Anda di halaman 1dari 14

11 JLD.

2
3
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TATACARA PELUPUSAN RADAS


PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF

SELARAS DENGAN KETETAPAN DI BAWAH AKTA


PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304)

[2018]

BAHAGIAN KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 2

2. SKOP 2

3. TATACARA PELUPUSAN 3

4. PROSES ALIRAN KERJA 4

5. RUJUKAN 5

6. LAMPIRAN
Lampiran 1 Borang A: 6-7
Notifikasi : Pelupusan Radas Penyinaran / Peranti
Yang Menggunakan Bahan Radioaktif di Bawah
Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)

Lampiran 2 Borang B: 8-9


Pengesahan Pelupusan Radas Penyinaran /
Peranti Yang Menggunakan Bahan Radioaktif di
Bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta
304)

Lampiran 3 Nota Kosainan Bagi Buangan Terjadual 10 - 11


[Jadual Keenam, PPKAS (BT) 2005]

Versi : Ogos 2018| 1


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

1.0 PENGENALAN

Dokumen ini menerangkan tatacara untuk pelupusan radas penyinaran atau peranti
yang menggunakan bahan radioaktif di fasiliti perubatan kerajaan dan swasta selaras
dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1)(b) Akta 304, tiada seorang pun boleh
berurusan dengan, memiliki atau melupus radas penyinaran, bahan radioaktif, bahan
nuklear dan benda ditetapkan dengan syarat ianya memiliki lesen/kelulusan yang sah
dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan. Manakala pihak berkuasa berkenaan di
bawah Akta 304 bagi maksud perubatan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
(KPK). Di samping keperluan pelupusan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom
1984 (Akta 304), tatacara ini juga mengambil kira pematuhan kepada Peraturan-
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Dokumen ini disediakan bagi menggantikan
Pekeliling Acceptable Method of Decommisioning of X-ray Machine.

Semua komponen dalam radas penyinaran tidak bersifat radioaktif dan tidak menjadi
radioaktif oleh sebab penggunaannya yang terdahulu. Sinar-X tidak akan terhasil jika
tiada bekalan kuasa elektrik disambung kepada radas penyinaran. Tatacara
pelupusan dan penggantian ini terpakai kepada semua jenis radas penyinaran
perubatan, pergigian dan veterinar seperti radiografi am, intra-oral, OPG, CBCT,
fluoroskopi, mammografi, pengimbas tomografi berkomputer dan pemecut linear serta
peranti yang menggunakan bahan radioaktif seperti kamera gamma dan SPECT.

Pelupusan radas penyinaran milik kerajaan perlu terlebih dahulu mematuhi prosedur
pelupusan aset kerajaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Prosedur Operasi
Standard Bagi Mengendali Pengurusan E-Waste Di Fasiliti Penjagaan Kesihatan KKM
yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM.

2.0 SKOP

Skop tatacara pelupusan ini merangkumi radas penyinaran atau komponennya atau
peranti yang menggunakan bahan radioaktif yang dikawal di bawah Akta 304.
Dokumen ini tidak melibatkan proses penggantian/penjualan radas penyinaran
dan pelupusan bahan radioaktif. Bagi prosedur penggantian/perjualan radas
penyinaran atau pelupusan bahan radioaktif, sila rujuk prosedur
pendaftaran/perlesenan yang berkaitan.

Versi : Ogos 2018| 2


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

3.0 TATACARA PELUPUSAN

Langkah-langkah pelupusan adalah seperti di bawah:

3.1 Sebelum melupuskan radas penyinaran, orang yang bertanggungjawab/


pemegang lesen perlu membuat pemakluman dengan mengisi Borang
Notifikasi Pelupusan (Borang A) dan mengemukakan kepada Bahagian
Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP), Kementerian Kesihatan dalam tempoh
2 bulan sebelum pelupusan dilaksanakan.

3.2 Semua komponen utama radas penyinaran perlu dileraikan secara kekal
supaya ianya tidak dapat beroperasi semula. Panel kawalan perlu ditanggal
atau dimusnahkan. Semua wayar dan komponen elektrik/elektronik yang
terdapat dalam keseluruhan sistem radas penyinaran hendaklah dicabut atau
dipotong. Ini bagi memastikan radas penyinaran tidak boleh disambung dan
dipasang semula untuk menghasilkan X-ray.

3.3 Komponen-komponen radas penyinaran yang telah dileraikan juga boleh


dikembalikan kepada pembekal. Pembekal boleh menggunakan komponen-
komponen ini sebagai alat ganti dengan syarat mendapat kelulusan dari pihak
berkuasa berkenaan. Sistem radas penyinaran yang lengkap yang telah
dilupuskan melalui pembekal TIDAK BOLEH dijual kepada pengamal
perubatan, pergigian atau veterinar lain.

3.4 Memandangkan sistem radas penyinaran mengandungi komponen elektrikal


dan elektronik seperti wayar, logam berat dan kaca tiub sinar-X yang
dikategorikan sebagai e-waste, ianya perlu dilupuskan sebagai sisa buangan
terjadual yang tertakluk kepada Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan
Terjadual) 2005. Proses pelupusan e-waste ini boleh dirujuk di laman
sesawang Jabatan Alam Sekitar (http://www.doe.gov.my dan
https://eswis.doe.gov.my).

3.5 Orang yang bertanggungjawab/pemegang lesen berkenaan hendaklah


memaklumkan kepada BKRP dalam tempoh 2 minggu (14 hari bekerja)
selepas proses pelupusan selesai dilaksanakan dengan mengemukakan
Borang Pengesahan Pelupusan (Borang B) yang telah dilengkapkan berserta
dengan dokumen sokongan pelupusan dan/atau Nota Kosainan Bagi Buangan
Terjadual [Jadual Keenam, PPKAS (BT) 2005] (Lampiran 3).

Versi : Ogos 2018| 3


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

4.0 PROSES ALIRAN KERJA

Tatacara pelupusan radas penyinaran dan peranti yang menggunakan bahan


radioaktif adalah seperti proses aliran kerja di bawah :

MULA

OBTJ/PEMEGANG
LESEN KEMUKAKAN BORANG A (NOTIFIKASI Dikemukakan dalam tempoh 2 bulan
KLINIK / HOSPITAL
PELUPUSAN) KEPADA BKRP sebelum pelupusan dilaksanakan

BHGN. KAWALSELIA KELUARKAN SURAT KEBENARAN


RADIASI PERUBATAN PELUPUSAN KEPADA PEMOHON

OBTJ/PEMEGANG Kaedah pelupusan :


LESEN LAKSANAKAN PROSES PELUPUSAN i. Dikembalikan kepada pembekal
KLINIK / HOSPITAL ii. Dilupuskan sebagai buangan
e-waste (SW110)

Dikemukakan dalam tempoh 2 minggu / 14


OBTJ/PEMEGANG KEMUKAKAN BORANG B hari bekerja selepas pelupusan
LESEN (PENGESAHAN PELUPUSAN) KEPADA dilaksanakan
KLINIK / HOSPITAL BKRP
* Berserta dengan dokumen sokongan
pelupusan dan/atau nota kosainan bagi
buangan terjadual (Lampiran 3).

BHGN. KAWALSELIA BUAT PENGESAHAN DAN KEMASKINI


RADIASI PERUBATAN REKOD

TAMAT

Nota:
Pelupusan radas penyinaran milik kerajaan perlu terlebih dahulu mematuhi prosedur pelupusan aset kerajaan
sebagaimana yang dinyatakan di dalam Prosedur Operasi Standard Bagi Mengendali Pengurusan E-Waste Di
Fasiliti Penjagaan Kesihatan KKM 2016

Versi : Ogos 2018| 4


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

5.0 RUJUKAN

5.1 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)

5.2 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005

5.3 Guidelines For The Classification Of Used Electrical And Electronic Equipment
In Malaysia, Department Of Environment, 2nd Edition 2010.

5.4 Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.6, 2016


Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Pelupusan

5.5 Prosedur Operasi Standard bagi Pengurusan E-Wasted di Fasiliti Penjagaan


Kesihatan KKM, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM 2016.

Versi : Ogos 2018| 5


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018
BORANG A
BORANG NOTIFIKASI PELUPUSAN
Tarikh :

BAHAGIAN KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Aras 4, Blok E3, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 PUTRAJAYA.
Tel : (03) 8892 4802/4724/4725/4726
Fax : (03) 8892 4746

Tuan,

NOTIFIKASI : PELUPUSAN RADAS PENYINARAN / PERANTI YANG MENGGUNAKAN BAHAN


RADIOAKTIF DI BAWAH AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304)
NOMBOR FAIL: _____________________

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin melupuskan radas penyinaran / peranti yang menggunakan
bahan radioaktif seperti butiran berikut;

Model Radas Penyinaran / Peranti : _________________________________________


No. Siri Panel Kawalan : _________________________________________
No. Siri Kepala Tiub : _________________________________________
Tahun Pemasangan : _________________________________________

2. Komponen radas penyinaran penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif yang
akan dilupuskan:

Pelupusan keseluruhan unit


Pelupusan tiub penyinaran sahaja
Pelupusan panel kawalan/generator sahaja

3. Kaedah pelupusan yang akan dilakukan adalah seperti berikut :

Dikembalikan kepada pembekal


* Sila pastikan pembekal berlesen dengan Jabatan LPTA
Dilupuskan secara buangan e-waste
* Sila pastikan syarikat berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar

Maklumat syarikat adalah seperti berikut:

_______________________________________
Nama Kontraktor / Syarikat Pelupusan :

No. Lesen : _______________________________________

_______________________________________
Alamat :
_______________________________________

2/..

Versi : Ogos 2018| 6


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

-2-

4. Pelupusan radas penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif berkenaan akan
dilakukan pada : ____/____/_____ (HH / BB / TTTT) dan saya bercadang / tidak bercadang* untuk
membeli radas penyinaran / peranti yang baru bagi menggantikan radas penyinaran / peranti yang akan
dilupuskan.

* Sila potong yang mana tidak berkenaan

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………..………………
(Tandatangan)

Nama Pemegang Lesen/


: ________________________________
Orang Yang Bertanggungjawab
: ________________________________
No. Kad Pengenalan

Cop Rasmi Klinik / Hospital :

Versi : Ogos 2018| 7


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018
BORANG B
BORANG PENGESAHAN PELUPUSAN
Tarikh :

BAHAGIAN KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Aras 4, Blok E3, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 PUTRAJAYA.
Tel : (03) 8892 4802/4724/4725/4726
Fax : (03) 8892 4746

Tuan,

PENGESAHAN PELUPUSAN RADAS PENYINARAN / PERANTI YANG MENGGUNAKAN BAHAN


RADIOAKTIF DI BAWAH AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304)
NOMBOR FAIL: _____________________

Merujuk kepada perkara di atas, saya mengesahkan bahawa saya telah melupuskan komponen radas
penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif seperti butiran berikut:

Model Radas Penyinaran / Peranti : _________________________________________


No. Siri Panel Kawalan : _________________________________________
No. Siri Kepala Tiub : _________________________________________
Tahun Pemasangan : _________________________________________

2. Komponen radas penyinaran yang akan dilupuskan:

Pelupusan keseluruhan unit


Pelupusan tiub penyinaran sahaja
Pelupusan panel kawalan/generator sahaja

3. Pelupusan radas penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif / komponen


berkenaan telah dilakukan pada ____/____/_____ (HH / BB / TTTT) secara berikut :

Dikembalikan kepada pembekal


* Sila pastikan pembekal berlesen dengan Jabatan LPTA
Dilupuskan secara buangan e-waste
* Sila pastikan syarikat berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar

Maklumat syarikat adalah seperti berikut:

Nama Kontraktor / Syarikat Pelupusan : _______________________________________


No. Lesen : _______________________________________

_______________________________________
Alamat :
_______________________________________

2/..

Versi : Ogos 2018| 8


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

-2-

4. Bersama-sama ini dikemukakan bukti bergambar kerja-kerja pelupusan dijalankan dan / atau
dokumen sokongan pelupusan radas penyinaran / peranti yang menggunakan bahan radioaktif
(seperti dokumen pengesahan kerosakan atau service report daripada pembekal atau Nota Kosainan
Bagi Buangan Terjadual [Jadual Keenam, PPKAS (BT) 2005] bagi buangan secara e-waste).

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………
(Tandatangan)

Nama Pemegang Lesen/


: ________________________________
Orang Yang Bertanggungjawab
No. Kad Pengenalan : ________________________________

Cop Rasmi Klinik : ________________________________

Versi : Ogos 2018| 9


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018
LAMPIRAN 3

Nota Kosainan Bagi Buangan Terjadual [Jadual Keenam, PPKAS (BT) 2005]

Versi : Ogos 2018| 10


TATACARA PELUPUSAN RADAS PENYINARAN DAN PERANTI YANG
MENGGUNAKAN BAHAN RADIOAKTIF 2018

Versi : Ogos 2018| 11

Anda mungkin juga menyukai