Anda di halaman 1dari 1

ETIKA DAN PERADABAN

PERMASALAHAN GENERASI Z TERDEDAH DENGAN TEKNOLOGI

ABSTRAK

Generasi NET atau generasi Z dinyatakan antara golongan yang dilahirkan pada tahun
1998 hingga 2009 menurut Don Tapscott dalam bukunya, Grown Up Digital. Pada masa
ini,generasi Z telah berusia antara 12 hingga 23 tahun. Golongan generasi Z kebanyakkannya
masih sedang menuntut ilmu sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej atau
universiti.

Generasi masa kini berbeza dengan generasi sebelumnya. Hal ini kerana, generasi masa
kini lahir bersama perkembangan teknologi. Generasi masa kini memiliki ciri-ciri yang
berbeza dengan generasi sebelumnya yang bergantung kepada alam fizikal. Generasi Z masa
kini sangat pantas dan cekap menggunakan peralatan digital serta tidak terpesona dengan
kecanggihan berbanding generasi sebelumnya. Hal ini kerana mereka lahir selepas internet
serta peralatan digital yang canggih wujud.

Disebabkan itu, ciri-ciri yang dimiliki generasi Z ini menimbulkan pelbagai


permasalahan. Antaranya persefahaman antara anak dan ibu bapa, disebabkan perbazaan
generasi iaitu ibu bapa dilahirkan dalam generasi X yang lahir pada tahun 1965 hingga 1976.
Selain itu, disebabkan kecenderunagn yang tinggi kepada teknologi mengakibatkan
kelemahan dalam aspek kemahiran interpersonal komunikasi fizikal dan nilai-nilai
kekeluargaan serta keinsanan. Oleh yang demikian, artikal ini akan mengkaji permasalahan
generasi Z terdedah dengan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai