Anda di halaman 1dari 12

Name / Nama :______________________________________ Class / Kelas: _____________

CRESCENT GIRLS’ SCHOOL


END-OF-YEAR EXAMINATIONS 2016

12 OCTOBER 2016
Bahasa Melayu Malay Language
Kertas 2 Paper 2

MARKAH: 70 MASA: 1 JAM 30 MINIT


MARKS: 70 TIME: 1 HOUR 30 MINUTES

ARAHAN UNTUK CALON

1 Baca arahan-arahan yang diberikan bagi tiap-tiap bahagian dengan


teliti dan jawab soalan seperti yang diarahkan.

2 Jawab semua soalan. Semua jawapan mesti ditulis di Kertas Jawapan


yang disediakan.

3 Sebelum kamu mula menjawab, tulis nama dan nombor daftar kamu
dengan betul dan terang pada kulit hadapan Kertas Soalan.

4 Kamu tidak dibenarkan membawa Kertas Soalan dan Jawapan keluar.

__________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 30 soalan tercetak dari halaman 2 hingga halaman 10.
Soalan terakhir diikuti oleh perkataan SELESAI.

SOALAN A1 (10 markah)


Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan
yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan.
Tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

Ramai orang menganggap bahawa sukan lasak merupakan aktiviti


yang berbahaya. Sebenarnya, bukan semua sukan lasak berbahaya. Setiap jenis sukan
lasak mempunyai (1) atur dan disiplin yang perlu dipatuhi. Aktiviti sukan tersebut
tidak boleh (2) laku dengan sesuka hati.
Terdapat (3) bagai jenis sukan lasak seperti berakit di air deras,
mendaki gunung, dan berbasikal di kawasan berbukit. Ada juga sukan lasak yang
(4) guna peralatan berenjin seperti go-kart dan luncur angin. Mereka yang melakukan
aktiviti sukan lasak harus (5) lebih dahulu melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan mengenai sukan tersebut. Mereka juga perlu komited terhadap sukan
yang diceburi.

[lihat halaman sebelah]

SOALAN A2 (10 markah)

2
Arahan: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah
ini bagi melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian, tulis
huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

A ada kerak, adalah nasi


B ada gula, adalah semut
C bagai hujan jatuh ke pasir
D malu bertanya, perahu hanyut
E bagai menelan mustika embun
F seperti anak ayam kehilangan ibu
G bagaimana acuan, begitulah kuihnya
H genggam bara api biar sampai jadi arang
I bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
J seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Sani pada asalnya memang seorang remaja yang baik dan bersopan santun.
Namun, keadaan dirinya berubah apabila kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia
akibat kemalangan jalan raya. Kehidupannya menjadi (6) _______________ kerana
tidak mempunyai tempat bergantung. Kelakuan Sani yang baik dan bersopan santun
itu selalu dikaitkan dengan ibu bapanya yang peramah dan baik budi pekerti sebab
(7) _______________. Kini, Sani sudah berubah. Dia tidak seperti dahulu. Setiap
nasihat yang diberi oleh makcik yang menjaganya tidak dihiraukan langsung
(8) ______________. Dia sering ponteng sekolah serta mempunyai masalah disiplin
sehingga kerap kali dihukum oleh guru disiplinnya ibarat (9) _______________.
Lama-kelamaan, Sani mula sedar akan sikapnya itu. Dia tidak lagi ponteng
sekolah. Dia berusaha dengan gigih dan tidak segan untuk bertanya guru jika dia tidak
faham dalam sesuatu mata pelajaran kerana dia tahu bahawa (10) ______________.
Dia tidak mahu gagal dalam peperiksaan. Dia ingin berjaya dalam hidupnya.

[lihat halaman sebelah]

SOALAN A3 (10 markah)

3
Arahan: Pilih sepatah perkataan yang paling sesuai daripada senarai yang
diberikan bagi mengisi tempat kosong dalam teks yang berikut.
Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

adalah akan dapat

ialah melindungi menghalangi

parasit serangga

Biji buah betik yang biasanya kita buang sebenarnya mempunyai


manfaat. Salah satu daripadanya (11) _____adalah__________ untuk menyingkirkan
racun-racun yang menumpuk di usus dan hati kita. Ekstrak biji buah pepaya juga
mampu
(12) _______________ ginjal dari racun. Selain daripada itu, biji buah pepaya boleh
membunuh (13) ___parasit____________ yang bersarang dalam sistem pencernaan
kita. Jika seseorang memakan biji buah pepaya, biji itu (14) __dapat_____________
menurunkan kadar kolestrolnya. Namun, dia juga (15) __akan_____________ rasa
kepahitan biji buah pepaya apabila memakannya. Jika ini dapat diatasi, maka banyak
manfaat yang boleh diperoleh.

[lihat halaman sebelah]

4
BAHAGIAN B (10 markah)

Arahan: Baca petikan-petikan yang berikut dengan teliti.

Petikan 1

Kesihatan 30 Ogos 2016

KHASIAT SEBIJI TELUR


OLEH SYAHRIL

5
Ramai orang mendakwa bahawa makan telur dalam
jumlah yang banyak boleh menjejas kesihatan. Namun,
adakah benar fakta tersebut?

Sebenarnya, amalan makan telur ayam adalah baik kerana


banyak khasiatnya. Ia merupakan makanan asli yang ideal
dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.

Sejak turun-kemurun lagi, telur ayam telah menjadi


makanan yang menyihatkan dan ubat bagi berbagai-bagai
penyakit.

Cara penyediannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan


aneka cara sama ada separuh masak, tiga suku masak,
rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.

Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat


tradisional bagi merawat penyakit. Permintaannya sangat
tinggi kerana ia mengandungi vitamin, dan galian yang
mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut
yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.
Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyu
tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain kecuali
kandungan kolestrol telur itik adalah lebih tinggi sedikit
daripada telur ayam bagi setiap gram kuning telur.

Keunikan telur ayam adalah ia mengandungi sejenis lagi


protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan
antibiotik semula jadi yang amat berguna melawan
jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur
tersebut.

Antibiotik ini wujud dengan bahan kimia biotin akan


musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam
telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein
dan vitamin A

6
[lihat halaman sebelah]
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab soalan-soalan di bawah
ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan
kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

16 Amalan memakan telur ayam dianggap baik kerana_______________.

A dianggap ideal
B merupakan makanan asli
C diterima sebagai diet harian
D mempunyai banyak khasiat

17 Permintaan telur kampung sangat tinggi sebab_______________.

7
A boleh dijadikan penawar
B bebas daripada bahan kimia
C mengandungi vitamin dan galian
D dihasilkan daripada pemakanan yang asli dan organik

18 Perkataan ‘melawan’ dalam petikan karangan ini bermaksud ______________.

A mengatasi
B menentang
C menyangkal
D memberontak

[lihat halaman sebelah]

Petikan 2

hmm……sedapnya

8
kek cawan
Kek cawan atau dikenali seluruh dunia sebagai cupcake bukan pemanis mulut
baharu tetapi diilhamkan di negara Barat sejak awal abad ke-19. Ketika itu, kek
cawan digelar cupcake di Amerika Syarikat serta Australia manakala masyarakat
England mengenalinya sebagai kek pari-pari

Kek ini selalu disediakan semasa berlangsungnya suatu sambutan seperti majlis
hari jadi. Kek cawan ialah pilihan mutlak bagi kek kerana ia tidak memerlukan
pinggan, perkakasan atau membahagikannya kepada beberapa bahagian kerana
saiznya yang agak kecil. Kek cawan biasanya dibuat menggunakan bahan yang
sama seperti kek biasa yang mana menggunakan bahan seperti mentega, gula,
telur dan tepung.

Kek cawan juga boleh dibuat dengan menggunakan kek dasar seperti kek mentega
atau kek span. Bagaimanpun, untuk rupa bentuk yang lebih kukuh, lebih baik
menggunakan kek mentega. Jika menggunakan kek span, ia akan kelihatan
cengkung di tengahnya kerana ia jenis kek yang lembut. Kek mentega juga
dipelbagaikan perisanya seperti vanilla, oren, kopi, strawberi dan sebagainya
mengikut citarasa masing-masing.

[lihat halaman sebelah]

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab soalan-soalan di bawah


ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Kemudian, tulis huruf
jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

19 Kek cawan menjadi pilihan mudah kerana __________.

A saiznya yang kecil


B kepelbagaian perisanya
C pemanis mulut yang baharu
D bahannya yang sama seperti kek biasa

20 Rupa bentuk kek cawan menjadi lebih kukuh jika ________________.

A menggunakan kerim
B menggunakan hiasan
C menggunakan kek span
D menggunakan kek mentega

9
[lihat halaman sebelah]

BAHAGIAN C (30 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

Juriah duduk di kusyen. Seluruh tubuhnya terasa tidak bermaya. Hatinya


pula dilanda kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat. Sepasang matanya
merah akibat terlalu banyak menangis. Ruang tamu rumahnya yang dipenuhi
pelbagai perabot mewah dipe@luk kesenyapan. Tiga orang anaknya
berkurung di bilik masing-masing.
“Bertenanglah,” kata Sumiah sambil menghulurkan segelas air limau.
Juriah menyambut gelas daripada tangan Sumiah lalu meneguk air limau
kegemarannya sedikit demi sedikit.
“Ini ujian daripada Tuhan, Puan. Bersabarlah.” Sumiah bersuara lagi lalu
ke dapur untuk meneruskan kerjanya.
“Di mana akan kuletakkan mukaku ini?” pertanyaan ini berdetak di hati
Juriah. Wajah ayah, emak, adik-beradik, saudara-mara, sahabat-handai, dan
jiran tetangga segera muncul di layar ingatannya.
“Oh, rupa-rupanya selama ini engkau memberi kami duit haram!”
Mungkin begitulah ayahnya melontarkan perasaan panas hatinya.
“Malu sungguh kita kerana ada saudara kita yang tergamak melakukan

10
pekerjaan terkutuk itu. Sekarang Kassim sudah masuk jel, jadi banduan!”
Begitulah luahan yang mungkin keluar dari mulut sanak saudaranya.
“Patutlah rumahnya besar, keretanya besar dan perabot rumahnya pun
mahal-mahal. Rupa-rupanya dia membeli semua ini dengan duit hasil
terkutuk!” Barangkali begitu pula jiran tetangganya meluah cemuhan. Juriah
mengeluh berat. Perassannya semakin tertekan.
“Bagaimana mesti kuhadapi semua ini?” Hatinya merintih. Tiba-tiba
Juriah dikejutkan oleh Rusdi yang turun dari tingkat atas dengan menyandang
beg.
“Engkau hendak ke mana, Rusdi?” tanya Juriah.
“Tidak pasti ke mana, ibu. Yang pasti, saya hendak meninggalkan
rumah ini.” kata Rusdi.
“Jangan tinggalkan ibu, Rusdi,” teriak Juriah.
“Saya malu ibu…..malu. Tentu semua orang akan mengatakan bahawa
rumah ini dibeli ayah dengan duit rasuah. Di mana saya hendak meletakkan
muka saya ini, ibu?” berkata Rusdi sambal bergegas keluar.
Juriah tidak berdaya menahan pemergian Rusdi. Sambil bersandar di
kusyen, dia mendengar bunyi motosikal anak sulungnya semakin jauh dari
rumah. Dia memejamkan mata, tetapi dalam gelap dia bagai ternampak akan
muka depan akhbar keluaran esok: “Pengarah Syarikat Dipenjara Kerana
Rasuah” dan di bawah tajuk besar itu tertera gambar lelaki yang sangat
disayanginya selama 30 tahun.

10

15

20

25

30

35

11
[lihat halaman sebelah]

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, jawab soalan-soalan yang


diberikan. Seberapa boleh gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Tulis
jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

21 Bagaimanakah keadaan Juriah ketika berada di ruang tamu rumahnya? (3 markah)

22 Berikan satu bukti yang menunjukkan Suminah ialah pembantu rumah yang baik.
(3 markah)

23 Apakah reaksi anak-anak Kassim akibat perbuatannya? (3 markah)

24 Mengapakah Juriah berasa tertekan? (3 markah)

25 Saudara-mara Juriah seharusnya bersimpati terhadap masalah yang menimpa


Juriah. Jelaskan. (5 markah)

26 Tindakan Rusdi meninggalkan rumahnya dalam keadaan begitu adalah wajar.


Buktikan kebenaran pernyataan itu. (5 makah)

Bagi soalan 27 hingga soalan 30, terangkan maksud perkataan atau frasa yang
diberikan berdasarkan petikan dengan menggunakan tidak lebih daripada 10
perkataan.

27. berdetak (baris 11) (2 markah)

28. haram (baris 14) (2 markah)

29. cemuhan (baris 21) (2 markah)

30. menyandang (baris 24) (2 markah)

SELESAI

12

Anda mungkin juga menyukai