Anda di halaman 1dari 3

PERISTIWA PENTING NOVEL TIRANI

1. Peristiwa Waheeda bercerita dengan kakitangan chalet Tajau Emas tentang kepentingan ketawa. Dia
berjaya mengurangkan tekanan pekerjanya dengan bercerita tentang perkara yang melucukan seperti
wujudnya Kelab Ketawa di India.
Huraian : Kebolehan seorang pemimpin yang berjaya meredakan tekanan yang dihadapi oleh pekerjanya.
2. Peristiwa Waheeda menolak tawaran Datuk Yasser untuk bergabung dengan syarikat Tajau Emas.
Waheeda mahu berdikari dengan tidak bergantung kepada bapa mertuanya.
Huraian: Kesungguhan dan kegigihan seorang wanita untuk mencapai matlamatnya tanpa bantuan orang
lain.
3. Peristiwa Raidah menemani Waheeda menjalani pembedahan wajah di Singapura. Pada awalnya,
Raidah tidak bercadang untuk bersama-sama Waheeda ke sana, tetapi kerana sayang akan anaknya
dan demi memberi sokongan, dia sanggup terbang dari Sarawak ke Singapura seorang diri.
Huraian : Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi seorang ibu terhadap anaknya.
4. Peristiwa Ghazi, abang Waheeda dan Raidah menemani Waheeda mendapatkan rawatan di PUSRAWI
kerana sakit gila meroyan selepas ditinggalkan Zahid.
Huraian: Keakraban dan kasih sayang sesama ahli keluarga apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak
diingini.
5. Peristiwa pertemuan Waheeda dengan Lais yang membawa Pak Cik Abdul Aziz yang menjalani
rawatan strok di PUSRAWI. Dari situ, membuka peluang Waheeda memulakan perniagaan di Cameron
Highland.
Huraian: walaupun sedang berhadapan dengan masalah namun terdapat hikmah di sebalik sesuatu masalah
yang terjadi.
6. Peristiwa Waheeda mendapatkan khidmat kaunseling daripada Dr. Qamariah yang menasihati
Waheeda bahawa beliau perlu menyedari kesilapan diri sendiri atas setiap perkara yang berlaku.
Huraian: Kebijaksanaan mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi
7. Peristiwa Waheeda dan Ghazi membeli chalet Iwana-Iwani kepunyaan Pak Cik Abdul Aziz yang
bankrap dan menukar namanya kepada Aya-Sajinah.
Huraian: Keberanian seorang peniaga dalam menyahut cabaran untuk memajukan perniagaannya.
8. Peristiwa Bazilah membenarkan Waheeda menetap di rumahnya di Singapura sepanjang tempoh
Waheeda menjalani pembedahan hidung dan mata pada wajahnya di Hospital Silicon Medical Centre
(SMC)
Huraian: Sikap setiakawan yang ditunjukkan bagi membantu rakan yang dalam kesusahan.
9. Peristiwa Izzati menerima pengakuan penyesalan ayahnya, Zahid terhadap Izzati dan Waheeda selama
ini dengan hati yang ikhlas dan memaafkannya.
Huraian: Seorang anak yang tidak menyimpan dendam terhadap ayahnya.
10. Peristiwa Waheeda mengatasi situasi dia dikeji oleh rakan-rakannya dengan mengingati kata-kata
perangsang daripada ustazahnya bahawa dengan menyedari kekurangan diri akan menjadi pendorong
untuk lebih berjaya.
Huraian: Sikap positif yang ditunjukkan oleh seseorang apabila dihina oleh orang lain
11. Peristiwa Waheeda mendapatkan pinjaman daripada tabung Usahawan Siswazah Bank Pembangunan
untuk mengembangkan syarikat Tajau Emas milik keluarganya. Waheeda berusaha bersama-sama
keluarganya untuk memajukan perusahaan pelancongan Inap Desa tersebut sehingga dikenali oleh
pelancong dari dalam dan luar negara.
Huraian: Kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seseorang telah membuahkan hasil yang
membanggakan.
12. Peristiwa Waheeda menyelesaikan masalah konfliknya dengan Bazilah secara baik. Beliau keluar dari
rumah Bazilah kerana tidak mahu hubungannya dengan Bazilah keruh disebabkan Bazilah cemburu
akan kemesraan Waheeda dan tunangnya.
Huraian: Kebijaksanaan seseorang dalam menyelesaikan konflik agar tidak berlanjutan demi menjaga
persahabatan.
13. Peristiwa Waheeda mengenakan pakaian tradisi Sarawak iaitu Gajoh Oleng berbanding memakai
fesyen moden yang mencolok mata. Secara tidak langsung beliau mempromosikan budaya Sarawak
kepada masyarakat. Akhirnya dia dinobatkan sebagai johan Ratu Pelancongan Antarabangsa.
Huraian : Kebijaksanaan dalam membuat pilihan.
14. Peristiwa Waheeda mempertahankan maruah dirinya dengan membuat ujian DNA. Hal ini bagi
menyangkal dakwaan Zahid yang mengatakan bahawa Waheeda telah curang dan bayi yang
dikandungnya bukan anak mereka.
Huraian: rasional dalam membuat tindakan demi menjaga maruah dirinya.
15. Peristiwa Waheeda memanfaatkan masanya ketika menerima rawatan di Singapura dengan bekerja
sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Flamingo Resort untuk mendalami ilmu pengurusan hotel.
Huraian: Kebijaksanaan memanfaatkan masa demi menuntut ilmu.
PERISTIWA PENTING NOVEL TIRANI
16. Peristiwa Waheeda memarahi kawan yang mengejeknya mulai hilang apabila dia mengingati kata-kata
Ustazah Ruqaiyah bahawa kecantikan hanyalah luaran, sedangkan kecantikan sebenar pada hati yang
luhur.
Huraian: Menerima kekurangan diri dengan hati yang reda.
17. Peristiwa Chalet Tajau Emas (penginapan Inap Desa) menyediakan pakej pelancongan yang lengkap
kepada pelancong dalam dan luar negara seperti makanan tradisional, perkhidmatan ikan mengurut
kaki dan dusun buah-buahan.
Huraian: Usahawan bumiputera mampu menyediakan perkhidmatan inap desa yang memenuhi keperluan
pelancong.
18. Peristiwa Chalet Tajau Emas bekerjasama dengan Syarikat Bahtera Angkut milik Datuk Yasser telah
memberikan kegembiraan kepada Waheeda kerana Chalet Tajau Emas akan mengaut keuntungan
hasil kerjasama tersebut.
Huraian: Kebijaksanaan menguruskan perniagaan akan membolehkan seseorang mendapat keuntungan
19. Peristiwa Waheeda akan memberi taklimat kepada ayahnya dan Fatimah berkenaan program
sepanjang tahun yang secara tidak rasmi telah dimeterai bersama-sama Datuk Yasser iaitu meraikan
pelancong dari luar negara.
Huraian: Kebijaksanaan seorang wanita menguruskan perniagaan
20. Peristiwa Chalet Tajau Emas bakal menerima kunjungan dari Eropah. Semua pekerja telah berusaha
mengemas chalet bagi penyambut pelancong Eropah tersebut. Waheeda membayangkan
keseronokan pemandu pelancong menceritakan keistimewaan yang terdapat di Sarawak.
Huraian: Potensi sebuah inap desa yang menjadi pilihan pelancong asing kerana keunikannya.
21. Peristiwa wajah Waheeda yang berparut akibat gigitan monyet Belanda menyebabkan dia mengambil
keputusan melakukan pembedahan plastik pada wajahnya di Silicon Medical Centre, Singapura.
Huraian: Hajat seseorang yang ingin membuat pembedahan pada wajahnya tercapai juga.
22. Peristiwa pembedahan selama 10 jam oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes (Dr. Rushdi) telah
berjaya mengubah wajah Waheeda menjadi cantik.
Huraian: Impian seorang wanita yang ingin cantik akhirnya tercapai dan dia lebih berkeyakinan dalam
kehidupan dan kerjaya.
23. Peristiwa Waheeda telah menerima tajaan hadiah daripada SMC, iaitu Pakej pelancongan khas bagi
mereka yang menerima rawatan kosmetik untuk menjadi tetamu Hotel Flamingo de La Rosa di Pulau
Sentosa, Singapura. Dia bercuti bersama-sama Bazilah dan tunangnya, Dr. Zahari.
Huraian: Dugaan seorang wanita yang menjalani pembedahan kosmetik akhirnya telah menerima hadiah
yang begitu hebat.
24. Peristiwa Waheeda bersyukur kerana dia bertemu dengan orang daripada pelbagai latar kehidupan
semasa Waheeda bergaul dan berkumpul dengan kumpulan elit dan profesional di Flamingo. Dia telah
mempelajari cara pengurusan pusat peranginan lima bintang.
Huraian: Kegigihan seorang wanita yang sentiasa menimba ilmu untuk memajukan perniagaannya.
25. Peristiwa Bazilah seronok mendengar cerita Waheeda tentang Pesta Bung Bratak, iaitu pesta yang
diadakan setahun sekali. Pesta ini menjadi tarikan Utama pelancong ke Sarawak. Bazilah sangat
kagum akan 27 suku kaum di Sarawak yang hidup aman dengan tradisi masing-masing.
Huraian: Keunikan masyarakat etnik di Sarawak yang masih lagi mengamalkan upacara tradisi.
26. Peristiwa Fatimah menceritakan seminar yang dihadiri kepada Waheeda. Dalam seminar tersebut,
Datuk Seri Iskandar memberitahu perlunya ahli persatuan menggembleng usaha memajukan
ekopelancongan, biopelancongan dan etnopelancongan.
Huraian: Kegigihan para usahawan berusaha memajukan perniagaan masing- masing.
27. Peristiwa Waheeda menerima panggilan untuk temu duga jawatan sebagai Pegawai Perhubungan di
Flamingo Resort. Waheeda diterima menjawat jawatan tersebut. Bagi Waheeda, bekerja di Flamingo
Resort, dia mendapat pengalaman dalam suasana perniagaan yang bersaing serta menangani
pelbagai ragam pelanggan.
Huraian: Seorang wanita yang berkarisma memperoleh pekerjaan yang dapat menjadi panduan dalam
memajukan perniagaannya sendiri.
28. Peristiwa Waheeda sentiasa berusaha mencari ilmu dengan menghadiri bengkel keusahawanan dan
ketrampilan diri. Baginya, wanita yang mengimpikan kejayaan hendaklah sentiasa gigih berusaha,
mempunyai kesedaran diri dan bijak mengubah sikap serta bijak memimpin. Dalam perniagaan, wanita
harus bekerjasama dengan lelaki sebagai rakan kongsi.
Huraian: Seorang wanita yang sentiasa mencari ilmu untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
29. Peristiwa pertemuan Waheeda dengan Zahid di Flamingo Resort atas urusan pekerjaan telah
mengundang debar di hati kedua-duanya yang telah menyatukan mereka sebagai pasangan kekasih
dan suami isteri.
Huraian: Seorang Wanita yang bertemu dan bercinta dengan orang yang setaraf dengannya.
PERISTIWA PENTING NOVEL TIRANI
30. Peristiwa Raidah dan Fadhil sibuk menyediakan persiapan untuk majlis pertunangan Waheeda dan
Zahid. Majlis yang diadakan masih mengekalkan ciri-ciri tradisional iaitu kerisik kerumun.
Huraian : Masih ada masyarakat yang ingin meneruskan tradisi dalam persediaan majlis pertunangan.

Anda mungkin juga menyukai