Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya dr megat, dr residen di

klinik al fateh. hari ini

Saya ingin bercerita serba sedikit tentang masalah migraine

Migrain adalah jenis sakit kepala yang berulang , kronik. Dan biasanya disertai
dengan simtom lain seperti mual, muntah, dan silau kepada cahaya, sensitive kepada
bunyi yang bising atau bau bauan yang tertentu.

Migrain disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik,, perubahan hormon, stres,
jadual tidur yang tidak menentu, kurangnya tidur, dan penggunaan caffeine yang
tinggi .

Migrain dapat dibagi menjadi dua jenis iaitu migrain tanpa aura dan migrain dengan
aura. Migrain tanpa aura adalah jenis migrain yang paling umum, dimana pesakit
akan mengalami sakit kepala yang kuat yang biasa hanya terjadi pada satu sisi kepala
. Manakala migraine dengan aura adalah lebih jarang terjadi, yang pesakit
mengalami simtom tambahan sebelum migrain berlaku iaitu silauan cahaya atau
perasaan seperti migraine akan berlaku

Untuk merawat migrain, kami terdahulu akan mengambil maklumat sejarah kesihatan
pesakit, mengambil ujian tekanan darah dan nadi, dan juga menjalani pemeriksaan
fizikal. Bergantung kepada keadaan pesakit, rawatan termasuklah ubat anti radang
dan anti migrain. Nasihat kesihatan juga akan diberi seperti mendapatkan rehat yang
secukupnya, pengendalian stress dan pengawalan pengambilan kafein. Bergantung
kepada kes keys tertentu, ada juga kes yang perlu rujukan kepada pakar neurologi
dan psikiatri jikalau migraine yang tidak terkawal atau menganggu keadaan harian
pesakit walaupun sudah menerima rawatan .

Oleh itu, dapatkan rawatan doctor dengan segera jika anda


mengalami gejala migraine.

Doktor2 kami di klinik al fateh terlatih untuk merawat pesakit dari


segala peringkat umur dan lapisan masyarakat . klinik kami
menawarkan rawatan pada setiap hari , insyallah.

Terima kasih dan assalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai