Anda di halaman 1dari 4

SOLAT FARDHU 5 WAKTU

PENGERTIAN SOLAT
Bahasa : Doa
Istilah : Ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan
diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
HUKUM : WAJIB dan FARDHU AIN kepada setiap individu yang mukallaf.
 
WAKTU SOLAT
Allah mewajibkan setiap umat Islam menunaikan solat fardhu lima kali sehari dalam waktu yang
telah ditetapkan. Ini berdasarkan f iman Allah SWT :

"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya
" ayat 103 : Surah An-Nisa'
 
  Solat Waktu Masuk Waktu Akhir  
Gelincir matahari ke arah barat
Apabila bayang sesuatu benda
iaitu apabila sesuatu benda
  Zuhur lebih sedikit daripadanya  
mempunyai bayang di sebelah
 
timur
Apabila bayang sesuatu benda Terbenamnya seluruh bulatan
  Asar lebih sedikit daripadanya matahari
 
Hilang cahaya merah di kaki
Terbenamnya seluruh bulatan
  Maghrib matahari
langit  
 
Hilang cahaya merah di kaki
  Isya langit
Terbit fajar sadiq  
  Subuh Terbit fajar sadiq Terbit matahari  

RUKUN SOLAT
1. Takbiratul Ihram 2. Niat 
3. Berdiri betul 4. Membaca al-Fatihah  
5. Rukuk serta thomakninah 6. Iktidal serta thomakninah
7. Sujud 8. Duduk di antara 2 sujud
9. Duduk Tahiyat Akhir
10. Membaca Tahiyat Akhir

11. Membaca Selawat kepada Rasulullah SAW


12. Salam 
13. Tertib 

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT


1. Islam – tidak wajib ke atas orang kafir
2. Baligh – tidak wajib ke atas kanak-kanak
3. Berakal – tidak wajib ke atas orang gila, bodoh atau terencat akal.
4. Boleh mendengar dan melihat
5. Suci daripada haid dan nifas
 
SYARAT –SYARAT SAH SOLAT
1. Yakin masuk waktu solat.
2. Suci badan, pakaian dan tempat drp najis.
3. Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
4. Menutup aurat.
5. Mengadap kiblat.

 
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
1. Meninggalkan salah satu rukun solat.
2. Bercakap dgn sengaja.
3. Berhadas kecil @ besar.
4. Terkena najis pada pakaian @ badan.
5. Terbuka aurat dgn sengaja.
6. Ketawa mengeluarkan suara.
7. Berubah niat.
8. Makan @ minum dgn sengaja.
9. Bergerak 3 kali berturut-turut.
10. Berpaling dada dari arah kiblat.
11. Murtad.
 
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
Perkara sunat dalam solat terbahagi kepada 2 iaitu ;
1. SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. 
Jika tertinggal, tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn SUJUD SAHWI. Ia
terdiri drp ;
a) Membaca tasyahud awal
b) Duduk membaca tasyahud awal
c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal
d) ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir
e) membaca Qunut.  
f) Berdiri ketika membaca Qunut.
g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut.
h) Selawat  ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut.
2. SUNAT HAIAT - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya. 
Jika tertinggal, tidak membatalkan solat. Ia terdiri drp ;
a) Membaca doa Iftitah. 
 
  
 

،ً‫أص يال‬ ِ ‫ب ْك ر ًة و‬ ‫ وس ْبحا َن اللّه‬،ً‫ والحم ُد لِلَّ ِه َكثِ يرا‬،ً‫اللَّهُ أ ْكب ر َكبِ يرا‬
َ َ ُ َ َُ َْ َ ُ َ
َّ ،‫ين‬ ِ ِ ِ َ ‫ات واَألر‬ ِ َّ ‫ت و ْج ِهي لِلَّ ِذي فَطَر‬
‫إن‬ َ ‫الم ْش ِرك‬
ُ ‫ َحنيفاً ُم ْس لماً وما أنا من‬ ‫ض‬ ْ َ ‫الس َم َو‬ َ َ َ ُ ‫ َو َّج ْه‬ 
‫ ِم َن‬ ‫ت وأنَا‬ُ ‫ك ُِأم ْر‬
َ ِ‫يك لَ هُ َوبِ َذل‬
َ ‫ين ال َش ِر‬ ِ
َ ‫ب العالَم‬
ِِ
ّ ‫ َو َم َم اتِي للَّه َر‬ ‫ياي‬
ِ ُ‫صالتِي ون‬
َ ‫سكي َو َم ْح‬
ُ َ َ
‫مين‬ ِ
َ ‫الم ْسل‬ُ
b) Membaca Ta’awuz.
c) Mengucap Amin slps membaca al-Fatihah.
d) Mengucap takbir ketika hendak rukuk.
e) Membaca tasbih ketika rukuk, iktidal dan sujud
f) Mengangkat tangan hingga ke telinga ketika takbiratul ihram
g) Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri
h) Membaca ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah
i) Membaca doa ketika duduk di antara 2 sujud
j) Berpaling muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam
 
 

Anda mungkin juga menyukai