Anda di halaman 1dari 3

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

Kompleks Kementerian Kewangan


No. 9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
Tel : 03-88802000 Faks : 03-88802788 Pusat Panggilan : 03-88801600
Laman Web : www.lppsa.gov.my

Ruj Kami : MRD/DSP/655005052305


Tarikh : 09 Mei 2023

ENCIK MOHD SALIHIN BIN IBRAHIM


LOT 638
FELDA PURUN
28200 BERA
PAHANG

Tuan/Puan,

PER : PENJADUALAN SEMULA BAYARAN BULANAN PEMBIAYAAN


No Akaun : 655005052305
Jenis Pembiayaan : B3 Buy House Under Constr. (BBA)

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa pihak LPPSA telah meluluskan Penjadualan Semula Bayaran


Bulanan ke atas pembiayaan tuan/puan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:-

1. Jadual anggaran bayaran ansuran bulanan penjadualan semula yang diluluskan:-

Bulan Ansuran
Tempoh Bulanan
Dari Hingga (Bulan)
(RM)
MEI 2023 MEI 2023 1 1,662.41
JUN 2023 FEBRUARI 2029 69 1,687.77
MAC 2029 JANUARI 2058 347 2,222.77

1.1 Ansuran bulanan semasa secara potongan gaji/ pencen atau secara bayaran
sendiri hendaklah diteruskan sehingga arahan penjadualan semula bayaran
bulanan dilaksanakan.

1.2 Sekiranya terdapat tunggakan bayaran balik ansuran bulanan, LPPSA berhak
membuat tuntutan ke atas amaun tersebut.

2. Penjadualan pembayaran tersebut hanya akan berkuatkuasa setelah tuan/puan


bersetuju dan menerima syarat penjadualan pembayaran ansuran bulanan pada
lampiran yang berikut.

3. Penjadualan semula ansuran bulanan ini tidak akan menjejaskan hak-hak dan
kepentingan LPPSA ke atas sekuriti-sekuriti ataupun cagaran sedia ada.
4. Tuan/Puan perlu memastikan bayaran bulanan dibayar melalui potongan
gaji/pencen dan/atau bayaran secara sendiri diteruskan tanpa gagal. Penjadualan
semula ini akan menyebabkan pembiayaan tuan/puan tidak dilindungi
insuran/takaful sepenuhnya sekiranya berlaku kematian/ keilatan dan tuan/puan
atau waris adalah bertanggungjawab bagi menyelesaikan baki tersebut.

5. LPPSA berhak untuk mengambil tindakan untuk menuntut jumlah baki pinjaman /
jumlah baki harga jualan (pembiayaan Islamik) sekiranya pihak tuan/puan gagal
dan/atau cuai untuk mematuhi jadual pembayaran yang telah ditetapkan atau
memenuhi mana-mana syarat pembiayaan. Perlu diingatkan bahawa kelulusan
penjadualan semula pembayaran ansuran bulanan akaun pembiayaan tuan/puan
adalah dibuat berdasarkan tanpa prejudis terhadap sebarang tindakan undang-
undang yang sedang atau yang telah diambil oleh LPPSA (jika ada/berkaitan).

6. Tuan/Puan juga dikehendaki menyelesaikan secara berasingan caj pelbagai dan


lain-lain kos/bayaran yang dituntut oleh peguam/LPPSA (sekiranya ada/berkaitan).

7. LPPSA berhak untuk meminda sebarang syarat ke atas kelulusan ini sekiranya
difikirkan perlu tanpa merujuk kepada tuan/puan terlebih dahulu.

Sekiranya tuan/puan bersetuju di atas syarat-syarat yang ditetapkan, sila akui Penerimaan
Syarat Penjadualan Semula pada lampiran yang disediakan dalam tempoh 14 HARI dari
tarikh surat ini. Kegagalan atau kelewatan akan menyebabkan tawaran ini terbatal dengan
sendirinya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

SEKSYEN PEMANTAUAN
JABATAN PEMULIHAN DAN PEMANTAUAN
PENERIMAAN SYARAT PENJADUALAN PEMBAYARAN ANSURAN BULANAN
(DSP)

AKAUN PEMBIAYAAN: 655005052305

Adalah saya seperti nama di bawah ini dengan ini bersetuju dan menerima segala
syarat yang telah ditetapkan oleh LPPSA bagi Penjadualan Semula pembayaran ansuran
bulanan akaun pembiayaan saya.

Saya juga mengakujanji akan mematuhi jadual pembayaran tersebut dan sedar
bahawa Penjadualan Semula ini adalah sebahagian dari usaha LPPSA membantu saya di
dalam menangani masalah pembayaran mengikut cara bayaran yang asal akaun
pembayaran saya/kami. Saya memahami serta akan menanggung bayaran tunggakan yang
tidak dilindungi oleh insuran/takaful.

Saya juga sedar sekiranya saya tidak mematuhi atau melanggar mana- mana syarat
yang telah ditetapkan oleh pihak LPPSA. Surat Tawaran Kemudahan dan Perjanjian-
perjanjian yang mengikat pembiayaan ini di antara saya dan LPPSA, LPPSA berhak untuk
mengambil tindakan yang wajar bagi melindungi kepentingan dan hak LPPSA terutama
sekali di dalam menuntut jumlah baki pinjaman/ baki harga jualan yang masih belum saya
lunaskan.

Saya juga mengakujanji akan menanggung segala kos dan perbelanjaan yang
terlibat (sekiranya ada) di dalam proses penjadualan semula ini dan untuk menanggung
segala kos dan perbelanjaan yang telah di dahulukan oleh LPPSA sekiranya sebarang
tindakan undang-undang diambil ke atas saya.

Nama : ENCIK MOHD SALIHIN BIN IBRAHIM


No Kad Pengenalan : 870908065429
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai