasulullah SAW menjawab:
-:‫ ولم ال أفعل وقد أنزل على‬، ‫أفال أكون عبدا شكورا‬
Apakah tidak boleh aku menjadi seorang hamba yang bersyukur. Mengapa tidak
aku melakukannya, sedangkan telah diturunkan kepadaku ayat:
‫إن في خلق السماوات واألرض واختالف الليل والنهار والفلك التي تجري‬
‫في البحر بما ينفع الناس‬
‫ومآ أنزل الله من السمآء من مآء فأحيا به األرض بعد موتها وبث فيها من‬
‫كل دآبة وتصريف الرياح والسحاب المسخر بين السمآء واألرض آليات‬
‫لقوم يعقلون‬
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan
siang; dan (pada) kapal-kapal yang di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfa'at
kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari
berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk
(kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada
semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya,
kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal
fikiran”.
(Al Baqarah: 64) (Riwayat Ibn Hibban) (Risalah Al-Qusyairiyyah: 173)

Bentuk kesyukuran kepada Allah dapat dibuktikan dengan


melakukan amal ibadat khusus seperti bersembahyang dan berdoa, dan juga segala tindakan lain
yang sejajar dengan tuntutan syariat yang menyentuh seluruh aspek kehidupan di dunia.

61
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Kesyukuran kita diletakkan atas dasar kebenaran Allah itu sendiri. Ini kerana Allah
‘Azza Wa Jalla memiliki sifat yang maha sempurna, tiada sebarang kekurangan. Dari itu, Allah
‘Azza Wa Jalla berhak mendapat pujian tahmid daripada hamba-hambanya. Bertahmid kepada
Allah merupakan salah satu bentuk kesyukuran yang tinggi nilainya.

Sabda Rasulullah SAW:


‫الحمد رأس الشكر لم يشكر الله تعالى عبد لم يحمده‬
Maksudnya: Puji-pujian adalah pokok segala kesyukuran (bentuk kesyukuran yang
tertinggi). Tidak mensyukuri Allah sesiapa yang tidak memuji-Nya.
(Ruhul Ma`aniy: jil 7; ms 126)

Sabda Rasulullah SAW:


‫ كل‬:‫عن أبي هريرة رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬
.‫أمر ذي بال ال يبدأ فيه بالحمد لله أقطع‬
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA bersabda Rasulullah SAW: Setiap
perkara penting yang tidak dimulai dengan tahmid kepada Allah, maka ia adalah terputus
(kurang keberkatan).
(Hadis Sahih diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Baihaqiy).

Contoh daripada kesungguhan Rasulullah SAW untuk bertahmid ialah:


‫الله صلى الله عليه وسلم إذا‬ ِ ‫ول‬ ُ ‫عن عائشة رضي الله عنها قالت كان َر ُس‬
‫حات وإذا رأى األمر‬َ َ ُّ َ ‫لله ال َِذي ِب ِن ْع ِم ِت‬
ِ ‫ل‬‫ا‬ ‫الص‬ ‫م‬ ِ
‫ت‬ ‫ت‬ ِ
‫ه‬ ِ ‫الحمد‬
ُ ‫رأى األمر يحبه قال‬
‫ال‬ ِ ‫الحمد‬
ٍ ‫لله عل َى ك ُِل َح‬ ُ ‫يكرهه قال‬
Maksudnya: `Aishah RA berkata Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila melihat
perkara yang disukainya Baginda berkata: “Segala puji-pujian kepada Allah yang dengan
nikmatnya sempurnalah segala perkara yang soleh(baik).” Apabila Baginda melihat perkara
yang tidak disukai Baginda berkata: “Segala puji-pujian bagi Allah di atas setiap hal keadaan.”
(Hadis Hasan menurut As-Syeikh Al-Albaniy-Sunan Ibn Majah)

Cara bersyukur Kepada Manusia:


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:-
‫ال يشكر الله من ال يشكر الناس‬
Maksudnya: Tidak mensyukuri Allah bagi sesiapa yang tidak bersyukur kepada
manusia.
(Abu Daud / Kitab Adab Bab Syukurul Ma’ruf: jil 4; ms 255)

Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan hadis di atas dengan berpandukan kata-kata al-


Khattobiy, iaitu:-

Siapa yang tabi’atnya sering mengkufuri (tidak menghargai) jasa manusia dan tidak
berterima kasih di atas budi-baik mereka, pada kebiasaannya mereka mengkufuri nikmat Allah
dan tidak bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

62
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menerima ‘syukur’ seseorang hamba berkaitan ihsannya
terhadap Allah selagi mana hamba itu tidak berterima kasih (bersyukur) di atas ihsan manusia
terhadapnya dan tidak menghargai jasa baik mereka.

Zun Nun al-Masriy Abul Faidhi berkata: Bersyukur kepada mereka yang lebih
tinggi daripadamu adalah dengan melakukan ketaatan, bersyukur kepada mereka yang sebaya
denganmu dengan melakukan perkara yang setimpal, bersyukur kepada mereka yang lebih
rendah martabatnya ialah dengan melakukan ihsan dan memuliakannya.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 1; ms 404)

Ada disebut dalam athar bahawa syukur mata ialah kita menutup mata dari melihat
keaiban yang ada pada sahabat, syukur telinga ialah menutup keaiban yang kita dengar mengenai
sahabat.
(Al-Risalah Al-Qusyairiyah: 176)

Setelah dikemukakan penjelasan yang panjang lebar, dapatlah kita mengetahui


bagaimanakah kesyukuran dapat dipanjatkan Allah dan penghargaan dikalungkan untuk
manusia.

63
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

KESEMPURNAAN AQIDAH DI DALAM WASIAT


LUQMAN AL HAKIM
1) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫ءاتينا لقمان الحكمة‬
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat
kebijaksanaan.
(Luqman: 12)
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman lagi:
‫ووصينا اإلنسان‬
Maksudnya: Kami telah wasiatkan kepada manusia.
(Luqman: 14)

Demikianlah Allah menggunakan kalimah “kami” yang menunjukkan kebesaran


dan kemuliaan-Nya. Allah tidak menyebut: “ Telah ‘Aku’ berikan kepada Luqman hikmah” dan
“Telah ‘Aku’ wasiatkan kepada manusia”. Kita sudah sedia maklum bahawa kebesaran dan
kemuliaan hanya milik Allah Tuhan sekelian alam, Pemberi segala nikmat yang tidak terbilang
dan tidak terhad.

2) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:


‫ومن يشكر فإنما يشكر لنفسه ومن كفر فإن الله غني حميد‬
Maksudnya: Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang
kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal
kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(Luqman: 12)

Disebut di sini kalimah Al-Kufr (kufur) dan kalimah As-Syukr (syukur) yang
berlawanan.

Menurut al-Imam an-Nasafi: Allah ‘Azza Wa Jalla mengingatkan kita bahawa


hikmah yang hakiki dan ilmu yang sebenar ialah apabila kita:-
 Beramal dengan kedua-duanya
 Menyembah dan bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.
(Tafsir an-Nasafi: jil 2; ms 1332)
Menurut al-Imam az-Zamakhsyariy: hikmah tercetus dengan melaksanakan
kesyukuran. Sesungguhnya Allah itu bersifat Al-Ghoniy (Maha Kaya) iaitu tidak berhajat kepada
kesyukuran daripada hamba-Nya, dan juga bersifat Al-Hamid (Maha Terpuji) iaitu yang
selayaknya untuk dipuji walaupun tiada seorang pun yang memujinya.
(Al-Kasyaf: jil 3; ms 493)

Abu Haiyan juga menyebut di dalam tafsirnya: Ganjaran syukur tidak dapat
dikecapi melainkan oleh orang yang bersyukur. Pada hakikatnya Allah langsung tidak berhajat
kepada sebarang kesyukuran, kesyukuran hamba langsung tidak memberi manfaat kepada-Nya,
kekufuran hamba juga langsung tidak mendatangkan kemudhorotan kepada-Nya. Allah Yang
Maha Terpuji, segala puji-pujian menjadi hak Allah sama ada pada zat atau sifat-Nya.
(Al-Bahru Al Muhith: jil 7; ms 186)

64
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Adapun mereka yang mengkufuri nikmat Allah yang melimpah-ruah ke atasnya
dalam keadaan diri mereka sendiri juga termasuk di dalam gugusan nikmat tersebut, namun
mereka jugalah orang yang telah menderhaka dan membantah tuhannya serta menukar nikmat
Allah dengan kekufuran. Sesiapa yang berbuat demikian bermakna ia telah menempatkan dirinya
pada seburuk-buruk tempat tinggal dan sehina-hina perkampungan di hari akhirat kelak

3) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:


‫إلي المصير‬
Maksudnya: Hanya kepada-Kulah (tempat) kembalimu.
(Luqman: 14)

Ayat ini menjelaskan tentang beriman dengan hari akhirat yang terkandung di
dalamnya kekuasaan Allah ‘Azza Wa Jalla untuk menghidupkan makhluk, dan mematikannya
serta membangkitkan manusia. sebagai tanda luasnya ilmu Allah ‘Azza Wa Jalla, dan
sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui. Sebagai tanda
benarnya segala apa yang ada pada hari qiamat iaitu hari kebangkitan semula, perhimpunan
mahsyar, seru-seruan (yaumud tanad), pertemuan (yaumud talaq), hisab, pembalasan, titian
siroth, syurga dan neraka.

4) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:


‫إن الله لطيف خبير‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat
Meliputi akan segala yang tersembunyi
(Luqman: 16)

Ini adalah di antara perkara yang wajib diyakini pengertiannya dengan sebenar-
benarnya. Allah ‘Azza Wa Jalla mengetahui segala rahsia dan yang jelas tertera, segala bisikan
hati, serta segala yang tersembunyi di dalam dada, batu serta di langit dan bumi. Cuba kita
renungkan firman Allah ‘Azza Wa Jalla berikut:-
‫ونضع الموازين القسط ليوم القيامة فال تظلم نفس شيئا وإن كان مثقال حبة‬
‫من خردل أتينا بها وكفى بنا حاسبين‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil,
untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan
teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan
mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.
(Al-Anbiya`: 47)

Ini semua menjadikan manusia:-

1. Sentiasa takut (khauf) kepada Allah


2. Sentiasa bermuraqabah (memelihara segala gerak-gerinya) disamping
perasaan sentiasa membesarkan (menta`zimkan) Allah
3. Ketaatan yang teguh dan padu.
4. Bersegera untuk mendapatkan keampunan Allah yang sentiasa diimpikan.

65
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Ini semua akan diperolehi oleh mereka yang bertaubat dan beramal soleh dengan
benar-benar ikhlas kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

5) Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:


‫إن الله ال يحب من كان مختاال فخورا‬
Maksudnya: sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong
takbur, lagi membanggakan diri.
(Luqman: 18)

Orang yang sombong, takabbur, bongkak dan berbangga diri, terdedah kepada
kemurkaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Kisah dahulu-kala dan zaman silam telah memperlihatkan
kepada kita bagaimana mereka ini dibenamkan ke dalam bumi hingga hari qiamat angkara sifat
melampau, takabbur dan bongkak.

Seorang muslim itu memiliki sifat tawadhu` dan tenang serta memiliki pendirian
yang tetap. Ia adalah antara sifat yang dicintai Allah.

Bentuk-Bentuk Kecintaan Kepada Allah


Tanpa disedari adakalanya kita menyintai sesuatu yang lain melampui batas-batas
yang sepatutnya. Ini boleh menghumbankan kita ke kancah kesesatan. Hal ini dinyatakan oleh
Ibn Qoiyim. Menurutnya: cinta terbahagi kepada empat dan kita perlu tahu perbezaan antara
cinta tersebut. Mereka yang menjadi sesat adalah ekoran tidak dapat membezakan antara cinta-
cinta tersebut:

Cinta pada Allah. Ia tidak memadai untuk melepaskan diri dari azab Allah dan
untuk mendapatkan ganjaran-Nya. Orang Musyrikin, kristian, Yahudi dan selain dari mereka
juga turut mencintai Allah.

Menyintai apa yang dicintai oleh Allah. Perkara ini membawa seseorang kepada
Islam dan mengeluarkannya daripada kekufuran. Orang yang paling dikasihi Allah ialah mereka
yang paling kuat mencintai apa yang dicintai oleh Allah.

Cinta yang diasaskan kerana Allah dan pada jalan-Nya. Ini adalah antara kemestian
dalam mahabbah. Kecintaan tidak akan selari dengan kehendak agama melainkan jika dijalinkan
kerana-Nya dan pada jalan-Nya.
Kecintaan pada yang lain di samping mencintai Allah. Inilah yang dinamakan syirik
dalam kecintaan mahabbah. Sesiapa yang menyintai sesuatu menandingi cinta kepada Allah,
maka cinta itu bukanlah diasaskan kerana Allah dan tidak dijalinkan mengikut jalan-Nya. Ketika
ini, mereka telah mengambil sekutu yang selain daripada Allah. Inilah dia cinta orang musyrikin.

Bahagian kelima ini tidak terlibat dengan pengertian syirik iaitu naluri semula jadi.
Kecenderongan manusia kepada tabiat yang bersesuian dengannya. Contohnya: Keinginan
seorang yang dahaga kepada air, seorang yang lapar kepada berhajat makanan, keinginan untuk
tidur, dan kecintaan kepada isteri dan anak. Semua ini tidak tercela melainkan jika melalaikan
dari mengingati Allah dan menghalang dari merealisasikan cinta terhadap Allah. Sepertimana
firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

66
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫يأيها الذين آمنوا ال تلهكمـ أموالكم وال أوالدكم عن ذكر الله‬


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah kamu dilalaikan oleh
(urusan) hartabenda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan
menjalankan perintah-Nya).
(Al-Munafiqun: 9)
‫رجال ال تلهيهمـ تجارة وال بيع عن ذكر الله‬
Maksudnya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang
tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jualbeli daripada menyebut serta mengingati Allah.
(An-Nur: 37) (Ad-Da` Waddawa`: 243)

Sifat-Sifat Yang Dicintai Allah


Sifat-sifat yang menyebabkan seseorang hamba dikasihi Allah dan diberikan
ganjaran kepadanya sehingga mendapat keredhaan daripada Allah ‘Azza Wa Jalla:-
Bertaubah iaitu kembali daripada apa yang di cela oleh syara` kepada apa dipuji
oleh syara`. (Ar-Risalah Al-Qusyairiah: 91) Menyesal di atas dosa-dosa sekalipun telah
dilakukan berulang-kali.
Menurut Ibn Qoiyim al-Jauziyyah terdapat tiga hakikat taubat:
1. Merasa besar pada kesalahan kecil
2. Merasa taubatnya masih belum di terima
3. Menzahirkan sensitiviti dan kemarahan kerana Allah apabila suruhan Allah dicanggah serta
tidak menerima sebarang alasan daripada orang yang menyanggahi perintah Allah; seperti
dakwaan yang mengatakan kononnya ia adalah suratan taqdir.
(Tahzib Madarij as-Salikin: 124)
Menurut Zun Nun al-Masriy terdapat tiga tanda seseorang itu melakukan taubat
nasuha: Kurang berkata-kata, kurang makan dan kurang tidur.
Menurut Abu Bakar al-Wasity: Dorongan melakukan taubat nasuha bukan
disebabkan lantaran kehilangan sesuatu. Orang yang membuat dosa di dunia untuk mencari
kesenangan diri, kemudian ia bertaubat untuk mendapatkan kesenangan diri di akhirat, maka
taubatnya adalah untuk dirinya semata-mata bukan kerana Allah.
Firman Allah‘Azza Wa Jalla:
‫إن الله يحب التوابين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat.
(Al-Baqarah: 222)

Suci dan bersih dengan membuang segala kekotoran dan apa sahaja yang tercela.
Sabda Rasulullah SAW:
‫وعـن أبـي سعيد قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ان الله جميل‬
‫يحب الجمال ويحب ان يرى اثر نعمه على عبده رواه أبو يعلى‬

67
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Maksudnya: Daripada Abi Said bersabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah itu
adalah cantik, Allah menyukai yang cantik , dan Allah suka melihat kesan nikmatnya pada
hambanya.
(Riwayat Abu Ya`li)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫ويحب المتطهرين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang sentiasa
mensucikan diri.
(Al-Baqarah: 222)
Ihsan. Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan bahawa orang yang memiliki sifat ihsan
ialah mereka yang beri`tiqod menurut prinsip tauhid yang sahih, mengelokkan urusan penjagaan
diri, menunaikan kefardhuan dan tidak mengenakan kejahatan dirinya kepada orang lain.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 1; ms 420)

Terdapat dua maqam ihsan iaitu maqam muraqobah: merasai bahawa Allah melihat
kita. Dan maqam mushahadah: menghambakan diri seolah-olah kita melihat Allah.
(Al-Mustakhlis Fi Tazkiyah an-Nafs 325)

Ibn Qoiyim menjelaskan: Ihsan pada qasad (maksud, niat dan tujuan) terhasil
dengan:-
1. Membentuk ‘qasad’ di atas asas ilmu dan membersihkannya dari kepincangan.
Tidak ber‘qasad’ melainkan dengan apa yang diharuskan oleh ilmu (mengikut arahan Allah
dan syara`).
2. Memeterai keazaman. Ia dimeterai dengan penuh ketelitian dan disertai dengan
kekuatan bagi tujuan perlaksanaan. Ia tidak bertangguh-tangguh, tidak menghiraukan
sekatan yang melemahkan nya dan tidak luntur semangat.
(Tahzib Madarij as-Salikin: 481)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫إن الله يحب المحسنين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya.
(Al-Baqarah: 195)

Bertaqwa. Ibn Atho` mengatakan: Taqwa adalah pada zahir dan batin. Taqwa pada
zahir dengan memelihara batasan agama. manakala taqwa pada batin ialah niat dan ikhlas.
(Al-Risalah Al-Qusyairiyah: 106).

Sabda Rasulullah SAW:


‫عن عطية السعدي قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ال يبلغ العبد‬
‫أن يكون من المتقين حتى يدع ما ال بأس به حذرا لما به البأس‬
Maksudnya: Rasulullah SAW menjelaskan bahawa, hakikat taqwa tidak dapat
diperolehi oleh seorang hamba sehinggalah ia meninggalkan suatu yang tidak merbahaya
lantaran takut terjebak kepada bahaya yang lain.
(Sunan Al-Baihaqiy Al-Kubra)

68
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫فإن الله يحب المتقين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaqwa.
(Ali Imran: 72)

Sabar. Ibn Atho` berkata: ‘Sabar’ ialah menanggung ujian dengan adab yang
murni.
(Ar-Risalah al-Qusyairiah: 184)

Diriwayatkan bahawa: Bersabarlah untuk mentaati Allah, sanggupkanlah hati kamu


untuk menanggung ujian di jalan Allah, ikatkanlah jiwamu dengan kerinduan kepada Allah.
(Tahzib Madarij Al-Salikin: 354)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫والله يحب الصابرين‬
Maksudnya: Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
(Ali Imran: 146)

Tawakkal. Abu Nasr as-Siraj at-Tusiy berkata syarat untuk bertawakkal ialah
menurut apa yang dijelaskan oleh Abu Turab an-Nakhsyabiy: Menggerakkan badan berdasarkan
konsep ‘ubudiyyah’, pergantungan hati berdasarkan konsep ‘rububiyyah’ dan mententeramkan
jiwa kepada Yang Maha Mencukupkan segalanya iaitu Allah. Sekiranya ia diberi ia bersyukur,
jika tidak mendapat maka ia bersabar.
(Ar-Risalah al-Qusyairiah: 164)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫إن الله يحب المتوكلين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal
kepada-Nya.
(Ali Imran: 156)

Saksama dan adil. Berlaku adil pada setiap masa dan ketika walaupun pihak yang
lain tidak berlaku adil, mengkhianati dan terpesong dari jalan kebenaran. Ini kerana sifat adil
yang dilakukan bukanlah untuk mereka tetapi adalah untuk Allah ‘Azza Wa Jalla. Sabda
Rasulullah SAW:
‫عن أبي الطفيل عن حذيفة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ال‬
‫تكونوا إمعة تقولون إن أحسن الناس أحسنا وإن ظلموا ظلمنا ولكن وطنوا‬
‫أنفسكم إن أحسن الناس أن تحسنوا وإن أساءوا فال تظلموا‬
Maksudnya: Daripada Abit Thufail daripada Huzaifah bahawa Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah kamu menjadi “imma`ah”, iaitu dengan mengatakan sekiranya manusia
lain baik maka baiklah kami, sekiranya manusia lain zalim maka zalimlah kami; akan tetapi
tetapkanlah dirimu bahawa sekiranya manusia lain baik maka kamu juga baik, sekiranya
mereka jahat maka janganlah kamu turut menjadi jahat.
(Sunan At-Tirmiziy)

69
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫إن الله يحب المقسطين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Al-Maidah: 142)

Berjuang menegakkan agama Allah dalam soff (barisan) / jamaah dan membina
kesatuan dengan bekerjasama. Berjuang fi sabillah iaitu di jalan Allah di atas landasan syariat,
tidak bermatlamatkan dunia, bukan untuk kepentingan diri atau kepentingan mana-mana pihak,
bukan di atas dasar ‘asobiyyah’ (perkauman). Sentiasa berada dalam kesatuan. Kekuatan dibina
dengan kesatuan bagi menegakkan agama Allah. Sepertimana seorang yang memiliki suatu
binaan tidak suka binaan tersebut pincang begitulah juga Allah tidak menyukai ummat ini
berbalah dan berpecah. Kekukuhan kesatuan yang dibina seumpama binaan yang tersusun rapi
lagi indah dan sempurna tiada sebarang kecacatan.

Seumpama tertegaknya sebuah bangunan dari pelbagai juzuknya, bermula dari


tapak, dinding, tiang dan sebagainya. Setiap satu juzuk bangunan itu mempunyai peranannya
sendiri. Bangunan tidak akan terbina semata-mata dengan satu juzuk sahaja. Jika salah satu dari
juzuknya dipisahkan maka ia terdedah kepada pelbagai bahaya lama-kelamaan ia akan terus
roboh. Mereka yang ingin menegakkan agama secara bersendirian tidak akan berjaya kerana ia
tidak menunaikan tuntuntan Islam dalam perjuangannya.
(Sedutan Fi Zilal Al Quran: jil 6; ms 3555)
Sewajarnya saling tolong-menolong dan lengkap-melengkapi antara individu,
kelompok masyarakat dan jamaah, walaupun saling berbeza fikrah dan pendapat dalam usaha
mengislah masyarakat, politik dan ekonomi. Lainlah halnya sekiranya terdapat percanggahan
dalam prinsip dan wasilah yang digunakan oleh mereka, berkaitan nas yang menjelaskan soal
halal atau haram.
(Sedutan dari Al-Syariah Al-Muftara Alaiha: 126)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫إن الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا كأنهم بيان مرصوص‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk
membela ugama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan
yang tersusun kukuh.
(As- Soff: 4)
Tawadhuk dan berkasih-mesra (azillah) sesama orang mukmin. Selagi mana
seseorang itu beriman maka ia berhak untuk mendapat layanan yang baik dan hendaklah saling
berbelas-kasihan, berlemah–lembut, bertoleransi dan tidak banyak membantah.
Pendirian sebegini bukanlah suatu yang hina bahkan ia adalah jalinan ukhuwwah
yang melenyapkan segala batas perbezaan, tidak menyusah dan membebankan orang lain; serta
menghilangkan kecelaruan dan kekeliruan antara dua jiwa.

Seorang yang jiwanya tidak bersama jamaah dan merasakan dirinya mempunyai
suatu kelebihan sentiasa ingin menonjolkan sifat lobanya terhadap orang lain. Adapun mereka
yang jiwanya bersama jamaah, sikapnya sentiasa melambangkan kesatuan jiwa. Tidak wujud di
dalam jiwanya sebarang prasangka buruk ingin menghina, memperlekeh dan memperkecilkan
orang lain. Demikianlah pertemuan yang diasaskan kerana Allah, kasih-sayang mereka sentiasa
digandakan.

70
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(Sedutan dari Fi Zilal Al Quran: jil 2; ms 919)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫يحبهم ويحبونه أذلة علي المؤمنين‬
Maksudnya: Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula
bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang beriman.
(Al-Maidah: 54)

Tegas (izzah) ke atas orang kafir. Orang kafir yang memusuhi umat Islam
sepatutnya dikerasi dan ditentang. Ini bukan kerana ‘izzah (memuliakan) dengan zat diri sendiri
tetapi izzah dengan aqidah. Ketuanan Islam mesti ditegakkan dan dalam masa yang sama hak
orang bukan Islam tetap terjaga dan terpelihara. Peranan orang Islam ialah memberi kefahaman
kepada orang bukan Islam berkaitan perkara yang hak.
(Sedutan dari Fi Zilal Al Quran: jil 2; ms 919)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫أعزة على الكافرين‬
Maksudnya: Berlaku tegas (gagah) terhadap orang-orang kafir.
(Al-Maidah: 54)

Berjihad di jalan Allah tanpa menghiraukan segala celaan. Berjihad untuk


melaksanakan syariat Tuhan yang menjamin kestabilan hidup. Tidak berganjak dihadapan
mereka yang cuba menghalang dan mengganggu. Tidak goyah menghadapi sebarang ugutan dan
hasutan. Rasulullah SAW bersabda:
‫عن أبي سعيد الخدري ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ال يحقرن‬
‫أحدكم نفسه إذا‬
‫رأى أمر الله عليه فيه مقاال فال يقول به فيلقى الله وقد أضاع ذلك فيقول ما‬
‫منعك فيقول خشيت الناس فيقول انا كنت أحق ان تخشى‬
Maksudnya: Daripada Abi Saeid al-Khudriy: Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang dari kamu menghina dirinya; apabila ia melihat suatu perkara yang
sepatutnya ia menyatakan sesuatu (teguran) kerana menurut perintah Allah ‘Azza Wa Jalla,
tetapi ia tidak menyatakan (teguran) tersebut, sehinggalah ia bertemu dengan Allah ‘Azza Wa
Jalla, sedangkan kesempatan itu sudah berlalu, maka ditanya kepadanya: Mengapakah kamu
tidak melakukannya (teguran tersebut)? Dia menjawab: Aku takut pada manusia. Lalu dikatakan
kepadanya: Sesungguhnya Akulah (Allah) yang lebih berhak untuk ditakuti.
(Tafsir Ibn Kathir)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫يجاهدون في سبيل الله وال يخافون لومة الئم‬
Maksudnya: Mereka berjuang dengan bersungguh sungguh pada jalan Allah, dan
mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
(Al-Maidah: 54)

71
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Sifat-Sifat Yang Dibenci Oleh Allah
1. Kufur.
Kufur adalah adalah perkara yang berlawanan dengan iman. Kekufuran merangkumi
perbuatan menyembunyikan kebenaran dan tidak mempedulikan nikmat Allah yang melimpah-
ruah.
(Tafsir al-Qurtubiy: jil 1; ms 200)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫فإن الله ال يحب الكافرين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang kafir.
(Ali Imran: 32)

2. Melampau.
Melanggar batas-batasan yang telah ditetapkan.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫إن الله ال يحب المعتدين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menceroboh.
(Al-Baqarah: 190)

3. Melakukan kerosakan.
Memesongkan diri daripada jalan yang lurus. Melakukan kerosakan di muka bumi ialah
dengan:-
 Melakukan kekufuran
 Menyatakan wala` (taat setia) kepada golongan kafir.
 Memecah-belahkan manusia dengan ajakan agar tidak beriman dengan Nabi
Muhammad SAW dan Al-Quran.
(Tafsir al-Qurtubiy: jil 1; ms 220)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫والله ال يحب الفساد‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
(Al-Baqarah: 205)

4. Engkar dan dosa.


Engkar dengan hati dan melakukan dosa dengan perbuatan.

(Tafsir Ibn Kathir)


Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫والله ال يحب كل كفار أثيم‬
Maksudnya: Allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang terus kekal dalam
kekufuran dan selalu melakukan dosa.
(Al-Baqarah: 276)

72
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

5. Zalim
Iaitu penginayaan pada diri, harta dan kemuliaan.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫والله ال يحب الظالمين‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang orang yang zalim.
(Ali Imran: 57)

6. Berbangga diri dan bongkak.


Merasakan diri sentiasa lebih daripada orang lain dan meninggikan diri di hadapan
orang.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫إن الله ال يحب كل مخنال فخور‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong
takabbur, lagi membanggakan diri.
(Luqman: 18)

7. Khianat.
Melakukan pengkhianatan terhadap harta benda manusia dan melakukan perkara-
perkara yang melibatkan dosa ke atas mereka.
(Ruh Al Ma`aniy)

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫إن الله ال يحب من كان خوانا أثيما‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu
melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.
(An-Nisa`: 107)
Menurut al-Kalbiy: Mengkhianati Allah dan Rasulullah ialah dengan melakukan
maksiat. Manakala mengkhianati amanah: Ia adalah berkaitan dengan apa yang diamanahkan
dan difardhukan oleh Allah kepada seseorang, sekiranya dia mahu dia akan menunaikannya dan
sekiranya dia enggan dia mengkhianati amanah tersebut, hanya Allah sahaja yang mengetahui
tentang dirinya.
(Al-Kabair: 117)

8. Bangga, tidak tahu menggunakan nikmat dan sombong.


Enggan mengiktiraf nikmat Allah, merasakan apa yang diperolehinya adalah hasil
usaha dirinya sendiri semata-mata. Menggunakan nikmat Allah pada jalan yang tidak benar.
Berbangga dan bermegah dengan harta kekayaan, kekuasaan dan kebolehan diri hingga
menyebabkan ia tenggelam dalam kenikmatan. Sepatutnya ia memanjatkan puji-pujian dan
kesyukuran ke hadrat Allah yang mengurniakan segalanya.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

73
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫إن الله ال يحب الفرحين‬


Maksudnya: Sesungguhnya sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang bermegah-megah.
(Al-Qasas: 76)

Allah ‘Azza Wa Jalla menafikan mahabbah (cinta dan kasih) menjurus kepada:-
 Kemurkaan Allah.
 Allah tidak meredhai.
 Tidak mendapat balasan ganjaran pahala.

Kesimpulan daripada keterangan di atas menunjukkan bahawa orang mukmin:-


 Amat cenderung untuk melakukan ketaatan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.
 Berakhlak menurut kesukaan dan keredhaan Allah.
 Menggesa diri agar menjauhi perkara yang tidak disukai Allah.

B) IBADAT
FALSAFAH SOLAT DAN KEPENTINGANNYA

Kepentingan Menunaikan Solat


Luqman berpesan kepada anaknya agar menunaikan sembahyang sepertimana
firman Allah:

74
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫يا بني أقم الصالة‬


Maksudnya: Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang.
(Luqman: 17)
Para anbiya’ dan solihin sentiasa mengambil berat dengan solat. Firman Allah
‘Azza Wa Jalla:
‫ربنآ إني أسكنت من ذريتي بواد غير ذي زرع عند بيتك المحرم ربنا‬
‫ليقيموا الصالة فاجعل أفئدة من الناس تهوي إليهم وارزقهم من الثمرات‬
‫لعلهم يشكرون‬
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian
dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman
padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka
ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan
ibadat). Oleh itu, jadi-kanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka,
(supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai
jenis buah-buahan dari hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.
(Ibrahim: 37)

Sembahyang dianggap medan yang paling wajar untuk orang mukmin mengingati
Allah. Dengan menunaikan sembahyang seorang mukmin itu dapat mengingati Allah dari
permulaan sehinggalah selesai mengerjakannya. Rasulullah bersabda yang mafhumnya,
“Sesungguhnya para sahabat nabi tidak melihat sesuatu yang lain jika ditinggalkan menjadi
kufur melainkan sembahyang.”
(Dikeluarkan oleh At-Tirmiziy dan Al-Hakim)

Di dalam ayat–ayat yang lain Allah ‘Azza Wa Jalla telah memerintahkan


sembahyang dan menjelaskan kepentingan-nya, antaranya seperti berikut:-
1) Allah memerintahkan hambanya agar menunaikan sembahyang di kala
menghadapi kesukaran dan kepayahan.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫يآأيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصالة إن الله مع الصابرين‬
Maksudnya: Wahai sekalian orang-orang yang beriman, Mintalah pertolongan
(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan
bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai
(menolong) orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah: 153)

2) Sembahyang menjadikan seorang hamba mampu untuk mencegah


kemungkaran dan segala perbuatan yang keji.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫وأقم الصالة إن الصالة تنهىـ عن الفحشآء والمنكر‬
Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya

75
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-Ankabut: 45)

3) Allah menjelaskan bahawa mengingat-Nya dengan menunaikan


sembahyang adalah cara paling afdhal:
Fiman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫وأقم الصالة لذكري‬
Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
(Toha: 41)
4) Allah mendedahkan di dalam Al-Quran bahawa sifat semula jadi manusia
ini ialah sentiasa resah gelisah dan bersifat bakhil di samping sifat sifat keji yang lain lagi.
Kecuali orang orang yang mendirikan sembahyang. Firman Allah:

‫إن اإلنسان خلق هلوعا إذا مسه الشر جزوعا وإذا مسه الخير منوعا إال‬
‫المصلين الذين هم على صالتهم دآئمون والذين في أموالهم حق معلوم‬
‫للسآئل والمحروم والذين يصدقون بيوم الدين والذين هم من عذاب ربهم‬
‫مشفقون إن عذاب ربهم غير مأمون والذين هم للفروجهم حافظون إال على‬
‫أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فأنهم غير ملومين فمن بتغى ورآء ذلك‬
‫فأولـئك هم العادون والذين هم ألماناتهم وعهدهم راعون والذين هم‬
‫بشهاداتهم قائمون والذين هم على صالتهم يحافظون أولـئك في جنات‬
.‫مكرمون‬
Maksudnya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi
bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah; dan apabila ia beroleh
kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyang dan mereka (yang menentukan bahagian)
pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum; bagi orang miskin yang meminta dan orang
miskin yang menahan diri (daripada meminta); dan mereka yang percayakan hari pembalasan
(dengan mengerjakan amal amal yang salih sebagai buktinya); dan mereka yang cemas takut
daripada ditimpa azab Tuhannya; kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi
seorangpun) merasa aman terhadapnya; dan mereka yang menjaga kehormatannya; kecuali
kepada isterinya atau kepada hambanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; Kemudian
sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang
melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang
memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi); dan mereka
yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam
syurga dengan diberikan penghormatan.
(Al-Ma`arij: 19 – 35)

Saidina Umar RA telah mengatakan bahawa:

76
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫ من حفظها وحافظ عليها حفظ دينه ومن ضيعها فهو‬:‫عمر رضي الله عنه‬
‫لما سواها أضيع‬
Maksudnya: Sesiapa yang menjaga dan memelihara solat secara bersungguh-
sungguh, ia telah menjaga agamanya; dan barang siapa yang mengabaikannya maka ia lebih
mengabaikan perkara-perkara lain.
Seorang hamba apabila ia berdiri untuk sembahyang ia memulakan dengan takbir,
ini melambangkan keimanannya terhadap kebesaran Allah ‘Azza Wa Jalla.

Puji-pujian terhadap Allah ‘Azza Wa Jalla melambangkan makrifatnya (kenal)


terhadap yang Maha mencipta dan berkuasa mengadakan dan meniadakan serta yang Maha
Bijaksana dalam menentukan rezeki. Justeru, wajarlah kesyukuran dipanjatkan hadrat Ilahi

Bertasbih melambangkan ia mengiktiraf bahawa tiada siapa yang dapat menandingi


kekuasaan Allah, dan mengagungkan rububiyyah Allah ‘Azza Wa Jalla.

Tasyahhud pula merupakan ‘akad setia’ (bai’ah) yang sentiasa diperbaharui dengan
Allah untuk melaksanakan tuntutan syahadah iaitu iltizam dengan tuntutan syari’at dan menjauhi
tegahan syari’at.

Jelaslah, solat merupakan perlambangan yang praktis bagi keimanan terhadap


perkara ghaib keseluruhannya.

Mukmin yang menunaikan solat, menyerahkan dirinya seratus peratus kepada


Allah, memisahkan dirinya dari dunia sepenuhnya, membuang segala fikiran dan lintasan hati
yang berkaitan dengan dunia, menghadap diri kepada Allah dengan hati, fikiran, dan rohnya
sekaligus, semata-mata untuk mecari keredhaan Allah. Tidak menyibukkan dirinya dengan
urusan keduniaan. Sesungguhnya dunia ini adalah satu cebisan yang akan binasa, akhiratlah yang
kekal abadi dan lebih baik. Sepatutnya seseorang yang mendirikan solat mengosongkan hati dari
segala perkara keduniaan dengan menghadapkannya kepada Allah secara mutlak; sepertimana
seseorang yang berdiri menghadap kepada qiblat semata-mata; tidak menghala ke arah lain lagi.

Pada suatu hari Hatim al-Asom ditanya tentang sembahyangnya; dia berkata:
“Apabila tiba waktu sembahyang aku mengambil wudhuk dengan sempurna, kemudian aku pergi
ke tempat sembahyang dan aku duduk seketika sehingga seluruh anggotaku menjadi tenang,
kemudian aku bangun dengan menggambarkan bahawa ka’bah di hadapan dua keningku, dan
aku menganggap bahawa titian sirot di bawah kakiku, syurga di kananku, neraka di kiriku,
malaikat maut di belakangku, aku menyangka itulah solat terakhirku, kemudian aku meletakkan
diriku antara roja` (harapan) dan khauf (takut) kepada Allah, kemudian aku bertakbir dengan
penghayatan sebenar, aku membaca bacaan sembahyang dengan tartil, aku ruku` dengan
tawadhu`, aku sujud dengan khusyu`, aku duduk atas kaki kiri dan aku tegakkan kaki kanan
(duduk tasyahud) lalu aku ikutinya dengan ikhlas, setelah itu aku tidak tahu sama ada ia diterima
atau tidak...?
(Nazorot Hawla Wasoya Luqman: jil 2, ms 584)
Sesungguhnya manusia dijadikan dalam keadaan lemah dan banyak melakukan
kecuaian, maka amat perlu sekali hubungan diri yang kukuh dengan Allah ‘Azza Wa Jalla
melalui kelazatan munajat.

Sabda Rasulullah SAW:

77
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫عن ثابت عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم حبب الي‬
.‫من الدنياالنساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصالة‬
Daripada Thabit daripada Anas RA bersabda Rasulullah SAW: Dianugerahkan rasa
suka kepada dunia, perempuan dan suatu yang baik, dan dijadikan ‘penyejuk mata’ bagiku
ketika berada di dalam sembahyang.
(Musnad Imam Ahmad)

Imam Ibn Qoiyim mengatakan: ‘Penyejuk mata’ (Quratul ‘Ain) adalah lebih tinggi
daripada kecintaan. Ini kerana, bukanlah setiap yang dicintai itu menyejukkan mata. ‘Penyejuk
mata’ hanyalah sesuatu yang dicintai kerana zatnya iaitulah Allah ‘Azza Wa Jalla. Setiap yang
selain dari Allah ‘Azza Wa Jalla dicintai selepas mencintai Allah, maka ia adalah dicintai kerana
Allah.
(Al-Toriq Ila Hidayah: ms 48, 49)

Solat adalah kerehatan bagi orang mukmin. Manakala orang yang lalai dan cintakan
dunia, merasakan solat merupakan suatu bebanan ke atas dirinya. Jika mendirikan solat seolah-
seolah dia berdiri di atas bara api, lalu ia solat dalam keadaan tergopoh-gapah. Dengan itu solat
bukan lagi menjadi kerehatan bagi hatinya
Sabda Rasulullah SAW:
‫قم يا بالل فأرحنا بالصالة‬
Maksudnya: Ayuh wahai Bilal! Kita berehat dengan solat.
(Sunan Abi Daud)

Solat yang sempurna dapat membersihkan diri, sabda Rasulullah SAW:


‫عن أبي هريرة أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول أرأيتم لو‬
‫أن نهرا بباب أحدكم‬
‫يغتسل منه كل يوم خمس مرات هل يبقي من درنه شيء قالوا ال يبقي‬
..‫من درنه شيئ قال فذلك مثل الصلوات الخمس يمحو الله بها الخطايا‬
)‫(متفق عليه‬
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah
kamu lihat jika di hadapan rumah seorang kamu terdapat sungai lalu ia mandi di sungai itu
setiap hari lima kali, adakah masih lagi terlekat padanya kotoran? Sahabat menjawab; Tidak
lagi terlekat padanya sebarang kekotoran. Rasulullah bersabda; Demikianlah solat lima waktu
dapat Allah hapuskan kesalahan-kesalahan.

Solat perlu disempurnakan; ditambahi dengan amalan sunat, agar segala


kekurangan dalam menunaikan kewajipan dapat ditampung dengan amalan sunat. Sabda
Rasulullah SAW:

‫عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬
‫أن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صالته فإن صلحت فقد‬
‫أفلح وأنجح وإن فسدت فقد خاب وخسر فإن انتقص من فريضته شيء قال‬

78
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫الرب عز وجل انظروا هل لعبدي من تطوع فيكمل بها ما انتقص من‬


‫الفريضة ثم يكون سائر عمله على ذلك‬
Maksudnya: Daripada Abi Hurairah Rasulullah SAW bersabda: Perkara pertama
yang dihisab di hari akhirat ialah solat, sekiranya solat itu sempurna ia telah beruntung dan
berjaya. Sekiranya solatnya rosak ia telah rugi dan gagal. Jika solat fardhunya kurang Allah
‘Azza Wa Jalla berfirman: Lihat kepada hamba-Ku ini, adakah padanya amalan sunat untuk
disempurnakan pada kekurangan solat fardhu, demikianlah pada sekelian amalan.
(Riwayat at-Tirmiziy)

Solat mengandungi fungsi yang tersendiri dalam masyarakat jika ditunaikan secara
berjamaah, mereka yang iltizam dengan jamaah adalah terhindar dari godaan dan tipu daya
syaitan yang halus dan licik.

Sabda Rasulullah SAW:


‫عن أبي الدرداء قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ما من‬
‫ثالثة في قرية وال بدو ال‬
‫تقام فيهم الصالة إال قد استحوذ عليهم الشيطان فعليك بالجماعة فإنما‬
‫يأكل الذئب القاصية‬
Daripada Abu ad-Darda`: Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Tidaklah daripada tiga orang di satu perkampungan atau di penghujung kampung
tidak mendirikan solat melainkan diperdayai oleh syaitan maka hendaklah kamu bersama
jamaah, sesungguhnya serigala memakan kambing yang terlepas.
(Riwayat Abu Daud)

Kesungguhan untuk menunaikan solat dibuktikan dengan cara bersegera untuk


menunaikannya dan mendapatkan soff hadapan. Sabda Rasulullah SAW:

‫أبي سعيد الخدري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى في أصحابه‬
‫تأخرا فقال لهم تقدموا فائتموا بي وليأتم بكم من بعدكم ال يزال قوم‬
‫يتأخرون حتى يؤخرهم الله‬
Maksudnya: Daripada Abu Said al-Khudriy: Sesungguhnya Rasulullah SAW
melihat sebahagian sahabat melewat-lewatkan mendirikan soff, lantas Baginda bersabda:
Maralah kamu, ikutilah aku, dan orang yang selepas kamu akan mengikut kamu pula.
Sentiasalah kaum yang melewat-lewatkan sehinggalah Allah membelakangi mereka.
(Riwayat Muslim)
Orang yang melengah-lengahkan solat adalah jauh dari mendapat `inayah dan
rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla, maka dari manakah lagi ia boleh mendapat jalan petunjuk yang
terbaik selain daripada Allah ‘Azza Wa Jalla???

Rasulullah telah menjelaskan tentang kepentingan solat di awal waktu:

79
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫عن نافع عن بن عمر قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الوقت األول‬
‫من الصالة رضوان الله والوقت اآلخر عفو الله‬
Maksudnya: Daripada Nafi` daripada Ibn Umar; bersabda Rasulullah SAW, Solat
pada awal waktu adalah keredhaan Allah, manakala solat pada akhir waktu adalah keampunan
Allah.
(Sunan at-Tirmiziy)
Jelaslah daripada hadis ini bahawa mereka yang solat di awal waktu mendapat
keredhaan Allah kerana amalannya sempurna, manakala mereka yang solat di akhir waktu
mendapat keampunan dari Allah disebabkan oleh kecuaian. Telah kita maklumi, bahawa
keampunan dan kemaafan hanyalah untuk mereka yang cuai atau melakukan kesilapan.
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda:

‫عن ابن مسعود أن النبي صلى الله عليه وسلم سئل أي األعمال أفضل‬
‫قال الصالة ألول وقتها‬
Maksudnya: Daripada Ibn Mas`ud Nabi SAW ditanya apakah amalan yang paling
afdhal. Rasulullah menjawab: Solat pada awal waktu.
(Sunan At-Timiziy)

Rasulullah SAW bersabda lagi:

‫عن علي بن أبي طالب أن النبي صلى الله عليه وسلم قال له يا علي‬
‫ثالث ال تؤخرها الصالة إذا آنت والجنازة إذا حضرت واأليم إذا وجدت لها‬
‫كفؤا‬
Daripada Ali ibn Abi Talib bahawa Nabi SAW bersabda kepada beliau: Wahai Ali!
Tiga perkara jangan engkau lewatkannya: Sembahyang apabila tiba waktunya, apabila tiba
jenazah (jangan dilewatkan penyelenggaraanya), wanita yang tiada suami apabila ada orang
yang sesuai dengannya (kahwinkanlah ia).
(Sunan At-Tirmiziy)

Faedah-Faedah Menunaikan Solat


Kesimpulan yang dapat dibuat ialah solat yang ditunaikan dengan sempurna dan
penuh khusyu` mendatangkan faedah yang banyak, antaranya:-

 Memelihara kesihatan manusia dengan pergerakan badan.


 Mencergaskan tubuh badan dan menguatkan anggota.
 Menghindarkan manusia daripada penyakit jiwa yang merbahaya seperti takut dan
pasif.
 Sembahyang mencegah manusia daripada kejahatan dan kemungkaran.

80
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
 Insan yang bersembahyang berada dalam naungan Allah. Pada waktu sembahyang
ia merasai bahawa ia bersedia untuk menemui Allah, pertemuan yang amat
berharga dan paling mulia.
 Sembahyang mendatangkan ketenangan di hati dan keda-maian jiwa.
 Sembahyang membantu manusia memikul bebanan dan menolong menyelesaikan
masalah.
(Wasoya Wa Al Mawaiz Luqman Al-Hakim: 32)

C) KEMURNIAN AKHLAK

81
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA DAN PERSOALAN


YANG BERKAITAN DENGANNYA
Pengertian Akhlak
Dapat digambarkan pengertian berakhlak mulia dan berbudi pekerti menerusi sabda
Rasulullah SAW bersabda:
‫عن أبي الدرداء ما من شىء أثقل في ميزان المؤمن يوم القيامة من‬
‫حسن الخلق وإن الله يبغض الفاحش البذيء‬
Maksudnya: Daripada Abi ad-Darda’ Tiada sesuatu yang lebih memberatkan
mizan mukmin pada hari qiamat daripada akhlak yang mulia, sesungguhnya Allah memurkai
seorang yang bersikap tercela dan bercakap kotor.
(Dikeluarkan oleh Tirmiziy)

Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menjelaskan:


‫عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الحياء من‬
‫اإليمان واإليمان في الجنة والبذاء من الجفاء والجفاء في النار‬
Daripada Abi Hurairah RA: Malu itu sebahagian daripada iman. Dan balasan
iman ialah ditempatkan di syurga, bercakap kotor adalah daripada tabiat yang kasar, sikap
kasar tempatnya ialah di neraka.
(Sunan At-Tirmiziy)

Rasulullah SAW telah menjelaskan bagaimanakah akhlak yang baik dalam sabda
baginda:-
‫إن أحبكم إلي وأقربكم مني مجلسا يوم القيامة أحاسنكم أخالقا الموطئون‬
‫أكنافا الذين يألفون ويؤلفون وإن أبغضكم إلي وأبعدكم مني يوم القيامة‬
‫الثرثارون المتشدقون المتفيقهون‬
Maksudnya: Sesungguhnya di kalangan kamu yang paling aku kasihi dan paling
dekat denganku di hari kiamat ialah mereka yang paling berakhlak mulia, merendahkan diri
yang bermesra dan dimesrai. Orang yang paling aku benci dan paling jauh dengan aku ialah
mereka banyak bercakap sehingga berlebih-lebihan (menyebut perkara yang memudharatkan
dan tidak mendatangkan manfaat), banyak berbicara tanpa meneliti apa yang diperkatakan dan
berpura-pura mengetahui.
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmiziy)

Golongan yang disukai oleh Rasulullah ialah mereka yang banyak memberi
kemudahan kepada orang lain. Menjalinkan ukhuwwah dengan baik dan penuh persefahaman
serta keharmonian. Manakala golongan yang dibenci oleh Rasulullah SAW ialah golongan yang
hanya mementingkan percakapan yang banyak. Suka membuat pembohongan dan menyebut
perkara yang melalaikan. Jelas dari pertuturan yang didengar, mereka kurang menilai apakah
hakikat yang diperkatakan dan tanggapan yang dibuat oleh mereka tidak tepat. Berpura-pura
memiliki kelebihan tertentu semata-mata ingin menaikkan taraf diri pada pandangan orang lain,
dalam masa yang sama tiada usaha yang dilakukan untuk mencapai ketinggian. Ini menunjukan

82
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
jiwa mereka mengidapi penyakit, dihantui perasaan riya` dan takabbur. Mereka lemah untuk
beramal dan bermujahadah bahkan sering menangguh-nanguhkan suatu perkara tanpa sebab-
sebab yang munasabah.
(Al-Ikhlas: 59-60)

Kita juga perlu menjaga dan mengiktiraf hak seorang sahabat, Rasulullah SAW
bersabda:-
‫ من‬:‫ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬:‫عن أبى هريرة رضى الله قال‬
‫كانت له مظلمة ألخيه من عرضه أو شيء فليتحلله منه اليوم قبل أن‬
‫ وإن لم‬،‫ إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمته‬،‫يكون دينار وال درهم‬
‫تكن له حسنات أخذ من سيآت صاحبه فحمل عليه‬
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Bersabda Rasulullah
SAW: Sesiapa yang terdapat padanya sebarang kezaliman (penganiayaan) terhadap
sahabatnya, yang melibatkan kehormatan dan kemuliaannya atau harta-bendanya, maka
hendaklah ia meleraikannya pada hari itu juga; sebelum tibanya hari yang tiada padanya dinar
dan dirham (hari qiamat); jika padanya terdapat amal soleh maka akan diambil amalan itu
pada kadar kezalimannya, jika tidak terdapat padanya kebaikan maka akan diambil kejahatan
sahabatnya dan dibebankan ke atasnya.
(Sahih Al Bukhariy)

Dalam hadis ini Rasulullah SAW menggesa kaum muslimin agar saling
menunaikan hak-hak saudaranya antara satu sama lain. Ditegah sama sekali mencetuskan
sebarang kezaliman atau penganiayaan ke atas saudaranya. Demikian juga berkaitan dengan hak-
hak saudaranya yang lain, dilarang keras melakukan sebarang pencabulan dan penindasan yang
jelas dikutuk oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Perlulah diberi peluang kepada sahabat untuk
menunaikan hak dan juga mendapatkan haknya.

Pelbagai ragam manusia dalam menjalinkan ukhuwwah sesama mereka, ada


sebahagian daripada mereka yang benar-benar menghayati ruh ukhuwwah dan golongan inilah
yang mendapat keberkatan daripada Allah dan ada juga segolongan yang lain sekadar
mementingkan diri sendiri dan tidak tulus menjalinkan hubungan dan biasanya jalinan yang
sebegini tidak kekal. Berkaitan jalinan interaksi ukhuwwah sesama manusia ini Syeikh Aiyub
menjelaskan beberapa kategori manusia sepertimana berikut :-

Mereka yang menghubungi orang yang telah memutuskan hubungan dengannya


dan menghulur sesuatu kepada mereka yang tidak pernah menghulurkan apa-apa kepadanya.

Mereka yang menghulurlan sesuatu kepada orang yang pernah menghulurkan bakti
kepadanya dan menjalin hubungan dengan mereka yang menghubunginya.

Orang yang tidak menjalinkan hubungan, tidak pula dihubungi oleh orang lain dan
tidak pernah menghulurkan apa-apa, dia juga tidak akan memperolehi apa-apa daripada orang
lain. Lebih teruk lagi ialah mereka yang memutuskan hubungan yang telah terjalin dan tidak
menghulurkan apa-apa apabila orang menghulurkan sesuatu kepadanya.
(Suluk Ijtami’ie Fi Al Islam: 242)

83
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Sepertimana hubungan terjalin melalui peranan dua belah pihak begitu juga
terputusnya hubungan berlaku dengan tindakan kedua-dua belah pihak. Siapa yang mula
meretakkan dan memutuskan hubungan maka dialah yang bertanggungjawab dengan segala yang
berlaku dan sebagai pemutus hubungan.

Kepentingan Berbakti Kepada Ibubapa


Wasiat Luqman menerusi firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫ووصينا اإلنسان بوالديه‬
Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya.
(Luqman: 14)
Allah ‘Azza Wa Jalla telah meletakkan kesyukuran kepada ibubapa selepas
kesyukuran kepada-Nya:
‫أن اشكر لى ولوالديك إلي المصير‬
Maksudnya: Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman: 14)
Terdapat banyak nas Al-Quran yang menggesa agar ber-buat baik kepada ibubapa
selepas perintah menyembah Allah secara berturutan. Antara lain adalah seperti berikut:-
1) ‫وقضى ربك أال تعبدوا إال إياه وبالوالدين إحسانا‬
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan
melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa.
(Al-Isra`: 23)

2) ‫واعبدوا الله وال تشركوا به شيئا وبالوالدين إحسانا‬


Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua
ibubapa.
(An Nisa`: 36)
Menurut al-Imam al-Qurtubiy: Orang yang paling berhak untuk disyukuri, diihsani,
dilakukan kebaikan, ditaati dan dipatuhi ialah orang yang disebut oleh Allah di dalam firman-
Nya selepas perintah agar berbuat ihsan dengan beribadat dan mentaati-Nya serta memanjatkan
kesyukuran kepada-Nya iaitu ibubapa.

Antara ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan bagimana cara berbuat baik kepada
ibubapa:
1) ‫واخفض لهما جناح الذل من الرحمة‬
Maksudnya: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas
kasihan dan kasih sayangmu.
(Al-Isra`: 34)
2) ‫فال تقل لهما أف وال تنهر هما‬
Maksudnya: Janganlah engkau katakan “cis” kepada mereka dan jangan pula
engkau herdik keduanya.
(Al-Isra`: 23)

84
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

3) ‫وقل لهما قوال كريما‬


Maksudnya: Katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-
santun).
(Al-Isra`: 23)
4) ‫وصاحب هما في الدنيا معروفا‬
Maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.
(Luqman: 15)
5) ‫ووصينا اإلنسان بوالديه إحسانا‬
Maksudnya: Dan Kami berwasiat kepada manusia supaya berbuat baik kepada
kedua ibubapanya.
(Al-Ahqaf: 15)

Kebahagiaan sesebuah keluarga dan wujudnya kemesraan apabila setiap individu


keluarga tersebut saling hormat menghormati dan tahu tanggungjawab dan peranan masing-
masing. Berbuat baik kepada ibubapa adalah sebahagian daripada ibadat dan akhlak yang mulia
serta menjadi kefardhuan bagi agama. Ia juga adalah antara anak kunci pertama yang
membolehkan seseorang masuk ke dalam syurga. Demikian juga pada syariat agama yang
terdahulu iaitu pada Bani Israel.

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:


‫وإذ أخذنا ميثاق بني إسرائيل ال تعبدون إال الله وبالوالدين إحسانا وذى‬
‫القربى واليتمىوالمساكين وقولوا للناس حسنا وأقيموا الصالة وءاتوا الزكاة‬
‫ثم توليتم إال قليال منكم وأنتم معرضون‬
Maksudnya: Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian
setia dengan Bani Israel (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah,
dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta
orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik;
dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan
(perjan jian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-
orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
(Al-Baqarah: 83)

Peranan seorang anak untuk berbakti kepada ibubapa adalah amat tinggi seperti
yang digambarkan dalam hadis di bawah:
1) ‫عن أبي هريرة رضى الله عنه قال رسول الله صلى الله‬
‫عليه‬
‫ ال يجزي ولدوالده إال أن يجد مملوكا فيشتريه فيعتقه‬:‫وسلم‬
Maksudnya: Tidak membalas jasa baik bagi seorang anak akan bapanya
melainkan, sekiranya ia membeli seorang hamba kemudian ia membebaskannya.
(Riwayat Muslim)
2) ‫عن بريدة عن أبيه أن رجال كان في الطواف حامال أمه‬
‫يطوف بها‬

85
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫فسأل النبي صلى الله عليه وسلم هل أديت حقها قال ال وال بزفرة واحدة‬
Maksudnya: Daripada Buraidah, bapanya berkata: Terdapat seorang lelaki yang
mengusung ibunya ketika tawaf, lelaki itu bertanya kepada Nabi SAW, “Adakah aku telah
melaksanakan hak ibuku (dengan apa yang aku lakukan ini)?" Rasulullah SAW menjawab,
"Sama sekali tidak, tidak walaupun dengan kadar satu hembusan nafas.” (Ibn Kathir)

Pelbagai Cara Berbakti Kepada Ibubapa


Berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW dan
pandangan-padangan ulama muktabar berkaitan berbuat kepada ibubapa, dapat diringkaskan
seperti berikut:-

 Mentaati suruhan mereka selagi mana mereka tidak menyuruh dengan perkara yang
ditegah oleh syara`.
 Mengorbankan jiwa untuk mempertahankan mereka.
 Mendahulukan arahan mereka mengatasi perbuatan sunat.
 Menjauhi perkara yang dilarang oleh mereka.
 Menghulurkan khidmat kebendaan.
 Menuruti kehendak dan kemahuan mereka.
 Memperbanyakkan khidmat dan bantuan.
 Memuliakan, menghormati, dan beradab terhadap mereka.
 Melakukan sesuatu yang menggembirakan mereka.
 Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang menyedih mereka.
 Mencium tangan dan berdiri menghormati mereka.
 Seorang suami perlu mengutamakan redha ibu dan ayah daripada isterinya.
 Berjalan di belakang mereka.
 Bersabar di atas perkara yang kita tidak sukai tetapi dilakukan oleh mereka.
 Berbuat baik kepada sahabat dan kaum kerabat mereka.
 Tidak meninggikan suara di hadapan mereka.
 Tidak melakukan perkara yang menyedihkan mereka.
 Tidak memanggil mereka dengan menyebut namanya.
 Tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat, mengherdik dan mencela di hadapan mereka.
 Tidak merendahkan atau memperlecehkan martabat mereka.
 Tidak menajamkan pandangan ke arah mereka.
 Tidak bermusafir melainkan dengan izin mereka.
 Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi dari tempat mereka.

* Berbakti kepada ibubapa selepas mereka meninggal dunia ialah dengan cara
- berdoa, istighfar, menunaikan sembahyang, berpuasa bersedekah dan menunaikan
haji untuk mereka serta menziarahi kubur mereka.

86
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(Al-Bir Wa Silah: 53 / Nozorot Hawla Wasoya Luqman: jil 2; ms146 & 183)

Beberapa Persoalan Berkaitan Berjasa Kepada Ibubapa


* Nafkah
Berbuat baik kepada kedua ibubapa adalah amalan terpuji dan merupakan
keutamaan. Melakukan ihsan dan dan mengeluarkan nafkah (mengeluarkan belanja) terhadap
mereka perlu diutamakan, sepertimana yang difirmankan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫يسألونك ماذا ينفقون قل مآ أنفقتم من خير فللوالدين واألقربين واليتامى‬
‫والمساكين وابن السبيل وما تفعلوا من خير فإن الله به عليم‬
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) apakah yang akan
mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan: "Apa jua hartabenda (yang halal) yang
kamu belanjakan maka berikanlah kepada; kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak
yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan
(ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
(Al-Baqarah: 215)

Kewajipan mengeluarkan nafkah kepada mereka adalah setelah selesainya semua


keperluan asasi dan terdapat lebihan dari keperluan diri dan keluarga.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫ويسئلونك ماذا ينفقون قل العفو‬
Maksudnya: Mereka itu bertanya kepada engkau apakah yang mereka nafkahkan.
Katakalah sekadar berlebih hajat darimu.
(Al-Baqarah: 219)

Rasulullah SAW pula bersabda:


‫إن أوالدكم هبة من الله وأموالهم لكم إذا احتجتم‬
Maksudnya: Sesungguhnya anak-anak kamu adalah pemberian dari Allah, harta
mereka adalah untuk kamu apabila kamu berhajat.
(Dikeluarkan oleh Ahmad, Ashabus Sunan, Ibn Hibban dan al-Hakim)

Kewajipan mengeluarkan nafkah (mengeluarkan belanja) tehadap sesuatu adalah


dengan sebab tiga perkara; tali kekeluargaan, hak milik dan hubungan perkahwinan. Ibubapa
merupakan penghubung tali kekeluargaan yang pertama sepertimana yang telah sedia
dimaklumi.

Kewajipan anak-anak berbuat ihsan dan memberi nafkah kepada ibubapa adalah
dengan memberi makan, memberi pakaian, mengubati sakit dan mempertahankan diri mereka
dari sebarang kemudharatan
Antara syarat wajib memberi nafkah yang utama ialah kemampuan dan
kesanggupan anak itu sendiri. Dan nafkahnya itu adalah lebihan dari tanggungan perbelanjaan
asasi diri mereka dan sesiapa yang berada di bawah tanggungannya, untuk kadar sehari semalam.
Jika ia tidak mempunyai kemampuan tetapi memiliki harta hendaklah menjual harta tersebut

87
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
demi untuk memberi nafkah kepada ibubapa. Jika ia tidak memiliki harta tetapi berupaya untuk
bekerja maka hendaklah ia bekerja sehinggalah dapat memberi nafkah kepada ibubapa.

Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai turutan siapakah yang perlu


didahulukan untuk diberi nafkah:
‫عن طارق المحاربي قال قدمنا المدينة فإذا رسول الله صلى الله عليه‬
‫وسلم قائم على المنبر يخطب الناس وهو يقول يد المعطي العليا وابدأ‬
‫بمن تعول أمك وأباك وأختك وأخاك ثم أدناك أدناك‬
Maksudnya: Daripada Toriq al-Muharibiy: Kami datang ke Madinah, pada ketika
itu Rasulullah SAW sedang berkhutbah dan bersabda: Tangan yang memberi itu adalah lebih
utama dan mulia. Dan mulakanlah dengan siapa yang kamu tanggung (memberi makan, minum
dan pakian dan selainnya), kemudian emak kamu, kemudian ayah kamu, kemudian saudara
perempuan engkau, kemudian saudara lelaki engkau, kemudian saudara yang terlebih rendah
dari engkau.
(Sunan an-Nasaiy)

Dinyatakan di dalam kitab “Feqh Manhaji” Salah satu daripada syarat wajib kepada
anak untuk memberi nafkah kepada bapa ialah ketikamana ibunya tidak berupaya untuk memberi
nafkah yang secukupnya kepada suaminya (bapa kepada anak). Ini bermakna nafkah kepada ibu
adalah diwajibkan ke atas anaknya ketika mana :
1. Bapa tidak berupaya untuk memberi nafkah kepada isterinya. (ibu kepada anak)
2. Bapa telah meninggal.
Ini bererti gugurlah kewajipan ke atas anak untuk memberi nafkah kepada ibunya
ketikamana;
1. Si bapa berupaya memberi nafqah kepada isterinya (ibu kepada anak).
2. Isteri kepada bapa (ibu kepada anak ) bersuami lain.
(Feqh Al Minhajiy: jil 2, ms 166)

* Berbakti Terhadap Mereka Selepas Mereka


Meninggal Dunia
Sesungguhnya si mayat merasa gembira dengan amalan baik yang dilakukan oleh
orang yang hidup. Mereka merasa sedih dan pedih dengan amalan jahat yang dilakukan oleh
orang yang hidup. Mereka mendapat manfaat dari amal kebaikan yang dilakukan oleh orang
yang hidup seperti sedekah, ibadat dan doa.
(Yasalunaka Fiddin Wal Hayah: jil 2; ms 310)

Firman Allah SWT:


‫والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya
dengan keadaan yang beriman, Kami (hubungkan) himpunkan zuriat keturunannya itu dengan
mereka (di dalam syurga).
(At-Thur: 21)

88
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Dalam satu riwayat daripada Ibn Abbas: Sekiranya darjat bapa lebih tinggi maka
Allah akan mengangkat darjat anak kepada darjat bapa. Sekiranya darjat anak lebih tinggi, maka
Allah akan mengangkat darjat bapa kepada darjat anak.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 17; ms 28)

Berdasarkan keadilan Allah ‘Azza Wa Jalla, setiap ganjaran amalan manusia tidak
dikurangkan dan setiap orang adalah bertanggungjawab di atas amalannya sendiri, tetapi
kelebihan dan rahmat Allah ‘Azza Wa Jalla mengharuskan ganjaran amalan seseorang itu
ditambah.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 17; ms 29)

Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa pahala sedekah dan do’a sampai kepada si
mati. Tetapi ulama’ berselisihan pendapat pada soal ibadat badaniah (amali) seperti
sembahyang, puasa dan bacaan Al-Quran. Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan jumhur salaf
(sepakat ulama salaf) mengatakan bahawa pahala ibadat badaniah boleh disampaikan kepada si
mati. Manakala pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie dan Imam Malik mengatakan
bahawa ia tidak sampai.
(Tuhfat Al Ahwaziy: Bab Ma Jaa Fis Sodaqoh ‘Anil Maiyiti)

Al-Imam Ibn Qoiyim berkata: Perkara yang paling afdhal untuk dihadiahkan untuk
si mati ialah sedekah, istighfar, doa dan haji untuk mereka. Adapun bacaan Al-Quran yang
dihadiah untuk mereka dengan tiada upah adalah sampai kepada mereka seperti sampainya
pahala puasa dan haji yang kita tunaikan dan dihadiahkan untuk mereka.
(Yasalunaka Fi Addin Wa Al Hayah: jil 3; ms 385)

Menurut al-Imam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya mayat mendapat manfaat dari


setiap bentuk ibadat amali (badan) seperti sembahyang, puasa dan bacaan Al-Quran sepertimana
mereka mendapat manfaat dari ibadat harta seperti sedekah, demikian juga halnya dengan doa
dan istighfar.
(Yasalunaka Fi Addin Wa Al Hayah: jil 4; ms 92)

* Jihad
Rasulullah SAW lebih mengutamakan berkhidmat dan berjasa kepada ibubapa
berbanding jihad dan hijrah.
Di dalam hadis nabawi diriwayatkan bahawa: Sahabat bertanya: “Apakah amalan
yang paling disukai oleh Allah Ta`la?" Baginda menjawab: “Sembahyang pada waktunya.”
Sahabat bertanya: “Selepas daripada itu?” Baginda menjawab: “Berbuat kepada kedua
ibubapa.” Sahabat bertanya pula: "Selepas daripada itu?” Baginda menjawab: “Berjihad fi
sabilillah.” (Daripada Ibn Mas`ud)
Al-Imam al-Bukhariy telah menyebut bahawa Abdullah ibn Amru telah berkata:
Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW untuk berbai`ah dan berhijrah, sedangkan ia telah
meninggalkan ibubapanya menangisi pemergiannya. Maka Rasulullah SAW bersabda:
‫ارجع إليهما فأضحكهما كما أبكيتهما‬
Maksudnya: Pulanglah kamu, dan gembirakanlah mereka berdua sepertimana
engkau telah membuatkan mereka menangis.

Ibnul Munzir berkata: Hadis ini menunjukkan tegahan daripada keluar berjihad
tanpa keizinan dan restu ibubapa selagimana hukum jihad itu tidak menjadi fardhu ain, namun
sekiranya kewajipan jihad ketika itu fardhu ain maka wajiblah kesemuanya keluar berjihad.

89
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(Nazorot Hawla Wasoya: jil 1; ms 147)

* Ibubapa Yang Tidak Beragama Islam (Kafir)


Kita juga wajib berbuat baik kepada ibubapa sekalipun mereka tidak memeluk
agama Islam. Ada hadis yang menyebut tentang kisah Asma`, ketikamana ibunya datang
menemuinya untuk mengemukakan suatu hajat yang selama ini terpendam di hati. Justeru itu
Rasulullah SAW pun bersabda dengan maksudnya: “Ya, sahutilah dan hubungilah ibumu itu.”

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:


‫ال ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن‬
‫تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين‬
Maksdunya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil
kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berlaku adil.
(Mumtahanah : 8)

Sesungguhnya Allah tidak menegah kita memuliakan, menghulurkan bantuan dan


menjalinkan hubungan yang baik bersama orang kafir; sekiranya mereka tidak memerangi umat
Islam. Tegahan daripada berbuat sedemikian hanyalah ketika-mana orang kafir bertindak keras
dan memerangi umat Islam dan agama Islam.
(Al-Muntakhab: 821)

Ganjaran Berbuat Baik Kepada Ibubapa


Diantara ganjaran dan kelebihan jika seseorang berbuat berbakti dengan ayah dan
ibunya ialah:-
‫ من أمسى مرضيا لوالديه‬:‫قال ابن عباس قال النبي صلى الله عليه وسلم‬
1(
‫وأصبح وأمسى وله بابان مفتوحان من الجنة وإن واحدا فواحدا ومن أمسى‬
‫وأصبح مسخطا لوالديه أمسى وأصبح وله بابان مفتوحان إلى النار وإن‬
‫ وإن ظلماه وإن‬:‫ يا رسول الله وإن ظلماه قال‬:‫واحدا فواحدا فقال رجل‬
‫ظلماه وإن ظلماه‬
Maksudnya: Berkata Ibn Abbas: Rasulullah SAW telah bersabda, Sesiapa yang
berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan ia diredhai oleh kedua ibu-bapanya, maka
ia berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan dua pintu syurga terbuka untuknya,
sekiranya hanya seorang (ibu atau ayah) maka satulah (pintu syurga yang dibuka). Dan sesiapa
yang berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan ia dimurkai oleh kedua ibubapanya,
maka ia berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan dua pintu neraka terbuka untuknya,
sekiranya hanya seorang (ibu atau ayah) maka satulah (pintu neraka yang dibuka). Seorang
lelaki bertanya: Wahai Rasulallah! Sekalipun ibu-bapanya menzaliminya. Rasulullah SAW
menjawab: Sekalipun ibubapanya menzaliminya (Baginda mengulangi jawapan sebanyak tiga
kali).

90
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
(Rawahu Al-Qurtubiy dalam Tafsir Surah al-Isra`)

2) ‫عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬
‫ثالث‬
‫دعوات مستجابات ال شك فيهن دعوة المظلوم ودعوة المسافر ودعوة‬
‫الوالد على ولده‬
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah: Rasulullah SAW bersabda: Tiga doa yang
pasti mustajab: Doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa seorang ayah ke atas
anaknya.
(Sunan Tirmiziy)
3) ‫عن ابن عمر أن رجال أتى النبي صلى الله عليه وسلم‬
‫فقال‬
‫يا رسول الله إني أصبت ذنبا عظيما فهل لي من توبة قال هل لك من أم‬
‫قال ال قال هل لك من خالة قال نعم قال فبرها‬
Maksudnya: Daripada Ibn Umar RA: Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW.
Beliau berkata: Wahai Rasulallah! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa yang besar, adakah
masih ada peluang untukku bertaubat? Maka Rasulullah SAW bersabda: Adakah engkau
mempunyai ibu? Lelaki tersebut berkata: Tidak. Bersabda Rasulullah SAW: Adakah engkau
mempunyai saudara perempuan bagi ibu. Beliau berkata: Ya. Nabi Bersabda: Maka berbaktilah
kepadanya.
(Sunan At-Tirmiziy)

4) Daripada Wahb ibn Munabbih: Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada Nabi


Musa AS: “Wahai Musa! Muliakanlah ibubapamu. Sesungguhnya siapa yang memuliakan
ibubapanya, Aku panjangkan umurnya, akan dikurniakan kepadanya anak yang kelak akan
memuliakannya. Sesiapa yang menderhakai ibubapanya maka Aku pendekkan umurnya dan
kelak Aku kurniakan anak yang menderhakainya.
(Nazorot Hawla Wasoya: jil 2; ms 179)

Tegahan Menderhaka Kepada Kedua Ibubapa


Kita ditegah menderhaka dan melakukan sebarang kejahatan dengan apa jua bentuk
yang boleh menyakitkan hati mereka. Ini semua termasuk di dalam dosa besar yang boleh
membawa kepada kebinasaan.

Rasulullah SAW bersabda:


1) ‫ال يدخل الجنة قاطع الرحم‬
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang me-mutuskan hubungan
silaturrahim.” (Sepakat Riwayat)

2) "‫ قلنا‬، ‫أال أنبئكم بأكبر الكبائر ؟" ثالثا‬:

91
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫ وكان متكئا‬،"‫ "اإلشراك بالله وعقوق الوالدين‬:‫"بلى يا رسول الله" قال‬


‫ " ليته سكت‬:‫ "أال وشهادة الزور" فمازال يكررها حتى قلنا‬:‫فجلس فقال‬
Maksudnya: “Perlukah aku memberi tahu kamu perkara yang berkaitan dosa yang
paling besar ?” Para sahabat menjawab: “Bahkan, wahai Rasulallah!” Rasulullah SAW
bersabda: “Mensyirikkan Allah dan derhaka kepada kedua ibubapa.” Rasulullah ketika itu
bersandar, lantas Baginda duduk seraya berkata: “Bahkan juga penyaksian bohong.” Baginda
mengulang ungkapan ini sehingga sahabat merasakan seolah-olah Baginda tidak akan
menghentikan kata-katanya itu.

3) ‫عن المغيرة عن النبي صلى الله عليه وسلم‬


‫قال إن الله حرم عليكم عقوق األمهات ومنعا وهات ووأد البنات وكره لكم‬
)‫(متفق عليه‬ …‫قيل وقال وكثرة السؤال وإضاعة المال‬
Maksudnya: Daripada Al-Mughirah, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah mengharamkan kamu menderhaka kepada para ibu, menghalang apa yang
diperintahkan oleh Allah, menuntut sesuatu yang tidak sepatutnya dan membunuh anak hidup-
hidup. Dan Allah membenci manusia yang banyak bercakap dan melanjutkan perbicaraan yang
tidak berfaedah dan tidak pasti; banyak meminta-minta dan bertanya perkara yang tidak perlu;
dan membazirkan harta.
(Ibanah Al Ahkam Syarh Bulugh Al Maram: jil 4; ms 347)

Ketulusan Pengorbanan Ibubapa


Kehidupan menjadi aman, bahagia dan sentosa ketika mana kecintaan dan
kemesraan dipupuk dengan penuh keharmonian, kesetiaan dan hubungan yang baik. Allah ‘Azza
Wa Jalla telah memerintahkan agar kita berdoa dengan ungkapan doa yang penuh syahdu:
‫وقل رب ارحمهما كما ربياني صغيرا‬
Maksudnya: Ya Allah! Kasihanilah keduanya sebagaimana keduanya telah
mengasuh aku ketika aku masih kecil.
(Al-Isra`: 24)

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak, ketika itu kita terlalu lemah, namun
merekalah yang membela dan mendidik kita. Maka, kepada Allah kita hadapkan agar limpahan
rahmat dicucuri ke atas mereka. Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas.

Sayid Qutb menegaskan tentang perkara ini dengan gaya bahasanya yang begitu
menarik: Ibubapa terdorong secara semulajadi untuk menjaga anaknya dengan melakukan
pengorbanan dengan apa cara sekali pun, sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri,
sepertimana tumbuhan hijau mengambil makanan daripada biji benih ketika mana ia masih kecil,
sepertimana seekor anak ayam mengambil zat makanan di dalam telur; selepas daripada itu, biji
benih dan telur akan hancur begitu sahaja kerana ia sekadar sebagai kulit. Demikian juga ibubapa
yang menjaga anaknya dengan kasih sayang dan kesejahteraan, mengorbankan segala upaya dan
tenaga serta penuh perhatian namun setelah mereka mencecah usia tua – sekiranya mereka lewat
dijemput ajal - mereka tetap berbahagia walau berada di dalam keadaan sedemikian rupa.
(Fi Zilal Al Quran: jil 4; ms 221)

92
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

D) DAKWAH
CABARAN DAKWAH DAN CIRI–CIRI PENDAKWAH.

Wasiat Luqman yang mulia ini telah memaparkan tiga antara ciri-ciri utama
pendakwah, dalam usaha mendukung wawasan Rabbani, sebagai persediaan yang perlu dalam
menjalani tugas yang berat ini, iaitu:

a) Sabar
b) Amar Makruf Nahi Munkar
c) Tawadhu’ Dan Merendah Diri

Sabar Menghadapi Dugaan


Allah menggesa para hambanya agar teguh dan menguatkan kesabaran dalam
menempuh badai hidup.

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:-


1) ‫واصبر علي ما أصابك‬
Maksudnya: Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.
(Luqman: 18)

Allah ‘Azza Wa Jalla menggesa hambanya bersabar di dalam melakukan amal


kebajikan dan juga ketika berada di medan tempur. Allah ‘Azza Wa Jalla juga menginginkan

93
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
para hambanya meningkatkan kesabaran mengatasi kesabaran musuh. Allah ‘Azza Wa Jalla
berfirman:
‫يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu (menghadapi
segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada
Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Ali Imran: 20)

Allah ‘Azza Wa Jalla mengingatkan para hambanya bahawa bukan mudah untuk
menghuni syurga Allah ‘Azza Wa Jalla yang maha agung selagi mana kita belum diuji dengan
kepayahan dan kesukaran dalam perjuangan hidup. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يعلم الله الذين جاهدوا منكم ويعلم‬
‫الصابرين‬
Maksudnya: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal
belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan
bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang
sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
(Ali Imran: 142)

Allah ‘Azza Wa Jalla menjanjikan kepada orang yang bersabar dalam menghadapi
segala dugaan hidup bahawa mereka akan mendapat balasan yang terlalu banyak tidak terkira.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang ber-sabarlah sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
(Az-Zumar: 10)

Antara hadis-hadis yang menghuraikan pengertian sabar ialah:-


1) Sabar merupakan suatu ibadat.
‫ انتظار الفرج‬:‫عن ابن عمر رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم‬
‫بالصبر عبادة‬
Maksudnya: Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW: Menanti saat
kesenangan dengan sabar adalah ibadat.

2) Sabar adalah satu perkara yang terbaik.


‫ عجبا ألمر المؤمن إن‬:‫روى مسلمـ عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال‬
‫أمره كله خير وليس ذلك ألحد إال للمؤمن إن أصابته سراء شكر فكان خيرا‬
‫له وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له‬
Maksudnya: Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: Amat menakjubkan
tentang urusan orang mukmin, setiap perkara baginya adalah baik, tidak berlaku sedemikian
melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia memperolehi kesenangan ia bersyukur, ini

94
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
merupakan kebaikan baginya. Sekiranya ditimpa kepa-yahan ia bersabar, ini merupakan
kebaikan baginya.

3) Perlu tabah berhadapan dengan musuh untuk menegakkan kalimah Allah:


‫ يا أيها الناس ال تتمنوا لقاء‬:‫روى الشيخان عن النبي صلى الله عليه وسلم‬
‫العدو واسألوا الله العافية فإذا لقيتموهم فاصبروا واعلموا أن الجنة تحت‬
‫ظالل السيوف‬
Maksudnya: Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: Wahai
manusia, janganlah kamu mencari musuh, pohonlah daripada Allah kesejahteraan. Akan tetapi,
apabila kamu bertemu dengan musuh hendaklah kamu bersabar, ketahuilah bahawa syurga
adalah di bawah bayangan mata pedang.

4) Bersabar menanggung keperitan, menahan diri dari terjebak atau


terpengaruh dengan unsur negatif dalam persekitaran.
‫ المسلم‬:‫روى أحمد والترمزي بسند صحيح عن النبي صلى الله عليه وسلم‬
‫إذا كان مخالطا الناس ويصبر على أذاهم خير من المسلم الذي ال يخالط‬
‫الناس وال يصبر على أذاهم‬
Maksudnya: Imam Ahmad dan Tirmiziy meriwayatkan daripada Rasulullah SAW
dengan sanad yang sahih: Seorang muslim yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan
keburukan mereka lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan
tidak bersabar dengan keburukan mereka.
Jelas kepada kita daripada nas–nas di atas bahawa syakhsiah seseorang tidak
sempurna melainkan dengan memiliki sifat sabar dan musabarah

Menurut Ustaz Abdullah Naseh `Ulwan, “As-Sabr”: kekuatan jiwa dan rohani yang
menjadi benteng kepada individu dan membolehkannya menangkis, sebab-musabab yang
membawa kepada lemah dan lumpuhnya keazaman, kelemahan diri, berwewenang menyerah
kalah. Justeru itu, ia terus tabah, kukuh dan utuh serta meneguhkan pendirian dalam berhadapan
dengan fitnah, godaan, mehnah dan tribulasi. Manakala “Al-Musobarah”: kemenangan diri
dengan bersabar mengalahkan tarikan syahwat, kemenangan diri mengatasi cabaran dengan
bersabar menanggung ujian, bersabar mengalahkan musuh dengan bermujahadah dan
memasakkan thabat (teguh dan tetap pendirian).

 Insan yang tidak berdaya untuk mengalahkan fitnah seks dan syahwat, bererti ia telah
hilang keperibadian.
 Insan yang tidak berdaya untuk mengalahkan fitnah harta dan kebesaran, bererti ia telah
hilang keperibadian.
 Insan yang tidak berdaya untuk bersabar di atas musibah dan ujian, bererti ia telah hilang
keperibadian.
 Insan yang tidak berdaya untuk bersabar bagi mengalahkan musuh di medan peperangan
]
dan jihad, bererti ia telah hilang keperibadian.
 Insan yang tidak berdaya untuk menyatakan kebenaran dan menolak dakwaan batil, bererti
ia telah hilang keperibadian.

95
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Sifat seorang da`ei yang benar-benar faham dengan kerja dakwahnya, mengenali
duri-duri jalanan dan bersabar dengan keliaran nafsu, pertembungan keinginan dan tarikan
syahwat yang berpunca daripada pengaruh semasa, adat yang diwarisi dan arus jahiliyah.
(Muhadhorah Takwin asy-Syahksiah: 46-49)

Ibn Abbas menjelaskan: Sebahagian daripada hakikat iman adalah sabar. Sabar
adalah suatu kemestian dan ia merupakan sebahagian daripada iman, manakala sebahagian yang
lain adalah syukur. Sesiapa yang terdedah kepada tribulasi atau mendapat kesenangan, berada
dalam kemiskinan atau kekayaan, maka perkara utama yang perlu mereka lakukan ialah bersabar
dan redha, seterusnya ia hendaklah bersyukur. Hanya orang mukmin yang sebenar sahaja yang
memiliki sifat-sifat ini. Segala urusan mereka adalah baik. Orang–orang yang sabar mendapat
ganjaran yang tidak terhitung banyaknya dari Allah ‘Azza Wa Jalla manakala orang yang
bersyukur mendapat penambahan dari-Nya.

Sabar terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya:-


# Sabar dalam melakukan ketaatan dan ibadat.
# Sabar dalam menghindarkan diri daripada maksiat dan
syahwat.
# Sabar ketika berdakwah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla
Sabar menghadapi ujian, kesakitan serta keperitan.

Allah ‘Azza Wa Jalla telah memuji golongan ini dan menjanjikan untuk mereka
balasan yang baik dan mulia.
(‘Uddatu Al Sabirin Wa Zakhiratu Al Syakirin: Ibn Qoiyim)

Kita tidak sepatutnya berasa lemah atau putus semangat dengan apa jua halangan,
rintangan dan cabaran yang ditempuhi dalam menjalankan setiap agenda kehidupan. Jangan
cepat menyerah kalah apabila berhadapan dengan cabaran dan ujian hidup. Yakinlah, setiap
ketentuan dan takdir Allah ‘Azza Wa Jalla mengandungi hikmah yang tidak terjangkau oleh akal
fikiran kita. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫فما وهنوا لما أصابهم في سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا‬
Maksudnya: Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah
menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula
mahu tunduk (kepada musuh).
(Ali Imran: 146)

Amar Ma’ruf Dan Nahi Mungkar


Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫وأمر بالمعروف وانه عن المنكر‬
Maksudnya: Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan
perbuatan yang mungkar.
(Luqman: 17)

‘Amar ma`ruf' dan ‘nahi mungkar’ merupakan tugas mulia yang dipikul bersama
oleh orang mukmin dan Rasulullah SAW. Ia merupakan sebab-sebab yang membawa kepada

96
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
kesejahteraan dan mengekalkan keutuhan serta kredibiliti umat akhir zaman. Berkaitan dengan
tugas Rasulullah SAW, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫يأمرهم بالمعروف وينههم عن المنكر‬
Maksudnya: Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan
melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji.
(Al-A`raf: 157)

Berkaitan dengan tugas orang mukmin, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:


‫والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن‬
‫المنكر‬
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya
menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan
melarang daripada berbuat kejahatan.
(At-Taubah: 71)

Berkaitan ayat yang menjelaskan tentang kesejahteraan dan ketinggian umat ini
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر‬
‫وتؤمنون بالله‬
Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
(Ali Imran: 110)

Berkaitan arahan suci daripada Allah ‘Azza Wa Jalla kepada orang mukmin agar
melaksanakan tugas yang mulia ini dan sebagai kewajiban beragama adalah berdasarkan firman-
Nya:-
‫ولتكن منكم أمة يدعون إلي الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر‬
‫وأولئك‬
‫هم المفلحون‬
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara
yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.
(Ali Imran: 104)
Rasulullah SAW telah memberi peringatan bahawa amar ma`ruf dan nahi mungkar
adalah antara sebab membebaskan diri dari azab Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫عن أم سلمة قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه سيكون أمراء‬
‫تعرفون وتنكرون فمن أنكر فقد برئ ومن كره فقد سلم ولكن من رضي‬
‫وتابع قالوا يا رسول الله أال نقاتلهم قال ال ما صلوا الخمس‬

97
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Maksudnya: Ummu Salamah isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW
bersabda: Akan terdapat pemimpin-pemimpin yang melakukan kebaikan dan juga kejahatan,
sesiapa yang menegah kejahatan yang dilakukan oleh mereka maka ia telah terlepas (dosa
bersekutu dengan kejahatan dan dari azab Allah), sesiapa yang membenci di hati (terhadap
perbuatan mungkar tersebut) maka sesungguhnya ia telah terselamat, tetapi mereka yang redha
dan mengikut kejahatan para pemimpin itu (tidak selamat). Para sahabat bertanya kepada
Rasulullah SAW: Adakah perlu kami memerangi mereka? Rasulullah menjawab: Tidak,
selagimana mereka menunaikan solat lima waktu.
(At-Tamhid)
Rasulullah SAW mengatakan bahawa antara punca berlakunya perpecahan ialah
tidak melaksanakan kewajipan amar ma`ruf dan nahi mungkar:
‫والله لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر ولتأخذن على يد الظالم‬
‫ولتأطرنه على الحق أطرا ولتقصرنه على الحق قصرا أو ليضربن الله بقلوب‬
‫بعضكم على بعض ثم ليلعنكم كما لعنهم‬
Maksudnya: Demi Allah hendaklah kamu melaksanakan amar ma`ruf dan nahi
mungkar, hendaklah kamu menegah orang yang melakukan kezaliman, berilah dorongan kepada
mereka agar menerima kebenaran, dan desaklah ia kepada kebenaran, ataupun Allah akan
menyelisihkan hati-hati kamu antara satu sama lain, kemudian kamu akan dilaknati oleh Allah
sepertimana Allah telah melaknati mereka itu.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmiziy)

Rasulullah SAW telah bersabda berkaitan dengan meninggalkan peranan amar


ma`ruf dan nahi mungkar yang akhirnya membawa kepada tercetusnya fitnah:
‫عن حذيفة قال قلت للنبي يا رسول الله متى يترك األمر بالمعروف والنهي‬
‫عن المنكر وهما سيدا أعمال أهل البر قال إذا أصابكم ما أصاب بني‬
‫إسرائيل قلت يا رسول الله وما أصاب بني إسرائيل قال إذا داهن خياركم‬
‫فجاركم وصار الفقه في شراركم وصار الملك في صغاركم فعند ذلك تلبسكم‬
)‫(رواه الطبرانى‬ …‫فتنة تكرون ويكر عليكم‬
Maksudnya: Daripada Huzaifah beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW
ketikamanakah amar ma`ruf dan nahi mungkar ditinggalkan sedangkan ia adalah penghulu
segala amalan ahli kebaikan?. Rasulullah SAW bersabda: Apabila menimpa kamu apa yang
menimpa Bani Israel. Aku bertanya: Wahai Rasulallah! Apakah yang telah menimpa Bani
Israeil? Rasulullah menjawab: Apabila orang yang baik di kalangan kamu berpura-pura
(mengampu) di hadapan orang yang jahat, orang yang tidak pandai agama bercakap tentang
agama dan orang yang tidak layak memerintah memegang kuasa pemerintahan. Pada ketika itu,
akan berlaku fitnah, kamu memerangi fitnah tersebut dan fitnah itu menyerang kamu.
(Mu`jam Al-Awsot) (Nazorot Hawla Wasoya Luqman: jil 2; 711)

Dakwah Yang Berhikmah


Menyeru kepada amalan ma`ruf perlu berpandukan keterangan, ilmu dan
kefahaman yang jelas. Demikian juga dengan mengubah kemungkaran, ia perlu mengikut kadar
kemampuan, sama ada mengubah dengan kekuasaan sekiranya berkemampuan atau dengan lidah

98
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
iaitu menasihatinya dan yang terakhir membenci kemungkaran tersebut dengan hati, di waktu
yang sama kita juga tidak melakukan kemungkaran tersebut Tiada lagi keimanan selepas itu,
meskipun sebesar biji sawi. Di manakah nilai seorang mukmin jika imannya hanya sebesar biji
sawi…???

Menyeru kepada kebaikan hanyalah pada perkara yang jelas terdapat gesaan dari
syara` untuk melakukannya. Manakala tegahan pula hanyalah dibuat pada perkara kemungkaran
yang telah disepakati (ijma`) oleh para ulama’ yang mu’tabar bahawa ia mesti ditegah. Adapun
perkara yang masih terdapat perselisihan di kalangan ulama tidak perlu ditegah, memandangkan
adanya mazhab tertentu yang tidak menyanggah perbuatan seumpama itu, dan setiap mujtahid
adalah boleh diikuti.
(Qowai’d Al-Feqh A’mid Al-Ihsan Al-Mujadidiy: 496 / Haula Al-Amru Bi Al Ma’ruf Wa Al-Nahyi A’n Al
Mungkar: 6)

Hikmah sentiasa menjadi hiasan bagi mereka yang menjalankan kerja-kerja


dakwah. Syed Qutb menjelaskan berkaitan dengan perkara ini:

Sesungguhnya kerja kerja dakwah dijalankan semata-mata untuk menuju


kepangkuan Ilahi, bukan untuk kepentingan diri dan puak. Jadi, seorang dae`i tidak lain tidak
bukan, hanyalah menunaikan kewajipan yang diamanahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla. Bukanlah
semata-mata untuk mencari populariti diri, bukan sekadar ingin memburu kemenangan melalui
dakwah yang disampaikan; dan bukan semata-mata untuk kepentingan tertentu dari orang yang
menjadi sasaran dakwahnya. Kita hanya dituntut supaya melaksanakan tugas dakwah dan
menyerahkan balasan dan ganjaran amal kepada Allah sahaja.

Menjalankan dakwah secara berhikmah ialah dengan melihat keadaan dan situasi
yang sedang dihadapi. Perlu dinilai kemampuan dan keupayaan diri mereka agar dakwah yang
diutarakan tidak menjadi suatu bebanan ke atas mereka. Perlu juga dipelbagaikan teknik dan
uslub dakwah iaitu bukannya sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat, terlalu mengikut
perasaan dan menzahirkan kemarahan.
(Fi Zilal Al Quran: jil 4; ms 2022)

Tahap-Tahap Dalam Mencegah Kemungkaran


Para ulama telah menerangkan tentang bagaimanakah cara dan tahap-tahap untuk
menegah kemungkaran, antaranya ialah al-Imam Ibn Qudamah. Menurut beliau tahap-tahap
tersebut adalah seperti berikut:

Langkah Pertama : Pengenalan

Seorang jahil yang tidak mengenali kemungkaran dan apabila diberi penjelasan, ia
akan meninggalkan kemungkaran tersebut, maka hendaklah diberi penerangan dengan cara yang
lemah-lembut dan berhikmah.

Langkah Kedua : Memberi nasihat

Memberi peringatan dan menceritakan sejarah per-juangan para salafusoleh dan


umat terdahulu dengan cara yang baik tanpa menggunakan kekasaran.

99
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

Dr Ramadhon Abdul Muttolib Khumais telah menyebut: Allah telah


memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun agar berjumpa dengan Firaun yang telah melampau
dan menyerunya agar kembali kepangkaun Ilahi (jalan yang benar) dengan berlemah-lembut dan
berhikmah.
Nabi Musa AS telah memulakan dakwahnya dengan katanya seperti dalam firman
Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫هل لك إلى أن تزكى‬
Maksudnya: Adakah engkau suka hendak menyucikan dirimu.
(An-Nazia’at: 18)

Nabi Musa telah mengunakan uslub yang panjang untuk menjinakkan hati Firaun.
Sebenarnya Nabi Musa boleh menggunakan uslub yang lebih ringkas iaitu ‫( هل تتزكى‬Adakah
kamu menyucikan dirikamu?). Namun uslub yang sebegini terlalu kasar dan tidak berhikmah;
boleh menimbulkan kemarahan serta menjauhkan hati Firaun.
(Al-Dakwah Al-Islamiah Arkanuha Wa Minhajuha: 250-251)
Langkah Ketiga: Berkeras Dan Menggunakan Ketegasan

Apabila orang yang diseru berdegil dan mempermain-mainkan nasihat yang


disampaikan, maka ketika ini perlu digunakan uslub penyampaian yang lebih tegas dan keras,
tetapi bukan menggunakan celaan, perkataan yang kotor dan pembohongan. Contohnya uslub
yang telah digunakan oleh Nabi Ibrahim AS, firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫أف لكم ولما تعبدون من دون الله أفال تعقلون‬
Maksudnya: Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain
Allah. Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?
(Al-Anbiya’: 67)

Langkah Keempat: Menggunakan Tangan (kuasa)

Setelah langkah-langkah di atas ternyata gagal maka tangan boleh digunakan untuk
mencegah kemungkaran tersebut daripada terus berleluasa, seperti membuang arak, mengoyak
gambar-gambar lucah dan mengkhayalkan.
Ibn Qudamah berkata: Sesiapa yang merasakan bahawa ia akan ditimpa
kemudharatan sekiranya ia bertindak, maka tidak wajib baginya mencegah kemungkaran
tersebut, namun sekiranya ia merasakan, ia tidak akan dihukum dengan suatu yang
memudharatkan maka adalah menjadi kewajiban ke atasnya untuk bertindak. Ukuran
kemudharatan tersebut bukan tertakluk kepada sejauhmana pengecut atau beraninya seseorang,
sebaliknya diukur dengan neraca kesederhanaan di dalam tindakan dan kesempurnaan tabi’at
seseorang. Apa yang dimaksudkan dengan mudhorat adalah seperti tercetusnya pembunuhan,
pukulan, rampasan harta dan provokasi dalam negara. Namun jika sekadar celaan dan makian,
bukanlah suatu yang boleh dianggap sebagai keuzuran untuk mengundur dari menjalankan
tanggungjawab ini.
(Mukhtasor Minhaj Al-Qosidin: 132)

Jika tidak wujud kemudharatan sepertimana di atas, maka kita perlu perhatikan
pula, adakah kemungkinan berlakunya fitnah dan prasangka buruk dari kalangan orang ramai
terhadap tindakannya tersebut.

100
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Mencegah dengan tangan adalah menjadi tanggungjawab dan hak ke atas penguasa
atau penjaga, ke atas orang yang melakukan kemungkaran contohnya pemerintah berkuasa ke
atas rakyatnya. Seorang ayah adalah berkuasa ke atas anak-anak dan isterinya. Jiran, saudara-
mara, sahabat handai dan orang ramai bukan di bawah kekuasaan kita. Justeru itu, kita hanya
boleh menegah kemungkaran dengan kata-kata dan hati sahaja.

Langkah Kelima: Ancaman

Membuat ancaman dan menakut-nakutkan seperti mengatakan: “Tinggalkanlah


perkara ini jika tidak aku akan melakukan sesuatu ke atas engkau”

Langkah Keenam: Bertindak Keras

Memukul dengan tangan dan kaki serta anggota lain tanpa menggunakan senjata,
dengan syarat jika di dalam keadaan terdesak dan ia dilakukan sekadar keperluan sahaja.
Sekiranya orang tersebut telah meninggalkan kemungkaran yang dilakukannya maka pukulan
tersebut hendaklah dihentikan serta merta.
(Mukhtasor Minhaj Al-Qosidin: 136, Feqh Al-Dakwah Fi Ikar Al Munkar: 56)

Hukum-Hakam Berkaitan Mencegah Kemungkaran


Al-Imam Ibn Qudamah telah menyatakan empat keadaan berkaitan hukum
mencegah kemungkaran:

Ketikamana seseorang itu mengetahui bahawa ke-mungkaran boleh dicegah dengan


perkataan atau perbuatannya tanpa berlaku kemudharatan ke atasnya. Ketika ini hukumnya
adalah wajib.
Ia mengetahui bahawa percakapannya itu tidak men-datangkan faedah, sekiranya ia
bersuara nescaya ia akan dipukul. Maka pada ketika ini tidak wajib ke atasnya mencegah
kemungkaran tersebut.
Ia mengetahui bahawa tegahannya itu tidak men-datangkan kesan dan di waktu
yang sama ia tidak gentar dengan sebarang bahaya. Maka pada ketika ini, hukumnya tidak wajib
tetapi sekadar mustahab (sunat) untuk tujuan menzahirkan syiar agama dan melaksanakan tugas
penyampaian.
Ia mengetahui bahawa ia akan ditimpa kemudharatan sekiranya ia menegah
kemungkaran tersebut, namun kemungkaran itu boleh dihapuskan sekiranya ia bertindak seperti
membuang arak dan ia juga mengetahui bahawa ia akan dipukul dengan tindakan tersebut. Maka
ketika ini hukumnya tidak wajib tetapi hanya sekadar mustahab (sunat).

Sabda Rasulullah SAW:


‫أفضل الجهاد كلمة الحق عند سلطان الجائر‬
Maksudnya: Jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kalimah yang benar di
hadapan pemerintah yang zalim.
(Mukhtasor Minhaj Al-Qosidin: 132)

101
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Namun demikian, jika semua pihak berdiam diri, tidak mahu mencegah
kemungkaran maka ini akan mengundang laknat Allah. Justeru itu, mestilah ada sebahagian
ulama' yang bangun menegah kemungkaran walaupun menanggung risiko kemudharat an. Tidak
sepatutnya seluruh umat berpegang dengan kaedah rukhsah (kelonggaran hukum) sebaliknya
perlu ada juga di kalangan mereka yang berpegang dengan azimah (hukum asal).

Doktor Yang Sakit Mengubati Pesakit ??!!!


Tajuk ini adalah berkaitan dengan orang yang menyeru kepada kebaikan dan
melarang kejahatan sedangkan ia sendiri tidak beramal dengan apa yang disuarakannya, dengan
itu Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:-
‫أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفال تعقلون‬
Maksudnya: Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang kamu
lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal.
(Al-Baqarah: 44)

Al-Imam al-Baidhowiy menegaskan; ayat ini menggesa kepada para da’ei supaya
membersihkan jiwa dan me-nyempurnakan diri sendiri agar ia mampu untuk memperbaiki orang
lain pula. Ayat ini tidak menegah orang fasiq daripada memberi nasihat kepada orang lain,
kerana jika seseorang gagal menyempurnakan salah satu daripada dua kewajipan tersebut, tidak
semestinya dia perlu melepaskan atau mengabaikan kedua-dua tanggungjawab dan kewajipan
tersebut.

Al-Imam al-Qurtubiy menjelaskan ayat ini dengan hadis:-


‫يوتي بالرجل يوم القيامة فيلقي في النار فتندلق أقتاب بطنه فيدور بها كما‬
‫يدور‬
‫ يا فالن ما لك ألم تكن‬:‫الحمار بالرحى فيجتمع إليه أهل النار فيقولون‬
‫ بلى قد كنت آمر بالمعروف وال‬:‫تأمر بالمعروف وتنهى عن المنكر فيقول‬
‫آتيه وأنهى عن المنكر وآتيه‬
Maksudnya: Seorang didatangkan pada hari qiamat lalu dihumban ke dalam
neraka maka terburailah segala isi perutnya, kemudian diputarkan sepertimana keldai
mengelilingi pengisar air. Melihat keadaan ini ahli neraka berhimpun padanya dan mereka
berkata: Wahai fulan! Tidakkah engkau mengerjakan amar ma`ruf dan nahi mungkar. Orang itu
menjawab: Ya, sememangnya dahulu aku menyuruh perkara ma`ruf tetapi aku tidak
melakukannya dan aku menegah kemungkaran tetapi aku melakukannya.
(Riwayat Bukhoriy)

Hadis ini memaparkan balasan yang lebih dahsyat bagi mereka yang mengetahui
perkara yang ma`ruf dan kemungkaran, dan ia juga mengetahui tentang wajibnya melaksanakan
tugasan ini (tugas amar ma`ruf dan nahi mungkar) berbanding orang yang tidak mengetahui. Ini
kerana mereka seolah-olah memperkecil-kecilkan hal-hal yang diharamkan oleh Allah ‘Azza Wa
Jalla, dan memperlekehkan hukum-hakam. Mereka adalah orang yang tidak mengambil manfaat
daripada ilmunya.

102
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Bersabda Rasulullah SAW:
‫أشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لم ينتفع بعلمه‬
Maksudnya: Manusia yang menanggung azab yang paling pedih pada hari qiamat
ialah orang yang mengetahui tetapi tidak mengambil manfa`at dengan ilmunya.
(Diriwayatkan daripada Abu Hurairah)

Berkaitan dengan perkara di atas, al-Imam al-Qurtubiy mengemukakan


pandangannya: Ketahuilah - semoga Allah ‘Azza Wa Jalla memberi taufik kepada kamu -
bahawasanya celaan di dalam ayat di atas adalah berpunca daripada meninggalkan perbuatan
baik bukan kerana menjalankan tugas menyeru melakukan kebaikan. Kerana itulah, Allah ‘Azza
Wa Jalla mencela mereka sepanjang zaman hingga hari qiamat.

Kedudukan Mereka Yang Bersikap Berkecuali


Kita perlu merenung sejarah silam, bagaimana peranan menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran yang menjadi tugas seluruh umat berdasarkan tahap kemampuan
mereka. Bagaimana umat sebelum kita diperintahkan untuk melaksanakan tugas ini yang
merupakan pendorong kesejahteraan dan menjadi sebab bagi kejayaan mereka. Bagaimana pula
golongan kafir di kalangan Bani Israel dilaknat oleh Allah ‘Azza Wa Jalla melalui lidah nabi
Daud dan Isa bin Maryam angkara penderhakaan dan permusuhan mereka. Bahana sikap tidak
mencegah kemungkaran yang mereka lakukan. Islam memberi amaran keras agar kita tidak
menuruti jejak langkah mereka ini. Jika tidak maka kita juga turut akan menerima kecelakaan
seperti yang telah mereka alami. Manusia akan mudah melaksanakan tugas ini jika mereka tahu
bahawa sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan, mereka akan memperolehi ganjaran
sepertimana orang yang melakukan kebaikan itu sendiri. Orang yang menyeru kepada hidayat
juga mendapat ganjaran sepertimana orang yang mendapat hidayat. Dan demikian jugalah
sebaliknya bagi orang yang menyeru kepada kejahatan. Mereka yang melakukan dosa juga
mendapat padah seperti orang yang menyeru mereka.

Orang yang mengabaikan tugas amar ma`ruf dan nahi mungkar telah
menggolongkan diri mereka ke dalam kelompok manusia yang tidak mendapat perhatian dan
pertolongan daripada Allah. Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫وإذا قالت أمة منهم لم تعظون قوما الله مهلكهمـ أو معذبهم عذابا شديدا‬
‫قالوا معذرة إلى ربكم ولعلهم يتقون فلما نسوا ما ذكروا به أنجينا الذين‬
‫ينهون عن السوء وأخذنا الذين ظلموا بعذاب بئيس بما كانوا يفسقون‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa
kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka
dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu
ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan, dan supaya mereka bertaqwa. Maka
tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka,
Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakah
orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik
(derhaka).
(Al-A’raf: 165)

103
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Ayat ini mengisahkan tentang penduduk kota Eilah yang terletak di pantai Laut
Merah, iaitu antara kota Madyan dan bukit Thur. Apabila berlaku maksiat di kalangan mereka,
penduduk kota tersebut terbahagi kepada tiga golongan:-
Golongan pertama:
Mereka menyokong perlakuan maksiat tersebut.
Golongan kedua:
Mereka berusaha mencegah kemungkaran dan sentiasa memberi nasihat.
Golongan ketiga:
Tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak menyokong kebenaran dan tidak
menghalang kemungkaran.

Golongan ketiga telah berkata kepada golongan kedua: “Mengapakah kamu


memberi nasihat kepada kaum yang telah Allah menentukan kebinasaan ke atas mereka dan
kamu juga telah mengetahui bahawa Allah akan mengazab mereka di dunia dan akhirat.”

Golongan kedua menjawab: “Kami memberi nasihat untuk melepaskan diri kami
daripada dosa tidak mencegah kemungkaran. Semoga kami mendapat pengampunan daripada
Allah kerana kami telah menunaikan kewajipan. Mudah-mudahan dengan peringatan kami,
mereka kembali kepada kebenaran dan melakukan kebaikan serta tidak lagi melakukan
kemungkaran.

Akhirnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyelamatkan golongan kedua, manakala


golongan pertama diazab oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dengan disumpah menjadi kera.
(Tafsir Al-Munir: jil 9; ms 143 & 144)

Tidak disebut di dalam ayat berkenaan balasan bagi golongan ketiga. Mereka telah
mengabaikan tugas yang diamanahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla dengan tidak menyeru kepada
kebaikan dan tidak menegah kemungkaran. Justeru itu, Allah ‘Azza Wa Jalla mengabaikan
mereka. Maka mereka tidak berhak untuk mendapat pujian Mereka juga tidak sepatutnya dicela
sebab mereka tidak melakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain, Allah ‘Azza Wa Jalla telah
mengazab mereka dengan mengabaikan hal ehwal mereka.

Tawadhu' Dan Merendahkan Diri


Rasulullah telah menafsirkan tawadhu` dengan pe-ngertian yang sebaliknya iaitu
takabbur. Sabda Rasulullah SAW:
‫الكبر بطر الحق وغمط الناس‬
Maksudnya: Takabbur ialah menzahirkan kebencian terhadap kebenaran dan
memperlekehkan manusia lain.
(Riwayat Muslim)

Dapat difahami dari hadis Rasulullah SAW di atas bahawa terdapat dua kategori
takabbur:
Kategori Pertama : Takabbur Pada Kebenaran
Sabda Rasulullah SAW:

104
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫المؤمن كالجمل الذلول والمنافق ذليل‬


Maksudnya: Orang mukmin adalah seperti unta sentiasa patuh dan mudah
mengikut, manakala orang munafiq adalah hina.

Untuk membolehkan kita beramal dengan hadis di atas, kita juga perlu memahami
kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Fudhail ibn `Iyad, ketikamana beliau ditanya tentang
sifat tawadhu` lalu beliau menjawab: “Tunduk dan patuh kepada kebenaran serta menerima
sesiapa sahaja yang menyuarakan tentang kebenaran.”
(Tahzib Madarij Al-Salikin: 429)

Saidina `Ali Karramallahu Wajhah telah menggesa supaya kita berusaha untuk
mengenali kebenaran itu sendiri, bukan hanya berdasarkan kepada manusia yang berpegang
dengan kebenaran tersebut:
‫إن الحق ال يعرف بالرجال اعرف الحق تعرف أهله‬
Maksudnya: Sesungguhnya kebenaran tidak dikenali dengan manusia, tetapi
kenalilah kebenaran, nescaya engkau akan mengenali ahlinya.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 1; ms 319)
Orang yang cuba menjadikan manusia sebagai ukuran kepada kebenaran, tidak
akan dapat membezakan mana yang hak dan yang batil. Malahan ia akan tertipu dengan
pandangannya sendiri, lantaran tersilap dalam membuat penilaian dalam keadaan ia tidak sedar.

Justeru itu, kita perlu menghiasi diri dengan sifat tawadhu` dalam hal-hal berkaitan
dengan agama. Tidak wajar seseorang itu cuba mengada-adakan dalil yang tidak munasabah
dengan membuat penyelewengan dalam soal keagamaan. Tidak sepatutnya kita mencari-cari
ruang untuk mewujudkan perselisihan. Perkara yang telah jelas dan melibatkan nas daripada Al-
Quran dan As-Sunnah tidak boleh disanggah dengan pendapat akal.

Kategori Kedua : Takabbur Terhadap Sesama Manusia


Untuk membolehkan kita menghindarkan diri dan menjauhi sifat memperlekehkan
manusia lain, cuba kita renungi sejenak sabda Rasulullah SAW:
‫إن الله أو حى إلى أن تواضعوا حتى ال يفخر أحد على أحد وال يبغى‬
‫أحد على أحد‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mengwahyukan kepadaku bahawa
hendaklah kamu bertawadhu` sehingga kamu tidak berbangga-bangga ke atas orang lain dan
tidak menginayai orang.
(Sahih Muslim)

Takabbur dan bermegah diri tidak dapat dihilangkan melainkan dengan tawadhu`.
Al-Imam Ibn Qoiyim telah menerangkan bahawa: Keindahan tawadhu` akan dirasai
apabila seseorang itu meredhai muslim yang lain sebagai saudaranya dan di waktu yang sama
Allah juga meredhainya sebagai hamba. Menunaikan hak walaupun kepada musuh, bersedia
memaafkan kesilapan orang lain. Sedangkan Allah ‘Azza Wa Jalla meredhai seseorang itu
sebagai hamba-Nya, kenapa pula kita tidak dapat meredhai seseorang itu sebagai sahabat. Tidak
meredhai seseorang itu sebagai sahabat tergolong di dalam ertikata takabbur. Alangkah buruknya
apabila seorang hamba bersikap takabbur terhadap manusia lain yang sepertinya juga.

105
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Dimanakah kewajaran ia tidak meredhai sahabatnya sebagai saudara, sedangkan Allah telah
meredhainya sebagai hamba.
(Tahzib Madarij Al-Salikin: 433)

Seterusnya al-Imam Ibn Qoiyim menjelaskan: Sesiapa yang membuat kesilapan


kepadamu kemudian ia datang untuk meminta maaf, maka konsep “tawadhu`” menuntut agar
kamu memberi kemaafan kepadanya, sama ada permintaannya itu benar mahupun sebaliknya.
Kamu tidak berhak menaruh sebarang prasangka terhadapnya, berserahlah kepada Allah
berkaitan apa yang tersembunyi di dalam hatinya. Rasulullah pernah memaafkan tiga orang
munafiq yang lari dari peperangan dan menyerahkan kepada Allah menentukan apa sebenarnya
yang tersembunyi di hati mereka.
(Tahzib Madarij Al-Salikin: 433)
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫فاعفوا واصفحوا‬
Maksudnya: Maafkanlah mereka dan bebaskanlah mereka.
(Al-Baqarah: 109)

“Maafkanlah” iaitu jangan mengenakan hukuman di atas


kesilapannya.”Bebaskanlah” iaitu jangan mencela dan menyimpan perasaan dendam di hati.
(Tafsir Al-Baidhowiy: jil 2; ms 361)

Setiap sifat tidak berdendam itu, ada terkandung ke-maafan, tetapi bukan bermakna
setiap kemaafan itu tidak terkandung rasa dendam. Seorang mukmin hendaklah bersepakat
dalam perkara yang telah dipersetujui bersama dan memberi kelonggaran kepada sahabatnya
dalam perkara yang terdapatnya perselisihan.

Bolehkah Kita Mengesan Virus Takabbur?????


Dr Said Muhammad Nuh menyatakan di dalam kitabnya, “Afat ‘Ala Thoriq” di
antara cara untuk mengenali sifat takabbur antaranya ialah:
1. Berjalan dengan gaya yang berlagak sombong, tidak mempedulikan orang lain,
bahkan sentiasa ingin melarikan diri dari manusia.
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
‫ثاني عطفه ليضل عن سبيله‬
Maksudnya: Sedang ia memalingkan leher kepalanya kerana sombong, supaya ia
menyesatkan (orang) dari jalan Allah.
(Al-Hajj: 9)

2. Mencari peluang untuk melakukan kerosakan di muka bumi, tidak menghiraukan


nasihat orang dan tidak mengambil berat tentangnya, malah bersikap angkuh terhadap perkara
yang benar:

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

106
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫ومن الناس من يعجبك قوله في الحياة الدنيا ويشهد الله على ما في قلبه‬
‫وهو ألد الخصام وإذا تولى سعى في األرض ليفسد فيها ويهلك الحرث‬
‫والنسل والله ال يحب الفساد وإذا قيل له‬
‫اتق الله أخذته العزة بإلثم فحسبه جهنم ولبئس المهاد‬
Maksudnya: Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal
kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah
dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia
adalah orang yang sangat-sangat keras per-musuhannya (kepadamu).

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi,


untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan
(binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah", timbullah


kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia
(menerima balasan azab) neraka jahanam; dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu)
adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
(Al-Baqarah: 204-206)

3. Percakapan yang melulu dan tajam.

Sabda Rasulullah SAW:


‫إن الله – عز وجل يبغض البليغ من الرجال الذي يتخلل بلسانه كما تخلل‬
‫الباقرة بلسانه‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah membenci orang yang berlebih-lebihan ingin
menunjukkan kefasihan percakapannya, sambil menjulur-julurkan lidahnya seperti lembu
menjulur-julurkan lidahnya ketika makan.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud)

4. Memakai pakaian tertentu dengan niat ingin bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk


di hadapan orang.

Sabda Rasulullah SAW:


‫ إن أحد‬:‫من جر ثوبه خيالء لم ينظر الله إليه يوم القيامة قال أبو بكر‬
‫ لست ممن يفعل ذلك‬:‫ وإني ألتعاهد ذلك منه قال‬،‫جانبي إزاري يسترخى‬
Maksudnya: Sesiapa yang melabuhkan bajunya kerana ingin bermegah nescaya
Allah tidak melihat kepadanya pada hari qiamat. Abu Bakar berkata: Kainku labuh sebelah
tetapi aku sentiasa memeliharanya. Rasulullah bersabda: Kamu tidak tergolong dikalangan
mereka itu.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud)

5. Gemar untuk mendapatkan penghargaan manusia. Merasa kecewa dan susah hati jika
orang tidak menghormatinya atau tidak mengangkat martabat dirinya. Amat suka apabila ia
terpilih untuk menjalan sesuatu urusan, sedangkan ia sendiri enggan memilih orang lain.

107
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
6. Merasa bangga apabila ia mendahului orang lain ketika berjalan, berada dalam majlis,
dalam perbualan atau seumpamanya.

Rasulullah SAW telah berpesan agar kita berwaspada terhadap perkara-perkara


seperti di atas melalui sabda Baginda:
‫من أحب أن يمثل له الرجال قياما فليتبوأ مقعده من النار‬
Maksudnya: Sesiapa yang menyukai orang bangun menghormatinya, maka ia telah
menempah tempatnya di dalam api neraka.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud) (Afat ‘Ala Toriq: jil 1; ms173-175)

Demikianlah pelbagai gambaran dan penjelasan ringkas berkaitan norma-norma


kehidupan dan ketinggian moral yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah ke arah
melahirkan generasi rabbaniy. Pada hakikatnya masih banyak lagi perkara yang perlu
diperjelaskan berkaitan perkara ini dan tidak mungkin dapat dibicarakan di dalam ruangan yang
terhad ini

BAHAGIAN ENAM

PENGAJARAN DARIPADA
WASIAT LUQMAN

108
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
PENGAJARAN UMUM DARI WASIAT LUQMAN
AL HAKIM
Antara syarat-syarat untuk memberi pengajaran dan bimbingan kepada orang lain
ialah memulakan dengan yang terpenting. Wasiat Luqman dimulakan dengan tegahan
mensyirikkan Allah ‘Azza Wa Jalla yang merangkumi suruhan agar mentauhidkan-Nya, serta
meyakini bahawa kita akan bertemu dengan Allah. Contoh yang lain pula ialah firman Allah
‘Azza Wa Jalla:
‫واعبدوا الله وال تشركوا به شيئا و بالوالدين إحسانا وبذى القربى واليتامى‬
‫والمساكين والجار ذي القربى والجار الجنب والصاحب بالجنب وابن‬
‫السبيل وما ملكت أيمانكم‬
Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua
ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga
yang dekat, dan jiran tertangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang
terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki.
(An-Nisa`: 36)

Allah ‘Azza Wa Jalla telah memulakan firman-Nya dengan perintah


menghambakan diri pada-Nya yang satu tanpa menyekutukan-Nya, kemudian dituruti pula
dengan ihsan kepada dua ibubapa, kaum kerabat, orang yatim dan miskin, jiran dengan mengikut
tertib aulawiyyat (priority); seterusnya ibnu sabil, khadam dan hamba.

Mempersiapkan diri untuk menggunakan pelbagai uslub yang berbeza. Ini


bertujuan untuk merangsang jiwa pendengar agar sentiasa ingin mengetahui (tasywik) dan
menimbulkan keghairahan (targhib) sehingga menjadikan wasiat tersebut benar-benar memberi
kesan yang mendalam dan berkekalan. Contohnya:
‫ يبني‬/ ‫ وهو يعظه‬/ ‫البنه‬
Maksudnya: kepada anaknya / sedang dia memberi pengajaran kepadanya / wahai
anak kesayanganku.

Lafaz sebegini digunakan bertujuan menambahkan rasa kasih dan keprihatinan.

Menggunakan lafaz yang memberi makna yang men-dalam seperti:


‫ فخور‬/ ‫ خبير‬/ ‫ لطيف‬/ ‫حميد‬
Maksudnya: Maha Terpuji / Maha Halus / Maha Mengetahui / sangat
membanggakan diri.

Memulakan nasihat dengan perkara yang lebih umum dan disusuli dengan yang
lebih khusus. Al-Quran mendahulukan wasiatnya dengan menyebut tentang perlunya berbuat
baik kepada ibubapa di dalam bentuk umum kemudian disusuli pula tentang keutamaan pada
pihak ibu secara lebih terperinci memandangkan kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung
olehnya ketika mengandung dan ini melayakkannya untuk mendapat ihsan yang lebih.

Menggunakan misalan dan bidalan. Gaya bahasa yang unik ini telah dipraktikkan
oleh Al-Quran berulang-ulang kali. Contohnya firman Allah ‘Azza Wa Jalla: -

109
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫إنها إن تك مثقال حبة من خردل فتكن في صخرة أو في السموات أو في‬


‫األرض يأت بها الله إن الله لطيف خبير‬
Maksudnya: Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk)
sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di
bumi, sudah tetap akan di bawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana
sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang
tersembunyi.
(Luqman: 12)

Perumpamaan ini dipaparkan untuk menerangkan kesem-purnaan ilmu Allah yang


halus lagi mendalam, ilmu yang meliputi segala-galanya.

Mendatangkan dua pengertian yang berlawanan. Dimu-lakan dengan perintah


melakukan kebaikan dan disusuli dengan tegahan melakukan kemungkaran Allah ‘Azza Wa Jalla
berfirman.
‫وأمر بالمعروف وانه عن المنكر‬
Maksudnya: Dan suruhlah berbuat kebaikan, serta la-ranglah daripada melakukan
perbuatan yang mungkar.
(Luqman: 17)

Al-Quran menjelaskan manfaat bagi amalan tertentu secara berturutan


‫أن اشكر لى ولوالديك‬
Maksudnya: (Dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua
ibu-bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman: 14)

Bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla merupakan perkara usul dan amalan yang
berterusan. Ini akan membuahkan kesyukuran kepada kedua ibubapa dan mendorong kita
melakukan ihsan kepada keduanya. Perkara yang kemudian merupakan cabang daripada yang
usul. Oleh itu, kita diharamkan mentaati kedua ibubapa jika bertentangan dengan ketaatan
kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Mendahulukan apa yang sepatutnya di kemudiankan, bagi tujuan membataskan


skop maksud dan menjelaskan tujuan sebenar seperti: “Ilayya al-Masiir” ((‫ إلي المصير‬dan
“Ilaiyya Marji`ukum” (‫ ) إلي مرجعكم‬. Sepatutnya dikemudiankan perkataan “Ilaiyya” (‫) إلي‬
dalam kedua-dua ayat tersebut, tetapi di sini didahulukan bertujuan untuk menjelaskan bahawa
hanya kepada Allah ‘Azza Wa Jalla sahaja tempat kembali.

Menjelaskan beberapa hukum-hakam dengan mene-rangkan tentang perlunya


melakukan ihsan kepada ibu-bapa di samping memberi amaran tentang bahaya syirik kepada
Allah ‘Azza Wa Jalla sama sekali. Sekalipun syirik itu, diperintah oleh kedua ibubapanya. Ustaz
Sai'ed Hawwa menjelaskan kesempurnaan hikmah terhasil dengan melakukan kebajikan kepada
kedua ibubapa selepas mentauhidkan Allah dan tegahan daripada mensyirikkannya. Inilah antara
pemahaman yang dapat diambil daripada ayat-ayat Al-Quran yang menghubungkan antara
suruhan mentauhidkan Allah dan taat kepada dua ibubapa. Seperti ayat surah Al-Baqarah: 83, al-
An`am: 151, an-Nisa`: 36, al-Isra`: 23.

110
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Sebab turunnya ayat (Asbabun Nuzul) iaitu ketikamana gesaan daripada Allah
kepada Sa’ad ibn Abi Waqas agar mentaati Allah ‘Azza Wa Jalla dan Rasul-Nya serta teguh
dengan keimanan yang sebenar bersama Allah ‘Azza Wa Jalla dan Rasulnya, sekalipun terpaksa
mengingkari ibu yang memaksanya agar kembali me-nyembah berhala. Ia tetap teguh dengan
keimanan meskipun ibunya akan mati akibat berlapar dan orang ramai akan mencaci Sa’ad bin
Abi Waqas dengan mengatakan bahawa beliau telah membunuh ibunya. Di dalam wasiat
Luqman juga terdapat ayat-ayat yang hampir serupa dengan pendirian Sa’ad b Abi Waqas.

Dua lafaz yang mengandungi pengertian yang sama (Al-Musyakalah) antara uslub
Al-Quran yang tinggi. Dimulai surah Luqman dengan penjelasan bahawa Al-Quran seluruhnya
adalah hikmah:
‫تلك ءايات الكتاب الحكيم‬
Maksudnya: Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-
hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
(Luqman: 1)

Selepas beberapa ayat daripada ayat ini didatangkan ayat-ayat wasiat. Ayat ini
memaparkan kepada kita contoh hikmah yang dianugerahkan oleh Allah ‘Azza Wa Jalla kepada
para awliya`-Nya (penolong agama) yang mukmin. Kemudian, disusuli pada ayat berikutnya
‘Azza Wa Jalla bahawa hikmah terhasil dengan mensyukuri segala nikmat Allah ‘Azza Wa Jalla.
Justeru itu, segenap sudut kalam Allah yang terkandung di dalam Al-Quran me-ngandungi
hikmah.

Gesaan agar mengasuh anak dan mengingatkan mereka supaya menjaga dan
memelihara keimanan yang merupakan salah satu daripada nikmat nikmat Allah. Umpama kisah
Nabi Ibrahim AS yang mendoakan kebaikan kepada zuriatnya seperti yang tersebut di dalam
surah Al-Baqarah.

Terdapat di dalam wasiat Luqman seruan ke arah kebaikan yang merupakan tugas
umat ini.

Islam adalah agama yang menyeluruh meliputi aqidah, ibadat, mu`amalat, menyeru
kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, dan menjadikan Islam sebagai landasan hidup yang
syumul.

Kesyumulan ini terdapat di dalam wasiat Luqman. De-mikian juga terdapat di


dalam surah Al-Baqarah pada ayat yang ke 177 yang dianggap sebagai ayat himpunan kebaikan.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman di dalam Al-Quran:
‫ليس البر أن تولوا وجوهكم قبل المشرق والمغرب ولكن البر من آمن بالله‬
‫واليوم اآلخر والمالئكة والكتاب والنبيين وءاتي المال علي حبه ذوي‬
‫القربى واليتمي والمساكين وابن السبيل والسائلين وفي الرقاب وأقام‬
‫الصالة وآتى الزكاة والموفون بعهدهم إذا عاهدوا والصابرين في البأساء‬
‫والضراء وحين البأس أولئك الذين صدقوا وأولئك هم المتقون‬
Maknanya: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke
pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari

111
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekelian nabi; dan mendermanya seseorang
akan hartanya - sedang ia menyayanginya - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang
meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan
sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan
janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam
masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam
perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), maka itulah orang-orang yang
benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang
bertaqwa.

Erti kesyumulan Islam juga dapat difahami daripada hadis yang menjelaskan
bahawa orang yang ‘muflis’ ialah orang yang datang pada hari qiamat dengan sembahyang,
puasa dan pelbagai amalan soleh sedangkan dia juga menzalimi manusia. Mereka juga memukul,
menuduh dan menghina orang lain, maka amalan kebaikan mereka akan dipindahkan kepada
orang yang mereka zalimi. Jika sekiranya amalan baiknya telah habis sedangkan dosanya itu
belum terhapus maka amalan kejahatan orang yang mereka zalimi akan dicampakkan kepada
mereka.

Al-Quran turut mengabadikan bahawa individu muslim bertanggung jawab


terhadap mereka yang lebih hampir terlebih dahulu. Kemudian barulah Allah ‘Azza Wa Jalla
mengingatkan kita tentang tanggungjawab kemasyarakatan. Orang mukmin umpama satu jasad
yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Gesaan agar bersifat optimis dan bersungguh-sungguh dalam menasihati orang lain
ke arah kebaikan. Menyeru mereka agar menjauhi sifat-sifat negatif, bertawakal tanpa usaha dan
memencilkan diri daripada masyarakat.

Wasiat Luqman membuktikan bahawa Islam adalah agama yang praktikal yang
meliputi kata-kata (menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran) dan juga
amalan (mentauhidkan Allah ‘Azza Wa Jalla, bersembahyang dan bersifat tawadhu’) yang boleh
bertambah dan berkurang, ia tertakluk kepada ketaatan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Menjelaskan kemuliaan bahasa Arab sepertimana yang telah dirakamkan oleh Al-
Quran di saat menceritakan kisah-kisah umat umat terdahulu. Difardhukan kepada umat Islam
yang bukan berbangsa Arab agar mempelajari Al-Quran. Ini semua dipermudahkan dengan uslub
Al-Quran yang mengandungi mukjizat. Manakala mereka yang berbangsa Arab digesa agar
mendalami dan mengetahui rahsia-rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran di samping
memeliharanya daripada musuh-musuh Islam yang ingin memusnahkan bahasa Arab. Ini
menunjukkan bahawa memelihara Bahasa Arab bermakna memelihara agama dan memerangi
Bahasa Arab bermakna memerangi agama.

Kelebihan umat ini mengatasi umat yang lain. yang merupakan penyempurna bagi
70 umat yang terdahulu dan semulia-mulia umat di sisi Allah. Maka bangsa Arab merupakan
ummat Dakwah, manakala bangsa yang lain merupakan penyambut kepada dakwah. Ternyata
Allah ‘Azza Wa Jalla telah memberi kelebihan yang banyak terhadap bangsa ini. (Mawai`z
Luqman Fi Al Quran).

112
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
PENGAJARAN KHUSUS DARIPADA WASIAT LUQMAN
AL HAKIM
Abu Bakr al-Jaza’iriy telah menghimpunkan pengajaran yang berguna berkaitan
dengan wasiat Luqman seperti berikut:

1. Menetapkan bahawa tauhid semata-mata kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dan


mengisytiharkan bahawa syirik adalah suatu kezaliman yang besar.
2. Menjelaskan bahawa hikmah itu ialah bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dengan
ketaatan dan zikir (mengingati Allah). Hanya orang alim yang memahami agamanya
sahaja yang bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla
3. Disyariatkan bahawa pengajaran dan bimbingan meliputi kanak kanak dan orang
dewasa.
4. Menjelaskan bahawa tempoh penyusuan ialah dua tahun bagi bayi dan tidak lebih
daripada itu.
5. Wajib membuat kebajikan kepada kedua ibubapa dan menjalin ikatan dengan baik
meskipun mereka tidak menganut agama Islam. .
6 Menetapkan kaedah, “Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang melibatkan
penderhakaan kepada khaliq.”
7 Mentaati kedua ibu bapa adalah wajib selagi mana tidak menyuruh melakukan perkara
yang syirik dan penderhakaan kepada Allah.
8 Wajib mengikut jejak-langkah orang mukminin di kalangan ahli sunnah wal jamaah. Dan
haram mengikuti jejak langkah ahli bid’ah dan khurafat.
9. Wajib takutkan Allah ‘Azza Wa Jalla sama ada ketika sembunyi mahupun terang-
terangan. Tidak memperkecil-kecilkan kebaikan ataupun kejahatan sekalipun kecil
pada pandangan manusia. Setiap orang akan dihitung segala kejahatan dan
kebaikannya sekali pun sebesar zarah.
10. Wajib mendirikan sembahyang, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran. Bersabar dengan segala kesakitan dan keperitan yang menimpa orang
yang menyeru kepada kebaikan, mudah mudahan segala usaha dan penat lelahnya
akan diganjari oleh Allah.

113
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

BAHAGIAN TUJUH

HIMPUNAN WASIAT LUQMAN

Mutiara hikmah Luqman yang agung ini boleh diba-hagikan kepada dua bahagian,
iaitu wasiat yang terdapat nas yang jelas daripada Al-Quran dan wasiat yang tidak terdapat nas
yang jelas Al-Quran, sebaliknya ia tertulis kitab kitab sastera Arab dan kitab-kitab tafsir:-

Wasiat yang terdapat nas yang jelas daripada Al-Quran:

1) ‫يبني ال تشرك بالله إن الشرك لظلم عظيم‬


Maksudnya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya mempersekutukan Allah itu adalah aniaya yang amat
besar.
(Luqman: 13)

2) ‫إن الله لطيف خبير‬


Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi
akan segala yang tersembunyi.
(Luqman: 16)

3) ‫يبني أقم الصالة‬


Maksudnya: Wahai anakku, dirikanlah sembahyang.
(Luqman: 17)

4) ‫وأمر بالمعروف‬
Maksudnya: Serulah melakukan kebaikan.
(Luqman: 17)
5) ‫وانه عن المنكر‬
Maksudnya: Dan cegahlah kemungkaran.
(Luqman: 17)

6) ‫واصبر علي ما أصابك‬


Maksudnya: Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.
(Luqman: 17)

7) ‫وال تصعر خدك للناس‬


Maksudnya: Dan janganlah engkau memalingkan mu-kamu (kerana memandang
rendah) kepada manusia.
(Luqman: 18)

114
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

8) ‫وال تمش في األرض مرحا‬


Maksudnya: Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong.

(Luqman: 18)

9) ‫إن الله ال يحب كل مختال فخور‬


Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
takkabbur.
(Luqman: 18)

10) ‫واقصد في مشيك‬


Maksudnya: Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan.
(Luqman: 19)

11) ‫واغضض من صوتك‬


Maksudnya: Rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata).
(Luqman: 19)
12) ‫إن أنكر األصوات لصوت الحمير‬
Maksudnya: Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
(Luqman: 19)

Wasiat Luqman yang termaktub di dalam kitab-kitab tafsir:-


Wahai anakku! Sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang dalam, ramai manusia
yang tenggelam di dalamnya. Jadikanlah taqwa sebagai kapalmu, iman sebagai penumpang, dan
tawakkal sebagai layarnya. Semoga akan memperolehi kejayaan.
Tidaklah aku perlu mencukupkan kamu, sedangkan kamu telah pun dicukupkan.
(Kata kata ini diucapkan oleh Luqman ketika diutuskan nabi Daud dan ketika ditanya kenapa
beliau tidak berfatwa lagi).
Siapa yang menjadi penasihat bagi dirinya sendiri, maka Allah menjadi penjaga
baginya.
Sesiapa yang boleh berlaku adil terhadap dirinya sendiri, maka Allah
menambahkan kemuliaannya.
Kepayahan dan kesusahan di dalam ketaatan adalah lebih dekat (kepada keredhaan
Allah) daripada kesenangan dan kemewahan di dalam kemaksiatan.
Pukulan bapa kepada anaknya ibarat air untuk tanaman. (Maksudnya ia adalah
sebahagian daripada penjagaan dan pendidikan selagimana tidak berlebih-lebihan).
Wahai anakku, berwaspadalah dengan hutang kerana ia merupakan kehinaan di
siang hari dan kedukaan pada malamnya.

115
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Wahai anakku, berharaplah kepada Allah dengan peng-harapan yang tidak
menghumbankanmu ke lembah penderhakaan terhadap-Nya, dan takutlah kepada Allah dengan
ketakutan yang tidak mengecewakanmu daripada rahmat-Nya.
Sesiapa yang berdusta, maka hilanglah air mukanya
Sesiapa yang berdusta, banyak kesengsaraannya.
Wahai anakku! Aku pernah memikul batu dan besi serta segala yang berat tetapi
aku tidak pernah memikul suatu yang lebih berat daripada jiran yang jahat.
Aku pernah merasai kepahitan tetapi aku tidak pernah merasai suatu yang lebih
pahit daripada kefakiran.
Wahai anakku! Janganlah engkau mengutuskan seorang utusan yang jahil, jika
engkau tidak menemui orang yang bijaksana maka jadikan dirimu sebagai utusan.
Wahai anakku! Berwaspadalah terhadap pembohongan. Sesungguhnya ia memang
lazat seperti daging burung yang kecil lagi enak, mudah dan segera dimasak.
Wahai anakku! Iringilah jenazah dan janganlah meng-hadiri majlis perkahwinan.
Sesungguhnya, dengan melihat jenazah boleh mengingatkanmu kepada akhirat, menghadiri
majlis perkahwinan menjadikanmu gemar kepada dunia. (Ini sekiranya kedua dua majlis tersebut
berjalan serentak, jika tidak maka menjadi kewajiban muslim untuk menghadiri majlis tersebut).
Wahai anakku! janganlah makan ketika kamu keke-nyangan. Sesungguhnya
makanan tersebut jika dilemparkan kepada anjing lebih baik daripada engkau memakannya.
(Anak Adam tidak mengisi perutnya dengan sesuatu yang buruk).
Wahai anakku! Janganlah kamu menjadi terlalu manis sehingga kamu ditelan dan
jangan pula kamu menjadi terlalu pahit sehingga kamu diluahkan.
Hindarilah makananmu dari dimakan melainkan orang yang bertaqwa. (Orang
bertaqwa memakan makanan untuk mendapatkan kekuatan bagi mentaati perintah Allah. .
Walaupun demikian, memberi makan merupakan suatu perkara yang mulia walaupun kepada
haiwan).
Bermesyuaratlah dengan ulama’ dalam urusanmu. (Tidak menyesal orang yang
bermesyuarat kerana ia merupakan asas Islam).
Tiada manfaat pempelajaranmu sehingga kamu beramal dengan apa yang kamu
pelajari. Apabila kamu tidak beramal dengan apa yang telah ketahui, umpama seorang yang
pergi mencari kayu api lalu membawa pulang seberkas kayu. Ia akan terus memikulnya
sehinggalah ia tidak berupaya. Ia terus menambah seberkas kayu yang lain lagi untuk dipikul
meskipun ia tidak mampu. (Ini menunjukkan ilmu sepatutnya membuahkan amalan, jika tidak
ilmu tersebut kelak akan mendakwa tuannya)
Wahai anakku! Sekiranya kamu ingin bersahabat dengan seseorang maka cetuskan
kemarahannya terlebih dahulu, sekiranya ia berlaku adil terhadapmu ketika kemarahannya, maka
bolehlah kamu bersahabat dengannya, kalau sebaliknya maka berwaspadalah dengannya.
(Tersebut di dalam hadis, “Hendaklah salah seorang daripada kamu melihat dengan siapa dia
bersahabat”)

116
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Ungkapkanlah kata-kata yang baik dan ceriakanlah wajahmu, ini lebih disukai oleh
manusia berbanding kamu menghulurkan suatu pemberian kepada mereka. (Ini bertepatan
dengan hadis yang menyebut bahawa kata-kata yang baik itu adalah sedekah, sehinggakan
senyumanmu pada saudaramu juga adalah sedekah).
Wahai anakku! Rendahkanlah martabatmu dari saha-batmu yang tidak berhajat
kepadamu sedangkan kamu, memang memerlukannya.
Wahai anakku! Jadilah manusia tidak mengharapkan pujian orang lain dan tidak
mencari kecelaan mereka. Dengan itu jiwanya mengalami kesukaran bersama mereka,
sedangkan orang lain memperolehi keselesaan dengannya.
Wahai anakku! Awasilah apa yang terungkap dari bibirmu, sesungguhnya diammu
lebih selamat. Perkara yang wajar engkau ungkapkan ialah kata-kata yang bermanfaat
(Bertepatan dengan hadis, “Daripada kesempurnaan Islam seseorang itu ialah dengan
meninggalkan apa yang tidak bermanfaat kepada dirinya).
(Ruh Al Ma’aniy: jil 21; ms 82, 83 & 84)

Tiada suatu pun yang lebih baik daripadanya sekiranya ia betul-betul baik dan tiada
yang lebih jelek sekiranya ia betul-betul kotor, itulah dia hati dan lidah (Bertepatan dengan hadis
yang menyebut; “Tidakkah pada jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ianya baik maka
baiklah seluruh jasad , tak lain tak bukan dia adalah hati).
Sekiranya Allah meninggalkan sesuatu, nescaya Dia akan memeliharanya.
(Ibn Kathir: jil 6; ms 343)

Wahai anakku, waspadalah kamu dari “taqonnu’” ( ‫التقنع‬ ) kerana ia


membuatkan kamu ketakutan di malam hari dan rasa tercela pada siangnya. (Taqonnu`[ ‫] التقنع‬:
merendah dan menghina diri dengan berminta-minta. )
(Ibn Kathir: jil 6; ms 343)

Wahai anakku! Sesungguhnya hikmah itu ialah kamu menempatkan orang faqir di
majlis bangsawan.
Wahai anakku sekiranya kamu mendatangi satu kumpulan kaum, maka lontarkan
kepada mereka anak panah Islam (iaitu ucapkanlah salam). Duduklah di sisi mereka dan jangan
bercakap sehingga kamu melihat mereka bercakap terlebih dahulu. Sekiranya mereka asyik
dalam menyebut nama Allah, maka libatkan diri dengan cergas bersama mereka, sekiranya
mereka membicarakan yang selain daripada itu, maka beralihlah kepada yang majlis yang lain
selain daripada mereka.
Luqman meletakkan sekantung biji sawi disisinya lantas dia memberi nasihat
kepada anaknya sambil mengeluarkan biji sawi tersebut sehinggalah habis kesemuanya, Maka
Luqman pun berkata: “Wahai anakku aku telah mengajarmu satu pengajaran, sekiranya diajarkan
pada bukit nescaya bukit itu akan terbelah, nasihat tersebut meninggalkan kesan yang mendalam
di dalam jiwa anaknya.
(Ibn Kathir: jil 6- ms 343)

Dikatakan kepada Luqman: “Siapakah seburuk-buruk manusia?” Luqman


menjawab: “Mereka yang tidak menghiraukan orang melihatnya ketika ia melakukan kejahatan."
(Tafsir Al-Khazin: jil 5; ms 180)

117
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Ditanya kepada Luqman: “Bagaimanakah engkau boleh sampai ke tahap yang
sebegini.”Lantas beliau menjawab: “Percakapan yang benar, menunaikan amanah dan
meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadaku."
(Al-Muwatta’: 612)

Wahai anakku dampingilah ulama’, sibukkan dirimu bersama mereka dengan


menemukan lututmu dengan mereka. Sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ‘nur’
hikmah sepertimana menghidupkan bumi dengan titisan air hujan dari langit.
(Al-Muwatta’: 612)

Wahai anakku! Jadikan mentaati Allah sebagai perniagaan, nescaya kamu akan
memperolehi keuntungan tanpa barang perniagaan. (Ini bertepatan dengan surah as-Soff ayat 10-
12 yang menyebut tentang beriman dengan Allah dan Rasul, berjihad pada jalan Allah dengan
harta dan jiwa boleh membawa kepada diampunkan dosa oleh Allah, kemenangan di atas pihak
musuh di dunia, terlepas daripada api neraka dan seterusnya menuju ke syurga Allah).
Wahai anakku! Takutilah Allah, manusia tidak akan menilaimu bahawa engkau
takutkan Allah lalu mereka menghormatimu kerana kamu takutkan Allah, sedangkan hatimu
melakukan kejahatan.
Wahai anakku! Kau tidakkan menyesal dengan berdiam sama sekali sesungguhnya
berkata-kata itu ibarat perak dan diam itu adalah emas. (Bertepatan dengan hadis: “Sesiapa
yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah berkata-kata dengan perkara yang baik
ataupun diam.”)
Sesungguhnya kejahatan itu mencipta kejahatan yang lain (Ini menunjukkan
bahawa kejahatan mengheret kepada kejahatan yang lain).
Berlemah-lembut adalah pokok bagi segala hikmah. (Bertepatan dengan hadis:
Tidak berlemah lembut pada suatu perkara melainkan ia memperelokkan lagi perkara itu).
Sebagaimana kamu mengasihani demikianlah juga kamu dikasihani, sebagaimana
kamu bercucuk tanam demikian jugalah kamu menuai hasilnya. (Tersebut di dalam hadis:
“Sesiapa yang tidak mengasihani maka dia tidak dikasihani.”)
Kasihilah temanmu dan teman bapamu. (Menurut hadis: "Sebaik-baik kebajikan
ialah seseorang itu menjalin hubungan dengan orang yang dikasihi oleh bapanya.”)
Janganlah kamu ghairah untuk mengasihi orang jahil kerana dia akan menganggap
kamu redha dengan amalannya. Janganlah memandang remeh kemarahan orang yang bijaksana,
kerana kemarahan itu menyebabkan ia berberat hati terhadapmu.
(Az-Zuhd: Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Tidakkah “tangan” Allah itu pada mulut-mulut para hukamak, janganlah sesiapa
pun di kalangan kamu bercakap melainkan apa yang telah direncanakan oleh Allah untuknya.
Sesungguhnya Luqman itu tiada baginya sebarang hutang.
Wahai anakku! Jauhilah dari melakukan kejahatan, nescaya engkau akan terhindar
dari kejahatan, sesungguhnya suatu kejahatan boleh membawa kepada kejahatan lain.

118
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Wahai anakku! Awasilah sifat tamak haloba, seburuk-buruk tamak ialah apa yang
merenggangkan antara sahabat dengan sahabatnya yang lain dan menghilang hikmah
sepertimana juga ia menghilangkan ketenteraman jiwa.
Wahai anakku! Awasilah sifat marah yang keterlaluan kerana ianya menghapuskan
hati berhikmah.
Wahai anakku! Pilihlah majlis-majlis di hadapan mata-mu, sekiranya majlis itu
merupakan majlis yang mengingati Allah maka duduklah bersama mereka. Sekiranya kamu
seorang alim nescaya orang lain akan memanfaatkan ilmumu, sekiranya kamu bodoh nescaya
mereka akan mengajarmu. Sekiranya Allah melihat dengan pandangan rahmat-Nya pada majlis
tersebut maka kamu akan turut sama menikmatinya. (Ini adalah bertepatan dengan hadis yang
bermaksud: “Merekalah kaum yang tidak dicela perhimpunan mereka (halaqah para ulama)."
Wahai anakku! Janganlah kamu duduk pada majlis yang tidak mengingati Allah,
sekiranya kamu seorang yang alim, nescaya mereka tidak akan memanfaatkan ilmumu, sekiranya
kamu bodoh nescaya mereka akan menambah kebodohanmu. Sekiranya Allah melihat mereka
dengan kemurkaan, kamu akan turut menerima bahananya. (Perlu difahami, sewajarnya
seseorang itu cuba memberi nasihat dan bersabar jika ia mampu, jika tidak jauhilah kelompok
yang sedemikian).
“Wahai anakku! Janganlah kamu bercita-cita untuk menjadi sepertimana seorang
yang merelakan kedua-dua tangannya menumpahkan darah orang mukmin, sesungguhnya dia di
sisi Allah adalah pembunuh yang tidak mati buat selama-lamanya.”
Ditanya kepada Luqman: “Siapakah manusia yang paling
sabar?” Luqman menjawab: “Kesabaran yang tidak disusuli dengan apa yang menyakitkan.”
Ditanya kepada Luqman: “Siapakah manusia yang paling tahu.” Beliau menjawab:
“Sesiapa yang menambah ilmunya dari ilmu orang lain.”
Ditanya kepada Luqman: “Siapakah manusia yang paling baik.” Luqman
menjawab: “Orang kaya.” Ditanya lagi: “Kaya pada hartakah?” Jawab Luqman: “Tidak, tetapi
orang kaya ialah: jika diminta kebaikan daripadanya ia akan memberi; jika tidak, dia telah
menjadikan dirinya tidak memerlukan orang lain.
Ditanya kepada Luqman: “Bagaimana kamu telah memilih hikmah dan tidak
memilih kenabian (nubuwwah), sedangkan Tuhan sudah memberikan pilihan”, Luqman
menjawab: “Jika diutuskan kepadaku dengan kenabian sebagai satu kemestian, nescaya aku
mengharapkan pertolongan daripada Allah dan aku juga mengharapkan agar aku dapat
melaksanakan tugas kenabian. Tetapi Tuhan telah menetapkan untukku, maka aku takut tidak
berupaya dengan tugas kenabian, oleh itu aku lebih menyukai hikmah.”
Daripada Ibn Wahab: Berdiri seorang lelaki di sisi Luqman seraya bertanya: “Awak
Luqman hamba Bani Nuhaskah?” Luqman menjawab: “Ya!” Lelaki ini bertanya lagi: “Anda
penjaga kambing hitamkah?” Beliau menjawab: “Kehitamanku jelas, apa yang kau hairankan
dengan keadaan aku?” Dia berkata lagi: “Manusia menjejaki hamparanmu, mereka mendatangi
pintumu, dan mereka redha dengan kata katamu.” Luqman berkata lagi: “Wahai anak kepada
saudaraku. Sekiranya kau melaksanakan apa yang ku katakan kau pun akan menjadi demikian
juga?” Dia bertanya: “Apakah dia itu?” Luqman menjelaskan: “Aku menundukkan pandangan
mataku, aku memelihara lidahku, kebersihan dan kesucian makananku, aku menjaga

119
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
kemaluanku, aku menunaikan segala kewajipanku, aku menunaikan janjiku, aku memuliakan
tetamuku, aku menjaga jiranku dan aku meninggalkan perkara yang tiada erti padaku. Inilah dia
perkara yang menjadikan aku sepertimana yang kau lihat.”
Berkata Ibnu Katsir daripada Abu Darda’, sesungguhnya dia berkata tentang
Luqman pada suatu hari: Tiada baginya keluarga, harta, keturunan dan kelebihan tetapi dia
seorang yang teguh dengan kebenaran, seorang yang pendiam, banyak bertafakkur, jauh
pandangan, tidak pernah tidur di siang hari, tiada sesiapapun yang pernah melihatnya meludah,
berdehem-dehem, membuang air kecil, membuang air besar, mandi, bermasam muka dan
tertawa. Dia tidak akan mengulangi kata-katanya melainkan orang lain yang mengulangi kata-
kata hikmatnya, pernah berkahwin dan mendapat cahaya mata, kesemuanya meninggal dunia
namun dia tidak menangisinya. Dia mendatangi sultan dan pemerintah untuk mengambil iktibar
dan berfikir, dengan itu dia diberikan hikmahnya.
(Al-Bidayah Al-Nihayah: jil 2; ms 124)

Adapun berkaitan dengan Luqman tidak tidur siang dan tidak menangis di atas
kematian anaknya, walaupun riwayat ini adalah sahih; Rasulullah SAW tidur siang sebagai
‘qoilulah’ untuk menghimpun kekuatan agar berupaya untuk berqiamullail dan Baginda pernah
menangisi kematian anaknya Ibrahim. Matanya menitiskan air dan hatinya sedih dan Baginda
tidak mengatakan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Ini lebih sempurna dalam
ubudiyyah.
(Zadul Ma`ad; Ibn Qoiyim)

Luqman berkata kepada seorang lelaki yang melihatnya: Sekiranya kamu melihat
dua bibirku yang tebal dan kasar, sesungguhnya keluar antara dua bibirku ini kata-kata yang
lembut, sekiranya kamu melihatku hitam sesungguhnya hatiku putih.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil7; ms 5143)

Luqman mendatangi Nabi Daud yang sedang membuat baju besi. Adalah menjadi
mukjizat Nabi Daud melembutkan besi sepertimana tanah. Luqman ingin menanyakan sesuatu,
tetapi terlintas pada dirinya hikmah agar berdiam dahulu. Bila Nabi Daud telah menyiapkan baju
itu Baginda memakainya seraya berkata: “Sebaik-baik pemakai baju perang adalah dirimu.”
Maka Luqman pun berkata: “Diam adalah hikmah dan tak ramai yang melakukannya.” Maka
Nabi Daud pun berkata kepadanya: “Dengan hak apa yang dinamakanmu Hakim.”
(Tafsir Abi Sau’d)

Al-Qurtubiy meriwayatkan daripada Ibn Umar: Tuhanku, sekiranya Engkau


memberiku pilihan, aku akan pilih kesejahteraan dan meninggalkan ujian. Namun sekiranya Kau
telah menetapkan ke atasku sesuatu maka aku tetap dengar dan taat, sesungguhnya Engkaulah
yang akan memeliharaku.
Al-Tha’labi menambah pada kenyatan di atas, para malaikat yang tidak boleh
dilihat telah berkata kepada Luqman: Mengapa? Wahai Luqman! Luqman menjawab: Seorang
pemerintah berada pada tempat yang berisiko, berkerumun kepadanya orang yang dizalimi
daripada segenap tempat, sekiranya dia dibantu oleh Allah maka berhak untuk selamat dan
sekiranya tersilap langkah maka silaplah jalan menuju ke syurga.
(At-Tafsir Al-Qurtubiy: jil7; ms 5143)

Siapa yang memilih dunia mengatasi akhirat, dunia akan lenyap dan akhirat juga
turut terlepas.
(Tafsir Al-Qurtubiy: jil 7; ms 5143)

120
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Nabi Daud bertanya kepada Luqman: Bagaimanakah engkau berpagi-pagi? Maka
Luqman berkata: Berpagi-pagi aku pada tangan selain aku (di tangan Allah). Maka Nabi Daud
mendalami dan menghayati kata-kata ini lalu pengsan.
(Tafsir Abi-Sa’ud )

Hendaklah kamu berhati-hati pada wanita pilihan.


Wahai anakku! Janganlah kamu menjadi lebih lemah daripada ayam jantan yang
berkokok pada waktu pagi sedangkanmu masih lagi terbaring tidur di atas katil.
Wahai anakku! Janganlah engkau menangguhkan taubat sesungguhnya mati datang
dengan tiba-tiba.
Berwaspadalah daripada berdusta dan berakhlak buruk, sesungguhnya orang
berbohong akan hilang air mukanya, dan siapa yang buruk amalannya maka banyak berdukacita.
Memindahkan batu besar dari tempat asalnya adalah lebih mudah daripada
memberi kefahaman kepada orang yang tidak mengerti. (Beliau menasihati agar bersabar di
dalam memberi pengajaran).
Wahai anakku! Janganlah engkau berkahwin umat selain daripadamu, itu semua
akan menyebabkan kamu mewariskan kepada anak-anakmu kesedihan yang berpanjangan
(Wasiat agar berkahwin dengan dara, disebut dalam hadis: “Tidakkah bersama dengan dara
yang dapat engkau bergurau-senda dengannya dan ia bergurau-senda denganmu.”
Wahai anakku! Akan datang kepada manusia, suatu zaman yang tidak tenang mata
orang alim (kemungkinan dimaksudkan banyaknya fitnah di akhir zaman).
Wahai anakku! Semenjak engkau lahir ke dunia, engkau telah berundur
daripadanya dan menuju ke akhirat. Perkampungan akhirat yang ditujui itu adalah lebih hampir
daripada perkampungan yang telah kau tinggalkan (dunia).
Wahai anakku! Biasakan lidahmu menyebut: Ya Allah! Ampunkanlah aku.
Sesungguhnya bagi Allah terdapat waktu-waktu yang tidak ditolak permintaan (iaitu dikabulkan
doa).
(Wasiat 65-73: Al-Huquq Al-Islamiyyah: Taha Afifi ms 481-482)

Wahai anakku! Setiap amalan tidak dapat dilakukan melainkan dengan keyakinan;
sesiapa yang lemah keyakinannya maka lemahlah amalannya. Wahai anakku! Apabila syaitan
cuba datangkan keraguan kepadamu maka kalahkanlah ia dengan keyakinan dan nasihat. Apabila
syaitan cuba datangkan rasa jemu dan kemalasan kepadamu maka kalahkanlah ia dengan
mengingati kubur dan hari akhirat. Apabila syaitan cuba datangkan sifat tamak dan gementar
kepadamu maka beritahu kepadanya bahawa dunia akan dipisahkan dan ditinggalkan.
(Tafsir Al-Hassan al-Basriy: 200)

Daripada Abi Umamah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:


Sesungguhnya Luqman berkata kepada anaknya: Wahai anakku! Hendaklah kamu berdamping
dengan ulama, dengarlah percakapan ahli bijaksana, sesungguhnya Allah menghidupkan hati
yang mati dengan nur hikmah sepertimana Allah menyuburkan tanah yang kering-kontang
dengan limpahan air hujan.
Wahai anakku! Tiga perkara jika diperbanyakkan pada seseorang, ia akan
menyempurnakan iman:-

121
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

1. Apabila redha ia tidak redha dengan kebatilan


2. Apabila marah ia tidak mencabuli kebenaran
3. Apabila ia menentukan sesuatu ia tidak mengambil
sesuatu yang bukan haknya.
Wahai anakku! Di kala manusia berbangga dengan pertuturan mereka yang indah,
maka bersenang-hatilah engkau dengan keindahan diammu.
Wahai anakku! Janganlah engkau membaling batu ke dalam telaga yang diminum
air darinya.
Wahai anakkku! Janganlah engkau membuang hartamu dan engkau menjaga harta
orang lain. Sesungguhnya hartamu adalah apa yang digunakan untuk diri sendiri, manakala harta
orang lain adalah apa yang engkau tinggalkan.
Wahai anakku! Sekiranya engkau ragu-ragu pada kematian, maka janganlah engkau
tidur; sesungguhnya sepertimana engkau tidur begitulah kematian. Sekiranya engkau ragu-ragu
pada hari kebangkitan, maka janganlah bangun dari tidur; sesungguhnya demikianlah kamu akan
dibangkitkan.
Wahai anaku! Tiga perkara tidak diketahui melainkan pada tiga keadaan:-
1. Seorang yang penyayang tidak dapat diketahui melainkan diwaktu kemarahan.
2. Seorang yang berani tidak dapat diketahui melainkan diwaktu peperangan
(perjuangan).
3. Seorang sahabat tidak dapat dikenali melainkan di waktu sangat memerlukan hajat.
Orang alim yang bijaksana menyeru manusia berdasarkan ilmunya dengan
percakapan yang sederhana dan bersopan, manakala seorang alim yang bodoh menjauhkan
manusia dari ilmunya dengan percakapan yang mengarut dan pertuturan yang berlebihan.
Wahai anakku! Beringat-ingatlah dengan kejahatanmu sehingga kamu mati. Dan
janganlah menghitung-hitung kebaikan yang telah kamu lakukan, sesungguhnya ia telah dihitung
oleh Allah ‘Azza Wa Jalla yang sekali-kali tidak melupakannya.
Wahai anakku! Janganlah engkau menjawab soalan yang diajukan kepada orang
lain seolah-olah engkau mendapat keuntungan atau engkau telah diberi hadiah. Jika engkau
melakukan sedemikian bermakna engkau telah menghina orang yang ditanya, berkasar dengan
orang menanya dan engkau telah menunjukkan kepada orang yang bodoh ketidakbijaksanaanmu
dan adabmu yang buruk.
Ingatilah dua perkara dan lupakanlah dua perkara: Ingatlah Allah dan mati.
Lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu.
(Wasiat 74-84: Rowaiu’l Hikam)

Sesiapa yang bersahabat dengan rakan yang jahat tidak selamat.


Sesiapa yang tidak dapat mengawal lidahnya ia akan menyesal. Wahai anakku,
jadilah kamu sebagai hamba kepada orang pilihan. Wahai anakku jadilah seorang yang amanah
nescaya engkau menjadi seorang yang kaya. Temukanlah lututmu dengan lutut para ulama`. Dan

122
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
jangalah berbalah dengan mereka. Ambillah daripada mereka apa yang mereka beri kepada
kamu. Ketika kamu mengajukan soalan kepada mereka hendaklah kamu berlembut.
Setujuilah sahabatmu dalam perkara yang bukan maksiat. Sekiranya kamu mahukan
kekayaan dunia maka janganlah tamak dengan apa yang ada pada manusia.
(Wasiat 85-87: Yasalunaka Fi Addin Wa Al Hayah: jil 6; ms 759)

Penutup: Ulama` telah menyebut bahawa terdapat banyak kata-kata hikmah


Luqman al-Hakim. Imam Bughawiy mengatakan bahawa Luqman telah mengungkapkan 12 ribu
daripada bab-bab hikmah, manusia menggunakannya pada percakapan seharian dan pada setiap
lapangan kehidupan mereka. Demikian juga al-Imam al-Alusiy berkata bahawa kata-kata hikmah
Luqman tak terhingga banyaknya.

BAHAGIAN LAPAN

PENUTUP

123
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

RUMUSAN PENTING BERKAITAN ASPEK ASPEK


UTAMA HIKMAH
Setelah kita meneliti dan mendalami segenap perincian dan perbahasan yang
berlingkar sekitar hikmah ini, secara keseluruhannya wasiat Luqman difokuskan pada tiga aspek
utama iaitu hati, perbuatan dan kata-kata:-

1. Memperelokkan hati dan membersihkan jiwa.


Firman Allah SWT:
‫فتكن في صخر‬
Maksudnya: ia tersembunyi di dalam batu besar
(Luqman: 16)

3. Memperelokkan amal perbuatan dan aksi hidup.


Firman Allah SWT:
‫واقصد في مشيك‬
Maksudnya: Dan sederhanakanlah langkah-langkahmu.
(Luqman: 19)

4. Memperelokkan kata-kata dan tutur bicara.


Firman Allah SWT:
‫واغضض من صوتك‬
Maksudnya: Dan rendahkanlah suaramu
(Luqman: 19) (Adaptasi At-Tafsir Al-Kabir: jil 25; ms 150)
Untuk membolehkan kita semua beramal dengan apa yang pernah di wasiatkan oleh
Luqman kepada anaknya sepertimana yang tertera di atas, kita perlulah benar-benar faham dan
mengerti apakah peranan sebenar setiap anggota tubuh badan kita dalam rangka mencapai
matlamat tersebut. Al-Haris Al-Muhasibiy telah menggariskan peranan anggota tubuh badan kita
secara terperinci sepertimana berikut:-

Kewajipan hati selepas beriman dan bertaubat kepada Allah ialah:-


 Ikhlas beramal kepada Allah.
 Beritiqad dengan berbaik sangka (husnus dzan) kepada Allah di waktu adanya kesamaran
(syubhah),
 Membulatkan kepercayaan kepada Allah.
 Takutkan azab Allah.
 Mengharapkan limpahan rahmat Allah.

Kewajipan lidah ialah:-


 Berkata benar sama ada di waktu kit aredha ataupun dalam keadaan marah.
 Tidak membicarakan perkara yang tercela di kala bersendirian atau di waktu keramaian.
 Tidak bercakap berlebih-lebihan pada perkara yang baik ataupun yang keji

Kewajipan mata:-

124
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
 Menundukkan pandangan daripada melihat benda yang haram,
 Tidak mengintip atau mengintai perkara yang dirahsiakan.

Kewajipan telinga:-
 Setiap perkara yang tidak harus diperkatakan dan dilihat maka ia juga tidak diharuskan
untuk didengari dan berseronok dengannya.
 Tidak mencari-cari perkara yang telah dirahsiakan daripada seseorang.
 Tidak mendengar apa jua yang boleh melalaikan dan lagu yang mengandungi unsur yang
haram serta perkara yang berkaitan dengan keaiban orang lain.

Kewajipan hidung:-
 Setiap perkara yang halalkan untuk didengar dan dilihat maka ia juga harus untuk dihidu.
(Contoh – kerana sifat wara’yang dimiliki oleh Saidina Umar Ibn al-Aziz RA, baginda
menutup hidungnya kerana enggan menghidu kasturi yang dibawa kepadanya kerana ia
daripada harta milik ‘baitul mal’).

Kewajipan tangan dan kaki:-


 Tidak digunakan pada perkara yang haram.
 Hanya digunakan pada perkara yang benar.
(Risalah al-Mustarsyidin: 113)

Setelah kita meneliti dan memerhatikan segenap aspek dan sudut wasiat Luqman,
maka dapat dirumuskan bahawa setiap agenda dan program hidup orang mukmin itu perlu
berlandaskan neraca Rabbani, agar setiap gerak-langkah dan tingkahlaku kita sentiasa bertepatan
dan sejajar dengan syariat murni yang dicipta oleh Allah. Asy-Syeikh Ahmad Ibn Ruslan asy-
Syafie berkata di dalam Matan az-Zubad:
‫فان يكن مأمــــوره‬ * ‫وزن بوزن الشرع كل خاطر‬
‫فبادر‬
‫فهو من الشيــطان‬ * ‫وإن يكـــن ممــا نهـــيـت عـــنه‬
‫فاحذر نه‬
Maksudnya: Ukurlah setiap lintasan hati dengan neraca syara`, sekiranya ia
merupakan perkara yang diperintahkan maka bersegeralah melakukannya; jika ia merupakan
perkara yang ditegah ketahuilah bahawa ia daripada syaitan, maka awasilah ia.

HUBUNGKAIT ANTARA KEMURNIAN AKHLAK DAN


KEMURAHAN REZEKI
Syariat Islam yang mulia ini merupakan risalah Allah dan ini menjadi faktor utama
abadinya agama ini, meskipun zaman dan masa silih berganti, semenjak dibangkitkan nabi
Muhammad SAW sehinggalah ke hari kiamat. Islam memberi penekanan yang lebih pada sudut
akhlak. Kepentingan ini telah difirmankan oleh Allah berulang-ulang kali. Antaranya
sepertimana berikut:-
Firman Allah SWT:

125
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM

‫وإنك لعلى خلق عظيم‬


Maksudnya: Dan engkau Muhammad mempunyai akhlak yang sangat mulia.
(Al-Qalam: 4)

Ayat ini ringkas tetapi mengandungi maksud yang men-dalam Nabi Muhammad
mengungguli budi pekerti yang mulia dengan mendapat pengiktirafan daripada Allah. Ayat Al-
Quran membuktikan ketinggian dan keteguhan budi pekerti nabi Muhammad dengan
menggunakan perkataan:

- In – ‫ن‬ ‫إ‬ (sesungguhnya) bagi menunjukkan kepastian.


- Huruf lam pada perkataan ‫ لعلى‬bertujuan bagi
menguatkan makna.
- ‘Ala ‫( على‬di atas) yang menunjukkan ketinggian ,juga
disifatkan akhlak Nabi dengan kalimah “‫”عظيم‬
(sangat – sangat agung / mulia)

Lantaran itu nabi Muhammad SAW menjadi teladan bagi orang mukmin dan ikutan
yang baik bagi manusia di segenap penjuru alam maya ini. Mengikuti baginda bermakna
mendapat keimanan dan petunjuk. manakala menyanggahi hidayahnya bermakna mendapat
fitnah dan azab daripada Allah. Baginda adalah orang muslim yang pertama dan penutup bagi
semua Nabi. Banyak kitab-kitab yang menulis tentang kemurnian akhlak dan keindahan budi
pekerti nabi serta segala sunnahnya.

Di dalam hadis riwayat Muslim terdapat topik khas yang menceritakan tentang
muflis. Bagaimana seorang yang bersembahyang, berpuasa dan mengeluarkan zakat tetapi
menjadi muflis lantaran mengabaikan budi pekerti yang mulia. Bekalan ibadahnya yang
sedemikian rupa tidak memadai untuk memberi syafa’at dan pertolongan kerana ia pernah
memukul, mencaci, membunuh, mencederakan dan memakan harta orang lain. Keadilan
perkiraan hisab menjadikan kebaikannya berpindah kepada orang yang dizalimi dan kesilapan
mereka berpindah kepadanya. Akhirnya dia dihumban ke dalam api neraka.

Islam meletakkan aspek moral sebagai perkara asas di dalam iman. Contohnya:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamu,
berbaik-baik dengan jiran, berkata dengan perkara yang baik atau diam sahaja jika tidak dapat
menyebut perkara yang baik.
Hubungan antara akhlak dan rezeki memberi kesan yang begitu mendalam. Al-
Quran telah menyebut berulang-kali bahawa beriman kepada Allah dan Rasul serta meyakini
bahawa bertaqwa kepada Allah merupakan sebab yang membawa kepada kesenangan hidup
yang berpanjangan, kemenangan ke atas pihak musuh, serta mendatangkan izzah dan karamah
kepada orang mukmin.
Ini semua mendorong manusia agar memperbetulkan konsep, iltizam dengan Islam
yang sebenar sebagai prinsip hidup, sebagai suatu manhaj yang berupaya menyusun kehidupan
pada aspek luaran, dalaman dan segenap segi.
Terdapat sebahagian daripada ayat-ayat yang mengaitkan antara iman dan rezeki,
memperuntukkan kepada ahli iman dan taqwa kemurahan rezeki dan kesenangan hidup.

126
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Allah SWT menceritakan bagaimana kisah ahli kitab, jika mereka beriman kepada
Allah, maka Allah akan hapuskan dosa mereka dan menjanjikan dengan nikmat yang paling
agung iaitu syurga. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫ولو أن أهل الكتاب ءامنوا واتقوا لكفرنا عنهم سياتهم وألدخلنهم جنات‬
‫النعيم ولو أنهم أقاموا التوراة واإلنجيل ومآ أنزل إليهم من ربهم ألكلوا من‬
‫فوقهم ومن تحت أرجله‬
Maksudnya: Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami
hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah kami akan masukkan mereka
kedalam syurga-syurga yang penuh nikmat. Dan kalau mereka bersungguh-sungguh
menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang
diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan rezeki
(yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi).
(Al-Maidah: 65, 66)

Allah SWT berfirman lagi tentang penduduk kota Mekah, sekiranya mereka
beriman kepada Allah, maka Allah akan melimpahkan rezeki yang tidak terhingga, sekiranya
mereka berpegang kepada syriat yang dibawa oleh Rasul. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
‫ولو أن أهل القرى ءامنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء واألرض ولكن كذبوا فأخذناهم‬
‫بما كانوا يكسبون‬
Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman
serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
melimpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami
timpakan mereka dengan azab yang mereka telah usahakan.
(Al-A`raf: 96)

Seterusnya Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman lagi berkaitan perkara ini:


‫فقلت استغفروا ربكم إنه كان غفارا يرسل السماء عليكم مدرارا ويمددكم بأموال وبنين ويجعل‬
‫لكم جنات ويجعل لكم أنهارا‬
Maksudnya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada
Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian),
Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi
kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan
bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di
dalamnya).
(Nuh: 10 –12)

Allah ‘Azza Wa Jalla mengisahkan tentang penduduk kota Mekah yang ingkar
dengan perintah Allah, lalu Allah turunkan bala kelaparan dan ketakutan kepada penduduk kota
itu. Allah berfirman:

‫وضرب الله مثال قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله‬
‫فأذاقها الله لباسالجوع والخوف بما كانوا يصنعون‬
Maksudnya: Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah
memberikan satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi
rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat

127
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya
disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
(An-Nahl: 112)

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman tentang rezeki dan rahmat hanya milik-Nya,
sesiapa yang memohon selain daripada-Nya, nescaya sia-sialah permintaan mereka:
‫إن الذين تعبدون من دون الله ال يملكون رزقا فاابتغوا عند الله الرزق‬
‫واعبدوه واشكروا له إليه ترجعون‬
Maksudnya: Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh
orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-segalanya, dan kamu hanya mengadakan
penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu,
tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan
sembahlah akan Dia serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan
dikembalikan.
(Al-Ankabut: 17)

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:


‫فليعبدوا رب هذا البيت الذي أطعمهم من جوع وءامنهم من خوف‬
Maksudnya: Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah
(Ka'bah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari
kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
(Quraisy: 3, 4)

Setelah kita memerhatikan firman Allah yang panjang lebar di atas, jelaslah kepada
kita bagaimana Allah menjamin rezeki orang yang beriman dan iltizam dengan agamanya dan
menjauhi segala larangan larangan dan tegahan agama.

Kisah saba’ yang dirakamkan di dalam Al Quran masih lagi segar di dalam ingatan.
Kita lihat bagaimana orang yang berpaling daripada syariat Allah, ditimpa bencana banjir besar
dan kesempitan hidup. Pada kisah penduduk negeri Saba' ini, ada satu tanda yang membuktikan
kemurahan Allah. Terdapat di tempat tinggal mereka dua kumpulan kebun (yang luas lagi
subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri perkampungan mereka. Malangnya
mereka ingkar dengan perintah Allah, lalu Allah hantarkan kepada mereka banjir yang
membinasakan, dan digantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua
kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang
jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.

Di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di
daerah negeri Syam) Allah limpahkan berkat kemakmuran dan Allah adakan beberapa buah
bandar yang jelas kelihatan kepada orang-orang yang melalui jalan itu. Kemakmuran dan
kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur. Lalu Allah pecah belahkan mereka
berkecai-kecai.

Kisah-kisah yang dipaparkan di dalam firman Allah di atas sejajar dengan apa yang
pernah disabdakan oleh Baginda junjungan di dalam hadis:-
)‫ (متفق عليه‬. .‫فليصل رحمه‬ ‫من سره أن يبسط له في رزقه وينساء في أثره‬

128
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
Maksudnya: Barangsiapa yang merasa gembira untuk diluaskan rezekinya dan
dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silturrahim (dengan ihsan).
(Daripada Anas)

Ibn Qoiyim Al-Jauziyyah menjelaskan berkaitan hadis ini iaitu yang dimaksudkan
dengan panjang usia ialah mendapat keberkatan, menggunakan umur atas landasan taufiq dan
tidak membiarkannya berlalu sia-sia. Karat karat dosa yang menyelaputi kehidupan manusia
menambahkan lagi kesempitan hidup dan jauh dari rahmat Allah. Perkara ini ditegaskan oleh
Rasulullah SAW di dalam sabda Baginda:
‫عن ثوبان قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الرجل ليحرم‬
‫الرزق بالذنب يصيبه وال يرد القدر إال بالدعاء وال يزيد في العمر إال البر‬
Maksudnya: Sesungguhnya disempitkan rezeki seseorang dengan dosa yang
menimpanya. Taqdir tidak akan berubah melainkan dengan doa. Tidak dipanjangkan umur
melainkan dengan melakukan kebajikan.
(Sahih Ibn Hibban)

Demikian tadi telah hamparkan wasiat Luqman yang murni dengan panjang lebar
lagi terperinci, di dalam perbahasan yang mencakupi skop yang begitu luas. Benarlah apa yang
difirmankan oleh Tuhan kita yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi di dalam Al-Quran:-
‫إن هـذا القـران يهـدي للـتى هي أقـوم‬
Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat
betul.
(Al-Isra`: 9)

BIBLIOGRAFI
1. Terjemahan Al-Quran Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Terbitan Hal
Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Cetakan kelima 1992.
2. Tafsir Al-Quran Al-Azim - Al-Imam Ibn Kathir Al-Quraisyi Al-Dimashqiy, Darul Khair,
Beirut, Lubnan 1991.
3. Al-Jamie’ Li Ahkam Al-Quran - Abdillah Muhammad Ibn Ahmad Al-Ansoriy Al-
Qurthubiy. Darul Hadith Qaherah, Mesir, 1994.
4. Jami’e Al-Bayan ‘An Ayil Quran - Muhammad ibn Jarir ibn Yazid ibn Khalid At-Tabariy.
Darul Fikr, Beirut Lubnan, 1995.
5. Tafsir Al-Nasafiy Al-Musamma Bi Madariki Al-Tanzil Wa Haqaiq Al-Takwil - Al-Imam
Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud An-Nasafiy. Darul Qolam, Beirut, Lubnan, 1989.

129
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
6. Ruh Al-Ma’aniy Fi Tafsir Al-Quran Al-A’zim Wa Al-Sab’il Mathniy - Al-‘Allamah Abil
Fadl Syihabuddin as-Saiyid Mahmud Al-Alusiy Al-Baghdadiy. Darul Fiqh, Beirut,
Lubnan, 1994.
7. Al-Tafsir Al-Kabir - Al-Imam Fakhruddin Ar-Razi. Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut
Lubnan, 1995.
8. Tafsir Al-Hasan Al-Basriy - Dr Muhammad Abdur Rahim. Darul Hadith, Qaherah, Mesir.
1992.
9. Fi Zilal Al-Quran - Asy-Syahid Saiyid Qutb. Darul Syuruq. Cetakan ke 16, 1990.
10. Sofwat Al-Tafasir - Asy-Syeikh Muhammad Aliy As-Sobuniy. Darul Qalam, Beirut,
Lubnan. TT.
11. Al-Asas Fi Al-Tafsir - Al-Ustaz Sa’ied Hawa. Darus-Salam, Qaherah, Mesir. 1995.
12. Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah wa Al-Syari’ah wa Al-Minhaj - Dr. Wahbah az-Zuhailiy.
Darul Fikr Mu’asir, Lubnan. 1991.
13. Al-Tafsir Al-Wasit Li Al-Quran Al-Karim - Majma’ al-Buhuth Al-Islamiyyah. Al-Hai’ah
Al-Ammah Li Syu’unil Matabi’ Al-Amiriyyah, 1991.
14. Al-Muntakhab Fi Tafsir Al-Quran. - Wizaratul Awqof. Majlis Al-A’la Li Syu’un al-
Islamiyyah, Qaherah, Mesir. 1990.
15. Wadh Al-Burhan Fi Musykilat Al-Quran - Al-‘Allamah Mahmud ibn Mahmud Abil
Hassan ibnul Husain an-Naisaburiy. Darul Qalam, Damsyik. 1990.
16. Asbab Al-Nuzul - Al-Imam Abil Hassan Ali ibn Ahmad Al-Wahidiy An-Naisaburiy. Darul
Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut, Lubnan. 1991.
17. Fath Al-Bariy Syarhu Sohih Al-Bukhariy - Ahmad ibn Ali ibn Hajar Abul Fadhl al-
A’sqolaniy. Darul Fikr, Beirut, Lubnan. 1995. Syarh Sahih Muslim - Al-Imam
Mahyuddin Abi Zakariyya Yahya ibn Syaraf An-Nawawiy. Darul Khair, Beirut, Lubnan.
1994.
18. Tuhfat Al-Ahwaziy Bi Syarhi Jamie’ Al-Tirmiziy - Al-Imam al-Hafiz Abil U’la
Muhammad Abdur Rahman ibn Abdur Rahim al-Mubakafuriy. Darul Fikr, Beirut. 1995.
19. Aun Al-Ma’bud Syarhu Sunan Abi Daud -Muhammad Syamsul Haq al-Azim Abadiy.
Darul Fikr, Beirut. 1990.
20. Al-Muatta’ - Imam Malik ibn Anas. Darul Hadith, Qaherah, Mesir. 1993.
21. Ibanah Al-Ahkam Syarh Bulugh Al-Maram - Ibn Hajar Al-‘Asqolaniy Asy-Syeikh Abi
Abdillah Abdus Salam Darul Fikr Beirut, Lubnan. 1997.
22. Al-Bidayah Wa Al-Nihayah - Al-Imam ibn Kathir al-Quraisyi ad-Dimashqiy. Darul Fikr,
Li-Tiba’ati Wan Nasyri Wat Tauzi’, Beirut. 1996.
23. Ihya’ Ulum Al-Din - Al-Imam Abi Hamid Muhammad ibn Muhammad Al-Ghazali. Darul
Hadith, Qaherah, Mesir. TT.
24. Miftah Dar Al-Saadah Wa Mansyur Wilayah Al-Ilmi Wa Al-Iradah. - Ibnu Qoiyim al-
Jauziahs. Dar al-Hadith, Qaherah, Mesir. 1994.
25. Lisanul Arab al-Imam - al-‘Allamah Abil Fadhl Jamaluddin Muhammad ibn al-Mukarram
ibn Manzur af-Afriqi al-Misriy. Dar Sodir Beirut, Lubnan. TT.

130
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
26. Syarh al-Aqidah at-Tahawiyyah - Al-Imam al-Qodhiy Aliy ibn Muhammad ibn Izz ad-
Dimashqiy. Maktabah Darul Lubnan, Damsyik, Beirut. 1992.
27. Tahzib Madarij Al-Salikin (Al-Imam Ibn Qoiyim Al-Jaiziyyah) - Abul Muna’im Soleh Al-
Aliy Al-Izziy Maktabah Al-Qoiyimah. Nasr City, Qaherah. TT.
28. Al-Kabair - Al-Imam Al-‘Allamah Al-Hafiz Ibn Qoiyim Al-Jauziyyah. Maktabah Al-Ilm
Wal Iman, Qaherah, Mesir. TT.
29. Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah - Al-‘Allamah Al-‘Arif Billah Abil Qosim Abdul Karim
Hawazan al-Qusyairiy. Darul Khair, Beirut. 1995.
30. Kitab Al-Birr Wa Al-Silah - Al-Imam Adi Farj Abdur Rahman ibn Ali al-Baghdadiy.
Maktabah As-Sunnah, Qaherah, Mesir. 1993.
31. Mukhtasar Minhaj Al-Qosidin - Al-Imam Asy-Syeikh Ahmad Abdur Rahman ibn
Qudamah al-Maqdisiy. Darul Aqidah Lit-Turath, Iskandariyyah, Mesir. 1991.
32. Risalah Al-Mustarsyidin - Abi Abdillah Al-Haris ibn Asad al-Muhasibiy. Darus Salam,
Qaherah, Mesir 1988.
33. Al-Da’ Wa Al-Dawa’ - Al-Imam Syamsuddin Muham-mad ibn Abi Bakr ibn Qoiyim al-
Jauziyyah, Maktabah al-Iman, Mesir. TT.
34. Qosas Al-Quran - Dr Muhammad Bakar Ismail. Darul Manar, Qaherah, Mesir. 1997.
35. Usul Al-Dakwah - Dr. Abdul Karim Zaidan. Muassah ar-Risalah, Qaherah, Mesir. 1998.
36. Al-Mustakhlis Fi Tazakiat Al-Nafs - Sai'ed Hawa, Darus Salam, Qaherah, Mesir. 1988.
37. Al-Ikhlas Mafhumuhu Majalatuhu Tathbiqatuhu. - Jum’ah Amin Abdul Aziz. Darul
Dakwah. Li-Tab’ Wan-Nasyr Wat-Tauzi’, Qaherah, Mesir. 1994.
38. Al-‘Aql Wa Al-‘Ilm Fi Al-Quran - Dr Yusuf al-Qardhawi, Maktabah Wahbah ‘Abidin,
Qaherah, Mesir. 1996.
39. Haqiqat Al-Iman - Abu Hafs Umar ibn Abdul Aziz Quraisyi. Darul Huda, al-Ahram,
Mesir, TT
40. Birr Al-Walidain - Hasan Zakaria. Darul Iman Iskandariyyah, 1990.
41. Al-Suluk Al-Ijtama’i Fi Al-Islam - Sheikh Ayyub. Darut Tauzi’ Wan Nasyr Al-Islamiyyah,
Qaherah, Mesir. 1996.
42. Al-Dakwah Al-Islamiyyah Arkanuha Wa Manahijuha - Ramadhan Abdul Muttolib
Khumais, Darut Tiba’ah al-Muhammadiah. Qaherah, Mesir. 1997.
43. Min Wasaya Al-Quran Al-Karim: Nazorat Hawla Wasa-ya Luqman al-Hakim - Asy-
Syeikh al-Anwar Ahmad al-Baltajiy, Darul Manar, Mesir. 1997.
44. Wasoya Wa Mawa’iz Li Luqman Al-Hakim Fi Al-Quran - Dr Musa al-Khatib. Darul
Raudhah Lin Nasyr Wat Tauzi’, Qaherah, Mesir. TT.
45. Mawa’iz Luqman Fi Al-Quran - Muhammad Abdul Latif. Darus Sahabah, Tanta. Mesir,
1992.
46. Afatun ‘Ala Al-Tariq - Dr as-Saiyid Muhammad Nuh. Darul Wafa’ Lit Tiba’ah Wan Nasyr
Wat Tauzi’, Mansourah. 1997.

131
HIKMAH DI SEBALIK WASIAT LUQMAN AL HAKIM
47. Lailahaillallah ‘Aqidah Syariah Wa Minhaj Hayah -Muhammad Qutb. Darul Syuruq,
Qaherah, Mesir. 1993.
48. Feqh Da’wah Fi Inkar Al-Munkar - Abdul Majid al-Bilaliy. Darul Karimah, Lin Nasyr Wat
Tauzi’, Mansoura, Mesir 1997.
49. Al-Ibadah Dirosah Minhajiyyah Syamilah Fi Dhouil Kitabi Was Sunnah Dr. Muhammad
Abul Fath al-Bayanuniy. Darus Salam, Qaherah, Mesir. 1984.
50. Rowai’ Al-Hikam - Abul Fida Muhammad ‘Izzat Muhammad ‘Arif. Muassah Badran.
1997.
51. Yasalunaka Fi Al-Din Wa Al-Hayah - Dr. Ahmad Asy-Syarbiniy. Darul Jail, Beirut. 1995.
52. Al-Syariah Al-Muftara 'Alaiha - Al-Mustasyar Salim al-Banhawiy. Darul Wafa Lit Tiba’ah
Wan Nariy Wat Tauzi’, al-Mansurah, Mesir. 1995.
53. Al-Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab Al-Syafi’e - Dr Mustafa al-Bugha, Dr. Mustafa al-Khin.
Darul Qolam. 1996.

132

Anda mungkin juga menyukai