Anda di halaman 1dari 3

PUISI KUMPULAN KEMBOJA

TEMA: KEMANUSIAAN
TAJUK: DAHAGA KEAMANAN, DERITA SEMENTARA

(Palestin)

RANGKAP 1 (MEGAT)

Palestinaaaa
Mentari indah, terang cahaya
Namun nasibnya gelap gelita
Pagimu indah dihias canda
Paginya kelam diulit sengketa.

RANGKAP 2 (MAISARAH)

Oh Palestin
Negaramu dijajah dengan kejam
Dengan rakus
Oleh sang durjana Israel
Wanita, kanak - kanak, bayi dibunuh
Tanpa belas kasihan.

RANGKAP 3 (FATHI)

Kau ibarat hamba di rumah sendiri


atmamu direntap umpama tiada harga
jutaan jasad bergelimpangan bagai buih di lautan
senjata menjadi mainanmu
bedilan dan letupan menjadi halwa buatmu
bumi Gaza menjadi saksi perjuangan sucimu.

RANGKAP 4 (DAYANA)

Walau sekecil batu tetap dilontarkan,


Berdiri teguh insan yang akan bergelar shahid,
Walau berlumuran darah menitis ditelan tanah,
Tidak punah semangat dimamah bumi,
Tidak gentar Allah sentiasa di sisi,
Itulah Syuhada’ Palestin
Penyewa tegar Syurga Ilahi.
RANGKAP 5 (MEGAT)

Lahirnya dia tanpa dosa


Diyatimkan dia zionist durjana
Dengan iman didada
Dengan semangat dijiwa
Takkan goyah badai melanda
Tiba waktu harmoni Al-Aqsa.

RANGKAP 6 (SYAM)

Bertabah sahabatku bertabahlah saudaraku


Jauh di lubuk hati ini inginkan kemenangan di pihakmu
Ketandusan diriku membuatkan aku merayu kepadamu
Tolong jangan kau menyerah
Tolong jangan kau pergi tinggalkan daku
Keamanan! Kedaimaian! Pasti akan berpihak kepadamu kelak.

(Rohingya)

RANGKAP 7 (SHAFIDA)

Hidup tanpa arah tanpa tujuan


Diusir dari negara tempat kelahiran
Tanpa dapat membela hak diri dan keluarga
Bergerak dari satu tempat ke satu tempat
Mencari tanah yang boleh digelar watan
Mengharapkan negara lain memberi ihsan
Kini mereka hidup hina dalam pelarian.

RANGKAP 8 (FATHI)

Saudaraku
Usah bimbang dengan kekejaman di dunia
Usah risau dengan kezaliman di dunia
Deritamu hanya di dunia
Kebahagiaan menantimu di sana
Keadilan Tuhan lebih besar dari kezaliman hambaNya

RANGKAP 9 (SHAFIDA)
Berjuang mempertahankan hak diri
Namun dipandang sebagai sasaran
Diburu, diseksa dan dibunuh penuh kekejaman
Dunia mereka menjadi ribut dan gelap
Tidak menemui jalan keluar
Hanya kerana bergelar etnik Rohingya.

RANGKAP 10 (DAYANA)

Agama kau dibenci,


Hidup kau diperkotak katikkan,
Wilayah kau diratakan,
Merentas lautan tidak dijemput mahupun diundang,
Mengharapkan picisan belas kasihan
Dalam erti sebuah kemanusiaan.

RANGKAP 11 (SYAM)

Lemah mengajak lari meninggalkan bumi kekejaman


Apa salah kami?
Apa dosa kami?
Di mana kemanusiaanmu
Hidup dalam pertanyaan
Tidak mengetahui punca kekejaman

RANGKAP 12 (MAISARAH)

Dilema
Antara kuasa atau nyawa
Antara hak asasi manusia
Atau pulang ke negara asal
Gigih menjaga rakyat
Walau bukan dari negara ini
Menanggung segala derita
Yang tiada penghujung.

Anda mungkin juga menyukai