Anda di halaman 1dari 35

AGIHAN KOD PAFA ( PT3 DAN SPM )

TINGKATAN KOD TAJUK


DINILAI
01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02 Rukun Islam
1
03 Rukun Iman
04 Beristinjak
05 Membersihkan Diri, Pakaian dan Tempat Daripada
Najis
06 Cara Berwuduk
PT3
07 Cara Bertayamum
2
08 Cara Mandi Wajib
09 Azan, Iqamah, Jawapannya dan Doa Selepas Azan
dan Iqamah
10 Solat Fardhu
11 Solat Jenazah
12 Puasa
3 13 Adab terhadap Ibu Bapa
15 Ihsan
16 Kewajipan Menutup Aurat
17 Batas Pergaulan Dalam Islam

01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah


02 Rukun Islam
03 Rukun Iman
04 Beristinjak
05 Membersihkan Diri, Pakaian dan Tempat Daripada
4 Najis
06 Cara Berwuduk
SPM
07 Cara Bertayamum
08 Cara Mandi Wajib
09 Azan, Iqamah, Jawapannya dan Doa Selepas Azan
dan Iqamah
10 Solat Fardhu
11 Solat Jenazah
12 Puasa
5 13 Adab terhadap Ibu Bapa
14 Perkahwinan
15 Ihsan
16 Kewajipan Menutup Aurat
17 Batas Pergaulan Dalam Islam
﴾ KOD : 01 ﴿
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

SOALAN L1.1 Sebutkan lafaz Dua Kalimah Syahadat dengan sempurna.

JAWAPAN ِ ‫ول‬
‫اهلل‬ َّ ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن الَّ إِلَهَ إِالَّ اهللُ َوأَ ْش َه ُد أ‬
ُ ‫َن ُم َح َّم ًدا َر ُس‬

SOALAN L1.2 Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadat.

JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa
Nabi Muhammad Pesuruh Allah.
﴾ KOD : 02 ﴿
RUKUN ISLAM

SOALAN L2.1 Sebutkan Rukun Islam satu persatu


JAWAPAN Rukun Islam ada lima perkara:
1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3) Mengeluarkan Zakat.
4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.

SOALAN L2.2 Huraikan Rukun Islam:


1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.
3) Mengeluarkan Zakat.
4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan

JAWAPAN Huraian:
1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaan-Nya dan suatu
pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam.


Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan
takbir dan diakhiri dengan salam. Solat wajib ditunaikan lima waktu iaitu:
Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

3) Mengeluarkan Zakat.
Ibadat dengan cara mengeluarkan harta yang tertentu diberi kepada
golongan tertentu dengan kadar dan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah
Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang
membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari
disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan
Ramadhan

5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan.


Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup kepada
orang yang mampu, dengan syarat tertentu pada waktu yang tertentu.

SOALANL2.3 Terangkan kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim


JAWAPAN Kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim ialah:
1) Merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan
2) Menjadikan seseorang sebagai muslim yang sejati.
3) Menjadi penghubung antara manusia dengan Allah dan manusia sesama
manusia.
﴾ KOD : 03 ﴿
RUKUN IMAN

SOALAN L3.1 Sebutkan Rukun Iman satu persatu:


JAWAPAN Rukun Iman ada enam perkara:
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada Kitab
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada Hari Akhirat
6) Beriman kepada Qadak dan Qadar. [ ‫] قضاء دان قدر‬

SOALAN L3.2 Bagaimanakah anda beriman kepada Allah s.w.t ?


JAWAPAN Mengaku bahawa Allah s.w.t ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan
sempurna.

SOALAN L3.3 Bagaimanakah anda beriman kepada:


1) Malaikat.
2) Kitab.
3) Rasul.
4) Hari Akhirat.
5) Qadak dan Qadar.

JAWAPAN Beriman kepada:

1) Malaikat:
Meyakini bahawa Malaikat itu ialah makhluk Allah, dijadikan daripada nur
(cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu. Sentiasa taat menjalankan
tugas yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

2) Kitab:
Meyakini bahawa Allah s.w.t telah menurunkan kitab-kitab kepada para
rasul-Nya yang tertentu. Semua kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan
yang benar.
3) Rasul:
Meyakini bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lelaki yang mendapat
wahyu daripada Allah s.w.t untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.

4) Hari Akhirat:
Meyakini bahawa alam ini akan musnah. Selepas itu, manusia akan
dihidupkan semula untuk dihisab segala amalannya. Orang yang banyak
amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang ingkar akan
diperintahkan oleh Allah ditempatkan di neraka seketika.

5) Qadak dan Qadar:


Meyakini bahawa semua yang berlaku kepada diri kita bahkan seluruh
alam telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

SOALANL3.4 Apakah perkara-perkara yang boleh merosakkan iman?


JAWAPAN Perkara-perkara yang boleh merosakkan iman ialah:
1) Syirik.
2) Kufur.
3) Murtad.
4) Khurafat.
5) Maksiat.
﴾ KOD : 04 ﴿
BERISTINJAK

SOALAN L4.1 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan air.


JAWAPAN Membasuh qubul dan dubur ( ‫) قبل دان دبر‬ dengan menggunakan air mutlak
sehingga diyakini bersih.

SOALAN L4.2 Sebutkan benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air.
JAWAPAN Benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air ialah:
1) Batu.
2) Benda kesat.

SOALAN L4.3 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan batu atau benda kesat.
JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji
batu atau benda yang kesat sehingga diyakini bersih.
﴾ KOD : 05 ﴿
MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS

SOALAN L5.1 Kain ini terkena najis Mukhaffafah ( ‫خ َّف َفة‬


َ ‫) ُم‬.
Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mukhaffafah ialah dengan memercikkan air mutlak di
kawasan yang terkena najis

SOALAN L5.2 Kaki anda terkena najis Mutawassitah ( ‫) ُمتَ َو ِّسطَة‬


Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mutawassitah ialah:


1) Buangkan najis.
2) Basuh bahagian yang terkena najis dengan menggunakan air mutlak
sehingga hilang bau, warna dan rasa.

SOALAN L5.3 Di lantai ini terdapat najis Mughallazah ( ‫) ُمغَلَّظَة‬.


Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.

JAWAPAN Cara menyucikan najis Mughallazah ialah:


1) Buangkan najis.
2) Basuh dengan air mutlak yang bercampur tanah ( satu kali ).
3) Basuh dengan air mutlak ( enam kali ) sehingga diyakini bersih.
﴾ KOD : 06 ﴿
CARA BERWUDUK

SOALAN L6.1 Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.


JAWAPAN Cara berwuduk dengan betul ialah:
1) Membaca : ‫الرِح ِيم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
2) Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan ( tiga kali ).
3) Berkumur (tiga kali ) .
4) Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya ( tiga kali ) .
ِ ِ‫ضوء ل‬
‫له تَ َعالَى‬
5) Menyebut lafaz niat wuduk: َ ْ ُ ‫الو‬
ُ ‫ت‬ ُ ْ‫نَ َوي‬
6) Membasuh muka ( tiga kali ).
* Basuhan pertama disertakan dengan niat.
* Niat wuduk ialah: “ Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala ”.

Catatan:
Kawasan mula ialah:
Dari gigi rambut hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan
hingga ke anak telinga kiri.

7) Membasuh tangan kanan hingga ke siku ( tiga kali ) kemudian tangan kiri
hingga ke siku ( tiga kali ).
8) Menyapu sebahagian kepala dengan air ( tiga kali ).
9) Menyapu kedua-dua telinga dengan air ( tiga kali ).
10) Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali ( tiga kali ). Kemudian
membasuh kaki kiri hingga ke buku lali ( tiga kali ).
11) Membaca doa wuduk :

‫ اللَّ ُه َّم‬,ُ‫َن ُم َح َّم ًدا َ ْب ُد ُ َوَر ُسولُه‬


َّ ‫ َوأَ ْش َه ُد أ‬,ُ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن الَّ إِلَهَ إِالَّ اهللُ َو ْح َد ُ الَ َش ِريْ َ لَه‬
. ‫اللالِ ِح ْي َن‬
َّ َ ‫اد‬ ِ ‫ واجعلنِي ِمن ِ ب‬, ‫ واجعلْنِي ِمن المتَطَ ِّه ِرين‬, ‫َّوابِين‬ ِ ِ
َ ْ َْ َ َ ُ َ َ ْ َ َ ْ َّ ‫اج َعلْني م َن الت‬ ْ
Maksudnya:
Saya naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan saya
naik saksi bahawa Nabi Muhammad ialah hamba dan Pesuruh-Nya. Wahai
Tuhan kami, jadikanlah kami daripada kalangan yang bertaubat, suci
bersih dan jadikanlah kami daripada kalangan hamba-Mu yang soleh.
﴾ KOD : 07 ﴿
CARA BERTAYAMUM

SOALAN L7.1 Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna


JAWAPAN Cara bertayamum ialah:
1) Sediakan debu yang suci
2) Menghadap kiblat
3) Membaca : ‫الرِح ِيم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
4) Menyebut lafaz niat tayamum seperti:
ِ ِ‫اللالَةِ ل‬
‫له تَ َعالَى‬ َّ ‫ض‬ِ ‫اح ِة فَ ْر‬ ِ ِ
َ َ‫يت التَ يَ ُّم َم الستب‬
ُ ‫نَ َو‬
5) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka
sambil berniat. “ Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat
fardu kerana Allah Taala” dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.
6) Menipiskan / mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh
kedua-dua tangan di luar tempat debu.
7) Menyapu debu ke muka.

Catatan:
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak
telinga kanan ke anak telinga kiri.

8) Membuangkan debu yang telah digunakan / Mustakmal [ ‫] ُم ْستَ ْع َمل‬ yang


masih melekat di tapak tangan.
9) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka
untuk kali kedua di tempat yang lain kemudian menipiskannya dengan
meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
10) Menyapu tangan kanan dengan cara:
10.1 Melekatkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan kecuali
ibu jari.
10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan.
10.3 Genggaman sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku.
10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan
kedudukan ibu jari terangkat.
11) Menyapu tangan kiri dengan cara :
11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri kecuali
ibu jari.
11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan kiri.
11.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke
siku.
11.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku.
11.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan
kedudukan ibu jari terangkat.
11.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
12) Menyelati jari kanan dan kiri.
﴾ KOD : 08 ﴿
CARA MANDI WAJIB ( MENGANGKAT HADAS BESAR )

SOALAN L8.1 Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi.


JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah:
1) Keluar mani
2) Haid [ ‫ح ْيض‬
َ ]
3) Jimak [ ‫] ِج َماع‬

4) Wiladah [ ‫] ِوَال َدة‬

5) Nifas [ ‫] نفاس‬
6) Mati selain dari mati syahid

SOALAN L8.2 Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna
JAWAPAN Cara mandi wajib adalah seperti yang berikut:
1) Bersihkan badan daripada segala kekotoran.
2) Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota
badan.
3) Disunatkan berwuduk.
4) Sebutlah lafaz niat, seperti :
ِ ِ‫ث األَكب ِر ل‬
‫له تَ َعالَى‬ ِ ‫يت رفْع الح َد‬
َ َ َ َ ُ ‫نَ َو‬
5) Jiruskan air ke kepala berserta niat.
Niatnya ialah:
“ Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
5.1 Jiruskan air ke kepala ( tiga kali ).
5.2 Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan ( tiga kali ).
5.3 Jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri ( tiga kali ).
6) Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara.
6.1 Selati rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit.
6.2 Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota badan yang zahir
seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan
dubur dalam keadaan mencangkung.

Peringatan :
Wuduk terlaksana sekiranya sepanjang mandi tidak menyentuh qubul dan dubur dan
perkara-perkara lain yang membatalkan wuduk.
﴾ KOD : 09 ﴿
AZAN, IQAMAT, JAWAPANNYA DAN DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAH

SOALAN L9.1 Soalan kepada murid lelaki.


Anda dikehendaki melaksanakan Azan dengan betul dan sempurna .

Soalan kepada pelajar perempuan.


Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan Azan dengan betul dan
sempurna

JAWAPAN 1) Berwuduk, makruh Azan tanpa wuduk


2) Berdiri dan menghadap Kiblat .
3) Meletakkan jari telunjuk di telinga
4) Melaungkan Azan

Lafaz Azan

‫اُهلل َأ ْك َأَب ُهلل اُهلل َأ ْك َأَب ُهلل‬ ‫اُهلل َأ ْك َأَب ُهلل اُهلل َأ ْك َأَب ُهلل‬
‫ِإ ِإ‬ ‫ِإ ِإ‬
‫َأ ْك َأ ُهلل َأ ْك اَّل َأ َأ اَّل اُهلل‬ ‫َأ ْك َأ ُهلل َأ ْك اَّل َأ َأ اَّل اُهلل‬
‫ُهلل اِإ‬ ‫ُهلل اِإ‬
‫َأ ْك َأ ُهلل َأ اَّل ُهللَأ اَّل ًد َأ ُهلل ْك‬ ‫َأ ْك َأ ُهلل َأ اَّل ُهللَأ اَّل ًد َأ ُهلل ْك‬
‫ل اّل ِإ‬ ‫َأ اَّل َأَأ اَّل‬ ‫ل اّل ِإ‬ ‫َأ اَّل َأَأ اَّل‬
‫َأ اَّل َأَأ َأل َأ ِإ‬ ‫َأ اَّل َأَأ َأل َأ ِإ‬
‫ِإ ِإ‬
‫َأ َأ َأ اَّل اُهلل‬ ‫اُهلل َأ ْك َأَب ُهلل اُهلل َأ ْك َأَب ُهلل‬

PERINGATAN:

a) Sunat Tarji’ [ ‫] تَأَب ْك ِإجيع‬, iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu
kalimah

‫ِإ ِإ‬ ‫ِإ ِإ‬


‫َأ ْك َأ ُهلل َأ ْك اَّل َأ َأ اَّل اُهلل‬ ‫َأ ْك َأ ُهلل َأ ْك اَّل َأ َأ اَّل اُهلل‬
‫ُهلل اِإ‬ ‫ُهلل اِإ‬
‫َأ ْك َأ ُهلل َأ اَّل ُهللَأ اَّل ًد َأ ُهلل ْك‬ ‫َأ ْك َأ ُهلل َأ اَّل ُهللَأ اَّل ًد َأ ُهلل ْك‬
Sebelum melafazkannya dengan kuat
b) Azan Subuh hendaklah ditambah kalimah:

‫ل َأ ُهلل يَب ِإ لاَّلَب ِإ‬ ‫ل َأ ُهلل يَب ِإ لاَّلَب ِإ‬


‫اَّل َأ ْك ُهلل َأ ْك‬ ‫اَّل َأ ْك ُهلل َأ ْك‬

Selepas melaungkan kalimah :

‫َأل َأ ِإ‬ ‫َأ اَّل َأَأ‬ ‫َأل َأ ِإ‬ ‫َأ اَّل َأَأ‬

SOALAN L9.2 Dengar Azan dan jawab dengan betul dan sempurna
JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab Azan secara perlahan satu persatu hingga akhir.
Jawapan Azan adalah sama seperti lafaz dilaungkan oleh Muazzin [ ‫ُم َؤذَّن‬ ]
kecuali pada lafaz yang berikut:

Jawab Azan Lafaz Azan

‫َألِإ ِّى َأل ِإ ْكي ِإ‬ ‫َأ ُهللَب اَّل َأ ِإ اَّل ِإ اِإ‬ ‫َأ َأ ْك َأ‬ ‫ل اّل ِإ‬
‫اَّل‬ ‫َأ اَّل َأَأ‬
‫َأ‬
‫َألِإ ِّى َأل ِإ ْكي ِإ‬ ‫َأ ُهللَب اَّل َأ ِإ اَّل ِإ اِإ‬ ‫َأ َأ ْك َأ‬ ‫ِإ‬ ‫َأل َأ‬ ‫َأ اَّل َأَأ‬
‫َأ‬
‫لاَّلَب ِإ‬ ‫ِإ‬
‫َأ َأ ْك َأ َأ َأَبَأ ْك َأ‬ ‫ْك‬ ‫َأ‬ ‫ل َأ ُهلل َأ ْكيَب ُهلل‬
‫اَّل‬

SOALAN L9.3 Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN 1) Berdiri menghadap Kiblat.
2) Menyebut lafaz Iqamah:
Lafaz Iqamah
‫اهللُ أَ ْكبَ ُر اهللُ أَ ْكبَ ُر‬
ِ ‫َن مح َّم ًدا رسو ُل‬
‫اهلل‬ ْ ُ َ َ ُ َّ ‫أَ ْش َه ُد أ‬ ُ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن َّال إِلَهَ إَِّال اهلل‬
ِ ‫َح َّى َلَى ال َف َال‬ ِ‫الل ّالة‬
َّ ‫َح َّى َلَى‬
ُ‫اللالَة‬
َّ ‫ت‬ ِ ‫قَ ْد قَام‬ ُ‫اللالَة‬
َّ ‫ت‬ ِ ‫قَ ْد قَام‬
َ َ
ُ‫َال إِلَهَ إِالَّ اهلل‬ ‫اهللُ أَ ْكبَ ُر اهللُ أَ ْكبَ ُر‬
SOALAN L9.4 Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna
JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab secara perlahan satu persatu hingga akhir.

Jawab Iqamah Lafaz Iqamah

‫اهللُ أَ ْكبَ ُر اهللُ أَ ْكبَ ُر‬ ‫اهللُ أَ ْكبَ ُر اهللُ أَ ْكبَ ُر‬
ُ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن َّال إِلَهَ إَِّال اهلل‬ ُ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن َّال إِلَهَ إَِّال اهلل‬
ِ ‫َن مح َّم ًدا رسو ُل‬ ِ ‫َن مح َّم ًدا رسو ُل‬
‫اهلل‬ ْ ُ َ َ ُ َّ ‫أَ ْش َه ُد أ‬ ‫اهلل‬ ْ ُ َ َ ُ َّ ‫أَ ْش َه ُد أ‬
‫الع ِظ ْي ِم‬ ِ ‫اهلل‬
َ ‫العل ِّى‬
ِ
َ ِ‫َال َح ْو َل َوالَ قُ َّوةَ إِالَّ ب‬
ِ‫الل ّالة‬
َّ ‫َح َّى َلَى‬
‫الع ِظ ْي ِم‬ ِ ‫اهلل‬
َ ‫العل ِّى‬
ِ
َ ِ‫َال َح ْو َل َوالَ قُ َّو َة إِالَّ ب‬ ِ ‫َح َّى َلَى ال َف َال‬
‫رض‬ ِ َّ ‫ت‬ ِ ‫أَقَام َها اهلل وأ ََدام َها ما َدام‬ ِ ‫قَ ْد قَام‬
ُ َ‫الس َم َوات َواال‬ َ َ َ َُ َ ُ‫اللالَة‬
َّ ‫ت‬ َ
ِ
‫صالحي أ َْهل َها‬ ِ ِ ِ ِ ‫و‬ ِ ‫قَ ْد قَام‬
َ ‫اج َعلني م ْن‬ ْ َ ُ‫اللالَة‬
َّ ‫ت‬ َ
‫اهللُ أَ ْكبَ ُر اهللُ أَ ْكبَ ُر‬ ‫اهللُ أَ ْكبَ ُر اهللُ أَ ْكبَ ُر‬
ُ‫َال إِلَهَ إِالَّ اهلل‬ ُ‫َال إِلَهَ إِالَّ اهلل‬

SOALAN L9.5 Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah.
JAWAPAN Doa Azan dan Iqamah:

, َ‫ض ْي لَة‬ ِ , ‫ْلالَةِ الْ َقائِمة‬


ِ ‫آت سيِّ َدنَا مح َّم ًدا الْو ِس ْي لَةَ والْ َف‬ َّ ‫ب َه ِذ ِ ال َّْد ْ َوةِ الْت‬
َّ ‫َّام ِة َوال‬ َّ ‫اللَّ ُه َّم َر‬
َ َ َُ َ َ
ِ ‫ إِنَّ َ َال تُ ْخلِ ُ ال ِْميع‬, ُ‫ودا الَّ ِذي و َ ْدتَه‬
. ‫اد‬ ً ‫َوابْ َعثْهُ َم َق ًاما َّم ْح ُم‬
َ َْ
Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang
didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w.
ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah
janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji.
﴾ KOD : 10 ﴿
SOLAT FARDU

SOALAN L10.1 Anda dikehendaki memperdengarkan ( Tasmi’ ) bacaan – bacaan berikut:


1) Lafaz niat solat Subuh, Zuhur, Asar , Maghrib dan Isyak.
2) Takbiratul Ihram.
3) Doa Iftitah.
4) Surah al-Fatihah.
5) Dua Surah ( Pilihan murid )
6) Bacaan Rukuk.
7) Bacaan Iktidal.
8) Bacaan Sujud.
9) Bacaan duduk antara dua Sujud.
10) Bacaan Tahiyat.
11) Salam.
12) Bacaan Qunut.

JAWAPAN Bacaan –bacaan tersebut ialah:


1) Niat Solat:
a. Solat Subuh

ِ ‫ض الْل ْب ِ رْكعتَ ْي ِن أ ََد‬


‫الى‬
َ ‫اء ِ هلل تَ َع‬
ً َ َ ُ َ ‫ُصلِّى فَ ْر‬
َ‫أ‬
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Subuh Dua rakaat tunai
kerana Allah Taala

b. Solat Zuhur

‫الى‬ ٍ ‫أُصلِّى فَ رض الْظُ ْه ِر أَربع رْكع‬


ِ ‫ات أ ََد‬
َ ‫اءِ هلل تَ َع‬
ً َ َ َ َْ َ ْ َ
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor Empat rakaat tunai
kerana Allah Taala.

c. Solat Asar

ٍ ‫ل ِر أَربع رْكع‬
ِ ‫ات أ ََد‬
‫الى‬
َ ‫اءِ هلل تَ َع‬
ً َ ‫ُصلِّى فَ ْر‬
َ َ َ َْ ْ ‫ض ال َْع‬ َ‫أ‬
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Asar Empat rakaat tunai
kerana Allah Taala.
d. Solat Maghrib

ٍ ‫ث رْكع‬
ِ ‫ات أ ََد‬ ِ ‫ض ال َْمغْ ِر‬
‫الى‬
َ ‫اءِ هلل تَ َع‬
ً َ َ َ َ‫ب َال‬ َ ‫ُصلِّى فَ ْر‬
َ‫أ‬
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Maghrib Tiga rakaat tunai
kerana Allah Taala.

e. Solat Isyak

‫الى‬ ٍ ‫ش ِاء أَربع رْكع‬


ِ ‫ات أ ََد‬ ِ ‫أُصلِّى فَ ر‬
َ ‫اءِ هلل تَ َع‬
ً َ َ َ َْ َ ‫ض الْع‬ َ ْ َ
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Isya’ Empat rakaat tunai
kerana Allah Taala.

2) Takbiratul Ihram : ‫اَهلل أَ ْكبَر‬


3) Doa Iftitah [ ‫ ] فتت‬:

‫ت‬ ِ ‫اَهلل أَ ْكبر َكبِْي را والحم ُد لِلَّ ِه َكثِْي را وس ْبحا َن اهلل ب ْكرًة وأ‬
ُ ‫ إِنِّي َو َّج ْه‬. ً‫َص ْيال‬ َ َ ُ َ َُ ً َْ َ ً َ
. ‫الم ْش ِركِ ْين‬ ِ ِ ِ َ ‫ات واألَر‬ ِ َّ ‫و ْج ِهي لِلَّ ِذي فَطَر‬
ُ ‫ض َحن ْي ًفا ُم ْسل ًما َوَما أَنَا م َن‬ ْ َ ‫الس َم َو‬ َ ْ َ َ
َ ِ‫العالَ ِم ْين الَ َش ِريْ َ لَهُ َوبِ َذل‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫اي َوَم َماتِي لِلَّ ِه َر‬ ِ ُ‫إِ َّن صالَتِي ون‬
َ َ‫سك ْي َوَم ْحي‬ُ َ َ
‫الم ْسلِ ِميًن‬ ِ ُ ‫أ ُِم ْر‬
ُ ‫ت َوأَنَا م َن‬
Maksudnya: Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah
sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Aku
menghadapkan mukaku kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi,
Dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk
dalam golongan orang musyrik. Sesungguhnya Solatku, Ibadahku,
Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam. Tiada sekutu
Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk
golongan orang Islam.
4) Surah al-Fatihah

Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha


Mengasihani (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (2) Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani (3). Yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari akhirat) (4). (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami
sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5).
Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-
orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat (7).

5) Dua Surah : ( Surah al-Kafirun dan Surah al-Ikhlas )

‫ِب ۡس ِب ٱ ِب ٱ َّرمل ۡس ٰـ ِب ٱ َّرمل ِبِب‬


‫) وَل ٰٓ َ ُ ۡسنُت ع ٰــبِبدُ ون‬٢ ( ‫) َل ٰٓ َ ۡسع ُبدُ ما ت ۡسع ُبدُ ون‬١ ( ‫قُ ۡسل ي ٰــٰٓأَيُّہا ٱمۡسڪ ٰــ ِبف ُلون‬
ُ‫) وَل ٰٓ َ ُ ۡسنُت ع ٰــبِبدُ ون ما ٰٓ َ ۡسع ُبد‬٤ ( ‫دُّت‬ ‫) وَل ٰٓ َ َ۟ن عاب ٌِ۬بد َّرما عب ُّ ۡس‬٣ ( ُ‫ما ٰٓ َ ۡسع ُبد‬
)٦( ‫) م ُ ۡسُك ِبدي ُن ُ ۡسُك و ِبِل ِبدي ِب‬٥(

‫ِب ۡس ِب ٱ ِب ٱ َّرمل ۡس ٰـ ِب ٱ َّرمل ِب‬


‫) م ۡس ي ِب ۡسِل وم ۡس يُ ۡس‬٢ ( ُ‫) ٱ َّر َُّلل ٱ َّرمصمد‬١ ( ‫قُ ۡسل هُو ٱ َّر َُّلل َحد‬
‫) وم ۡس ي ُك‬٣ ( ‫وَل‬
)٤( ‫ڪ ُف ًوا َحد‬ُ ‫َّر َُّل ۥ‬
6) Bacaan Rukuk :

ِ ‫سبحا َن ربِّي الْع ِظي ِم وبِحم ِد‬


ْ َ َ ْ َ َ َ َ ُْ
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia

7) Bacaan Iktidal:

‫َس ِم َع اهللُ لِ َم ْن َح ِم َد‬


Maksudnya: Allah Maha Mendengar akan orang-orang Yang
Memujinya.
‫الح ْم ُد‬
َ َ َ‫َربَّنَا ل‬
Maksudnya: Tuhan kamilah bagi kami Memuji

8) Bacaan Sujud:

ِ ‫سبحا َن ربِّي اْألَ ْلَى وبِحم ِد‬


َْ َ َ َ َ ُْ
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi Dengan sifat
Kepujiannya.

9) Bacaan Duduk antara Dua Sujud:

ِِ ِِ ِ ِ ْ ‫بّ اِ ْغ ِفرلِ ِي وارحمنِي وارفَ ْعنِي و‬


‫ني َوا ْ ُ َنِّي‬
ْ ‫اجبُ ْرن ْي َو ْارُزقْن ْي َو ْاهدن ْي َو َاف‬ َ ْ ْ َ ْ ْ َ ْ َ ْ ِ ‫َر‬
Maksudnya: Tuhanku, Ampunilah aku dan Rahmatilah aku, dan
Cukupkanlah aku dan angkatlah darjatku, berilah aku rezeki dan berilah
aku Petunjuk, sihatkan aku dan maafkan aku.

10) Bacaan Tahiyat :


Bacaan Tahiyat Awal;

ِ ُ‫السالَم َلَْي َ أَيُّ َها النَّبِ ُّي ور ْحمة‬


‫اهلل‬ ِ ُ ‫ات الطَّيِّب‬ ِ ‫الت‬
َ ََ ُ َّ ، ‫اتِ هلل‬ َ ُ ‫الللَ َو‬ َّ ‫ات‬ ُ ‫ات ال ُْمبَ َارَك‬
ُ َّ‫َّحي‬
َّ ‫ أَ ْش َه ُد أَ ْن الَ إِلَهَ إِالَّ اهلل َوأَ ْش َه ُد أ‬. ‫اللالِ ِح ْي َن‬
‫َن‬ َّ ‫اهلل‬ ِ ‫اد‬ِ ‫السالَم َلَي نَا و َلَى ِ ب‬
َ َ ْ ُ َّ ُ‫َوبَ َركاَتُه‬
. ‫ص ِّل َلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّمد‬
َ ‫ اللَّ ُه َّم‬.‫ُم َح َّم ًدا َر ُس ْو ُل اهلل‬
Bacaan Tahiyat Akhir;

ِ ُ‫السالَم َلَْي َ أَيُّ َها النَّبِ ُّي ور ْحمة‬


‫اهلل‬ ِ ُ ‫ات الطَّيِّب‬ ِ ‫الت‬
َ ََ ُ َّ ، ‫اتِ هلل‬ َ ُ ‫الللَ َو‬ َّ ‫ات‬ ُ ‫ات ال ُْمبَ َارَك‬
ُ َّ‫َّحي‬
‫ أَ ْش َه ُد أَ ْن الَ إِلَهَ إِالَّ اهلل َوأَ ْش َه ُد‬. ‫اللالِ ِح ْي َن‬
َّ ‫اهلل‬ِ ‫اد‬ِ ‫السالَم َلَي نَا و َلَى ِ ب‬
َ َ ْ ُ َّ ُ‫َوبَ َركاَتُه‬
‫آل َسيِّ ِدنَا ُم َح َّمد َك َما‬ ِ ‫ص ِّل َلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّمد و لى‬ َ ‫ اللَّ ُه َّم‬.‫َن ُم َح َّم ًدا َر ُس ْو ُل اهلل‬ َّ ‫أ‬
‫آل َسيِّ ِدنَا إِبْ َر ِاه ْي َم َوبَا ِر ْ َلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬
ِ ‫ت َلَى َسيِّ ِدنَا إِبْ ر ِاه ْيم و َلَى‬
ََ َ َ‫ص َّل ْي‬
َ
ِ ِ
‫آل َسيِّدنَا إِبْ َراه ْي َم‬ ِ ِ
ِ ‫ت َلَى َسيِّدنَا إِبْ راه ْيم و َلَى‬ ٍ
َ ‫آل َسيِّ َدنَا ُم َح َّمد َك َما بَ َارْك‬ ِ ‫و َلَى‬
ََ َ َ
. ‫فِ ْي ال َْعالَ ِم ْي َن إِنَّ َ َح ِم ْي ٌد َم ِج ْيد‬
Maksudnya: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah
untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang Soleh. Aku Naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh
Allah. Ya Tuhan Kami, Selawatkanlah keatas Nabi Muhammad. Ya
Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dank e atas
keluarganya, sebagaimana Engkau selawatkan ke atas keluarga
Ibrahim, Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya,
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim di dalam ala mini, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.

11) Bacaan Salam :

‫لسالَ ُم َلَْي ُك ْم َوَر ْح َمةُ اهلل‬


َّ َ‫ا‬
Maksudnya: Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah.

12) Bacaan Doa Qunut:

ْ ‫ َوبَا ِر‬، ‫ت‬ َ ‫ َوتَ َولَّنِ ْي فِ ْي َم ْن تَ َولَّْي‬، ‫ت‬َ ‫ َو َاْفِنِي فِ ْي َم ْن َافَ ْي‬، ‫ت‬ َ ْ‫اللَّ ُه َّم ْاه ِدنِي فِ ْي َم ْن َه َدي‬
َ‫ فَِإنَّهُ ال‬، َ ‫ض َىعلَْي‬ َ ‫ض ْي َوالَ يُ ْق‬ ِ ‫ فَِإنَّ َ تَ ْق‬، ‫ت‬ َ َ‫ َوقِنِي َش َّر َما ق‬، ‫ت‬
َ ‫ض ْي‬ َ ‫لِي فِ ْي َما أَ ْ طَْي‬
َ َ‫ْح ْم ُد َول‬َ ‫ فَلَ َ ال‬, ‫ت‬ َ ‫ت َربَّناَ َو َتعالَْي‬
َ ‫ت تَبَ َارْك‬ َ َ ‫ َوالَ يَِع ُّز َم ْن‬، ‫ت‬
َ ْ‫ادي‬ َ ‫يَ ِذ ُّل َم ْن َوالَْي‬
‫صلَّى اهللُ َلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬ َ ‫ َو‬, َ ‫ب إِلَْي‬
ِ
ُ ‫ فَنَ ْستَ غْف ُر َ َونَتُ ْو‬, ‫ت‬َ ‫ض ْي‬َ َ‫الش ْك ُر َلَى َما ق‬ ُّ
‫ص ْحبِ ِه َو َسلَّم‬ ِِ
َ ‫َو َلَى آله َو‬
Maksudnya: Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-
orang yang telah Engkau Sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku
apa-yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada
segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya
Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang
berkuasa sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina
orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang
yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami
dan Maha Tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam
puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta
ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah
Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya

SOALAN L10.2 Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betuldan sempurna
( Soalan ini hanya layak dikemukakan apabila calon telah berjaya menjawab
soalan L10.1 di atas )

JAWAPAN Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti yang dinyatakan di
bawah. Contoh solat Zuhur:
1) Berwuduk.
2) Menutup aurat.
3) Menghadap Kiblat.
4) Berdiri bagi yang berkuasa.

Rakaat yang Pertama

5) Menyebut lafaz niat:

‫الى‬ ٍ ‫أُصلِّى فَ رض الْظُ ْه ِر أَربع رْكع‬


ِ ‫ات أ ََد‬
َ ‫اءِ هلل تَ َع‬
ً َ َ َ َْ َ ْ َ

6) Takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan


menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain separas
bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan menghadap kiblat,
berserta dengan niat : “ Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat tunai
kerana Allah Taala”.
7) Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan
menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah
diluruskan.
8) Membaca doa [ ‫] افتتا‬.
9) Membaca Surah al-Fatihah.
10) Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
11) Takbir Intiqal [ ‫ ] انتقال‬dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti No.6
di atas dan Rukuk serta Tamakninah [ ‫ ] طمأنينة‬sambil membaca bacaan
rukuk tiga kali.

 Rukuk ialah perbuatan membongkokkan badan dengan menyamakan


belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas
lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat Sujud.

12) Iktidal [ ‫ ] اعتدال‬serta Tamakninah dengan membaca bacaan Iktidal.

 Iktidal ialah berdiri semula selepas Rukuk sambil mengangkat kedua-dua


tangan dan kemudian meluruskannya ke bawah.

13) Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamaniknah dengan membaca Bacaan Sujud.

 Sujud ialah perbuatan menurunkan lutut dahulu, kemudian diikuti dua


tapak tangan, jari dirapatkan supaya menghadap kiblat. Dahi pula
diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan.

14) Takbir Intiqal dan Duduk antara Dua Sujud secara iftirasy [ ‫ ] افتراش‬serta
Tamakninah dengan membaca Bacaan Duduk antara Dua Sujud,
15) Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamaniknah seperti No.3 di atas.
16) Takbir Intiqal dan bangun daripada Sujud dan duduk sebentar sekadar
Tamakninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa
mengangkat tangan.

Rakaat yang Kedua

17) Membaca Surah al-Fatihah.


18) Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
19) Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang
Kedua seperti rakaat pertama.
20) Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Awal secara iftirasy seperti No.4 di atas,
kecuali jari tangan kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan.
Pada masa ini dibaca Bacaan Tahiyat Awal. Ketika menyebut perkataan :

‫أَ ْش َه ُد أَ ْن الَ إِلَهَ إِالَّ اهلل‬


Jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit.
21) Takbir Intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta
mengangkat tangan.

Rakaat yang Ketiga

22) Membaca Surah al-Fatihah.


23) Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang
Ketiga seperti rakaat yang Kedua.

Rakaat yang Keempat

24) Membaca Surah al-Fatihah.


25) Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang
Keempat seperti rakaat yang Ketiga.
26) Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Akhir secara Tawaruk [ ‫تور‬ ] dan
membaca Bacaan Tahiyat Akhir.

 Duduk Tawaruk ialah perbuatan meletakkan punggung ke lantai dan


melentikkan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri ke bawah kaki
kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jari digenggam
kecuali jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di
atas lutut kiri, jari diluruskan dan hujung jari menyamai lutut

27) Mengucapkan Salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian


mengucapkan Salam Kedua sambil memalingkan muka ke kiri.
28) Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa:

ِ ِ َّ ‫الرحمن‬ ِ َّ ِ ِ
‫ْح َز َن‬ َ ‫ اَللَّ ُه َّم أَ ْذه ْ َنِّي‬. ‫الرح ْي ُم‬
َ ‫اله َّم َوال‬ ِ
ُ َ ْ َّ ُ‫ب ْس ِم اهلل الذي الَ إلَهَ غَْي ُر‬
﴾ KOD : 11 ﴿
SOLAT JENAZAH

SOALAN L11.1 Bagaimanakah kedudukan jenazah lelaki dan perempuan ketika hendak
disolatkan?

JAWAPAN 1) Jenazah lelaki : kepalanya disebelah kiri imam.


2) Jenazah perempuan : kepalanya disebelah kanan imam.

SOALAN L11.2 Dimanakah kedudukan imam ketika hendak menunaikan solat jenazah lelaki
dan perempuan?
JAWAPAN 1) Lelaki : Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah.
2) Perempuan : Imam berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah.

SOALAN L11.3 Tunjukkan cara Solat Jenazah dengan betul dan sempurna.
JAWAPAN Sebelum pelajar menunjukkan cara Solat Jenazah, mereka hendaklah terlebih
dahulu dapat membaca bacaan-bacaan berikut:
1) Lafaz niat Solat Jenazah:
a. Lafaz niat solat Jenazah lelaki

ِ ِ ِ ٍ ِ ِّ‫أُصلِّى َلَى َه َذا المي‬


‫الى‬ َ ‫ت أ َْربَ َع تَ ْكبِ َيرات فَ ْر‬
َ ‫ض الك َفايَة َم ُْم ْوًماِ هلل تَ َع‬ َ َ
Maksudnya: Sahaja aku solat ke atas mayat ini (lelaki), empat takbir fardu
kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.

b. Lafaz niat solat Jenazah perempuan

ِ ِ ِ ٍ ِ ِ ‫أُصلِّى َلَى ه ِذ‬


‫الى‬ َ ‫الميِّتَة أ َْربَ َع تَ ْكبِ َيرات فَ ْر‬
َ ‫ض الك َفايَة َم ُْم ْوًماِ هلل تَ َع‬ َ َ َ
Maksudnya: Sahaja aku solat ke atas mayat ini (perempuan), empat takbir
fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala.
2) Membaca Surah al-Fatihah (takbir pertama).

3) Selawat selepas (takbir kedua):


‫ت َلَى َسيِّ ِدنَا‬ َ‫ص َّل ْي‬ ِ ِ ‫اللَّه َّم ص ِّل َلَى سيِّ ِدنَا مح َّمد و لى‬
َ ‫آل َسيِّدنَا ُم َح َّمد َك َما‬ َُ َ َ ُ
‫آل َسيِّ َدنَا‬ ِ ‫آل َسيِّ ِدنَا إِبْ ر ِاه ْيم وبَا ِر ْ َلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد و َلَى‬ ِ ‫إِبْ ر ِاه ْيم و َلَى‬
َ ََ َ ََ َ
‫آل َسيِّ ِدنَا إِبْ َر ِاه ْي َم فِ ْي ال َْعالَ ِم ْي َن‬
ِ ‫ت َلَى َسيِّ ِدنَا إِبْ ر ِاه ْيم و َلَى‬
ََ َ َ ‫ارْك‬ ٍ
َ َ‫ُم َح َّمد َك َما ب‬
‫إِنَّ َ َح ِم ْي ٌد َم ِج ْيد‬

4) Doa bagi mayat selepas (takbir ketiga):

ُ‫ َوا ْغ ِسلْه‬،ُ‫ َوَو ِّس ْع َم ْد َخلَه‬،ُ‫ َوأَ ْك ِرْم نُ ُزلَه‬،ُ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر لَهُ َو ْار َح ْمهُ َو َافِ ِه َوا ْ ُ َ ْنه‬
‫ض ِم َن‬ ُ َ‫ب األَبْ ي‬
ِِ ِ
َ ‫ َونَ ِّقه م َن الْ َخطَايَا َك َما يُنَ َّقى الث َّْو‬،‫ْج َوالْبَ َرد‬ ِ ‫بِال َْم ِاء َوالثَّل‬
‫ َوَزْو ًجا َخ ْي ًرا ِم ْن‬،‫ َوأ َْهالً َخ ْي ًرا ِم ْن أ َْهلِ ِه‬،ِ‫ َوأَبْ ِدلْهُ َد ًارا َخ ْي ًرا ِم ْن َدا ِر‬،‫س‬
ِ َ‫الدن‬َّ
ِ ‫اب الْ َق ْب ِر َوِم ْن َ َذ‬
‫اب النَّا ِر‬ ِ ِ
َ ‫ َوأَ ْذ ُ م ْن َ َذ‬،َ‫ْجنَّة‬
ِ
َ ‫ َوأ ْدخلْهُ ال‬،‫َزْوجه‬
ِِ

Maksudnya: Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya,


selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya,
luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk.
Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan
pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan
rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke
dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta
jauhkan dia dari azab neraka.
5) Doa selepas takbir ( keempat ):

‫َج َرُ َوَال تَ ْفتِنَّا بَ ْع َد ُ وا ْغ ِف ْرلنا وله اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر لَنَا َوِِِل ْخ َوانِنَا‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم َال تَ ْح ِرْمنَا أ‬
َ َّ‫ين آ ََمنُوا َربَّنَا إِن‬ ِِ ِ ِ ِ ِ ‫اِل‬ ِ ِ َّ
َ ‫يمان َوَال تَ ْج َع ْل في قُلُوبنَا غ ِّال للَّذ‬ َ ِْ ‫ين َسبَ ُقونَا ب‬ َ ‫الذ‬
‫يم‬ ِ ٌ ‫رء‬
ٌ ‫وو َرح‬ َُ
Maksudnya: Ya Allah, janganlah engkau hampakan kami dari mendapat
pahala menyembahyangkannya, dan janganlah timpakan kami fitnah
selepas pemergiannya, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa mayat
ini. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan saudara se-Islam kami yang
telah mendahului kami, dan jangan jadikan hati-hati kami merasa dengki
kepada orang-orang yang beriman. Sesungguhnya engkau Maha
Pengampun dan Maha Penyayang.

Peringatan
Sesuaikan ganti nama / dhomir [ ‫] ضمير‬

a- Lelaki [ ‫ُه‬ ]

b- Perempuan [ ‫] َها‬

Calon yang menguasai bacaan di atas, dikehendaki melakukan tunjuk cara


Solat Jenazah mengikut susunan yang berikut:

1) Menyebut lafaz niat Solat Jenazah.


2) Takbiratul Ihram.
3) Membaca Surah al-Fatihah.
4) Takbir (kedua).
5) Membaca selawat.
6) Takbir (ketiga).
7) Membaca doa bagi mayat.
8) Takbir (keempat).
9) Membaca doa.
10) Salam.
﴾ KOD : 12 ﴿
PUASA

SOALAN L12.1 Sebutkan lafaz niat Puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.

JAWAPAN Lafaz niat puasa Ramadhan.

ِ ِ‫السنَ ِة ل‬
‫له تَ َعالَى‬ َّ ِ ‫ضا َن َه ِذ‬
َ ‫ض َش ْه ِر َرَم‬ ِ ٍ
َ ‫ص ْو َم غَد َ ْن أ ََداء فَ ْر‬
َ ‫ت‬
ُ ْ‫نَ َوي‬
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardhu Ramadhan
tahun ini kerana Allah taala ”

SOALAN L12.2 Sebutkan perkara-perkara yang membatalkan puasa:


JAWAPAN Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
1) Makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.
3) Muntah dengan sengaja.
4) Melakukan persetubuhan pada siang hari.
5) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6) Keluar darah haid dan nifas.
7) Gila.
8) Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
9) Berbuka puasa sebelum masuk waktunya.
10) Murtad ( ‫) مرتد‬.

SOALAN L12.3 Nyatakan hikmah puasa.


JAWAPAN Antara hikmah puasa:
1) Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.
2) Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak.
3) Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan.
4) Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbang rasa
dan bersyukur.
﴾ KOD : 13 ﴿
ADAB TERHADAP IBU BAPA

SOALAN L13.1 Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh
seseorang anak
JAWAPAN Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seseorang anak
ialah:
1) Mengandungkan anak.
2) Melahirkan anak.
3) Menyusukan anak.
4) Mengasuh anak.
5) Mendidik anak.
6) Memberi nafkah kepada anak.
7) Mengasihi anak.

SOALAN L13.2 Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seseorang anak terhadap ibu
bapa?
JAWAPAN Perasaan mulia yang mesti ada pada seseorang anak terhadap ibu bapa ialah
kasih sayang.

SOALAN L13.3 Bagaimanakah cara menghormati ibu bapa?


JAWAPAN Cara menghormati ibu bapa:
1) Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra
dan sentiasa menjaga perasaan mereka.
2) Mendoakan mereka.
3) Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan.
4) Menghormati sahabat-sahabat mereka.

SOALAN L13.4 Bagaimanakah cara mentaati ibu bapa ?


JAWAPAN Cara mentaati ibu bapa ialah:
1) Mematuhi setiap arahan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan Islam.
2) Tidak membantah dan kasar tutur kata terhadap ibu bapa.
﴾ KOD : 14 ﴿
PERKAHWINAN

SOALANL14.1 Nyatakan Rukun dan Syarat Akad Nikah.


JAWAPAN 1) Rukun Nikah:
a) Suami.
b) Isteri.
c) Wali [ ‫] َولِى‬.
d) Dua Orang Saksi ( lelaki yang adil ).
e) Akad ( Ijab dan kabul ).

2) Syarat Akad [ ‫] َع َقد‬:


a) Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis.
b) Ucapan Kabul tidak menyalahi Ijab.
c) Bahasan yang digunakan jelas maksudnya dan difahami oleh wali, bakal
suami dan dua orang saksi.
d) Antara Ijab dan Kabul tidak diselangi dengan kata-kata yang lain.

SOALANL14.2 Terangkan hikmah perkahwinan dalam Islam.


JAWAPAN Antara hikmah perkahwinan ialah:
1) Mengikut sunah rasulullah s.a.w.
2) Menikmati kasih sayang dan ketenteraman jiwa.
3) Mendapat zuriat yang bersih dan membina keluarga bahagia.
4) Memelihara kehormatan dan mengelakkan perbuatan maksiat.
5) Membina masyarakat berakhlak dan bertanggungjawab.
SOALANL14.3 Nyatakan tanggungjawab suami dan isteri.
JAWAPAN 1) Tanggungjawab suami ialah:
a) Memberikan nafkah zahir dan batin terhadap isteri seperti makanan,
pakaian , tempat tinggal dan rawatan perubatan.
b) Memberikan layanan yang baik, seperti memberikan kasih sayang
dengan ikhlas, baik tutur kata dan perbuatan, menjaga maruahnya,
bertindak dengan bijaksana tanpa emosi dan membantu isteri.
c) Memberikan didikan supaya isteri menjadi wanita yang baik, taat
beribadat dan menghayati ajaran Islam.

2) Tanggungjawab isteri ialah:


a) Taat kepada suami dalam semua perkara yang tidak bertentangan
dengan perintah Allah s.w.t, menjaga maruah diri dan maruah suami.
b) Memberikan layanan yang baik dan ikhlas kepada suami, seperti bergaul
mesra, pandai menyesuaikan diri dengan keadaan suami dan tidak
melakukan sesuatu perkara yang tidak disenangi oleh suami.
c) Menjaga serta mengurus harta suami dengan penuh tanggungjawab,
amanah dan berhemah.

3) Tanggungjawab bersama antara suami isteri ialah:


a) Mengekalkan kerukunan rumah tangga dan mewujudkan persefahaman,
kesabaran, bertolak ansur, bermesyuarat dan menggunakan
pertimbangan akal yang sebaik-baiknya.
b) Memelihara dan mendidik anak-anak dengan pendidikan yang
sempurna dan penuh kasih sayang, terutama dalam pendidikan agama
dan berlaku adil kepada anak-anak.
c) Memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
dengan jalinan hubungan silaturahim yang erat.

SOALANL14.4 Bagaimana Talak berlaku?


JAWAPAN Talak akan berlaku:
1) Melalui lafaz sorih ( ‫ص ِري‬
َ ) : iaitu suami mengatakan kepada isterinya
“engkau tertalak ” atau “ aku ceraikan engkau ”.

2) Melalui lafaz kinayah ( ‫ ) كِناَيَة‬: iaitu suami mengatakan kepada isterinya


“ engkau bebas” berserta dengan niat.

Catatan:
Talak yang boleh dirujuk semua hanya talak satu dan talak dua sahaja.
SOALAN L14.5 Nyatakan kesan buruk talak:
JAWAPAN Antara kesan buruk talak ialah:
1) Keruntuhan institusi rumah tangga.
2) Anak-anak berada dalam keadaan kucar-kacir, menjejaskan kasih sayang
dan penghormatan terhadap ibu bapa.
3) Menyebabkan anak terbiar yang akan membawa kepada masalah sosial
dan kesan negatif.

SOALAN L14.6 Bagaimanakah penjagaan anak/ hadanah ( ‫ضانَة‬


َ ‫َح‬ ) mengikut perundangan
Islam :
JAWAPAN Penjagaan anak mengikut perundangan Islam:
1) Apabila berlaku perceraian, ibu lebih berhak dalam penjagaan anak
sehingga anak tersebut mumaiyiz ( ‫ ) ُم َميِّز‬iaitu berumur tujuh tahun.
2) Selepas tempoh tersebut, anak itu diberi pilihan sama ada dia mahu
dipelihara oleh ibunya atau bapanya dengan mematuhi syarat penjagaan
anak.
3) Pendidikan dan nafkah terhadap anak tetap wajib ditanggung oleh
bapanya.
﴾ KOD : 15 ﴿
IHSAN [ ‫] إحسان‬

SOALANL15.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan?


JAWAPAN Melakukan ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu
melihat Allah atau sesungguhnya Allah melihat kamu. Dengan perkataan lain
bahawa:
 Allah melihat apa yang kamu lakukan.
 Allah mendengar apa yang kamu perkatakan.
 Allah mengetahui apa yang kamu fikirkan.

SOALANL15.2 Sebutkan sifat utama dalam Ihsan.


JAWAPAN Sifat utama ihsan ialah sentiasa ikhlas semata-mata kerana Allah.

SOALANL15.3 Apakah kebaikan yang diperoleh oleh orang yang berbuat Ihsan?
JAWAPAN Kebaikan yang diperolehnya ialah:
1) Allah sentiasa mengasihinya.
2) Allah melimpahkan rahmat kepadanya.
3) Allah mengampuni dosanya.
4) Allah memberikan pertolongan kepadanya .
5) Allah memberikan ganjaran pahala.
6) Allah menjanjikan masuk syurga.

SOALANL15.4 Apakah konsep Ihsan


JAWAPAN Konsep Ihsan ialah:
Melakukan setiap ibadat dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang
betul dengan cara yang terbaik mengikut peraturan serta ikhlas semata-mata
kerana Allah s.w.t. Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia,
menjadikan kehidupan bersih, selesa, aman dan harmoni.
SOALAN L15.5 Nyatakan maksud Ihsan :
1) Dalam Ibadat.
2) Dalam pekerjaan.
3) Terhadap diri sendiri.
4) Terhadap sesama insan
5) Terhadap binatang
6) Terhadap alam sekitar

JAWAPAN 1) Ihsan dalam Ibadat ialah


Bersungguh-sungguh dan khusyuk dalam mengerjakan ibadat seperti
bangun pada tengah malam untuk melakukan Solat Tahajjud.

2) Ihsan dalam pekerjaan ialah:


Melakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh , tekun, cekal
dan cermat supaya menghasilkan sesuatu yang sempurna, bermanfaat dan
berkualiti.

3) Ihsan terhadap diri sendiri ialah:


Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa kebaikan dan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan iman, ilmu, harta benda dan
keluarga yang soleh. Tidak menzalimi diri sendiri dengan melakukan segala
punca dan bentuk kebinasaan seperti minum arak, mengambil dadah,
berjudi, berzina, liwat, membunuh diri, syirik dan murtad.

4) Ihsan terhadap sesama insan ialah:


Melakukan kebaikan, memberikan khidmat bakti, memberikan pertolongan,
bersikap adil, belas kasihan dan berperikemanusiaan.

5) Ihsan terhadap binatang ialah:


Memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup bebas. Jika
melakukan sembelihan hendaklah dengan cara yang paling baik seperti
menggunakan pisau yang tajam.

7) Ihsan terhadap alam sekitar ialah:


Memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih daripada segala
bentuk kekotoran, pencemaran dan kerosakan. Menjadikan alam sekitar
tempat yang aman, sejahtera, selesa dan indah untuk dinikmati dan
didiami.
﴾ KOD : 16 ﴿
KEWAJIPAN MENUTUP AURAT

SOALAN L16.1 Apakah hukum menutup aurat?


JAWAPAN Wajib kepada setiap individu muslim yang mukalaf ( ‫) مكل‬

SOALAN L16.2 Apakah had aurat bagi lelaki dan perempuan?


JAWAPAN Had aurat :
1) Lelaki : dari pusat hingga ke lutut
2) Perempuan : seluruh anggota badan kecuali muka dan dua pergelangan
tangan

SOALAN L16.3 Mengapa diwajibkan menutup aurat?


JAWAPAN 1) Untuk mentaati perintah Allah s.w.t.
2) Untuk menjaga maruah diri, agama dan umat Islam.
3) Untuk mengelakkan fitnah, maksiat dan gejala sosial.
4) Meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t
﴾ KOD : 17 ﴿
BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM

SOALAN L17.1 Apakah yang dimaksudkan dengan mahram ( ‫ ) محرم‬dan berikan contoh ?
JAWAPAN Mahram ialah golongan yang haram dikahwini
Contohnya:
Adik beradik, bapa saudara dan emak saudara.

SOALAN L17.2 Apakah yang dimaksudkan dengan ajnabi ( ‫ ) أجنبي‬dan berikan contoh
JAWAPAN Orang yang boleh dikahwini dan batal wuduk apabila bersentuh dengannya.
Contohnya:
Sepupu dan ipar duai.

SOALAN L17.3 Terangkan kesan buruk akibat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
yang ajnabi .
JAWAPAN 1) Mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
2) Mendorong kepada perlakuan sumbang seperti maksiat dan zina.
3) Mencemarkan maruah diri, keluarga dan agama.

Anda mungkin juga menyukai