Anda di halaman 1dari 3

1.

4 CABARAN DAN PENYELESAIAN


Tanggangjawab Sosial adalah satu kemampuan refleksi seseorang individu terhadap
pendangan hidup dipegang tentang keadilan dan kebaikan demi kesejahteraan hidup
Bersama.

Cabaran 1:
Kesedaran Nasional Dalam Tanggungjawab Sosial

Penyelesaian 1:
Hidup bermasyarakat telah menjadi salah satu daripada tuntutan naluri dan keperluan
manusia. Tidak seorang yang boleh hidup tanpa ditemani oleh orang lain. Kehidupan
bermasyarakat bererti hidup Berjiran tetanggan, Berorganisasi, Berteman, Bersaudara,
Berkasih sayang, Bersatupadu, Tolong-menolong dan seumpamanya. Di samping itu,
Tanggungjawab sosial secara umumnya ialah komitmen individua atau sesebuah organisasi
untuk beroperasi secara ekonomi dan mengambil kira keadaan persekitaran social di
sekeliling mereka. Pelaksanaan tanggungjawab sosial ini melahirkan pekerja yang lebih
beretika, tidak mementingkan diri, bertimbang rasa teerhadap keperluan masyarakat dan
golongan yang memerlukan. Pelaksanaan tanggungjawab sosial ini sememangnya
mendatangkan kesan yang positif kepada syarikat dan masyarakat termasuk juga agama,
bangsa dan negara. Hakikatnya tanggungjawab sosial memberi kesan dan implikasi yang
besar sama ada dalam membangunkan masyarakat. Konsep tanggungjawab sosial ini telah
lama diperbincangkan sejak bermulanya tamadun manusia di mana setiap insan di muka bumi
ini dianjurkan kehidupan di dunia lebih baik dari sebelumnya.

Cabaran 2:

Menghayati Etika Dalam Tanggungjawab Sosial

Penyelesaian 2:

Dalam masyrakat pelbagai etnik dan agama di Malaysia, maka istilah-istilah etik, moral,
akhlak dan sebagainya digunapakai untuk memaparkan tanggungjawb seseorang anggota
masyarakat lahir dari teras nilai dalam peradaban mereka. Hal ini demikian, sering kali
tanggungjawab sosial berteraskan nilai adalah bersumberkan agama, kehidpan yang menjadi
pegangan mereka.

Cabaran 3:

Tanggungjawab Sosial Dalam dan Luar Negara

Penyelesaian 3:
Tanggungjawab sosial dalam negara. Bentuk-bentuk tanggungjawab yang pertama ialah
sumbangan kewangan. Sumbangan kewangaan boleh diberikan oleh individual, organisasi
atau badan-badan korporat. Bantuan bentuk kewangan dan pembiayaan kepada masyarakat
yang benar-benar memerlukan bantuan seperti masyarakat yang miskin, ibu tunggal, anak-
anak yatim, orang kurang upaya, dan golongan yang pendapatan rendah. Selain itu, bentuk-
bentuk tanggungjawab yang kedua ialah dari segi penjagaan alam sekitar. Tanggungjawab
sosial juga boleh diberikan dalam bentuk meningkatkan penjagaan alam sekitar,
mengelakkan sebarang bentuk pencemaran alam sekitar baik pencemaran udara, mahupun
pencemaran air dan darat, seperti penanam semula pokok, mengutip sampah di tepi pantai,
program gotong-royong dan sebagainya. Di samping itu, bentuk-bentuk tanggungjawab
yang ketiga ialah dari khidmat kesihatan. Tanggungjawab sosial berbentuk kesihatan seperti
menganjurkan program Pendidikan Kesihatan, Kempen Menderma Darah, Pencegahan Aids,
kefahaman penyakot kanser. Akhir sekali, bentuk-bentuk tanggungjawab keempat ialah
bantuan dalam bidang pendidikan, sebagai contoh, menyediakan kursus atau bidang yang
strategi.

Cabaran 4:
Takrifan Harian dan Autoriti

Penyelesaian 4:
Takrifan harian ialah takrifan masyarakat awam yang berbeza dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, segelintir orang Melayu bertutur dalam bahasa asing seperti English. Takrian
harian juga takrifan yang diterima bersama tidak terikat oleh undang-undang fomal tetapi
lebih memaparkan dalam berbezaan itu, mereka terdoroong dan memiliki norma yang
dikongsi sama. Manakala, takrifan autoriti lahir berdasarkan dokumen dan pihak berkuasa di
dalam masyarakat. Ianya merupakan realiti sosial yang ditakrifkan oleh pihak yang menjadi
struktu kuasa dominan dalam negara. Takrifan autoriti ialah takrifan yang bersikap tetap.
Sebagai contoh, orang melayu bertutur dalam bahasa melayu, mengamalkan adat resam dan
budaya melayu.

Anda mungkin juga menyukai