Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN PEMBUKAAN

Oleh:
YBrs. MUHAMMAD RIDZUAN BIN ZAWAWI
TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI
Sempena
KURSUS MENDEPANI MEDIA

18 hingga 20 Julai 2022


Di Ibu Pejabat RELA Malaysia
Assalamuallaikum w.b.t.
Dan Salam Sejahtera

SALUTATION

1. Yang dihormati Penceramah Kursus


Encik Ali Imran bin Mohd Nordin

2 Yang setia Pengarah-pengarah Bahagian


Pengarah-pengarah RELA Negeri
Komandan-Komandan Pusat Latihan

3 Penolong-penolong Pengarah Bahagian


Penolong-penolong Pengarah RELA Negeri

4 Tuan-Tuan dan Puan-Puan peserta kursus sekalian.

MUKADIMAH
Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran
kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan rahmatNya jua
dapat saya hadir bersama di Majlis pembukaan Kursus
Mendepani Media Pegawai RELA Tahun 2022 pada hari
ini.

Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

Syabas dan tahniah kepada Tuan-tuan dan Puan-puan


yang telah terpilih untuk mengikuti Kursus Mendepani
Media Pegawai RELA Tahun 2022 pada kali ini.

LATAR BELAKANG
Syabas dan tahniah kepada Bahagian Latihan yang telah
berjaya menganjurkan kursus kali ini.

 Kursus akan dilaksanakan selama tiga hari bermula


18hb Julai 2022 sehingga 20hb Julai 2022

 Penyertaan adalah kepada 40 orang peserta Pegawai


RELA dengan sasaran kepada pegawai RELA skim KP
Gred 29 ke atas di Ibu Pejabat, Negeri dan Pusat
Latihan.

OBJEKTIF
Saya dimaklumkan objektif kursus ini adalah:-

 Memberi pendedahan kepada peserta cara yang


betul mengendalikan sidang media dan menangani
isu-isu panas yang boleh memerangkap jurucakap
Kerajaan apabila berhadapan dengan soalan-soalan
‘terjah’ (ambush questions) daripada pihak media.

 Memberi kemahiran menyampaikan maklumat dan


mesej kerajaan secara lebih berketerampilan,
profesional dan berkesan dalam kalangan pegawai
kerajaan dapat dicapai.

 Pendedahan terhadap ‘Landskap Media Hari Ini’


yang mengupas isu-isu semasa termasuk pendekatan
yang digunakan oleh pihak pengurusan media dalam
melaporkan sesuatu isu atau crisis yang dihadapi.
Merujuk silibus yang akan tuan-tuan dan puan-puan
pelajari dalam kursus ini seperti berikut:
 Mengenali dunia media
 Siaran Media (Press Release)
 Sidang Akhbar/Media (Press/Media conference)
 Memahami komunikasi
 Jurucakap (Spokesperson)
 Wawancara media (The Media Interview)
 Penulisan Media
 Pengurusan Media Sosial

Perkara-perkara yang disebutkan sebentar tadi amatlah


penting kepada Tuan-tuan dan Puan-puan sebagai
Pegawai RELA agar penyampaian maklumat dan mesej
kerajaan secara lebih berketerampilan, profesional dan
berkesan dalam kalangan pegawai kanan kerajaan dapat
dicapai.

HARAPAN DAN PENUTUP


Besar harapan Jabatan bahawa dengan pelaksanaan
kursus ini;

 Pegawai dapat berhadapan pihak media dengan


lebih yakin dan tenang.

 Dapat mengeluarkan kenyataan media yang lebih


berkualiti dan tetap mengikut kehendak stakeholder
dan peraturan jabatan.

 Meningkatkan imej pegawai dan jabatan RELA.

Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat


menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran
yang disampaikan di dalam kursus ini. Selamat berkursus.

Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai