Anda di halaman 1dari 8

Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan Cabarannya

Oleh: Siti Mahani binti Muhazir


Nazlinda binti Ismail

Satu generasi menggambarkan keadaan atau situasi di mana setiap individu


mempunyai pengalaman hidup yang tersendiri. Ia juga menggambarkan siapa diri
kita dan bagaimana kita melihat dunia dari kacamata sendiri. Setiap generasi
mempunyai personaliti tersendiri (Lynn Lancaster and David Stillman, When
Generation Collide).

Setiap generasi mempunyai kepercayaan, nilai, budaya,

perspektif, kegemaran, kemahiran dan tret personaliti yang berbeza terhadap


kehidupan dan pekerjaan. Walaupun terdapat perbezaan atau jurang antara ciri-ciri
bagi setiap generasi, namun ia bukanlah penghalang untuk mencapai kesepaduan
antara generasi untuk mencapai kejayaan bersama.

Organisasi yang berjaya, dapat menggabungjalinkan idea dan pandangan


antara generasi di kalangan pekerja dan majikan. (Shahhanim Yahya, 2012). Justeru,
pengurusan jurang generasi perlu dilaksanakan dalam organisasi untuk memahami
perbezaan dan persamaan

di antara generasi .

Dengan itu, ia berupaya

memberikan kesan positif terhadap cara komunikasi yang berkesan, dapat


memupuk

motivasi

dalam

diri,

meningkatkan

produktiviti

dan

kerjasama

berkumpulan, serta meningkatkan kesetiaan pekerja terhadap pekerjaan. Don


Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk
kepada beberapa kelompok berikut:

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)


2. The Baby Boom (lahir antara 1946 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 1976) Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 1997) Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga 2009) Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) Generasi A

Generazi Z : Satu Pengenalan

Jurang generasi bermaksud terdapatnya perbezaan di antara satu generasi


dengan generasi yang lain. Generasi dahulu dan generasi kini berbeza. Namun,
perbezaan ini tidak disandarkan pada perbezaan luaran semata-mata.

Jurang

antara generasi itu bukan sahaja melibatkan cara pemakaian, cara berkomunikasi
dan cara bertutur, tetapi ia turut melibatkan soal yang lebih abstrak, iaitu makna diri
generasi itu sendiri.

Siapakah yang tergolong dalam generasi Z?

Menurut Tapscott (2008),

generasi Z adalah golongan yang dilahirkan tahun 1998 hingga 2009. Generasi Z
adalah generasi teknologi. Mereka telah mula melayari internet dan web seiring
dengan usia mereka sejak mereka masih belum bercakap.

Generasi Z telah

dibimbing dan digalakkan oleh ibu bapa menggunakan dunia laman sosial sejak
kecil lagi. Dengan kata lain, generasi Z membesar di dalam dunia yang semuanya
berhubung menerusi teknologi sejak dari awal lagi.

Walaupun terdapat kebimbangan di kalangan ibu bapa apabila mendapati


anak-anak mereka menghabiskan terlalu banyak masa berinteraksi secara online
berbanding di alam nyata, hakikatnya teknologi bukanlah alat yang dianggap
memberi kesan buruk bahkan memudahkan pergerakan dan penghantaran
maklumat yang cepat. Justeru, generasi Z melihat faedah teknologi sebagai alat
komunikasi yang bersifat nyata dan realistik. Mereka masih dapat bersama ahli
keluarga dan rakan-rakan di seluruh negara, atau bahkan seluruh dunia, tanpa perlu
berada di ruang fizikal yang sama. Malah, cara mereka berkomunikasi melalui
sistem pesanan ringkas (SMS),WhatsApp, Skype dan sebagainya menambah
kepada aliran dialog merangkumi interaksi visual sebenar yang berterusan.

Cuba kita bandingkan cara generasi Z berkomunikasi berbanding dengan


zaman kanak-kanak kita dahulu. Ingatkah kita bagaimana ibu bapa atau datuk nenek
kita berinteraksi secara bersemuka ataupun melalui telefon, surat dan telegram?
Justeru, secara realiti fizikal, hubungan komunikasi hari ini adalah jauh lebih baik
berbeza daripada perhubungan jarak jauh yang wujud pada zaman generasi
2

sebelum ini. Maka, sudah tentu generasi Z menterjemah interaksi 'bersemuka'


melalui teknologi atas talian sebagai lebih praktikal dan mudah. Generasi Z juga
lebih arif dan tahu bagaimana untuk memaksimumkan faedah tersebut

sebaik

mungkin.

Mengenali Kumpulan Generasi Z

Terdapat ciri-ciri yang boleh dilihat untuk mengenali generasi tertentu.


Generasi Z ini adalah generasi yang kebanyakannya sekarang adalah di usia awal
remaja dan malah sebahagiannya baru sahaja mula memasuki alam pengajian di
institusi pengajian tinggi.

Mereka ini berbeza daripada generasi terdahulu dari

pelbagai sudut. Generasi ini masih di peringkat evolusi dan di dalam fasa
mempelajari beberapa perkara dalam hidup. Menurut kajian, generasi ini dikatakan
boleh menjadi satu set pengguna yang aktif. Mereka dilahirkan semasa kuasa
pasaran pengguna sedang meningkat.

Justeru, tentu sekali mereka senang

mendapatkan akses kepada hampir semua gajet terkini seperti alat-alat komunikasi,
telefon bimbit berinternet, iPads, PDA, MP3 player, BBM, MP3, iPod dan lain-lain.
Golongan ini juga dipanggil generasi digital. Mereka membesar dalam dunia yang
sama rata dan mereka percaya lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama.

Oleh kerana mereka telah menjalani kehidupan yang lebih tersusun daripada
nenek-moyang

mereka,

generasi

ini

dilihat

mampu

menjadi

matang,

bertanggungjawab dan juga mempunyai nilai-nilai sosial yang tinggi. Generasi ini
memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian mereka dan sangat bergantung
padanya. Jika generasi Z dibentuk dengan acuan yang betul, pastinya mereka boleh
mencapai lebih banyak kejayaan daripada generasi mereka yang terdahulu.
Walaubagaimana pun, sebaliknya generasi ini mungkin lemah dalam aspek
kemahiran interpersonal dan komunikasi fizikal. Justeru itu, mereka juga secara
umumnya tidak memberi fokus kepada aspek dan nilai-nilai kekeluargaan.

Perubahan Tingkah Laku Generasi Z

Generasi Z merupakan generasi terkini dan adalah generasi yang akan


memimpin negara dan dunia dalam beberapa dekad dari sekarang. Persoalannya,
adakah mereka sudah cukup bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran
mendatang? Melangkaui tahun 2020, kemungkinan besar terdapat

perubahan

drastik dalam budaya kerja, etika dan nilai-nilai yang akan akan ditetapkan oleh
generasi Z. Generasi Z bukanlah pendengar yang baik dan mereka juga kurang
kemahiran

interpersonal.

Mereka

menggunakan

World

Wide

Web

untuk

berkomunikasi dan saling berhubungan. Apabila generasi ini bekerja kelak,


kebanyakan mereka berkemungkinan tidak akan kelihatan berkomunikasi bersama
rakan-rakan sepejabat atau majikan, tetapi lebih senang berhubung melalui kaedah
maya.

Mereka mempunyai pendapat dan prinsip yang jelas tetapi kurang senang
menerima sesuatu cadangan atau idea tanpa alasan atau fakta yang konkrit.
Perubahan tingkah laku generasi Y ke generasi Z begitu ketara. Bagi generasi Y,
fokus mereka adalah kepada pembelajaran secara formal yang dilihat menyumbang
kemahiran dan kepakaran dalam kerjaya, manakala generasi Z lebih cenderung
kepada pembelajaran secara maya, praktikal dan membina kepakaran daripada uji
dan cuba.

Ciri-ciri Generasi Z

Ciri-ciri generasi Z begitu terserlah dalam kategori mereka sendiri. Generasi Z


adalah orang yang lahir selepas tahun 1990 itu dan ketika itu teknologi telah
menguasai dunia. Generasi Z juga dikenali sebagai the silent generation,
iGeneration, generasi senyap dan generasi internet.

Hari ini, generasi Z membentuk hampir 18 peratus populasi penduduk dunia.


Berikut adalah beberapa ciri-ciri klasik yang mempamerkan generasi Z.

Bagi

generasi Z, teknologi komputer dan Internet adalah tempat yang biasa. Semua
komunikasi mereka mengambil tempat di internet dan mereka menunjukkan
kemahiran komunikasi lisan yang sangat sedikit. Kebanyakan kehidupan mereka
4

dihabiskan dengan melayari World Wide Web. Mereka terbiasa dengan tindakan
segera dan kepuasan melalui teknologi internet.

Mereka tergolong dalam golongan yang sangat tidak sabar kerana mereka
mahukan hasil yang segera. Mereka tidak menganggap internet sebagai alat
tercanggih kepada manusia kerana internet sudah wujud bersama-sama mereka
selama ini. Cara mereka berkomunikasi ialah melalui komuniti dalam talian seperti
Google, dan Facebook. Mereka tidak membuat pertemuan bersemuka bersama
rakan-rakan mereka untuk membangunkan sesuatu perhubungan tetapi mampu
untuk membentuk satu komuniti besar dan membuat rangkaian secara besarbesaran secara global tanpa perlu mengenali siapa pun secara peribadi. Mereka
tidak mempunyai kemahiran dalam pengucapan awam dan menganggap privasi
sebagai teras. Generasi mereka menganggap hidup bersama orang lain sebagai
satu pencerobohan ruang.

Demografi Generasi Z

Generasi Z berada dalam dunia maya dan mereka boleh berhubung dan
sampai ke mana-mana tempat menerusi internet. Mereka agak lemah dari sudut
ekspresi, komunikasi lisan, keyakinan dan kemahiran interpersonal. Oleh yang
demikian, mereka mungkin tidak berapa baik dengan generasi Y, yang ciri-cirinya
bertentangan dengan mereka.

Hari ini hampir 18 peratus penduduk dunia adalah di kalangan generasi Z.


Bagi generasi Z, mereka tidak percaya untuk berulang-alik ke tempat kerja bahkan
untuk menjalankan kehidupan harian mereka. Mereka boleh mendapatkan segalagalanya dari tempat tinggal dengan hanya melayari internet tanpa perlu keluar dari
rumah. Hari ini kebanyakan generasi Z mempunyai sekurang-kurangnya dua alat
seperti telefon bimbit atau Ipod dan mereka tidak boleh hidup tanpa gajet tersebut.
Mereka amat individualistik dalam perwatakan mereka, memiliki persona tersendiri
serta tidak mengikut norma-norma sosial yang biasa. Masyarakat mereka wujud di
internet dan di situlah mereka mengemukakan pendapat dan pandangan masingmasing.

Generasi Z kurang mempunyai kemahiran mendengar dan melayan dengan


baik. Ini mungkin mendatangkan masalah terhadap mereka apabila mereka
berkahwin dan memulakan insititusi kekeluargaan. Pendidikan dan kerja memainkan
peranan yang minimum dalam kehidupan mereka dan mereka tidak melihat
pendidikan sebagai satu cara hidup. Mereka lebih mementingkan pengetahuan
tentang teknologi. Dilahirkan semasa era digital, tentunya mereka lebih dapat
menyesuaikan diri dengan teknologi berbanding generasi lain.

Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh organisasi hari ialah untuk
menguruskan pekerja-pekerja dari generasi yang berbeza. Mereka yang tergolong di
dalam generasi Z, bakal memasuki pasaran kerja dan akan bekerjasama dengan
pelbagai generasi sebelum mereka. Pihak organisasi akan menghadapi masalah
menguruskan pekerja di kalangan perbezaan generasi. Masalah yang boleh timbul
mungkin dari aspek perbezaan pemikiran dan gaya komunikasi pekerja-pekerja yang
dilahirkan di zaman yang berbeza. Dengan anggaran setinggi 7 juta, di Malaysia,
generasi Y adalah golongan yang paling cepat berkembang daripada tenaga kerja
hari ini. Sebagai organisasi yang bersaing untuk bakat yang ada, majikan tidak boleh
mengabaikan keperluan, kehendak dan sikap pelbagai generasi di bawah kelolaan
mereka.

Memahami Jurang Generasi

Perkhidmatan awam kini terdiri daripada empat generasi yang jauh berbeza
serta mempunyai kelainan persepsi dalam melaksanakan kerja. Baby Boomers,
generasi X, Y dan Z yang jurang usianya hampir 40 tahun di antara yang tua dan
muda, maka wujudlah pelbagai perspektif, keperluan dan sikap yang berbeza.
Walaupun kepelbagaian dalam tenaga kerja ini menggalakkan rangkaian bakat yang
lebih luas, selalunya boleh membawa pada idea yang bercanggah dan stereotaip.
Setiap kumpulan pekerja itu dibentuk oleh pengalaman yang unik berdasarkan cara
mereka membesar dan melaksanakan tanggungjawab.

Oleh yang demikian, tumpuan terhadap pemimpin muda dalam konteks


transformasi negara sememangnya amat penting kerana masa depan perkhidmatan
awam dan Malaysia bergantung kepada kualiti pemimpin muda.

Jika golongan
6

muda pada hari ini gagal dibentuk dan diperkasakan pemikiran, sikap dan tingkah
lakunya maka sudah tentu agenda transformasi perkhidmatan awam sukar dicapai.
Sememangnya benar, jumlah penduduk negara ini akan terus bertambah namun,
tanpa kualiti pemuda yang boleh bertanggungjawab menjadi pemimpin, maka
pertambahan penduduk tersebut tidak akan memberi makna laksana pantai luas
yang berbuih lemah di mana kehadirannya akan sentiasa dibawa arus.

Dalam hal ini, pemahaman generasi dahulu (Baby Boomers) tentang


kehidupan, dengan apa yang difahami oleh generasi kini walaupun hakikatnya sama
tetapi tidak serupa.

Perbezaan pemahaman ini yang boleh mengakibatkan

wujudnya jurang. Semakin dalam jurang maka semakin generasi ini tidak lagi dapat
memahami hati budi sesama mereka.

Mereka tidak lagi layak untuk memberikan

nasihat kepada generasi muda kontemporari, dan generasi muda kini pula tidak
perlu mendengar pandangan generasi dahulu. Segala-galanya tidak diperdulikan
atas dasar perbezaan.

Perbezaan yang menjurangi mereka pula, menyebabkan

gaung yang terus meluas. Oleh kerana itu, perbezaan ini harus difahami kerana
walau di mana pun posisi generasi kita, proses melengkapi akan terus berterusan
dengan satu tujuan iaitu mencapai matlamat bersama.

Penutup

Generasi Z adalah generasi kini yang akan memimpin dan menerajui negara satu
masa nanti. Justeru, isu perbezaan nilai, pandangan dan perspektif antara generasi
boleh diatasi sekiranya komunikasi daripada dua generasi dapat diuruskan dengan
baik. Umpamanya generasi Baby Boomers yang kini sedang menerajui kepimpinan
mesti bersedia berkongsi pengalaman, pemikiran dan kepakaran mereka dengan
generasi muda. Sementara itu, generasi muda juga harus menjadi pendengar yang
baik dan proaktif menimba ilmu dari pengalaman orang lain dan mampu mengolah
situasi zaman dengan pendekatan dan cara dan bersesuaian. Jurang generasi ini
sebenarnya

boleh

dirapatkan

sekiranya

setiap

daripada

kita

mempunyai

kecenderungan yang tinggi untuk belajar dan reflektif terhadap ilmu, nilai dan
pengalaman orang lain serta mampu menghubung dan mengintegerasi

dengan

keperluan zaman kini.

Rujukan

Lancaster & Stillman (2003). When Generations Collide: Who They Are. Why They Clash.
How to Solve The Generational Puzzle at Work . Harper Collins.

Paul R. (2013), Understanding The Various Generations - Their Philosophies And


Characteristics Kertas Kerja Yang Dibentangkan Dalam Seminar The Millenials : Gen. Y &
Z: The New Workforce And The Challeges
21 & 22 October 2013 Putra World Trade
Centre Kuala Lumpur -http://globaleventasia.com/event. Dimuatnaik pada 10 Mac 2015.
Shahhanim Yahya (2012) Jurang Antara Generasi. FAKTA
2012. Dimuatnaik pada 10 Mac 2015.

www.ippbm.gov.my Edisi 1-

Taspcott, Don (2008). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your World.
McGraw-Hill.

Anda mungkin juga menyukai