Anda di halaman 1dari 1

Apa Itu Kesejahteraan Digital?

Kesejahteraan digital ialah tentang membina hubungan yang sihat dengan teknologi
agar kita mendapat faedah dari penggunaan teknologi dan pada masa yang sama
memastikan teknologi berada dalam kawalan kita dan bukan sebaliknya. Teknologi
seharusnya menggerakkan kita ke arah matlamat kita dan bukannya melalaikan serta
mengganggu tumpuan kita.

Bagaimana membina tabiat digital yang sejahtera?


1. Perhatikan tabiat digital anda dengan bertanyakan soalan-soalan seperti
bagaimana saya menghabiskan masa online? Adakah masa online itu memberi
tambahan nilai kepada kehidupan saya? Apa yang ingin saya ubah tentang
penglibatan saya dengan teknologi digital?
2. Bina visi atau peranan digital dalam kehidupan seharian. Contohnya matlamat
penggunaan teknologi digital ialah untuk memudahkan urusan supaya boleh
meningkatkan produktiviti, maka anda perlu menyingkirkan aplikasi yang tidak
menyumbang ke arah visi ini. 
3. Pantau penggunaan teknologi menggunakan aplikasi seperti iPhone Screen
Time dan Google Apps Dashboard.
4. Buat perubahan sedikit demi sedikit ke atas tabiat digital anda supaya selaras
dengan matlamat dan visi digital anda.
5. Tips dan Alat untuk Membantu Membina Hubungan yang Sihat
dengan Teknologi Digital
6. Garis Panduan Digital
7. Gunakan ciri-ciri yang telah dibangunkan oleh perisian alat peranti anda supaya anda
boleh mengawal tabiat penggunaan teknologi yang sihat seperti fungsi Wind Down,
mod Do Not Disturb dan memastikan hanya notifikasi penting diaktifkan. Selain itu,
letakkan aplikasi penting sahaja di homescreen telefon anda dan aplikasi yang kurang
penting boleh disimpan di skrin kedua dan ketiga.
8. Garis Panduan Fizikal
9. Tetapkan batasan terhadap dunia digital seperti membuat peraturan tiada alat
peranti di bilik tidur, menetapkan masa khusus untuk bersenam atau berjalan-
jalan di luar dan menjadualkan masa untuk memeriksa dan menjawab email
dalam kalendar anda. 

Anda mungkin juga menyukai