Anda di halaman 1dari 4

SECORET TINTA 

__________________________________________​.

B​ersyukur saya ke hadrat illahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya Perancangan Strategik Pejabat
Pendidikan Daerah Muar tahun 2019 - 2021 dapat disempurnakan setelah melalui beberapa siri bengkel dan
perbincangan di pelbagai peringkat. Perancangan yang berfokus menjadi asas kepada kejayaan sesebuah
organisasi dan ia memerlukan strategi yang tepat untuk menangani isu yang menghalang kecemerlangan.
K​ecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Muar bergantung penuh atas keinginan warga kerjanya
untuk cemerlang di samping membantu dan menyokong sekolah untuk bergerak seiring menuju ke matlamat
yang ditetapkan. Oleh itu warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Muar perlu sentiasa bergerak ke hadapan
dan berusaha mendepani cabaran dan dugaan untuk memenuhi misi dan visi Kementerian Pendidikan
Malaysia.
S​yabas dan tahniah diucapkan kepada warga PPD Muar yang telah bersama-sama berganding bahu menghasilkan
Perancangan Strategik ini. Usaha ini merupakan satu inisiatif dan tindakan proaktif PPD Muar untuk memastikan tugas dan
tanggungjawab mengurus dan mentadbir daerah dengan lebih berkesan. Pelan ini diharapkan dapat membantu pegawai dan
pengurusan sekolah melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efektif.
S​emoga usaha ini akan terus memastikan pendidikan daerah Muar sentiasa mampan dan mendepani pembangunan
pendidikan negara..

PUNIRAN BIN DENAN


Pegawai Pendidikan Daerah Muar
Pejabat Pendidikan Daerah Muar
15 Januari 2019
SEKILAS PANDANG 
__________________________________________ 

P​enghasilan Perancangan Strategik Organisasi merupakan satu proses kerja yang memerlukan komitmen,
kompetensi menganalisis data, menjangka peluang berasaskan potensi serta merancang tindakan dalam ruang
lingkup keupayaan sumber sedia ada. Tanpa kemahiran dan kompetensi, penghasilan Perancangan Strategik lebih
bersifat “developmental and routine” dan melaksana tindakan sedia ada walaupun sasaran awal misi dan visi adalah
untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi.
P​embentukan pasukan adalah elemen penting dalam menghasilkan perancangan yang berfokus, tepat dan
berkesan. Ahli pasukan telah melalui beberapa siri bengkel, penerangan dan perbincangan untuk memahami asas
pemikiran strategik yang akan membantu membina perancangan yang efektif. Penilaian dan pemilihan dilaksanakan
secara berkala melalui siri pembentangan, dialog bersemuka dan kandungan pembentangan yang dilakukan.
B​erkat kesungguhan ahli jawatnkuasa dan keseluruhan warga organisasi, perancangan strategik yang lebih komprehensif dan
bertepatan dengan keperluan meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan organisasi dapat dihasilkan. Sungguhpun begitu, produk yang
dihasilkan masih perlu dimantapkan pada masa akan datang dan akan disemak dalam tempoh setiap 6 bulan sebaik dilaksanakan.
T​ahniah kepada semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Muar yang memberikan komitmen yang jitu bukan sahaja untuk
menghasilkan bahan ini tetapi inisiatif dan kesungguhan untuk menghasilkan yang terbaik itu yang menjadi amalan terpuji. Terima kasih
kepada ahli Panel yang tekun dan istiqamah dalam memberikan sokongan, bimbingan dan komentar berguna kepada semua ahli organisasi
terlibat. InsyaAllah dengan semangat kesungguhan dan keikhlasan yang ditampilkan akan mampu membawa organisasi ke tahap yang lebih
baik dari semasa ke semasa.

LUKMAN BIN SIMON


Ketua Panel , Jawatankuasa Perancangan Strategik
Pejabat Pendidikan Daerah Muar
15 Januari 2019
KANDUNGAN 
__________________________________________ 

Secoret Tinta

Sekilas Pandang

Kandungan

1.0 Latar Belakang Penyediaan Perancangan Strategik Pejabat Pendidikan Daerah Muar

Tahun 2019 - 2021

2.0 Fokus Pelan Perancangan Strategik

3.0 Pelan Perancangan Jangka Panjang 2019 - 2021

4.0 Pelan Perancangan Jangka Pendek Tahun 2019

5.0 Pelan Taktikal Tahun 2019

6.0 Petunjuk Keberhasilan Pejabat Pendidikan Daerah Muar Tahun 2019

7.0 Penutup

Anda mungkin juga menyukai