Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN

PERASMIAN PENUTUP
Oleh:
YBhg. DATUK KPjR YAHYA BIN SULAIMAN
KETUA PENGARAH RELA MALAYSIA
Sempena
KURSUS PENGACARA EFEKTIF PEGAWAI RELA
TAHUN 2022

08 hingga 10 June 2022


Di Ibu Pejabat RELA Malaysia
Assalamuallaikum w.b.t.
Dan Salam Sejahtera

SALUTATION

1. Yang dihormati Penceramah Kursus


Encik Jef Hazimin bin Jaafar

2 Yang setia Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA


Tuan Zainoollah Khan bin Saeedur Rahman
Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Latihan

3 Pegawai-Pegawai RELA Daerah


Penolong-Penolong Pegawai RELA Daerah

4 Tuan-Tuan dan Puan-Puan peserta kursus sekalian.


MUKADIMAH

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran


kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan rahmatNya jua
dapat saya hadir bersama di Majlis Perasmian Penutup
Kursus Pengacara Efektif Pegawai RELA Tahun 2022 pada
hari ini.

Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Syabas dan tahniah kepada Tuan-tuan dan Puan-puan


yang telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pengacara
Efektif Pegawai RELA Tahun 2022 pada kali ini.
LATAR BELAKANG

Syabas dan tahniah kepada Bahagian Latihan yang telah


berjaya menganjurkan kursus kali ini.

 Kursus dilaksanakan selama tiga hari bermula 8hb


Jun 2022 sehingga 10hb jun 2022

 Penyertaan adalah kepada 40 orang peserta Pegawai


RELA dengan sasaran kepada pegawai RELA skim KP
Gred 19 dan ke atas di Ibu Pejabat, Negeri dan Pusat
Latihan.

 RELA kekurangan pelapis dibidang pengacaraan


menjadi sebab utama kursus ini dianjurkan.
OBJEKTIF

Saya dimaklumkan objektif kursus ini adalah:-

 Memberi panduan dan teknik-teknik sebagai


pengacara majlis yang profesional dan terlatih.

 Memberi pendedahan mengenai penulisan skrip dan


aturcara majlis.

 Meningkatkan keyakinan peserta untuk menjadi


pengacara yang bersahsiah, berwatak, bertatasusila,
rajin, kreatif, kritis dan berinovatif.
HARAPAN

Besar harapan Jabatan bahawa dengan pelaksanaan


kursus ini akan dapat:

 Melahirkan pengacara jabatan yang profesional.

 Melatih pegawai pelapis dibidang pengacaraan di


semua peringkat pejabat.

 Membentuk Pegawai yang lebih berkeyakinan dan


kompeten.

 Imej RELA akan dapat dipertingkatkan.

 Objektif kursus dapat dicapai dengan jayanya


PENUTUP

 Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada


semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus
Pengacara Efektif Pegawai RELA tahun 2022
terutamanya kepada kepada Bahagian Latihan yang
melaksanakan kursus ini dengan jayanya

 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya


merasmikan Penutupan Kursus Pengacara Efektif
Pegawai RELA tahun 2022 dengan rasminya.

Anda mungkin juga menyukai