Anda di halaman 1dari 6

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KERAMAT


TAHUN 2023

TEKS UCAPAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera,


Salam Keramat SMART KLKL, Salam Anak Yang Baik Lagi Cerdik
(ABC) serta Salam Malaysia Madani,

Yang berusaha barisan Timbalan Pegawai Pendidikan, Kaunselor


Pendidikan Daerah, barisan SISC+, pegawai-pegawai dan barisan EO
PPD Keramat yang dikasihi sekalian.

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan
salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhamad SAW, ahli keluarganya,
para sahabat, para tabi’in dan umat Islam seluruhnya.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan


inayahNya kita diberi peluang untuk bersama-sama menghadiri
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) peringkat Pejabat
Pendidikan Daerah Keramat Tahun 2023 ini. Saya berharap mesyuarat
ini akan berjalan dengan lancar dan berkesan serta dapat menghasilkan
tindak susul yang akan memantapkan lagi proses penyampaian
perkhidmatan kita kepada pelanggan.

Teks Pengerusi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan PPD Keramat Bil 1/2023 1
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Tanpa kita sedari tahun 2023 telah melangkaui separuh penggal,


kita semua telah dan sedang melaksanakan intervensi-intervensi yang
telah diubahsuai mengikut kesesuaian dan tahap kebolehlaksanaan
yang tinggi agar sasaran yang telah kita letakkan mampu dicapai pada
penghujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, pada 8 Jun yang lepas, kita telah dikejutkan


dengan lonjakan prestasi pencapaian SPM 2022 yang benar-benar diluar jangkaan
kita bagi kesemua kategori iaitu % lulus Layak Mendapat Sijil dari 92.80% (2021)
kepada 95.72% (2022), Gred Purata Daerah dari 4.82 (2021) kepada 4.69 (2022),
Peratus Murid Cemerlang Semua A dari 2.02% (2021) kepada 2.43% (2022)
melebihi sasaran PSO PPDK bagi tahun 2025, pencapaian daerah Keramat
mencatatkan keputusan lebih baik daripada pencapaian Negeri dan juga Nasional.
Begitu juga dengan KPI DTP yang mensasarkan pengecilan jurang jantina dan SES
sebanyak 50%, PPD Keramat telah berjaya mengecilkan jurang kedua-duanya
melebihi sasaran bagi daerah, negeri dan nasional.

Berita gembira seterusnya adalah kita turut mendapat Audit


Cemerlang dalam Pengauditan Pengurusan Kewangan (Audit Dalam
Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia) pada 29 Mei hingga 2 Jun
2023 yang lalu. Syukur alhamdulillah..

Saya dengan ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-


tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Timbalan PPD,
barisan SISC+, para pegawai, barisan EO dan semua staf atas kerja
kuat, komitmen yang jitu, kerjasama sepasukan yang tidak mengenal erti
penat dan lelah di setiap gerak langkah kita dalam memastikan

Teks Pengerusi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan PPD Keramat Bil 1/2023 2
kemenjadian murid secara holistik dan sekolah berkualiti di daerah
Keramat direalisasikan. Tahniah semua..Keramat SMART, Keramat
Leads Kuala Lumpur (KLKL).

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam kesibukan kita menjalankan bimbingan intervensi kepada


sekolah, kita seharusnya sedar bahawa tugas kita adalah
berorientasikan pelanggan. Walau apapun yang kita lakukan, kepuasan
pelanggan adalah perkara pokok atau utama yang harus dititikberatkan
dalam kita memberikan perkhidmatan. Namun begitu, dalam
keghairahan kita untuk memuaskan hati pelanggan, kita haruslah
sentiasa membuat penilaian dan peka terhadap maklum balas yang
diberikan oleh pelanggan.

Atas sebab itulah, maka mesyuarat ini diadakan agar kita dapat
menilai secara keseluruhan perkhidmatan yang telah kita berikan dan
seterusnya mencari solusi terbaik untuk terus meningkatkan lagi mutu
perkhidmatan kita.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ini merupakan mesyuarat


tertinggi dalam sesebuah organisasi yakni platform kita untuk membuat
keputusan-keputusan penting bagi mengatasi isu-isu strategik dan
operasi dalam organisasi kita yang mungkin akan memberikan kesan
terhadap proses penyampaian perkhidmatan kita kepada pelanggan.

Justeru itu, saya sangat mengharapkan agar semua ahli yang


hadir dalam mesyuarat ini dapat memberikan tumpuan dan komitmen

Teks Pengerusi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan PPD Keramat Bil 1/2023 3
yang tinggi dalam setiap agenda yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam kesungguhan kita untuk memberi perkhidmatan terbaik, kita


janganlah lupa terhadap Standard Operating Procedure (SOP) atau
Prosedur Operasi Standard yang harus kita ikuti semasa pelaksanaan
bimbingan atau intervensi. Selaras dengan dasar terkini kerajaan ,
integriti diletakkan sebagai nilai utama yang harus ada dalam diri setiap
penjawat awam. Maka, suka saya mengingatkan warga PPD Keramat
agar sentiasa meningkatkan nilai integriti pada setiap masa. Percayalah
bahawa dengan integriti yang tinggi, seseorang itu akan dihormati dan
disegani bukan sahaja kerana pangkat atau jawatan yang disandang,
tetapi kerana keperibadian yang terpuji.

Antara cabaran lain yang perlu kita hadapi juga adalah berkaitan
dengan kewangan. Sebagaimana semua sedia maklum, kedudukan
kewangan pada tahun ini agak terhad. Oleh itu, saya amatlah berharap
peruntukan yang telah diagihkan dan diluluskan akan digunakan sebaik
mungkin. Kita haruslah membuat langkah penjimatan dan berbelanja
secara berhemah ‘value for money’ serta dapat memastikan setiap
ringgit yang dibelanjakan terhadap semua aktiviti yang dilaksanakan
membawa pulangan dan keberhasilan yang tinggi (return on
investment).

Teks Pengerusi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan PPD Keramat Bil 1/2023 4
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Selain daripada itu, pengukuhan terhadap sistem kawalan melalui


pemantauan setiap gerak kerja kita perlulah dititikberatkan.
Sebagaimana yang kita semua maklum, sistem kawalan dilaksanakan
melalui proses semakan dokumen, auditan, Dialog Prestasi, mesyuarat
SRO, mesyuarat pengurusan dan juga perbincangan- perbincangan
yang dijalankan dari semasa ke semasa. Ia bertujuan untuk
memperbaiki proses kerja dan menambahbaik perkhidmatan yang kita
berikan selaras dengan hala tuju di dalam Gelombang Ketiga Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu menganjak ke arah
kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus kendiri di KPM, JPN,
PPD mahupun sekolah. Di samping itu, kita harus sedar Sistem
Pendidikan Berprestasi Tinggi haruslah menyediakan Pendidikan yang
terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi,
jantina atau latar belakang sosioekonomi.

Bagaimana kita hendak memastikan kecemerlangan pengurusan


PPD Keramat dikekalkan? Maka kita semua selaku warga kerja PPD
Keramat perlu sentiasa memastikan setiap bimbingan/aktiviti dan
intervensi yang dilaksanakan wajib menggunakan pendekatan proses
PDCA yang terancang, teliti dan berimpak tinggi. Selain itu tindak ikut
dan tindak susul yang pantas juga amatlah diperlukan bagi memastikan
sebarang maklumat dan perubahan dapat dilaksanakan dengan efektif
dan penambahbaikan dapat dibuat secara berterusan serta segala
pencapaian yang telah diperoleh dapat ditingkatkan. InshaAllah.

Setiap ahli perlulah menjadi ahli yang aktif dalam memberikan


idea-idea bernas agar kita dapat membuat keputusan terbaik bagi

Teks Pengerusi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan PPD Keramat Bil 1/2023 5
memastikan organisasi kita terus kekal cemerlang. Keputusan yang
akan dibuat dalam mesyuarat ini merupakan keputusan kita bersama-
sama. Jika tuan/puan tidak bersetuju dalam sesuatu keputusan, saya
berharap agar tuan/puan dapat menyampaikan hujah tuan puan untuk
kita bincangkan secara kolektif.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya juga ingin


merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Sektor Perancangan
selaku urus setia Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) PPD
Keramat atas persediaan, penyelarasan dan pelaksanaan MKSP
sepanjang tiga hari ini berjalan dengan lancar dan berkesan. Semoga
kita akan sentiasa meningkatkan dan melestarikan kecemerlangan PPD
Keramat sebagai PPD No. 1 di Malaysia. Terima kasih semua dan
selamat bermesyuarat.

Sekian,

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Teks Pengerusi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan PPD Keramat Bil 1/2023 6

Anda mungkin juga menyukai